Dokumen tersebut menjelaskan berbagai jenis peribahasa dalam bahasa Melayu seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, lidah pendita, tamsil dan ibarat. Peribahasa-peribahasa tersebut memiliki makna yang berbeda dari arti harfiah kata-katanya dan berfungsi sebagai pedoman hidup dan nasihat bagi masyarakat.
1. PERIBAHASA
1. Simpulan Bahasa
- ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna
yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut
Contoh : buka mulut (bercakap), langkah kanan(nasib baik)
2. Perumpamaan
- perbandingan makna yang sangat jelas kerana didahului oleh perkataan ‘seolah-olah’,
‘ibarat’, ,’bak’, ‘seperti’, ‘laksana’, ‘macam’, ‘bagai’, dan ‘umpama’/ simile
Contoh : ibarat mencangkul angin, macam ikan kena tuba
3. Pepatah
- disebut juga perbilangan, ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam
- makna ungkapan tidak berubah-ubah
- berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat
resam
- memiliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu
Contoh : tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati
4. Bidalan
- pepatah/peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat
Contoh : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
habis akal, barulah tawakal
5. Perbilangan
-seakan-akan bidalan dan pepatah juga, tetapi perkataan-perkataannya berenggan-renggan
dua atau lebih, disebut satu-satu seperti orang membilang, dan isinya hampir-hampir sudah
jadi seperti undang-undang tetap.
Contoh : Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.
Hukum berdiri dengan saksi,
Adat berdiri dengan tanda.
6. Lidah Pendita
-perkataannya bijak, pendek, sedap didengar, benar
-biasanya dipetik daripada buku-buku/percakapan orang yang bijak-bijak
Contoh : Muafakat itu berkat,
Dengan muafakat dapat diangkat
Jangan pandang orang berkata
Pandang apa yang ia kata
7. Tamsil
-ertinya yang asal adalah memberi misalan, dengan makna yang berkias yang membanding
secara terang-terang tetapi panjang dan kerap mengandungi pengajaran dan teladan, baik
dikatakan dengan pepatah yang sudah masyhur atau dengan perkataan yang direka-reka.
Contoh : macam daun terap, bunyinya deguh-degah, tetapi jatuh ke tanah berdesir sahaja
8. Ibarat
-bahasa yang menyatakan sesuatu maksud dengan perkataan yang berkias, zahir,
perkataannya lain dan maksud yang dikehendaki lain. Ibarat juga terdapat dalam pantun
kanak-kanak.
Contoh : ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang
Kalau tuan pandai ibarat
Apa binatang keris di kaki?
aro/jpm Page 1