SlideShare a Scribd company logo
1 of 54
BMS3022
Karya AgungMelayu
novel: juara
MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMI D20111047670
MOHD IRFANBIN ARIFIN D20111047663
MASDA BINTI ALWI D20111047628
NAJWA KHAIRANI BINTI AZMAN D20111047631
NURUL NAEMAH BINTI A WAHAB D20111047664
Karya Agung Melayu
‘Karya agung’ ialah karya ulung yang
meninggalkan kesan budaya, pemikiran,
pandangan dan falsafah hidup yang
berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu
bangsa (Mohd Rashid Idris et al, 2014).
Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah
karya yang berjaya meninggalkan kesan
seni, nilai budaya, ilmu, falsafah dan
sosial yang kekal dalam kesedaran atau
psyche dan ingatan bersama bangsa itu
sepanjang sejarahnya.
“JUARA”
S. Othman
Kelantan
Pengenalan
Juara ialah novel kelima Syed Othman Al
Yahya atau dikenali sebagai S. Othman
Kelantan (Sasterawan Negara).
Juara mengambil latar masyarakat Melayu
(Selatan Siam dan Kelantan) yang jelas,
dianggap sebuah novel politik oleh
novelisnya.
Terbitan pertama pada tahun 1976.
Telah diadaptasi kepada filem bertajuk
“Jogho” oleh U-Wei Hj. Shaari.
SINOPSIS RINGKAS
Novel ini mengisahkan seorang lelaki yang terkenal
dengan kehandalannya mengadukan lembu. Dalam
pada itu, lelaki ini sebenarnya adalah seorang
pemain politik, iaitu politikus yang kalah dalam
pilihan raya di sebuah daerah di Kelantan. Selepas
kekalahannya, dia telah membina hidup baru
bersama-sama dengan keluarganya di selatan
Thailand. Setelah berpindah ke selatan Thailand, dia
telah ‘terbabit’ dalam dunia laga lembu bersama
seorang kawannya. Tanpa dijangka, kawannya telah
ditembak setelah pulang dari menyertai
pertandingan laga lembu. Lelaki tersebut berazam
untuk menuntut bela atas kematian kawan baiknya
itu.
Lembu adalah metafora kepada Pihak
tertentu dalam masyarakat
KEPALA:
Golongan perintis
dalam politik yang
tidak menikmati
kedudukan.
Pejuang
kemerdekaan
yang awal
umpama tanduk
yang menikam
dan mengalahan
lawan tapi tidak
beroleh apa-apa.
PERUT:
Kelompok yang berjuang
sedikit atau tidak berjuang
langsung tetapi menikmati
hasil terbanyak.
KAKI DAN
EKOR:
Mewakili
rakyat biasa
yang
menyokong
kenaikan
seorang
tokoh,
kelompok
pengundi.
SATIRA POLITIK
Pemikiran
(Isi dan Mesej)
Pengenalan
• Bagi S. Othman Kelantan (1997:269) pemikiran
bermaksud idea yang wujud daripada golongan
intelektual yang menggunakan fakulti kritikan
dalarn mindanya untuk memikirkan sesuatu
masalah dalam masyarakatnya. Pemikirannya
disebarkan ke dalam atau ke luar lingkungan
masyarakatnya.
• Pemikiran bermula dengan idea, yang
kemudiannya dimatangkan pengarang menjadi
subjek, akhirnya menjadi buah-buah fikiran yang
bernas dan signifikan. (Mohd Rashid Idris et.al,
2014).
Sistem Politik dalam Laga
Lembu
 Tindakan Mamat yang mula berlaga lembu
untuk kembali menjadi juara merupakan
manifestasi protesnya kepada nostalgia
politik di tanah tumpah darahnya.
Gelanggang politik dengan gelanggang lembu itu tidak
jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama
dengan politik. Sama-sama diperjudikan. Kalau lembu
kalah, orangnya pun kalah. Kalau politik kalah, orangnya
pun kalah. Politik itu lembu. Dan lembu itu pun politik!
(Halaman 101,2005)
Perjuangan dalam politik demi
kemerdekaan
Pemikiran utama novel ini adalah untuk
mengupas politik Melayu yang mengejar
kemerdekaan.
Mamat pernah menjadi pemimpin Parti
Persatuan Melayu yang sederhana dalam
segala tindak tanduknya. Dia pernah
memimpin perarakan untuk menuntut pilihan
raya daripada pemerintah Inggeris.
Mamat mempunyai semangat bangsa dan
nasionalisme. Dia sanggup berkorban jiwa
dan raga demi menang dalam pilihan raya
tersebut.
Sosiobudaya Melayu di daerah
selatan Thailand
• S. Othman Kelantan telah mewujudkan
jambatan kritikan sosial, sama ada secara
halus atau secara nyata.
• Sosiobudaya Melayu seperti “berjudi laga
lembu” yang kurang disenanginya dikritik
secara terbuka.
• Tradisi perlagaan Lembu yang ditonjolkan
yang merupakan suatu aktiviti riadah serta
hiburan bagi warga Thailand di sana.
Kejahilan masyarakat
 Ketiadaan ilmu menjadikan masyarakat Bangnara
golongan terpencil dan terpinggir.
 Masyarakat yang berbangga dengan kegiatan
berjudi, hubungan peribadi sesama keluarga dan
sahabat sahaja dan perasaan hasad dengki.
 Shahnon Ahmad (1979) dalam karya A Rahim
Abdullah (1995) menyatakan novel Juara ini
mentafsirkan golongan manusia yang sering
kembali kepada taraf dan mentaliti haiwan dengan
segala keganasan, kekasaran, pembunuhan dan
sebagainya, di samping menggambarkan watak
masyarakatnya yang suka bergaduh dan
‘bergocoh’ demi kepentingan sendiri.
Nilaibudaya dalam
novel juara
Budaya Semangat Setia Kawan
Dia tidak mengalihkan sedikit pun matanya. Dia berdiri dengan
penuh harapan di sisi mayat Abang Lazim. Dia memutuskan
dalam hatinya. Dia bersaksikan kapan-kapan yang sedang
menyumbati telinga, lubang hidung, dan dua lubang yang
menebusi kepala dan perut Abang Lazim. Dia akan berbuat apa
sahaja. Apa sahaja sampai dia mengikuti jejak Abang Lazim!.
(Juara, 2005 :2)
 Semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh Mamat kepada
kawannya yang telah meninggal dunia, iaitu Abang Lazim
Budaya Tolong-menolong
Jali hanya menjaga keluarga Mamat selama Mamat kepergian
ke Kelantan. Jali benar-benar mengharapkan keluarga itu
selamat. Manalah tahu kalau-kalau Selamah dan Milah
dilarikan orang? Faisah? Tidak. Faisah bersama-sama
bapaknya.
(Juara, 36 :2005)
 Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Jali terhadap keluarga
