SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
1
SEMESTER : DIS 2020
E – FOLIO
ANTARA HUKUM DAN NILAI MULIA
DALAM HUBUNGAN ETNIK.
TEAM MEMBER
No. Matrix Name Class
1 02DTK20F1016 NURATHIRAH IZZATI BINTI RONASNIZAM DTK2A
2 02DTK20F1028 NURUL AINA BINTI MA’AROF DTK2A
3 02DTK20F1030 SHARIFAH HANIS HAZIRA BINTI SYED HARON DTK2A
4 02DTK20F1032 NUR NADHIRAH ALISHA BINTI HAMZAH DTK2A
5 02DTK20F1034 PUTERI SUHAILA BINTI JASMEE DTK2A
6 02DTK20F1046 NORSHAHIRAH BINTI ABD.HADI DTK2A
2
TABLE OF CONTENTS
Bil. CONTENTS Page
1. PENGENALAN. 3
2. PANDANGANPELBAGAIPIHAK TERHADAPHUBUNGAN
ETNIK.
4
3. ETNIK DI MALAYSIA (Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan
Dusun, Murut, Dan Sebagainya).
6
4. HUKUM ETNIK
4.0 i. Kedudukan agama dan toleransi agama.
ii. Perspektif budaya etnik.
iii. Integrasi dan hubungan etnik.
8
5. PENERAPANNILAI MURNI / MULIA DALAM HUBUGAN
ETNIK.
5.0 i. Apakah itu nilai mulia/ murni.
ii. Bagaimanakah nilai mulia / murni boleh dipupuk.
iii. Contoh – contoh nilai mulia / murni.
13
6. PENGKAJIANISU – ISU HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. 15
7. PRINSIP KEADILANISLAMDALAMKONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA.
18
8. KESIMPULAN. 20
9. RUJUKAN / LAMPIRAN. 21
10. REFERENCES. 22
3
1.0 Pengenalan
DEFINISI ETNIK
Etnik boleh didefinisikan sebagai hubungan antara kelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras
dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan
dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk
Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik
yang sama. Hubungan etnik pula membawa maksud kewujudan pertalian antara etnik.
Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah
pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan
ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
KONSEP ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu
kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa
kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-
budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkah laku yang sama.
Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia,
orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik.
Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar,
betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil,
berada di tahap rendah atau tidak bermoral.
Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia
membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali
dicampur adukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih
kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil
ras dalam kehidupan seharian.
4
Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling
ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik
pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik
boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri
budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Kumpulan
etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keturunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik
hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan
mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di
Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.
2.0 Pandangan Pelbagai Pihak TerhadapHubungan Etnik.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP HUBUNGAN ETNIK.
Perbincangan mengenai pandangan Islam terhadap hubungan etnik boleh dikategorikan
kepada tiga iaitu dalil yang dikemukakan dalam al-Quran, hadis nabi dan pandangan
tokoh-tokoh Islam.
 Hubungan Etnik Menurut al-Quran
Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku
perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005: 37).
Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya
yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu
sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan
itu bukanlah faktor untuk berpecahbelah dan bermusuhan. Seharusnya kita perlu kenal-
mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup
bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan
atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuanNya akan keadaan dan amalan kamu.
5
 Hubungan Etnik Menurut Hadis
Islam dengan jelas melarang kepada pembelaan etnik sendiri dalam erti kata membantu
dan membela etnik sendiri yang melakukan kesalahan. Larangan ini dijelaskan oleh nabi
dalam hadisnya yang bermaksud:
Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke jalan asabiah dan bukan di kalangan kami
orang yang berjuang di atas jalan asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang mati di atas
dasar asabiah. Mendengar ungkapan tersebut, para sahabat bertanya: Apakah yang
dimaksudkan dengan asabiah wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kamu membantu
saudaramu di atas landasan kezaliman
(Muhammad Syams, 1990: 17–20).
 Hubungan Etnik Menurut Tokoh-tokoh Islam
Perbincangan berikut mengenai hubungan etnik menurut tokoh-tokoh Islam dengan mengambil
kira pandangan sarjana Islam dari negara Arab yang banyak membuat kajian tentang
perundangan Islam yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Pandangan sarjana Islam
yang tinggal di negara Barat juga diambil kira kerana mereka terdedah dengan suasana di
mana umat Islam minoriti berbanding di negara Arab. Disebabkan artikel ini membincangkan
hubungan etnik di Malaysia, maka pandangan sarjana Islam di Malaysia turut diambil kira
kerana mereka lebih mengetahui situasi yang berlaku di Malaysia.
Menurut Muhammad (1987: 273) yang merupakan seorang pakar perundangan Islamtelah
menggambarkan perhubungan masyarakat yang disusun oleh Islam antara orang Islam dan
bukan Islam ditegakkan di atas dasar kebaikan, kemuliaan, keadilan, lemahlembut,
permesyuaratan, kepentingan bersama dan tolong-menolong serta mencegah dari keburukan
yang boleh menghancurkan masyarakat. Sifat-sifat ini dapat menjalinkan perpaduan di
kalangan pelbagai etnik tanpa mengira warna kulit dan tiadanya perbezaan kedudukan dalam
masyarakat. Penghormatan terhadap manusia ialah dengan menghormati jiwa manusia itu
sendiri tanpa melihat agama dan etnik. Justeru, beliau merumuskan perhubungan masyarakat
dalam Islam terbina atas tiga dasar iaitu membolehkan setiap manusia untuk berusaha dengan
tenaga yang ada padanya dan membahagikan pekerjaan mengikut kemampuan, memberikan
kebebasan kepada setiap orang dengan tidak menceroboh hak orang lain dan membantu pihak
yang lemah tanpa mengira warna kulit.
6
3.0 Etnik Di Malaysia
Di Malaysia terdapat sangat banyak golongan etnik. Sebagai contoh kaum Melayu, Cina,
India,Iban,Kadazandusun,Murut dan sebagainya. Oleh itu,mereka mengamalkan gaya hidup
yang berbeza dalam kehidupan seharian.
Pertama saya akan menerangkan tentang kaum Melayu. Kaum Melayu adalah satu takrifan
Melayu dalam perkara 160 iaitu Perlembagaan Persekutuan dimana kaum tersebut seorang
yang menganuti agama islam. Mereka juga fasih dalam berbahasa melayu.Walhal kaum Cina
mahupun India juga pandai berbahasa melayu kerana ia merupakan Bahasa kebangsaan
negara Malaysia. Semua kaum tersebut menurut dan menghormati adat istiadat Melayu yang
telah ditetapkan dan telah turun temurun sejak dulu lagi. Majoriti 55% penduduk di Malaysia
merupakan kaum Melayu. Hal ini demikian kerana, ia dapat menguatkan lagi pengaruh di
negara ini. Agama islam pula merupakan agama yang disanjung tinggi oleh kaum ini. Ini kerana
mereka hanya percaya kepada pencipta-Nya yang maha berkuasa atas segala-galanya.
Budaya kaum Melayu iaitu mereka akan menyambut bulan Ramadhan dengan cara berpuasa
sehari semalam selama sebulan lalu meraikan kemenangan dengan menyambut hari raya
Aidilfitripada setiap tahun. Orang islam ini juga meraikan hari raya Aidiladha dimana upacara
penyembelihan haiwan berkaki empat seperti lembu,kambing,unta dan sebagainya diadakan.
Oleh itu,siapa yang melakukan perkara tersebut akan mendapat balasan pahala yang berlipat
ganda dari sang Pencipta .
Seterusnya,saya akan menerangkan tentang kaum Cina yang berada di Malaysia. Mereka
mula berhijrah ke Tanah Melayu bermula pada abad ke-15 hingga pertengahanan abad ke-
20. Kaum ini dikelaskan mengikut dialek masing-masing yang tertentu iaitu
Hookien,Hakka,Kantonis dan sebagainya. Secara keseluruhannya hanya 25% sahaja penduduk
Malaysia yang diwakili oleh kaum Cina. Mengenai agama pula, kaum cina hanya memeluk dua
agama samada Buddha atau Kristian. Mereka mempercayai dan setia dengan agamanya
kerana menganggap berhala itu memberi tuah dan nasib baik kepada diri masing-masing.
Tempat mereka beribadat pula adalah di tokon dan juga institusi agama Cina. Bukan sahaja
kaum Melayu yang menyambut perayaan malah kaum Cina juga mempunyai perayaan
tersendiri iaitu perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Hari Krismas dan juga juga
Opera Cina pada setiap tahun. Perayaan Tahun Baru Cina merupakan satu upacara yang
sangat dinantikan oleh kaum Cina pada setiap tahun kerana ia akan disambut pada awal tahun.
Ia akan disambut dengan sangat meriah sekali di seluruh negara. Warna merah menjadi pilihan
7
kerana mereka percaya bahawa warna merah ini dapat menakutkan roh-roh jahat dan juga
nasib malang. Perayaan ini membawa lebih keuntungan kepada kanak-kanak kerana mereka
akan diberi angpau oleh orang yang lebih tua daripada mereka.
Akhir sekali,saya juga akan menerangkan tentang kaum India. Orang India telah datang
sebagai hamba ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang
menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis pada kurun ke empat atau lima
sebelum masihi iaitu 2,500 tahun dahulu ada menyebut mengenai cengkih yang mana ia
berasal dari kepulauan Indonesia. Ada juga kisah yang menceritakan bahawa mereka berhijrah
ke Malaysia sewaktu penjajahan British dari Selatan India. Kaum ini dikelaskan kepada etnik
tertentu iaitu Tamil, Telegu, Malayalee dan lain-lain. Walau bagaimanapun, hanya 8% kaum
India yang datang ke Malaysia. Secara lazimnya,mereka menganut agama Hindu,Sikh,Kristian
dan juga Islam tapi tak begitu ramai. Meskipun begitu,ada perbezaan juga antara Hindu dan
Sikh iaitu dari segi tempat beribadat. Agama Hindu beribadat di kuil serta Hindu Sangam
manakala bagi agama Sikh iaitu di Gurdawa dan Majlis Gurdawa Malaysia.
Seterusnya konsep budaya. Ia diterbitkan melalui gabungan iaitu Budhi dan Daya. Budhi
bermaksud kecergasan akal fikiran manakala daya bermaksud kekuatan kuasa,tenaga dan
pengaruh. Maka dengan Ini terbitlah takrifan budaya iaitu cara hidup orang ramai termasuk
pemikiran,nilai kepercayaan,pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang
menggerakkan jiwa.
Budaya pula terbahagi kepada dua jenis iaitu budaya kebendaan dan juga budaya bukan
kebendaan. Budaya kebendaan bermaksud peralatan dan kelengkapan hidup seperti
rumah,kereta,perahu,senjata dan sebagainya. Budaya bukan kebendaan pula bermaksud
kepercayaan,adat istiadat dan undang-undang contohnya adat-istiadat yang berbeza-beza
dalam perkhawinan.
Pembentukan budaya Melayu ini juga mempengaruhi beberapa faktor antaranya ialah adat
resam. Adat resam ini perkara yang mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya. Selain itu,bahasa. Bahasa ini salah satu
perkara penting juga kerana ia digunakan sebagai alat komunikasi. Akhir sekali,agama. Faktor
agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial
dan fizikal.
8
Pembentukan budaya ini bukan direka bersahaja tetapi ia memainkan peranan utama dalam
semua aspek kehidupan. Peranan yang paling utama ialah membina imej negara kearah
mewujudkan keperibadian dan identiti sesuatu negara tersebut. Seterusnya, untuk memupuk
kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian,kemanusiaan,spiritual
mental dan fizikal.
Budaya juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Sebagai contoh “dipelajari” yang
