SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
Download to read offline
Senarai Kandungan
No. Isi kandungan Muka
surat
1. Pendahuluan 1-4
2. Isi kandungan
(a) Ciri-ciri Kebudayaan dan Kesenian Melayu
(b) Peranan Raja di Kerajaan Melayu di Asia Tenggara
5-15
16-20
3. Penutup 21-23
4. Senarai Rujukan 24
5. Appendix 25-26
Pendahuluan
Gambar 1: Gambar menunjukkan masyarakat Melayu dalam pakaian dan budaya
tradisional (Seputarriau, 2011).
Kebudayaan dan kesenian telah menjadi sebahagian unsur dalam kehidupan
manusia sejak awal abad.
“Kebudayaan didefinasikan sebagai seluruh cara hidup sesuatu masyarakat,
tamadun, peradaban dan budaya” (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd.
Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali dan Mahdi Shuid, 2015). Dengan
kata lain, kebudayaan Melayu berkaitan dengan keseluruhan sistem kehidupan yang
dipraktikkan oleh sesuatu kelompok manusia yang terdiri daripada orang-orang Melayu.
Tuntasnya, kebudayaan Melayu diwarisi secara turun temurun daripada satu generasi
ke pada satu generasi dalam masyarakat Melayu. Dalam kebudayaan itu, termasuk
unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi yang menjadi milik
masyarakat Melayu (Hasnan Kasan, Nasruddin Yunos dan Nazri Muslim, 2003).
1
Kebudayaan dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang
lain serta dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Dalam
konteks Malaysia, budaya Melayu dilihat dari aspek persamaan dan perbezaan cara
hidup antara masyarakat manakala dalam konteks sosiologi, budaya Melayu
merupakan cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama dalam kalangan orang
melayu. Di Malaysia, kebudayaan Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan
kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil
kira.
Kesenian diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada
kesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Kesenian Melayu
adalah perihal keahlian orang Melayu dalam mengekspresikan idea-idea estetika,
sehingga benda, suasana atau karya lainnya menimbulkan rasa indah dan desak
kagum. Kesenian ini diciptakan sendiri oleh masyarakat Melayu dalam bentuk-bentuk
yang melahirkan rasa kesenangan hati dan menjadi milik mereka secara bersama. Oleh
sebab itu, kesenian Melayu merupakan representasi yang menjadi tunjang kepada
kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Kesenian Melayu ini
merupakan sebahagian dari usaha orang melayu untuk merespons, memahami,
menafsirkan dan menjawab permasalahan yang mereka hadapi.
2
Selain daripada hiburan, seni meliputi aspek gerak-geri, warna dalam catan dan
karya seni lukis, bunyi dan muzik, liuk-lampai gerak dalam tarian dan kombinasi cahaya
dan sebagainya. Ia juga diertikan sebagai cantuman kesepaduan antara keindahan dan
kemuafaatan.
Gambar 2: Persembahan masyarakat Melayu (Robenito, 2013).
Di Alam Melayu, sistem pemerintahan beraja merupakan campuran sistem
tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja atau sultan memainkan peranan
penting dalam sistem pemerintahan kerajaan Melayu di Asia Tenggara sebagai ketua
kerajaan. Sultan mempunyai peranan yang penting dalam pemerintahan perundangan,
hal ehwal rakyat, perdagangan dan sebagainya.
3
Sistem pemerintahan beraja ini telah diamalkan dalam kerajaan Melayu sebelum
campur tangan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19. Raja memainkan peranan penting
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sebelum penjajahan. Hal ini demikian kerana
sistem ini meletakkan raja sebagai ketua pemerintahan tertinggi sesebuah negara ,
pemimpin yang paling berkuasa dan menjadi perantara rakyat dengan Tuhan serta
menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi golongan yang menduduki lapisan
teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya. Raja merupakan pemimpin kerajaan
dan dianggap sebagai devaraja iaitu wakil dewa dan jelmaan Tuhan di bumi untuk
memimpin. Dengan ini, raja tetap menjadi unsur yang penting dalam sistem
pemerintahan di Tanah Melayu.
Gambar 3: Gambar menunjukkan raja-raja semasa penjajahan British di Malaysia
(​Mimbar Kata, ​2014).
4
Isi kandungan
(a) Ciri-ciri Kebudayaan dan Kesenian Melayu
Setiap budaya di dunia ini mempunyai ciri-ciri kebudayaan tersendiri. Ciri-ciri
yang terkandung dalam kebudayaan dan kesenian kalangan Melayu merupakan faktor
pengukuhan jati diri mereka. Kebudayaan dan kesenian Melayu mengikatkan hubungan
yang rapat disebabkan ciri-ciri kebudayaan akan mempengaruhi fikirannya dalam
bidang kesenian mereka. Dengan ini, ciri-ciri ini termasuklah seperti yang berikut.
Terdapat empat ciri-ciri yang utama dalam kebudayaan melayu iaitu bersiftat
dinamik, mereka menerima dan menolak unsur tertentu, kebudayaan mereka akan
diwarisi dan juga budaya mereka mengalami proses kesinambungan (Ahmad Zaki Abd.
Latiff, Azam Hamzah, dan Azhar Mad Aros, 2015).
Gambar rajah 1: Empat ciri-ciri kebudayaan Melayu yang utama.
5
Kebudayaan Melayu yang dinamik bermaksud amalan dan cara hidup
masyarakat mengalami perubahan yang pesat kerana perkembangan masa, dan
kemajuan masyarakatnya. Misalnya, masyarakat Melayu menerima kedatangan Islam
dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Kebudayaan di kawasan kepulauan
Melayu pernah dipengaruhi oleh Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam, tetapi
unsur-unsur Hindu-Buddha telah dipinggirkan dan digantikan dengan identiti unsur
islam tetapi pengaruh Hindu-Buddha masih digunakan dalam sistem permerintahan dan
pentadbiran. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan
semasa. Pada masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk
meneruskan kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan
perdagangan (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd
Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi Shuid, 2015).
Selain itu bangsa Melayu yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang menerima
dan menolak unsur-unsur luar. Penolakan atau penentangan terhadap perubahan
asalnya didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan
nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Jika unsur yang masuk ke budaya
Melayu tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan, penolakan akan berlaku
disebabkan unsur tidak dapat diterima. Sebaliknya, penerimaan terhadap unsur baharu
pula berlaku apabila anggota masyarakat Melayu bersedia untuk memasukkan
idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya. Perubahan ini
diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan nilai yang dipegang
6
oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan agama. Selain itu,
ciri ini juga dapat dianggap sebagai unsur konservatisme dalam kebudayaan Melayu
(Lim, 2012).
Kebudayaan Melayu juga berciri diwarisi daripada satu generasi kepada
generasi yang seterusnya. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu
masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi
amalan dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi
daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan dan diamalkan oleh generasi Melayu
pada zaman ini, seperti berandam, malam berinai, khatam Qur’an dan adat bersanding.
Adat tersebut masih diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaannya
akibat peredaran zaman. Oleh yang demikian, kebudayaan Masyarakat Melayu tidak
akan dilupakan dan diabaikan oleh generasi yang seterusnya (​Kursus Kebudayaan
Melayu, ​2008).
Akhirnya, kebudayaan melayu mengalami proses perubahan dan
kesinambungan untuk menyesuaikan kehidupan mereka dalam zaman sekarang yang
menjejak ke zaman moden. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk
seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat
resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana
mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti
masyarakat untuk mencipta pelbagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Selain
7
daripada itu, adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di sana
sini (​Kursus Kebudayaan Melayu, ​2008).
Gambar 4 dan 5: Gambar kiri adalah wayang kulit yang bermain di daerah-daerah
seperti Kelantan dan Terengganu; Gambar Kanan adalah Tari Joget (​GHome Hotel​,
2015 dan Eva Yanti Harianja, 2015).
Bertitik tolak kepada aspek yang seterusnya, kesenian melayu adalah
kebudayaan yang masih boleh dijumpa pada zaman moden ini. Seni meliputi
aspek-aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis, bunyi dan muzik, liuk
lampai gerak dalam tarian dan kombinasi cahaya dan sebagainya. Seni juga diertikan
sebagai cantuman kesepaduan antara dua unsur pokok, iaitu keindahan dan
kemanfaatan. Kesenian melayu dipengaruhi oleh kerpercayaan hindu pada zaman awal
dan penganut Hindu menggangap tarian sebagai ritual (Abdullah Zhidi Omar, Dr.
Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi
Shuid, 2015).
8
Kesenian Melayu telah menjadikan identiti masyarakat mereka dari zaman
berzaman. Walaupun telah mengalami pelbagai perubahan, tetapi kesenian Melayu
tetap berasakan amalan dan ciri-ciri masyarakat Melayu. Dalam pada itu, kebanyakan
kesenian Melayu berteraskan agama Islam sebagai lambang kebudayaan masyarakat
Melayu. Selain itu, kesenian Melayu ini berpengaruh kuat dengan alam sekitar, kuasa
ghaib dan mistik kerana nenek moyang yang dipengaruhi oleh konsep animisme,
Hindu-Buddha serta Islam. Kesenian Melayu juga menonjolkan ketaatan atau kesetiaan
kepada pemimpin dan orang yang lebih tua melalui jenis-jenis seni masyarakat mereka.
Ini merupakan sistem integrasi masyarakat Melayu yang baik kerana berkait rapat
dengan nilai, kepercayaan, falsafah hidup pemikiran, perilaku dan artifak. Walaupun
unsur-unsur dalam kesenian Melayu boleh dianggap lebih universal, kesenian Melayu
masih dapat membezakan masyarakat Melayu yang begitu unik dengan masyarakat
yang lain (Syieda Fadzlina, 2014).
9
Gambar rajah 2: Kesenian Melayu yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu.
Kesenian Melayu termasuk seni bina, seni ukir dan lukis, seni tekstil dan busana,
seni persembahan, dan sebagainya. Dalam aspek seni bina, reka bentuk seni bina
melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang
melayu. Struktur rumah-rumah tidak banyak berbeza walaupun terdapat berbagai jenis
rumah melayu. Reka bentuk rumah-rumah ini dipengaruhi oleh unsur-unsur seni bina
dari daerah-daerah lain di alam melayu dan juga luar alam melayu. Sebagai contoh
rumah vernakular melayu di Negeri Sembilan mempunyai unsur seni bina dari
Minangkabau. (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd
Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi Shuid, 2015)
10
Gambar 6: Rumah bumbung panjang Pulau Pinang (​Seri Laman​, 2014)
Gambar 7: Rumah tradisional Minangkabau biasa jumpai di Negeri Sembilan, Malaysia,
merupakan salah satu seni bina kesenian Melayu (Regarz Cantona, 2011).
11
Seni ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan
hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran akan
dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.
Gambar 8: Ukiran kayu bermotif floral merupakan kesenian Melayu yang unik
(Amirullah Zakaria, 2017).
Dalam bidang seni tekstil dan busana, songket dan batik merupakan tekstil dan
tenunan yang menimbulkan unsur-unsur seni melayu sampai hari ini. Tenunan songket
merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Jenis kain tenunan songket juga
dikenali sebagai kain benang emas. Sementara itu batik merupakan seni tekstil yang
dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Kain itu akan
diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat-peringkat. Selanjutnya kain itu
direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering. (Abdullah Zhidi Omar,
Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and
Mahdi Shuid, 2015)
12
Gambar 9 dan 10: Gambar kiri menunjukkan kain batik manakala gambar kanan adalah
kain songket (​JUST, ​2012 dan ​Jakel​,​ ​2016).
Seni persembahan adalah kesenian melayu yang masih diwarisi sampai hari ini
yang boleh kita jumpa seperti seni silat yang sentiasa disembahi pada majlis
perkahwinan Melayu. Seni persembahan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
seni suara dan seni gerak. Berdasarkan definisi Herbeth Read seni suara adalah suatu
usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan
daripada estetika (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah,
Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi Shuid, 2015).
Gambar 11: Seni silat dipersembahkan
sempena majlis perkahwinan Melayu
(​Halimlading​, 2014).
13
Seni suara termasuk seni vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi
kepuasan kepada pendengar dan seni muzik yang menghasilkan bentuk dan irama
yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Berbeza dari seni suara seni gerak
mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan.
Seni ini dapat dilihat pada gerakan segala anggota badan (Lim, N. J. T. ,2012).
Gambar 12 : Kompang, sejenis seni muzik sering dimainkan semasa majlis
perkahwinan (​Pusat Internet 1 Malaysia​, 2015).
Seni gerak pula dibahagikan kepada seni tari dan seni drama. Seni tari adalah
pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam seni drama,
drama tradisional ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya
sebagai hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau (Lim, N. J.
T. ,2012).
14
Gambar 13: Gambar menunjukkan persembahan drama masyarakat Melayu
berdasarkan kesusasteraan Melayu (​Kwik News​, 2015).
Gambar 14: Seni drama yang dipersembahkan oleh masyarakat Melayu (​Vanillavanka​,
2012)
15
(b) ​Peranan Raja di Kerajaan Melayu di Asia Tenggara
Gambar rajah 3: Gambar rajah menunjukkan peranan raja di Kepulauan Melayu di Asia
Tenggara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Sebelum campur tangan British di di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874,
Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Di Asia Tenggara, Sultan dan
raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan tradisional dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Raja akan mendirikan pusat
pemerintahan dan pentadbiran di muara sungai dan kuasa baginda terhad di kawasan
diraja tersebut. Hubungan antara raja dengan rakyat-rakyat terjalin berasaskan konsep
16
‘penaung’ dan ‘dinaungi’. Oleh yang demikian, raja dikenali sebagai penaung kepada
rakyat jelata. Rakyat bergantung kepada raja bukan sahaja untuk memperoleh
perlindungan daripada musuh, tetapi juga bagi memenuhi keperluan dari segi ekonomi.
Sehubungan dengan itu, raja mempunyai peranan yang besar dalam
pemerintahan dan pentadbiran negara. Mengikut sistem pentadbiran dan pemerintahan
tradisional, raja berkongsi kuasa dan peranan bersama golongan pembesar semasa
menjalankan dan melicinkan jentera pentadbiran. Dengan ini, peranan luas raja dapat
dilihat dalam politik, ekonomi dan sosial di kepulauan Melayu di Asia Tenggara.
Dari aspek politik, raja di kerajaan Melayu di Asia Tenggara adalah ketua
kerajaan. Raja merupakan pemerintah tertinggi dalam struktur pemerintahan dan
pentadbiran negara dan dibantu oleh beberapa lapisan pembesar. Sultan mempunyai
kuasa mutlak dan hak Sultan tidak boleh dipersoalkan. Dengan ini, rakyat serta
pembesar tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari
perintah Tuhan. Selain daripada itu, perintah Sultan dianggap sebagai undang-undang.
Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia
dan hukum agama.
17
Baginda bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran
negara, dan seterusnya juga melantik pembesar negeri untuk memegang sebarang
jawatan supaya dapat membantu raja dalam menjalankan pemerintahan dan melicinkan
semua urusan pentadbiran negara. Raja juga menjadi ketua hakim dalam
membicarakan pesalah dan menjatuhkan hukuman, termasuk hukuman bunuh dan
berhak memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang diinginkan. Baginda
penggubal undang-undang untuk memelihara dan mengekalkan keamanan dalam
negeri dan memastikan segala undang-undang yang digubal dikuatkuasakan.
Selanjutnya, raja berperanan dalam melantik bakal pengganti raja dalam kalangan
putera-putera dalam sistem penggantian takhta bercorak warisan yang diamalkan.
Sultan juga menjadi ketua angkatan tentera bagi negeri masing-masing. Baginda
mengetuai tentera dalam peperangan dan membuat keputusan bagi mempertahankan
negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain dengan negara luar
sekiranya berlaku peperangan. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara
daripada ancaman luar.
Walaubagaimanapun, baginda lebih aktif dalam menjalin hubungan diplomatik
dengan hal ehwal luar negara berbanding bertindak sebagai ketua perang. Sebarang
tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan.
Semua perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan
18
sultan. Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih
pembesar serta ditandatangani oleh Sultan.
Seterusnya, dari segi sosial, raja menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat
Melayu selepas kemasukan pengaruh Islam di alam Melayu. Raja dianggap sebagai
khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Oleh itu,
baginda sentiasa dihormati dan disanjungi oleh rakyat dan titah perintah raja tidak boleh
dibantah kerana dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan
kesengsaraan. Raja juga bertanggungjawab melantik pemimpin agama untuk
membimbing rakyat dalam urusan keagamaan serta memastikan rakyat sentiasa taat
setia kepada raja.
Raja juga merupakan lambang perpaduan dan penyatuan rakyat di samping
menjaga keamanan dan mentadbir negara. Baginda memainkan peranan penting untuk
menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah penjajahan. Dalam pada
itu, kedudukan raja sebagai lambang perpaduan ini diperkukuhkan dengan baginda
diberi kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah
putih, menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan
berwarna kuning, memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat. Pengunaan bahasa
istana dan senjata-senjata tertentu juga dikhaskan untuk Sultan dan kerabatnya dengan
tujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya mendapat kesetiaan
rakyat.
19
Bukan itu sahaja, raja juga memainkan peranan penting dan berkuasa mutlak
dalam segi ekonomi. Sultan berperanan menyelaraskan sistem cukai dalam jajahan
takluknyanya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Baginda
menguasai semua sumber ekonomi seperti pungutan cukai, perkhidmatan, buruh, hasil
pertanian dan kegiatan perdagangan dan berkuasa mengeluarkan surat kebenaran
membeli, menjual, dan memajak cukai kepada pedagang. Baginda perlu melantik
wakil-wakil kerajaan untuk mengutip cukai, menguruskan khazanah negara dan hasil
mahsul kerajaan. Oleh itu, Sultan mengambil sebahagian dalam perniagaan dan
mendapat keuntungan yang lumayan.
Sultan berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini, raja dapat
mengendalikan urusan perdagangan di pelabuhan dan memiliki tenaga buruh sendiri,
tetapi, di bawah sistem kerah. Dalam sistem kerah, raja boleh mengerah tenaga rakyat
bekerja untuk tanpa dibayar upah di bawah pengawasan pembesar untuk membuat
kerja-kerja seperti membina istana, jalan, benteng pertahanan, parit dan tali air,
membersihkan sugai dan sebagainya dalam tempoh masa yang tertentu. Golongan
bangsawan serta orang biasa yang berstatus tinggi dikecualikan daripada sistem ini.
Oleh yang demikian, sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan
rakyat.
20
Penutup
Gambar 15: Seni bina sebuah istana Melayu (Wanna, 2017).
Sebagai intihanya, tidak dapat dinafikan bahawa kebudayaan dan kesenian
bangsa Melayu memang diakui sebagai unsur yang unik dan menarik dalam kehidupan