Mamat semasa Mamat pergi ke Kelantan
Kesungguhan dalam melakukan
sesuatu perkara
Dalam kepala Jali ternampak kesungguhan jaguh tua ini
dalam mengawal dan melatih lembu-lembu adu. Dia
teringat bagaimana Mamat berhari-hari, berminggu-minggu
melatih dan menggalakkan Calet sebelum masuk bong.
Dia teringat bagaimana suatu hari, perut Mamat hamper-
hampir robek oelh tanduk kupit Calet.
(Juara, 2005 :42)
• Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mamat semasa
melatih lembu-lembunya menjadi lembu adu.
Budaya mementingkan
pelajaran
Jusuh ialah diri dia sendiri. Kegagalan dia memberi pelajaran,
ertinya kegagalan Jusuh untuk menjadi manusia. Kegagalan dia
menanam otak ke dalam anak laki-lakinya seorang ini, akan
hilang semua keturunannya yang selamanya dikenal sebagai
pejuang. Sekalipun perjuangannya tidak pernah dikenang walau
seurat rambutpun. Dia gagal. Kegagalannya ialah kegagalan
pelajarannya. Kegagalan perjuangannya ialah kegagalan
pelajarannya.
(Juara, 2005
:55)
• Menceritakan tentang pandangan seorang ayah tentang
Budaya Kasih Sayang
“Jangan banyak bergerak. Luka banyak. Tapi
semuanya sudah diubatkan,” kata Minah dengan
tenang. Menyeka keringat yang mula berbaris di
muka Mamat.
(Juara, 2005
:66)
• Minah menjaga suaminya yang sedang sakit
akibat daripada serangan lembu yang
dipeliharanya
Budaya KESETIAAN
Minah lebih suka mendengar daripada berkata-kata. Inilah
kelebihan Minah, fikirnya. Minah tidak banyak cakap. Minah
cepat bertindak dan setia dalam hidup. Miah sebenarnay
perempuan sejati. Kesetiaannya kepada suami dan anak-
anak tidak terhingga. Kalau dia menangis, tamgisannya
kerana memikirkan hal anak-anaknya. Kalau Minah
gembira, kegembiraannya kerana anak-anaknya juga.
Seratus persen Minah dilahirkan untuk suami dan anak-
anaknya.
(Juara, 2005 :79)
• kesetiaan seorang isteri terhadap suami dan anak-
anaknya.
Budaya keberanian
Malam semalam keputusan akhir telah dicapai. Pertaruhan
ini paling besar dalam sejarah pertarungan lembu. Pak Isa
telah menetapkan dua ratus ribu baht. Abang Lazim
menyanggupinya. Ada dua puluh orang menjadi orang
dalam. Mereka akan menanggung segala kerugian kalau
Calet kalah.
(Juara, 2005 :93)
• Keberanian yang ditunjukkan oleh Abang Lazim untuk
menyertai pertarunga lembu yang melibakan sejumlah
wang pertaruhan yang besar.
PANDANGAN HIDUP DAN
FALSAFAH
Pandangan hidup boleh dikatakan suatu
konsep yang dimiliki oleh masyakat atau
komuniti tertentu dengan tujuan untuk
menanggapi dan menerangkan segala
permasalahan yang berkaitan dengan
Tuhan, manusia dan alam.
Pandangan hidup dalam karya agung ini
melibatkan hubungan antara manusia
dengan Tuhan, manusia dengan alam dan
hubungan sesama manusia.
i. Keagamaan
 Keagamaan dalam novel Juara boleh dilihat semasa
Mamat, Lebai Syukur, Jali, Mat San, Semail dan
Setapa membacakan zikir untuk arwah Abang Lazim.
“Mamat ikut berzikir bersungguh-sungguh. Dia
mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat
suci al-Qurannya akan diterima Allah seratus
persen untuk arwah Abang Lazim.”
 (Juara, 2005 : 18)
 Selain itu, Mamat juga digambarkan sebagai seorang
yang warak. Dia selalu mengimamkan solat jemaah di
rumahnya.
ii. Hubungan Silaturrahim
 Mamat sangat menyayangi sahabatnya, Abang
Lazim. Kematian Abang Lazim merupakan satu
tamparan yang hebat kepadanya. Ini dapat dilihat
melalui peristiwa semasa Abang Lazim dibunuh,
Mamat hampir-hampir mengamuk dan mengajak
orang ramai pergi membalas dendam.
“ ‘Pak Isa ya?’ soalnya kepada diri sendiri,
dengan ucapan kasar. ‘ Tidak ada orang yang
kebal di dalam daerah ini!’ dia bersungut
sendirian. ‘Marilah bersamaku, kita selesaikan
segera hutang piutang!!’ “
(Buku Juara, 2005 : 5)
iii. Mengutamakan Ikatan
Kekeluargaan
• Juga dilihat melalui watak Mamat yang
mengharapkan kejayaan anaknya, Jusuh.
“Dia mengharapkan anak laki-lakinya ini
akan beroleh tempat tegaknya yang baik
di Kelantan. Dia mengharapkan Jusuh
akan tetap naik dengan pelajarannya.
Janganlah menerima nasib seperti
dirnya.”
(Juara, 2005 : 17)
 Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan
falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian
yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang
menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Istilah falsafah atau
philosophia telah digunakan oleh Pythagoras
pertama kalinya. Beliau mengatakan philo dan
sophia membawa maksud cinta akan
kebijaksanaan. Menurut Plato pula, philosophia
bermaksud ilmu.
 Secara keseluruhannya, falsafah boleh
disimpulkan sebagai suatu kesenian berfikir yang
waras, bernas dan mendalam serta memiliki unsur
estetik dan artistik. Falsafah dalam aspek
penulisan karya agung pula merujuk kepada
pemikiran atau pandangan hidup yang
diketengahkan dalam sesuatu karya yang boleh
menarik minat khalayak untuk meneruskan
pembacaan.
Politik dan Kekuasaan
• Novel Juara karya S. Othman Kelantan
banyak mengandungi falsafah berkenaan
dengan politik dan kekuasaan.
• Novel ini menyentuh mengenai konflik
pertentangan antara manusia yang inginkan
kekuasaan dan percaturan ekonomi di mana
perjuangan dalam dunia politik itu dikiaskan
oleh penulis dengan perjudian berlaga lembu.
• Tindakan Mamat yang berlaga lembu untuk
kembali berasa menjadi juara itu barangkali
merupakan suatu manifestasi protesnya
kepada nostalgia politiknya.
Sosial (kehidupan masyarakat)
• Di Bangnara, kegiatan masa lapang orang lelakinya ialah berlaga
lembu. Mamat sendiri merupakan seorang yang selalu berlaga lembu
