SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
International Journal of Research in Engineering and Science (IJRES)
ISSN (Online): 2320-9364, ISSN (Print): 2320-9356
www.ijres.org Volume 5 Issue 1 ǁ January. 2017 ǁ PP.37-44
www.ijres.org 37 | Page
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi
BC301 Visual Programming Di Politeknik Kota Kinabalu
Rini Hafzah Binti Abdul Rahim1
,Norazlina Binti Ahmad2
1,2
(Department of Mathematics Science and Computer, Politeknik Kota Kinabalu, Malaysia)
ABSTRACT: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan e-learning semakin diterima oleh
pelajar dengan memanfaatkan pengunaan komputer dan teknologi. E-learning membolehkan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan, interaktifdan
memudahcara pengajaran.Terdapat banyak perisian di pasaran bagi membangunkan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan e-learning, salah satu daripadanya ialah menggunkan perisian i-Spring.Perisian i-
Spring dipilih kerana ianya membolehkan penyediaan bahan e-learning dibangunkan dengan lebih mudah dan
berkesan dan ianya boleh berinteraksi dengan modul e-LearningLearning Management System (LMS) di portal
Curriculum Information Document Online System (CIDOS).Platfom LMS membolehkan capaian dan
pemantauan pelajar dapat dilaksanakan oleh pensyarah secara atas talian. E-learning menggunakan perisian i-
Spring bagi kursus Pengenalan Visual Programming dipilih kerana kursus ini menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran menggunakan kemudahan Makmal Komputer di Politeknik Kota Kinabalu. Ini adalah sangat
bersesuaian kerana salah satu keperluan utama e-learning ialah kemudahan komputer dan internet. Kertas kajian
ini akan menilai penerimaan dan keberkesanan pengunaan i-Spring bagi kursus BC301VisualProgramming
kepada kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) DEM semester 6 di Politeknik Kota
Kinabalu. E-learning menggunakan i-Spring ini digunakan bagi memberikan pengenalan kepada pelajar untuk
mempelajari kursus BC301 Visual Programming.Ini adalah kerana para pelajar ini tidak pernah mempelajari
apa-apa kursus pengaturcaaan dan pengaturcaraan adalah sesuatu yang asing bagi mereka. Kursus BC301 Visual
Programming ini, akan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic. Tujuan utama e-learning i-Spring ini
diwujudkan adalah bagi menarik minat pelajar bagi memanfaatkan teknik pengaturcaraan yang boleh
diaplikasikan kepada pelajar di masa hadapan khususnya bagi pelajar Kejuruteraan Mekanikal
Mekatronik.Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan soalan soal selidik YA dan TIDAK yang
mengandungi elemen keberkesanan inovasi yang terdapat pada e-learning i-Springini kepada 30 pelajar kursus
BC301.Hasil dapatan kajian keberkesanan e-learning i-Spring telah dianalisa dalam bentuk peratus dengan
membandingkan dan menentukan e-learning i-Spring dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
manual yang mana e-learning i-Spring lebih banyak mendapat jawapan YA.Kesimpulannya, e-learning i-Spring
ini telah mencapai keberkesanan melebihi 97% berbanding dengan kaedah pengajaran secara manual hanya
2.7% keberkesanan. Daripada dapatan tersebut, e-learning i-Spring dapat membantu pelajar lebih memahami
dan menarik minat pelajar untuk mempelajari Visual Programming dengan lebih menarik dan berkesan.
Keywords: e-learning, i-Spring, Visual Programming
I. INTRODUCTION
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mewujudkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN)
dengan satu kerangka dan hala tuju e-pembelajaran untuk dilaksanakan di institusi pendididikan tinggi untuk
jangka masa lima (5) tahun bermula dari tahun 2011 hingga 2015. Ia dilaksanakan mengikut tiga (3) fasa; Fasa
Permulaan (2011-2012), Fasa Pengisian (2013-2014) dan Fasa Optimum (2015). Salah satu matlamat DePAN
ialah bagi membudayakan penggunaan e-pembelajaran dan pengajaran di semua IPT agar dapat melahirkan
modal insan berkualiti, memiliki kecemerlangan ilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif, berdaya saing serta
dilengkapi kesopanan dan kesusilaan (Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, 2011)
Selari dengan Dasar e-Pembelajaran Negara, Jabatan Pendidikan Politeknik di bawah Bahagian
Instruksional dan Pembelajaran Digital telah mewujudkan Center of eLearning and teaching (CeLT). Celt telah
mewujudkan satu platform bagi membolehkan pensyarah dan pelajar melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran mengunakan e-learning mengunakan portal CIDOS melalui module Learning Management
System (LMS).Kelebihan mengunakan LMS CIDOS ini ialah capaian pelajar terhadap bahan yang disediakan
boleh dipantau dari semasa ke semasa termasuklah pelaksanaan kuiz oleh pelajar.
Politeknik Kota Kinabalu turut sama memainkan peranan bagi merealisasikan Dasar e-Pembelajaran
Negara dengan melaksanaan e-learning bagi proses pengajaran dan pembelajaran melalui panduan dan tunjuk
ajar dari Unit Interaktif dan Multimedia (UIDM). UIDM telah menganjurkan beberapa siri bengkel dan kursus
berkaitan e-learning, melalui bengkel dan kursus yang telah diadakan maka wujudlah bahan e-learning dan
salah satu daripadanya ialah i-Spring BC301 Visual Programming.
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming….
www.ijres.org 38 | Page
Bagi kajian ini i-Spring dipilih bagi menilai keberkesanan dan penerimaan pelajar bagi kursus BC301
Visual Programming terhadap pengajaran dan pembelajaran berteraskan e-learning.E-learning i-Spring BC301
Visual Programming dipecahkan kepada beberapa topik dan modul iaitu nota dalam bentuk slide dan video,
praktikal dalam bentuk slide dan video, kuiz, rumusan dan rujukan.
II. SOROTAN KAJIAN
A. Latar Belakang Kajian
Dalam kajian untuk menghasilkan e-learning i-Spring BC301 Visual Programming ini, beberapa
sorotan kajian telah didapati dari beberapa sumber dan seterusnya diolah dengan sebaiknya. Dengan ini, didapati
betapa pentingnya e-learning bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada
silibus Politeknik Malaysia.
Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang telah dibangunkan bagi menyediakan alat bantuan mengajar e-
learning Visual Programming. E-learningVisual Programming telah dibangunkan oleh Dr. Liew Voon Kiong
(2008).Beliau menyediakan pelbagai versi pengaturcaraan seperti 2008, 2010, 2012 dan 2013.Beliau juga
memaparkan paparan antaramuka bagi memudahkan pemahaman langkah-langkah pengaturcaraan Visual
Basic.Beliau juga membincangkan pelbagai topik dan disertakan contoh latihan dan paparan antaramuka.
Jimmy Daly (2008) juga membincangkan e-learning Visual Basic dengan pilihan pelbagai versi
pengaturcaraan sepert VB.NET, VB 2008, VB 2010, VB 2012, VB 2013. Beliau juga menerangkan pelbagai
topik dan pelbagai contoh pengaturcaraan bagi memudahkan pemahaman dan capaian.
Hendra, S.T (2009) membincangkan Visual Basic yang bertajuk Dasar Pemograman Visual Basic
mengunakan Ms Word.Beliau memberikan penerangan berkaitan Visual Basic beserta latihan pengukuhan bagi
memberikan pemahaman kepada pembaca.
Selain Ms Word, terdapat banyak perbincangan mengenai Visual Basic mengunakan pendekatan video
antaranya ialah Sam (2011) juga membincangkan Visual Basic Tutorial 1 - What Is Visual Basic dalam bentuk
video. Beliau menerangkan langkah-langkah mengunakan Visual Basic secara praktikal.Selain daripada itu, E-
learning yang dibangunkan oleh David Gassner (2013) juga mengunakan konsep video bagi memberikan
penerangan langkah demi langkah membangunkan sistem mengunakan Visual Basic.
B. Penyataan Masalah
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu dirancang dengan sempurna bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan mencapai objektif. Kursus BC301 Visual
Programming adalah merupakan kursus yang menggunakan Visual Basic sebagai bahasa pengaturcaraan.Kursus
ini adalah merupakan kursus elektif bagi para pelajar semester 6 bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
(Mekatronik).
Para pelajar bagi kursus BC301 Visual Programming ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang tiada asas
pengaturcaraan komputer ini bermakna pelajar-pelajar ini tidak pernah mempelajari apa-apa bahasa
pengaturcaraan sebelum ini.Amatlah penting untuk menarik minat dan perhatian pelajar-pelajar ini supaya dapat
memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian sepanjang kelas berlangsung.
Para pelajar juga mudah hilang fokus dan tumpuan apabila bahan bantuan mengajar yang digunakan
tidak menarik perhatian mereka untuk belajar, ini biasanya terjadi sekiranya bahan bantuan mengajar yang
digunakan tidak menarik perhatian pelajar.Adalah amat penting bagi mengekalkan fokus dan tumpuan pelajar
dengan bahan bantuan mengajar yang menarik dan berkesan.
Selain daripada itu, masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar ialah sekiranya pelajar tidak
hadir ke kelas mereka akan ketinggalan apa yang diajar oleh pensyarah. Ini akan menyukarkan pensyarah untuk
mengulang apa yang telah diajar bagi mengelakkan pelajar ketinggalan dan pelajar akan mengalami kesukaran
untuk mempelajari apa yang telah tertinggal. Adalah amat penting bagi menyediakan bahan bantuan mengajar
yang boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa di internet. Ini akan memudahkan pelajar menngulangkaji
apa yang mereka kurang mahir ataupun lemah.
Seiring dengan perkembangan komputer dan internet, kini pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik dengan e-learning.E-learning lebih mudah menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara.
Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi adalah amat sesuai sekali i-SpringBC301 Visual Programming ini
diwujudkan.
C. Objektif Kajian
Bagi menyelesaikan masalah yang telah dinyatakan melalui penyataan masalah, maka beberapa
objektif kajian telah dikenalpasti ;
