SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak membawa
perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar
arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami
masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar
saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen.
Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan
krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu,
masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.

Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul
kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar.
Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap
secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa
ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya
lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana “sudah terhantuk baru
tengadah”. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus
dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan
masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya
memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk
dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah
menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen
kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan
orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen
tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut
diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya,
kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan
cara yang efektif.
Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialah pembenihan
awan perlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada menular. Akibat daripada
fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda Malaysia. Keadaan ini
memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan demikian, kerja pembenihan awan terpaksa
dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air
menjadi ringan, Titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu,
iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal
akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan
bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh
memainkan peranan penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat
membawa bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan
pembenihan awan.

Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu bapa
dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah
masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah,
anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk
membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka,
mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu
tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan,
bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”. Berpegang pada prinsip “bagaimana acuan begitulah
kuihnya”, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan
kebersihan udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya menjadi individu yang
mengamalkan sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai-
nilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam
jiwa anak-anak untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam
memelihara kebersihan udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata
anak-anak mereka terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran
kerajaan. Melalui langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak
umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu terhadap negara
supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka,
peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan impak positif
kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda.

Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin dari
negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran hutan serta
mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh
memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara
mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut
melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang
melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang
tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan.

Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar sampah
sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran sampah sarap
merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan
terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma,
pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam
aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan
rumah. Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani
sebelum nasi menjadi bubur.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah
tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai
langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya
Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat
berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya
berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu
dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.
Impak negatif yang pertama ialah pasaraya besar ini berupaya menjejaskan keseinambungan
peruncit-peruncit kecil-kecilan di negara ini. Kalau dahulu peruncit ini boleh bersaing dengan
pekedai lain tetapi kemunculan pasaraya besar sukar ditandingi mereka. Biasanya pasaraya besar
membeli barangan dalam bentuk pukal lalu berupaya menjualnya dengan harga yang jauh begitu
murah. Pada masa yang sama kos operasi pasaraya ini juga begitu rendah dibandingan dengan
peruncit tempatan yang tiada pilihan selain gulung tikar. Maka, semakin banyak pasaraya besar
ini semakin tipislah peluang untuk peruncit tempatan untuk mengaut keuntungan.

Pada masa yang sama pasaraya besar membawa kemunculan budaya baru pula yakn budaya
membeli barangan dalam kuantiti yang banyak. Biasanya pembeli terpaksa membeli dalam
jumlah yang banyak untuk mendapatkan lebih banyak potongan harga jika membeli sesuatu
produk itu secara berasingan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya konsep pembaziran yang
keterlaluan terutama dalam aspek penggunaan sesuatu produk dan juga kegunaan wang
pengguna. Oleh itu, pasaraya besar menyebabkan budaya membazir muncul dalam masyarakat
kita sedikit demi sedikit lalu menjadi satu kelaziman pula suatu masa nanti.

Akibat pembinaan pasaraya besar ini tertumpu di kawasan yang padat penduduknya masalah
kesesakan lalu lintas pula menjadi semakin kronik terutama ketika hujung minggu atau awal
bulan. Kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kereta menyebabkan banyak penggunan yang
berkunjung ke pasaraya ini sengaja meletakkan kereta mereka di bahu-bahu jalan lalu
menghalang kelancaran lalu lintas kenderaan lain pula. Situasi sesak ini pastinya menimbulkan
masalah bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada penduduk sekitar yang terpaksa
menghadapi keadaan yang serupa berulang kali sepanjang hidup mereka. Sesungguhnya,
pasaraya besar menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas bukanlah satu isu baru lagi malah
sudah menjadi sesuatu yang biasa pula.

Natijahnya, pasaraya besar memberikan satu impak yang besar dalam kehidupan masyarakat kita
sekarang. Kalau kita kaji secara mendalam semua aktiviti harian masyarakat banyak tertumpu di
kawasan pasaraya besar ini. Kalau dahulu berbelanja dianggap sebagai satu kehendak kini
aktiviti berbelanja sudah menjadi keperuan atau amalan biasa dalam kehidupan masyarakat kita.
Mungkin masyarakat kita tidak akan mengena lagi jiran tetangga mereka kerana sibuk
menghabiskan masa di pasaraya sahaja. Bayangkan.

More Related Content

Viewers also liked

Día de la paz iii
Día de la paz iiiDía de la paz iii
Día de la paz iiibuinchi
 
La clase del terror
La clase del terrorLa clase del terror
La clase del terrorbuinchi
 
Visitamos la tienda de andrés gómez
Visitamos la tienda de andrés gómezVisitamos la tienda de andrés gómez
Visitamos la tienda de andrés gómezbuinchi
 
A reciclar!
A reciclar!A reciclar!
A reciclar!buinchi
 
Día de paz ii
Día de paz iiDía de paz ii
Día de paz iibuinchi
 
Las profesiones
Las profesionesLas profesiones
Las profesionesbuinchi
 
Revised agreement instit[1]...ffective 1st oct 2012
Revised agreement   instit[1]...ffective 1st oct 2012Revised agreement   instit[1]...ffective 1st oct 2012
Revised agreement instit[1]...ffective 1st oct 2012Ir Jaiswal
 

Viewers also liked (11)

Día de la paz iii
Día de la paz iiiDía de la paz iii
Día de la paz iii
 
La clase del terror
La clase del terrorLa clase del terror
La clase del terror
 
Luis ramirez
Luis ramirezLuis ramirez
Luis ramirez
 
Visitamos la tienda de andrés gómez
Visitamos la tienda de andrés gómezVisitamos la tienda de andrés gómez
Visitamos la tienda de andrés gómez
 
A reciclar!
A reciclar!A reciclar!
A reciclar!
 
Día de paz ii
Día de paz iiDía de paz ii
Día de paz ii
 
Las profesiones
Las profesionesLas profesiones
Las profesiones
 
Pengenalan perniagaan
Pengenalan perniagaanPengenalan perniagaan
Pengenalan perniagaan
 
Revised agreement instit[1]...ffective 1st oct 2012
Revised agreement   instit[1]...ffective 1st oct 2012Revised agreement   instit[1]...ffective 1st oct 2012
Revised agreement instit[1]...ffective 1st oct 2012
 
E payment system
E payment systemE payment system
E payment system
 
The history of ot
The history of otThe history of ot
The history of ot
 

Similar to Langkah

Kesan jerebu
Kesan jerebuKesan jerebu
Kesan jerebuhjbhb
 
Karangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxKarangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxディー アン
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
KONSEP KEBIJAKAN EKONOMI BERKELANJUTAN DENGAN MODEL GREEN ECONOMY
KONSEP KEBIJAKAN EKONOMI BERKELANJUTAN DENGAN MODEL GREEN ECONOMYKONSEP KEBIJAKAN EKONOMI BERKELANJUTAN DENGAN MODEL GREEN ECONOMY
KONSEP KEBIJAKAN EKONOMI BERKELANJUTAN DENGAN MODEL GREEN ECONOMYHasanuddin University
 
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67fptv
 
Kepadatan penduduk
Kepadatan pendudukKepadatan penduduk
Kepadatan pendudukNovia Senja
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganPRA-UNIVERSITY
 
Langkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeLangkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeIkhwan Syazwan
 
Is Mia Andina (20333010) - Permasalahan Sampah kota dan desa - Prodi EP UGK
Is Mia Andina (20333010) - Permasalahan Sampah kota dan desa - Prodi EP UGKIs Mia Andina (20333010) - Permasalahan Sampah kota dan desa - Prodi EP UGK
Is Mia Andina (20333010) - Permasalahan Sampah kota dan desa - Prodi EP UGKUGK
 
permasalhan sosial sosio.pptx
permasalhan sosial sosio.pptxpermasalhan sosial sosio.pptx
permasalhan sosial sosio.pptxSyifaNurainiXIPA1
 
Manajemen sampah zero
Manajemen sampah zeroManajemen sampah zero
Manajemen sampah zeroBeta Iriawan
 
3 masalah & solusi di indonesia
3 masalah & solusi di indonesia3 masalah & solusi di indonesia
3 masalah & solusi di indonesiaFajar Rizki
 
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHANTIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHANCORNELIUSMATHHIASJAG
 
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsanganLatihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangangmurugian
 
New 2 pb roadshow unhas siaran pers
New 2 pb roadshow unhas   siaran persNew 2 pb roadshow unhas   siaran pers
New 2 pb roadshow unhas siaran persHutan_Indonesia
 

Similar to Langkah (20)

Kesan jerebu
Kesan jerebuKesan jerebu
Kesan jerebu
 
Karangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxKarangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocx
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
KONSEP KEBIJAKAN EKONOMI BERKELANJUTAN DENGAN MODEL GREEN ECONOMY
KONSEP KEBIJAKAN EKONOMI BERKELANJUTAN DENGAN MODEL GREEN ECONOMYKONSEP KEBIJAKAN EKONOMI BERKELANJUTAN DENGAN MODEL GREEN ECONOMY
KONSEP KEBIJAKAN EKONOMI BERKELANJUTAN DENGAN MODEL GREEN ECONOMY
 
