SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
Download to read offline
DRAF
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
TAHUN LIMA
DRAF
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
TAHUN LIMA
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN
i. Matlamat
ii. Objektif
iii. Pelaksanaan Subjek Modul
5
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6
PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD
TAFSIRAN UMUM
TAFSIRAN MATA PELAJARAN
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
7
8
8
9
11
DRAF
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak
menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).
Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran
di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii susunan aktiviti; dan
iv bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan
Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan
pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan
tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan
murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
DRAF
2
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
DRAF
3
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta seperti di Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan
Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta  Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.
DRAF
4
KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran
inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada
elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata
pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti
murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk sikap dan personaliti yang positif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
 Mengamalkan sikap keusahawanan;
 Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
 Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
 Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
DRAF
5
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK
iaitu:
 Belajar mengenai TMK
 Belajar melalui TMK
 Belajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN
Mata Pelajaran : Teknologi Maklumat and Komunikasi (TMK)
Matlamat
TMK adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai
bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. TMK juga
teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer,
perkasasan dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses,
menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan
melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.
Objektif
Standard Kurikulum TMK memfokuskan kepada pengetahuan
perkasasan dan aplikasi perisian dalam menghadapi pelbagai
bentuk maklumat pada murid pendidikan khas Tahap II ( Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6).
Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh topik Standard
Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap
kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Guru
boleh menggunakan standard ini dalam perancangan aktiviti
berasaskan TMK.
i. Pengenalan makmal komputer
ii. Pengurusan makmal komputer
iii. Pengenalan kepada perkakasan komputer
iv. Fungsi perkakasan komputer
v. Pengenalan kepada aplikasi sistem komputer
DRAF
6
vi. Pengaplikasian sistem komputer
vii. Pengenalan kepada internet
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TMK boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
seronok serta membentuk guru dan murid menjadi lebih kreatif dan
inovatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran TMK,
guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:
 Pembelajaran kendiri
 Kolaboratif
 Pembelajaran berasaskan projek
 Inkuiri-penemuan
 Penyelesaian masalah
 Pembelajaran masteri
 Konstruktivisme
 Pembelajaran Penerokaan
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Rancangan Pendidikan Individu (RPI):
…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang
menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap
murid berkeperluan pendidikan khas.
(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013).
...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh
menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)
Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,
2000)
RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi
keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu
murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian
DRAF
7
dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan
yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak
sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS
dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga
pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut
komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan
pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
 Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan
pengamalan nilai murni;
 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring
dengan PdP;
 Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
DRAF