sehinggakan dia digelar ‘Pahlawan Lembu’ dan ‘Juara’. Mamat
memberikan perhatian yang lebih kepada lembunya berbanding
keluarga sendiri.
• Masyarakat di kampung ini juga sudah biasa dengan perbuatan yang
mengatasi undang-undang. Hal ini terbukti dengan peristiwa
pembunuhan Abang Lazim, Pak Isa dan Dolah Munduk.Hal ini boleh
dilihat melalui peristiwa semasa mayat Abang Lazim diusung pulang ke
rumah.
“Dua orang lelaki anak Abang Lazim membasahi mayat ayahnya dengan
air mata. Kemudian, tegak seperti seekor tedung. Mencapai ladingnya.
Mencapai kelewang, pistolnya. Akan tetapi kedua-dua beradik itu
disabarkan juga.”
(Juara, 2005:6)
Ekonomi
Dari aspek ekonomi pula, penulis
menggambarkan keadaan Mamat yang
bergantung pendapatan dengan berlaga
lembu. Hal ini dibuktikan melalui petikan :
“Dia (mamat) bangga dengan
kemenangannya sebagai pahlawan lembu.
Julukan itu tidak ada apa-apa hinanya di
daerah ini. Nama julukan itu memudahkan
dia mendapat wang dari mana sahaja.
Bila-bila!”
(Juara, 2005 : 30-31)
Nilai Ilmu
Konsep nilai – darjat, kualiti, mutu dan taraf
Konsep ilmu – pengetahuan
Jenis ilmu – ilmu firasat (tanda-tanda pada muka,
badan dan lain-lain untuk mengetahui
kelakuan atau nasib orang.
- ilmu perdukunan (orang-rang yang
mengubati orang sakit/memberi ubat
secara kampung.
- ilmu jampi (kata-kata tertentu)
- ilmu pengasih (azimat,doa)
1. Ilmu Politik
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
politik bermaksud ilmu pengetahuan bukan
cara pemerintahan, iaitu ilmu pengetahuan
mengenai dasar-dasar pemerintahan, ilmu
sahsiah, ilmu kenegaraan dan sebagainya.
Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan
perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihan
raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang
sangat bahaya), dia akan berhenti politik.
Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah
dua puluh tahun berjuang dalam politik.
(Juara, 2005 :17)
Watak utamanya iaitu Mamat sebagai
seorang tokoh politik yang terlibat secara
langsung dengan perjuangan kemerdekaan
tanah air.
 Apabila kemerdekaan tercapat dia
mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam
pilihan raya dengan tujuan untuk terus kekal
menjadi tokoh politik sebagai pemimpin yang
memperjuangkan nasib rakyat.
Malangnya, mamat gagal dalam pilihan raya
tersebut dan kerana itu dia dan keuarganya
berpindah ke selatan siam dan bersumpah
untuk tidak lagi mahu mencampuri urusan
politik.
Walau bagai manapun cita-cita dan
keinginannya tetap ada namun dia akhirnya
memilih untuk menjadi pelaga lembu.
2. Ilmu Laga Lembu
 Dalam cerita juara ini banyak memperihalkan atau
mengaitkan ilmu laga lembu dengan ilmu politik. Penulis
cuba mengaitkan ilmu politik dengan lembu dimana ilmu
laga lembu itu sendiri mempunyai unsur yang tidak baik
iaitu berkaitan dengan wang dan perjudian
Dia sudah kalah main politik, dia tidak mahu kalah
sekali lagi dalam lapangan yang berlainan ini. Dia
bangga dengan kemenangannya sebagai pahlawan
lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa hinanya di daerah
ini. Nama julukan itu memudahkan dia mendapat wang
dari mana sahaja. Dari mana sahaja. Bila-bila!
(Juara, 2005 :30)
Pelaga lembu ibarat parti politik yang
sentiasa menegakkan perjuangan dan
mempertahankan hak masing-masing dan
perlawanan laga lembu diibaratkan seperti
medan pertembungan pemikiran serta
percakaran politik yang akhirnya kemengan
akan tercapai kepada mereka yang kuat.
Dalam medan politik, mamat digambarkan
sebagai seorang yang tewas sebaliknya
dalam medan laga lembu Mamat diletakkan
sebagai “Juara”.
3. Ilmu mengenai lembu
• Melalui cerita Juara ini juga, penulis banyak
menceritakan ilmu mengenai lembu dimana
masyarakat Melayu atau Kelantan pada masa
dahulu sangat pandai atau mempunyai ilmu
mengenai lembu.
• Dalam cerita ini, watak utama iaitu Mamat
sangat pandai dalam ilmu mengenai lembu.
• Dia dapat mengetahui sama ada lembu
tersebut boleh dibawa masuk bong untuk
bertanding atau pun tidak dan adakah lembu
itu kuat atau pun tidak.
“Tanda ini mudah tertipu”, kata Mamat lagi.
“kadang-kadang pusaran tanda kijang itu dibuat-
buat sahaja. Waktu kita membeli senang tertipu .
pusaran boleh dibuat dengan pelepah pisang.
Dikerat dan dipolet dua tiga kali. Pusaran kijang itu
tidak akan hilang dalam sehari dua.”
(Juara, 2005 :44)
4. Ilmu Firasat
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010), menyatakan bahawa firasat adalah
pengetahuan mengenai tanda-tanda pada
muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui
kelakuan atau nasib orang.
• Dalam novel juara ini, watak utama iaitu
Mamat telah membeuat ramalan mengenai
lembu mudanya iaitu Aral.
• Dia menyatakan bahawa Aral lebih kuat dari
lembunya yang dulu iaitu Calet.
“Aral lebih sasa dari Calet kalau diasuh betul.” Mamat
menegaskannya sungguh-sungguh. Dalam kepalanya
segera menangkap rupa anak lembu itu. Badannya
yang agak panjang. Kukunya membelok ke dalam.
Alamat tegak tempat berdiri dan sukar ditolak oleh
lawan. Engguhnya besar dan tinggi. Alamat kuat
batang lehernya. Lehernya besar. Di atas belakangnya
jalur racik yang halus. Jalur racik ini jarang ada pada
lembu-lembu adu biasa. Ini alamatnya tidak lari.
Bengkeng dan payah mengenal gembala kalau
marah.
(Juara, 2005 :42-43)
KEPENGARANGAN DAN
ESTETIKA BAHASA
Kepengarangan dan Estetik
Secara umumnya, kepengarangan
membawa maksud penciptaan dan olahan
yang dilakukan oleh pengarang terhadap
watak-watak yang terdapat dalam
