SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Pengenalan
Tarannum merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat al-
Quran.Manakala suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput
suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain
mengikut kehendak yang tertentu.
Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak:pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.Irama:alunan atau bentuk bunyi.
Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW. Sabda Baginda:
Maksudnya: Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu
mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.
Sejarah Tarannum Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan
umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian
terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud
RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin munculpula qari-qari seperti
Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah
pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Oleh kerana tarannum sesuatu
yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara
sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah SAW itu.
Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta
mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai
berbagai aliran yang popular antaranya:A. Misri (Mesir).B. Hijazi (Mekah dan Madinah).C. Iraqi.D. Kurdi
(sempadan Iraq dan Turki).E. ‘Ajami (Iran) dan lain-lain.
Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang
muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu
maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta menggarabkannya untuk bacaan Al-
Quran.
Latar Belakang Kajian
Sebagai salah satu langkah memartabatkan Ilmu Tarannum ini saya telah ditugaskan untuk mebuat satu kajian
tentang kefahaman Ilmu Tarannum al-Quran yang mana respondennya adalah imam-imam masjid yang saya
telah pilih untuk dibuat soal selidik seramai 10 orang. Mereka adalah merupakan Imam-imam masjid yang
bertauliah yang berada di sekitar daerah tempat tinggal saya dan juga di luar dari daerah tempat tinggal saya
sekarang iaitu imam-imam sekitar kampung tempat asal saya iaitu Daerah Setiu yang terletak di negeri
Terengganu Darul Iman. Responden yang terlibat ialah Imam Masjid Kampung Bintang,Imam satu dan Imam
dua Masjid Daerah Setiu,Imam Masjid Kampung Guntong Luar,Imam Masjid Kampung Bahagia Setiu, Imam
Masjid Kampung Guntong Dalam Setiu,Imam Masjid Kampung Fikri Setiu,Imam Masjid Kampung Banggol
Setiu,dan Imam Masjid Kampung Ulu Kekabu Setiu.Kajian ini telah dijalankan selama dua minggu semasa
cuti persekolahan yang lalu.
Objektif kajian :
Di akhir kajian saya dapat :
1. Mengenalpasti tahap pemahaman keseluruhan responden dalam aspek Ilmu Tarannum Al-Quran.
2. Mencadangkan beberapa cadangan untuk meningkatkan kefahaman dan mutu bacaan Al-Quran secara
bertarannum.
Metodologi kajian:
Kajian dilakukan dengan cara, iaitu:
1. Meminta Para Imam Mengisi Borang Soalan kaji selidik yang telah disediakan dan merumuskan hasil
berdasarkan borang soal selidik tersebut.
2. Mengemukakan temuabual lisan secara spontan.
Jangkaan hasil / dapatan kajian:
Di akhir soal selidik ini nanti diharapkan agar 100% responden dapat memahami, mengamalkan pembacaan
Al-Quran bertarannum. Ini adalah kerana responden adalah terdiri daripada para imam yang bertauliah yang
sudah sememangnya punyai pengetahuan tentang Ilmu Tarannum ini terutamanya tentang bacaan tarannum
yang popular di Malaysia seperti Tarannum Bayyati,Tarannum Nahawand,Tarannum Rast,Tarannum
Soba,Tarannum Hijaz,Tarannum Sikah, dan Tarannum Jiharkah.
Hasil Dapatan Kajian:
Setelah bertungkus-lumus menyediakan soalan-soalan dan melaksanakan proses kajian maka hasil yang saya
dapati daripada 10 orang Imam terbabit seperti berikut:
a ) Latar belakang pendidikan al-Quran/Tarannum.
Responden yang dikaji terdiri daripada imam-imam yang kebanyakannya adalah imam masjid kampung seperti
yang telah dinyatakan sebelum ini. Dalam aspek latar belakang pendidikan tertinggi berkaitan Al-Quran dan
Tarannum saya telah membahagikan kepada beberapa tahap iaitu,Pendidikan Al-Quran dan Tarannum di
peringkat pondok,peringkat sekolah menengah agama,peringkat sekolah menengah kebangsaan atau menengah
biasa dan yang terakhir iaitu peringkat maktab dan universiti.
Hasil kajian mendapati 5 orang daripada kalangan responden merupakan imam yang berpendidikan sekolah
menengah agama iaitu mewakili 50 %. 1 daripada mereka adalah imam berpendidikan sekolah menengah biasa
iaitu sebanyak 10 % manakala 4 daripada jumlah responden adalah imam yang mendapat pendidikan di
maktab atau universiti iaitu mewakili 40 %.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden mempunyai latar belakang pendidikan Al-Quran dan
Ilmu Tarannum,Cuma ada yang mempelajarinya secara formal manakala ada pula yang tidak formal. Bagi
bekas penuntut maktab menyatakan bahawa Ilmu Tarannum hanya diajar sedikit sahaja yang juga bermaksud
bahawa ianya diajar dengan silibus yang terhad dan tentulah tidak banyak yang dapat dipelajari oleh penuntut
di dalam sesuatu tempoh pengajian.
b ) Pengetahuan asas tentang tarannum-tarannum al-Quran.
Dalam konteks pengetahuan di dalam bidang Al-Quran sudah semestinya seseorang yang dilantik menjadi
imam adalah terdiri dari kalangan mereka yang berpengetahuan tentang Al-Quran,namun di dalam konteks
bacaan secara bertarannum ini,hasil dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa 7 orang daripada responden
yang mewakili 70% mengakui pernah belajar Ilmu Tarannum ini samada di dalam kelas formal mahupun
melalui kuliah-kuliah mingguan atau bulanan di peringkat masjid dan surau-surau kampung dan pernah
menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Baki 3 orang lagi responden yang
mewakili 30% pula mengakui bahawa tidak pernah belajar Ilmu Taranum ini melalui kelas-kelas secara formal
namun mempunyai sedikit pengetahuan tantangnya hasil daripada pembelajaran tidak formal di dalam kuliah-
kuliah di masjid-masjid dan surau-surau tertentu sepanjang hidup mereka.
Perincian kajian secara terperinci mendapati dalam bidang pengetahuan asas tentang jenis-jenis tarannum
seperti Tarannum Bayyati,Tarannum Nahawand, Tarannum Rast, Tarannum Soba, Tarannum Hijaz, Tarannum
Sikah, dan Tarannum Jiharkah dapat dirumuskan di sini iaitu sepertiberikut:
JENIS-JENIS TARANNUM
TARANNUM AL-BAYYATI
Perkataan Bayyatibermaksud rumah, Tarannum Bayyati ini pada asalnya dipopularkan oleh qari-
qari di Mesir.
Sifat Tarannum Al-Bayyati
 Lembut disamping tegas.
 Sesuai dengan tobaqot sederhana.
 Harmoni.
 Berunsur ketenangan.
Peranan Tarannum Al-Bayyati
 Memantapkan persembahan.
 Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
 Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
 Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
 Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SOBA
Perkataan Soba bermaksud rindu. Tarannum Soba ini dipopularkan oleh qari dari Negara Mesir
Sifat tarannum Soba ialah :
 Gerak ringan meresap jiwa.
 Alunan lembut yang mendayu.
 Sesuai dengan tobaqot sederhana.
 Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.
Peranan Tarannum Soba
 Menenangkan persembahan.
 Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
 Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
 Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM HIJAZ
Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor
tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya
mereka.
Sifat Tarannum Hijaz ialah :
 Gerak lambat tapi berkesan.
 Ketegasan pendorong semangat
 Kelincahan menghidupkan persembahan.
 Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
 Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.
 Memberi semangat kepada persembahan.
 Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
 Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
 Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
 Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
 Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM NAHAWAND
Perkataan Nahawand adalah nama suatu tempat yang terletak di Hamadan Parsi(kini Iran). Tetapi
kini Tarannum Nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Nahawand
 Gerak ringan yang berkesan.Kelembutan bersopan.
 Sederhana memikat jiwa.
 Kehalusan seni.
 Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Peranan Tarannum Nahawand
 Melembutkan bacaan.
 Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
 Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
 Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
 Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM RAST
Tarannum Rast berasaldari Parsi(Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Namun
kini Tarannum Rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast
 Gerak lembut disamping ketegasan.
 Kelembutan alunan.
 Lincah menyemarakkan.
 Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
 Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.
Peranan Tarannum Rast
 Memberi semangat kepada persembahan.
 Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
 Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
 Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
 Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SIKAH
Tarannum Sikah juga berasaldari Parsi(Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada
kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini Tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari
Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Sikah
 Gerak lambat meyakinkan.
 Kelembutan menusuk kalbu.
 Berciri kesedihan dan kerintihan.
 Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
 Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Peranan Tarannum Sikah
 Melembutkan persembahan.
 Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
 Membawa kekhusukan dan keinsafan.
 Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
 Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM JIHARKAH
Tarannum Jiharkah juga berasaldari parsi (Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi
(pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini Tarannum Jiharkah telah
diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Jiharkah
 Gerak ringan yang berkesan.
 Kelembutan menusuk kalbu.
 Harmoni.
 Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
 Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Peranan Tarannum Jiharkah
 Menenangkan ketegangan persembahan.
 Melembutkan persembahan.
 Membawa kekhusukan dan keinsafan.
 Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
 Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
Seterusnya, dalam Ilmu Tarannum juga terdapat beberapa istilah yang perlu difahami
oleh responden iaitu :
Harkat ialah suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah.
Qit’ah ialah suatu alunan irama pendek tanpa mahattah
Burdah asli dan sina’i ialah bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang
digubah.
Mahattah ialah suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna.
Salalim su’ud dan nuzul ialah suara menaik dan menurun – mengikut ilmu peringkat-peringkat
suara.
Ihtilal al-lahn ialah kemahiran mencondongkan suara.
Wuslah al-mumathalah ialah kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang
sesuai di dalam satu harkat.
Aspek Definisi Tarannum
Jenis-Jenis
Tarannum
Tidak Tahu Kurang Mahir
Sederhana
Mahir
Mahir
Tarannum
Bayyati
2 orang 7 orang 1 orang 0
Tarannum
Nahawand
1 orang 8 orang 1 orang 0
Tarannum Rast 1 orang 8 orang 1 orang 0
Tarannum Soba 2 orang 7 orang 1 orang 0
Tarannum Hijaz 2 orang 7 orang 1 orang 0
Tarannum Sikah 2 orang 7 orang 1 orang 0
Tarannum
Jiharkah
3 orang 6 orang 1 orang 0
Aspek Sifat-Sifat Tarannum
Jenis-Jenis
Tarannum
Tidak Tahu Kurang Mahir
Sederhana
Mahir
Mahir
Tarannum
Bayyati
1 orang 8 orang 1 orang 0
Tarannum
Nahawand
1 orang 8 orang 1 orang 0
Tarannum Rast 1 orang 8 orang 1 orang 0
Tarannum Soba 2 orang 7 orang 1 orang 0
Tarannum Hijaz 1 orang 8 orang 1 orang 0
Tarannum Sikah 2 orang 7 orang 1 orang 0
Tarannum
Jiharkah
3 orang 6 orang 1 orang 0
Aspek Peranan Setiap Tarannum
Jenis
Tarannum
Tidak Tahu
Kurang
Mahir
Sederhana
Mahir
Mahir
Tarannum
Bayyati
1 orang 8 orang 1 orang 0
Tarannum
Nahawand
1 orang 7 orang 2 orang 0
Tarannum
Rast
1 orang 8 orang 1 orang 0
Tarannum
Soba
2 orang 7 orang 1 orang 0
Tarannum
Hijaz
3 orang 6 orang 1 orang 0
Tarannum
Sikah
3 orang 6 orang 1 orang 0
Tarannum
Jiharkah
4 orang 4 orang 2 orang 0
Rumusan Jadual Di atas :
Aspek Definisi Tarannum : Purata keseluruhan responden yang tidak tahu kesemua jenis tarannum ialah
sebanyak 13% sementara responden yang kurang mahir sebanyak 77% manakala responden sederhana mahir
sebanyak 10 %. Tidak terdapat responden yang mengaku benar-benar mahir mengenai definisi taranum
tersebut.
Aspek Sifat-sifat Tarannum : Purata keseluruhan responden yang mahir sebanyak 0 %, sederhana mahir 10
%, kurang mahir sebanyak 79 % manakala tidak tahu sebanyak 11 %.
Aspek Peranan Setiap Tarannum : Purata keseluruhan bagi aspek peranan setiap tarannum ini ialah
responden yang tidak tahu sebanyak 15 %, responden yang kurang mahir pula sebanyak 76 % manakala 9 %
lagi sederhana mahir. Tidak ada responden yang mengaku benar-benar mahir dalam aspek ini.
Aspek-aspek lain yang sangat berkaitan dengan Ilmu Tarannum yang turut dikaji seperti jadual yang
ditunjukkan:
Kajian Tentan Aspek Berkaitan Tarannum;
Aspek
Berkaitan
Tarannum
Tidak Tahu
Kurang Mahir
Sederhana
Mahir
Mahir
Ikhtilal al- Lahn 1 orang 3 orang 4 orang 2 orang
Burdah 1 orang 5 orang 4 orang 0
Nagham 2 orang 4 orang 4 orang 0
Mahattah 1 orang 3 orang 4 orang 2 orang
Harakah 1 orang 2 orang 5 orang 2 orang
Huraian Jadual :
1. Ikhtilal al- lahnu: 1 orang tidak tahu mewakili 10 %,kurang mahir 3 orang iaitu 30 %,sederhana
mahir 4 orang iaitu 40 % manakala mahir pula 20 % iaitu 2 orang.
2. Burdah : tidak tahu 10 %,kurang mahir 50 %, sederhana mahir 40 % sementara tiada imam yang
mengaku mahir dalam aspek ini.
3. Nagham : 2 orang tidak tahu iaitu 20 %, 4 daripada responden adalah kurang mahir iaitu mewakili 40
%,4 lagi responden mengakui mereka sederhana mahir dalam hal ini iaitu 40%. Tiada responden yang
mahir di dalam aspek Nagham ini.
4. Mahattah : Responden yang tidak tahu sebanyak 1 orang iaitu 10 %, kurang mahir 30 %,sederhana
mahir 40 % dan responden yang mahir tentang aspek ini sebanyak 20 %.
5. Harakah : 10 % responden yang tidak tahu,20 % kurang mahir,50% sederhana mahir dan 20 %
responden mahir dalam aspek harakah ini.
Ingin juga saya nyatakan di sini bahawa ada beberapa Imam yang sebenarnya mengetahui aspek-aspek di atas
akan tetapi terlupa istilahnya dalam Bahasa Arab. Setelah saya jelaskan maksud istilah-istilah di atas satu
persatu barulah mereka mengakui yang sebenarnya mereka tahu tentang istilah-istilah tersebut.
c ) Kemampuan membaca al-Quran secara bertarannum.
Oleh kerana responden yang dikaji merupakan kumpulan para Imam maka sudah semestinya mereka adalah
tergolong dalam kumpulan yang berbakat dalam membaca Al-Quran dengan baik mahupun membaca secara
bertarannum. Namun demikian disebabkan oleh pendedahan yang kurang dan sedikitnya belajar dalam bidang
tersebut maka kajian menunjukkan bahawa 7 orang daripada responden yang mewakili 70 % mengaku bahawa
mereka kurang boleh bertarannum atau dengan kata lain mereka hanya menguasai bidang-bidang Al-Quran
yang lain tetapi dalam bidang tarannum atau melagukan Al-Quran ketika menjadi Imam,mereka tidak
menguasai dengan baik. Baki seramai 3 orang iaitu 30 % daripada responden mengakui bahawa mereka boleh
bertarannum dan sering melagukan bacaan ketika menjadi Imam solat.
Sila rujuk jadual dibawah :
Kebolehan Bertarannum Bilangan Responden
Peratus Penguasaan
Responden
Tidak Boleh Langsung 0 0 %
Kurang Boleh 7 70 %
Boleh 3 30 %
Sangat Boleh 0 0 %
d ) Cadangan imam-imam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum.
Hasil dapatan daripada kajian yang telah dibuat saya telah dapat mengumpulkan beberapa cadangan yang baik
dan apa yang sangat saya puashati ialah kesemua 10 responden memberikan cadangan untuk saya kemukakan
dalam hasil kajian saya ini sebagai buah fikiran yang sewajarnya difikirkan bersama untuk ia dilaksanakan.
Cadangan-cadangan yang diberikan oleh 10 responden yang dikaji adalah sepertiberikut:
Cadangan Meningkatkan Minat dan Kefahaman masyarakat Terhadap Ilmu Tarannum
Cadangan- Cadangan Jumlah Cadangan
1. Mengadakan kelas tarannum seminggu sekali di masjid-
masjid atau surau-surau supaya masyarakat dapat belajar
dengan lebih kerap.
1. Melantik guru pakar untuk mengajarkan Tarannum kepada
ahli-ahli masjid dan surau.
1. Pelbagaikan rancangan atau aktiviti menarik di television
yang berkonsepkan tarannum atau melibatkan Ilmu
Tarannum seperti rancangan Akedemi Al-Quran dan
Rancangan Mari Bertaranum. Seterusnya media penyiaran
perlu kerapkan penyiaran rancangan-rancangan bercorak
5 cadangan
3 cadangan
3 cadangan
tarannum tersebut untuk masyarakat berasa lebih dekat
dengan Ilmu Tarannum ini setelah dihidangkan dengan
rancangan sebegini dengan kerap.
1. Mengadakan kursus dan bengkel Tarannum di setiap daerah.
1. Kerajaan perlu lebih giat mempromosikan ilmu yang
berteraskan Al-Quran termasuklah Ilmu Tarannum ini serta
melibatkan semua golongan sasar terutamanya golongan
kanak-kanak dan remaja untuk menjamin masyarakat yang
tidak buta Al-Quran pada masa akan datang.
1. Mengadakan kursus atau bengkel tarannum secara berjadual
kepada kaum ibu supaya mereka dapat mengajarkan Ilmu
Tarannum ini kepada anak-anak mereka di rumah.
1. Mengadakan kursus atau bengkel dan kelas-kelas tarannum
kepada guru-guru di sekolah terutamanya guru-guru
pendidikan Islam supaya Ilmu Tarannum ini cepat tersebar
kepada murid-murid sekolah.
1. Kemaskini silibus matapelajaran disekolah dengan
memperbanyakkan silibus ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran
agar dada-dada ummat Islam penuh diisi dengan Ilmu Al-
Quran.
3 cadangan
2 cadangan
2 cadangan
1 cadangan
1 cadangan
e ) Kesimpulan/dapatan daripada kajian yang dijalankan.
Secara keseluruhannya melalui kajian yang dibuat dapatlah disimpulkan bahawa Ilmu Tarannum ini bukanlah
suatu ilmu yang senang dipelajari dan sesiapa yang mampu menguasainya bukanlah calang-calang orangnya.
Sesungguhnya tidak ada jalan yang mudah untuk menguasai ilmu berharga ini melainkan dengan
mempergiatkan usaha mempelajarinya bersungguh-sungguh melalui pelbagai cara. Ini terbukti apabila melihat
hasil dapatan kajian saya ini yang sebenarnya menjelaskan kepada kita bahawa,walaupun seseorang itu telah
bergelar imam yang diberi tauliah sekalipun namun majoriti daripada keseluruhan responden mengaku bahawa
mereka masih belum menguasai ilmu Tarannum ini.
Ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan berkenaan ilmu Tarannum di negara kita ini baik pada peringkat
sekolah rendah,sekolah menengah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Walaupun akhir-akhir ini melalui
usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu rancangan yang mengetengahkan unsur tarannum seperti
Akedemi Al-Quran dan Mari Bertarannum namun ia masih belum mencukupi untuk memartabatkan ilmu ini di
Malaysia khususnya. Media massa perlu mempromosikan ilmu ini di segenap media dengan lebih kerap lagi
agar keseluruhan masyarakat terutamanya masayarakat Muslim menyedari akan kepentingan ilmu Tarannum
ini. Ia juga sebenarnya boleh juga dijadikan sebagai syiar dakwah untuk menarik golongan bukan Islam untuk
mengenali keindahan Islam yang kita anuti.
Akhirnya saya berharap semua pihak sedar akan pentingnya Ilmu Tarannum ini dan sama-samalah kita
bekerjasama untuk memartabatkannya agar ia dikuasai oleh segenap lapisan masyarakat.
Wallahua’lam…sekian,terima kasih.
( 2700 perkataan )
Rujukan
1. Kitab Al-Quran
1. HBQE 3103 Tarannum Al-Quran,Fakulti Pendidikan Bahasa,oleh Haji Norakyairee Mohd Raus dan
DR. Adnan Mohamed Yusoff terbitan tahun 2011.
1. http://qari-qariah.blogspot.com/2008/11/maksud-tarannum.html
1. http://berita-harian-online.com/tips-menjaga-suara-tarannum/
1. http://lucksmana-suhaimi.blogspot.com/2010/04/tarannum.html
LAMPIRAN
BORANG KAJI SELIDIK
TENTANG PEMAHAMAN ILMU TARANNUM AL-QURAN
 Soal selidik ini untuk mendapatkan maklum/balas tentang pemahaman Imam-Imam mengenai Ilmu Tarannum
Al-Quran
 Di harap anda dapat menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu penyelidik OUM untuk membuat
tugasan HBQE 3103, Ambilan januari 2010.
 Segala maklum/balas yang diberikan akan dirahsiakan
 Kerjasama anda melengkapkan soal selidik adalah amat dihargai.
Tandakan ( / ) pada yang berkaitan
1. Umur : tahun
2. kelayakan Akademik : Sekolah Rendah ( )
Lulusan Pondok ( )
PMR ( )
SPM ( )
STPM ( )
3. Kelayakan Ikhtisas : DIPLOMA ( )
IJAZAH ( )
IJAZAH KE-2 ( )
PHD ( )
4. Masjid / Surau bertugas : ____________________________________________________
5. Pengalaman Menjadi Imam : tahun.
6. Tempat pengajian :_______________________________________________________
7. Bidang Pengajian : ______________________________________________________
8. Pengalaman mendalami Ilmu Tarannum :
Bil Tempat Belajar / Kursus / Bengkel / Seminar Masa / Tempoh catatan
BAHAGIAN I : LATAR BELAKANG
Arahan : Bulatkan yang berkenaan :
No PERKARA
Tidak
tahu
Kurang
mahir
Sederhana
mahir
Mahir
Pengetahuan tentang ilmu tarannum
1 A. Pengertian dan Sejarah Bayyati
B. Sifat dan peranan Bayyati
2 A. Pengertian dan Sejarah Soba
B. Sifat dan peranan Soba
3 A. Pengertian dan Sejarah Hijjaz
B. Sifat dan peranan Hijjaz
4 A. Pengertian dan Sejarah Rast
B. Sifat dan peranan Rast
5 A. Pengertian dan Sejarah Nahawand
B. Sifat dan peranan Nahawand
6 A. Pengertian dan Sejarah Sikkah
B. Sifat dan peranan Sikkah
7 A. Pengertian dan Sejarah Jiharkah
B. Sifat dan peranan Jiharkah
No PERKARA
Tidak
tahu
Kurang
mahir
Sederhana
mahir
Mahir
Kebolehan Bertarannum
1 kebolehan mengalunkan bacaan Bayyati
2 kebolehan mengalunkan bacaan Soba
3 kebolehan mengalunkan bacaan Hijjaz
4 kebolehan mengalunkan bacaan Rast
4 kebolehan mengalunkan bacaan Nahawand
5 kebolehan mengalunkan bacaan Sikkah
6 kebolehan mengalunkan bacaan Jiharkah
No. Perkara Tidak
Tahu
Kurang
Mahir
Sederhana
Mahir
Mahir
AspekBerkaitanTarannum
BAHAGIAN II : SOALAN KAJI SELIDIK
1 Ikhtilal al- Lahn
2 Burdah
3 Nagham
4 Mahattah
5 Harakah
Cadangan : __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
RAZAMAN.OUM.MEI 2011.
BAHAGIAN III : CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN BACAANTARANNUM

More Related Content

What's hot

Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahmzaidin
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as soutkenjisword
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islammzaidin
 
Rph Adab Terhadap Ibubapa
Rph Adab Terhadap IbubapaRph Adab Terhadap Ibubapa
Rph Adab Terhadap Ibubapazalihan
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqhIM UMAZ
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahChe' Wan Azhar Shariffudin
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 

What's hot (20)

Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
RPH WUDHUK
RPH WUDHUKRPH WUDHUK
RPH WUDHUK
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
Rph Adab Terhadap Ibubapa
Rph Adab Terhadap IbubapaRph Adab Terhadap Ibubapa
Rph Adab Terhadap Ibubapa
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 

Viewers also liked

Tarannum al quran (pqe 3033)
Tarannum al quran (pqe 3033)Tarannum al quran (pqe 3033)
Tarannum al quran (pqe 3033)Ahmad Shah
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 

Viewers also liked (6)

Panduan belajar tarannum
Panduan belajar tarannumPanduan belajar tarannum
Panduan belajar tarannum
 
Tarannum al quran (pqe 3033)
Tarannum al quran (pqe 3033)Tarannum al quran (pqe 3033)
Tarannum al quran (pqe 3033)
 
Slide taranum
Slide taranumSlide taranum
Slide taranum
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 

Similar to Pemahaman Ilmu Tarannum

Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara
Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di NusantaraPengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara
Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di NusantaraNurul Farhana
 
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01Andre Milanisti
 
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01Andre Milanisti
 
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01Andre Milanisti
 
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)Norafsah Awang Kati
 
Laporan seni baca al qur'an ppt
Laporan seni baca al qur'an pptLaporan seni baca al qur'an ppt
Laporan seni baca al qur'an pptUmmu Mawaddah
 
Makalah tasawuf
Makalah tasawufMakalah tasawuf
Makalah tasawufudajamil
 
PRESENTASI PAI.pdf
PRESENTASI PAI.pdfPRESENTASI PAI.pdf
PRESENTASI PAI.pdfNadiaa78
 
Menghapal al quran
Menghapal al quranMenghapal al quran
Menghapal al quransavitrir
 
Makalah ushul fiqh ii stain kudus
Makalah ushul fiqh ii stain kudusMakalah ushul fiqh ii stain kudus
Makalah ushul fiqh ii stain kudusKira Distinct
 
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.netNano Nani
 
(7)hasil akhir dari keimanan
(7)hasil akhir dari keimanan(7)hasil akhir dari keimanan
(7)hasil akhir dari keimananDr. Maman SW
 
Proposal kajian bahasa arab
Proposal kajian bahasa arabProposal kajian bahasa arab
Proposal kajian bahasa arabSyamsul Maarif
 
(7)hasil akhir dari keimanan
(7)hasil akhir dari keimanan(7)hasil akhir dari keimanan
(7)hasil akhir dari keimananDr. Maman SW
 

Similar to Pemahaman Ilmu Tarannum (20)

Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara
Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di NusantaraPengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara
Pengaruh Israiliyyat dalam kitab tafsir jawi di Nusantara
 
Tafsir al-fatihah
Tafsir al-fatihahTafsir al-fatihah
Tafsir al-fatihah
 
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
 
Rppfiqihkelas7mts
Rppfiqihkelas7mtsRppfiqihkelas7mts
Rppfiqihkelas7mts
 
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
 
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
Rppfiqihkelas7mtskurtilasedisirevisi 141126084558-conversion-gate01
 
Hafiz alquran
Hafiz alquranHafiz alquran
Hafiz alquran
 
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
 
Laporan seni baca al qur'an ppt
Laporan seni baca al qur'an pptLaporan seni baca al qur'an ppt
Laporan seni baca al qur'an ppt
 
Makalah tasawuf
Makalah tasawufMakalah tasawuf
Makalah tasawuf
 
PRESENTASI PAI.pdf
PRESENTASI PAI.pdfPRESENTASI PAI.pdf
PRESENTASI PAI.pdf
 
MAKALAH TAFSIR TAHLI
MAKALAH TAFSIR TAHLIMAKALAH TAFSIR TAHLI
MAKALAH TAFSIR TAHLI
 
Menghapal al quran
Menghapal al quranMenghapal al quran
Menghapal al quran
 
Menghapal al quran
Menghapal al quranMenghapal al quran
Menghapal al quran
 
Makalah ushul fiqh ii stain kudus
Makalah ushul fiqh ii stain kudusMakalah ushul fiqh ii stain kudus
Makalah ushul fiqh ii stain kudus
 
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.net
 
(7)hasil akhir dari keimanan
(7)hasil akhir dari keimanan(7)hasil akhir dari keimanan
(7)hasil akhir dari keimanan
 
Proposal kajian bahasa arab
Proposal kajian bahasa arabProposal kajian bahasa arab
Proposal kajian bahasa arab
 
(7)hasil akhir dari keimanan
(7)hasil akhir dari keimanan(7)hasil akhir dari keimanan
(7)hasil akhir dari keimanan
 
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Nurul Fadhilah. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Nurul Fadhilah. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Nurul Fadhilah. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Nurul Fadhilah. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
 

More from Aishah Sweet

2. brosur big betul -
2. brosur big   betul -2. brosur big   betul -
2. brosur big betul -Aishah Sweet
 
30702974 kertas-kerja-big-siap
30702974 kertas-kerja-big-siap30702974 kertas-kerja-big-siap
30702974 kertas-kerja-big-siapAishah Sweet
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurulAishah Sweet
 
Supertraderx academy crash course
Supertraderx academy crash courseSupertraderx academy crash course
Supertraderx academy crash courseAishah Sweet
 
Laporan pihak sekolah
Laporan pihak sekolahLaporan pihak sekolah
Laporan pihak sekolahAishah Sweet
 

More from Aishah Sweet (7)

2. brosur big betul -
2. brosur big   betul -2. brosur big   betul -
2. brosur big betul -
 
30702974 kertas-kerja-big-siap
30702974 kertas-kerja-big-siap30702974 kertas-kerja-big-siap
30702974 kertas-kerja-big-siap
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul
 
Preview forex
Preview forexPreview forex
Preview forex
 
Supertraderx academy crash course
Supertraderx academy crash courseSupertraderx academy crash course
Supertraderx academy crash course
 
Laporan pihak sekolah
Laporan pihak sekolahLaporan pihak sekolah
Laporan pihak sekolah
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 

Pemahaman Ilmu Tarannum

  • 1. Pengenalan Tarannum merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat al- Quran.Manakala suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu. Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak:pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.Irama:alunan atau bentuk bunyi. Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW. Sabda Baginda: Maksudnya: Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”. Sejarah Tarannum Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin munculpula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah SAW itu. Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:A. Misri (Mesir).B. Hijazi (Mekah dan Madinah).C. Iraqi.D. Kurdi (sempadan Iraq dan Turki).E. ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta menggarabkannya untuk bacaan Al- Quran.
  • 2. Latar Belakang Kajian Sebagai salah satu langkah memartabatkan Ilmu Tarannum ini saya telah ditugaskan untuk mebuat satu kajian tentang kefahaman Ilmu Tarannum al-Quran yang mana respondennya adalah imam-imam masjid yang saya telah pilih untuk dibuat soal selidik seramai 10 orang. Mereka adalah merupakan Imam-imam masjid yang bertauliah yang berada di sekitar daerah tempat tinggal saya dan juga di luar dari daerah tempat tinggal saya sekarang iaitu imam-imam sekitar kampung tempat asal saya iaitu Daerah Setiu yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Responden yang terlibat ialah Imam Masjid Kampung Bintang,Imam satu dan Imam dua Masjid Daerah Setiu,Imam Masjid Kampung Guntong Luar,Imam Masjid Kampung Bahagia Setiu, Imam Masjid Kampung Guntong Dalam Setiu,Imam Masjid Kampung Fikri Setiu,Imam Masjid Kampung Banggol Setiu,dan Imam Masjid Kampung Ulu Kekabu Setiu.Kajian ini telah dijalankan selama dua minggu semasa cuti persekolahan yang lalu. Objektif kajian : Di akhir kajian saya dapat : 1. Mengenalpasti tahap pemahaman keseluruhan responden dalam aspek Ilmu Tarannum Al-Quran. 2. Mencadangkan beberapa cadangan untuk meningkatkan kefahaman dan mutu bacaan Al-Quran secara bertarannum. Metodologi kajian: Kajian dilakukan dengan cara, iaitu: 1. Meminta Para Imam Mengisi Borang Soalan kaji selidik yang telah disediakan dan merumuskan hasil berdasarkan borang soal selidik tersebut. 2. Mengemukakan temuabual lisan secara spontan. Jangkaan hasil / dapatan kajian: Di akhir soal selidik ini nanti diharapkan agar 100% responden dapat memahami, mengamalkan pembacaan Al-Quran bertarannum. Ini adalah kerana responden adalah terdiri daripada para imam yang bertauliah yang sudah sememangnya punyai pengetahuan tentang Ilmu Tarannum ini terutamanya tentang bacaan tarannum
  • 3. yang popular di Malaysia seperti Tarannum Bayyati,Tarannum Nahawand,Tarannum Rast,Tarannum Soba,Tarannum Hijaz,Tarannum Sikah, dan Tarannum Jiharkah. Hasil Dapatan Kajian: Setelah bertungkus-lumus menyediakan soalan-soalan dan melaksanakan proses kajian maka hasil yang saya dapati daripada 10 orang Imam terbabit seperti berikut: a ) Latar belakang pendidikan al-Quran/Tarannum. Responden yang dikaji terdiri daripada imam-imam yang kebanyakannya adalah imam masjid kampung seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Dalam aspek latar belakang pendidikan tertinggi berkaitan Al-Quran dan Tarannum saya telah membahagikan kepada beberapa tahap iaitu,Pendidikan Al-Quran dan Tarannum di peringkat pondok,peringkat sekolah menengah agama,peringkat sekolah menengah kebangsaan atau menengah biasa dan yang terakhir iaitu peringkat maktab dan universiti. Hasil kajian mendapati 5 orang daripada kalangan responden merupakan imam yang berpendidikan sekolah menengah agama iaitu mewakili 50 %. 1 daripada mereka adalah imam berpendidikan sekolah menengah biasa iaitu sebanyak 10 % manakala 4 daripada jumlah responden adalah imam yang mendapat pendidikan di maktab atau universiti iaitu mewakili 40 %. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden mempunyai latar belakang pendidikan Al-Quran dan Ilmu Tarannum,Cuma ada yang mempelajarinya secara formal manakala ada pula yang tidak formal. Bagi bekas penuntut maktab menyatakan bahawa Ilmu Tarannum hanya diajar sedikit sahaja yang juga bermaksud bahawa ianya diajar dengan silibus yang terhad dan tentulah tidak banyak yang dapat dipelajari oleh penuntut di dalam sesuatu tempoh pengajian. b ) Pengetahuan asas tentang tarannum-tarannum al-Quran. Dalam konteks pengetahuan di dalam bidang Al-Quran sudah semestinya seseorang yang dilantik menjadi imam adalah terdiri dari kalangan mereka yang berpengetahuan tentang Al-Quran,namun di dalam konteks bacaan secara bertarannum ini,hasil dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa 7 orang daripada responden yang mewakili 70% mengakui pernah belajar Ilmu Tarannum ini samada di dalam kelas formal mahupun
  • 4. melalui kuliah-kuliah mingguan atau bulanan di peringkat masjid dan surau-surau kampung dan pernah menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Baki 3 orang lagi responden yang mewakili 30% pula mengakui bahawa tidak pernah belajar Ilmu Taranum ini melalui kelas-kelas secara formal namun mempunyai sedikit pengetahuan tantangnya hasil daripada pembelajaran tidak formal di dalam kuliah- kuliah di masjid-masjid dan surau-surau tertentu sepanjang hidup mereka. Perincian kajian secara terperinci mendapati dalam bidang pengetahuan asas tentang jenis-jenis tarannum seperti Tarannum Bayyati,Tarannum Nahawand, Tarannum Rast, Tarannum Soba, Tarannum Hijaz, Tarannum Sikah, dan Tarannum Jiharkah dapat dirumuskan di sini iaitu sepertiberikut: JENIS-JENIS TARANNUM TARANNUM AL-BAYYATI Perkataan Bayyatibermaksud rumah, Tarannum Bayyati ini pada asalnya dipopularkan oleh qari- qari di Mesir. Sifat Tarannum Al-Bayyati  Lembut disamping tegas.  Sesuai dengan tobaqot sederhana.  Harmoni.  Berunsur ketenangan. Peranan Tarannum Al-Bayyati  Memantapkan persembahan.  Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.  Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.  Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.  Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
  • 5. TARANNUM SOBA Perkataan Soba bermaksud rindu. Tarannum Soba ini dipopularkan oleh qari dari Negara Mesir Sifat tarannum Soba ialah :  Gerak ringan meresap jiwa.  Alunan lembut yang mendayu.  Sesuai dengan tobaqot sederhana.  Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya. Peranan Tarannum Soba  Menenangkan persembahan.  Membawa kekhusyukan dan keinsafan.  Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.  Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM HIJAZ Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Hijaz ialah :  Gerak lambat tapi berkesan.  Ketegasan pendorong semangat  Kelincahan menghidupkan persembahan.  Sesuai dengan mana-mana tobaqot.  Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah. Peranan Tarannum Hijaz.
  • 6.  Memberi semangat kepada persembahan.  Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.  Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.  Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.  Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.  Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM NAHAWAND Perkataan Nahawand adalah nama suatu tempat yang terletak di Hamadan Parsi(kini Iran). Tetapi kini Tarannum Nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Nahawand  Gerak ringan yang berkesan.Kelembutan bersopan.  Sederhana memikat jiwa.  Kehalusan seni.  Sesuai dengan tobaqot sederhana. Peranan Tarannum Nahawand  Melembutkan bacaan.  Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.  Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.  Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.  Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM RAST Tarannum Rast berasaldari Parsi(Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Namun kini Tarannum Rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
  • 7. Sifat Tarannum Rast  Gerak lembut disamping ketegasan.  Kelembutan alunan.  Lincah menyemarakkan.  Sesuai dengan mana-mana tobaqot.  Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat. Peranan Tarannum Rast  Memberi semangat kepada persembahan.  Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.  Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.  Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.  Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM SIKAH Tarannum Sikah juga berasaldari Parsi(Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini Tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Sikah  Gerak lambat meyakinkan.  Kelembutan menusuk kalbu.  Berciri kesedihan dan kerintihan.  Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.  Sesuai dengan mana-mana tobaqot. Peranan Tarannum Sikah
  • 8.  Melembutkan persembahan.  Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.  Membawa kekhusukan dan keinsafan.  Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.  Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM JIHARKAH Tarannum Jiharkah juga berasaldari parsi (Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini Tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Jiharkah  Gerak ringan yang berkesan.  Kelembutan menusuk kalbu.  Harmoni.  Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.  Sesuai dengan tobaqot sederhana. Peranan Tarannum Jiharkah  Menenangkan ketegangan persembahan.  Melembutkan persembahan.  Membawa kekhusukan dan keinsafan.  Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.  Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. Seterusnya, dalam Ilmu Tarannum juga terdapat beberapa istilah yang perlu difahami oleh responden iaitu :
  • 9. Harkat ialah suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah. Qit’ah ialah suatu alunan irama pendek tanpa mahattah Burdah asli dan sina’i ialah bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah. Mahattah ialah suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna. Salalim su’ud dan nuzul ialah suara menaik dan menurun – mengikut ilmu peringkat-peringkat suara. Ihtilal al-lahn ialah kemahiran mencondongkan suara. Wuslah al-mumathalah ialah kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat. Aspek Definisi Tarannum Jenis-Jenis Tarannum Tidak Tahu Kurang Mahir Sederhana Mahir Mahir Tarannum Bayyati 2 orang 7 orang 1 orang 0 Tarannum Nahawand 1 orang 8 orang 1 orang 0 Tarannum Rast 1 orang 8 orang 1 orang 0 Tarannum Soba 2 orang 7 orang 1 orang 0 Tarannum Hijaz 2 orang 7 orang 1 orang 0 Tarannum Sikah 2 orang 7 orang 1 orang 0
  • 10. Tarannum Jiharkah 3 orang 6 orang 1 orang 0 Aspek Sifat-Sifat Tarannum Jenis-Jenis Tarannum Tidak Tahu Kurang Mahir Sederhana Mahir Mahir Tarannum Bayyati 1 orang 8 orang 1 orang 0 Tarannum Nahawand 1 orang 8 orang 1 orang 0 Tarannum Rast 1 orang 8 orang 1 orang 0 Tarannum Soba 2 orang 7 orang 1 orang 0 Tarannum Hijaz 1 orang 8 orang 1 orang 0 Tarannum Sikah 2 orang 7 orang 1 orang 0 Tarannum Jiharkah 3 orang 6 orang 1 orang 0
  • 11. Aspek Peranan Setiap Tarannum Jenis Tarannum Tidak Tahu Kurang Mahir Sederhana Mahir Mahir Tarannum Bayyati 1 orang 8 orang 1 orang 0 Tarannum Nahawand 1 orang 7 orang 2 orang 0 Tarannum Rast 1 orang 8 orang 1 orang 0 Tarannum Soba 2 orang 7 orang 1 orang 0 Tarannum Hijaz 3 orang 6 orang 1 orang 0 Tarannum Sikah 3 orang 6 orang 1 orang 0 Tarannum Jiharkah 4 orang 4 orang 2 orang 0 Rumusan Jadual Di atas : Aspek Definisi Tarannum : Purata keseluruhan responden yang tidak tahu kesemua jenis tarannum ialah sebanyak 13% sementara responden yang kurang mahir sebanyak 77% manakala responden sederhana mahir
  • 12. sebanyak 10 %. Tidak terdapat responden yang mengaku benar-benar mahir mengenai definisi taranum tersebut. Aspek Sifat-sifat Tarannum : Purata keseluruhan responden yang mahir sebanyak 0 %, sederhana mahir 10 %, kurang mahir sebanyak 79 % manakala tidak tahu sebanyak 11 %. Aspek Peranan Setiap Tarannum : Purata keseluruhan bagi aspek peranan setiap tarannum ini ialah responden yang tidak tahu sebanyak 15 %, responden yang kurang mahir pula sebanyak 76 % manakala 9 % lagi sederhana mahir. Tidak ada responden yang mengaku benar-benar mahir dalam aspek ini. Aspek-aspek lain yang sangat berkaitan dengan Ilmu Tarannum yang turut dikaji seperti jadual yang ditunjukkan: Kajian Tentan Aspek Berkaitan Tarannum; Aspek Berkaitan Tarannum Tidak Tahu Kurang Mahir Sederhana Mahir Mahir Ikhtilal al- Lahn 1 orang 3 orang 4 orang 2 orang Burdah 1 orang 5 orang 4 orang 0 Nagham 2 orang 4 orang 4 orang 0 Mahattah 1 orang 3 orang 4 orang 2 orang Harakah 1 orang 2 orang 5 orang 2 orang Huraian Jadual : 1. Ikhtilal al- lahnu: 1 orang tidak tahu mewakili 10 %,kurang mahir 3 orang iaitu 30 %,sederhana mahir 4 orang iaitu 40 % manakala mahir pula 20 % iaitu 2 orang. 2. Burdah : tidak tahu 10 %,kurang mahir 50 %, sederhana mahir 40 % sementara tiada imam yang mengaku mahir dalam aspek ini. 3. Nagham : 2 orang tidak tahu iaitu 20 %, 4 daripada responden adalah kurang mahir iaitu mewakili 40 %,4 lagi responden mengakui mereka sederhana mahir dalam hal ini iaitu 40%. Tiada responden yang mahir di dalam aspek Nagham ini. 4. Mahattah : Responden yang tidak tahu sebanyak 1 orang iaitu 10 %, kurang mahir 30 %,sederhana mahir 40 % dan responden yang mahir tentang aspek ini sebanyak 20 %.
  • 13. 5. Harakah : 10 % responden yang tidak tahu,20 % kurang mahir,50% sederhana mahir dan 20 % responden mahir dalam aspek harakah ini. Ingin juga saya nyatakan di sini bahawa ada beberapa Imam yang sebenarnya mengetahui aspek-aspek di atas akan tetapi terlupa istilahnya dalam Bahasa Arab. Setelah saya jelaskan maksud istilah-istilah di atas satu persatu barulah mereka mengakui yang sebenarnya mereka tahu tentang istilah-istilah tersebut. c ) Kemampuan membaca al-Quran secara bertarannum. Oleh kerana responden yang dikaji merupakan kumpulan para Imam maka sudah semestinya mereka adalah tergolong dalam kumpulan yang berbakat dalam membaca Al-Quran dengan baik mahupun membaca secara bertarannum. Namun demikian disebabkan oleh pendedahan yang kurang dan sedikitnya belajar dalam bidang tersebut maka kajian menunjukkan bahawa 7 orang daripada responden yang mewakili 70 % mengaku bahawa mereka kurang boleh bertarannum atau dengan kata lain mereka hanya menguasai bidang-bidang Al-Quran yang lain tetapi dalam bidang tarannum atau melagukan Al-Quran ketika menjadi Imam,mereka tidak menguasai dengan baik. Baki seramai 3 orang iaitu 30 % daripada responden mengakui bahawa mereka boleh bertarannum dan sering melagukan bacaan ketika menjadi Imam solat. Sila rujuk jadual dibawah : Kebolehan Bertarannum Bilangan Responden Peratus Penguasaan Responden Tidak Boleh Langsung 0 0 % Kurang Boleh 7 70 % Boleh 3 30 % Sangat Boleh 0 0 %