bermaksud budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan melibatkan banyak
unsur seperti asimilasi dan adaptasi. Seterusnya,”dikongsi” ialah setiap perlakuan itu diamal
dan didokong oleh sekumpulan manusia tanpa perkongsian ia hanya menjadi perlakuan
individu dan bukannya perlakuan masayarakat. Selain itu,”sejagat” yang membawa maksud
kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia namun, ia berbeza antara masyarakat
kerana pengaruh luar,pengaruh alam dan juga tahap penyesuaian anggota. Budaya ini diwarisi
dai satu generasi ke satu generasi berikutnya. Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan
daripada budaya terdahulu. Meskipun begitu tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang yang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji dari semasa ke semasa dari
segi bentuk,ciri dan proses yang berlaku. Untuk pengetahuan juga budaya juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk perlambagaan seperti logo, bendera,ukiran dan lain-lain. Akhir
sekali,”pandangan semesta” yang mana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana,manusia mempunyai pertalian yang
rapat dengan alam sekitar.
4.0 Hukum Etnik
Apa itu hukum?
Hukum dari segi Bahasa merupakan suatu bentuk penegahan atau larangan yang melarang
hendaknya sama sekali untuk dilakukan oleh pelbagai pihak. Manakala, hukum dari segi istilah
pula menuturkan bahawasanya hukum merupakan khitab / perintah Allah s.w.t yang berkait
dengan perbuatan mukallaf sama ada dalam bentuk “iqtidai” (perintah atau arahan), “takhyir”
(pilihan) atau “wad’i” (ketentuan).Definisi hukum tersebut turut menjelaskan hukum sebagai
peraturan yang dibuat oleh sesuatu kekuasaan seperti negara. Hukum juga merupakan adat
yang dianggap sebagai sesuatu yang mesti dipatuhi seperti undang-undang. Jadi bagaimana
pula soal hukum etnik yang akan dibahaskan?
9
Definisi hukum etnik
Hukum sesebuah etnik boleh dikategorikan sebagai adat dalam etnik, hukum agama etnik,
serta hukum negara yang didiami oleh etnik. Meskipun negara Malaysia cukup terkenal dengan
etnik berbilang bangsa, tetapi semua kelompok etnik berikut berada di bawah satu naungan
hukum yang meliputi semua kawasan di negara Malaysia. Melalui susur galur bidang kuasa
kehakiman, setiap etnik juga terikat dengan adat budaya masing-masing yang juga merupakan
satu peraturan bagi setiap kaum yang hanya tertumpu kepada kaum tersebut sahaja. Melalui
kesinambungan itu, setiap etnik mempunyai berbagai penganutan agama sama ada islam,
buddha , hindu dan sebagainya. Setiap agama telah memperuntukkan perintah dan larangan
yang perlu dipatuhi oleh setiap penganutnya.
Hukum negara (persekutuan dan negeri)
Peraturan yang diterbitkan bagi semua kategori etnik yang lebih selari kepada perpaduan
seluruh kaum ialah prinsip rukun negara. Prinsip ini, menjadi peraturan bagi semua
warganegara Malaysia sebagai satu cabang undang -undang persekutuan. Hal ini tidak
dinafikan jika sekiranya prinsip tersebut telah mengukuhkan kesepaduan etnik yang bertapak di
bumi Malaysia sehingga kini. Ingin dinyatakan disini bahawa setiap prinsip yang diterbitkan
mempunyai maksud dan tujuan tersendiri bagi menzahirkan objektif pencapaian rukun negara.
Berikut merupakan bukti:
 Kepercayaan kepada tuhan
Prinsip ini menjelaskan bahawasanya setiap individu beragama perlu menzahirkan
kepercayaan dan keimanan kepada tuhan dan agama masing -masing. Mahupun begitu
negara Malaysia sama sekali menolak sebarang bentuk ideologi atau atau ajaran yang
menentang prinsip seperti fahaman komunis (atheis). Hal ini kerana, agama sebagai
sumber penting dalam membentuk rohani (spiritual) dan sahsiah diri yang baik dalam
kalangan masyarakat. Secara tidak langsung fahaman sederhana yang diluaskan
pandangan melalui agama ini dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur
sesama kaum sekaligus mewujudkan toleransi yang baik.
 Kesetiaan kepada raja dan negara
Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja
berpelembagaan, maka dengan itu hubungan rakyat dan raja saling berkait rapat kerana
raja merupakan pemimpin terbesar sesebuah negara selain daripada perdana Menteri.
10
Rakyat dikehendaki melahirkan taat setia kepada raja sebagai tanda penghargaan
kepada raja yang menjadi pelindung dan pemimpin yang juga merupakan “payung
negara”dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara.
Melalui peringkat persekutuan, Malaysia mempunyai Yang Dipertuan Agong (YDPA)
sebagai pemimpin induk yang berkuasa ke atas semua negeri dibawah persekutuan.
Manakala di peringkat negeri, rakyat yang bermastautin di negeri tersebut perlu
menumpukan taat setia kepada raja negeri masing-masing. Prinsip ini untuk kebaikan
masyarakat juga tanpa terdapat prejudis dan isu perkauman.
 Keluhuran perlembagaan
Setiap etnik diberi keadilan dan hak sama rata melalui perlembagaan persekutuan yang
diwujudkan seperti yang diperkatakan prinsip ini. Semua rakyat diberi hak asasi yang
tersendiri dan kebebasan serta keadilan sosial bagi seluruh kaum di Malaysia.
Perlembagaan menjelaskan ketinggian atau keagungan sebuah undang -undang yang
ditubuhkan. Perlembagaan juga dapat membentuk keadilan, kesepakatan , kerjasama
dan kepentingan kerajaan persekutuan dan negeri.
 Kedaulatan undang-undang
Prinsip ini menjelaskan autoriti perundangan yang paling tinggi di Malaysia iaitu
perlembagaan negara sebagai badan kehakiman yang bebas dan berwibawa dalam
menegakkan keadilan serta mengekalkan keamanan negara. Perbezaan taraf antara
rakyat tidak dikira sama sekali melalui undang – undang ini tanpa sebarang diskriminasi
kaum, jantina mahupun kedudukan (status sosial). Prinsip ini sama sekali bercanggah
dengan perbuatan (rasis) ataupun anti perkauman. Undang-undang tersebut tidak
menzalimi rakyat.
 Kesopanan dan kesusilaan
Prinsip ini menitikberatkan keseimbangan rohani individu yang dipupuk sejak kecil
dengan nilai- nilai murni/moral yang baik. Ditegaskan kepada rakyat jelata bahawa
prinsip ini membentuk akhlak masyarakat yang mempunyai perilaku cenderung kearah
kebaikan atau keburukan. Masyarakat yang baik masyarakat yang mempunyai
tatasusila dan budi bicara yang sopan mencerminkan identiti negara.
11
Hukum adat etnik
 Melayu
 Perkahwinan
Adat ini dimulai dengan upacara merisik bagi tujuan memastikan kedudukan
gadis yang dihajati seseorang lelaki itu. Upacara ini diteruskan dengan majlis
peminangan sekiranya risikan diketahui si gadis belum berpunya untuk
menyatakan hasrat pihak lelaki secara rasmi. Jika dipersetujui hendaknya, maka
upacara pertunangan dilangsungkan di kediaman pihak perempuan. Seterusnya,
disusuli dengan akad nikah yang merasmikan kedudukan pasangan sebagai
suami isteri
 Cina
 Perkahwinan
Perkahwinan sivil sebagai kategori utama dimana kedua individu perlu berdaftar
sebagai pasangan. Seterusnya, upacara minum teh merupakan budaya
tradisional cina dimana pengantin perlu memberi minum teh kepada ahli
keluarga yang lebih tua sebagai tanda perkenalan. Kedua upacara ini hanya
dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Selanjutnya, jamuan makan
diadakan kepada semua ahli keluarga,saudara mara dan kawan-kawan.
 India
 Perkahwinan
Adat merisik dilakukan dengan menilai aspek etnik, sub etnik, kasta dan agama
dengan perhatian penuh. Manakala status social dan ekonomi juga diambil kira
dalam menilai kriteria pasangan. Setelah itu, diadakan kunjungan ke rumah
pengantin perempuan yang dipanggil “pen paartal” iaitu tujuan melihat sendiri
perawakan dan rupa paras pengantin perempuan. Disusuli dengan majlis
pertunangan dimana upacara dilabelkan sebagi “ikat janji” iaitu niccayam setelah
capai persetujuan dan diikuti perbincangan (bapa-bapa) berkenaan hal-hal
perkahwinan. Seterusnya, adat parisam yang turut merupakan majlis
pertunangan dengan terdapat hantaran yang berjumlah ganjil dari pihak lelaki
dan direstui dengan serahan dulang oleh si bapa kepada pengantin perempuan
dan juga dikalungkan Bunga kepada dua mempelai oleh saudara-mara.
12
Hukum agama etnik
 Melayu
 Agama dan kepercayaan
Bersunat/berkhatan
Dinyatakan bahawa setiap kanak-kanak perempuan perlu menjalani acara
bersunat semasa kecil seperti selepas beberapa hari dilahirkan semasa masih
bayi dikendalikan oleh seorang bidan. Manakala, kanak-kanak lelaki pula
menjalani upacara berkhatan ini dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun dan
dijalankan oleh tok mudim. Upacara ini bertujuan membersihkan diri individu
yang beragama islam dari segala kekotoran demi menjaga kesucian agama.
 Cina
 Agama dan kepercayaan
Kematian
Pemakaian gelap diwajibkan apabila melawat kediaman si mati sebagai tanda
kesedihan. Lilin putih (duit kertas) dan lain -lain alat sembahyang perlu dibawa
ketika memasuki rumah si mati untuk diberikan kepada keluarganya. Ketika
meninggalkan rumah si mati, pelawat diberikan seutas benang merah yang
berikat gula-gula sebagai tanda terima kasih daripada keluarga si mati.benang
merah sebagai tanda memberi nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang
cuba mengacau.
 India
 Agama dan kepercayaan
Adat kelahiran
Pemotongan tali pusat dilakukan dan ditanam bersama uridan tembuni di sekitar
Kawasan rumah bersama duit tembga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan
tersebut bertujuan mengelakkan buruan binatang liar dan kegunaan ahli sihir
untuk ilmu hitam.
13
5.0 Penerapan NilaiMulia / MurniDalam HubunganEtnik
(i) Apakah maksud nilai mulia / murni dalam hubungan etnik?
Maksud nilai mulia / murni ialah dapat didefinisikan sebagai suatu perlakuan sikap yang
baik, berperadaban dan tatasusila individu manusia dalam perhubungan sesama manusia,
ataupun sama ada akan alam atau tuhan. Menurut Encik Wan Mohd. Zahid nilai – nilai
murni merupakan tanggapan berkenaan perkara – perkara yang dihajati dan pada masa
yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai – nilai murni sesuau masyarakat
biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk
membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.
Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan di negara yang mempunyai pelbagai – bagai
etnik. Rakyat Malaysia telah terdidik dengan nilai-nilai murni iaitu penerimaan dengan
menghormati perbezaan kebudayaan kaum masing-masing. Kewujudan kepelbagaian kaum
dengan dilimpahi kepelbagai budaya daripada segi perayaan, pemakanan, bahasa dan
pemakaian telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Dalam kepelbagaian itu,
persefahaman juga menjadi asas yang kukuh untuk mengekalkan keharmonian, keamanan
dan ketenteraman di negara ini. Banyak langkah dan dasar yang dilaksanakan dalam usaha
mengimbangi kehendak semua etnik agar dapat meletakkan perpaduan di tangga teratas.
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara
Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang
berbeza. Namun, pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang
singkat. Artikel ini memfokuskan kepada pemerkasaan pelaksanaan dasar ini agar nilai-nilai
murni yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas.
(ii) Bagaimanakah nilai mulia boleh dipupuk dalam hubungan etnik?
Terdapat enam asas hubungan etnik nilai mulia yang boleh dipupuk dalam hubungan
etnik antaranya ialah Berkenal – kenalan, Saling memahami, Saling kerja – bekerjasama,
Persaudaraan, Saling berkasih – sayang, dan Saling jamin menjamin.
14
Asas nilai mulia yang terdapat dalam hubungan etnik terdiri kepada enam ciri – ciri.
Antaranya ialah berkenal – kenalan oleh itu kita dapat beramah – mesra sesama manusia
supaya dapat melahirkan sikap yang tidak sombong dan saling bantu – membantu. Selain
itu, saling memahami juga ialah nilai murni yang terdapat dalam asas hubungan etnik
