SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
PENDIDIKAN MORAL
TAHUN EMPAT
2013
DRAF
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS
MASALAH PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
TAHUN EMPAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iv
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
DRAF
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi
memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik
dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang
menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik
pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan
hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga
menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah
pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang,
berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan
membimbing murid agar berupaya;
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
DRAF
2
iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
DRAF
3
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi elemen pemikiran, perasaan dan perlakuan moral.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
FOKUS MATA PELAJARAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Pendidikan Moral memberi fokus kepada tiga aspek dalam usaha
melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral iaitu:
i. Pemikiran Moral
Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni
berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan
pertimbangan moral
ii. Perasaan Moral
Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan
berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul
danmerasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak
betul
iii. Perlakuan Moral
Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara
bertanggungjawab dan bermoral
Penekanan diberi terhadap pemupukan dan perkembangan nilai-
nilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat
DRAF
4
mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk.
Murid turut disedarkan tentang nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam
kehidupan seharian dan merasionalkan sesuatu keputusan dan
tindakan yang dibuat.
Kurikulum Standard Pendidikan Moral menekankan 14 nilai murni
dalam usaha untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia
yang berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah:
Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara
Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri
sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan
sokongan moral secara tulus ikhlas
Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan
tugas serta kewajipan dengan sempurna
Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan
pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu
jasa, sumbangan atau pemberian
Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian
Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta
menghormati peraturan institusi sosial dengan
memberi layanan yang bersopan
Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah
Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan
yakin dan tabah
Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam
setiap perlakuan
DRAF
5
Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan
bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara
Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan
bersama
Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain
Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal
diri demi kesejahteraan hidup
Perlaksanaan Modul Pendidikan Moral
Modul Pengajaran Pendidikan Moral
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard
Kurikulum Pendidikan Moral untuk membantu guru
menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru
boleh mengubahsuai atau membina modul yang
bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang
aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
Modul Pembelajaran Pendidikan Moral
Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk
kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja
untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk
mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk
mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilai-
nilai murni.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:
Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
DRAF
6
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Definisi Rancangan Pendidikan Individu :
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen
bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang
dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan
panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
Berkeperluan Khas, 2000)
RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai
disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid
pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan
dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan
penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang
disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah
tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
DRAF
7
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
PENTAKSIRAN
Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap
penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah
dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan
sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk
menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran juga
dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang
tindakan susulan dan penyediaan RPI bagi meningkatkan lagi
penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah pentaksiran
yang boleh dijalankan termasuk:
i. Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu
dari aspek pemikiran, perasaan dan perlakuan moral.
Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan
dengan senarai semak.
ii. Ujian/ Kuiz : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas
pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan
dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz
boleh dijalankan dalam bentuk lisan.
iii. Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan
adalah untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri
dan pengetahuan murid tentang nilai yang dipelajari.
iv. Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan
individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran
serta sikap dan nilai murni.
v. Folio : Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan.
8
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4
TAJUK/NILAI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1. Kepercayaan kepada
Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan
sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala
suruhanNya berlandaskan
pegangan agama masing-
masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara
1.1 Mengenal amalan ibadat 1.1.1 Menyebut anutan agama atau kepercayaan diri
sendiri
1.1.2 Menyatakan anutan agama atau kepercayaan
yang terdapat di dalam bilik darjah
1.1.3 Menghormati anutan agama atau kepercayaan
rakan yang terdapat di dalam bilik darjah
2. Baik Hati
Kepekaan terhadap
perasaan dan kebajikan diri
sendiri dan orang lain
dengan memberi bantuan
dan sokongan moral secara
tulus ikhlas
2.1 Baik hati kepada jiran 2.1.1 Menyebut aktiviti yang boleh dijalankan untuk
membantu jiran
2.1.2 Menyatakan kepentingan membantu jiran
2.1.3 Mengamalkan sikap baik hati kepada jiran
3 Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul
dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan
sempurna
3.1 Tanggungjawab diri terhadap
rakan
3.1.1 Menyatakan tanggungjawab diri kepada rakan
3.1.2 Menyatakan kepentingan bertanggungjawab
kepada rakan
3.1.3 Mengamalkan sikap tanggungjawab terhadap
rakan
9
4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan
untuk menunjukkan
pengiktirafan dan
penghargaan terhadap
sesuatu jasa, sumbangan
atau pemberian
4.1 Menghargai keluarga 4.1.1 Mengucapkan ucapan terima kasih
4.1.2 Menyatakan penghargaan melalui kad ucapan
4.1.3 Mengamalkan sikap menghargai dalam keluarga
5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi
pekerti mulia dalam
pergaulan seharian
5.1 Berhemah tinggi dengan warga
sekolah
5.1.1 Menyebut tutur kata yang sopan sesama warga
sekolah
5.1.2 Berkomunikasi dengan beradap sopan semasa di
dalam kelas
5.1.3 Mengamalkan tutur kata yang sopan
6. Hormat
Menghargai dan
memuliakan seseorang
serta menghormati
peraturan institusi sosial
dengan memberi layanan
yang bersopan
6.1 Menghormati orang lain 6.1.1 Menyebut contoh ucapan hormat kepada orang
lain
6.1.2 Menyatakan kepentingan menghormati orang lain
6.1.3 Menunjukkan cara menghormati orang lain
6.1.4 Menggunakan ucapan hormat kepada orang lain
dalam kehidupan
7. Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan
7.1 Menyayangi kawasan sekolah 7.1.1 Menyatakan perkara –perkara yang boleh
dilakukan untuk menyayangi kawasan sekolah
10
cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir dari
hati yang ikhlas
7.1.2 Menceritakan kepentingan menyayangi kawasan
sekolah
7.1.3 Mengamalkan sikap menyayangi kawasan
sekolah
8. Keadilan
Tindakan dan keputusan
yang tidak berat sebelah
8.1 Mengamalkan sikap adil di
sekolah
8.1.1 Menyebut cara bersikap adil di sekolah
8.1.2 Menyatakan kepentingan bersikap adil di sekolah
8.1.3 Menunjukkan sikap adil di sekolah
9. Keberanian
Kesanggupan untuk
menghadapi cabaran
dengan yakin dan tabah
9.1 Berani berkomunikasi dengan
warga sekolah
9.1.1 Menunjukkan perlakuan berani bertegur sapa
dengan warga sekolah
9.1.2 Menyatakan kepentingan berani berkomunikasi
dengan warga sekolah
9.1.3 Mengamalkan sikap berani berkomunikasi dengan
warga sekolah
11
10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap
amanah dan ikhlas dalam
setiap perlakuan
10.1 Bersikap jujur dengan warga
sekolah
10.1.1 Menyatakan tingkah laku yang jujur kepada
warga sekolah
10.1.2 Menceritakan kepentingan bersikap jujur
terhadap warga sekolah
10.1.3 Mengamalkan sikap jujur terhadap warga sekolah
11. Kerajinan
Usaha yang berterusan,
bersungguh-sungguh dan
bersemangat dalam
melakukan sesuatu
perkara
11.1 Bersikap rajin di sekolah 11.1.1 Menyebut sikap rajin yang diamalkan di
sekolah
11.1.2 Menyatakan kebaikan bersikap rajin di sekolah
11.1.3 Mengamalkan sikap rajin semasa berada di
sekolah
12. Kerjasama
Kesediaan melakukan
sesuatu untuk kepentingan
bersama
12.1 Bekerjasama dengan warga
sekolah
12.1.1 Menyenarai aktiviti bekerjasama yang boleh
dilakukan dengan warga sekolah
12.1.2 Menyatakan kepentingan bekerjasama dengan
warga sekolah
12.1.3 Menceritakan pengalaman melaksanakan aktiviti
dengan warga sekolah
12.1.4 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan warga
sekolah
12
13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan
dalam membuat
pertimbangan dan tindakan
tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang
lain
13.1 Bersikap sederhana di rumah 13.1.1 Menyebut perlakuan sederhana di rumah
13.1.2 Menyatakan kepentingan bersikap sederhana di
rumah
13.1.3 Mengamalkan perlakuan sederhana di rumah
14. Toleransi
Kesanggupan bertolak
ansur, sabar dan
mengawal diri demi
kesejahteraan hidup
14.1 Bersikap toleransi dengan
warga sekolah
14.1.1 Menyenarai perlakuan bertoleransi dengan
warga sekolah
14.1.2 Menerangkan kepentingan sikap bertoleransi
dengan warga sekolah
14.1.3 Mengamalkan sikap bertoleransi dengan warga
sekolah
Nota: * -cadangan tema (Perayaan, Hari Jadi, Hari Sekolah, Sambutan Kemerdekaan dan Musim Buah-buahan
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk

More Related Content

What's hot

PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1Safiah Sulaiman
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)Marwan Mansor
 
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 0812201607 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016JENNY WONG
 
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORALDSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORALhttps://edu2u.my
 
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3gengkapak84
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 61. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
1 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 31 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 3Rafidah Adnan
 

What's hot (11)

PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
 
Dspm thn3
Dspm thn3Dspm thn3
Dspm thn3
 
Hsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun EnamHsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun Enam
 
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 0812201607 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
 
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORALDSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
 
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 61. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
 
1 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 31 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 3
 
Dskp kssm tg 2
Dskp kssm tg 2Dskp kssm tg 2
Dskp kssm tg 2
 

Similar to OPTIMALKAN MORAL

Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3isminazifah
 
standard pendidikan moral tahun 3
standard pendidikan moral tahun 3standard pendidikan moral tahun 3
standard pendidikan moral tahun 3skpermasjaya5
 
standard pendidikan moral tahun 3
 standard pendidikan moral tahun 3 standard pendidikan moral tahun 3
standard pendidikan moral tahun 3skpermasjaya5
 
1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 skMohd Rizal
 
Ds pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bmDs pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bmMarwan Mansor
 
DS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmDS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmEsther Eusan
 
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaranDokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaranMuhamadiah Mohamed
 
Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2azhar hamid
 
Dskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moralDskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moralosnamek62
 
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdfSK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdfMohdYusri58
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4yusmie
 
Rancangan tahunan moral tahun 4 (1)
Rancangan tahunan  moral tahun 4 (1)Rancangan tahunan  moral tahun 4 (1)
Rancangan tahunan moral tahun 4 (1)Samarina Samon
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4Yee Ivy
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5Onie Gi
 

Similar to OPTIMALKAN MORAL (20)

Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3
 
standard pendidikan moral tahun 3
standard pendidikan moral tahun 3standard pendidikan moral tahun 3
standard pendidikan moral tahun 3
 
standard pendidikan moral tahun 3
 standard pendidikan moral tahun 3 standard pendidikan moral tahun 3
standard pendidikan moral tahun 3
 
1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk
 
Ds pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bmDs pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bm
 
DS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmDS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bm
 
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaranDokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 masalah pembelajaran
 
Sukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral KbsrSukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral Kbsr
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2
 
Dskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moralDskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moral
 
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdfSK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4
 
Rancangan tahunan moral tahun 4 (1)
Rancangan tahunan  moral tahun 4 (1)Rancangan tahunan  moral tahun 4 (1)
Rancangan tahunan moral tahun 4 (1)
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 

More from Azliza Mohamed

Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranAzliza Mohamed
 

More from Azliza Mohamed (20)

Dsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pkDsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pk
 
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pk
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pk
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuran
 
Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11
 
Jurnal minggu 10
Jurnal minggu 10Jurnal minggu 10
Jurnal minggu 10
 
Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9
 
Jurnal minggu 7
Jurnal minggu 7Jurnal minggu 7
Jurnal minggu 7
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5
 
Jurnal minggu 3
Jurnal minggu 3Jurnal minggu 3
Jurnal minggu 3
 
Jurnal minggu 2
Jurnal minggu 2Jurnal minggu 2
Jurnal minggu 2
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 

Recently uploaded

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 

Recently uploaded (20)