karyanya.
Estetika pula merujuk kepada aspek
keindahan yang terdapat dalam karya.
i) Perjuangan dilambangkan
dengan gelanggang laga lembu
 Kekecewaan Mamat ketika kekalahan dalam pilihan raya masih
belum terubat.
 Mamat menjadikan aktiviti laga lembu sebagai medan untuk
mencapai kemenangan selepas kalah dalam politik.
 Perjuangan dalam gelanggang laga lembu diibaratkan seperti
perjuangan dalam politik untuk menjadi juara semula.
“Mamat tiba-tiba teringat kepada perjuangan politiknya.
Gelanggang politik dengan gelanggang lembu tidak jauh
bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama-sama dengan
politik. Sama-sama diperjudikan . Kalau lembu kalah orangnya
pun kalah. Kalau politik kalah orangnya pun kalah. Politik itu
lembu. Dan lembu itu politik”
(Juara, 2005:101)
ii) Pendidikan sebagai unsur
terpenting
• Mamat yakin hanya melalui pendidikan, seseorang itu dapat
melepaskan diri mereka daripada penjara kemiskinan dan menjadi
manusia yang berguna.
• Mamat memberi perhatian yang serius terhadap pelajaran anaknya,
Jusuh walaupun keluarganya dihimpit kemiskinan.
“Dalam kepalanya terenang-renang keyakinan terhadap masa
hadapan Jusuh… Dia mengharapkan biarlah Jusuh akan dapat
mencapai taraf pelajaran yang lebih tinggi untuk hidup dalam
negara Tanah Melayu yang merdeka”
(Juara, 2005:52)
“Jusuh ialah diri dia sendiri. Kegagalan dia memberi pelajaran,
ertinya kegagalan Jusuh untuk menjadi manusia”
(Juara,
2005:55)
iii) Memperlihatkan watak yang
kontradik
 Mamat dilihat sebagai seorang yang beragama dan
bertanggungjawab, namun semua itu tidak menghalang
dirinya mempunyai sifat negatif iaitu suka berjudi.
“…Ya Tuhan! Mamat berdoa dalam hatinya. Itu pun satu kerja
untuk menyambung nyawa anak isteri. Ya Tuhan! Terimalah ini!
Tuhan Pengasih, Penyayang! Mamat menenangkan hatinya
sendiri. Hampir-hampir dia menitiskan air mata ketika satu-satu
kalimat zikir diucapkan… ”
(Juara, 2005:18-
19)
iv) Mengagungkan perjudian dan
pembunuhan
 Kehidupan Mamat dihimpit kemiskinan memaksanya mengikuti arus
budaya masyarakat setempat iaitu judi laga lembu dan dijadikan sebagai
sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan.
 Kematian Abang Lazim menyebabkan Mamat berazam untuk membalas
dendam sehingga melibatkan keganasan dan kematian.
“Kita tentu banyak mendapat wang, tegasnya lagi dengan penuh harapan.
Orang tentu banyak menahan sebelah Langsat.” (Juara, 2005:92)
“Pertaruhan yang terlalu besar. Dan, wangnya mesti pula tunai!!”
(Juara, 2005:94)
“Tiba-tiba semua orang menutup mata mereka. Beberapa ledakan keluar
dari muncung senapang laras dua Mamat. Mamat sempat melihat Pak Isa
melayang turun ke bumi.”
(Juara, 2005:217)
v) Satira Politik
 Mamat merupakan seorang ahli politik yang sudah lama
bergiat aktif dalam arena politik.
 Walaupun pelbagai cara yang dilakukan untuk menjatuhkan
pihak lawan, namun dia tetap kalah.
 Pengarang seperti mengibaratkan peristiwa ini dengan situasi
sebenar dalam dunia politik.
“Keyakinannya itu begitu mendalam. Walaupun dia menghadapi
calon anak tempatan juga, tetapi calon Parti Perpaduan Islam itu
sangat mentah. Dalam setiap kempen, dia dapat membalun
habis-habisan. Budak hingusan. Ubun-ubunnya masih lembik.
Tolol dalam erti politik. Mentah dalam perjuangan.”
(Juara, 2005:83)
Estetik dalam Seni Bahasa
Aspek keindahan dalam karya amat
berkait rapat dengan pengarang.
Pengarang akan meletakkan nilai
keindahan melalui penggunaan seni
bahasa (gaya bahasa) bagi
memperlihatkan keistimewaan dalam hasil
karyanya.
Gaya bahasa
a) Simile
Perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung)
dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung).
“Badan dan engguh calet padat dan meninggi. Batang
lehernya seperti perdu kelapa”
(Halaman 88,2005)
b) Pengulangan
Pengulangan perkataan yang sama.
“Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan
politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya, dia akan berhenti
politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua
puluh tahun berjuang dalam politik”
(Halaman 113,2005)
c) Sinkope
Bermaksud singkatan yang digunakan dalam novel:
”Lagi cepat lagi bagus. Nak tahu dia ada atau tidak”
(Juara ,10: 2005)
d) Penggunaan Dialek
“Ambo tengok ada berbuih di hidungnya”
“Tak lih tu. Jangan dibiarkan”
(Juara, 42: 2005)
e) Metafora
Unsur-unsur konkrit yang dibandingkan dengan unsur tidak konkrit
(tidak boleh disentuh/rasa )
“Dia seolah-olah berada dalam satu gua masalah yang sangat
hebat.”
(Juara,54:2005)
f) Apakop:
Sejenis gaya bahasa/ayat yang menggunakan kata nafi di
awal ayat.
“Bukan soal pelajaran, suh. Bukan.”
(Juara, 52: 2005)
g) Aforisma:
Kata-kata pujangga atau kata-kata hikmat.
“ Harga Manusia ialah kemerdekaan”
(Halaman ,74: 2005)
KESIMPULAN
• S. Othman Kelantan telah memberikan
sumbangan yang amat besar dalam
bidang penulisan novel tanah air.
• Beliau yang juga tokoh Anugerah
Sasterawan Negara ke-9 merupakan
seorang yang berjiwa patriotik dalam
menghasilkan karya-karya yang bermutu
tinggi.
RUJUKAN
Abu Hassan Abdul (2013). Seni mengarang.
Tanjung Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rashis Md Idris, Abd Rahman Napiah,
Seri Lanang Jaya Hj Rohani (2014). Karya
Agung Melayu. Tanjung Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
S. Othman Kelantan ,(1997). Pemikiran satira
dalam novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
S. Othman Kelantan, (2005) Juara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sekian Terima Kasih

More Related Content

Similar to Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Sosok miah dalam drama gerbong
Sosok miah dalam drama gerbongSosok miah dalam drama gerbong
Sosok miah dalam drama gerbongNitaaoktav
 
kesusteraan melayu
kesusteraan melayu kesusteraan melayu
kesusteraan melayu jayli38
 
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...mardhia2020
 
Noor dian eka wahyu binti mohamad
Noor dian eka wahyu binti mohamadNoor dian eka wahyu binti mohamad
Noor dian eka wahyu binti mohamadDian Eka
 
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARAKESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARAZulkiffliKutty
 

Similar to Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5 (7)

KAJIAN CERPEN
KAJIAN CERPENKAJIAN CERPEN
KAJIAN CERPEN
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Sosok miah dalam drama gerbong
Sosok miah dalam drama gerbongSosok miah dalam drama gerbong
Sosok miah dalam drama gerbong
 
kesusteraan melayu
kesusteraan melayu kesusteraan melayu
kesusteraan melayu
 
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
 
Noor dian eka wahyu binti mohamad
Noor dian eka wahyu binti mohamadNoor dian eka wahyu binti mohamad
Noor dian eka wahyu binti mohamad
 
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARAKESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
 

Recently uploaded

prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanaji guru
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramTitaniaUtami
 
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptxMekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptxEkoPoerwantoe2
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAgusSuarno2
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?AdePutraTunggali
 
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)Ammar Ahmad
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakDianPermana63
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfssuser29a952
 
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanMateri Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanTitaniaUtami
 
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Fathan Emran
 
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASsusilowati82
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptxErikaPutriJayantini
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.pptAnalisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.pptRahmaniaPamungkas2
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
 
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptxMekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
Mekanisme Mendengar Pada Manusia dan Hewan.pptx
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
 
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanMateri Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
 
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.pptAnalisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
Analisis Regresi Analisis Regresi dan Korelasi.ppt
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

  • 1. BMS3022 Karya AgungMelayu novel: juara MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMI D20111047670 MOHD IRFANBIN ARIFIN D20111047663 MASDA BINTI ALWI D20111047628 NAJWA KHAIRANI BINTI AZMAN D20111047631 NURUL NAEMAH BINTI A WAHAB D20111047664
  • 2. Karya Agung Melayu ‘Karya agung’ ialah karya ulung yang meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa (Mohd Rashid Idris et al, 2014). Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, nilai budaya, ilmu, falsafah dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya.
  • 4. Pengenalan Juara ialah novel kelima Syed Othman Al Yahya atau dikenali sebagai S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara). Juara mengambil latar masyarakat Melayu (Selatan Siam dan Kelantan) yang jelas, dianggap sebuah novel politik oleh novelisnya. Terbitan pertama pada tahun 1976. Telah diadaptasi kepada filem bertajuk “Jogho” oleh U-Wei Hj. Shaari.
  • 5. SINOPSIS RINGKAS Novel ini mengisahkan seorang lelaki yang terkenal dengan kehandalannya mengadukan lembu. Dalam pada itu, lelaki ini sebenarnya adalah seorang pemain politik, iaitu politikus yang kalah dalam pilihan raya di sebuah daerah di Kelantan. Selepas kekalahannya, dia telah membina hidup baru bersama-sama dengan keluarganya di selatan Thailand. Setelah berpindah ke selatan Thailand, dia telah ‘terbabit’ dalam dunia laga lembu bersama seorang kawannya. Tanpa dijangka, kawannya telah ditembak setelah pulang dari menyertai pertandingan laga lembu. Lelaki tersebut berazam untuk menuntut bela atas kematian kawan baiknya itu.
  • 6. Lembu adalah metafora kepada Pihak tertentu dalam masyarakat KEPALA: Golongan perintis dalam politik yang tidak menikmati kedudukan. Pejuang kemerdekaan yang awal umpama tanduk yang menikam dan mengalahan lawan tapi tidak beroleh apa-apa. PERUT: Kelompok yang berjuang sedikit atau tidak berjuang langsung tetapi menikmati hasil terbanyak. KAKI DAN EKOR: Mewakili rakyat biasa yang menyokong kenaikan seorang tokoh, kelompok pengundi. SATIRA POLITIK
  • 8. Pengenalan • Bagi S. Othman Kelantan (1997:269) pemikiran bermaksud idea yang wujud daripada golongan intelektual yang menggunakan fakulti kritikan dalarn mindanya untuk memikirkan sesuatu masalah dalam masyarakatnya. Pemikirannya disebarkan ke dalam atau ke luar lingkungan masyarakatnya. • Pemikiran bermula dengan idea, yang kemudiannya dimatangkan pengarang menjadi subjek, akhirnya menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan. (Mohd Rashid Idris et.al, 2014).
  • 9. Sistem Politik dalam Laga Lembu  Tindakan Mamat yang mula berlaga lembu untuk kembali menjadi juara merupakan manifestasi protesnya kepada nostalgia politik di tanah tumpah darahnya. Gelanggang politik dengan gelanggang lembu itu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama-sama diperjudikan. Kalau lembu kalah, orangnya pun kalah. Kalau politik kalah, orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan lembu itu pun politik! (Halaman 101,2005)
  • 10. Perjuangan dalam politik demi kemerdekaan Pemikiran utama novel ini adalah untuk mengupas politik Melayu yang mengejar kemerdekaan. Mamat pernah menjadi pemimpin Parti Persatuan Melayu yang sederhana dalam segala tindak tanduknya. Dia pernah memimpin perarakan untuk menuntut pilihan raya daripada pemerintah Inggeris. Mamat mempunyai semangat bangsa dan nasionalisme. Dia sanggup berkorban jiwa dan raga demi menang dalam pilihan raya tersebut.
  • 11. Sosiobudaya Melayu di daerah selatan Thailand • S. Othman Kelantan telah mewujudkan jambatan kritikan sosial, sama ada secara halus atau secara nyata. • Sosiobudaya Melayu seperti “berjudi laga lembu” yang kurang disenanginya dikritik secara terbuka. • Tradisi perlagaan Lembu yang ditonjolkan yang merupakan suatu aktiviti riadah serta hiburan bagi warga Thailand di sana.
  • 12. Kejahilan masyarakat  Ketiadaan ilmu menjadikan masyarakat Bangnara golongan terpencil dan terpinggir.  Masyarakat yang berbangga dengan kegiatan berjudi, hubungan peribadi sesama keluarga dan sahabat sahaja dan perasaan hasad dengki.  Shahnon Ahmad (1979) dalam karya A Rahim Abdullah (1995) menyatakan novel Juara ini mentafsirkan golongan manusia yang sering kembali kepada taraf dan mentaliti haiwan dengan segala keganasan, kekasaran, pembunuhan dan sebagainya, di samping menggambarkan watak masyarakatnya yang suka bergaduh dan ‘bergocoh’ demi kepentingan sendiri.
  • 14. Budaya Semangat Setia Kawan Dia tidak mengalihkan sedikit pun matanya. Dia berdiri dengan penuh harapan di sisi mayat Abang Lazim. Dia memutuskan dalam hatinya. Dia bersaksikan kapan-kapan yang sedang menyumbati telinga, lubang hidung, dan dua lubang yang menebusi kepala dan perut Abang Lazim. Dia akan berbuat apa sahaja. Apa sahaja sampai dia mengikuti jejak Abang Lazim!. (Juara, 2005 :2)  Semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh Mamat kepada kawannya yang telah meninggal dunia, iaitu Abang Lazim
  • 15. Budaya Tolong-menolong Jali hanya menjaga keluarga Mamat selama Mamat kepergian ke Kelantan. Jali benar-benar mengharapkan keluarga itu selamat. Manalah tahu kalau-kalau Selamah dan Milah dilarikan orang? Faisah? Tidak. Faisah bersama-sama bapaknya. (Juara, 36 :2005)  Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Jali terhadap keluarga Mamat semasa Mamat pergi ke Kelantan
  • 16. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara Dalam kepala Jali ternampak kesungguhan jaguh tua ini dalam mengawal dan melatih lembu-lembu adu. Dia teringat bagaimana Mamat berhari-hari, berminggu-minggu melatih dan menggalakkan Calet sebelum masuk bong. Dia teringat bagaimana suatu hari, perut Mamat hamper- hampir robek oelh tanduk kupit Calet. (Juara, 2005 :42) • Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mamat semasa melatih lembu-lembunya menjadi lembu adu.
  • 17. Budaya mementingkan pelajaran Jusuh ialah diri dia sendiri. Kegagalan dia memberi pelajaran, ertinya kegagalan Jusuh untuk menjadi manusia. Kegagalan dia menanam otak ke dalam anak laki-lakinya seorang ini, akan hilang semua keturunannya yang selamanya dikenal sebagai pejuang. Sekalipun perjuangannya tidak pernah dikenang walau seurat rambutpun. Dia gagal. Kegagalannya ialah kegagalan pelajarannya. Kegagalan perjuangannya ialah kegagalan pelajarannya. (Juara, 2005 :55) • Menceritakan tentang pandangan seorang ayah tentang
  • 18. Budaya Kasih Sayang “Jangan banyak bergerak. Luka banyak. Tapi semuanya sudah diubatkan,” kata Minah dengan tenang. Menyeka keringat yang mula berbaris di muka Mamat. (Juara, 2005 :66) • Minah menjaga suaminya yang sedang sakit akibat daripada serangan lembu yang dipeliharanya
  • 19. Budaya KESETIAAN Minah lebih suka mendengar daripada berkata-kata. Inilah kelebihan Minah, fikirnya. Minah tidak banyak cakap. Minah cepat bertindak dan setia dalam hidup. Miah sebenarnay perempuan sejati. Kesetiaannya kepada suami dan anak- anak tidak terhingga. Kalau dia menangis, tamgisannya kerana memikirkan hal anak-anaknya. Kalau Minah gembira, kegembiraannya kerana anak-anaknya juga. Seratus persen Minah dilahirkan untuk suami dan anak- anaknya. (Juara, 2005 :79) • kesetiaan seorang isteri terhadap suami dan anak- anaknya.
  • 20. Budaya keberanian Malam semalam keputusan akhir telah dicapai. Pertaruhan ini paling besar dalam sejarah pertarungan lembu. Pak Isa telah menetapkan dua ratus ribu baht. Abang Lazim menyanggupinya. Ada dua puluh orang menjadi orang dalam. Mereka akan menanggung segala kerugian kalau Calet kalah. (Juara, 2005 :93) • Keberanian yang ditunjukkan oleh Abang Lazim untuk menyertai pertarunga lembu yang melibakan sejumlah wang pertaruhan yang besar.
  • 22. Pandangan hidup boleh dikatakan suatu konsep yang dimiliki oleh masyakat atau komuniti tertentu dengan tujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam. Pandangan hidup dalam karya agung ini melibatkan hubungan antara manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam dan hubungan sesama manusia.
  • 23. i. Keagamaan  Keagamaan dalam novel Juara boleh dilihat semasa Mamat, Lebai Syukur, Jali, Mat San, Semail dan Setapa membacakan zikir untuk arwah Abang Lazim. “Mamat ikut berzikir bersungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah Abang Lazim.”  (Juara, 2005 : 18)  Selain itu, Mamat juga digambarkan sebagai seorang yang warak. Dia selalu mengimamkan solat jemaah di rumahnya.
  • 24. ii. Hubungan Silaturrahim  Mamat sangat menyayangi sahabatnya, Abang Lazim. Kematian Abang Lazim merupakan satu tamparan yang hebat kepadanya. Ini dapat dilihat melalui peristiwa semasa Abang Lazim dibunuh, Mamat hampir-hampir mengamuk dan mengajak orang ramai pergi membalas dendam. “ ‘Pak Isa ya?’ soalnya kepada diri sendiri, dengan ucapan kasar. ‘ Tidak ada orang yang kebal di dalam daerah ini!’ dia bersungut sendirian. ‘Marilah bersamaku, kita selesaikan segera hutang piutang!!’ “ (Buku Juara, 2005 : 5)
  • 25. iii. Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan • Juga dilihat melalui watak Mamat yang mengharapkan kejayaan anaknya, Jusuh. “Dia mengharapkan anak laki-lakinya ini akan beroleh tempat tegaknya yang baik di Kelantan. Dia mengharapkan Jusuh akan tetap naik dengan pelajarannya. Janganlah menerima nasib seperti dirnya.” (Juara, 2005 : 17)
  • 26.  Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Istilah falsafah atau philosophia telah digunakan oleh Pythagoras pertama kalinya. Beliau mengatakan philo dan sophia membawa maksud cinta akan kebijaksanaan. Menurut Plato pula, philosophia bermaksud ilmu.  Secara keseluruhannya, falsafah boleh disimpulkan sebagai suatu kesenian berfikir yang waras, bernas dan mendalam serta memiliki unsur estetik dan artistik. Falsafah dalam aspek penulisan karya agung pula merujuk kepada pemikiran atau pandangan hidup yang diketengahkan dalam sesuatu karya yang boleh menarik minat khalayak untuk meneruskan pembacaan.
  • 27. Politik dan Kekuasaan • Novel Juara karya S. Othman Kelantan banyak mengandungi falsafah berkenaan dengan politik dan kekuasaan. • Novel ini menyentuh mengenai konflik pertentangan antara manusia yang inginkan kekuasaan dan percaturan ekonomi di mana perjuangan dalam dunia politik itu dikiaskan oleh penulis dengan perjudian berlaga lembu. • Tindakan Mamat yang berlaga lembu untuk kembali berasa menjadi juara itu barangkali merupakan suatu manifestasi protesnya kepada nostalgia politiknya.
  • 28. Sosial (kehidupan masyarakat) • Di Bangnara, kegiatan masa lapang orang lelakinya ialah berlaga lembu. Mamat sendiri merupakan seorang yang selalu berlaga lembu sehinggakan dia digelar ‘Pahlawan Lembu’ dan ‘Juara’. Mamat memberikan perhatian yang lebih kepada lembunya berbanding keluarga sendiri. • Masyarakat di kampung ini juga sudah biasa dengan perbuatan yang mengatasi undang-undang. Hal ini terbukti dengan peristiwa pembunuhan Abang Lazim, Pak Isa dan Dolah Munduk.Hal ini boleh dilihat melalui peristiwa semasa mayat Abang Lazim diusung pulang ke rumah. “Dua orang lelaki anak Abang Lazim membasahi mayat ayahnya dengan air mata. Kemudian, tegak seperti seekor tedung. Mencapai ladingnya. Mencapai kelewang, pistolnya. Akan tetapi kedua-dua beradik itu disabarkan juga.” (Juara, 2005:6)
  • 29. Ekonomi Dari aspek ekonomi pula, penulis menggambarkan keadaan Mamat yang bergantung pendapatan dengan berlaga lembu. Hal ini dibuktikan melalui petikan : “Dia (mamat) bangga dengan kemenangannya sebagai pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa hinanya di daerah ini. Nama julukan itu memudahkan dia mendapat wang dari mana sahaja. Bila-bila!” (Juara, 2005 : 30-31)
  • 31. Konsep nilai – darjat, kualiti, mutu dan taraf Konsep ilmu – pengetahuan Jenis ilmu – ilmu firasat (tanda-tanda pada muka, badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. - ilmu perdukunan (orang-rang yang mengubati orang sakit/memberi ubat secara kampung. - ilmu jampi (kata-kata tertentu) - ilmu pengasih (azimat,doa)
  • 32. 1. Ilmu Politik • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), politik bermaksud ilmu pengetahuan bukan cara pemerintahan, iaitu ilmu pengetahuan mengenai dasar-dasar pemerintahan, ilmu sahsiah, ilmu kenegaraan dan sebagainya. Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik. (Juara, 2005 :17)
  • 33. Watak utamanya iaitu Mamat sebagai seorang tokoh politik yang terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan tanah air.  Apabila kemerdekaan tercapat dia mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihan raya dengan tujuan untuk terus kekal menjadi tokoh politik sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat.
  • 34. Malangnya, mamat gagal dalam pilihan raya tersebut dan kerana itu dia dan keuarganya berpindah ke selatan siam dan bersumpah untuk tidak lagi mahu mencampuri urusan politik. Walau bagai manapun cita-cita dan keinginannya tetap ada namun dia akhirnya memilih untuk menjadi pelaga lembu.
  • 35. 2. Ilmu Laga Lembu  Dalam cerita juara ini banyak memperihalkan atau mengaitkan ilmu laga lembu dengan ilmu politik. Penulis cuba mengaitkan ilmu politik dengan lembu dimana ilmu laga lembu itu sendiri mempunyai unsur yang tidak baik iaitu berkaitan dengan wang dan perjudian Dia sudah kalah main politik, dia tidak mahu kalah sekali lagi dalam lapangan yang berlainan ini. Dia bangga dengan kemenangannya sebagai pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa hinanya di daerah ini. Nama julukan itu memudahkan dia mendapat wang dari mana sahaja. Dari mana sahaja. Bila-bila! (Juara, 2005 :30)
  • 36. Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkan perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan perlawanan laga lembu diibaratkan seperti medan pertembungan pemikiran serta percakaran politik yang akhirnya kemengan akan tercapai kepada mereka yang kuat. Dalam medan politik, mamat digambarkan sebagai seorang yang tewas sebaliknya dalam medan laga lembu Mamat diletakkan sebagai “Juara”.
