Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
A163794 NUR IZYAN SHAHIRAH BINTI KAMARUDDIN
1. AMALAN TERBAIK DALAM
PEMBANGUNAN SOSIAL
LMCP1552 PEMBANGUNAN
MAPAN DALAM ISLAM
PENSYARAH: PROF. DR. RIZA ATIQ BIN ABDULLAH
NAMA: NUR IZYAN SHAHIRAH BINTI KAMARUDDIN
NO. MATRIK: A163794
2. PENDAHULUAN
PEMBANGUNAN SOSIAL:
• Ialah proses untuk seseorang mendapatkan identiti dan tingkahlaku
daripada masyarakat.
• Pembangunan sosial amat penting untuk keselesaan hidup manusia.
AMALAN BAIK :
• Amalan baik ialah satu amalan yang amat dituntut demi
mendapatkan kesejahteraan bersama.
• Amalan baik akan memberi impak yang positif dalam masyarakat
sekaligus melahirkan pembangunan mapan dalam islam.
3. MENDALAMI ILMU
Orang yang berilmu, yang mengetahui tentang sesuatu
selamanya tidak sama dengan orang jahil, yang tidak
mengetahui tentang sesuatu. Dalam urusan apa
sekalipun, sama ada urusan agama atau urusan dunia,
orang yang berilmu akan berada di hadapan,
memimpin dan membimbing orang yang tidak berilmu
atau orang yang kurang ilmunya.
4. Kedudukan dan keistimewaan orang yang berilmu serta
yang mencari ilmu dinyatakan di dalam banyak ayat
dan hadis serta ulasan-ulasan para ulama. Di antaranya,
firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman
di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang kamu lakukan.” (Al-Mujaadalah: 11)
5. KESAN MASYARAKAT BERILMU
TERHADAP PEMBANGUNAN SOSIAL
• Masyarakat yang berilmu dapat membantu
membangunkan sesebuah negara kerana ilmu yang
diperoleh boleh disebarkan ke serata tempat.
• Memberikan sumbangan yang besar akan
pertumbuhan dan perkembangan negara dalam
pelbagai bidang seterusnya dapat menjamin
kesejahteraan negara.
• Huru- hara, kerosakan harta, permusuhan dan
sebagainya dapat dielakkan kerana masyarakat yang
berilmu tahu akan membezakan antara yang baik dan
buruk.