Dokumen memberikan petunjuk lengkap untuk membuat cheese tart dengan lapisan kulit dan isian keju krim. Langkah-langkahnya meliputi: (1) membuat adonan kulit dengan mencampurkan mentega, gula, telur dan tepung, (2) memanggang kulit di dalam cetakan, (3) mengisinya dengan buah-buahan atau selai, (4) membuat adonan keju krim dengan mencampurkan keju krim, telur dan gula
1. BLUBERRY CHEESE TART dan step by step
Assalamualaikum....
Bertemu sekali lagi kita di hujung minggu... Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan step by step. Kali ni ita
nak tunjukkan cara2 tuk buat cheese tart. Atas permintaan adik2 kita kat luar sana akak ambil kesempatan tuk
tunjukkan step by step membuat cheese tart. Sebenarnya bukan mudah nak buat step by step ni sebab ita
sesorang kan mana nak buat adunan dan mana pula tangan yg nak pegang camera.. hihi tapi kerana adik akak
kat luar sana minta tunjukkan cara2nya akak buatkan juga lah cara2 macam mana akak buat cheese tart ni..
semoga apa yg akak tunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu adik2 kita yg gemarkan cheese tart ni...
sama macam akak juga.. >^<
2. Kali ni ita gunakan resepi dari Azita. Nama hampir sama tapi orang tak sama... hehe.. :) Resepi dari Azita ni
sangat sedap dan cukup simple cara buatnya.. ok tampa buang masa kita kedapur dan lihat bahan2 yg
diperlukan.
Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu
3. 170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
4. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
5. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu
170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust
atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
6. Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas
tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk
buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
7. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita
sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.
8. 250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu
bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
9. Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing
tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia
cantik membuncit.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
10. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul
sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama
nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk
bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
11. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah
masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.
Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan
ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese
Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg
lebih lama... Selamat Mencuba! dan selamat berpuasa! :)