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 

OPTIMALKAN MORAL

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT 2013 DRAF
  • 2.
  • 3. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 4. Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. iii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 6. iv Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 7. DRAF 1 PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. OBJEKTIF KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan membimbing murid agar berupaya; i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
  • 8. DRAF 2 iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. Komunikasi ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan iv. Sains dan Teknologi v. Perkembangan Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
  • 9. DRAF 3 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pemikiran, perasaan dan perlakuan moral. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. FOKUS MATA PELAJARAN Mata Pelajaran : Pendidikan Moral Pendidikan Moral memberi fokus kepada tiga aspek dalam usaha melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral iaitu: i. Pemikiran Moral Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan moral ii. Perasaan Moral Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul danmerasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul iii. Perlakuan Moral Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara bertanggungjawab dan bermoral Penekanan diberi terhadap pemupukan dan perkembangan nilai- nilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat
  • 10. DRAF 4 mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk. Murid turut disedarkan tentang nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan merasionalkan sesuatu keputusan dan tindakan yang dibuat. Kurikulum Standard Pendidikan Moral menekankan 14 nilai murni dalam usaha untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah: Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan
  • 11. DRAF 5 Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup Perlaksanaan Modul Pendidikan Moral Modul Pengajaran Pendidikan Moral Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Moral untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. Modul Pembelajaran Pendidikan Moral Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilai- nilai murni. PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema
  • 12. DRAF 6 Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning) RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Definisi Rancangan Pendidikan Individu : Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. (Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000) RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain. RPI memperincikan antara lain: i. Tahap prestasi sedia ada murid ii. Perancangan akademik dan bukan akademik iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
  • 13. DRAF 7 viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka. PENTAKSIRAN Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan dan penyediaan RPI bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah pentaksiran yang boleh dijalankan termasuk: i. Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek pemikiran, perasaan dan perlakuan moral. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. ii. Ujian/ Kuiz : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz boleh dijalankan dalam bentuk lisan. iii. Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan adalah untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang nilai yang dipelajari. iv. Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni. v. Folio : Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan.
  • 14. 8 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 TAJUK/NILAI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing- masing selaras dengan prinsip Rukun Negara 1.1 Mengenal amalan ibadat 1.1.1 Menyebut anutan agama atau kepercayaan diri sendiri 1.1.2 Menyatakan anutan agama atau kepercayaan yang terdapat di dalam bilik darjah 1.1.3 Menghormati anutan agama atau kepercayaan rakan yang terdapat di dalam bilik darjah 2. Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas 2.1 Baik hati kepada jiran 2.1.1 Menyebut aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu jiran 2.1.2 Menyatakan kepentingan membantu jiran 2.1.3 Mengamalkan sikap baik hati kepada jiran 3 Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna 3.1 Tanggungjawab diri terhadap rakan 3.1.1 Menyatakan tanggungjawab diri kepada rakan 3.1.2 Menyatakan kepentingan bertanggungjawab kepada rakan 3.1.3 Mengamalkan sikap tanggungjawab terhadap rakan
  • 15. 9 4. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian 4.1 Menghargai keluarga 4.1.1 Mengucapkan ucapan terima kasih 4.1.2 Menyatakan penghargaan melalui kad ucapan 4.1.3 Mengamalkan sikap menghargai dalam keluarga 5. Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian 5.1 Berhemah tinggi dengan warga sekolah 5.1.1 Menyebut tutur kata yang sopan sesama warga sekolah 5.1.2 Berkomunikasi dengan beradap sopan semasa di dalam kelas 5.1.3 Mengamalkan tutur kata yang sopan 6. Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan 6.1 Menghormati orang lain 6.1.1 Menyebut contoh ucapan hormat kepada orang lain 6.1.2 Menyatakan kepentingan menghormati orang lain 6.1.3 Menunjukkan cara menghormati orang lain 6.1.4 Menggunakan ucapan hormat kepada orang lain dalam kehidupan 7. Kasih sayang Kepekaan dan perasaan 7.1 Menyayangi kawasan sekolah 7.1.1 Menyatakan perkara –perkara yang boleh dilakukan untuk menyayangi kawasan sekolah
  • 16. 10 cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas 7.1.2 Menceritakan kepentingan menyayangi kawasan sekolah 7.1.3 Mengamalkan sikap menyayangi kawasan sekolah 8. Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah 8.1 Mengamalkan sikap adil di sekolah 8.1.1 Menyebut cara bersikap adil di sekolah 8.1.2 Menyatakan kepentingan bersikap adil di sekolah 8.1.3 Menunjukkan sikap adil di sekolah 9. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah 9.1 Berani berkomunikasi dengan warga sekolah 9.1.1 Menunjukkan perlakuan berani bertegur sapa dengan warga sekolah 9.1.2 Menyatakan kepentingan berani berkomunikasi dengan warga sekolah 9.1.3 Mengamalkan sikap berani berkomunikasi dengan warga sekolah
  • 17. 11 10. Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan 10.1 Bersikap jujur dengan warga sekolah 10.1.1 Menyatakan tingkah laku yang jujur kepada warga sekolah 10.1.2 Menceritakan kepentingan bersikap jujur terhadap warga sekolah 10.1.3 Mengamalkan sikap jujur terhadap warga sekolah 11. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara 11.1 Bersikap rajin di sekolah 11.1.1 Menyebut sikap rajin yang diamalkan di sekolah 11.1.2 Menyatakan kebaikan bersikap rajin di sekolah 11.1.3 Mengamalkan sikap rajin semasa berada di sekolah 12. Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama 12.1 Bekerjasama dengan warga sekolah 12.1.1 Menyenarai aktiviti bekerjasama yang boleh dilakukan dengan warga sekolah 12.1.2 Menyatakan kepentingan bekerjasama dengan warga sekolah 12.1.3 Menceritakan pengalaman melaksanakan aktiviti dengan warga sekolah 12.1.4 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan warga sekolah
  • 18. 12 13. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain 13.1 Bersikap sederhana di rumah 13.1.1 Menyebut perlakuan sederhana di rumah 13.1.2 Menyatakan kepentingan bersikap sederhana di rumah 13.1.3 Mengamalkan perlakuan sederhana di rumah 14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup 14.1 Bersikap toleransi dengan warga sekolah 14.1.1 Menyenarai perlakuan bertoleransi dengan warga sekolah 14.1.2 Menerangkan kepentingan sikap bertoleransi dengan warga sekolah 14.1.3 Mengamalkan sikap bertoleransi dengan warga sekolah Nota: * -cadangan tema (Perayaan, Hari Jadi, Hari Sekolah, Sambutan Kemerdekaan dan Musim Buah-buahan
  • 19.
  • 20. Terbitan: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk