SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
1.0.

NOTA GRAFIK

KATEGORI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Sindrom
Down
Terencat
Akal
Minima

Autisme
ringan

Masalah
Pembelajaran
Disleksia

Lembam
Hiperaktif
ADHD

1
SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

2
INTERVENSI AWAL DAN KHIDMAT SOKONGAN KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN

PENEMPATAN

PENGAJARAN

• BILIK DARJAH BIASA
• GURU PENDIDIKAN
KHAS SEBAGAI
PENASIHAT
• BILIK SUMBER
• BILIK DARJAH
BERASINGAN

• PENGAJARAN
SECARA LANGSUNG
• MEMPERKUKUHKAN
PENGUASAAN ISI
KANDUNGAN
• STRATEGI
PENGAJARAN

3
PERKEMBANGAN TEORI KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN

• Peringkat ini adalah hasil daripada
pengaruh proses-proses biologi, kognitif
dan sosio emosi (Santrock 2008).
Peringkat-Peringkat • Terdapat lima peringkat perkembangan
Perkembangan
kanak-kanak
Kanak-Kanak

• Kadar ciri-ciri pertumbuhan cepat seperti
sifat-sifat asas manusia, bahasa,
kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin
Peringkat bayi (0-2
perhubungan emosi.
tahun)

Peringkat awal
kanak-kanak (3-8
tahun)

• Dapat bermain menggunakan imaginasi,
perkembangan bahasa yang cepat,
penggunaan otot-otot halus dan
kebolehan bersosial.

4
• Mula belajar tugas dan aktiviti yang
akan digunakan dalam alam dewasa.
• Mula menjalin hubungan dengan rakan
Peringkat kanaksebaya dan memahami peraturan.
kanak (9-11 tahun)

Peringkat awal
remaja (12-15
tahun)

Peringkat remaja
(15-20 tahun)

• Sensitif terhadap paras rupa dan
perubahan fizikal yang dialami
• Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan
sistematik

• Perhubungan yang rapat dengan rakan
sebaya dan keinginan berdikari

5
KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

INDIVIDU
• Audiologi
• Intervensi awal
• Jurupulih cara kerja
• Perubatan
• Jurupulih fizikal
• Jurupulihpertuturan
• Psikologi
• Kaunselor
• Persatuan ibu bapa
• Rakan sebaya
• Pertubuhan bukan
kerajaan
• Komuniti
• Jabatan Kebajikan
Masyarakat

ORGANISASI /AGENSI
KERAJAAN

ORGANISASI/AGENSI
BUKAN KERAJAAN

• Pusat Perkhidmatan
Pendidikan Khas (3PK)
dikendali oleh
Bahagian Pendidikan
Khas
• Kementerian Pelajaran
Malaysia, Pemulihan
Dalam Komuntiti (PDK)
dikendali oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat
• Wisma Harapan
dikendali oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat

• Persatuan Kebangsaan
Autisme Malaysia
(NASOM)
• TASPUTRA PERKIM
• NURY
• Cleft Lip And Palate
Association Of
Malaysia
• Yayasan Sindrom Down
Kiwanis
• Persatuan Orang Buta
Malaysia (MAB)
• Rumah Orang Cacat
Convent Bukit Nanas
• Malaysian Care dan
Persatuan Kanak-Kanak
Cacat Akal Selangor
dan Wilayah
Persekutuan (YMCA).

6
2.0.

PENDAHULUAN

Pendidikan khas menurut Gargiula (2003) ialah program pengajaran khusus yang
direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan
penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Secara umum,
kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu
yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka
memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada
dari segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan, atau tingkah laku jika
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan
‘bermasalah’. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat
belajar dengan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki. Kanak- kanak dengan
gangguan bahasa dan komunikasi menghadapi risiko tinggi untuk gagal dari segi
akademik. Mereka yang mengalami masalah tersebut mungkin tidak dapat mengikuti
arahan lisan, bertulis dan berkomunikasi secara berkesan.

Bahasa adalah simbol

komunikasi penyampaian idea melalui simbol-simbol yang membawa makna. Seperti
yang kita tahu komunikasi ialah proses

yang melibatkan encoding (penghantaran

maklumat yang boleh difahami) dan decoding (menerima dan memahami) mesej.
Komponen komunikasi

melibatkan dua pihak iatu penerima dan dan penghantar.

Komunikasi juga tidak semestinya melibatkan bahasa sahaja. Komunikasi juga boleh
dilakukan dalam bentuk pergerakan, mimik muka dan sebagainya.

7
2.1.

DEFINISI BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak

bermasalah

pembelajaran

merupakan

kanak-kanak

yang

telah

dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan
yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut iatu
kebolehan kognitif, tingkah laku sosial/perkembangan sosial, penguasaan lisan/bahasa,
kemahiran perkembangan atau kemahiran matematik.
Secara purata dianggarkan 1 dalam setiap 20 kanak-kanak dikenalpasti sebagai
bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak ini diandaikan mengalami ketidakupayaan
neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami, mengingat
atau

menyampaikan

maklumat.

Samuel

Kirk

(1963)

mendefinisikan

masalah

pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses
pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan, atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya
bukanlah kesan daripada kerencatan akal, halangan sensori (buta dan pekak) atau
faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan
mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang
nyata antara kanak-kanak yang

diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran.

Masalah pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental,
bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran.
Akta Masalah Pembelajaran Spesifik pula memperluaskan definisi Samuel Kirk dengan
menyatakan ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses
psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan
ataupun tulisan. Ini dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar,
berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, dan mengira. Golongan yang termasuk
dalam kumpulan ini ialah kanak-kanak yang mempunyai kelemahan dan kekurangan
persepsi, kecederaan otak, ketidakfungsian otak ruang minima, disleksia dan lain-lain

8
2.2. DEFINISI TERENCAT AKAL
Evans (1983) mendefinisikan kerencatan akal sebagai individu yang tidak dapat belajar
secepat orang yang normal, tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang
normal dan yang tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan
maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Kerencatan akal
ini biasanya berpunca sebelum umur 18 tahun.Dengan perkataan lain, kanak-kanak
kerencatan akal mengalami kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada
kemahiran adaptif berikut

seperti komunikasi, jaga diri sendiri, kemahiran hidup,

kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriadah serta
kerja.
Terdapat dua perkara penting yang harus diberi perhatian sebelum seseorang itu boleh
diklasifikasikan sebagai kerencatan akal iatu kefungsian intelektual. Kefungsian
intelektual ialah kanak-kanak kerencatan akal dikenalpasti sebagai berfungsi pada
tahap intelektual di bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian kecerdasan
lazim digunakan. Manakala tingkah laku adaptasi pula merujuk kepada kebolehan
kanak-kanak kerencatan akal dikenal pasti melalui sejauh manakah mereka berjaya
menyesuaikan diri dengan alam sekeliling bercampur gaul, menjaga diri sendiri,
berkomunikasi dan sebagainya.

9
2.3.

DEFINISI ADHD (masalah tumpuan singkat)

Kanak-kanak

Attention

Deficit/Hyperactivity

Disorder

ADD/ADHD

tidak

dapat

mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu
tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersifat
impulsif dan sering menganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesutau tanpa
berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri
kanak-kanak ADHD.
Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmitter yang spesifik iatu
noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam set litar otak. Rawatan melibatkan
peningkatan aras neurotransmitter. Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan
pengaruh dadah tetapi tahap penumpuan mereka masih tidak sama seperti kanakkanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD. Namun, penggunaan dadah tidak berkesan
untuk semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak
diketahui. David Nylund mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak
tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut.
Nylund cuba memberi perspektif baru kepada pembelajaran sebagai faktor yang boleh
diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Belaiu mencadangkan guru menggunakan
masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberikan tumpuan untuk menguasai
diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau
kurang memberi penumpuan adalah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat
oleh pakar.

10
3.0.

HASIL KAJIAN

3.1.

MAKLUMAT PERIBADI MURID

NAMA : MOHD JAZLI BIN MOHAMED
JANTINA : LELAKI
AGAMA ; ISLAM
BANGSA : MELAYU
NO K/P : L 226374
NO PENDAFTARAN : LD 0002687
ALAMAT RUMAH : NO. 30, TAMAN SEPADU, 01000 KANGAR, PERLIS.
NAMA BAPA : MOHAMED BIN MADUN
NAMA IBU : JUNAINA BT ABU SEMAN
11
3.2.

CIRI-CIRI MASALAH (TERENCAT AKAL DAN ADHD)

TERENCAT AKAL
Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh dikanalpasti terhadap kanak-kanak terencat akal.
Antaranya ialah terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi
intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Mereka juga
mempunyai daya ingatan yang rendah. Selain itu, murid yang terencat akal
mempunyai bidang pemerhatian yang singkat dan mudah hilang tumpuan terhadap
sesuatu perkara. Sikap dan nilai mereka juga berbeza daripada tingkah laku kanakkanak normal. Selain bermasalah komunikasi, mereka juga mengalami masalah
bahasa dan komunikasi. Murid ini juga mengalamai masalah perkembangan motor
halus dan kasar yang menyukarkan pergerakan mereka. Masalah kelancaran juga
salah satu masalah yang dihadapi disamping emosi yang tidak terkawal. Ciri-ciri lain
terencat akal ialah murid ini cepat lupa apa yang telah dipelajari atau diberitahu
kepada mereka. Malah, mereka juga mudah terganggu dengan sesuatu perkara.

ADHD
Kekerapan dan keterukan masalah tingkah laku pelajar ADHD menunjukkan
perbezaan yang besar. Misalnya pelajar ADHD hiperaktif-impulsif atau ADHD jenis
gabungan, kebiasaannya mempunyai masalah tingkah laku yang dapat dilihat dengan
jelas oleh guru berbanding pelajar ADHD yang kurang tumpuan. Ciri-ciri utama yang
dapat dilihat daripada murid yang mempunyai ADHD ialah mereka merupakan seorang
yang amat agresif. Mereka kerap memulakan pergaduhan atau pertengkaran dengan
rakan-rakan yang ;lain. Selain itu, mereka kerap membuat kesalahan kerana cuai.
Kanak-kanak ini juga gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru kerana
kurangnya tumpuan. Malah, mereka juga tidak mahu mendengar apabila kita bercakap
dengannya. Memandangkan mereka tidak boleh duduk diam, mereka sukar untuk
mengatur tugasan aktiviti kerana mereka tidak boleh untuk memebrikan tumpuan
dalam jangka masa yang panjang. Tambahan pula, mereka akan mengelak, tidak suka
atau enggan membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental seperti
12
kerja sekolah. Akibat daripada masalah tersebut, mereka lemah dalam pembelajaran
disamping menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

13
3.3.

PUNCA-PUNCA DAN FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH

PEMBELAJARAN

TERENCAT AKAL

Memang sukar untuk menentukan sebab kerencatan akal. Menurut, Daryl (1983),
terdapat kira-kira 250 sebab yang menyebabkan berlakunya kerencatan akal. Secara
umum, terdapat 75- 80% kes kanak-kanak yang klasifikasikan sebagai kerencatan akal
tidak dapat ditentukan punca dengan khusus. Bagaimanapun, Persatuan Kerencatan
Akal Amerika (AMR) telah mengklasifikasikan sebab-sebab kerencatan akal kepada
tiga kategori umum iatu Pranatal ( berlaku sebelum kelahiran), Perinatal (berlaku
semasa kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepas kelahiran bayi).
Antara punca terencat akal semasa pranatal ialah sindrom down. Ini disebabkan oleh
keabnormalan pada kromosom ke 21 yang sepatutnya hanya sepasang tetapi telah
menjadi tiga. Lazimnya, ini menyebabkan kerencatan akal sederhana tetapi juga boleh
menyebabkan kerencatan teruk. Dianggarkan 1 daripada 1000 kelahiran bayi mungkin
menghadapi Sindrom Down dan angka ini meningkat kepada 1:30 bagi wanita yang
melahirkan bayi pada umur 45 tahun.
Selain itu, sindrom down janin turut berlaku semasa pranatal. Ibu yang hamil apabila
meminum alkohol berlebihan mungkin melahirkan anak terencat akal dan juga
kerosakan otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibu mungkin disalurkan kepada
janin atau fetus. Sindrom ini telah dikenalpasti pada tahun 1973 dan lebih kerap berlaku
jika dibanding dengan Sindrom Down. Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini adalah
kecil berbanding kanak-kanak biasa atau normal dan keadaan ini berterusan sepanjang
hayat.
Sindrom Pader Willi juga dikaitkan sebagai salah satu punca yang menyebabkan
terencat akal. Sindrom ini wujud kerana kemusnahan sebahagian kromosom ke 15.
Kanak-kanak sindrom Prader-Willi mempunyai selera makan yang tidak terhad
sehingga ramai di antara mereka menjadi obese atau gemuk. Selera makan yang tidak
terkawal menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak ini mengalami
14
kerencatan mental ringan dan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran. Mereka
mempunyai tangan serta kaki yang kecil dan mereka adalah lebih pendek berbanding
kanak-kanak normal. Mereka juga didapati agresif, cepat marah, dan bertindak tergesagesa serta keinginan mencederakan diri sendiri seperti mencubit badan mereka.
Punca pranatal yang lain ialah jangkitan mikroorganisma. Terdapat juga pelbagai jenis
mikrorganisma yang mengancam perkembangan janin atau fetus dan menyebabkan
keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental. Contohnya, ibu yang hamil yang
menghidapi penyakit rubella dan syphilis berisiko untuk melahirkan bayi kerencatan
akal.
Terencat akal juga boleh disebabkan oleh faktor kemiskinan. Ini kerana, ibu yang hamil
daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang kurang sihat kerana tidak
mengambil

makanan

seimbang

semasa

mengandung.

Oleh

kerana

tidak

berkemampuan, ibu yang hamil mungkin tidak cukup makan atau makanan tidak
seimbang. Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkan
kelahiran bayi terencat akal.
Bagi proses perinatal pula, antara puncanya ialah bayi yang dilahirkan pramatang. Bayi
yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badan yang kurang
daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerencatan mental.
Ini kerana, usia kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan
organ dalam janin yang sedang berkembang. Sekiranya bayi yang dilahirkan berusia
antara 21 hingga 34 minggu dalam kandungan, peluang untuk hidup adalah tinggi tetapi
ia berkemungkinan tinggi untuk mengalami kerencatan akal. Antara punca kelahiran
pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang atau faktor kesihatan yang lain.
Antara faktor perinatal lain ialah kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen semasa
kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayi sehingga menyebabkan
kerencatan akal.
Walaupun selepas kelahiran bayi ataupun posnatal, bayi tersebut tetap berisiko untuk
menghidapi terencat akal. Antara puncanya ialah jangkitan virus. Encephalitis
disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat boleh
15
menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang
menghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bakteria yang menyerang tisu
otak dan tulang belakang. Tanda-tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit
mata, dan muntah. Jika tidak dirawat segera, kerencatan akal mungkin berlaku.
Menurut ibu pelajar berkenaan, semasa proses kelahiran Jazli, Jazli telah dilahirkan
dalam keadaan pramatang atas faktor kesihatan kerana ibunya menghidap darah tinggi
dan kencing manis semasa proses bersalin. Malah, ibunya mengalami pelbagai
komplikasi semasa proses melahirkan ekoran daripada masalah kesihatan tersebut
sehingga mendesak Jazli dilahirkan dalam keadaan pramatang. Berdasarkan nota yang
telah saya rujuki, bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat
badan yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami
kerencatan mental. Ini kerana, usia kandungan adalah penting kerana ia akan
menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Sekiranya bayi
yang dilahirkan berusia antara 21 hingga 34 minggu dalam kandungan, peluang untuk
hidup adalah tinggi tetapi ia berkemungkinan tinggi untuk mengalami kerencatan akal.
Antara punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang atau
faktor kesihatan yang lain.

16
ADHD
ADHD atau lebih dikenali sebagai masalah tumpuan singkat merupakan salah satu
daripada masalah pembelajaran. Terdapat pelbagai punca dan faktor-faktor yang
menyumbang kepada ADHD. Antara punca ADHD ialah perbezaan fungsi otak. Faktor
ini khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD akibat daripada terdapat
kekurangan aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap ransangan bagi
bahagian-bahagian tersebut.
Faktor

keturunan

juga

turut

memainkan

peranan.

Inidividu

dengan

ADHD

berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya. Malah, kanakkanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda
mempunyai ADHD.
Malah, faktor biokimia seperti bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai
neurotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga
bahagian atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula
dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.
Antara faktor lain yang mungkon menjadi penyebab kepada ADHD ialah kecederaan
otak.

Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada

penggunaan dadah, merokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu. Semasa proses
kelahiran, kecederaan otak mungkin berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain itu,
kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk, atau kemalangan
yang melibatkan kecederaan kepala.
Selain itu, faktor persekitaran juga dilihat penyumbang kepada tahap keterukan ADHD
yang dialami oleh kanak-kanak. Misalnya
dalam

keluarga

yang

teratur

dan

kanak-kanak dengan ADHD yang dididik

mempunyai

peraturan

yang

jelas

akan

berkemungkinan besar menunjukkan ciri-ciri ADHD yang ringan.
Berdasarkan pelajar yang saya kaji, punca-punca dan faktor ADHD pelajar saya adalah
disebabkan oleh faktor persekitaran memandangkan dia dibesarkan daripada 4 orang
17
adik beradik lelaki. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan dia sering bertindak
kasar terhadap orang-orang di sekelilingnya. Salah satu faktornya ialah faktor latar
belakang keluarga. Jazli dikelilingi oleh tiga orang abang yang mempunyai jarak umur
yang agak jauh daripadanya. Memandangkan abang-abangnya sering bermain secara
kasar, maka secara tidak langsung ini juga mempengaruhi perlakuan dia. Malah, dia
juga selalu menonton bersama abang-abangnya rancangan ‘WWE’ di televisyen.
Selain itu, dia juga mudah naik marah apabila diusik dan akan bertindak kasar terhadap
kawan-kawannya

18
3.4.

INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN YANG PERLU DIBERI / DIIKUTI

Intervensi

awal

didefinisikan

sebagai

usaha

tersusun

untuk

meningkatkan

perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah
Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “ to a range of services
provided to children, parents and families during pregnancy, infancy and/or early
childhood.
Program intervensi awal bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil
langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan
mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami
oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakkan
pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu
dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu,
lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas.
Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang
upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanakkanak memasuki alam persekolahan.
Program intervensi awal juga dapat menyediakan sokongan kepada anak dan keluarga
dalam pencegahan kepada pertambahan masalah atau keterukan kecacatan yang
dialami ( Kaiser, 2000). Melalui program tersebut bantuan keluarga membuat
penyesuaian ke atas anak mereka dapat diberikan. Selain itu, Program Intervensi Awal
juga memberi latihan kemahiran kepada kedua ibu bapa mengikut keperluan anak
untuk dikendalikan di rumah dan membantu keluarga mengenal pasti khidmat sokongan
tambahan yang bersesuaian seperti kaunseling, pembantu perubatan atau peruntukan
kewangan. Program Intervensi Awal juga merupakan kaedah paling baik mewujudkan
kolaborasi antara ibu bapa dengan kumpulan pelbagai disiplin dan komuniti.
Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini
merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang
pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi
19
kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa
pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Antaranya ialah bilik darjah biasa, guru Pendidikan Khas sebagai
Penasihat, bilik sumber dan bilik darjah berasingan.
Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa ditempatkan dalam bilik darjah
biasa yang sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru
dan sistem sokongan yang lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam
bilik darjah biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan
penerimaan sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas dan guru
biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.
Guru pendidikan khas sebagai penasihat

membantu guru biasa dengan kaedah

mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan
persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajaran dan
persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajaran dan bahan
serta membina prosedur penilaian dan pengerdan pelajar bermasalah pembelajaran.
Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan
perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran
secara langsung dijalankan oleh guru biasa.
Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran akan ditempatkan dalam sekolah biasa
akan pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi
membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan
pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah
pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang
sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik
sumber mestilah seorang guru yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat
berkerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku,
membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan
keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk
disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

20
Bagi bilik darjah berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil
(dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan
mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja atau dikumpulkan
mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori
ketidakupayaan. Biasanya pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi gangguan
emosi dan kerencatan mental ditempatkan di dalam satu kelas. Menurut Heward
(2003), kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka
dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah
pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin disebabkan
kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat
dicapai

oleh

pelajar

bermasalah

pembelajaran.

Sesetengah

pelajar

ini

juga

menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas
berasingan

menawarkan

keadaan

paling

berkesan

bagi

pelajar

bermasalah

pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih tertumpu.
Kajian menunjukkan bahawa pelajar bermasalah pembelajaran mendapati sukar
menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak
dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Gerstein (1998)
mencadangkan tiga pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah. Pendekatan
yang pertama ialah pengajaran secara langsung. Guru hendaklah mengajar secara
langsung menurut urutan yang tersusun. Nyatakan kepada pelajar secara terus apa
yang patut dilakukan , apa yang patut disebut dan apa yang patut ditulis. Guru perlu
menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep.
Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan
langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada
pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara
aktif.
Pendekatan kedua ialah memperkukuhkan penguasaan isi kandungan. Selain
menguasai 3M(membaca, menulis dan mengira), pelajar bermasalah pembelajaran
juga perlu menguasai konsep dan prinsip mata pelajaran seperti sejarah, sains,
21
geografi dan sebagainya. Sudah tentu ini adalah sukar bagi ramai pelajar bermasalah
pembelajaran kerana tahap kemahiran membaca mereka belum kukuh. Oleh itu, guru
perlu membantu pelajar menguasai fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran seperti
nota berpandu, penyusunan grafik dan neumonik. Nota berpandu merujuk kepada
edaran yang disediakan khas yang terdiri daripada isi-isi penting dan ruang kosong
untuk pelajar isi. Sambil guru mengajar, pelajar diarah mengisi apa yang disampaikan
dalam ruang-ruang kosong di sebelah point-point penting. Penyusunan grafik pula
bertujuan menyampaikan isi-isi penting sesuatu pelajaran dalam bentuk grafik atau
visual yang dapat menarik minat pelajar. Sesetengah penyusunan grafik disampaikan
secara lengkap manakala yang lain disampaikan dengan meninggalkan ruang-ruang
kosong untuk diisi oleh pelajar. Manakala neumonik pula membantu pelajar meningkat
fakta-fakta penting. Contohnya, neumonik ‘PaReKi’ digunakan untuk membantu pelajar
mengingat kembali sungai-sungai terpanjang di Malaysia, iatu Sg. Pahang, Sg. Rejang
dan Sg. Kinabatangan.
Pendekatan terakhir yang boleh digunakan ialah strategi pengajaran. Pelajar normal
atau biasa menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan apabila berhadapan
dengan

sesuatu

tugas

pembelajaran.

Didapatai

bahawa

pelajar

bermasalah

pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Strategi
pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam
menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa
yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana
dia berjaya melakukannya. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah
membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman,
strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.
Bagi memastikan kanak-kanak berpendidikan khas ini terbela, pelbagai agensi telah
tampil bagi membela nasib kanak-kanak ini. Bagi khidmat sokongan individu, ia terdiri
daripada kumpulan pelbagai disiplin dan merupakan unit yang berfungsi dalam
penaksiran murid-murid khas. Antaranya ialah Audiologi, Intervensi awal, Jurupulih cara
kerja, Perubatan, Jurupulih fizikal, Jurupulihpertuturan, Psikologi , Kaunselor, Persatuan
ibu bapa, Rakan sebaya , Pertubuhan bukan kerajaan, Komuniti dan Jabatan Kebajikan
22
Masyarakat. Organisasi kerajaan yang memberi perkhidmatan pula terdiri daripada
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dikendali oleh Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Pemulihan Dalam Komuntiti (PDK) dikendali oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Wisma Harapan dikendali oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Agensi bukan kerajaan pula menampilkan beberapa organisasi lain seperti
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), TASPUTRA PERKIM, NURY,
Cleft Lip And Palate Association Of Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis,
Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas,
Malaysian Care dan Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah
Persekutuan (YMCA).

