Pantun menggunakan berbagai gaya bahasa seperti metafora, simile, hiperbola, dan personifikasi. Metafora melibatkan pemindahan makna kata, seperti "gading bertuah" yang bermakna sesuatu yang berharga. Simile membandingkan dua objek, seperti "bagai bunga kembang tak jadi." Hiperbola menyatakan perasaan secara berlebihan, seperti "keringlah laut." Personifikasi memberi objek sifat manusia, se
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Bahasa dlm pantun
1. Metafora Dalam Pantun
Gaya bahasa dalam pantun yang dominan ialah penggunaan Metafora,
Simile, Personifikasi dan Hiperbola, Metafora berlaku apabila perkataan-perkataan
yang digunakan mempunyai makna yang menyimpang dari maknanya yang asal
atau makna yang literal. Ini bererti telah terdapat pemindahan atau penyimpangan
makna di dalam kata-kata. Ia tidak lagi dapat dirujuk secara literal . Contoh:
Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Ungkapan gading bertuah di baris ke tiga adalah sebuah metafora kerana ia
digunakan untuk membawa makna yang lain iaitu sesuatu yang mahal dan dihargai.
Pantun ini lebih digunakan bagi seseorang yang digantikan dengan lain. Pemantun
mengharapkan agar dia dapat dihargai dan tidak dilupakan begitu saja dengan
kehadiran orang baru.
Simile ialah menyamakan atau mengumpamakan sesuatu dengan sesuatu
yang lain. Perkataan bagai, umpama, seperti, sepantun digunakan dalam
perbandingan tersebut. Contoh Simile:
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jika hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.
Selasih di Teluk Dalam
Datang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama di burung balam
Mata terlepas badan terkurung
Pantun juga menggunakan hiperbola bagi menyatakan perasaan secara berlebih-
lebihan. Contoh Hiperbola
Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
2. Keringlah laut Selat Melaka
Barulah dinda mungkirkan janji
“Keringlah laut Selat Melaka” adalah hiperbola kerana tidak mungkin laut akan
kering airnya.
Personofikasi berlaku bila sesuatu objek diberikan perasaan atau perlakuan seperti
manusia. Contoh Personifikasi:
Bacang masak mempelam manis
makanan anak bidadari
bintang teresak, bulan menangis
hendak bertemu si matahari.
Di dalam pantun di atas bintang dan bulan diberikan perlakuan manusia iaitu teresak
dan menangis