 Merekabentuk e-learning i-Spring BC301 Visual Programming yang menarik dan berkesan kepada para
pelajar semester 6 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik). Bahan e-learning ini haruslah boleh
diakses oleh pelajar dari semasa ke semasa.
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming….
www.ijres.org 39 | Page
 Menguji keberkesanan dan penerimaan para pelajar terhadap e-learning i-Spring BC301Visual
Programming.
III. M ETADOLOGI KAJIAN
A. Pengenalan
Kajian metodologi merupakan pendekatan yang digunakan dalam usaha bagi memperolehi segala
maklumat yang diperlukan serta yang berkaitan e-learning i-Spring BC301 Visual Programming. Untuk
memperolehi maklumat yang diperlukan dan seterusnya mencapai matlamat yang telah ditetapkan, penyelidikan
ini dilaksanakan melalui langkah-langkah seperti berikut :-
B. Mengenalpasti masalah dan pemilihan tajuk
Tajuk dipilih selepas mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam menyediakan bahan bantuan
mengajar yang lebih menarik dan berkesan.Pengkaji telah membangunkan e-learning menggunakan perisian i-
Spring bagi kursus BC301Visual Programming. Pengkaji memilih tajuk ini kerana kursusVisual Programming ini
amat menarik sekali dan boleh memberikan banyak manfaat kepada pelajar di masa hadapan sama ada bagi
melanjutkan pelajaran ataupun boleh digunapakai di bidang pekerjaan.
C. Carta Alir
Pendekatan yang dipilih bagi bahan e-learning i-Spring ini ialah mudah difahami, menarik dan boleh
diakses dengan mudah.Bahan e-learning ini boleh diakses oleh pelajar mengunakan laman web CIDOS iaitu
http://portal.cidos.edu.my/.Setiap pelajar mempunyai akaun sendiri mengunakan no kad pengenalan
pelajar.Pelajar haruslah melayari laman web CIDOS dan memilih menu LMS bagi mengakses bahan-bahan yang
dimuatnaik oleh pensyarah kelas masing-masing. Proses membangunkan bahan e-learning i-Spring bagi kursus
BC301Visual Programmingadalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1:
Rajah 1 : Carta alir pembangunan e-learning i-Spring
1) Mula.
Fasa Mula dilakukan dengan mengenalpasti masalah dan memilih tajuk yang sesuai.Tajuk yang dipilih
e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming.Tajuk ini dipilih bagi membantu masalah yang
dihadapi pelajar berkaitan kursus BC301 yang mana pelajar-pelajar ini tidak mempunyai latarbelakang
programming.
2) Merekabentuk.
Fasa Merekabentuk dilakukan dengan merangka antaramuka dan perjalanan e-learning i-Spring bagi
kursus BC301Visual Programming seperti berikut :
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming….
www.ijres.org 40 | Page
Rajah 2 : Antaramuka utama Rajah 3 : Antaramuka topik
Rajah 4 : Silibus topik 1 Rajah 5 : Contoh bahasa pengaturcaraan
Rajah 6 : Antaramuka pengaturcaraan grafik dan teks Rajah 7 :Antaramuka contoh pengunaan VB
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming….
www.ijres.org 41 | Page
Rajah 8 : Antaramuka 5 langkah membangunkan projek
VB Rajah 9 : Antaramuka utama VB
Rajah 10 : Antaramuka latihan Rajah 11 : Antaramuka jawapan
Rajah 12 : Antaramuka penyambungan Rajah 13 : AntaramukaMenu Editor
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming….
www.ijres.org 42 | Page
Rajah 14 : Antaramuka mengikut topik Rajah 15 : Antaramuka kuiz topik 1
3) Membangunkan.
Fasa Membangunkan dilakukan dengan memasukkan rekabentuk, menyiapkan video yang telah
dirangka bagi nota dan praktikal, menyiapkan rakaman suara dan seterusnya menyiapkan semua perancangan
daripada awal hingga akhir bagi e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming.
4) Pengujian.
Fasa Pengujian dilakukan bagi memastikan e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming
dapat berfungsi seperti yang dirancang.
5) Pembetulan.
Fasa Pembetulan dilakukan bagi memperbaiki apa-apa kesalahan yang terdapat pada e-learning i-Spring
bagi kursus BC301 Visual Programming.
6) Tamat.
Fasa terakhir adalah Tamat, dimana proses pembangunan e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual
Programming telah selesai. Seterusnya e-learning ini di guna uji oleh 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan
Mekanikal (Mekatronik) DEMsemester 6 di Politeknik Kota Kinabalu.
IV. ANALISIS DAN DAPATAN
Kajian soal selidik telah dijalankan bagi membuat perbandingan antara proses pengajaran dan
pembelajaran mengunakan kaedah mengajar yang biasa dan proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan
alat bantuan mangajar e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming. Kajian ini dilakukan terhadap
30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) DEMsemester 6 di Politeknik Kota Kinabalu.
A. Analisa Data
Analisa data yang dijalankan mengunakan kaedah borang soal-selidik. Borang soal-selidik adalah cara
analisa data yang paling sesuai dan berkesan. Pemilihan item yang digunakan dalam soal-selidik ialah Ya-Tidak
yang memerlukan responden memilih “Ya” atau “Tidak” sebagai pilihan jawapan.Daripada 30 sampel, didapati
e-learning i-Spring mendapat 175 responden YA untuk aplikasi ini manakala 5 memilih TIDAK. Jadual analisa
soal selidik adalah seperti berikut :
Jadual 1 :Analisa perbandingan soal selidik bahan bantuan mengajar biasa dan bahan bantuan mengajar e-
learning i-Spring
Kategori Soalan Soal Selidik
Jawapan YA
Bahan bantuan
mengajar biasa
(Power Point)
Bahan bantuan
mengajar e-
learning
i-Spring
Menarik 0 30
Interaktif 2 28
Mudah digunakan 2 28
Mudah difahami 1 29
Mudah diakses 0 30
Kuiz membantu ulangkaji 0 30
Jumlah 5 175
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming….
www.ijres.org 43 | Page
Rajah 16 : Graf perbandingan soal selidik bahan bantuan mengajar biasa dan bahan bantuan mengajar e-
learning i-Spring
Hasil dapatan kajian keberkesanan alat bantuan mangajar e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual
Programming telah dianalisa dalam bentuk peratus yang mana alat bantuan mangajar e-learning i-Spring bagi
kursus BC301Visual Programming lebih banyak mendapat jawapan YA.
Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan alat bantuan mangajar e-learning i-
Spring bagi kursus BC301Visual Programming ini telah mencapai keberkesanan melebihi 97% berbanding
dengan proses pengajaran dan pembelajaran biasa hanya mendapat 2.7%. Daripada dapatan analisa, proses
pengajaran dan pembelajaran mengunakan alat bantuan mengajar e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual
Programming dapat membantu pelajar memahami Visual Basic dengan lebih berkesan berbanding kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara biasa iaitu menggunakan whiteboard dan marker.
B. Dapatan
Hasil dapatan yang diperolehi ialah, e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming
dibangunkan berpandukan kepada silibus dan kehendak Politeknik Malaysia. Ini adalah menjadi teras utama
yang membezakan e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dengan bahan e-learning yang
telah sedia ada diwujudkan sama ada mengunakan perisian Microsoft Word, Microsoft Power Point, video
ataupun bahan e-learning yang lain.
V. KESIMPULAN DAN CADANGAN
Proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan pendekatan e-learning semakin diterima oleh
pensyarah dan pelajar pada masa kini, ini sedikit sebanyak menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan. Ianya sekaligus dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan
seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar di Politeknik Kota Kinabalu khususnya bagi bagi kursus
BC301Visual Programming.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah pengunaan e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual
Programming telah lebih membantu pelajar bagi memahami kerana ianya sangat menarik minat pelajar dan
mudah difahami. Kini pelajar boleh membuat ulangkaji pelajaran yang akan mereka pelajari atau yang telah
mereka pelajari pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan capaian internet.
0
5
10
15
20
25
30
35
PnPBiasa
PnPe-learning
Menarik
Interaktif
Mudah digunakan
Mudah difahami
Mudah diakses
Kuiz membantu ulangkaji
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming….
www.ijres.org 44 | Page
D. Kebaikan Produk :
 Mudah digunakan, e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dibangunkan bagi
membolehkan pelajar mempelajari Visual Basic dengan lebih menarik dan berkesan.
 Menjimatkan masa, e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dapat menjimatkan masa
pensyarah dan pelajar kerana ianya boleh dimainkan berulangkali dengan adanya capaian internet.
 Interaktif,e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dibangunkan dengan ciri-ciri
interaktif bagi memudahkan pembelajaran pelajar.
 Fleksible, e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming boleh digunakan pada bila-bila
masa dan di mana sahaja dengan adanya capaian internet.
E. Cadangan Penambahbaikkan
Buat masa ini e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming hanya boleh digunakan bagi
kursus BC301, cadangan penambahbaikkan ialah dengan meluaskan pengunaannya kepada kursus-kursus lain
yang bersesuaian di peringkat jabatan induk dan jabatan sokongan di Politeknik Kota Kinabalu.
REFERENCES
[1]. David Gassner, “Visual Basic Essentisal Training”. Retrieved from http://www.lynda.com. 2013
[2]. Diane Zak, “Clearly Visual Basic- Programming with Microsoft Visual Basic 2012”. 2013
[3]. Dr.Liew Voon Kiong, “Visual Basic 6 Tutorial”. Retrieved from http://www.vbtutor.net/vb6, 2008
[4]. Hendra, S.T. Dasar Pemograman Visual Basic. Retrieved from http://oke.or.id, 2009
[5]. Jimmy Daly, “Visual Basic Tutorials”. Retrieved from http://www.visual-basic-tutorials.com, 2008
[6]. Julia Case Bradley, Anita C. Millspaugh, “Programming In Visual Basic 2010”. 2011
[7]. Kementerian Pangajian Tinggi Malaysia, “Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN)”. 2011
[8]. Sam, Visual Basic Tutorial 1 - What Is Visual Basic. Retrieved from https://www.thenewboston.com,
2011

More Related Content

What's hot

Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran danPengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran danFara Najua
 
Powerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikelPowerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikelSupra Mani
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PShah Awang
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikErmahijra Kalam
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIrma Gurlz
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentationNor Aminah
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaAmalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaMohamed Amin Embi
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 

What's hot (13)

Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran danPengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
 
Powerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikelPowerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikel
 
Pembelajaran elektronik
Pembelajaran elektronikPembelajaran elektronik
Pembelajaran elektronik
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP Matematik
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaAmalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 

Similar to Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Programming Di Politeknik Kota Kinabalu

Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajarPenggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajarnurulliyana28
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelsharilzal
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdfKPM
 
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICTModul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICTNorazlin Mohd Rusdin
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...fazudli
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahMrsEden
 
Pzen tekno 23 mei
Pzen tekno 23 meiPzen tekno 23 mei
Pzen tekno 23 meiirdina8795
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...syahrul225248
 
Huraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi MultimediaHuraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi Multimediaruude_90
 
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi MultimediaHuraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimediazhafdiana
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAHURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAKean Hagen
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copyFakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi copyNorazura Sulaiman
 
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfcombi07
 
aplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BMaplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BMAnas Arshad
 

Similar to Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Programming Di Politeknik Kota Kinabalu (20)

Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajarPenggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
 
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICTModul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolah
 
Pzen tekno 23 mei
Pzen tekno 23 meiPzen tekno 23 mei
Pzen tekno 23 mei
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
 
Huraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi MultimediaHuraian Sukatan Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Produksi Multimedia
 
Sukatan pro multimedia
Sukatan pro multimediaSukatan pro multimedia
Sukatan pro multimedia
 
sukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimediasukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimedia
 
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi MultimediaHuraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAHURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copyFakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
 
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
 
aplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BMaplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BM
 

Recently uploaded

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (11)

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Programming Di Politeknik Kota Kinabalu

  • 1. International Journal of Research in Engineering and Science (IJRES) ISSN (Online): 2320-9364, ISSN (Print): 2320-9356 www.ijres.org Volume 5 Issue 1 ǁ January. 2017 ǁ PP.37-44 www.ijres.org 37 | Page Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming Di Politeknik Kota Kinabalu Rini Hafzah Binti Abdul Rahim1 ,Norazlina Binti Ahmad2 1,2 (Department of Mathematics Science and Computer, Politeknik Kota Kinabalu, Malaysia) ABSTRACT: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan e-learning semakin diterima oleh pelajar dengan memanfaatkan pengunaan komputer dan teknologi. E-learning membolehkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan, interaktifdan memudahcara pengajaran.Terdapat banyak perisian di pasaran bagi membangunkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-learning, salah satu daripadanya ialah menggunkan perisian i-Spring.Perisian i- Spring dipilih kerana ianya membolehkan penyediaan bahan e-learning dibangunkan dengan lebih mudah dan berkesan dan ianya boleh berinteraksi dengan modul e-LearningLearning Management System (LMS) di portal Curriculum Information Document Online System (CIDOS).Platfom LMS membolehkan capaian dan pemantauan pelajar dapat dilaksanakan oleh pensyarah secara atas talian. E-learning menggunakan perisian i- Spring bagi kursus Pengenalan Visual Programming dipilih kerana kursus ini menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemudahan Makmal Komputer di Politeknik Kota Kinabalu. Ini adalah sangat bersesuaian kerana salah satu keperluan utama e-learning ialah kemudahan komputer dan internet. Kertas kajian ini akan menilai penerimaan dan keberkesanan pengunaan i-Spring bagi kursus BC301VisualProgramming kepada kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) DEM semester 6 di Politeknik Kota Kinabalu. E-learning menggunakan i-Spring ini digunakan bagi memberikan pengenalan kepada pelajar untuk mempelajari kursus BC301 Visual Programming.Ini adalah kerana para pelajar ini tidak pernah mempelajari apa-apa kursus pengaturcaaan dan pengaturcaraan adalah sesuatu yang asing bagi mereka. Kursus BC301 Visual Programming ini, akan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic. Tujuan utama e-learning i-Spring ini diwujudkan adalah bagi menarik minat pelajar bagi memanfaatkan teknik pengaturcaraan yang boleh diaplikasikan kepada pelajar di masa hadapan khususnya bagi pelajar Kejuruteraan Mekanikal Mekatronik.Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan soalan soal selidik YA dan TIDAK yang mengandungi elemen keberkesanan inovasi yang terdapat pada e-learning i-Springini kepada 30 pelajar kursus BC301.Hasil dapatan kajian keberkesanan e-learning i-Spring telah dianalisa dalam bentuk peratus dengan membandingkan dan menentukan e-learning i-Spring dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara manual yang mana e-learning i-Spring lebih banyak mendapat jawapan YA.Kesimpulannya, e-learning i-Spring ini telah mencapai keberkesanan melebihi 97% berbanding dengan kaedah pengajaran secara manual hanya 2.7% keberkesanan. Daripada dapatan tersebut, e-learning i-Spring dapat membantu pelajar lebih memahami dan menarik minat pelajar untuk mempelajari Visual Programming dengan lebih menarik dan berkesan. Keywords: e-learning, i-Spring, Visual Programming I. INTRODUCTION Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mewujudkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) dengan satu kerangka dan hala tuju e-pembelajaran untuk dilaksanakan di institusi pendididikan tinggi untuk jangka masa lima (5) tahun bermula dari tahun 2011 hingga 2015. Ia dilaksanakan mengikut tiga (3) fasa; Fasa Permulaan (2011-2012), Fasa Pengisian (2013-2014) dan Fasa Optimum (2015). Salah satu matlamat DePAN ialah bagi membudayakan penggunaan e-pembelajaran dan pengajaran di semua IPT agar dapat melahirkan modal insan berkualiti, memiliki kecemerlangan ilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif, berdaya saing serta dilengkapi kesopanan dan kesusilaan (Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, 2011) Selari dengan Dasar e-Pembelajaran Negara, Jabatan Pendidikan Politeknik di bawah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital telah mewujudkan Center of eLearning and teaching (CeLT). Celt telah mewujudkan satu platform bagi membolehkan pensyarah dan pelajar melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan e-learning mengunakan portal CIDOS melalui module Learning Management System (LMS).Kelebihan mengunakan LMS CIDOS ini ialah capaian pelajar terhadap bahan yang disediakan boleh dipantau dari semasa ke semasa termasuklah pelaksanaan kuiz oleh pelajar. Politeknik Kota Kinabalu turut sama memainkan peranan bagi merealisasikan Dasar e-Pembelajaran Negara dengan melaksanaan e-learning bagi proses pengajaran dan pembelajaran melalui panduan dan tunjuk ajar dari Unit Interaktif dan Multimedia (UIDM). UIDM telah menganjurkan beberapa siri bengkel dan kursus berkaitan e-learning, melalui bengkel dan kursus yang telah diadakan maka wujudlah bahan e-learning dan salah satu daripadanya ialah i-Spring BC301 Visual Programming.
  • 2. Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming…. www.ijres.org 38 | Page Bagi kajian ini i-Spring dipilih bagi menilai keberkesanan dan penerimaan pelajar bagi kursus BC301 Visual Programming terhadap pengajaran dan pembelajaran berteraskan e-learning.E-learning i-Spring BC301 Visual Programming dipecahkan kepada beberapa topik dan modul iaitu nota dalam bentuk slide dan video, praktikal dalam bentuk slide dan video, kuiz, rumusan dan rujukan. II. SOROTAN KAJIAN A. Latar Belakang Kajian Dalam kajian untuk menghasilkan e-learning i-Spring BC301 Visual Programming ini, beberapa sorotan kajian telah didapati dari beberapa sumber dan seterusnya diolah dengan sebaiknya. Dengan ini, didapati betapa pentingnya e-learning bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada silibus Politeknik Malaysia. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang telah dibangunkan bagi menyediakan alat bantuan mengajar e- learning Visual Programming. E-learningVisual Programming telah dibangunkan oleh Dr. Liew Voon Kiong (2008).Beliau menyediakan pelbagai versi pengaturcaraan seperti 2008, 2010, 2012 dan 2013.Beliau juga memaparkan paparan antaramuka bagi memudahkan pemahaman langkah-langkah pengaturcaraan Visual Basic.Beliau juga membincangkan pelbagai topik dan disertakan contoh latihan dan paparan antaramuka. Jimmy Daly (2008) juga membincangkan e-learning Visual Basic dengan pilihan pelbagai versi pengaturcaraan sepert VB.NET, VB 2008, VB 2010, VB 2012, VB 2013. Beliau juga menerangkan pelbagai topik dan pelbagai contoh pengaturcaraan bagi memudahkan pemahaman dan capaian. Hendra, S.T (2009) membincangkan Visual Basic yang bertajuk Dasar Pemograman Visual Basic mengunakan Ms Word.Beliau memberikan penerangan berkaitan Visual Basic beserta latihan pengukuhan bagi memberikan pemahaman kepada pembaca. Selain Ms Word, terdapat banyak perbincangan mengenai Visual Basic mengunakan pendekatan video antaranya ialah Sam (2011) juga membincangkan Visual Basic Tutorial 1 - What Is Visual Basic dalam bentuk video. Beliau menerangkan langkah-langkah mengunakan Visual Basic secara praktikal.Selain daripada itu, E- learning yang dibangunkan oleh David Gassner (2013) juga mengunakan konsep video bagi memberikan penerangan langkah demi langkah membangunkan sistem mengunakan Visual Basic. B. Penyataan Masalah Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu dirancang dengan sempurna bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan mencapai objektif. Kursus BC301 Visual Programming adalah merupakan kursus yang menggunakan Visual Basic sebagai bahasa pengaturcaraan.Kursus ini adalah merupakan kursus elektif bagi para pelajar semester 6 bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik). Para pelajar bagi kursus BC301 Visual Programming ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang tiada asas pengaturcaraan komputer ini bermakna pelajar-pelajar ini tidak pernah mempelajari apa-apa bahasa pengaturcaraan sebelum ini.Amatlah penting untuk menarik minat dan perhatian pelajar-pelajar ini supaya dapat memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian sepanjang kelas berlangsung. Para pelajar juga mudah hilang fokus dan tumpuan apabila bahan bantuan mengajar yang digunakan tidak menarik perhatian mereka untuk belajar, ini biasanya terjadi sekiranya bahan bantuan mengajar yang digunakan tidak menarik perhatian pelajar.Adalah amat penting bagi mengekalkan fokus dan tumpuan pelajar dengan bahan bantuan mengajar yang menarik dan berkesan. Selain daripada itu, masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar ialah sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas mereka akan ketinggalan apa yang diajar oleh pensyarah. Ini akan menyukarkan pensyarah untuk mengulang apa yang telah diajar bagi mengelakkan pelajar ketinggalan dan pelajar akan mengalami kesukaran untuk mempelajari apa yang telah tertinggal. Adalah amat penting bagi menyediakan bahan bantuan mengajar yang boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa di internet. Ini akan memudahkan pelajar menngulangkaji apa yang mereka kurang mahir ataupun lemah. Seiring dengan perkembangan komputer dan internet, kini pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dengan e-learning.E-learning lebih mudah menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara. Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi adalah amat sesuai sekali i-SpringBC301 Visual Programming ini diwujudkan. C. Objektif Kajian Bagi menyelesaikan masalah yang telah dinyatakan melalui penyataan masalah, maka beberapa objektif kajian telah dikenalpasti ;  Merekabentuk e-learning i-Spring BC301 Visual Programming yang menarik dan berkesan kepada para pelajar semester 6 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik). Bahan e-learning ini haruslah boleh diakses oleh pelajar dari semasa ke semasa.
  • 3. Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming…. www.ijres.org 39 | Page  Menguji keberkesanan dan penerimaan para pelajar terhadap e-learning i-Spring BC301Visual Programming. III. M ETADOLOGI KAJIAN A. Pengenalan Kajian metodologi merupakan pendekatan yang digunakan dalam usaha bagi memperolehi segala maklumat yang diperlukan serta yang berkaitan e-learning i-Spring BC301 Visual Programming. Untuk memperolehi maklumat yang diperlukan dan seterusnya mencapai matlamat yang telah ditetapkan, penyelidikan ini dilaksanakan melalui langkah-langkah seperti berikut :- B. Mengenalpasti masalah dan pemilihan tajuk Tajuk dipilih selepas mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam menyediakan bahan bantuan mengajar yang lebih menarik dan berkesan.Pengkaji telah membangunkan e-learning menggunakan perisian i- Spring bagi kursus BC301Visual Programming. Pengkaji memilih tajuk ini kerana kursusVisual Programming ini amat menarik sekali dan boleh memberikan banyak manfaat kepada pelajar di masa hadapan sama ada bagi melanjutkan pelajaran ataupun boleh digunapakai di bidang pekerjaan. C. Carta Alir Pendekatan yang dipilih bagi bahan e-learning i-Spring ini ialah mudah difahami, menarik dan boleh diakses dengan mudah.Bahan e-learning ini boleh diakses oleh pelajar mengunakan laman web CIDOS iaitu http://portal.cidos.edu.my/.Setiap pelajar mempunyai akaun sendiri mengunakan no kad pengenalan pelajar.Pelajar haruslah melayari laman web CIDOS dan memilih menu LMS bagi mengakses bahan-bahan yang dimuatnaik oleh pensyarah kelas masing-masing. Proses membangunkan bahan e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programmingadalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1: Rajah 1 : Carta alir pembangunan e-learning i-Spring 1) Mula. Fasa Mula dilakukan dengan mengenalpasti masalah dan memilih tajuk yang sesuai.Tajuk yang dipilih e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming.Tajuk ini dipilih bagi membantu masalah yang dihadapi pelajar berkaitan kursus BC301 yang mana pelajar-pelajar ini tidak mempunyai latarbelakang programming. 2) Merekabentuk. Fasa Merekabentuk dilakukan dengan merangka antaramuka dan perjalanan e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming seperti berikut :
  • 4. Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming…. www.ijres.org 40 | Page Rajah 2 : Antaramuka utama Rajah 3 : Antaramuka topik Rajah 4 : Silibus topik 1 Rajah 5 : Contoh bahasa pengaturcaraan Rajah 6 : Antaramuka pengaturcaraan grafik dan teks Rajah 7 :Antaramuka contoh pengunaan VB
  • 5. Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming…. www.ijres.org 41 | Page Rajah 8 : Antaramuka 5 langkah membangunkan projek VB Rajah 9 : Antaramuka utama VB Rajah 10 : Antaramuka latihan Rajah 11 : Antaramuka jawapan Rajah 12 : Antaramuka penyambungan Rajah 13 : AntaramukaMenu Editor
  • 6. Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming…. www.ijres.org 42 | Page Rajah 14 : Antaramuka mengikut topik Rajah 15 : Antaramuka kuiz topik 1 3) Membangunkan. Fasa Membangunkan dilakukan dengan memasukkan rekabentuk, menyiapkan video yang telah dirangka bagi nota dan praktikal, menyiapkan rakaman suara dan seterusnya menyiapkan semua perancangan daripada awal hingga akhir bagi e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming. 4) Pengujian. Fasa Pengujian dilakukan bagi memastikan e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dapat berfungsi seperti yang dirancang. 5) Pembetulan. Fasa Pembetulan dilakukan bagi memperbaiki apa-apa kesalahan yang terdapat pada e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming. 6) Tamat. Fasa terakhir adalah Tamat, dimana proses pembangunan e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming telah selesai. Seterusnya e-learning ini di guna uji oleh 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) DEMsemester 6 di Politeknik Kota Kinabalu. IV. ANALISIS DAN DAPATAN Kajian soal selidik telah dijalankan bagi membuat perbandingan antara proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah mengajar yang biasa dan proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan alat bantuan mangajar e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming. Kajian ini dilakukan terhadap 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) DEMsemester 6 di Politeknik Kota Kinabalu. A. Analisa Data Analisa data yang dijalankan mengunakan kaedah borang soal-selidik. Borang soal-selidik adalah cara analisa data yang paling sesuai dan berkesan. Pemilihan item yang digunakan dalam soal-selidik ialah Ya-Tidak yang memerlukan responden memilih “Ya” atau “Tidak” sebagai pilihan jawapan.Daripada 30 sampel, didapati e-learning i-Spring mendapat 175 responden YA untuk aplikasi ini manakala 5 memilih TIDAK. Jadual analisa soal selidik adalah seperti berikut : Jadual 1 :Analisa perbandingan soal selidik bahan bantuan mengajar biasa dan bahan bantuan mengajar e- learning i-Spring Kategori Soalan Soal Selidik Jawapan YA Bahan bantuan mengajar biasa (Power Point) Bahan bantuan mengajar e- learning i-Spring Menarik 0 30 Interaktif 2 28 Mudah digunakan 2 28 Mudah difahami 1 29 Mudah diakses 0 30 Kuiz membantu ulangkaji 0 30 Jumlah 5 175
  • 7. Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming…. www.ijres.org 43 | Page Rajah 16 : Graf perbandingan soal selidik bahan bantuan mengajar biasa dan bahan bantuan mengajar e- learning i-Spring Hasil dapatan kajian keberkesanan alat bantuan mangajar e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming telah dianalisa dalam bentuk peratus yang mana alat bantuan mangajar e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming lebih banyak mendapat jawapan YA. Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan alat bantuan mangajar e-learning i- Spring bagi kursus BC301Visual Programming ini telah mencapai keberkesanan melebihi 97% berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran biasa hanya mendapat 2.7%. Daripada dapatan analisa, proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan alat bantuan mengajar e-learning i-Spring bagi kursus BC301Visual Programming dapat membantu pelajar memahami Visual Basic dengan lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran secara biasa iaitu menggunakan whiteboard dan marker. B. Dapatan Hasil dapatan yang diperolehi ialah, e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dibangunkan berpandukan kepada silibus dan kehendak Politeknik Malaysia. Ini adalah menjadi teras utama yang membezakan e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dengan bahan e-learning yang telah sedia ada diwujudkan sama ada mengunakan perisian Microsoft Word, Microsoft Power Point, video ataupun bahan e-learning yang lain. V. KESIMPULAN DAN CADANGAN Proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan pendekatan e-learning semakin diterima oleh pensyarah dan pelajar pada masa kini, ini sedikit sebanyak menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan. Ianya sekaligus dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar di Politeknik Kota Kinabalu khususnya bagi bagi kursus BC301Visual Programming. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah pengunaan e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming telah lebih membantu pelajar bagi memahami kerana ianya sangat menarik minat pelajar dan mudah difahami. Kini pelajar boleh membuat ulangkaji pelajaran yang akan mereka pelajari atau yang telah mereka pelajari pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan capaian internet. 0 5 10 15 20 25 30 35 PnPBiasa PnPe-learning Menarik Interaktif Mudah digunakan Mudah difahami Mudah diakses Kuiz membantu ulangkaji
  • 8. Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Programming…. www.ijres.org 44 | Page D. Kebaikan Produk :  Mudah digunakan, e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dibangunkan bagi membolehkan pelajar mempelajari Visual Basic dengan lebih menarik dan berkesan.  Menjimatkan masa, e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dapat menjimatkan masa pensyarah dan pelajar kerana ianya boleh dimainkan berulangkali dengan adanya capaian internet.  Interaktif,e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming dibangunkan dengan ciri-ciri interaktif bagi memudahkan pembelajaran pelajar.  Fleksible, e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan adanya capaian internet. E. Cadangan Penambahbaikkan Buat masa ini e-learning i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming hanya boleh digunakan bagi kursus BC301, cadangan penambahbaikkan ialah dengan meluaskan pengunaannya kepada kursus-kursus lain yang bersesuaian di peringkat jabatan induk dan jabatan sokongan di Politeknik Kota Kinabalu. REFERENCES [1]. David Gassner, “Visual Basic Essentisal Training”. Retrieved from http://www.lynda.com. 2013 [2]. Diane Zak, “Clearly Visual Basic- Programming with Microsoft Visual Basic 2012”. 2013 [3]. Dr.Liew Voon Kiong, “Visual Basic 6 Tutorial”. Retrieved from http://www.vbtutor.net/vb6, 2008 [4]. Hendra, S.T. Dasar Pemograman Visual Basic. Retrieved from http://oke.or.id, 2009 [5]. Jimmy Daly, “Visual Basic Tutorials”. Retrieved from http://www.visual-basic-tutorials.com, 2008 [6]. Julia Case Bradley, Anita C. Millspaugh, “Programming In Visual Basic 2010”. 2011 [7]. Kementerian Pangajian Tinggi Malaysia, “Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN)”. 2011 [8]. Sam, Visual Basic Tutorial 1 - What Is Visual Basic. Retrieved from https://www.thenewboston.com, 2011