23
3.5. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.

BANDING BEZA ANTARA KANAK-KANAK NORMAL DENGAN KANAK-KANAK
YANG DIPILIH.

Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses
biologi, kognitif dan sosio-emosi. Pelajar yang telah saya pilih seperti yang diketahui
merupakan seorang pelajar bermasalah pembelajaran di mana perkembangan pelajar
ini tidak seperti kanak-kanak normal.

Pada peringkat bayi iatu 0-2 tahun, kadar pertumbuhan cepat seperti sifat-sifat asas
manusia, bahasa, kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin emosi mula kelihatan di
antara bayi dan penjaga atau individu di sekelilingnya. Ini berbeza dengan pelajar yang
saya kaji iatu Jazli. Pada peringkat ini, dia tidak dapat bertindak balas dengan individu
di sekelilingnya dengan baik. Jazli juga tidak boleh bertutur

seperti kanak-kanak

normal seusianya. Ini membuatkan dia tidak mahu berinteraksi ataupun berhubungan
dengan orang lain. Malah, dia juga tidak boleh merangkak pada awalnya. Namun,
setelah beberapa lama kemudian, barulah Jazli boleh merangkak dan seterusnya
sama dengan kanak-kanak lain walaupun agak lambat.

Apabila berusia 3 hingga 8 tahun atau lebih dikenali sebagai peringkat awal kanakkanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat bermain menggunakan imaginasi,
perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan
bersosial. Namun, ini berbeza dengan Jazli. Jazli dilihat sebagai seorang yang
pendiam, agresif, tidak boleh duduk diam, namun dia

tidak banyak bermain. Dia

banyak termenung dan memencilkan diri daripada orang lain. Jazli juga tidak boleh
bercakap seperti kanak-kanak normal. Ditambah lagi dengan keengganannya untuk
berinteraksi dengan orang lain. Malah, jika memerlukan sesuatu, dia lebih rela
membuat isyarat badan untuk menunjukkan keinginannya daripada bercakap dengan
orang di sekelilingnya. Selain itu, dia mempunyai kebolehan bersosial yang agresif. Ini
kerana, dia selalu menyakiti rakan-rakannya sebagai tanda perkenalan membuatkan
24
ramai kanak-kanak lain memencilkannya. Dia juga mudah naik marah apabila berlaku
sesuatu yang tidak disukainya atau rakan-rakan yang lain mengusiknya.

Pada peringkat kanak-kanak iatu 9 hingga 11 tahun, kanak-kanak normal sepatutnya
mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Contohnya
belajar perkara yang diajar di sekolah seperti sains, matematik, kajian tempatan dan
sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga diajar untuk mengurus diri sendiri disamping
melakukan kerja-kerja rutin seperti mengemas rumah, mengurus diri, melipat baju dan
lain-lain. Namun, Jazli masih tidak mencapai tahap ini. Pemikirannya masih lagi di
peringkat

awal

kanak-kanak.

Dia

banyak

bergantung

kepada

ibunya

untuk

menguruskan diri. Malah dia juga tidak dapat mengikuti pelajaan di sekolah seperti
kanka-kanak normal. Pada waktu ini, dia telah dimasukkan ke dalam kelas pendidikan
khas. Berkat kesungguhan guru-gurunya, dia mula menunjukkan perubahan yang
positif. Walaupun perkembangan mindanya lambat, namun dia sudah boleh bertutur
walaupun pelat dan sebutannya tidak jelas. Malah, dia juga sudah semakin pandai
mengawal emosi dan tingkah laku daripada bertindak agresif seperti dulu.

Pada peringkat awal remaja iatu 12 hingga 15 tahun. Seseorang pelajar itu akan mula
sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Malah, mereka juga
sudah boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik. Pelajar yang saya pilih
sudah dikira memasuki peringkat awal remaja kerana berdasarkan maklumat yang
saya perolehi, dia sudah berusia 12 tahun pada tahun ini. Namun, dia masih dengan
sikap keanak-anakan dan tidak mengarah kepada sensitif terhadap paras rupa dan
perubahan fizikal. Pemikirannya juga masih di takuk kanak-kanak dan tidak mampu
untuk memikirkan perkara yang kompleks lagi.

25
KEMATANGAN BIOLOGI

Teori ini melihat perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi dalam
diri seseorang dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Menurut Arnold Gesell,
perkembangan

manusia

dipengaruhi

oleh

faktor

kematangan.

Arnold

Gesell

menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap serta
urutan dan pola tertentu. Misalnya seorang kanak-kanak mungkin boleh mula berjalan
pada umur 10 bulan kerana dia bersedia melakukan sedemikian. Kesediaan ini
bermaksud perkembangan dan pertumbuhan tulang, otot dan saraf sudah mencapai
tahap yang membolehkan kanak-kanak tersebut berjalan. Kadar perkembangan
berbeza bagi setiap individu. Begitu juga dengan Jazli. Dia mempunyai perkembangan
dan pertumbuhan tulang, otot dan saraf yang lambat. Antara faktor lain kelewatan
perkembangan fizikal dia pada awalnya adalah kerana dia dilahirkan dalam keadaan
pramatang. Malah, Arnold Geselle berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan
peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya
kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.

KOGNITIF

Teori ini berfokus kepada bagaimana kanak-kanak berfikir. Pada pandangan Lev
Vygotsky pula, beliau percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam
persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu
dimana kanak-kanak meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu.
Menurut teori Jean Piaget, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan
intelektual mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan
masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru
untuk memahami persekitaran mereka. Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita
berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai
kematangan. Berdasarkan pelajar yang saya kaji, saya dapati perkembangan kognitif
26
Jazli lambat jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal dan tidak selari dengan
peringkat umurnya. Ini kerana, masalah yang dihadapinya iatu terencat akal banyak
menjejaskan perkembangan kognitif Jazli.

SOSIAL

Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanakkanak tersebut. Robert Havisghurst menerangkan konsep tugas dalam teori
perkembangannya. Menurut belaiu, pada setiap peringkat perkembangan, manusia
ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan
jayanya akan membawa kebahagiaan kepada individu manakala kegagalan dalam
menyempurnakan tugasan tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah
dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan
manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai norma dan budaya masyarakat.
Merujuk kepada Jazli, salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan sosialnya
ialah faktor persekitaran. Walaupun menghidap ADHD yang menyebabkan dia sering
bertindak agresif dan tidak boleh duduk diam, dia juga menjadi seorang yang agresif
kerana dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai 3 orang abang sebelumnya.
Menurut ibu Jazli, Jazli sering menonton perlawanan WWE bersama abang-abangnya
dan sering bermain secara kasar dengan mereka. Ini secara tidak langsung
mempengaruhi perkembangan sosial Jazli. Dia sering menganggu rakan-rakan yang
lain dan sering memukul mereka apabila marah dan berasa terganggu.