contohnya dapat melakukan sesuatu perkara dengan mudah jika kita saling memahami.
Seterusnya, bekerjasama juga ialah asas nilai mulia dalam hubungan etnik kerana jika
manusia saling bekerjasama lebih memudahkan untuk melakukan perkara yang perlu
dilakukan bersama – sama dengan itu dapatlah melahirkan masyarakat yang bekerjasama.
Di samping itu, terdapat nilai persaudaraan dalam hubungan etnik sebagai contoh kita
dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama islam dengan cara memupuk
hubungan etnik. Terdapat juga nilai mulia berkasih – sayang contohnya dengan cara
menunjukkan nilai kasih sayang dapat memberi impak kepada masyarakat bahawa dengan
kasih sayang dapatlah menyumbang hubungan etnik. Akhir Sekali, saling jamin – menjamin
juga ialah nilai mulia yang terdapat dalam hubungan etnik kerana dengan wujudnya
kepercayaan dapatlah menjamin sesuatu perkara yang akan dilakukan oleh itu kita akan
mendapat jaminan antara sesama kita dalam mengusahakan sesuatu perkara.
(iii) Contoh – contoh nilai mulia / murni dalam hubungan etnik.
Antara contoh – contoh nilai mulia / murni yang terdapat dalam hubungan etnik ialah baik
hati contohnya sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara
ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindik tanduk seseorang terhadap orang orang lain.
Seterusnya, nilai murni yang terdapat dalam hubungann etnik ialah berdikari mempunyai
kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang
terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin
pada diri sendiri. Selain itu, berhemah tinggi juga salah satu nilai murni yang terdapat dalam
hubungan etnik sebagai contohnya ialah berbudi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan
lemah lembut serta budi Bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya
dengan anggota masyarakat yang lain terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan
diri, dan ramah mesra.
Dalam hal ini, terdapat juga nilai murni hormat – menghormati dalam hubungan etnik
sebagai contoh menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi social dengan
memberikan layanan yang sopan antaranya ialah melalui ketaatan terhadap ibu melalui
15
hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang – undang dan menghargai maruah
diri sendiri. Seterusnya nilai murni yang terdapat dalam hubungan etnik ialah kasih sayang
di mana perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir
daripada hati yang rela terhadap sesuatu termasuklah sayang atau cinta akan nyawa, alam
sekitar, negara dan keamanan.
Terdapat juga kerjasama dalam nilai murni hubungan etnik ini. Untuk kerjasama ini dapat
mengusahakan sesuatu dengan baik dan membina yang dilakukan secara bersama – sama
pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu
matlamat termasuklah persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong – royong, toleransi,
kebaikan bersama dan perpaduan. Akhir Sekali, nilai murni yang terdapat dalam hubungan
etnik ialah kesederhanaan di mana sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan Tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan
norma dan nilai masyarakat secara umumnya sederhana dalam mempertimbangkan
kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
6.0 Pengkajian Isu – isu HubunganEtnik Di Malaysia
Masyarakat dan negara Malaysia telah menjadi negara contoh kepada sebahagian negara-
negara di seluruh dunia. Dari kaca mata global, Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara
yang harus dicontohi. Kemampuan Malaysia ialah mewujudkan keseimbangan antara
kestabilan politik dan pembangunan ekonomi. Punca kejayaan ini adalah berdasarkan kepada
hubungan etnik yang positif dan saling bersifat sinergi. Pembangunan dan kemajuan yang
dikecapi kini banyak ditentukan oleh bentuk hubungan kaum yang telah terbentuk sejak
sebelum merdeka hingga kini.
Negara Malaysia sinonim dengan masyarakat majmuk kerana rakyatnya terdiri daripada
pelbagai kaum, bahasa, identiti, agama dan sebagainya. Masyarakat majmuk dalam konteks
Malaysia telah banyak dikaji oleh para sarjana dan telah didokumentasikan. Kepelbagaian
masyarakat sudah tentu akan mewujudkan pelbagaian budaya, agama dan bahasa. Perbezaan
ini harus difahami dan dihayati oleh setiap mereka yang bergelar rakyat negara Malaysia.
Pelanggaran isu sensitif disebabkan sikap tidak ambil peduli oleh sesuatu kaum boleh
mengundang malapetaka sebagaimana yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969.
Penjajahan meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan etnik dan pembangunan
politik malaysia. Melalui penjajahan inggeris, wujud masyarakat pelbagai etnik melalui
kemasukan orang cina dan india seagai buruh. Mereka diasingkan dengan penduduk tempatan
dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan, dan menyukarkan untuk
berinteraksi sesama kaum. Keadaan semakin teruk selepas british memperkenalkan rancangan
penempatan semula yang membataskan pergaulan kaum melayu yang ditempatkan di
kampung melayu dan cina dalam politik tanah melayu serta perjaungan etnik mempertahankan
16
budaya, bahasa dan pendidikan. Penyatuan etnik dipupuk melayui dasar-dasar kerajaan
berkaitan pendidikan dan ekonomi serta kerjasama politik melalui perikatan.
Lahirnya kepelbagaian kaum di Malaysia sehingga kini adalah kesan daripada campur
tangan kolonial British dalam struktur sosiopolitik dengan memperkenalkan dasar kemasukan
migran Cina dan India tanpa sekatan. Namun begitu, permulaan masyarakat majmuk secara
tidak langsung sudah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan kedatangan
mereka tanpa dipaksa. Ekoran daripada itu, maka pedagang-pedagang dari Arab, India dan
China dan negara-negara lain bebas berdagang dan berinteraksi dengan penduduk Tanah
Melayu yang membentuk masyarakat Baba dan Nyonya, Melayu berketurunan Arab dan
Melayu berketurunan India. Sebenarnya bermula sejak dekad kedua abad ke-20, Semenanjung
Tanah Melayu telah merubah landskap masyarakatnya yang terdiri daripada masyarakat
majmuk yang cukup kompleks. Rentetan daripada itu, maka populasi masyarakat terus
berkembang biak akhirnya menjadi suatu masyarakat yang melahirkan aneka ragam manusia
dari sudut budaya, agama, sosial dan sebagainya. Ekoran tersebut, maka isu-isu yang
melibatkan sensitiviti harus diberi perhatian yang sewajarnya oleh etnik-etnik yang mendiami
Malaysia bagi mengekalkan keharmonian tidak kira dalam konteks kelas atasan, pertengahan
atau bawahan.
Catatan sejarah telah menunjukkan bahawa hubungan antara rumpun masyarakat Melayu
dengan masyarakat Cina dan India serta etnik-etnik lain telah wujud sebelum kehadiran
penjajah Barat lagi. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang-pedagang Cina dan
India telah datang ke negara ini untuk bemiaga. Sebahagian daripada mereka telah berkahwin
dengan masyarakat setempat dan terus menetap di negara ini. Ikatan perkahwinan dan jaringan
asimilasi telah membentuk komuniti baru bagi masyarakat Cina yang dikenali sebagai baba dan
nyonya. Dalam kalangan masyarakat India pula proses yang sama membentuk komuniti Chitti.
Dari kacamata negara ini hubungan etnik dari segi politik dapat dilihat kepada pengamalan
sistem demokrasi berparlimen, pilihanraya dan juga penglibatan tiga kaum terbesar dalam
politik Malaysia. Ini merupakan satu pembaharuan dan pemodenan politik era baru jika
dibandingkan dengan zaman tradisi. Sebelum kemerdekaan setiap kaum di Tanah Melayu
mempunyai sistem politik mereka sendiri. Setiap kaum berpaksikan kepentingan kaum masing-
masing. Tetapi dengan tertubuhnya Parti Perikatan, ia telah membuktikan bahawa 3 kaum
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India telah menerima idea politik moden di mana setiap parti
berlainan bangsa boleh bersatu dalam sebuah parti politik. Begitu juga dengan pengenalan
sistem demokrasi dan pilihanraya telah berjaya melibatkan semua kaum dalam politik Malaysia
secara aman walaupun ada sedikit kekacauan.
Dari perspektif negara Malaysia, hubungan etnik dari segi sosial pula dapat dilihat kepada
pembaharuan dari aspek seperti dalam bidang pendidikan, tempat tinggal, hubungan dan
sebagainya. Sejak zaman penjajahan, setiap kaum telah dipisahkan mengikut tempat tinggal di
mana kebanyakan orang Melayu tinggal di kampung dan kawasan pinggir bandar, orang Cina di
kawasan bandar, dan orang India di kawasan ladang. Keadaan ini berlarutan sehingga kini di
mana kebanyakan masyarakat Cina masih lagi tinggal di bandar-bandar besar, serta sedikit
masyarakat Melayu dan India. Kebanyakan masyarakat Melayu masih lagi tinggal di kawasan
bandar kecil dan luar bandar.
Hubungan etnik ekonomi di Malaysia boleh dikatakan telah bermula apabila adanya
hubungan perdagangan, pertukaran matawang, modal dan buruh secara intensif. Apa yang
17
lebih penting adalah penglibatan masyarakat tempatan dalam ekonomi perdagangan dan
perindustrian. Ekonomi sebelum ini adalah lebih kepada ekonomi saradiri dan pertukaran
barangan. Sebelum kemerdekaan jelas memperlihatkan hubungan etnik dari segi ekonomi pula
dengan jelas menunjukkan pemisahan kaum dengan orang Melayu masih kekal dengan
ekonomi tradisional secara kecil-kecilan dalam sektor pertanian, orang Cina menceburi bidang
perniagaan dan perdagangan dan orang India pekerja di sektor ladang. Dasar British melalui
konsep 'pecah dan perintah' ini sangat sukar hendak diubah walaupun setelah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan. Justeru itu diperkenalkan DEB sebagai usaha untuk menghapuskan
pengenalan ekonomi mengikut kaum. Walaupun sudah ada perubahan komposisi kaum dari
segi pemilikan ekonomi, tetapi perubahan secara total memerlukan masa yang lebih panjang
lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan ekonomi yang dikecapi selepas
kemerdekaan sehingga kini telah menyebabkan sesetengah kaum merasa iri hati dengan
kekayaan dan kesejahteraan kaum yang lain. Ada yang merasakan mereka masih lagi
terpinggir. Desakan ekonomi telah menolak mereka untuk menuntut sesuatu di luar batasan.
Keadaan seperti ini menyebabkan pihak Kerajaan terpaksa menilai semula dasar-dasar
ekonomi yang diamalkan sebelum ini.
Hubungan etnik menurut islam pula telah memberi pengaruh yang mendalam dalam
pertumbuhan dan perkembangan tamadun Malaysia. Dengan majoriti penduduk beragama
islam, maka sewajarnya islam menjadi asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia
serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya. Sebagai agama rasmi, islam mestilah
dihormati kerasmiannya namun ia tidak menghalang kebebasan beragama. Islam juga
mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku
perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik. Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah
dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima
dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang
akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah belah dan
bermusuhan. Seharusnya kita perlu kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain agar
kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah
SWT yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan
atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah al-
Hujurat 49: 13
Islam menolak sebarang bentuk perbezaan dan ketidakadilan yang membezakan seseorang
dengan seseorang yang lain atas dasar jantina, warna kulit, bahasa, keturunan, negara,
kedudukan keluarga, orang bukan Islam dan harta. Walaupun Islam memberi kelonggaran
dalam penglibatan orang bukan Islam, namun keutamaan tetap diberikan kepada orang Islam.
Keistimewaan ini bukanlah satu penganiayaan kepada bukan Islam tetapi untuk menjaga
kesucian agama Islam dan keselamatan penganutnya. Hal ini menunjukkan prinsip persamaan