8
 Merujuk standard prestasi yang dibina
berdasarkan standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
 Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
 Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.
Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
Tafsiran Umum
MAKSUD
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN UMUM
Tahu 1
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
Tahu dan
Faham
2
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang
telah dipelajari.
DRAF
9
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat
3
Murid menggunakan pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
4
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab, iaitu mengikut prosedur
atau secara sistematik.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji
5
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
pada situasi baharu, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal,
dan bersikap positif.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali
6
Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
pada situasi baharu secara sistematik,
bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta
boleh dicontohi.
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
Tafsiran mata pelajaran
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1 Mengetahui tentang asas TMK
2 Mengetahui dan memahami tentang asas TMK
3 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
asasTMK
4
Mengetahui, memahami dan mengaplikasi
asasTMK mengikut prosedur yang betul
5
Mengetahui, memahami,mengaplikasi dan
mempraktikkan asas TMK dengan lebih
sistematik
6
Mengetahui,
memahami,mengaplikasi,mempraktik serta boleh
menyampaikan maklumat asas TMK dengan
lebih kreatif dan kritis
Jadual 2:Tafsiran Tahap Penguasaan bagi
mata pelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran
Sekolah
Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
DRAF
10
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
DRAF
11
1. PENGURUSAN KOMPUTER
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
1.1 Mengaplikasikan
penggunaan komputer
1.1.1 Memastikan perkakasan
komputer dalam keadaan
yang bersih dan teratur
1.1.2 Mengenal pasti dan
menyatakan urutan
langkah-langkah
menggunakan komputer:
i. Menghidupkan dan
mematikan suis utama
ii. Menghidupkan dan
mematikan suis AVR
iii. Menghidupkan dan
mematikan suis sistem
iv. Menghidupkan dan
mematikan suis monitor
1
Menunjukkan situasi perkakasan komputer yang berada
dalam keadaan yang bersih dan teratur
2
Menerangkan cara membersihkan dan menyusun atur
perkakasan komputer.
3
Menunjukkan cara
i. Menghidupkan dan mematikan suis utama
ii. Menghidupkan dan mematikan suis AVR
iii. Menghidupkan dan mematikan suis sistem
iv. Menghidupkan dan mematikan suis monitor
DRAF
12
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
4
Menerapkan aspek keselamatan ketika mempraktikkan
tatacara
i. Menghidupkan dan mematikan suis utama dengan
cara yang betul
ii. Menghidupkan dan mematikan suis AVR dengan cara
yang betul
iii. Menghidupkan dan mematikan suis sistem dengan
cara yang betul
iv. Menghidupkan dan mematikan suis monitor dengan
cara yang betul
5
Mempraktikkan tatacara menggunakan
komputer mengikut urutan langkah penggunaan komputer
yang betul dan sistematik.
6
Menyusun mengikut keutamaan dan boleh membantu rakan
menghidupkan dan mematikan komputer dengan lebih teratur
dan sistematik.
DRAF
13
2. PERANTI KOMPUTER
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
2.1 Mengetahui peranti input 2.1.1 Mengenal pasti dan
menyatakan peranti input:
i. Papan kekunci(keyboard)
ii. Tetikus (mouse)
iii. Mikrofon (microphone)
1
Menunjukkan peranti input :
i. Papan kekunci (keyboard).
ii. Tetikus (mouse).
iii. Mikrofon (microphone).
2
Menamakan peranti input :
i. Papan kekunci (keyboard).
ii. Tetikus (mouse).
iii. Mikrofon (microphone.
3
Menjelaskan dengan contoh fungsi peranti input :
i. Papan kekunci (keyboard).
ii. Tetikus (mouse).
iv.Mikrofon (microphone
4 Membezakan penggunaan peranti input :
i. Papan kekunci (keyboard).
DRAF
14
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
ii. Tetikus (mouse).
iii. Mikrofon (microphone
5 Mempraktikkan cara penggunaan peranti input dengan betul.
6 Demonstrasi tatacara menggunakan peranti input dengan
betul
DRAF
15
2. PERANTI KOMPUTER
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
2.2 Mengetahui peranti output 2.2.1 Mengenal pasti dan
menyatakan peranti output:
i. Monitor
ii. Pembesar suara
(speaker)
iii. Fon kepala (headphone)
iv. Mesin pencetak (printer)
1
Menunjukkan peranti output :
i. Monitor
ii. Pembesar suara (speaker)
iii. Fon kepala (headphone).
iv. Mesin pencetak (printer).
2
Menamakan peranti output :
i. Monitor
ii. Pembesar suara (speaker)
iii. Fon kepala (headphone).
iv. Mesin pencetak (printer).
3
Menjelaskan dengan contoh fungsi peranti output :
i. Monitor
ii. Pembesar suara (speaker)
iii. Fon kepala (headphone).
iv. Mesin pencetak (printer).
DRAF
16
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
4
Membezakan penggunaan peranti output :
i. Monitor
ii. Pembesar suara (speaker)