  • 14. d ) Cadangan imam-imam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum. Hasil dapatan daripada kajian yang telah dibuat saya telah dapat mengumpulkan beberapa cadangan yang baik dan apa yang sangat saya puashati ialah kesemua 10 responden memberikan cadangan untuk saya kemukakan dalam hasil kajian saya ini sebagai buah fikiran yang sewajarnya difikirkan bersama untuk ia dilaksanakan. Cadangan-cadangan yang diberikan oleh 10 responden yang dikaji adalah sepertiberikut: Cadangan Meningkatkan Minat dan Kefahaman masyarakat Terhadap Ilmu Tarannum Cadangan- Cadangan Jumlah Cadangan 1. Mengadakan kelas tarannum seminggu sekali di masjid- masjid atau surau-surau supaya masyarakat dapat belajar dengan lebih kerap. 1. Melantik guru pakar untuk mengajarkan Tarannum kepada ahli-ahli masjid dan surau. 1. Pelbagaikan rancangan atau aktiviti menarik di television yang berkonsepkan tarannum atau melibatkan Ilmu Tarannum seperti rancangan Akedemi Al-Quran dan Rancangan Mari Bertaranum. Seterusnya media penyiaran perlu kerapkan penyiaran rancangan-rancangan bercorak 5 cadangan 3 cadangan 3 cadangan
  • 15. tarannum tersebut untuk masyarakat berasa lebih dekat dengan Ilmu Tarannum ini setelah dihidangkan dengan rancangan sebegini dengan kerap. 1. Mengadakan kursus dan bengkel Tarannum di setiap daerah. 1. Kerajaan perlu lebih giat mempromosikan ilmu yang berteraskan Al-Quran termasuklah Ilmu Tarannum ini serta melibatkan semua golongan sasar terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja untuk menjamin masyarakat yang tidak buta Al-Quran pada masa akan datang. 1. Mengadakan kursus atau bengkel tarannum secara berjadual kepada kaum ibu supaya mereka dapat mengajarkan Ilmu Tarannum ini kepada anak-anak mereka di rumah. 1. Mengadakan kursus atau bengkel dan kelas-kelas tarannum kepada guru-guru di sekolah terutamanya guru-guru pendidikan Islam supaya Ilmu Tarannum ini cepat tersebar kepada murid-murid sekolah. 1. Kemaskini silibus matapelajaran disekolah dengan memperbanyakkan silibus ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran agar dada-dada ummat Islam penuh diisi dengan Ilmu Al- Quran. 3 cadangan 2 cadangan 2 cadangan 1 cadangan 1 cadangan
  • 16. e ) Kesimpulan/dapatan daripada kajian yang dijalankan. Secara keseluruhannya melalui kajian yang dibuat dapatlah disimpulkan bahawa Ilmu Tarannum ini bukanlah suatu ilmu yang senang dipelajari dan sesiapa yang mampu menguasainya bukanlah calang-calang orangnya. Sesungguhnya tidak ada jalan yang mudah untuk menguasai ilmu berharga ini melainkan dengan mempergiatkan usaha mempelajarinya bersungguh-sungguh melalui pelbagai cara. Ini terbukti apabila melihat hasil dapatan kajian saya ini yang sebenarnya menjelaskan kepada kita bahawa,walaupun seseorang itu telah bergelar imam yang diberi tauliah sekalipun namun majoriti daripada keseluruhan responden mengaku bahawa mereka masih belum menguasai ilmu Tarannum ini. Ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan berkenaan ilmu Tarannum di negara kita ini baik pada peringkat sekolah rendah,sekolah menengah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Walaupun akhir-akhir ini melalui usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu rancangan yang mengetengahkan unsur tarannum seperti Akedemi Al-Quran dan Mari Bertarannum namun ia masih belum mencukupi untuk memartabatkan ilmu ini di Malaysia khususnya. Media massa perlu mempromosikan ilmu ini di segenap media dengan lebih kerap lagi agar keseluruhan masyarakat terutamanya masayarakat Muslim menyedari akan kepentingan ilmu Tarannum ini. Ia juga sebenarnya boleh juga dijadikan sebagai syiar dakwah untuk menarik golongan bukan Islam untuk mengenali keindahan Islam yang kita anuti. Akhirnya saya berharap semua pihak sedar akan pentingnya Ilmu Tarannum ini dan sama-samalah kita bekerjasama untuk memartabatkannya agar ia dikuasai oleh segenap lapisan masyarakat. Wallahua’lam…sekian,terima kasih. ( 2700 perkataan ) Rujukan
  • 17. 1. Kitab Al-Quran 1. HBQE 3103 Tarannum Al-Quran,Fakulti Pendidikan Bahasa,oleh Haji Norakyairee Mohd Raus dan DR. Adnan Mohamed Yusoff terbitan tahun 2011. 1. http://qari-qariah.blogspot.com/2008/11/maksud-tarannum.html 1. http://berita-harian-online.com/tips-menjaga-suara-tarannum/ 1. http://lucksmana-suhaimi.blogspot.com/2010/04/tarannum.html LAMPIRAN BORANG KAJI SELIDIK TENTANG PEMAHAMAN ILMU TARANNUM AL-QURAN  Soal selidik ini untuk mendapatkan maklum/balas tentang pemahaman Imam-Imam mengenai Ilmu Tarannum Al-Quran  Di harap anda dapat menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu penyelidik OUM untuk membuat tugasan HBQE 3103, Ambilan januari 2010.  Segala maklum/balas yang diberikan akan dirahsiakan  Kerjasama anda melengkapkan soal selidik adalah amat dihargai.
  • 18. Tandakan ( / ) pada yang berkaitan 1. Umur : tahun 2. kelayakan Akademik : Sekolah Rendah ( ) Lulusan Pondok ( ) PMR ( ) SPM ( ) STPM ( ) 3. Kelayakan Ikhtisas : DIPLOMA ( ) IJAZAH ( ) IJAZAH KE-2 ( ) PHD ( ) 4. Masjid / Surau bertugas : ____________________________________________________ 5. Pengalaman Menjadi Imam : tahun. 6. Tempat pengajian :_______________________________________________________ 7. Bidang Pengajian : ______________________________________________________ 8. Pengalaman mendalami Ilmu Tarannum : Bil Tempat Belajar / Kursus / Bengkel / Seminar Masa / Tempoh catatan BAHAGIAN I : LATAR BELAKANG
  • 19. Arahan : Bulatkan yang berkenaan : No PERKARA Tidak tahu Kurang mahir Sederhana mahir Mahir Pengetahuan tentang ilmu tarannum 1 A. Pengertian dan Sejarah Bayyati B. Sifat dan peranan Bayyati 2 A. Pengertian dan Sejarah Soba B. Sifat dan peranan Soba 3 A. Pengertian dan Sejarah Hijjaz B. Sifat dan peranan Hijjaz 4 A. Pengertian dan Sejarah Rast B. Sifat dan peranan Rast 5 A. Pengertian dan Sejarah Nahawand B. Sifat dan peranan Nahawand 6 A. Pengertian dan Sejarah Sikkah B. Sifat dan peranan Sikkah 7 A. Pengertian dan Sejarah Jiharkah B. Sifat dan peranan Jiharkah No PERKARA Tidak tahu Kurang mahir Sederhana mahir Mahir Kebolehan Bertarannum 1 kebolehan mengalunkan bacaan Bayyati 2 kebolehan mengalunkan bacaan Soba 3 kebolehan mengalunkan bacaan Hijjaz 4 kebolehan mengalunkan bacaan Rast 4 kebolehan mengalunkan bacaan Nahawand 5 kebolehan mengalunkan bacaan Sikkah 6 kebolehan mengalunkan bacaan Jiharkah No. Perkara Tidak Tahu Kurang Mahir Sederhana Mahir Mahir AspekBerkaitanTarannum BAHAGIAN II : SOALAN KAJI SELIDIK
  • 20. 1 Ikhtilal al- Lahn 2 Burdah 3 Nagham 4 Mahattah 5 Harakah Cadangan : __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ RAZAMAN.OUM.MEI 2011. BAHAGIAN III : CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN BACAANTARANNUM