27
REFLEKSI
Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya berasa saya teruja kerana ini
merupakan pengalaman pertama melaksanakan tugasan berdasarkan pemerhatian di
luar kampus iatu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Selain itu, saya juga lebih
mengetahui mengenai teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak
yang sangat berguna dan dapat diaplikasikan apabila memasuki alam pekerjaan sikit
masa lagi.
Melalui tugasan ini, saya mendapati bahawa setiap teori mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri. Berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget,
beliau menekankan bahawa proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula
selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Lev Vygotsky pula percaya bahawa
perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang
mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. Lev Vygotsky telah memberi
alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia
menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.
Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial
kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang-orang dewasa yang lain dan rakan
sebayanya. Disini dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan mental kanak-kanak
terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun
begitu, persekitaran dan sistem lingkungan budaya kanak-kanak membantu mereka
mengadaptasi perkembangan kognitif. Malah setiap budaya menerapkan cara hidup
dan cara berfikir kepada kanak-kanak.
Saya beranggapan bahawa teori Lev Vygotsky lebih baik jika dibandingkan dengan
teori Jean Piaget. Ini kerana, teori Jean Piaget hanya menekankan perkembangan
kognitif berdasarkan perkembangan fizikal yang seiring dengan usia. Sedangkan
perkembangan kognitif juga boleh dipengaruhi oleh faktor lain seperti pengalaman yang
dilalui, pendedahan yang diberikan lebih awal dan sebagainya. Lev Vygotsky pula
menekankan bahawa perkembangan kognitif boleh dipengaruhi oleh persekitaran sosio
budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan oemikiran individu. Sebagai contoh,
rakyat Malaysia yang kaya dengan nilai dan adab mempengaruhi tingkah laku dan
28
corak pemikiran kanak-kanaknya yang lebih menghormati orang yang lebih tua dan
agak pasif. Ini kerana, belaiu menekankan bahawa faktor utama perkembangan kognitif
kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa.
Dapat disimpulkan di sini bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang akibat daripada
pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya
berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya seperi
nenek dan cucu.
Walaupun pelajar yang saya kaji mengalami masalah dalam perkembangannya, saya
percaya dia akan mampu berjaya seperti insan lain mengikut kemampuan yang dia
miliki. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah PK 3101 kerana dengan
adanya tugasan ini, saya dapat lebih memahami mengenai teori-teori yang
dikemukakan dan lebih menghargai kelebihan yang dimliki serta mengingatkan diri
bahawa ramai lagi insan yang kurang bernasib baik yang memerlukan pembimbing
seperti guru pendidikan khas. Sesungguhnya kerjaya guru merupakan kerjaya yang
mulia dan diberkati. Saya juga berharap supaya saya dapat membantu pelajar-pelajar
yang bermasalah pembelajaran ini suatu hari nanti.
Sekian.

.........................................
AFIQAH BT MOHD NOOH

29
BIBLIOGRAFI

HSBL 1103, Pengenalan Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran, Open
University.
Kamarulzaman kamaruddin, (2003). Psikologi perkembangan: teori dan konsep. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
Letham, C. & Miles, A. (2002) Communication, curriculum and clasroom practise.
London : David Fulton Pub.
http://www.angelfire.com
http://www.bookcafe.com.my
http://www.pendidikankhas.com.my

30
31
32

More Related Content

What's hot

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasZalina lina
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDFaFai S.
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranCompiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranHashimah68
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 

What's hot (20)

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Kognitif
KognitifKognitif
Kognitif
 
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranCompiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2
 
Definisi bbm
Definisi bbmDefinisi bbm
Definisi bbm
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 

Viewers also liked

HBHE2103 Pendidikan Kesihatan Bersepadu
HBHE2103 Pendidikan Kesihatan BersepaduHBHE2103 Pendidikan Kesihatan Bersepadu
HBHE2103 Pendidikan Kesihatan BersepaduRATIEQAH NAJEEHAH
 
Asigment p. kesihatan sem 1
Asigment p. kesihatan sem 1Asigment p. kesihatan sem 1
Asigment p. kesihatan sem 1Na Shafrina
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaranAtiqah Latiff
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahHon Shan Shan
 
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatanLaporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatancikgusuepkhas
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 

Viewers also liked (13)

Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
Tugasan kumpulan
Tugasan kumpulanTugasan kumpulan
Tugasan kumpulan
 
HBHE2103 Pendidikan Kesihatan Bersepadu
HBHE2103 Pendidikan Kesihatan BersepaduHBHE2103 Pendidikan Kesihatan Bersepadu
HBHE2103 Pendidikan Kesihatan Bersepadu
 
Asigment p. kesihatan sem 1
Asigment p. kesihatan sem 1Asigment p. kesihatan sem 1
Asigment p. kesihatan sem 1
 
Tugasan 2 kanak2 khas
Tugasan 2 kanak2 khasTugasan 2 kanak2 khas
Tugasan 2 kanak2 khas
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatanLaporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 

Similar to PKU 3101

Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 
Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Khudrey Hamid
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKALShahrizzat Md Sukor
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdLee Cyee
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajarankamalslaw
 
Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Mei Ling Foo
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasFaridah Bachok
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridMoazar Abrahman
 

Similar to PKU 3101 (20)

Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHDNota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 
Draf tugasan peers
Draf tugasan peersDraf tugasan peers
Draf tugasan peers
 
119
119119
119
 
PKK
PKKPKK
PKK
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhd
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
 
Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi murid
 

PKU 3101

  • 1. 1.0. NOTA GRAFIK KATEGORI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN Sindrom Down Terencat Akal Minima Autisme ringan Masalah Pembelajaran Disleksia Lembam Hiperaktif ADHD 1
  • 3. INTERVENSI AWAL DAN KHIDMAT SOKONGAN KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN PENEMPATAN PENGAJARAN • BILIK DARJAH BIASA • GURU PENDIDIKAN KHAS SEBAGAI PENASIHAT • BILIK SUMBER • BILIK DARJAH BERASINGAN • PENGAJARAN SECARA LANGSUNG • MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN ISI KANDUNGAN • STRATEGI PENGAJARAN 3
  • 4. PERKEMBANGAN TEORI KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN • Peringkat ini adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio emosi (Santrock 2008). Peringkat-Peringkat • Terdapat lima peringkat perkembangan Perkembangan kanak-kanak Kanak-Kanak • Kadar ciri-ciri pertumbuhan cepat seperti sifat-sifat asas manusia, bahasa, kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin Peringkat bayi (0-2 perhubungan emosi. tahun) Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun) • Dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial. 4
  • 5. • Mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. • Mula menjalin hubungan dengan rakan Peringkat kanaksebaya dan memahami peraturan. kanak (9-11 tahun) Peringkat awal remaja (12-15 tahun) Peringkat remaja (15-20 tahun) • Sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami • Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik • Perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari 5
  • 6. KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS INDIVIDU • Audiologi • Intervensi awal • Jurupulih cara kerja • Perubatan • Jurupulih fizikal • Jurupulihpertuturan • Psikologi • Kaunselor • Persatuan ibu bapa • Rakan sebaya • Pertubuhan bukan kerajaan • Komuniti • Jabatan Kebajikan Masyarakat ORGANISASI /AGENSI KERAJAAN ORGANISASI/AGENSI BUKAN KERAJAAN • Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dikendali oleh Bahagian Pendidikan Khas • Kementerian Pelajaran Malaysia, Pemulihan Dalam Komuntiti (PDK) dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat • Wisma Harapan dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat • Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) • TASPUTRA PERKIM • NURY • Cleft Lip And Palate Association Of Malaysia • Yayasan Sindrom Down Kiwanis • Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) • Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas • Malaysian Care dan Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (YMCA). 6
  • 7. 2.0. PENDAHULUAN Pendidikan khas menurut Gargiula (2003) ialah program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Secara umum, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada dari segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan, atau tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan ‘bermasalah’. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki. Kanak- kanak dengan gangguan bahasa dan komunikasi menghadapi risiko tinggi untuk gagal dari segi akademik. Mereka yang mengalami masalah tersebut mungkin tidak dapat mengikuti arahan lisan, bertulis dan berkomunikasi secara berkesan. Bahasa adalah simbol komunikasi penyampaian idea melalui simbol-simbol yang membawa makna. Seperti yang kita tahu komunikasi ialah proses yang melibatkan encoding (penghantaran maklumat yang boleh difahami) dan decoding (menerima dan memahami) mesej. Komponen komunikasi melibatkan dua pihak iatu penerima dan dan penghantar. Komunikasi juga tidak semestinya melibatkan bahasa sahaja. Komunikasi juga boleh dilakukan dalam bentuk pergerakan, mimik muka dan sebagainya. 7
  • 8. 2.1. DEFINISI BERMASALAH PEMBELAJARAN Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut iatu kebolehan kognitif, tingkah laku sosial/perkembangan sosial, penguasaan lisan/bahasa, kemahiran perkembangan atau kemahiran matematik. Secara purata dianggarkan 1 dalam setiap 20 kanak-kanak dikenalpasti sebagai bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak ini diandaikan mengalami ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami, mengingat atau menyampaikan maklumat. Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan, atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan akal, halangan sensori (buta dan pekak) atau faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran. Akta Masalah Pembelajaran Spesifik pula memperluaskan definisi Samuel Kirk dengan menyatakan ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan. Ini dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, dan mengira. Golongan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah kanak-kanak yang mempunyai kelemahan dan kekurangan persepsi, kecederaan otak, ketidakfungsian otak ruang minima, disleksia dan lain-lain 8
  • 9. 2.2. DEFINISI TERENCAT AKAL Evans (1983) mendefinisikan kerencatan akal sebagai individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal, tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Kerencatan akal ini biasanya berpunca sebelum umur 18 tahun.Dengan perkataan lain, kanak-kanak kerencatan akal mengalami kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut seperti komunikasi, jaga diri sendiri, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriadah serta kerja. Terdapat dua perkara penting yang harus diberi perhatian sebelum seseorang itu boleh diklasifikasikan sebagai kerencatan akal iatu kefungsian intelektual. Kefungsian intelektual ialah kanak-kanak kerencatan akal dikenalpasti sebagai berfungsi pada tahap intelektual di bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian kecerdasan lazim digunakan. Manakala tingkah laku adaptasi pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak kerencatan akal dikenal pasti melalui sejauh manakah mereka berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling bercampur gaul, menjaga diri sendiri, berkomunikasi dan sebagainya. 9
  • 10. 2.3. DEFINISI ADHD (masalah tumpuan singkat) Kanak-kanak Attention Deficit/Hyperactivity Disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersifat impulsif dan sering menganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesutau tanpa berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD. Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmitter yang spesifik iatu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam set litar otak. Rawatan melibatkan peningkatan aras neurotransmitter. Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap penumpuan mereka masih tidak sama seperti kanakkanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD. Namun, penggunaan dadah tidak berkesan untuk semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak diketahui. David Nylund mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru kepada pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Belaiu mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberikan tumpuan untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan adalah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar. 10
  • 11. 3.0. HASIL KAJIAN 3.1. MAKLUMAT PERIBADI MURID NAMA : MOHD JAZLI BIN MOHAMED JANTINA : LELAKI AGAMA ; ISLAM BANGSA : MELAYU NO K/P : L 226374 NO PENDAFTARAN : LD 0002687 ALAMAT RUMAH : NO. 30, TAMAN SEPADU, 01000 KANGAR, PERLIS. NAMA BAPA : MOHAMED BIN MADUN NAMA IBU : JUNAINA BT ABU SEMAN 11
  • 12. 3.2. CIRI-CIRI MASALAH (TERENCAT AKAL DAN ADHD) TERENCAT AKAL Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh dikanalpasti terhadap kanak-kanak terencat akal. Antaranya ialah terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Mereka juga mempunyai daya ingatan yang rendah. Selain itu, murid yang terencat akal mempunyai bidang pemerhatian yang singkat dan mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu perkara. Sikap dan nilai mereka juga berbeza daripada tingkah laku kanakkanak normal. Selain bermasalah komunikasi, mereka juga mengalami masalah bahasa dan komunikasi. Murid ini juga mengalamai masalah perkembangan motor halus dan kasar yang menyukarkan pergerakan mereka. Masalah kelancaran juga salah satu masalah yang dihadapi disamping emosi yang tidak terkawal. Ciri-ciri lain terencat akal ialah murid ini cepat lupa apa yang telah dipelajari atau diberitahu kepada mereka. Malah, mereka juga mudah terganggu dengan sesuatu perkara. ADHD Kekerapan dan keterukan masalah tingkah laku pelajar ADHD menunjukkan perbezaan yang besar. Misalnya pelajar ADHD hiperaktif-impulsif atau ADHD jenis gabungan, kebiasaannya mempunyai masalah tingkah laku yang dapat dilihat dengan jelas oleh guru berbanding pelajar ADHD yang kurang tumpuan. Ciri-ciri utama yang dapat dilihat daripada murid yang mempunyai ADHD ialah mereka merupakan seorang yang amat agresif. Mereka kerap memulakan pergaduhan atau pertengkaran dengan rakan-rakan yang ;lain. Selain itu, mereka kerap membuat kesalahan kerana cuai. Kanak-kanak ini juga gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru kerana kurangnya tumpuan. Malah, mereka juga tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya. Memandangkan mereka tidak boleh duduk diam, mereka sukar untuk mengatur tugasan aktiviti kerana mereka tidak boleh untuk memebrikan tumpuan dalam jangka masa yang panjang. Tambahan pula, mereka akan mengelak, tidak suka atau enggan membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental seperti 12
  • 13. kerja sekolah. Akibat daripada masalah tersebut, mereka lemah dalam pembelajaran disamping menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain. 13
  • 14. 3.3. PUNCA-PUNCA DAN FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH PEMBELAJARAN TERENCAT AKAL Memang sukar untuk menentukan sebab kerencatan akal. Menurut, Daryl (1983), terdapat kira-kira 250 sebab yang menyebabkan berlakunya kerencatan akal. Secara umum, terdapat 75- 80% kes kanak-kanak yang klasifikasikan sebagai kerencatan akal tidak dapat ditentukan punca dengan khusus. Bagaimanapun, Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AMR) telah mengklasifikasikan sebab-sebab kerencatan akal kepada tiga kategori umum iatu Pranatal ( berlaku sebelum kelahiran), Perinatal (berlaku semasa kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepas kelahiran bayi). Antara punca terencat akal semasa pranatal ialah sindrom down. Ini disebabkan oleh keabnormalan pada kromosom ke 21 yang sepatutnya hanya sepasang tetapi telah menjadi tiga. Lazimnya, ini menyebabkan kerencatan akal sederhana tetapi juga boleh menyebabkan kerencatan teruk. Dianggarkan 1 daripada 1000 kelahiran bayi mungkin menghadapi Sindrom Down dan angka ini meningkat kepada 1:30 bagi wanita yang melahirkan bayi pada umur 45 tahun. Selain itu, sindrom down janin turut berlaku semasa pranatal. Ibu yang hamil apabila meminum alkohol berlebihan mungkin melahirkan anak terencat akal dan juga kerosakan otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibu mungkin disalurkan kepada janin atau fetus. Sindrom ini telah dikenalpasti pada tahun 1973 dan lebih kerap berlaku jika dibanding dengan Sindrom Down. Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini adalah kecil berbanding kanak-kanak biasa atau normal dan keadaan ini berterusan sepanjang hayat. Sindrom Pader Willi juga dikaitkan sebagai salah satu punca yang menyebabkan terencat akal. Sindrom ini wujud kerana kemusnahan sebahagian kromosom ke 15. Kanak-kanak sindrom Prader-Willi mempunyai selera makan yang tidak terhad sehingga ramai di antara mereka menjadi obese atau gemuk. Selera makan yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak ini mengalami 14
  • 15. kerencatan mental ringan dan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran. Mereka mempunyai tangan serta kaki yang kecil dan mereka adalah lebih pendek berbanding kanak-kanak normal. Mereka juga didapati agresif, cepat marah, dan bertindak tergesagesa serta keinginan mencederakan diri sendiri seperti mencubit badan mereka. Punca pranatal yang lain ialah jangkitan mikroorganisma. Terdapat juga pelbagai jenis mikrorganisma yang mengancam perkembangan janin atau fetus dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental. Contohnya, ibu yang hamil yang menghidapi penyakit rubella dan syphilis berisiko untuk melahirkan bayi kerencatan akal. Terencat akal juga boleh disebabkan oleh faktor kemiskinan. Ini kerana, ibu yang hamil daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang kurang sihat kerana tidak mengambil makanan seimbang semasa mengandung. Oleh kerana tidak berkemampuan, ibu yang hamil mungkin tidak cukup makan atau makanan tidak seimbang. Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkan kelahiran bayi terencat akal. Bagi proses perinatal pula, antara puncanya ialah bayi yang dilahirkan pramatang. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badan yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerencatan mental. Ini kerana, usia kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Sekiranya bayi yang dilahirkan berusia antara 21 hingga 34 minggu dalam kandungan, peluang untuk hidup adalah tinggi tetapi ia berkemungkinan tinggi untuk mengalami kerencatan akal. Antara punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang atau faktor kesihatan yang lain. Antara faktor perinatal lain ialah kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen semasa kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan akal. Walaupun selepas kelahiran bayi ataupun posnatal, bayi tersebut tetap berisiko untuk menghidapi terencat akal. Antara puncanya ialah jangkitan virus. Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat boleh 15
  • 16. menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang menghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bakteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda-tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata, dan muntah. Jika tidak dirawat segera, kerencatan akal mungkin berlaku. Menurut ibu pelajar berkenaan, semasa proses kelahiran Jazli, Jazli telah dilahirkan dalam keadaan pramatang atas faktor kesihatan kerana ibunya menghidap darah tinggi dan kencing manis semasa proses bersalin. Malah, ibunya mengalami pelbagai komplikasi semasa proses melahirkan ekoran daripada masalah kesihatan tersebut sehingga mendesak Jazli dilahirkan dalam keadaan pramatang. Berdasarkan nota yang telah saya rujuki, bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badan yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerencatan mental. Ini kerana, usia kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Sekiranya bayi yang dilahirkan berusia antara 21 hingga 34 minggu dalam kandungan, peluang untuk hidup adalah tinggi tetapi ia berkemungkinan tinggi untuk mengalami kerencatan akal. Antara punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang atau faktor kesihatan yang lain. 16
  • 17. ADHD ADHD atau lebih dikenali sebagai masalah tumpuan singkat merupakan salah satu daripada masalah pembelajaran. Terdapat pelbagai punca dan faktor-faktor yang menyumbang kepada ADHD. Antara punca ADHD ialah perbezaan fungsi otak. Faktor ini khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD akibat daripada terdapat kekurangan aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap ransangan bagi bahagian-bahagian tersebut. Faktor keturunan juga turut memainkan peranan. Inidividu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya. Malah, kanakkanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD. Malah, faktor biokimia seperti bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD. Antara faktor lain yang mungkon menjadi penyebab kepada ADHD ialah kecederaan otak. Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah, merokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu. Semasa proses kelahiran, kecederaan otak mungkin berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain itu, kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk, atau kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala. Selain itu, faktor persekitaran juga dilihat penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak. Misalnya dalam keluarga yang teratur dan kanak-kanak dengan ADHD yang dididik mempunyai peraturan yang jelas akan berkemungkinan besar menunjukkan ciri-ciri ADHD yang ringan. Berdasarkan pelajar yang saya kaji, punca-punca dan faktor ADHD pelajar saya adalah disebabkan oleh faktor persekitaran memandangkan dia dibesarkan daripada 4 orang 17
  • 18. adik beradik lelaki. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan dia sering bertindak kasar terhadap orang-orang di sekelilingnya. Salah satu faktornya ialah faktor latar belakang keluarga. Jazli dikelilingi oleh tiga orang abang yang mempunyai jarak umur yang agak jauh daripadanya. Memandangkan abang-abangnya sering bermain secara kasar, maka secara tidak langsung ini juga mempengaruhi perlakuan dia. Malah, dia juga selalu menonton bersama abang-abangnya rancangan ‘WWE’ di televisyen. Selain itu, dia juga mudah naik marah apabila diusik dan akan bertindak kasar terhadap kawan-kawannya 18
  • 19. 3.4. INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN YANG PERLU DIBERI / DIIKUTI Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “ to a range of services provided to children, parents and families during pregnancy, infancy and/or early childhood. Program intervensi awal bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakkan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanakkanak memasuki alam persekolahan. Program intervensi awal juga dapat menyediakan sokongan kepada anak dan keluarga dalam pencegahan kepada pertambahan masalah atau keterukan kecacatan yang dialami ( Kaiser, 2000). Melalui program tersebut bantuan keluarga membuat penyesuaian ke atas anak mereka dapat diberikan. Selain itu, Program Intervensi Awal juga memberi latihan kemahiran kepada kedua ibu bapa mengikut keperluan anak untuk dikendalikan di rumah dan membantu keluarga mengenal pasti khidmat sokongan tambahan yang bersesuaian seperti kaunseling, pembantu perubatan atau peruntukan kewangan. Program Intervensi Awal juga merupakan kaedah paling baik mewujudkan kolaborasi antara ibu bapa dengan kumpulan pelbagai disiplin dan komuniti. Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi 19
  • 20. kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antaranya ialah bilik darjah biasa, guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat, bilik sumber dan bilik darjah berasingan. Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa ditempatkan dalam bilik darjah biasa yang sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar. Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajaran dan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajaran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengerdan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran akan ditempatkan dalam sekolah biasa akan pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber mestilah seorang guru yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat berkerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar. 20
  • 21. Bagi bilik darjah berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja atau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan di dalam satu kelas. Menurut Heward (2003), kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin disebabkan kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih tertumpu. Kajian menunjukkan bahawa pelajar bermasalah pembelajaran mendapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Gerstein (1998) mencadangkan tiga pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah. Pendekatan yang pertama ialah pengajaran secara langsung. Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Nyatakan kepada pelajar secara terus apa yang patut dilakukan , apa yang patut disebut dan apa yang patut ditulis. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. Pendekatan kedua ialah memperkukuhkan penguasaan isi kandungan. Selain menguasai 3M(membaca, menulis dan mengira), pelajar bermasalah pembelajaran juga perlu menguasai konsep dan prinsip mata pelajaran seperti sejarah, sains, 21
  • 22. geografi dan sebagainya. Sudah tentu ini adalah sukar bagi ramai pelajar bermasalah pembelajaran kerana tahap kemahiran membaca mereka belum kukuh. Oleh itu, guru perlu membantu pelajar menguasai fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran seperti nota berpandu, penyusunan grafik dan neumonik. Nota berpandu merujuk kepada edaran yang disediakan khas yang terdiri daripada isi-isi penting dan ruang kosong untuk pelajar isi. Sambil guru mengajar, pelajar diarah mengisi apa yang disampaikan dalam ruang-ruang kosong di sebelah point-point penting. Penyusunan grafik pula bertujuan menyampaikan isi-isi penting sesuatu pelajaran dalam bentuk grafik atau visual yang dapat menarik minat pelajar. Sesetengah penyusunan grafik disampaikan secara lengkap manakala yang lain disampaikan dengan meninggalkan ruang-ruang kosong untuk diisi oleh pelajar. Manakala neumonik pula membantu pelajar meningkat fakta-fakta penting. Contohnya, neumonik ‘PaReKi’ digunakan untuk membantu pelajar mengingat kembali sungai-sungai terpanjang di Malaysia, iatu Sg. Pahang, Sg. Rejang dan Sg. Kinabatangan. Pendekatan terakhir yang boleh digunakan ialah strategi pengajaran. Pelajar normal atau biasa menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan apabila berhadapan dengan sesuatu tugas pembelajaran. Didapatai bahawa pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukannya. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya. Bagi memastikan kanak-kanak berpendidikan khas ini terbela, pelbagai agensi telah tampil bagi membela nasib kanak-kanak ini. Bagi khidmat sokongan individu, ia terdiri daripada kumpulan pelbagai disiplin dan merupakan unit yang berfungsi dalam penaksiran murid-murid khas. Antaranya ialah Audiologi, Intervensi awal, Jurupulih cara kerja, Perubatan, Jurupulih fizikal, Jurupulihpertuturan, Psikologi , Kaunselor, Persatuan ibu bapa, Rakan sebaya , Pertubuhan bukan kerajaan, Komuniti dan Jabatan Kebajikan 22
  • 23. Masyarakat. Organisasi kerajaan yang memberi perkhidmatan pula terdiri daripada Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dikendali oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pemulihan Dalam Komuntiti (PDK) dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Wisma Harapan dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agensi bukan kerajaan pula menampilkan beberapa organisasi lain seperti Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), TASPUTRA PERKIM, NURY, Cleft Lip And Palate Association Of Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas, Malaysian Care dan Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (YMCA). 23
  • 24. 3.5. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN. BANDING BEZA ANTARA KANAK-KANAK NORMAL DENGAN KANAK-KANAK YANG DIPILIH. Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi. Pelajar yang telah saya pilih seperti yang diketahui merupakan seorang pelajar bermasalah pembelajaran di mana perkembangan pelajar ini tidak seperti kanak-kanak normal. Pada peringkat bayi iatu 0-2 tahun, kadar pertumbuhan cepat seperti sifat-sifat asas manusia, bahasa, kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin emosi mula kelihatan di antara bayi dan penjaga atau individu di sekelilingnya. Ini berbeza dengan pelajar yang saya kaji iatu Jazli. Pada peringkat ini, dia tidak dapat bertindak balas dengan individu di sekelilingnya dengan baik. Jazli juga tidak boleh bertutur seperti kanak-kanak normal seusianya. Ini membuatkan dia tidak mahu berinteraksi ataupun berhubungan dengan orang lain. Malah, dia juga tidak boleh merangkak pada awalnya. Namun, setelah beberapa lama kemudian, barulah Jazli boleh merangkak dan seterusnya sama dengan kanak-kanak lain walaupun agak lambat. Apabila berusia 3 hingga 8 tahun atau lebih dikenali sebagai peringkat awal kanakkanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial. Namun, ini berbeza dengan Jazli. Jazli dilihat sebagai seorang yang pendiam, agresif, tidak boleh duduk diam, namun dia tidak banyak bermain. Dia banyak termenung dan memencilkan diri daripada orang lain. Jazli juga tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak normal. Ditambah lagi dengan keengganannya untuk berinteraksi dengan orang lain. Malah, jika memerlukan sesuatu, dia lebih rela membuat isyarat badan untuk menunjukkan keinginannya daripada bercakap dengan orang di sekelilingnya. Selain itu, dia mempunyai kebolehan bersosial yang agresif. Ini kerana, dia selalu menyakiti rakan-rakannya sebagai tanda perkenalan membuatkan 24
  • 25. ramai kanak-kanak lain memencilkannya. Dia juga mudah naik marah apabila berlaku sesuatu yang tidak disukainya atau rakan-rakan yang lain mengusiknya. Pada peringkat kanak-kanak iatu 9 hingga 11 tahun, kanak-kanak normal sepatutnya mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Contohnya belajar perkara yang diajar di sekolah seperti sains, matematik, kajian tempatan dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga diajar untuk mengurus diri sendiri disamping melakukan kerja-kerja rutin seperti mengemas rumah, mengurus diri, melipat baju dan lain-lain. Namun, Jazli masih tidak mencapai tahap ini. Pemikirannya masih lagi di peringkat awal kanak-kanak. Dia banyak bergantung kepada ibunya untuk menguruskan diri. Malah dia juga tidak dapat mengikuti pelajaan di sekolah seperti kanka-kanak normal. Pada waktu ini, dia telah dimasukkan ke dalam kelas pendidikan khas. Berkat kesungguhan guru-gurunya, dia mula menunjukkan perubahan yang positif. Walaupun perkembangan mindanya lambat, namun dia sudah boleh bertutur walaupun pelat dan sebutannya tidak jelas. Malah, dia juga sudah semakin pandai mengawal emosi dan tingkah laku daripada bertindak agresif seperti dulu. Pada peringkat awal remaja iatu 12 hingga 15 tahun. Seseorang pelajar itu akan mula sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Malah, mereka juga sudah boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik. Pelajar yang saya pilih sudah dikira memasuki peringkat awal remaja kerana berdasarkan maklumat yang saya perolehi, dia sudah berusia 12 tahun pada tahun ini. Namun, dia masih dengan sikap keanak-anakan dan tidak mengarah kepada sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal. Pemikirannya juga masih di takuk kanak-kanak dan tidak mampu untuk memikirkan perkara yang kompleks lagi. 25
  • 26. KEMATANGAN BIOLOGI Teori ini melihat perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi dalam diri seseorang dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap serta urutan dan pola tertentu. Misalnya seorang kanak-kanak mungkin boleh mula berjalan pada umur 10 bulan kerana dia bersedia melakukan sedemikian. Kesediaan ini bermaksud perkembangan dan pertumbuhan tulang, otot dan saraf sudah mencapai tahap yang membolehkan kanak-kanak tersebut berjalan. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Begitu juga dengan Jazli. Dia mempunyai perkembangan dan pertumbuhan tulang, otot dan saraf yang lambat. Antara faktor lain kelewatan perkembangan fizikal dia pada awalnya adalah kerana dia dilahirkan dalam keadaan pramatang. Malah, Arnold Geselle berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. KOGNITIF Teori ini berfokus kepada bagaimana kanak-kanak berfikir. Pada pandangan Lev Vygotsky pula, beliau percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu dimana kanak-kanak meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu. Menurut teori Jean Piaget, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan intelektual mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk memahami persekitaran mereka. Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Berdasarkan pelajar yang saya kaji, saya dapati perkembangan kognitif 26
  • 27. Jazli lambat jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal dan tidak selari dengan peringkat umurnya. Ini kerana, masalah yang dihadapinya iatu terencat akal banyak menjejaskan perkembangan kognitif Jazli. SOSIAL Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanakkanak tersebut. Robert Havisghurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut belaiu, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagiaan kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugasan tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai norma dan budaya masyarakat. Merujuk kepada Jazli, salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan sosialnya ialah faktor persekitaran. Walaupun menghidap ADHD yang menyebabkan dia sering bertindak agresif dan tidak boleh duduk diam, dia juga menjadi seorang yang agresif kerana dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai 3 orang abang sebelumnya. Menurut ibu Jazli, Jazli sering menonton perlawanan WWE bersama abang-abangnya dan sering bermain secara kasar dengan mereka. Ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial Jazli. Dia sering menganggu rakan-rakan yang lain dan sering memukul mereka apabila marah dan berasa terganggu. 27
  • 28. REFLEKSI Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya berasa saya teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama melaksanakan tugasan berdasarkan pemerhatian di luar kampus iatu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Selain itu, saya juga lebih mengetahui mengenai teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak yang sangat berguna dan dapat diaplikasikan apabila memasuki alam pekerjaan sikit masa lagi. Melalui tugasan ini, saya mendapati bahawa setiap teori mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, beliau menekankan bahawa proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Lev Vygotsky pula percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. Lev Vygotsky telah memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang-orang dewasa yang lain dan rakan sebayanya. Disini dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan mental kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu, persekitaran dan sistem lingkungan budaya kanak-kanak membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Malah setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada kanak-kanak. Saya beranggapan bahawa teori Lev Vygotsky lebih baik jika dibandingkan dengan teori Jean Piaget. Ini kerana, teori Jean Piaget hanya menekankan perkembangan kognitif berdasarkan perkembangan fizikal yang seiring dengan usia. Sedangkan perkembangan kognitif juga boleh dipengaruhi oleh faktor lain seperti pengalaman yang dilalui, pendedahan yang diberikan lebih awal dan sebagainya. Lev Vygotsky pula menekankan bahawa perkembangan kognitif boleh dipengaruhi oleh persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan oemikiran individu. Sebagai contoh, rakyat Malaysia yang kaya dengan nilai dan adab mempengaruhi tingkah laku dan 28
  • 29. corak pemikiran kanak-kanaknya yang lebih menghormati orang yang lebih tua dan agak pasif. Ini kerana, belaiu menekankan bahawa faktor utama perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Dapat disimpulkan di sini bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang akibat daripada pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya seperi nenek dan cucu. Walaupun pelajar yang saya kaji mengalami masalah dalam perkembangannya, saya percaya dia akan mampu berjaya seperti insan lain mengikut kemampuan yang dia miliki. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah PK 3101 kerana dengan adanya tugasan ini, saya dapat lebih memahami mengenai teori-teori yang dikemukakan dan lebih menghargai kelebihan yang dimliki serta mengingatkan diri bahawa ramai lagi insan yang kurang bernasib baik yang memerlukan pembimbing seperti guru pendidikan khas. Sesungguhnya kerjaya guru merupakan kerjaya yang mulia dan diberkati. Saya juga berharap supaya saya dapat membantu pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran ini suatu hari nanti. Sekian. ......................................... AFIQAH BT MOHD NOOH 29
  • 30. BIBLIOGRAFI HSBL 1103, Pengenalan Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran, Open University. Kamarulzaman kamaruddin, (2003). Psikologi perkembangan: teori dan konsep. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd. Letham, C. & Miles, A. (2002) Communication, curriculum and clasroom practise. London : David Fulton Pub. http://www.angelfire.com http://www.bookcafe.com.my http://www.pendidikankhas.com.my 30
  • 31. 31
  • 32. 32