manusia oleh seluruh dunia. Oleh hal yang demikian, kedua-dua unsur ini mulai
diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang signifikan dan ikonik di
Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum ini. Sehubungan dengan itu, ciri-ciri
kebudayaan dan kesenian Melayu yang mempunyai kualiti sosial yang melambangkan
kehendak dan aspirasi masyarakat ini wajarlah dicontohi atau diamalkan oleh
masyarakat untuk melahirkan negara yang harmoni dan bersifat akhlak serta nilai yang
begitu mulia.
21
Sehubungan dengan itu, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian haruslah
mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi
kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu yang telah diwarisi secara turun
temurun. Usaha-usaha ini perlulah dijalankan secara berterusan dengan tidak
menunding jari kepada pihak yang lain. Walau bagaimanapun, semua pihak seperti
keluarga, masyarakat, diri-sendiri, sekolah dan sebagainya harus berkerjasama sebagai
sehilir semudik, serentak seirama untuk memelihara kebudayaan dan kesenian Melayu
yang begitu unik.
Setelah campur tangan British mulai tahun 1874 di Perak, kuasa dan kedudukan
raja semakin berkurangan. Institusi kesultanan begitu penting bagi masyarakat Melayu
tradisional. Impaknya, masyarakat tempatan telah bangun menentang pihak penjajah.
Selain itu, melalui aspek yang disenaraikan di atas, raja di Asia Tenggara memain
peranan yang signifikan terhadap aspek seperti politik, ekonomi dan sosial di negara
masing-masing untuk mejamin kedaulatan dan keharmonian negara serta rakyatnya.
Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja itu mempunyai
hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan.
22
Oleh sebab itu, peranan raja telah dipulihkan dan dikuatkuasakan dalam
Perlembagaan Malysia setelah tamat penjajahan British. Sehingga marcapada ini, raja
masih memainkan peranan yang amat penting sebagai lambang negara di
negara-negara yang mempunyai sistem beraja. Kedudukan raja yang menjadi lambang
negara ini patutlah diperlihara selama-lamanya bagi menjamin keharmonian negara.
23
Senarai Rujukan
Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr.
Raudhah Ali and Mahdi Shuid (2015) ​Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)​,
Bandar Baru SUngai Buloh, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, and Azhar Mad Aros (2015)Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS), 3rd ed., Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hasnan Kasan, Nasruddin Yunos and Nazri Muslim (2013) ​Tamadun Islam dan
Kenegaraan Malaysia "A"​. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM.
Kursus Kebudayaan Melayu ​(2008) ‘Modul Bahasa Melayu BMM3142: Kebudayaan
Melayu’, 13 June, [online], available:
http://bm1ipip.weebly.com/uploads/2/8/0/8/28087439/bmm3142_kebudayaan_melayu.p
df​ [accessed 20 July 2017]
Lim, N. J. T. (2012) ‘Konsep, Ciri-Ciri Sektor Seni Budaya’, ​Scribd​, [online], available:
https://www.scribd.com/doc/175314200/Konsep-Ciri-Ciri-Sektor-Seni-Budaya [accessed
25 July 2017]
Ong, L.C. (2016) Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara), 3rd ed., Bangi, Selangor:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Ruslan Zainuddin and Abd Sukor Yusof (2017) ​Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
(1800-2000)​, 2nd ed., Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Syieda Fadzlina (2014) ‘Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New’, ​Scribd​,
[online], available:
https://www.scribd.com/doc/26990001/Definisi-Seni-Dan-Konsep-Kesenian-Melayu-Ne
w​ [accessed 24 July 2017]
24
Appendix
Gambar 1: ​Seputarriau (2011) ‘Komisi X DPR RI Bahas RUU Budaya Riau’, 4
December, [online], available:
http://www.seputarriau.co/mobile/detailberita/535/komisi-x-dpr-ri-bahas-ruu-budaya-riau
[accessed 22 July 2017]
Gambar 2: Robenito, D. (2013) ‘Kerajaan Haru Karo Dalam Eksistensi Sejarah Batak’,
Budaya Kita​, 10 November, [online], available: ​http://budaya-onlineweblog.blogspot.my/
[accessed 22 July 2017]
Gambar 3: ​Mimbar Kata ​(2014) ‘Raja Payung Kedaulatan Negara’, 20 October, [online],
available: ​http://mimbarkata.blogspot.my/2014/10/raja-payung-kedaulatan-negara.html
[accessed 22 July 2017]
Gambar 4: ​GHome Hotel (2015) ‘Kesenian & Kebudayaan Melayu Kelantan’, [online],
available: ​http://ghomehotel.my/gallery/kesenian-kebudayaan-melayu-kelantan/
[accessed 25 July 2017]
Gambar 5: Eva Yanti Harianja (2015) ‘Tari Joget’, ​Ragam Indonesia​, February, [online],
available: ​http://evaharianja21.blogspot.my/2015/02/​ [accessed 25 July 2017]
Gambar 6: ​Seri Laman (2014) ‘Rumah-rumah tradisional di Semenanjung Malaysia’, 23
July, [online], available:
http://serilaman.sekolah4u.com/rumah-rumah-tradisional-di-semenanjung-malaysia/
Gambar 7: Regarz Cantona (2011) ‘“Rumah Gadang”, Rumah adat suku minangkabau’,
Regarzworld​, 25 Januari, [online], available:
https://regarzworld.wordpress.com/2011/01/25/rumah-gadang-rumah-adat-suku-minang
kabau/​ [accessed 25 July 2017]
Gambar 8: Amirullah Zakaria (2017) ‘Keunikan Seni Ukiran Kayu Terengganu’, ​Nadi
Bangi​, 7 May, [online], available:
http://www.ukm.my/nbnews/ukiran-kayu-terengganu-warisan-zaman-berzaman/
[accessed 27 July 2017]
Gamabr 9: ​JUST​ (2012) ‘What is Batik?’, 31 August, [online], available :
https://www.thinkglobalshopjust.com/blogs/news/6513307-what-is-batik [accessed 25
July 2017]
Gambar 10: ​Jakel​ (2016) “Songket- ‘How to Take Care of Songket?’ [online], available:
http://www.jakel.my/product/songket-32/​ [accessed 25 July 2017]
25
Gambar 11: ​Halimlading (2014) ‘Silat Melayu’, [online], available:
https://halimlading21.wordpress.com/silat-melayu/​ [accessed 26 July 2017]
Gambar 12: ​Pusat Internet 1 Malaysia (2015) ‘Pelancongan’, 21 December, [online],
available:
http://sbrgjerteh.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi?showall=1 [accessed
24 July 2017]
Gambar 13: ​Kwik News (2015) ‘PETRONAS Pentaskan Bangsawan Tun Teja bagi
Melestarikan Khazanah Budaya Malaysia’, 10 August, [online], available :
http://www.kwiknews.my/news/petronas-pentaskan-bangsawan-tun-teja-bagi-melestarik
an-khazanah-budaya-malaysia​ [accesed 24 July 2017]
Gambar 14: ​Vanillavanka (2012) ‘Melayu dan Seni Teater Modern Riau’, 4 December,
available:
http://vanillavanka.blogspot.my/2012/12/melayu-dan-seni-teater-modern-riau.html
[accessed 20 July 2017]
Gambar 15: Wanna (2017) ‘Bunga Api Berus Periuk Meriahkan Suasana’, ​SuaraTV​, 2
June, [online], available:
http://www.suara.tv/2017/06/02/bunga-api-berus-periuk-meriahkan-suasana/ [accessed
22 July 2017]
26

