1. OLEH :
MOHAMAD ZAMRI BIN ISHAK
M20141000706
PENSYARAH :
PROF. MADYA DATO’ ABD LATIF BIN GAPOR
2. TAJUK JURNAL
Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-
Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik
(Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning Among The
University’s Academic Staff)
RUBIAH OMAR
JAMILAH HJ AHMAD
3. Kajian tinjauan ini telah dijalankan dalam kalangan ahli
akademik Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap
kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran
dalam kalangan ahli akademik yang membantu proses
pembelajarn dan pengajaran. Hasil kajian mendapati
kesedaran responden terhadap lima konsep e-
pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
adalah tinggi. Secara keseluruhan, responden menerima
secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam
membantu proses pembelajaran dan pengajaran.
4. E-pembelajaran merupakan satu kaedah pembelajaran pada
masa hadapan. Pembelajaran akan menjadi lebih efektif ,
terkini bahkan boleh menyumbang kepada persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel dan
berkesan.
USM merupakan sebuah universiti yang telah melaksanakan e-
pembelajaran sejak sekian lama . Sehingga kini terdapat
beberapa program e-pembelajarnan yang dianggap berjaya
seperti e-pembelajaran, e-tugasan, e-Media dan sebagainya
lagi.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh
manakah kesediaan ahli akedemik menerima e-pembelajaran
dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang
menjadi penyebab penerimaam atau penolakkan kepada
kaedah ini.
5. Kajian ini melibatkan e-pembelajaran daripada aspek
berikut:
1. Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran
2. Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara
kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan
pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli
akademik
3. Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam
membantu proses pembelajaran dan pengajaran
6. REKA BENTUK TINJAUAN
BERBENTUK KAJIAN DESKRIPTIF
RESPONDEN TERDIRI DARIPADA
AHLI AKADEMIK USM, PULAU
PINANG
ANALISIS KUANTITATIF DIGUNAKAN
7. 1. KESEDARAN TERHADAP KONSEP E-PEMBELAJARAN
DALAM SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa
kebanyakan ahli akademik USM sedar
terhadap kepentingan e-pembelajaran dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
8. 2. PENILAIAN TERHADAP HUBUNGAN YANG SIGNIFIKAN
ANTARA KEFAHAMAN TERHADAP E-PEMBELAJARAN
DENGAN KESEDIAAN PEMBELAJARAN ARAHAN KENDIRI
DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa
terdapat faktor-faktor lain yang
mempengaruhi pelaksanaan e-pembelajaran
seperti faktor kemudahan komputer dan
kesediaan kendiri para pelajar yang
bermotivasi ke arah mencapai matlamat
pembelajaran
9. 3. PENERIMAAN PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM
MEMBANTU PROSES PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa ahli
akademik USM sudah menerima sistem e-
pembelajaran dalam pengajaran mereka
secara positif .
10. Ketiga-tiga objektif yang dinyatakan telah dicapai.
Penggunaan teknologi dalam pelaksanaan e-
pembelajaran berupaya menjadikan pembelajaran
lebih efektif.
Pelajar akan menjadi lebih berinovatif dan kreatif.
Konsep e-pembelajaran adalah seiring dengan
perkembangan teknologi dan sistem pendidikan
pada masa akan datang.