iii. Fon kepala (headphone).
iv. Mesin pencetak (printer).
5 Mempraktikkan cara penggunaan peranti output dengan
betul.
6
Demonstrasi tatacara menggunakan peranti output dengan
betul
DRAF
17
2. PERANTI KOMPUTER
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
2.3 Mengetahui jenis storan 2.3.1 Mengenal pasti dan
menyatakan storan:
i. Pemacu kilat (flashdrive)
ii. Pemacu cakera keras
luaran (external hard disk
drive)
iii. Cakera padat (compact
disk)
iv. Disket (diskette)
v. Kad memori (memory card)
seperti Secure Digital Card
(SD card), Micro Secure
Digital Card (Micro SD
card)
1
Menunjukkan 3 jenis storan:
i. Pemacu kilat (flashdrive)
ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
iii. Cakera padat (compact disk)
iv. Disket (diskette)
v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card
(SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)
2
Menamakan 3 jenis storan:
i. Pemacu kilat (flashdrive)
ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
iii. Cakera padat (compact disk)
iv. Disket (diskette)
ii. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card
(SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)
DRAF
18
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
3
Menjelaskan dengan contoh 3 jenis fungsi storan:
i. Pemacu kilat (flashdrive)
ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
iii. Cakera padat (compact disk)
iv. Disket (diskette)
v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card
(SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)
4
Membezakan penggunaan 3 jenis fungsi storan:
i. Pemacu kilat (flashdrive)
ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
iii. Cakera padat (compact disk)
iv. Disket (diskette)
v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital
Card (SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD
card)
DRAF
19
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
5
Mempraktikkan cara penggunaan 3 jenis storan dengan betul
i. Pemacu kilat (flashdrive)
ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
iii. Cakera padat (compact disk)
iv. Disket (diskette)
v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card
(SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)
6 Demonstrasi tatacara menggunakan 3 jenis storan dengan
betul.
DRAF
20
3. PERISIAN KOMPUTER
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.1 Mengaplikasikan Perisian
Pemprosesan Perkataan (MS
Word)
3.1.1 Melancar dan menutup
perisian pemprosesan
perkataan (MS Word)
3.1.2 Menaip secara berpandu:
i. Huruf
ii. Nombor
iii. Simbol
3.1.3 Menyimpan (save as) fail
baru (new file) ke dalam
My Documents
3.1.4 Membuka semula fail
dalam My Documents
1 Memerihalkan dengan ringkas prosedur (tatacara) melancar
dan menutup perisian pemprosesan perkataan (MS Word)
2 Mempraktikkan prosedur (tatacara) melancar dan menutup
perisian pemprosesan perkataan (MS Word)
3
Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS
Word) dengan menaip secara berpandu:
i. Huruf
ii. Nombor
iii. Simbol
4
Mengaplikasi cara menaip, menyimpan (save as) fail baru
(new file) ke dalam My Documents dan membuka semula
fail dalam My Documents.
DRAF
21
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
5
Mempraktik cara menyimpan (save as) fail baru (new file) ke
dalam My Documents dan membuka semula fail dalam My
Documents.
6
Demonstrasi prosedur (tatacara) melancar dan menutup
perisian pemprosesan perkataan (MS Word), menaip secara
berpandu huruf, nombor dan simbol, menyimpan (save as)
fail baru ke dalam My Documents dan membuka semula fail
dalam My Documents.
DRAF
22
3. PERISIAN KOMPUTER
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.2 Mengaplikasikan perisian
grafik Paint
3.2.1 Melancar aplikasi grafik
Paint
3.2.2 Membina bentuk asas:
i. Segi empat
ii. Bulat
iii. Segitiga
iv. Bujur
3.2.3 Mewarna bentuk asas:
i. Segi empat
ii. Bulat
iii. Segitiga
iv. Bujur
3.2.4 Menghasilkan gambar
mengikut kreativiti:
i. Rumah
ii. Kereta
iii. Muka
1 Menunjuk ikon grafik Paint dan melancarkan perisian grafik
Paint
2 Memerihal tentang fungsi perisian grafik Paint
3 Membina dan mewarna bentuk asas menggunakan perisian
grafik Paint.
4 Mengubahsuai bentuk asas untuk menghasilkan gambar
mudah mengikut kreativiti murid.
5 Mempraktikan penggunaan perisian grafik Paint dan
menyimpan hasil kerja mengikut prosedur yang betul.
6 Demonstrasi prosedur (tatacara) melancar aplikasi grafik
Paint, menghasilkan gambar mengikut kreativiti, menyimpan
(save as) fail baru ke dalam My Documents, membuka
DRAF
23
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk.......)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk........)
STANDARD PRESTASI
( Murid boleh........)
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.2.5 Menyimpan (save as) fail
baru ke dalam My
Documents
3.2.6 Membuka semula fail
dalam My Documents
3.2.7 Mencetak hasil kerja
murid dengan pencetak
semula fail dalam My Dokuments dan mencetak hasil kerja
sendiri dengan pencetak
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604
PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk

More Related Content

What's hot

Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah danPerkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah danPensil Dan Pemadam
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dskp tmk thn 6 090315b
Dskp tmk thn 6 090315bDskp tmk thn 6 090315b
Dskp tmk thn 6 090315bAz Rul
 
Dskp tmk tahun 4
Dskp tmk tahun 4Dskp tmk tahun 4
Dskp tmk tahun 4Azmi Ngah
 
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2ROSFARADILA MUSTAPHA
 
Program Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanProgram Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanRasean Hamzah
 
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
KURSUS ORIENTASI DSKP RBT/THN 4/2014 [TERBARU]
KURSUS ORIENTASI DSKP RBT/THN 4/2014 [TERBARU]KURSUS ORIENTASI DSKP RBT/THN 4/2014 [TERBARU]
KURSUS ORIENTASI DSKP RBT/THN 4/2014 [TERBARU]rekabentukdanteknologi
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iThian Ngee
 
2. Uu no.14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pdf)
2. Uu no.14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pdf)2. Uu no.14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pdf)
2. Uu no.14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pdf)Harun Ar
 
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 3 (3)
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 3 (3)Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 3 (3)
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 3 (3)ajimah
 
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap iPratheep Regah
 

What's hot (18)

DSKP TMK TAHUN 6
DSKP TMK TAHUN 6DSKP TMK TAHUN 6
DSKP TMK TAHUN 6
 
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah danPerkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
 
Dskp tmk thn 6 090315b
Dskp tmk thn 6 090315bDskp tmk thn 6 090315b
Dskp tmk thn 6 090315b
 
DSKP TMK TAHUN 5
DSKP TMK TAHUN 5DSKP TMK TAHUN 5
DSKP TMK TAHUN 5
 
Dskp tmk tahun 4
Dskp tmk tahun 4Dskp tmk tahun 4
Dskp tmk tahun 4
 
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
 
Program Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanProgram Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal Insan
 
DSKP RBT Tahun 5
DSKP RBT Tahun 5DSKP RBT Tahun 5
DSKP RBT Tahun 5
 
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
 
KURSUS ORIENTASI DSKP RBT/THN 4/2014 [TERBARU]
KURSUS ORIENTASI DSKP RBT/THN 4/2014 [TERBARU]KURSUS ORIENTASI DSKP RBT/THN 4/2014 [TERBARU]
KURSUS ORIENTASI DSKP RBT/THN 4/2014 [TERBARU]
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
2. Uu no.14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pdf)
2. Uu no.14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pdf)2. Uu no.14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pdf)
2. Uu no.14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pdf)
 
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 3 (3)
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 3 (3)Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 3 (3)
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 3 (3)
 
DSKP SAINS TAHUN 6
DSKP SAINS TAHUN 6DSKP SAINS TAHUN 6
DSKP SAINS TAHUN 6
 
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
Konsep KSSR
Konsep KSSRKonsep KSSR
Konsep KSSR
 
Kbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bmKbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bm
 

Viewers also liked

Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)nahbs631
 
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)RaJa MakSum
 
Matematik KSSR Pend. Khas Tahun 1 (BP)
Matematik KSSR Pend. Khas Tahun 1 (BP)Matematik KSSR Pend. Khas Tahun 1 (BP)
Matematik KSSR Pend. Khas Tahun 1 (BP)Annis Salwa Tajudin
 
-Format penulisan ilmiah--
 -Format penulisan ilmiah-- -Format penulisan ilmiah--
-Format penulisan ilmiah--aku_ hafif
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 