dan keadilan dalam Islam telah dilonggarkan untuk memelihara kesucian dan martabat Islam.
18
Dalam hal ini, dua perkara yang perlu diberi perhatian adalah modenisasi dan hubungan
etnik yang datang seiring dan saling berkaitan di antara satu sama lain. Modenisasi sebenamya
memang memberi kesan ke atas hubungan etnik sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Modenisasi memberi kesan kepada hubungan etnik dapat dilihat dengan adanya
kesedaran etnik dalam bidang politik, persaingan etnik dalam ekonomi dan politik, serta konflik
antara etnik. Modenisasi memberi kesan positif dan negatif dalam hubungan antara etnik di
Malaysia. Penghormatan terhadap manusia ialah dengan menghormati jiwa manusia itu sendiri
tanpa melihat agama dan etnik.
7.0 Prinsip Keadilan IslamDalam Konteks Hubungan Etnik Di
Malaysia
Selain daripada hak persamaan, Islam amat mengutamakan keadilan dalam setiap tindakan
yang diambil. Melalui keadilan inilah, Islam menganjurkan kehidupan yang harmoni dan
masyarakat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Apabila keadilan
dilaksanakan di kalangan anggota masyarakat, maka dengan sendirinya pintu pintu
permusuhan dan perasaan benci-membenci dapat dihilangkan sedikit demi sedikit. Keadilan
yang dilaksanakan itu sendiri merupakan salah satu kaedah bagi menutup ruang-ruang
kemusnahan (Sadd al-Zara'ie) yang mungkin berlaku di kalangan anggota masyarakat atau
mengelakkan pencerobohan ke atas hak-hak yang telah ditetapkan kepada setiap individu .
Keadilan menurut Islam merupakan suatu perintah rabbani iaitu satu perbuatan
yangmenunjukkan kepatuhan, ketaatan serta ketundukan kepada Allah, kebertanggungjawaban
individu yang melaksanakannya mencerminkan keyakinan yang mendalam kepada Pencipta
(Abdul Latif, 2008: 477). Hal ini menjelaskan keadilan dalam Islam adalah keadilan yang mutlak
dan menyeluruh dalam semua bidang. Islam memandang keadilan bukanlah berakhir di dunia
sahaja, tetapi mempunyai implikasi di akhirat dalam bentuk dosa dan pahala. Hal ini akan
mendorong masyarakat berlaku lebih adil atas alasan ini.
Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang mengingatkan manusia supaya berlaku adil seperti
dalam Surah an-Nahl dan Surah an-Nisaa'.
 Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan
yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan
laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (Surah an-Nahl)
 Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di
antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah
19
dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa melihat. (Surah an-Nisaa')
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa keadilan adalah tanggungjawab setiap orang untuk
melaksanakannya dengan penuh kejujuran. Keadilan itu lahir dan sentiasa nyata dalam bentuk
menentang kemungkaran dan kezaliman sesuatu perkara. Keadilan juga dapat dilihat apabila
seseorang itu dapat menunaikan amanah yang telah diberikan kepadanya. Keadilan yang
dimajukan oleh Islam ialah keadilan sejagat atau keadilan mutlak. Dengan adanya asas
keadilan dalam masyarakat, setiap individu akan merasa aman dan tenteram kerana tugas
keadilan ialah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan
keturunan manusia. Menurut Islam, keadilan hendaklah ditegakkan dalam pembentukan
peribadi manusia, masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa.
Tujuan keadilan ialah menolak dan menghindarkan keburukan dan kezaliman daripada
seseorang serta membawa dan memberi keadilan dan hak kepada seseorang berdasarkan
syariat Islam. Keadilan dalam Islam menggabungkan aspek sosial, undang-undang dan
ekonomi. Keadilan tercapai apabila segala sesuatu berjaya memberi setiap orang akan haknya
dan dilihat dalam dua bentuk iaitu negatif dan positif. Keadilan dalam bentuk negatif adalah
mencegah kezaliman dan menghindarkannya daripada orang yang dizalimi. Bahagian ini
termasuklah pencegahan daripada pencerobohan ke atas hak-hak manusia yang berkaitan
dengan diri dan harta benda.
Keadilan dalam bentuk positif pula lebih banyak berkaitan dengan pemerintahan dan
pelaksanaan ke atas setiap individu untuk memelihara kebebasan dan kehidupan seharian
sehingga tidak terdapat seorang tua yang ditinggalkan, orang lemah yang diabaikan, orang fakir
yang kelaparan dan orang yang takut diancam. Keadilan yang dituntut oleh Islam ialah keadilan
sejagat, bukan setakat memberi keadilan untuk golongan Muslimin sahaja bahkan kepada
seluruh umat manusia termasuklah musuh dalam peperangan. Keadilan dalam Islam tidak
mengenal masyarakat dan agama. Ternyata bahawa keadilan Islam adalah untuk semua orang
tanpa mengira warna kulit, agama dan keturunan.
Keadilan bermaksud individu, keluarga, kaum, bangsa, etnik yang layak mendapat sesuatu
maka ia perlu diberi atau diagihkan mengikut kelayakan, agar amanah yang diberikan itu dapat
diurus dengan sempurna. Terdapat tiga asas keadilan dalam Islam iaitu kebebasan perasaan,
hak persamaan yang sempurna sesama manusia dan wujudnya jaminan sosial yang kuat
dalam masyarakat . seorang lagi ahli agama menjelaskan keadilan itu terbahagi kepada tiga
juga iaitu keadilan undang-undang, keadilan sosial dan keadilan sejagat. Sebagaimana
ditegaskan oleh Sayidina Umar r.a. ''Sesiapa sahaja yang menguruskan urusan orang Islam
(memimpin), maka dia melantik seseorang menguruskan (sesuatu urusan) kerana hubungan
kerabat atau kenal dan sukanya terhadap orang tersebut (bukan kerana kelayakan yang
dimiliki) maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan rasulNya .
Kezaliman merujuk kepada segala bentuk ketidaksamaan, ketidakadilan, eksploitasi,
penindasan dan perbuatan yang salah, di mana seseorang akan menyebabkan orang lain
dinafikan hak-hak mereka ataupun tidak melaksanakan tanggungjawab kepada mereka.
Justeru, peranan melaksanakan keadilan serta berusaha menghapuskan segala bentuk
ketidakadilan atau kezaliman merupakan tugas utama para rasul utusan Allah kepada manusia.
Malahan dalam al-Quran terdapat lebih daripada 100 ungkapan yang berkaitan dengan sifat
keadilan sama ada secara langsung menerusi perkataan al-adl atau menerusi perlambangan
20
menerusi perkataan-perkataan seperti al-qist, mizan dan sebagainya. Dalam masa yang sama,
terdapat lebih daripada 200 ungkapan yang berbentuk al-tarhib iaitu mengkritik atau mengutuk
perbuatan zalim, yang juga digunakan berbagai kalimah seperti al-zulm, al-ithm, al-dalal dan
seumpamanya.
Keadilan juga bermaksud setiap hukuman perlu dilaksanakan ke atas kesalahan yang
dilakukan tanpa mengira sesiapa atau bangsa mana sekalipun tanpa timbulnya semangat untuk
mempertahankannya atau berusaha untuk menggelakkan hukuman tersebut semata-mata
kerana dari kaum, bangsa, agama atau etnik sendiri. Yang berhak perlu diberi kerana
kelayakannya atau yang bersalah perlu dihukum kerana kesalahannya tanpa mempersoalkan
dari bangsa, agama atau etnik mana sekalipun. Firman Allah SWT.
(Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku Hubungan Etnik di Malaysia adil (kepada sesiapa jua)
kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.)
8.0 Kesimpulan
Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat amnya
masyarakat di Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan
masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama, bersefahaman dan sentiasa
menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha-
usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa
berada dalam keadaan yang terbaik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan
kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam
memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh
setiap lapisan masyarakat di dalam negara ini. Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia
seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu
mempunyai peranan dalam membangunkan negara supaya negara sentiasa dikagumi oleh
negara luar. Budaya dan agama di dalam negara Malaysia sangatlah penting untuk
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesame kaum dan negara akan menjadi lebih
aman dan damai. Hal ini maka terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan
pemangkin utama kepada kemajuan negara yang telah dekecapi oleh negara kita
sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati
kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk
mempertahankannya. Peristiwa 13 mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk
21
terus maju ke mercu kejayaan negara. Dalam hal ini, kita semua sebagai masyarakat yang
berguna tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong
berciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak Berjaya mencari satu rumusan yang berkesan
kepada masalah. Tidak dinafikan lagi bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk
yang mempunyai pelbagai kaum ini, memadailah jikaa kita terus berusaha
memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah dan
semakin lama semakin terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia
haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan masyarakat Malaysia.
Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi
menjana perpaduan yang telah la kita idamkan dalam kalangan Malaysia.
REFERENCES
Ahmad,S.(2012, september20). Definisi Etnik. Retrievedfrom
http://cikgusalmahahmad.blogspot.com/2012/09/definisi-etnik.html?m=1
Budayadan Adat ResamOrang Melayu
https://www.slideshare.net/ggiidoo/budaya-dan-adat-resam-orang-melayu
Budayadan Adat ResamKaumCina
https://www.slideshare.net/dila_midey/adat-kaum-cina
BudayaKaum India
https://www.slideshare.net/cikalyani/budaya-kaum-india
Definisi Hukum
https://sites.google.com/site/maulidunajamian/oum/semester-empat/usul-fiqh-1-
absf2103/buku-rujukan/topik-2---teori-hukum-islam-dan-pembahagiannya/2-1---definisi-dan-
konsep-hukum-islam/2-1-1---definisi-hukum-menurut-bahasa-dan-istilah?hl=ms_MY&pli=1
Irdina,C.F. (2014, September6). Nilai-nilai MurniDan Maksud.
Ismail,C.S. (2014, November25). Pengertian NilaiMurni.Retrievedfrom
http://salma217701.blogspot.com/
KARIM,M. B. (2009, oktober12). Konsep HubunganEtnikDi Malaysia.Retrievedfrom
http://mohdkarimassigmentbloggerscom.blogspot.com/2009/10/konsep-hubungan-etnik-
dimalaysia.html?m=1
22
MahyuddinKhalid&AshrofZaki,U.(2010, 8 22). Konsep AsasEtnik.Retrievedfrom
https://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-konsep-asas
MahyuddinKhalid&AshrofZaki,U.(2012, January4). Cabaran Hubungan EtnikDi Malaysia.
MahyuddinKhalid&AshrofZaki,U. (2012, January4). IslamDan Hubungan Etnik.
Mohamad,A. N.(2017, August5). Pemupukan Nilai-nilaiMurniAntara EtnikDi Malaysia MelaluiDasar
Kebudayaan Kebangsaan.Retrievedfrom
http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/kenegaraan/04-AYU-NOR-
AZILAH.pdf
Muslim,N.(2011, January28). Hubungan EtnikDi Malaysia DariPerspektif Islam.Retrievedfrom
http://web.usm.my/km/29(1)2011/KM%20ART%201(1-28).pdf
PNSRUKUN NEGARA:LIMA PRINSIPRUKUN NEGARA
http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/lima-prinsip-rukun-negara.html
Hamidah +Ab Rahman,etal. (2011). Kajian tinjauan hubungan etnikdalamkalangan pelajartahunsatu
di kampusJohorBahru,UniversitiTeknologiMara.JurnalTeknologi.(54),65-75.
AbdulLatif Samian.2008. Pembelaan hakkumpulanminoriti.In IslamHadhari: Pendekatan
pembangunan peradaban,eds.Mahmood ZuhdiAbdulMajid et.al. Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia.
Cheah Boon Kheng,(2002), Malaysia:The Making of a Nation,Institutof SoutheastAsian Studies,
Singapore.
Compton,RobertW.Jr,(2000), EastAsian Democratization:Impactof Globalization,Culture& Economy,
Greenwood Publishing Group,Incorporated.
23
LAMPIRAN
Adat perkahwinan kaum melayu
Adat kematian kaum cina
Persepaduan kaum di Malaysia