More Related Content

What's hot

Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Zailani Baharuddin
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Araizzs Othman
 
Perbentangan pengajian am
Perbentangan pengajian am Perbentangan pengajian am
Perbentangan pengajian am
erahdah
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
sakura rena
 
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahuluciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
Nur Hidayah
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Mohammad Yaqin
 
Nilai & kata kunci
Nilai & kata kunciNilai & kata kunci
Nilai & kata kunci
Mac Sharven
 
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaHubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Lot Kubur
 

What's hot (20)

Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
 
Perbentangan pengajian am
Perbentangan pengajian am Perbentangan pengajian am
Perbentangan pengajian am
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
 
Bab 2 konsep asas
Bab 2 konsep asasBab 2 konsep asas
Bab 2 konsep asas
 
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahuluciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
 
Bab 1(hubungan etnik)
Bab 1(hubungan etnik)Bab 1(hubungan etnik)
Bab 1(hubungan etnik)
 
Teori keperibadian psikodinamik
Teori keperibadian psikodinamikTeori keperibadian psikodinamik
Teori keperibadian psikodinamik
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
 
Nilai & kata kunci
Nilai & kata kunciNilai & kata kunci
Nilai & kata kunci
 
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaHubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Kemahiran
KemahiranKemahiran
Kemahiran
 
Teori Etika
Teori EtikaTeori Etika
Teori Etika
 
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK.pptx
PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK.pptxPENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK.pptx
PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK.pptx
 

Similar to MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja

Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Wanie Sabrie Ws
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
magdalenne Marie Magdalyn
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Dhani Ahmad
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Tika Daud
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
ctwa1
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
mus mus
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tang Hiang
 
Islam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayuIslam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayu
Azman Ariffin
 

Similar to MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja (20)

Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budaya
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
 
Bmm kkp
Bmm  kkpBmm  kkp
Bmm kkp
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
Asgment antropologi
Asgment antropologiAsgment antropologi
Asgment antropologi
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompok
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptx
 
Kerja kursus titas
Kerja kursus titasKerja kursus titas
Kerja kursus titas
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
 
Pluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakatPluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakat
 
Islam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayuIslam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayu
 

MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja

  • 1. Senarai Kandungan No. Isi kandungan Muka surat 1. Pendahuluan 1-4 2. Isi kandungan (a) Ciri-ciri Kebudayaan dan Kesenian Melayu (b) Peranan Raja di Kerajaan Melayu di Asia Tenggara 5-15 16-20 3. Penutup 21-23 4. Senarai Rujukan 24 5. Appendix 25-26
  • 2. Pendahuluan Gambar 1: Gambar menunjukkan masyarakat Melayu dalam pakaian dan budaya tradisional (Seputarriau, 2011). Kebudayaan dan kesenian telah menjadi sebahagian unsur dalam kehidupan manusia sejak awal abad. “Kebudayaan didefinasikan sebagai seluruh cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan budaya” (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali dan Mahdi Shuid, 2015). Dengan kata lain, kebudayaan Melayu berkaitan dengan keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan oleh sesuatu kelompok manusia yang terdiri daripada orang-orang Melayu. Tuntasnya, kebudayaan Melayu diwarisi secara turun temurun daripada satu generasi ke pada satu generasi dalam masyarakat Melayu. Dalam kebudayaan itu, termasuk unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi yang menjadi milik masyarakat Melayu (Hasnan Kasan, Nasruddin Yunos dan Nazri Muslim, 2003). 1
  • 3. Kebudayaan dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain serta dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, budaya Melayu dilihat dari aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara masyarakat manakala dalam konteks sosiologi, budaya Melayu merupakan cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama dalam kalangan orang melayu. Di Malaysia, kebudayaan Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira. Kesenian diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada kesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Kesenian Melayu adalah perihal keahlian orang Melayu dalam mengekspresikan idea-idea estetika, sehingga benda, suasana atau karya lainnya menimbulkan rasa indah dan desak kagum. Kesenian ini diciptakan sendiri oleh masyarakat Melayu dalam bentuk-bentuk yang melahirkan rasa kesenangan hati dan menjadi milik mereka secara bersama. Oleh sebab itu, kesenian Melayu merupakan representasi yang menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Kesenian Melayu ini merupakan sebahagian dari usaha orang melayu untuk merespons, memahami, menafsirkan dan menjawab permasalahan yang mereka hadapi. 2
  • 4. Selain daripada hiburan, seni meliputi aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis, bunyi dan muzik, liuk-lampai gerak dalam tarian dan kombinasi cahaya dan sebagainya. Ia juga diertikan sebagai cantuman kesepaduan antara keindahan dan kemuafaatan. Gambar 2: Persembahan masyarakat Melayu (Robenito, 2013). Di Alam Melayu, sistem pemerintahan beraja merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan Melayu di Asia Tenggara sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai peranan yang penting dalam pemerintahan perundangan, hal ehwal rakyat, perdagangan dan sebagainya. 3
  • 5. Sistem pemerintahan beraja ini telah diamalkan dalam kerajaan Melayu sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19. Raja memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sebelum penjajahan. Hal ini demikian kerana sistem ini meletakkan raja sebagai ketua pemerintahan tertinggi sesebuah negara , pemimpin yang paling berkuasa dan menjadi perantara rakyat dengan Tuhan serta menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya. Raja merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap sebagai devaraja iaitu wakil dewa dan jelmaan Tuhan di bumi untuk memimpin. Dengan ini, raja tetap menjadi unsur yang penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Gambar 3: Gambar menunjukkan raja-raja semasa penjajahan British di Malaysia (​Mimbar Kata, ​2014). 4
  • 6. Isi kandungan (a) Ciri-ciri Kebudayaan dan Kesenian Melayu Setiap budaya di dunia ini mempunyai ciri-ciri kebudayaan tersendiri. Ciri-ciri yang terkandung dalam kebudayaan dan kesenian kalangan Melayu merupakan faktor pengukuhan jati diri mereka. Kebudayaan dan kesenian Melayu mengikatkan hubungan yang rapat disebabkan ciri-ciri kebudayaan akan mempengaruhi fikirannya dalam bidang kesenian mereka. Dengan ini, ciri-ciri ini termasuklah seperti yang berikut. Terdapat empat ciri-ciri yang utama dalam kebudayaan melayu iaitu bersiftat dinamik, mereka menerima dan menolak unsur tertentu, kebudayaan mereka akan diwarisi dan juga budaya mereka mengalami proses kesinambungan (Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, dan Azhar Mad Aros, 2015). Gambar rajah 1: Empat ciri-ciri kebudayaan Melayu yang utama. 5
  • 7. Kebudayaan Melayu yang dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan yang pesat kerana perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Misalnya, masyarakat Melayu menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Kebudayaan di kawasan kepulauan Melayu pernah dipengaruhi oleh Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam, tetapi unsur-unsur Hindu-Buddha telah dipinggirkan dan digantikan dengan identiti unsur islam tetapi pengaruh Hindu-Buddha masih digunakan dalam sistem permerintahan dan pentadbiran. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan semasa. Pada masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan perdagangan (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi Shuid, 2015). Selain itu bangsa Melayu yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang menerima dan menolak unsur-unsur luar. Penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Jika unsur yang masuk ke budaya Melayu tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan, penolakan akan berlaku disebabkan unsur tidak dapat diterima. Sebaliknya, penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku apabila anggota masyarakat Melayu bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan nilai yang dipegang 6
  • 8. oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan agama. Selain itu, ciri ini juga dapat dianggap sebagai unsur konservatisme dalam kebudayaan Melayu (Lim, 2012). Kebudayaan Melayu juga berciri diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan dan diamalkan oleh generasi Melayu pada zaman ini, seperti berandam, malam berinai, khatam Qur’an dan adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran zaman. Oleh yang demikian, kebudayaan Masyarakat Melayu tidak akan dilupakan dan diabaikan oleh generasi yang seterusnya (​Kursus Kebudayaan Melayu, ​2008). Akhirnya, kebudayaan melayu mengalami proses perubahan dan kesinambungan untuk menyesuaikan kehidupan mereka dalam zaman sekarang yang menjejak ke zaman moden. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti masyarakat untuk mencipta pelbagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Selain 7
  • 9. daripada itu, adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di sana sini (​Kursus Kebudayaan Melayu, ​2008). Gambar 4 dan 5: Gambar kiri adalah wayang kulit yang bermain di daerah-daerah seperti Kelantan dan Terengganu; Gambar Kanan adalah Tari Joget (​GHome Hotel​, 2015 dan Eva Yanti Harianja, 2015). Bertitik tolak kepada aspek yang seterusnya, kesenian melayu adalah kebudayaan yang masih boleh dijumpa pada zaman moden ini. Seni meliputi aspek-aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis, bunyi dan muzik, liuk lampai gerak dalam tarian dan kombinasi cahaya dan sebagainya. Seni juga diertikan sebagai cantuman kesepaduan antara dua unsur pokok, iaitu keindahan dan kemanfaatan. Kesenian melayu dipengaruhi oleh kerpercayaan hindu pada zaman awal dan penganut Hindu menggangap tarian sebagai ritual (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi Shuid, 2015). 8