Viewers also liked (7)

Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
 
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
 
Matematik KSSR Pend. Khas Tahun 1 (BP)
Matematik KSSR Pend. Khas Tahun 1 (BP)Matematik KSSR Pend. Khas Tahun 1 (BP)
Matematik KSSR Pend. Khas Tahun 1 (BP)
 
-Format penulisan ilmiah--
 -Format penulisan ilmiah-- -Format penulisan ilmiah--
-Format penulisan ilmiah--
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Kbsr kssr
Kbsr kssrKbsr kssr
Kbsr kssr
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 

Similar to Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran

Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3isminazifah
 
Dskp kssr teknologi maklumat komunikasi tahun 6
Dskp kssr teknologi maklumat  komunikasi tahun 6Dskp kssr teknologi maklumat  komunikasi tahun 6
Dskp kssr teknologi maklumat komunikasi tahun 6vismitharenu
 
Dskp tmk thn 6
Dskp tmk thn 6 Dskp tmk thn 6
Dskp tmk thn 6 Azmi Ngah
 
Dskp rbt d4 200813
Dskp rbt d4 200813Dskp rbt d4 200813
Dskp rbt d4 200813aikkaiyin
 
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdfDokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdfMaxwellKazama
 
Dsk tmk thn 4 ld
Dsk tmk thn 4 ldDsk tmk thn 4 ld
Dsk tmk thn 4 ldyatiear00
 
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 wordDokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 wordsyara179
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Pendidikan islam tahun 1
Pendidikan islam tahun 1Pendidikan islam tahun 1
Pendidikan islam tahun 1Dzul Ikraam
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkAzliza Mohamed
 
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfDSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfYaldaf Lee
 
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM REKABENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM REKABENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4DOKUMEN STANDARD KURIKULUM REKABENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM REKABENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4rekabentukdanteknologi
 

Similar to Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran (20)

DSKP SAINS PEND.KHAS TAHUN 6
DSKP SAINS PEND.KHAS TAHUN 6DSKP SAINS PEND.KHAS TAHUN 6
DSKP SAINS PEND.KHAS TAHUN 6
 
Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3
 
Dskp tmk tahun 6
Dskp tmk tahun 6Dskp tmk tahun 6
Dskp tmk tahun 6
 
Dskp kssr teknologi maklumat komunikasi tahun 6
Dskp kssr teknologi maklumat  komunikasi tahun 6Dskp kssr teknologi maklumat  komunikasi tahun 6
Dskp kssr teknologi maklumat komunikasi tahun 6
 
Dskp tmk thn 6
Dskp tmk thn 6 Dskp tmk thn 6
Dskp tmk thn 6
 
Dskp rbt d4 200813
Dskp rbt d4 200813Dskp rbt d4 200813
Dskp rbt d4 200813
 
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdfDokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
 
Dsk tmk thn 4 ld
Dsk tmk thn 4 ldDsk tmk thn 4 ld
Dsk tmk thn 4 ld
 
Dsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pkDsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pk
 
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 wordDokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
 
8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
 
Ds asas 3 m ld
Ds asas 3 m ldDs asas 3 m ld
Ds asas 3 m ld
 
Pendidikan islam tahun 1
Pendidikan islam tahun 1Pendidikan islam tahun 1
Pendidikan islam tahun 1
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pk
 
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfDSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Dsk kedap 2014
Dsk kedap 2014Dsk kedap 2014
Dsk kedap 2014
 
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM REKABENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM REKABENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4DOKUMEN STANDARD KURIKULUM REKABENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM REKABENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4
 

Recently uploaded

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 

Recently uploaded (20)