More Related Content

What's hot

KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJARKEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJARHanim Zabidi
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)redwanyasin86
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia Farah Hilmi
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumRama Devi
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaWidia Wati
 
Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5fasila114
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahROSLINDAWATI LIN
 
(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsarohani1162
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaumEvans Eyan
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaAQILAHARIF
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
Modul hub.etnik
Modul hub.etnikModul hub.etnik
Modul hub.etnikNim OHara
 

What's hot (19)

Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJARKEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Modul hub.etnik
Modul hub.etnikModul hub.etnik
Modul hub.etnik
 

Similar to HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK

Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1share with me
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Saya Awak
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayamama fiya
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notesanepsaaid
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxAlHadmie1
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Wanie Sabrie Ws
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)nazri15
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes. Yoshi Aw
 

Similar to HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK (20)

Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budaya
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notes
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notes
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptx
 
EDU SEMESTER3 PPG
EDU SEMESTER3 PPGEDU SEMESTER3 PPG
EDU SEMESTER3 PPG
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
P
PP
P
 
Nota Hubungan Etnik
Nota Hubungan EtnikNota Hubungan Etnik
Nota Hubungan Etnik
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
 
Kaum dan bangsa melayu
Kaum dan bangsa melayuKaum dan bangsa melayu
Kaum dan bangsa melayu
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (11)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK

  • 1. 1 SEMESTER : DIS 2020 E – FOLIO ANTARA HUKUM DAN NILAI MULIA DALAM HUBUNGAN ETNIK. TEAM MEMBER No. Matrix Name Class 1 02DTK20F1016 NURATHIRAH IZZATI BINTI RONASNIZAM DTK2A 2 02DTK20F1028 NURUL AINA BINTI MA’AROF DTK2A 3 02DTK20F1030 SHARIFAH HANIS HAZIRA BINTI SYED HARON DTK2A 4 02DTK20F1032 NUR NADHIRAH ALISHA BINTI HAMZAH DTK2A 5 02DTK20F1034 PUTERI SUHAILA BINTI JASMEE DTK2A 6 02DTK20F1046 NORSHAHIRAH BINTI ABD.HADI DTK2A
  • 2. 2 TABLE OF CONTENTS Bil. CONTENTS Page 1. PENGENALAN. 3 2. PANDANGANPELBAGAIPIHAK TERHADAPHUBUNGAN ETNIK. 4 3. ETNIK DI MALAYSIA (Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun, Murut, Dan Sebagainya). 6 4. HUKUM ETNIK 4.0 i. Kedudukan agama dan toleransi agama. ii. Perspektif budaya etnik. iii. Integrasi dan hubungan etnik. 8 5. PENERAPANNILAI MURNI / MULIA DALAM HUBUGAN ETNIK. 5.0 i. Apakah itu nilai mulia/ murni. ii. Bagaimanakah nilai mulia / murni boleh dipupuk. iii. Contoh – contoh nilai mulia / murni. 13 6. PENGKAJIANISU – ISU HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. 15 7. PRINSIP KEADILANISLAMDALAMKONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. 18 8. KESIMPULAN. 20 9. RUJUKAN / LAMPIRAN. 21 10. REFERENCES. 22
  • 3. 3 1.0 Pengenalan DEFINISI ETNIK Etnik boleh didefinisikan sebagai hubungan antara kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Hubungan etnik pula membawa maksud kewujudan pertalian antara etnik. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. KONSEP ETNIK Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub- budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada di tahap rendah atau tidak bermoral. Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampur adukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
  • 4. 4 Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keturunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. 2.0 Pandangan Pelbagai Pihak TerhadapHubungan Etnik. PANDANGAN ISLAM TERHADAP HUBUNGAN ETNIK. Perbincangan mengenai pandangan Islam terhadap hubungan etnik boleh dikategorikan kepada tiga iaitu dalil yang dikemukakan dalam al-Quran, hadis nabi dan pandangan tokoh-tokoh Islam.  Hubungan Etnik Menurut al-Quran Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005: 37). Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecahbelah dan bermusuhan. Seharusnya kita perlu kenal- mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal- kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya akan keadaan dan amalan kamu.
  • 5. 5  Hubungan Etnik Menurut Hadis Islam dengan jelas melarang kepada pembelaan etnik sendiri dalam erti kata membantu dan membela etnik sendiri yang melakukan kesalahan. Larangan ini dijelaskan oleh nabi dalam hadisnya yang bermaksud: Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke jalan asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang mati di atas dasar asabiah. Mendengar ungkapan tersebut, para sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan asabiah wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kamu membantu saudaramu di atas landasan kezaliman (Muhammad Syams, 1990: 17–20).  Hubungan Etnik Menurut Tokoh-tokoh Islam Perbincangan berikut mengenai hubungan etnik menurut tokoh-tokoh Islam dengan mengambil kira pandangan sarjana Islam dari negara Arab yang banyak membuat kajian tentang perundangan Islam yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Pandangan sarjana Islam yang tinggal di negara Barat juga diambil kira kerana mereka terdedah dengan suasana di mana umat Islam minoriti berbanding di negara Arab. Disebabkan artikel ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia, maka pandangan sarjana Islam di Malaysia turut diambil kira kerana mereka lebih mengetahui situasi yang berlaku di Malaysia. Menurut Muhammad (1987: 273) yang merupakan seorang pakar perundangan Islamtelah menggambarkan perhubungan masyarakat yang disusun oleh Islam antara orang Islam dan bukan Islam ditegakkan di atas dasar kebaikan, kemuliaan, keadilan, lemahlembut, permesyuaratan, kepentingan bersama dan tolong-menolong serta mencegah dari keburukan yang boleh menghancurkan masyarakat. Sifat-sifat ini dapat menjalinkan perpaduan di kalangan pelbagai etnik tanpa mengira warna kulit dan tiadanya perbezaan kedudukan dalam masyarakat. Penghormatan terhadap manusia ialah dengan menghormati jiwa manusia itu sendiri tanpa melihat agama dan etnik. Justeru, beliau merumuskan perhubungan masyarakat dalam Islam terbina atas tiga dasar iaitu membolehkan setiap manusia untuk berusaha dengan tenaga yang ada padanya dan membahagikan pekerjaan mengikut kemampuan, memberikan kebebasan kepada setiap orang dengan tidak menceroboh hak orang lain dan membantu pihak yang lemah tanpa mengira warna kulit.
  • 6. 6 3.0 Etnik Di Malaysia Di Malaysia terdapat sangat banyak golongan etnik. Sebagai contoh kaum Melayu, Cina, India,Iban,Kadazandusun,Murut dan sebagainya. Oleh itu,mereka mengamalkan gaya hidup yang berbeza dalam kehidupan seharian. Pertama saya akan menerangkan tentang kaum Melayu. Kaum Melayu adalah satu takrifan Melayu dalam perkara 160 iaitu Perlembagaan Persekutuan dimana kaum tersebut seorang yang menganuti agama islam. Mereka juga fasih dalam berbahasa melayu.Walhal kaum Cina mahupun India juga pandai berbahasa melayu kerana ia merupakan Bahasa kebangsaan negara Malaysia. Semua kaum tersebut menurut dan menghormati adat istiadat Melayu yang telah ditetapkan dan telah turun temurun sejak dulu lagi. Majoriti 55% penduduk di Malaysia merupakan kaum Melayu. Hal ini demikian kerana, ia dapat menguatkan lagi pengaruh di negara ini. Agama islam pula merupakan agama yang disanjung tinggi oleh kaum ini. Ini kerana mereka hanya percaya kepada pencipta-Nya yang maha berkuasa atas segala-galanya. Budaya kaum Melayu iaitu mereka akan menyambut bulan Ramadhan dengan cara berpuasa sehari semalam selama sebulan lalu meraikan kemenangan dengan menyambut hari raya Aidilfitripada setiap tahun. Orang islam ini juga meraikan hari raya Aidiladha dimana upacara penyembelihan haiwan berkaki empat seperti lembu,kambing,unta dan sebagainya diadakan. Oleh itu,siapa yang melakukan perkara tersebut akan mendapat balasan pahala yang berlipat ganda dari sang Pencipta . Seterusnya,saya akan menerangkan tentang kaum Cina yang berada di Malaysia. Mereka mula berhijrah ke Tanah Melayu bermula pada abad ke-15 hingga pertengahanan abad ke- 20. Kaum ini dikelaskan mengikut dialek masing-masing yang tertentu iaitu Hookien,Hakka,Kantonis dan sebagainya. Secara keseluruhannya hanya 25% sahaja penduduk Malaysia yang diwakili oleh kaum Cina. Mengenai agama pula, kaum cina hanya memeluk dua agama samada Buddha atau Kristian. Mereka mempercayai dan setia dengan agamanya kerana menganggap berhala itu memberi tuah dan nasib baik kepada diri masing-masing. Tempat mereka beribadat pula adalah di tokon dan juga institusi agama Cina. Bukan sahaja kaum Melayu yang menyambut perayaan malah kaum Cina juga mempunyai perayaan tersendiri iaitu perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Hari Krismas dan juga juga Opera Cina pada setiap tahun. Perayaan Tahun Baru Cina merupakan satu upacara yang sangat dinantikan oleh kaum Cina pada setiap tahun kerana ia akan disambut pada awal tahun. Ia akan disambut dengan sangat meriah sekali di seluruh negara. Warna merah menjadi pilihan
  • 7. 7 kerana mereka percaya bahawa warna merah ini dapat menakutkan roh-roh jahat dan juga nasib malang. Perayaan ini membawa lebih keuntungan kepada kanak-kanak kerana mereka akan diberi angpau oleh orang yang lebih tua daripada mereka. Akhir sekali,saya juga akan menerangkan tentang kaum India. Orang India telah datang sebagai hamba ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis pada kurun ke empat atau lima sebelum masihi iaitu 2,500 tahun dahulu ada menyebut mengenai cengkih yang mana ia berasal dari kepulauan Indonesia. Ada juga kisah yang menceritakan bahawa mereka berhijrah ke Malaysia sewaktu penjajahan British dari Selatan India. Kaum ini dikelaskan kepada etnik tertentu iaitu Tamil, Telegu, Malayalee dan lain-lain. Walau bagaimanapun, hanya 8% kaum India yang datang ke Malaysia. Secara lazimnya,mereka menganut agama Hindu,Sikh,Kristian dan juga Islam tapi tak begitu ramai. Meskipun begitu,ada perbezaan juga antara Hindu dan Sikh iaitu dari segi tempat beribadat. Agama Hindu beribadat di kuil serta Hindu Sangam manakala bagi agama Sikh iaitu di Gurdawa dan Majlis Gurdawa Malaysia. Seterusnya konsep budaya. Ia diterbitkan melalui gabungan iaitu Budhi dan Daya. Budhi bermaksud kecergasan akal fikiran manakala daya bermaksud kekuatan kuasa,tenaga dan pengaruh. Maka dengan Ini terbitlah takrifan budaya iaitu cara hidup orang ramai termasuk pemikiran,nilai kepercayaan,pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa. Budaya pula terbahagi kepada dua jenis iaitu budaya kebendaan dan juga budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan bermaksud peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah,kereta,perahu,senjata dan sebagainya. Budaya bukan kebendaan pula bermaksud kepercayaan,adat istiadat dan undang-undang contohnya adat-istiadat yang berbeza-beza dalam perkhawinan. Pembentukan budaya Melayu ini juga mempengaruhi beberapa faktor antaranya ialah adat resam. Adat resam ini perkara yang mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya. Selain itu,bahasa. Bahasa ini salah satu perkara penting juga kerana ia digunakan sebagai alat komunikasi. Akhir sekali,agama. Faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.
  • 8. 8 Pembentukan budaya ini bukan direka bersahaja tetapi ia memainkan peranan utama dalam semua aspek kehidupan. Peranan yang paling utama ialah membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian dan identiti sesuatu negara tersebut. Seterusnya, untuk memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian,kemanusiaan,spiritual mental dan fizikal. Budaya juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Sebagai contoh “dipelajari” yang bermaksud budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi. Seterusnya,”dikongsi” ialah setiap perlakuan itu diamal dan didokong oleh sekumpulan manusia tanpa perkongsian ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masayarakat. Selain itu,”sejagat” yang membawa maksud kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia namun, ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh luar,pengaruh alam dan juga tahap penyesuaian anggota. Budaya ini diwarisi dai satu generasi ke satu generasi berikutnya. Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu. Meskipun begitu tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang yang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji dari semasa ke semasa dari segi bentuk,ciri dan proses yang berlaku. Untuk pengetahuan juga budaya juga boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambagaan seperti logo, bendera,ukiran dan lain-lain. Akhir sekali,”pandangan semesta” yang mana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana,manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitar. 4.0 Hukum Etnik Apa itu hukum? Hukum dari segi Bahasa merupakan suatu bentuk penegahan atau larangan yang melarang hendaknya sama sekali untuk dilakukan oleh pelbagai pihak. Manakala, hukum dari segi istilah pula menuturkan bahawasanya hukum merupakan khitab / perintah Allah s.w.t yang berkait dengan perbuatan mukallaf sama ada dalam bentuk “iqtidai” (perintah atau arahan), “takhyir” (pilihan) atau “wad’i” (ketentuan).Definisi hukum tersebut turut menjelaskan hukum sebagai peraturan yang dibuat oleh sesuatu kekuasaan seperti negara. Hukum juga merupakan adat yang dianggap sebagai sesuatu yang mesti dipatuhi seperti undang-undang. Jadi bagaimana pula soal hukum etnik yang akan dibahaskan?
  • 9. 9 Definisi hukum etnik Hukum sesebuah etnik boleh dikategorikan sebagai adat dalam etnik, hukum agama etnik, serta hukum negara yang didiami oleh etnik. Meskipun negara Malaysia cukup terkenal dengan etnik berbilang bangsa, tetapi semua kelompok etnik berikut berada di bawah satu naungan hukum yang meliputi semua kawasan di negara Malaysia. Melalui susur galur bidang kuasa kehakiman, setiap etnik juga terikat dengan adat budaya masing-masing yang juga merupakan satu peraturan bagi setiap kaum yang hanya tertumpu kepada kaum tersebut sahaja. Melalui kesinambungan itu, setiap etnik mempunyai berbagai penganutan agama sama ada islam, buddha , hindu dan sebagainya. Setiap agama telah memperuntukkan perintah dan larangan yang perlu dipatuhi oleh setiap penganutnya. Hukum negara (persekutuan dan negeri) Peraturan yang diterbitkan bagi semua kategori etnik yang lebih selari kepada perpaduan seluruh kaum ialah prinsip rukun negara. Prinsip ini, menjadi peraturan bagi semua warganegara Malaysia sebagai satu cabang undang -undang persekutuan. Hal ini tidak dinafikan jika sekiranya prinsip tersebut telah mengukuhkan kesepaduan etnik yang bertapak di bumi Malaysia sehingga kini. Ingin dinyatakan disini bahawa setiap prinsip yang diterbitkan mempunyai maksud dan tujuan tersendiri bagi menzahirkan objektif pencapaian rukun negara. Berikut merupakan bukti:  Kepercayaan kepada tuhan Prinsip ini menjelaskan bahawasanya setiap individu beragama perlu menzahirkan kepercayaan dan keimanan kepada tuhan dan agama masing -masing. Mahupun begitu negara Malaysia sama sekali menolak sebarang bentuk ideologi atau atau ajaran yang menentang prinsip seperti fahaman komunis (atheis). Hal ini kerana, agama sebagai sumber penting dalam membentuk rohani (spiritual) dan sahsiah diri yang baik dalam kalangan masyarakat. Secara tidak langsung fahaman sederhana yang diluaskan pandangan melalui agama ini dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur sesama kaum sekaligus mewujudkan toleransi yang baik.  Kesetiaan kepada raja dan negara Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan, maka dengan itu hubungan rakyat dan raja saling berkait rapat kerana raja merupakan pemimpin terbesar sesebuah negara selain daripada perdana Menteri.