  • 37. 3. Ilmu mengenai lembu • Melalui cerita Juara ini juga, penulis banyak menceritakan ilmu mengenai lembu dimana masyarakat Melayu atau Kelantan pada masa dahulu sangat pandai atau mempunyai ilmu mengenai lembu. • Dalam cerita ini, watak utama iaitu Mamat sangat pandai dalam ilmu mengenai lembu. • Dia dapat mengetahui sama ada lembu tersebut boleh dibawa masuk bong untuk bertanding atau pun tidak dan adakah lembu itu kuat atau pun tidak.
  • 38. “Tanda ini mudah tertipu”, kata Mamat lagi. “kadang-kadang pusaran tanda kijang itu dibuat- buat sahaja. Waktu kita membeli senang tertipu . pusaran boleh dibuat dengan pelepah pisang. Dikerat dan dipolet dua tiga kali. Pusaran kijang itu tidak akan hilang dalam sehari dua.” (Juara, 2005 :44)
  • 39. 4. Ilmu Firasat Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. • Dalam novel juara ini, watak utama iaitu Mamat telah membeuat ramalan mengenai lembu mudanya iaitu Aral. • Dia menyatakan bahawa Aral lebih kuat dari lembunya yang dulu iaitu Calet.
  • 40. “Aral lebih sasa dari Calet kalau diasuh betul.” Mamat menegaskannya sungguh-sungguh. Dalam kepalanya segera menangkap rupa anak lembu itu. Badannya yang agak panjang. Kukunya membelok ke dalam. Alamat tegak tempat berdiri dan sukar ditolak oleh lawan. Engguhnya besar dan tinggi. Alamat kuat batang lehernya. Lehernya besar. Di atas belakangnya jalur racik yang halus. Jalur racik ini jarang ada pada lembu-lembu adu biasa. Ini alamatnya tidak lari. Bengkeng dan payah mengenal gembala kalau marah. (Juara, 2005 :42-43)
  • 42. Kepengarangan dan Estetik Secara umumnya, kepengarangan membawa maksud penciptaan dan olahan yang dilakukan oleh pengarang terhadap watak-watak yang terdapat dalam karyanya. Estetika pula merujuk kepada aspek keindahan yang terdapat dalam karya.
  • 43. i) Perjuangan dilambangkan dengan gelanggang laga lembu  Kekecewaan Mamat ketika kekalahan dalam pilihan raya masih belum terubat.  Mamat menjadikan aktiviti laga lembu sebagai medan untuk mencapai kemenangan selepas kalah dalam politik.  Perjuangan dalam gelanggang laga lembu diibaratkan seperti perjuangan dalam politik untuk menjadi juara semula. “Mamat tiba-tiba teringat kepada perjuangan politiknya. Gelanggang politik dengan gelanggang lembu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama-sama dengan politik. Sama-sama diperjudikan . Kalau lembu kalah orangnya pun kalah. Kalau politik kalah orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan lembu itu politik” (Juara, 2005:101)
  • 44. ii) Pendidikan sebagai unsur terpenting • Mamat yakin hanya melalui pendidikan, seseorang itu dapat melepaskan diri mereka daripada penjara kemiskinan dan menjadi manusia yang berguna. • Mamat memberi perhatian yang serius terhadap pelajaran anaknya, Jusuh walaupun keluarganya dihimpit kemiskinan. “Dalam kepalanya terenang-renang keyakinan terhadap masa hadapan Jusuh… Dia mengharapkan biarlah Jusuh akan dapat mencapai taraf pelajaran yang lebih tinggi untuk hidup dalam negara Tanah Melayu yang merdeka” (Juara, 2005:52) “Jusuh ialah diri dia sendiri. Kegagalan dia memberi pelajaran, ertinya kegagalan Jusuh untuk menjadi manusia” (Juara, 2005:55)
  • 45. iii) Memperlihatkan watak yang kontradik  Mamat dilihat sebagai seorang yang beragama dan bertanggungjawab, namun semua itu tidak menghalang dirinya mempunyai sifat negatif iaitu suka berjudi. “…Ya Tuhan! Mamat berdoa dalam hatinya. Itu pun satu kerja untuk menyambung nyawa anak isteri. Ya Tuhan! Terimalah ini! Tuhan Pengasih, Penyayang! Mamat menenangkan hatinya sendiri. Hampir-hampir dia menitiskan air mata ketika satu-satu kalimat zikir diucapkan… ” (Juara, 2005:18- 19)
  • 46. iv) Mengagungkan perjudian dan pembunuhan  Kehidupan Mamat dihimpit kemiskinan memaksanya mengikuti arus budaya masyarakat setempat iaitu judi laga lembu dan dijadikan sebagai sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan.  Kematian Abang Lazim menyebabkan Mamat berazam untuk membalas dendam sehingga melibatkan keganasan dan kematian. “Kita tentu banyak mendapat wang, tegasnya lagi dengan penuh harapan. Orang tentu banyak menahan sebelah Langsat.” (Juara, 2005:92) “Pertaruhan yang terlalu besar. Dan, wangnya mesti pula tunai!!” (Juara, 2005:94) “Tiba-tiba semua orang menutup mata mereka. Beberapa ledakan keluar dari muncung senapang laras dua Mamat. Mamat sempat melihat Pak Isa melayang turun ke bumi.” (Juara, 2005:217)
  • 47. v) Satira Politik  Mamat merupakan seorang ahli politik yang sudah lama bergiat aktif dalam arena politik.  Walaupun pelbagai cara yang dilakukan untuk menjatuhkan pihak lawan, namun dia tetap kalah.  Pengarang seperti mengibaratkan peristiwa ini dengan situasi sebenar dalam dunia politik. “Keyakinannya itu begitu mendalam. Walaupun dia menghadapi calon anak tempatan juga, tetapi calon Parti Perpaduan Islam itu sangat mentah. Dalam setiap kempen, dia dapat membalun habis-habisan. Budak hingusan. Ubun-ubunnya masih lembik. Tolol dalam erti politik. Mentah dalam perjuangan.” (Juara, 2005:83)
  • 48. Estetik dalam Seni Bahasa Aspek keindahan dalam karya amat berkait rapat dengan pengarang. Pengarang akan meletakkan nilai keindahan melalui penggunaan seni bahasa (gaya bahasa) bagi memperlihatkan keistimewaan dalam hasil karyanya.
  • 49. Gaya bahasa a) Simile Perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung). “Badan dan engguh calet padat dan meninggi. Batang lehernya seperti perdu kelapa” (Halaman 88,2005) b) Pengulangan Pengulangan perkataan yang sama. “Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya, dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik” (Halaman 113,2005)
  • 50. c) Sinkope Bermaksud singkatan yang digunakan dalam novel: ”Lagi cepat lagi bagus. Nak tahu dia ada atau tidak” (Juara ,10: 2005) d) Penggunaan Dialek “Ambo tengok ada berbuih di hidungnya” “Tak lih tu. Jangan dibiarkan” (Juara, 42: 2005) e) Metafora Unsur-unsur konkrit yang dibandingkan dengan unsur tidak konkrit (tidak boleh disentuh/rasa ) “Dia seolah-olah berada dalam satu gua masalah yang sangat hebat.” (Juara,54:2005)
  • 51. f) Apakop: Sejenis gaya bahasa/ayat yang menggunakan kata nafi di awal ayat. “Bukan soal pelajaran, suh. Bukan.” (Juara, 52: 2005) g) Aforisma: Kata-kata pujangga atau kata-kata hikmat. “ Harga Manusia ialah kemerdekaan” (Halaman ,74: 2005)
  • 52. KESIMPULAN • S. Othman Kelantan telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang penulisan novel tanah air. • Beliau yang juga tokoh Anugerah Sasterawan Negara ke-9 merupakan seorang yang berjiwa patriotik dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.
  • 53. RUJUKAN Abu Hassan Abdul (2013). Seni mengarang. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Rashis Md Idris, Abd Rahman Napiah, Seri Lanang Jaya Hj Rohani (2014). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. S. Othman Kelantan ,(1997). Pemikiran satira dalam novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. S. Othman Kelantan, (2005) Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.