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 

Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran

  • 1. DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN LIMA
  • 2.
  • 3. DRAF DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN LIMA
  • 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:  KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA  KELUHURAN PERLEMBAGAAN  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 6. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 7. KANDUNGAN MUKA SURAT PENDAHULUAN 1 MATLAMAT 1 OBJEKTIF 1 STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4 FOKUS MATA PELAJARAN i. Matlamat ii. Objektif iii. Pelaksanaan Subjek Modul 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6 PENTAKSIRAN SEKOLAH PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD TAFSIRAN UMUM TAFSIRAN MATA PELAJARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 7 8 8 9 11
  • 8. DRAF 1 PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan; ....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti iii susunan aktiviti; dan iv bahan bantu mengajar ...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna. MATLAMAT KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. OBJEKTIF KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk
  • 9. DRAF 2 vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa. STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. Komunikasi ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan iv. Sains dan Teknologi v. Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
  • 10. DRAF 3 Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. Standard Prestasi Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti di Jadual 1. KBAT Penerangan Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi Mencipta  Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif Jadual 1: Penerangan KBAT Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata pelajaran.
  • 11. DRAF 4 KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kreativiti dan Inovasi Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti yang positif. Keusahawanan Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:  Mengamalkan sikap keusahawanan;  Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;  Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;  Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan  Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan. Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.
  • 12. DRAF 5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:  Belajar mengenai TMK  Belajar melalui TMK  Belajar dengan TMK FOKUS MATA PELAJARAN Mata Pelajaran : Teknologi Maklumat and Komunikasi (TMK) Matlamat TMK adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. TMK juga teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, perkasasan dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa. Objektif Standard Kurikulum TMK memfokuskan kepada pengetahuan perkasasan dan aplikasi perisian dalam menghadapi pelbagai bentuk maklumat pada murid pendidikan khas Tahap II ( Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6). Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh topik Standard Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Guru boleh menggunakan standard ini dalam perancangan aktiviti berasaskan TMK. i. Pengenalan makmal komputer ii. Pengurusan makmal komputer iii. Pengenalan kepada perkakasan komputer iv. Fungsi perkakasan komputer v. Pengenalan kepada aplikasi sistem komputer
  • 13. DRAF 6 vi. Pengaplikasian sistem komputer vii. Pengenalan kepada internet PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TMK boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok serta membentuk guru dan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran TMK, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:  Pembelajaran kendiri  Kolaboratif  Pembelajaran berasaskan projek  Inkuiri-penemuan  Penyelesaian masalah  Pembelajaran masteri  Konstruktivisme  Pembelajaran Penerokaan RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Rancangan Pendidikan Individu (RPI): …adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas. (Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013). ...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. (Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000) RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian
  • 14. DRAF 7 dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain. RPI memperincikan antara lain: i. Tahap prestasi sedia ada murid ii. Perancangan akademik dan bukan akademik iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka. PENTAKSIRAN SEKOLAH Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:  Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;  Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;  Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