  • 10. 10 Rakyat dikehendaki melahirkan taat setia kepada raja sebagai tanda penghargaan kepada raja yang menjadi pelindung dan pemimpin yang juga merupakan “payung negara”dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara. Melalui peringkat persekutuan, Malaysia mempunyai Yang Dipertuan Agong (YDPA) sebagai pemimpin induk yang berkuasa ke atas semua negeri dibawah persekutuan. Manakala di peringkat negeri, rakyat yang bermastautin di negeri tersebut perlu menumpukan taat setia kepada raja negeri masing-masing. Prinsip ini untuk kebaikan masyarakat juga tanpa terdapat prejudis dan isu perkauman.  Keluhuran perlembagaan Setiap etnik diberi keadilan dan hak sama rata melalui perlembagaan persekutuan yang diwujudkan seperti yang diperkatakan prinsip ini. Semua rakyat diberi hak asasi yang tersendiri dan kebebasan serta keadilan sosial bagi seluruh kaum di Malaysia. Perlembagaan menjelaskan ketinggian atau keagungan sebuah undang -undang yang ditubuhkan. Perlembagaan juga dapat membentuk keadilan, kesepakatan , kerjasama dan kepentingan kerajaan persekutuan dan negeri.  Kedaulatan undang-undang Prinsip ini menjelaskan autoriti perundangan yang paling tinggi di Malaysia iaitu perlembagaan negara sebagai badan kehakiman yang bebas dan berwibawa dalam menegakkan keadilan serta mengekalkan keamanan negara. Perbezaan taraf antara rakyat tidak dikira sama sekali melalui undang – undang ini tanpa sebarang diskriminasi kaum, jantina mahupun kedudukan (status sosial). Prinsip ini sama sekali bercanggah dengan perbuatan (rasis) ataupun anti perkauman. Undang-undang tersebut tidak menzalimi rakyat.  Kesopanan dan kesusilaan Prinsip ini menitikberatkan keseimbangan rohani individu yang dipupuk sejak kecil dengan nilai- nilai murni/moral yang baik. Ditegaskan kepada rakyat jelata bahawa prinsip ini membentuk akhlak masyarakat yang mempunyai perilaku cenderung kearah kebaikan atau keburukan. Masyarakat yang baik masyarakat yang mempunyai tatasusila dan budi bicara yang sopan mencerminkan identiti negara.
  • 11. 11 Hukum adat etnik  Melayu  Perkahwinan Adat ini dimulai dengan upacara merisik bagi tujuan memastikan kedudukan gadis yang dihajati seseorang lelaki itu. Upacara ini diteruskan dengan majlis peminangan sekiranya risikan diketahui si gadis belum berpunya untuk menyatakan hasrat pihak lelaki secara rasmi. Jika dipersetujui hendaknya, maka upacara pertunangan dilangsungkan di kediaman pihak perempuan. Seterusnya, disusuli dengan akad nikah yang merasmikan kedudukan pasangan sebagai suami isteri  Cina  Perkahwinan Perkahwinan sivil sebagai kategori utama dimana kedua individu perlu berdaftar sebagai pasangan. Seterusnya, upacara minum teh merupakan budaya tradisional cina dimana pengantin perlu memberi minum teh kepada ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda perkenalan. Kedua upacara ini hanya dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Selanjutnya, jamuan makan diadakan kepada semua ahli keluarga,saudara mara dan kawan-kawan.  India  Perkahwinan Adat merisik dilakukan dengan menilai aspek etnik, sub etnik, kasta dan agama dengan perhatian penuh. Manakala status social dan ekonomi juga diambil kira dalam menilai kriteria pasangan. Setelah itu, diadakan kunjungan ke rumah pengantin perempuan yang dipanggil “pen paartal” iaitu tujuan melihat sendiri perawakan dan rupa paras pengantin perempuan. Disusuli dengan majlis pertunangan dimana upacara dilabelkan sebagi “ikat janji” iaitu niccayam setelah capai persetujuan dan diikuti perbincangan (bapa-bapa) berkenaan hal-hal perkahwinan. Seterusnya, adat parisam yang turut merupakan majlis pertunangan dengan terdapat hantaran yang berjumlah ganjil dari pihak lelaki dan direstui dengan serahan dulang oleh si bapa kepada pengantin perempuan dan juga dikalungkan Bunga kepada dua mempelai oleh saudara-mara.
  • 12. 12 Hukum agama etnik  Melayu  Agama dan kepercayaan Bersunat/berkhatan Dinyatakan bahawa setiap kanak-kanak perempuan perlu menjalani acara bersunat semasa kecil seperti selepas beberapa hari dilahirkan semasa masih bayi dikendalikan oleh seorang bidan. Manakala, kanak-kanak lelaki pula menjalani upacara berkhatan ini dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun dan dijalankan oleh tok mudim. Upacara ini bertujuan membersihkan diri individu yang beragama islam dari segala kekotoran demi menjaga kesucian agama.  Cina  Agama dan kepercayaan Kematian Pemakaian gelap diwajibkan apabila melawat kediaman si mati sebagai tanda kesedihan. Lilin putih (duit kertas) dan lain -lain alat sembahyang perlu dibawa ketika memasuki rumah si mati untuk diberikan kepada keluarganya. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat diberikan seutas benang merah yang berikat gula-gula sebagai tanda terima kasih daripada keluarga si mati.benang merah sebagai tanda memberi nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau.  India  Agama dan kepercayaan Adat kelahiran Pemotongan tali pusat dilakukan dan ditanam bersama uridan tembuni di sekitar Kawasan rumah bersama duit tembga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan tersebut bertujuan mengelakkan buruan binatang liar dan kegunaan ahli sihir untuk ilmu hitam.
  • 13. 13 5.0 Penerapan NilaiMulia / MurniDalam HubunganEtnik (i) Apakah maksud nilai mulia / murni dalam hubungan etnik? Maksud nilai mulia / murni ialah dapat didefinisikan sebagai suatu perlakuan sikap yang baik, berperadaban dan tatasusila individu manusia dalam perhubungan sesama manusia, ataupun sama ada akan alam atau tuhan. Menurut Encik Wan Mohd. Zahid nilai – nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara – perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai – nilai murni sesuau masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia. Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan di negara yang mempunyai pelbagai – bagai etnik. Rakyat Malaysia telah terdidik dengan nilai-nilai murni iaitu penerimaan dengan menghormati perbezaan kebudayaan kaum masing-masing. Kewujudan kepelbagaian kaum dengan dilimpahi kepelbagai budaya daripada segi perayaan, pemakanan, bahasa dan pemakaian telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Dalam kepelbagaian itu, persefahaman juga menjadi asas yang kukuh untuk mengekalkan keharmonian, keamanan dan ketenteraman di negara ini. Banyak langkah dan dasar yang dilaksanakan dalam usaha mengimbangi kehendak semua etnik agar dapat meletakkan perpaduan di tangga teratas. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Namun, pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Artikel ini memfokuskan kepada pemerkasaan pelaksanaan dasar ini agar nilai-nilai murni yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas. (ii) Bagaimanakah nilai mulia boleh dipupuk dalam hubungan etnik? Terdapat enam asas hubungan etnik nilai mulia yang boleh dipupuk dalam hubungan etnik antaranya ialah Berkenal – kenalan, Saling memahami, Saling kerja – bekerjasama, Persaudaraan, Saling berkasih – sayang, dan Saling jamin menjamin.
  • 14. 14 Asas nilai mulia yang terdapat dalam hubungan etnik terdiri kepada enam ciri – ciri. Antaranya ialah berkenal – kenalan oleh itu kita dapat beramah – mesra sesama manusia supaya dapat melahirkan sikap yang tidak sombong dan saling bantu – membantu. Selain itu, saling memahami juga ialah nilai murni yang terdapat dalam asas hubungan etnik contohnya dapat melakukan sesuatu perkara dengan mudah jika kita saling memahami. Seterusnya, bekerjasama juga ialah asas nilai mulia dalam hubungan etnik kerana jika manusia saling bekerjasama lebih memudahkan untuk melakukan perkara yang perlu dilakukan bersama – sama dengan itu dapatlah melahirkan masyarakat yang bekerjasama. Di samping itu, terdapat nilai persaudaraan dalam hubungan etnik sebagai contoh kita dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama islam dengan cara memupuk hubungan etnik. Terdapat juga nilai mulia berkasih – sayang contohnya dengan cara menunjukkan nilai kasih sayang dapat memberi impak kepada masyarakat bahawa dengan kasih sayang dapatlah menyumbang hubungan etnik. Akhir Sekali, saling jamin – menjamin juga ialah nilai mulia yang terdapat dalam hubungan etnik kerana dengan wujudnya kepercayaan dapatlah menjamin sesuatu perkara yang akan dilakukan oleh itu kita akan mendapat jaminan antara sesama kita dalam mengusahakan sesuatu perkara. (iii) Contoh – contoh nilai mulia / murni dalam hubungan etnik. Antara contoh – contoh nilai mulia / murni yang terdapat dalam hubungan etnik ialah baik hati contohnya sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindik tanduk seseorang terhadap orang orang lain. Seterusnya, nilai murni yang terdapat dalam hubungann etnik ialah berdikari mempunyai kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri. Selain itu, berhemah tinggi juga salah satu nilai murni yang terdapat dalam hubungan etnik sebagai contohnya ialah berbudi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi Bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra. Dalam hal ini, terdapat juga nilai murni hormat – menghormati dalam hubungan etnik sebagai contoh menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi social dengan memberikan layanan yang sopan antaranya ialah melalui ketaatan terhadap ibu melalui
  • 15. 15 hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang – undang dan menghargai maruah diri sendiri. Seterusnya nilai murni yang terdapat dalam hubungan etnik ialah kasih sayang di mana perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu termasuklah sayang atau cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan. Terdapat juga kerjasama dalam nilai murni hubungan etnik ini. Untuk kerjasama ini dapat mengusahakan sesuatu dengan baik dan membina yang dilakukan secara bersama – sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat termasuklah persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong – royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan. Akhir Sekali, nilai murni yang terdapat dalam hubungan etnik ialah kesederhanaan di mana sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan Tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat secara umumnya sederhana dalam mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain. 6.0 Pengkajian Isu – isu HubunganEtnik Di Malaysia Masyarakat dan negara Malaysia telah menjadi negara contoh kepada sebahagian negara- negara di seluruh dunia. Dari kaca mata global, Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara yang harus dicontohi. Kemampuan Malaysia ialah mewujudkan keseimbangan antara kestabilan politik dan pembangunan ekonomi. Punca kejayaan ini adalah berdasarkan kepada hubungan etnik yang positif dan saling bersifat sinergi. Pembangunan dan kemajuan yang dikecapi kini banyak ditentukan oleh bentuk hubungan kaum yang telah terbentuk sejak sebelum merdeka hingga kini. Negara Malaysia sinonim dengan masyarakat majmuk kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, identiti, agama dan sebagainya. Masyarakat majmuk dalam konteks Malaysia telah banyak dikaji oleh para sarjana dan telah didokumentasikan. Kepelbagaian masyarakat sudah tentu akan mewujudkan pelbagaian budaya, agama dan bahasa. Perbezaan ini harus difahami dan dihayati oleh setiap mereka yang bergelar rakyat negara Malaysia. Pelanggaran isu sensitif disebabkan sikap tidak ambil peduli oleh sesuatu kaum boleh mengundang malapetaka sebagaimana yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969. Penjajahan meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan etnik dan pembangunan politik malaysia. Melalui penjajahan inggeris, wujud masyarakat pelbagai etnik melalui kemasukan orang cina dan india seagai buruh. Mereka diasingkan dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan, dan menyukarkan untuk berinteraksi sesama kaum. Keadaan semakin teruk selepas british memperkenalkan rancangan penempatan semula yang membataskan pergaulan kaum melayu yang ditempatkan di kampung melayu dan cina dalam politik tanah melayu serta perjaungan etnik mempertahankan
  • 16. 16 budaya, bahasa dan pendidikan. Penyatuan etnik dipupuk melayui dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan ekonomi serta kerjasama politik melalui perikatan. Lahirnya kepelbagaian kaum di Malaysia sehingga kini adalah kesan daripada campur tangan kolonial British dalam struktur sosiopolitik dengan memperkenalkan dasar kemasukan migran Cina dan India tanpa sekatan. Namun begitu, permulaan masyarakat majmuk secara tidak langsung sudah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan kedatangan mereka tanpa dipaksa. Ekoran daripada itu, maka pedagang-pedagang dari Arab, India dan China dan negara-negara lain bebas berdagang dan berinteraksi dengan penduduk Tanah Melayu yang membentuk masyarakat Baba dan Nyonya, Melayu berketurunan Arab dan Melayu berketurunan India. Sebenarnya bermula sejak dekad kedua abad ke-20, Semenanjung Tanah Melayu telah merubah landskap masyarakatnya yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang cukup kompleks. Rentetan daripada itu, maka populasi masyarakat terus berkembang biak akhirnya menjadi suatu masyarakat yang melahirkan aneka ragam manusia dari sudut budaya, agama, sosial dan sebagainya. Ekoran tersebut, maka isu-isu yang melibatkan sensitiviti harus diberi perhatian yang sewajarnya oleh etnik-etnik yang mendiami Malaysia bagi mengekalkan keharmonian tidak kira dalam konteks kelas atasan, pertengahan atau bawahan. Catatan sejarah telah menunjukkan bahawa hubungan antara rumpun masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina dan India serta etnik-etnik lain telah wujud sebelum kehadiran penjajah Barat lagi. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang-pedagang Cina dan India telah datang ke negara ini untuk bemiaga. Sebahagian daripada mereka telah berkahwin dengan masyarakat setempat dan terus menetap di negara ini. Ikatan perkahwinan dan jaringan asimilasi telah membentuk komuniti baru bagi masyarakat Cina yang dikenali sebagai baba dan nyonya. Dalam kalangan masyarakat India pula proses yang sama membentuk komuniti Chitti. Dari kacamata negara ini hubungan etnik dari segi politik dapat dilihat kepada pengamalan sistem demokrasi berparlimen, pilihanraya dan juga penglibatan tiga kaum terbesar dalam politik Malaysia. Ini merupakan satu pembaharuan dan pemodenan politik era baru jika dibandingkan dengan zaman tradisi. Sebelum kemerdekaan setiap kaum di Tanah Melayu mempunyai sistem politik mereka sendiri. Setiap kaum berpaksikan kepentingan kaum masing- masing. Tetapi dengan tertubuhnya Parti Perikatan, ia telah membuktikan bahawa 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India telah menerima idea politik moden di mana setiap parti berlainan bangsa boleh bersatu dalam sebuah parti politik. Begitu juga dengan pengenalan sistem demokrasi dan pilihanraya telah berjaya melibatkan semua kaum dalam politik Malaysia secara aman walaupun ada sedikit kekacauan. Dari perspektif negara Malaysia, hubungan etnik dari segi sosial pula dapat dilihat kepada pembaharuan dari aspek seperti dalam bidang pendidikan, tempat tinggal, hubungan dan sebagainya. Sejak zaman penjajahan, setiap kaum telah dipisahkan mengikut tempat tinggal di mana kebanyakan orang Melayu tinggal di kampung dan kawasan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar, dan orang India di kawasan ladang. Keadaan ini berlarutan sehingga kini di mana kebanyakan masyarakat Cina masih lagi tinggal di bandar-bandar besar, serta sedikit masyarakat Melayu dan India. Kebanyakan masyarakat Melayu masih lagi tinggal di kawasan bandar kecil dan luar bandar. Hubungan etnik ekonomi di Malaysia boleh dikatakan telah bermula apabila adanya hubungan perdagangan, pertukaran matawang, modal dan buruh secara intensif. Apa yang