  • 10. Kesenian Melayu telah menjadikan identiti masyarakat mereka dari zaman berzaman. Walaupun telah mengalami pelbagai perubahan, tetapi kesenian Melayu tetap berasakan amalan dan ciri-ciri masyarakat Melayu. Dalam pada itu, kebanyakan kesenian Melayu berteraskan agama Islam sebagai lambang kebudayaan masyarakat Melayu. Selain itu, kesenian Melayu ini berpengaruh kuat dengan alam sekitar, kuasa ghaib dan mistik kerana nenek moyang yang dipengaruhi oleh konsep animisme, Hindu-Buddha serta Islam. Kesenian Melayu juga menonjolkan ketaatan atau kesetiaan kepada pemimpin dan orang yang lebih tua melalui jenis-jenis seni masyarakat mereka. Ini merupakan sistem integrasi masyarakat Melayu yang baik kerana berkait rapat dengan nilai, kepercayaan, falsafah hidup pemikiran, perilaku dan artifak. Walaupun unsur-unsur dalam kesenian Melayu boleh dianggap lebih universal, kesenian Melayu masih dapat membezakan masyarakat Melayu yang begitu unik dengan masyarakat yang lain (Syieda Fadzlina, 2014). 9
  • 11. Gambar rajah 2: Kesenian Melayu yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Kesenian Melayu termasuk seni bina, seni ukir dan lukis, seni tekstil dan busana, seni persembahan, dan sebagainya. Dalam aspek seni bina, reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Struktur rumah-rumah tidak banyak berbeza walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu. Reka bentuk rumah-rumah ini dipengaruhi oleh unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain di alam melayu dan juga luar alam melayu. Sebagai contoh rumah vernakular melayu di Negeri Sembilan mempunyai unsur seni bina dari Minangkabau. (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi Shuid, 2015) 10
  • 12. Gambar 6: Rumah bumbung panjang Pulau Pinang (​Seri Laman​, 2014) Gambar 7: Rumah tradisional Minangkabau biasa jumpai di Negeri Sembilan, Malaysia, merupakan salah satu seni bina kesenian Melayu (Regarz Cantona, 2011). 11
  • 13. Seni ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran akan dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus. Gambar 8: Ukiran kayu bermotif floral merupakan kesenian Melayu yang unik (Amirullah Zakaria, 2017). Dalam bidang seni tekstil dan busana, songket dan batik merupakan tekstil dan tenunan yang menimbulkan unsur-unsur seni melayu sampai hari ini. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Jenis kain tenunan songket juga dikenali sebagai kain benang emas. Sementara itu batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat-peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering. (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi Shuid, 2015) 12
  • 14. Gambar 9 dan 10: Gambar kiri menunjukkan kain batik manakala gambar kanan adalah kain songket (​JUST, ​2012 dan ​Jakel​,​ ​2016). Seni persembahan adalah kesenian melayu yang masih diwarisi sampai hari ini yang boleh kita jumpa seperti seni silat yang sentiasa disembahi pada majlis perkahwinan Melayu. Seni persembahan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu seni suara dan seni gerak. Berdasarkan definisi Herbeth Read seni suara adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan daripada estetika (Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi Shuid, 2015). Gambar 11: Seni silat dipersembahkan sempena majlis perkahwinan Melayu (​Halimlading​, 2014). 13
  • 15. Seni suara termasuk seni vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar dan seni muzik yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Berbeza dari seni suara seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni ini dapat dilihat pada gerakan segala anggota badan (Lim, N. J. T. ,2012). Gambar 12 : Kompang, sejenis seni muzik sering dimainkan semasa majlis perkahwinan (​Pusat Internet 1 Malaysia​, 2015). Seni gerak pula dibahagikan kepada seni tari dan seni drama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam seni drama, drama tradisional ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagai hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau (Lim, N. J. T. ,2012). 14
  • 16. Gambar 13: Gambar menunjukkan persembahan drama masyarakat Melayu berdasarkan kesusasteraan Melayu (​Kwik News​, 2015). Gambar 14: Seni drama yang dipersembahkan oleh masyarakat Melayu (​Vanillavanka​, 2012) 15
  • 17. (b) ​Peranan Raja di Kerajaan Melayu di Asia Tenggara Gambar rajah 3: Gambar rajah menunjukkan peranan raja di Kepulauan Melayu di Asia Tenggara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sebelum campur tangan British di di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Di Asia Tenggara, Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan tradisional dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Raja akan mendirikan pusat pemerintahan dan pentadbiran di muara sungai dan kuasa baginda terhad di kawasan diraja tersebut. Hubungan antara raja dengan rakyat-rakyat terjalin berasaskan konsep 16
  • 18. ‘penaung’ dan ‘dinaungi’. Oleh yang demikian, raja dikenali sebagai penaung kepada rakyat jelata. Rakyat bergantung kepada raja bukan sahaja untuk memperoleh perlindungan daripada musuh, tetapi juga bagi memenuhi keperluan dari segi ekonomi. Sehubungan dengan itu, raja mempunyai peranan yang besar dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Mengikut sistem pentadbiran dan pemerintahan tradisional, raja berkongsi kuasa dan peranan bersama golongan pembesar semasa menjalankan dan melicinkan jentera pentadbiran. Dengan ini, peranan luas raja dapat dilihat dalam politik, ekonomi dan sosial di kepulauan Melayu di Asia Tenggara. Dari aspek politik, raja di kerajaan Melayu di Asia Tenggara adalah ketua kerajaan. Raja merupakan pemerintah tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negara dan dibantu oleh beberapa lapisan pembesar. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak Sultan tidak boleh dipersoalkan. Dengan ini, rakyat serta pembesar tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Selain daripada itu, perintah Sultan dianggap sebagai undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. 17
  • 19. Baginda bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negara, dan seterusnya juga melantik pembesar negeri untuk memegang sebarang jawatan supaya dapat membantu raja dalam menjalankan pemerintahan dan melicinkan semua urusan pentadbiran negara. Raja juga menjadi ketua hakim dalam membicarakan pesalah dan menjatuhkan hukuman, termasuk hukuman bunuh dan berhak memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang diinginkan. Baginda penggubal undang-undang untuk memelihara dan mengekalkan keamanan dalam negeri dan memastikan segala undang-undang yang digubal dikuatkuasakan. Selanjutnya, raja berperanan dalam melantik bakal pengganti raja dalam kalangan putera-putera dalam sistem penggantian takhta bercorak warisan yang diamalkan. Sultan juga menjadi ketua angkatan tentera bagi negeri masing-masing. Baginda mengetuai tentera dalam peperangan dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain dengan negara luar sekiranya berlaku peperangan. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Walaubagaimanapun, baginda lebih aktif dalam menjalin hubungan diplomatik dengan hal ehwal luar negara berbanding bertindak sebagai ketua perang. Sebarang tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan 18
  • 20. sultan. Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh Sultan. Seterusnya, dari segi sosial, raja menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu selepas kemasukan pengaruh Islam di alam Melayu. Raja dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Oleh itu, baginda sentiasa dihormati dan disanjungi oleh rakyat dan titah perintah raja tidak boleh dibantah kerana dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan. Raja juga bertanggungjawab melantik pemimpin agama untuk membimbing rakyat dalam urusan keagamaan serta memastikan rakyat sentiasa taat setia kepada raja. Raja juga merupakan lambang perpaduan dan penyatuan rakyat di samping menjaga keamanan dan mentadbir negara. Baginda memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah penjajahan. Dalam pada itu, kedudukan raja sebagai lambang perpaduan ini diperkukuhkan dengan baginda diberi kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih, menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning, memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat. Pengunaan bahasa istana dan senjata-senjata tertentu juga dikhaskan untuk Sultan dan kerabatnya dengan tujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya mendapat kesetiaan rakyat. 19
  • 21. Bukan itu sahaja, raja juga memainkan peranan penting dan berkuasa mutlak dalam segi ekonomi. Sultan berperanan menyelaraskan sistem cukai dalam jajahan takluknyanya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Baginda menguasai semua sumber ekonomi seperti pungutan cukai, perkhidmatan, buruh, hasil pertanian dan kegiatan perdagangan dan berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan memajak cukai kepada pedagang. Baginda perlu melantik wakil-wakil kerajaan untuk mengutip cukai, menguruskan khazanah negara dan hasil mahsul kerajaan. Oleh itu, Sultan mengambil sebahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Sultan berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini, raja dapat mengendalikan urusan perdagangan di pelabuhan dan memiliki tenaga buruh sendiri, tetapi, di bawah sistem kerah. Dalam sistem kerah, raja boleh mengerah tenaga rakyat bekerja untuk tanpa dibayar upah di bawah pengawasan pembesar untuk membuat kerja-kerja seperti membina istana, jalan, benteng pertahanan, parit dan tali air, membersihkan sugai dan sebagainya dalam tempoh masa yang tertentu. Golongan bangsawan serta orang biasa yang berstatus tinggi dikecualikan daripada sistem ini. Oleh yang demikian, sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat. 20
  • 22. Penutup Gambar 15: Seni bina sebuah istana Melayu (Wanna, 2017). Sebagai intihanya, tidak dapat dinafikan bahawa kebudayaan dan kesenian bangsa Melayu memang diakui sebagai unsur yang unik dan menarik dalam kehidupan manusia oleh seluruh dunia. Oleh hal yang demikian, kedua-dua unsur ini mulai diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang signifikan dan ikonik di Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum ini. Sehubungan dengan itu, ciri-ciri kebudayaan dan kesenian Melayu yang mempunyai kualiti sosial yang melambangkan kehendak dan aspirasi masyarakat ini wajarlah dicontohi atau diamalkan oleh masyarakat untuk melahirkan negara yang harmoni dan bersifat akhlak serta nilai yang begitu mulia. 21
  • 23. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian haruslah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu yang telah diwarisi secara turun temurun. Usaha-usaha ini perlulah dijalankan secara berterusan dengan tidak menunding jari kepada pihak yang lain. Walau bagaimanapun, semua pihak seperti keluarga, masyarakat, diri-sendiri, sekolah dan sebagainya harus berkerjasama sebagai sehilir semudik, serentak seirama untuk memelihara kebudayaan dan kesenian Melayu yang begitu unik. Setelah campur tangan British mulai tahun 1874 di Perak, kuasa dan kedudukan raja semakin berkurangan. Institusi kesultanan begitu penting bagi masyarakat Melayu tradisional. Impaknya, masyarakat tempatan telah bangun menentang pihak penjajah. Selain itu, melalui aspek yang disenaraikan di atas, raja di Asia Tenggara memain peranan yang signifikan terhadap aspek seperti politik, ekonomi dan sosial di negara masing-masing untuk mejamin kedaulatan dan keharmonian negara serta rakyatnya. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja itu mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan. 22
  • 24. Oleh sebab itu, peranan raja telah dipulihkan dan dikuatkuasakan dalam Perlembagaan Malysia setelah tamat penjajahan British. Sehingga marcapada ini, raja masih memainkan peranan yang amat penting sebagai lambang negara di negara-negara yang mempunyai sistem beraja. Kedudukan raja yang menjadi lambang negara ini patutlah diperlihara selama-lamanya bagi menjamin keharmonian negara. 23
  • 25. Senarai Rujukan Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd. Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Dr. Raudhah Ali and Mahdi Shuid (2015) ​Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)​, Bandar Baru SUngai Buloh, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, and Azhar Mad Aros (2015)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), 3rd ed., Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hasnan Kasan, Nasruddin Yunos and Nazri Muslim (2013) ​Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia "A"​. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM. Kursus Kebudayaan Melayu ​(2008) ‘Modul Bahasa Melayu BMM3142: Kebudayaan Melayu’, 13 June, [online], available: http://bm1ipip.weebly.com/uploads/2/8/0/8/28087439/bmm3142_kebudayaan_melayu.p df​ [accessed 20 July 2017] Lim, N. J. T. (2012) ‘Konsep, Ciri-Ciri Sektor Seni Budaya’, ​Scribd​, [online], available: https://www.scribd.com/doc/175314200/Konsep-Ciri-Ciri-Sektor-Seni-Budaya [accessed 25 July 2017] Ong, L.C. (2016) Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara), 3rd ed., Bangi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ruslan Zainuddin and Abd Sukor Yusof (2017) ​Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)​, 2nd ed., Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Syieda Fadzlina (2014) ‘Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New’, ​Scribd​, [online], available: https://www.scribd.com/doc/26990001/Definisi-Seni-Dan-Konsep-Kesenian-Melayu-Ne w​ [accessed 24 July 2017] 24
  • 26. Appendix Gambar 1: ​Seputarriau (2011) ‘Komisi X DPR RI Bahas RUU Budaya Riau’, 4 December, [online], available: http://www.seputarriau.co/mobile/detailberita/535/komisi-x-dpr-ri-bahas-ruu-budaya-riau [accessed 22 July 2017] Gambar 2: Robenito, D. (2013) ‘Kerajaan Haru Karo Dalam Eksistensi Sejarah Batak’, Budaya Kita​, 10 November, [online], available: ​http://budaya-onlineweblog.blogspot.my/ [accessed 22 July 2017] Gambar 3: ​Mimbar Kata ​(2014) ‘Raja Payung Kedaulatan Negara’, 20 October, [online], available: ​http://mimbarkata.blogspot.my/2014/10/raja-payung-kedaulatan-negara.html [accessed 22 July 2017] Gambar 4: ​GHome Hotel (2015) ‘Kesenian & Kebudayaan Melayu Kelantan’, [online], available: ​http://ghomehotel.my/gallery/kesenian-kebudayaan-melayu-kelantan/ [accessed 25 July 2017] Gambar 5: Eva Yanti Harianja (2015) ‘Tari Joget’, ​Ragam Indonesia​, February, [online], available: ​http://evaharianja21.blogspot.my/2015/02/​ [accessed 25 July 2017] Gambar 6: ​Seri Laman (2014) ‘Rumah-rumah tradisional di Semenanjung Malaysia’, 23 July, [online], available: http://serilaman.sekolah4u.com/rumah-rumah-tradisional-di-semenanjung-malaysia/ Gambar 7: Regarz Cantona (2011) ‘“Rumah Gadang”, Rumah adat suku minangkabau’, Regarzworld​, 25 Januari, [online], available: https://regarzworld.wordpress.com/2011/01/25/rumah-gadang-rumah-adat-suku-minang kabau/​ [accessed 25 July 2017] Gambar 8: Amirullah Zakaria (2017) ‘Keunikan Seni Ukiran Kayu Terengganu’, ​Nadi Bangi​, 7 May, [online], available: http://www.ukm.my/nbnews/ukiran-kayu-terengganu-warisan-zaman-berzaman/ [accessed 27 July 2017] Gamabr 9: ​JUST​ (2012) ‘What is Batik?’, 31 August, [online], available : https://www.thinkglobalshopjust.com/blogs/news/6513307-what-is-batik [accessed 25 July 2017] Gambar 10: ​Jakel​ (2016) “Songket- ‘How to Take Care of Songket?’ [online], available: http://www.jakel.my/product/songket-32/​ [accessed 25 July 2017] 25
  • 27. Gambar 11: ​Halimlading (2014) ‘Silat Melayu’, [online], available: https://halimlading21.wordpress.com/silat-melayu/​ [accessed 26 July 2017] Gambar 12: ​Pusat Internet 1 Malaysia (2015) ‘Pelancongan’, 21 December, [online], available: http://sbrgjerteh.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi?showall=1 [accessed 24 July 2017] Gambar 13: ​Kwik News (2015) ‘PETRONAS Pentaskan Bangsawan Tun Teja bagi Melestarikan Khazanah Budaya Malaysia’, 10 August, [online], available : http://www.kwiknews.my/news/petronas-pentaskan-bangsawan-tun-teja-bagi-melestarik an-khazanah-budaya-malaysia​ [accesed 24 July 2017] Gambar 14: ​Vanillavanka (2012) ‘Melayu dan Seni Teater Modern Riau’, 4 December, available: http://vanillavanka.blogspot.my/2012/12/melayu-dan-seni-teater-modern-riau.html [accessed 20 July 2017] Gambar 15: Wanna (2017) ‘Bunga Api Berus Periuk Meriahkan Suasana’, ​SuaraTV​, 2 June, [online], available: http://www.suara.tv/2017/06/02/bunga-api-berus-periuk-meriahkan-suasana/ [accessed 22 July 2017] 26