  • 15. DRAF 8  Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. PS boleh dilaksanakan secara:  Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.  Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Pentaksiran Rujukan Standard Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing- masing. Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Tafsiran Umum MAKSUD TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN UMUM Tahu 1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Tahu dan Faham 2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
  • 16. DRAF 9 Tahu, Faham dan Boleh Buat 3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif. Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi. Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan Tafsiran mata pelajaran TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Mengetahui tentang asas TMK 2 Mengetahui dan memahami tentang asas TMK 3 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN asasTMK 4 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi asasTMK mengikut prosedur yang betul 5 Mengetahui, memahami,mengaplikasi dan mempraktikkan asas TMK dengan lebih sistematik 6 Mengetahui, memahami,mengaplikasi,mempraktik serta boleh menyampaikan maklumat asas TMK dengan lebih kreatif dan kritis Jadual 2:Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran Sekolah Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
  • 17. DRAF 10 yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan. Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen. Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah: Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh. Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz. Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari. Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio. Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
  • 18. DRAF 11 1. PENGURUSAN KOMPUTER STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1.1 Mengaplikasikan penggunaan komputer 1.1.1 Memastikan perkakasan komputer dalam keadaan yang bersih dan teratur 1.1.2 Mengenal pasti dan menyatakan urutan langkah-langkah menggunakan komputer: i. Menghidupkan dan mematikan suis utama ii. Menghidupkan dan mematikan suis AVR iii. Menghidupkan dan mematikan suis sistem iv. Menghidupkan dan mematikan suis monitor 1 Menunjukkan situasi perkakasan komputer yang berada dalam keadaan yang bersih dan teratur 2 Menerangkan cara membersihkan dan menyusun atur perkakasan komputer. 3 Menunjukkan cara i. Menghidupkan dan mematikan suis utama ii. Menghidupkan dan mematikan suis AVR iii. Menghidupkan dan mematikan suis sistem iv. Menghidupkan dan mematikan suis monitor
  • 19. DRAF 12 STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 4 Menerapkan aspek keselamatan ketika mempraktikkan tatacara i. Menghidupkan dan mematikan suis utama dengan cara yang betul ii. Menghidupkan dan mematikan suis AVR dengan cara yang betul iii. Menghidupkan dan mematikan suis sistem dengan cara yang betul iv. Menghidupkan dan mematikan suis monitor dengan cara yang betul 5 Mempraktikkan tatacara menggunakan komputer mengikut urutan langkah penggunaan komputer yang betul dan sistematik. 6 Menyusun mengikut keutamaan dan boleh membantu rakan menghidupkan dan mematikan komputer dengan lebih teratur dan sistematik.
  • 20. DRAF 13 2. PERANTI KOMPUTER STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 2.1 Mengetahui peranti input 2.1.1 Mengenal pasti dan menyatakan peranti input: i. Papan kekunci(keyboard) ii. Tetikus (mouse) iii. Mikrofon (microphone) 1 Menunjukkan peranti input : i. Papan kekunci (keyboard). ii. Tetikus (mouse). iii. Mikrofon (microphone). 2 Menamakan peranti input : i. Papan kekunci (keyboard). ii. Tetikus (mouse). iii. Mikrofon (microphone. 3 Menjelaskan dengan contoh fungsi peranti input : i. Papan kekunci (keyboard). ii. Tetikus (mouse). iv.Mikrofon (microphone 4 Membezakan penggunaan peranti input : i. Papan kekunci (keyboard).
  • 21. DRAF 14 STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN ii. Tetikus (mouse). iii. Mikrofon (microphone 5 Mempraktikkan cara penggunaan peranti input dengan betul. 6 Demonstrasi tatacara menggunakan peranti input dengan betul
  • 22. DRAF 15 2. PERANTI KOMPUTER STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 2.2 Mengetahui peranti output 2.2.1 Mengenal pasti dan menyatakan peranti output: i. Monitor ii. Pembesar suara (speaker) iii. Fon kepala (headphone) iv. Mesin pencetak (printer) 1 Menunjukkan peranti output : i. Monitor ii. Pembesar suara (speaker) iii. Fon kepala (headphone). iv. Mesin pencetak (printer). 2 Menamakan peranti output : i. Monitor ii. Pembesar suara (speaker) iii. Fon kepala (headphone). iv. Mesin pencetak (printer). 3 Menjelaskan dengan contoh fungsi peranti output : i. Monitor ii. Pembesar suara (speaker) iii. Fon kepala (headphone). iv. Mesin pencetak (printer).
  • 23. DRAF 16 STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 4 Membezakan penggunaan peranti output : i. Monitor ii. Pembesar suara (speaker) iii. Fon kepala (headphone). iv. Mesin pencetak (printer). 5 Mempraktikkan cara penggunaan peranti output dengan betul. 6 Demonstrasi tatacara menggunakan peranti output dengan betul