  • 17. 17 lebih penting adalah penglibatan masyarakat tempatan dalam ekonomi perdagangan dan perindustrian. Ekonomi sebelum ini adalah lebih kepada ekonomi saradiri dan pertukaran barangan. Sebelum kemerdekaan jelas memperlihatkan hubungan etnik dari segi ekonomi pula dengan jelas menunjukkan pemisahan kaum dengan orang Melayu masih kekal dengan ekonomi tradisional secara kecil-kecilan dalam sektor pertanian, orang Cina menceburi bidang perniagaan dan perdagangan dan orang India pekerja di sektor ladang. Dasar British melalui konsep 'pecah dan perintah' ini sangat sukar hendak diubah walaupun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Justeru itu diperkenalkan DEB sebagai usaha untuk menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum. Walaupun sudah ada perubahan komposisi kaum dari segi pemilikan ekonomi, tetapi perubahan secara total memerlukan masa yang lebih panjang lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan ekonomi yang dikecapi selepas kemerdekaan sehingga kini telah menyebabkan sesetengah kaum merasa iri hati dengan kekayaan dan kesejahteraan kaum yang lain. Ada yang merasakan mereka masih lagi terpinggir. Desakan ekonomi telah menolak mereka untuk menuntut sesuatu di luar batasan. Keadaan seperti ini menyebabkan pihak Kerajaan terpaksa menilai semula dasar-dasar ekonomi yang diamalkan sebelum ini. Hubungan etnik menurut islam pula telah memberi pengaruh yang mendalam dalam pertumbuhan dan perkembangan tamadun Malaysia. Dengan majoriti penduduk beragama islam, maka sewajarnya islam menjadi asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya. Sebagai agama rasmi, islam mestilah dihormati kerasmiannya namun ia tidak menghalang kebebasan beragama. Islam juga mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik. Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah belah dan bermusuhan. Seharusnya kita perlu kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal- kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Surah al- Hujurat 49: 13 Islam menolak sebarang bentuk perbezaan dan ketidakadilan yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain atas dasar jantina, warna kulit, bahasa, keturunan, negara, kedudukan keluarga, orang bukan Islam dan harta. Walaupun Islam memberi kelonggaran dalam penglibatan orang bukan Islam, namun keutamaan tetap diberikan kepada orang Islam. Keistimewaan ini bukanlah satu penganiayaan kepada bukan Islam tetapi untuk menjaga kesucian agama Islam dan keselamatan penganutnya. Hal ini menunjukkan prinsip persamaan dan keadilan dalam Islam telah dilonggarkan untuk memelihara kesucian dan martabat Islam.
  • 18. 18 Dalam hal ini, dua perkara yang perlu diberi perhatian adalah modenisasi dan hubungan etnik yang datang seiring dan saling berkaitan di antara satu sama lain. Modenisasi sebenamya memang memberi kesan ke atas hubungan etnik sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Modenisasi memberi kesan kepada hubungan etnik dapat dilihat dengan adanya kesedaran etnik dalam bidang politik, persaingan etnik dalam ekonomi dan politik, serta konflik antara etnik. Modenisasi memberi kesan positif dan negatif dalam hubungan antara etnik di Malaysia. Penghormatan terhadap manusia ialah dengan menghormati jiwa manusia itu sendiri tanpa melihat agama dan etnik. 7.0 Prinsip Keadilan IslamDalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia Selain daripada hak persamaan, Islam amat mengutamakan keadilan dalam setiap tindakan yang diambil. Melalui keadilan inilah, Islam menganjurkan kehidupan yang harmoni dan masyarakat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Apabila keadilan dilaksanakan di kalangan anggota masyarakat, maka dengan sendirinya pintu pintu permusuhan dan perasaan benci-membenci dapat dihilangkan sedikit demi sedikit. Keadilan yang dilaksanakan itu sendiri merupakan salah satu kaedah bagi menutup ruang-ruang kemusnahan (Sadd al-Zara'ie) yang mungkin berlaku di kalangan anggota masyarakat atau mengelakkan pencerobohan ke atas hak-hak yang telah ditetapkan kepada setiap individu . Keadilan menurut Islam merupakan suatu perintah rabbani iaitu satu perbuatan yangmenunjukkan kepatuhan, ketaatan serta ketundukan kepada Allah, kebertanggungjawaban individu yang melaksanakannya mencerminkan keyakinan yang mendalam kepada Pencipta (Abdul Latif, 2008: 477). Hal ini menjelaskan keadilan dalam Islam adalah keadilan yang mutlak dan menyeluruh dalam semua bidang. Islam memandang keadilan bukanlah berakhir di dunia sahaja, tetapi mempunyai implikasi di akhirat dalam bentuk dosa dan pahala. Hal ini akan mendorong masyarakat berlaku lebih adil atas alasan ini. Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang mengingatkan manusia supaya berlaku adil seperti dalam Surah an-Nahl dan Surah an-Nisaa'.  Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (Surah an-Nahl)  Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah
  • 19. 19 dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa melihat. (Surah an-Nisaa') Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa keadilan adalah tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakannya dengan penuh kejujuran. Keadilan itu lahir dan sentiasa nyata dalam bentuk menentang kemungkaran dan kezaliman sesuatu perkara. Keadilan juga dapat dilihat apabila seseorang itu dapat menunaikan amanah yang telah diberikan kepadanya. Keadilan yang dimajukan oleh Islam ialah keadilan sejagat atau keadilan mutlak. Dengan adanya asas keadilan dalam masyarakat, setiap individu akan merasa aman dan tenteram kerana tugas keadilan ialah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan keturunan manusia. Menurut Islam, keadilan hendaklah ditegakkan dalam pembentukan peribadi manusia, masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Tujuan keadilan ialah menolak dan menghindarkan keburukan dan kezaliman daripada seseorang serta membawa dan memberi keadilan dan hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam. Keadilan dalam Islam menggabungkan aspek sosial, undang-undang dan ekonomi. Keadilan tercapai apabila segala sesuatu berjaya memberi setiap orang akan haknya dan dilihat dalam dua bentuk iaitu negatif dan positif. Keadilan dalam bentuk negatif adalah mencegah kezaliman dan menghindarkannya daripada orang yang dizalimi. Bahagian ini termasuklah pencegahan daripada pencerobohan ke atas hak-hak manusia yang berkaitan dengan diri dan harta benda. Keadilan dalam bentuk positif pula lebih banyak berkaitan dengan pemerintahan dan pelaksanaan ke atas setiap individu untuk memelihara kebebasan dan kehidupan seharian sehingga tidak terdapat seorang tua yang ditinggalkan, orang lemah yang diabaikan, orang fakir yang kelaparan dan orang yang takut diancam. Keadilan yang dituntut oleh Islam ialah keadilan sejagat, bukan setakat memberi keadilan untuk golongan Muslimin sahaja bahkan kepada seluruh umat manusia termasuklah musuh dalam peperangan. Keadilan dalam Islam tidak mengenal masyarakat dan agama. Ternyata bahawa keadilan Islam adalah untuk semua orang tanpa mengira warna kulit, agama dan keturunan. Keadilan bermaksud individu, keluarga, kaum, bangsa, etnik yang layak mendapat sesuatu maka ia perlu diberi atau diagihkan mengikut kelayakan, agar amanah yang diberikan itu dapat diurus dengan sempurna. Terdapat tiga asas keadilan dalam Islam iaitu kebebasan perasaan, hak persamaan yang sempurna sesama manusia dan wujudnya jaminan sosial yang kuat dalam masyarakat . seorang lagi ahli agama menjelaskan keadilan itu terbahagi kepada tiga juga iaitu keadilan undang-undang, keadilan sosial dan keadilan sejagat. Sebagaimana ditegaskan oleh Sayidina Umar r.a. ''Sesiapa sahaja yang menguruskan urusan orang Islam (memimpin), maka dia melantik seseorang menguruskan (sesuatu urusan) kerana hubungan kerabat atau kenal dan sukanya terhadap orang tersebut (bukan kerana kelayakan yang dimiliki) maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan rasulNya . Kezaliman merujuk kepada segala bentuk ketidaksamaan, ketidakadilan, eksploitasi, penindasan dan perbuatan yang salah, di mana seseorang akan menyebabkan orang lain dinafikan hak-hak mereka ataupun tidak melaksanakan tanggungjawab kepada mereka. Justeru, peranan melaksanakan keadilan serta berusaha menghapuskan segala bentuk ketidakadilan atau kezaliman merupakan tugas utama para rasul utusan Allah kepada manusia. Malahan dalam al-Quran terdapat lebih daripada 100 ungkapan yang berkaitan dengan sifat keadilan sama ada secara langsung menerusi perkataan al-adl atau menerusi perlambangan
  • 20. 20 menerusi perkataan-perkataan seperti al-qist, mizan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, terdapat lebih daripada 200 ungkapan yang berbentuk al-tarhib iaitu mengkritik atau mengutuk perbuatan zalim, yang juga digunakan berbagai kalimah seperti al-zulm, al-ithm, al-dalal dan seumpamanya. Keadilan juga bermaksud setiap hukuman perlu dilaksanakan ke atas kesalahan yang dilakukan tanpa mengira sesiapa atau bangsa mana sekalipun tanpa timbulnya semangat untuk mempertahankannya atau berusaha untuk menggelakkan hukuman tersebut semata-mata kerana dari kaum, bangsa, agama atau etnik sendiri. Yang berhak perlu diberi kerana kelayakannya atau yang bersalah perlu dihukum kerana kesalahannya tanpa mempersoalkan dari bangsa, agama atau etnik mana sekalipun. Firman Allah SWT. (Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku Hubungan Etnik di Malaysia adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.) 8.0 Kesimpulan Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat amnya masyarakat di Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama, bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha- usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat di dalam negara ini. Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu mempunyai peranan dalam membangunkan negara supaya negara sentiasa dikagumi oleh negara luar. Budaya dan agama di dalam negara Malaysia sangatlah penting untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesame kaum dan negara akan menjadi lebih aman dan damai. Hal ini maka terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang telah dekecapi oleh negara kita sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk
  • 21. 21 terus maju ke mercu kejayaan negara. Dalam hal ini, kita semua sebagai masyarakat yang berguna tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak Berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah. Tidak dinafikan lagi bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum ini, memadailah jikaa kita terus berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah dan semakin lama semakin terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang telah la kita idamkan dalam kalangan Malaysia. REFERENCES Ahmad,S.(2012, september20). Definisi Etnik. Retrievedfrom http://cikgusalmahahmad.blogspot.com/2012/09/definisi-etnik.html?m=1 Budayadan Adat ResamOrang Melayu https://www.slideshare.net/ggiidoo/budaya-dan-adat-resam-orang-melayu Budayadan Adat ResamKaumCina https://www.slideshare.net/dila_midey/adat-kaum-cina BudayaKaum India https://www.slideshare.net/cikalyani/budaya-kaum-india Definisi Hukum https://sites.google.com/site/maulidunajamian/oum/semester-empat/usul-fiqh-1- absf2103/buku-rujukan/topik-2---teori-hukum-islam-dan-pembahagiannya/2-1---definisi-dan- konsep-hukum-islam/2-1-1---definisi-hukum-menurut-bahasa-dan-istilah?hl=ms_MY&pli=1 Irdina,C.F. (2014, September6). Nilai-nilai MurniDan Maksud. Ismail,C.S. (2014, November25). Pengertian NilaiMurni.Retrievedfrom http://salma217701.blogspot.com/ KARIM,M. B. (2009, oktober12). Konsep HubunganEtnikDi Malaysia.Retrievedfrom http://mohdkarimassigmentbloggerscom.blogspot.com/2009/10/konsep-hubungan-etnik- dimalaysia.html?m=1
  • 22. 22 MahyuddinKhalid&AshrofZaki,U.(2010, 8 22). Konsep AsasEtnik.Retrievedfrom https://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-konsep-asas MahyuddinKhalid&AshrofZaki,U.(2012, January4). Cabaran Hubungan EtnikDi Malaysia. MahyuddinKhalid&AshrofZaki,U. (2012, January4). IslamDan Hubungan Etnik. Mohamad,A. N.(2017, August5). Pemupukan Nilai-nilaiMurniAntara EtnikDi Malaysia MelaluiDasar Kebudayaan Kebangsaan.Retrievedfrom http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/kenegaraan/04-AYU-NOR- AZILAH.pdf Muslim,N.(2011, January28). Hubungan EtnikDi Malaysia DariPerspektif Islam.Retrievedfrom http://web.usm.my/km/29(1)2011/KM%20ART%201(1-28).pdf PNSRUKUN NEGARA:LIMA PRINSIPRUKUN NEGARA http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/lima-prinsip-rukun-negara.html Hamidah +Ab Rahman,etal. (2011). Kajian tinjauan hubungan etnikdalamkalangan pelajartahunsatu di kampusJohorBahru,UniversitiTeknologiMara.JurnalTeknologi.(54),65-75. AbdulLatif Samian.2008. Pembelaan hakkumpulanminoriti.In IslamHadhari: Pendekatan pembangunan peradaban,eds.Mahmood ZuhdiAbdulMajid et.al. Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Cheah Boon Kheng,(2002), Malaysia:The Making of a Nation,Institutof SoutheastAsian Studies, Singapore. Compton,RobertW.Jr,(2000), EastAsian Democratization:Impactof Globalization,Culture& Economy, Greenwood Publishing Group,Incorporated.
  • 23. 23 LAMPIRAN Adat perkahwinan kaum melayu Adat kematian kaum cina Persepaduan kaum di Malaysia