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
 
Kepadatan penduduk
Kepadatan pendudukKepadatan penduduk
Kepadatan penduduk
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karangan
 
Langkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeLangkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalisme
 
Is Mia Andina (20333010) - Permasalahan Sampah kota dan desa - Prodi EP UGK
Is Mia Andina (20333010) - Permasalahan Sampah kota dan desa - Prodi EP UGKIs Mia Andina (20333010) - Permasalahan Sampah kota dan desa - Prodi EP UGK
Is Mia Andina (20333010) - Permasalahan Sampah kota dan desa - Prodi EP UGK
 
permasalhan sosial sosio.pptx
permasalhan sosial sosio.pptxpermasalhan sosial sosio.pptx
permasalhan sosial sosio.pptx
 
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
 
Manajemen sampah zero
Manajemen sampah zeroManajemen sampah zero
Manajemen sampah zero
 
3 masalah & solusi di indonesia
3 masalah & solusi di indonesia3 masalah & solusi di indonesia
3 masalah & solusi di indonesia
 
Alam sekitar pidato
Alam sekitar pidatoAlam sekitar pidato
Alam sekitar pidato
 
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHANTIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
 
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsanganLatihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
 
Cinta lingkungan
Cinta lingkunganCinta lingkungan
Cinta lingkungan
 
New 2 pb roadshow unhas siaran pers
New 2 pb roadshow unhas   siaran persNew 2 pb roadshow unhas   siaran pers
New 2 pb roadshow unhas siaran pers
 

Recently uploaded

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 

Recently uploaded (20)

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 

Langkah

  • 1. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana “sudah terhantuk baru tengadah”. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif. Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialah pembenihan awan perlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan demikian, kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, Titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu, iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh memainkan peranan penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan pembenihan awan. Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah,
  • 2. anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”. Berpegang pada prinsip “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya menjadi individu yang mengamalkan sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai- nilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara kebersihan udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anak-anak mereka terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran kerajaan. Melalui langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu terhadap negara supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka, peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan impak positif kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda. Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan. Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelum nasi menjadi bubur. Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.
  • 3. Impak negatif yang pertama ialah pasaraya besar ini berupaya menjejaskan keseinambungan peruncit-peruncit kecil-kecilan di negara ini. Kalau dahulu peruncit ini boleh bersaing dengan pekedai lain tetapi kemunculan pasaraya besar sukar ditandingi mereka. Biasanya pasaraya besar membeli barangan dalam bentuk pukal lalu berupaya menjualnya dengan harga yang jauh begitu murah. Pada masa yang sama kos operasi pasaraya ini juga begitu rendah dibandingan dengan peruncit tempatan yang tiada pilihan selain gulung tikar. Maka, semakin banyak pasaraya besar ini semakin tipislah peluang untuk peruncit tempatan untuk mengaut keuntungan. Pada masa yang sama pasaraya besar membawa kemunculan budaya baru pula yakn budaya membeli barangan dalam kuantiti yang banyak. Biasanya pembeli terpaksa membeli dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan lebih banyak potongan harga jika membeli sesuatu produk itu secara berasingan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya konsep pembaziran yang keterlaluan terutama dalam aspek penggunaan sesuatu produk dan juga kegunaan wang pengguna. Oleh itu, pasaraya besar menyebabkan budaya membazir muncul dalam masyarakat kita sedikit demi sedikit lalu menjadi satu kelaziman pula suatu masa nanti. Akibat pembinaan pasaraya besar ini tertumpu di kawasan yang padat penduduknya masalah kesesakan lalu lintas pula menjadi semakin kronik terutama ketika hujung minggu atau awal bulan. Kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kereta menyebabkan banyak penggunan yang berkunjung ke pasaraya ini sengaja meletakkan kereta mereka di bahu-bahu jalan lalu menghalang kelancaran lalu lintas kenderaan lain pula. Situasi sesak ini pastinya menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada penduduk sekitar yang terpaksa menghadapi keadaan yang serupa berulang kali sepanjang hidup mereka. Sesungguhnya, pasaraya besar menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas bukanlah satu isu baru lagi malah sudah menjadi sesuatu yang biasa pula. Natijahnya, pasaraya besar memberikan satu impak yang besar dalam kehidupan masyarakat kita sekarang. Kalau kita kaji secara mendalam semua aktiviti harian masyarakat banyak tertumpu di kawasan pasaraya besar ini. Kalau dahulu berbelanja dianggap sebagai satu kehendak kini aktiviti berbelanja sudah menjadi keperuan atau amalan biasa dalam kehidupan masyarakat kita. Mungkin masyarakat kita tidak akan mengena lagi jiran tetangga mereka kerana sibuk menghabiskan masa di pasaraya sahaja. Bayangkan.