  • 24. DRAF 17 2. PERANTI KOMPUTER STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 2.3 Mengetahui jenis storan 2.3.1 Mengenal pasti dan menyatakan storan: i. Pemacu kilat (flashdrive) ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive) iii. Cakera padat (compact disk) iv. Disket (diskette) v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card (SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card) 1 Menunjukkan 3 jenis storan: i. Pemacu kilat (flashdrive) ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive) iii. Cakera padat (compact disk) iv. Disket (diskette) v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card (SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card) 2 Menamakan 3 jenis storan: i. Pemacu kilat (flashdrive) ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive) iii. Cakera padat (compact disk) iv. Disket (diskette) ii. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card (SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)
  • 25. DRAF 18 STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 3 Menjelaskan dengan contoh 3 jenis fungsi storan: i. Pemacu kilat (flashdrive) ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive) iii. Cakera padat (compact disk) iv. Disket (diskette) v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card (SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card) 4 Membezakan penggunaan 3 jenis fungsi storan: i. Pemacu kilat (flashdrive) ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive) iii. Cakera padat (compact disk) iv. Disket (diskette) v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card (SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)
  • 26. DRAF 19 STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5 Mempraktikkan cara penggunaan 3 jenis storan dengan betul i. Pemacu kilat (flashdrive) ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive) iii. Cakera padat (compact disk) iv. Disket (diskette) v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card (SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card) 6 Demonstrasi tatacara menggunakan 3 jenis storan dengan betul.
  • 27. DRAF 20 3. PERISIAN KOMPUTER STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 3.1 Mengaplikasikan Perisian Pemprosesan Perkataan (MS Word) 3.1.1 Melancar dan menutup perisian pemprosesan perkataan (MS Word) 3.1.2 Menaip secara berpandu: i. Huruf ii. Nombor iii. Simbol 3.1.3 Menyimpan (save as) fail baru (new file) ke dalam My Documents 3.1.4 Membuka semula fail dalam My Documents 1 Memerihalkan dengan ringkas prosedur (tatacara) melancar dan menutup perisian pemprosesan perkataan (MS Word) 2 Mempraktikkan prosedur (tatacara) melancar dan menutup perisian pemprosesan perkataan (MS Word) 3 Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS Word) dengan menaip secara berpandu: i. Huruf ii. Nombor iii. Simbol 4 Mengaplikasi cara menaip, menyimpan (save as) fail baru (new file) ke dalam My Documents dan membuka semula fail dalam My Documents.
  • 28. DRAF 21 STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 5 Mempraktik cara menyimpan (save as) fail baru (new file) ke dalam My Documents dan membuka semula fail dalam My Documents. 6 Demonstrasi prosedur (tatacara) melancar dan menutup perisian pemprosesan perkataan (MS Word), menaip secara berpandu huruf, nombor dan simbol, menyimpan (save as) fail baru ke dalam My Documents dan membuka semula fail dalam My Documents.
  • 29. DRAF 22 3. PERISIAN KOMPUTER STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 3.2 Mengaplikasikan perisian grafik Paint 3.2.1 Melancar aplikasi grafik Paint 3.2.2 Membina bentuk asas: i. Segi empat ii. Bulat iii. Segitiga iv. Bujur 3.2.3 Mewarna bentuk asas: i. Segi empat ii. Bulat iii. Segitiga iv. Bujur 3.2.4 Menghasilkan gambar mengikut kreativiti: i. Rumah ii. Kereta iii. Muka 1 Menunjuk ikon grafik Paint dan melancarkan perisian grafik Paint 2 Memerihal tentang fungsi perisian grafik Paint 3 Membina dan mewarna bentuk asas menggunakan perisian grafik Paint. 4 Mengubahsuai bentuk asas untuk menghasilkan gambar mudah mengikut kreativiti murid. 5 Mempraktikan penggunaan perisian grafik Paint dan menyimpan hasil kerja mengikut prosedur yang betul. 6 Demonstrasi prosedur (tatacara) melancar aplikasi grafik Paint, menghasilkan gambar mengikut kreativiti, menyimpan (save as) fail baru ke dalam My Documents, membuka
  • 30. DRAF 23 STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk.......) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk........) STANDARD PRESTASI ( Murid boleh........) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 3.2.5 Menyimpan (save as) fail baru ke dalam My Documents 3.2.6 Membuka semula fail dalam My Documents 3.2.7 Mencetak hasil kerja murid dengan pencetak semula fail dalam My Dokuments dan mencetak hasil kerja sendiri dengan pencetak
  • 31. TERBITAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk