SlideShare a Scribd company logo
1 of 42
PENGENALAN
Siapakah orang Tiong Hua? Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan Cina ialah orang
atau bangsa yang nenek moyangnya berasal dari negeri China iaitu Tiong Hua. Berdasarkan
dalam catatan sejarah China, pedagang Cina dan rombongan diplomatik China telah datang
melawat Empayar Melaka pada awal abad ke-15. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang
menyatakan wujudnya penempatan orang Cina di Semenanjung Malaysia pada ketika itu.
Rekod tentang permastautinan komuniti Cina hanya ditemui sewaktu Portugis menyerang
Melaka pada tahun 1511 sehingga 1641. Pendatang Cina semakin bertambah secara
mendadak selepas penjajahan British di Tanah Melayu.
Hal ini kerana, pada abad ke-18, majoriti penduduk China yang berasal dari bahagian
selatan China, terutama wilayah Fujian, Guangzhou dan Pulau Hainan ke Lautan Selatan
dibawa masuk oleh pihak British ke Tanah Melayu secara besar-besaran untuk bekerja di
lombong-lombong bijih timah. Pada fikiran mereka, Tanah Melayu merupakan tempat
persinggahan sementara, sebab itulah mereka sangat berpegang teguh kepada lambang yang
penting bagi mengekalkan ciri kecinaan mereka, lebih-lebih lagi aspek kebudayaan (Chow
Fong Peng, 2012).
Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep kepercayaan nenek moyang? merupakan
konsep pemujaan terhadap roh iaitu sesuatu yang tidak tampak oleh mata. Orang-orang yang
mengamalkan konsep ini mempercayai bahawa roh nenek moyang telah tinggal menetap di
tempat-tempat tertentu contohnya pokok-pokok besar. Mereka sering meminta bantuan
kepada roh nenek moyang mereka dalam urusan kehidupan mereka.
Penyembahan nenek moyang merupakan amalan yang bertujuan memberi
penghormatan dan pemujaan terhadap nenek moyang yang sudah meninggal dunia kerana
pelaku percaya nenek moyang mereka masih berada di alam yang tidak dapat dilihat oleh
orang yang masih hidup. Nenek moyang mereka juga dipercayai boleh membantu atau
membahayakan orang hidup. Justeru, roh nenek moyang mereka perlu ditenangkan melalui
upacara atau cara-cara lain (Bertukar Pikiran: 279-280).
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami berjaya
menyiapkan tugasan bagi subjek Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TITAS) ini. Pelbagai
pengalaman dan ilmu yang sangat bermanfaat telah kami peroleh hasil daripada menjalankan
kerja kursus ini.
Pada awal semester ini, kami telah memilih tajuk tugasan TITAS kami iaitu “Konsep
Kepercayaan Nenek Moyang Dalam Kehidupan Masyarakat Tiong Hua di Malaysia”. Kami
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, En. Zulhilmi. Beliau banyak
membantu kami supaya kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan betul dan teratur.
Segala pertanyaan kami akan dijawab sebaik mungkin tanpa ada pertangguhan.
Seterusnya, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
serta ahli keluarga kami yang membantu dari sudut kewangan dan sokongan motivasi. Tanpa
mereka, kami mungkin tidak mampu menyiapkan tugasan kami sebaik ini. Semangat yang
disalurkan oleh mereka merupakan sebahagian besar pendorong kami sepanjang
mengusahakan projek ini.
Selain itu, kami juga ingin menujukan ucapan penghargaan ini buat rakan-rakan
sekelas kami yang banyak memberi penjelasan yang terperinci mengenai projek ini. Tidak
lupa juga kepada sesama diri kami yang berkorban masa, tenaga dan wang semata-mata
untuk memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan yang telah diamanahkan.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua pihak terutamanya warga Universiti Teknologi PETRONAS sama ada yang terlibat
secara langsung mahupun tidak. Kerjasama anda seperti menjayakan sesi soal selidik kami
tidak akan sekali-kali kami lupakan. Berkat usaha dan sokongan semua pihak, kami akhirnya
berjaya menyempurnakan tugasan ini semampunya kami.
OBJEKTIF
Objektif utama kami memilih tajuk tugasan ini adalah untuk mengkaji konsep
kepercayaan salah satu daripada kaum-kaum utama di Malaysia iaitu etnik Tiong Hua.
Pengetahuan yang bakal diperoleh melalui projek ini akan membantu kami memahami kaum
Tiong Hua di Malaysia lebih-lebih lagi dari sudut kepercayaan nenek moyang mereka.
Seterusnya, matlamat kami menerusi tugasan ini adalah supaya dapat membezakan
antara konsep kepercayaan masyarakat di China dan kaum Tiong Hua di Malaysia. Tugasan
ini memberi kami peluang untuk mendekati rakan-rakan kami yang berbangsa Tiong Hua
untuk memperoleh maklumat. Secara automatik, hubungan antara pelajar berlainan bangsa
juga dapat diwujudkan dan dikukuhkan.
Di samping itu, kami dapat mengetahui titik tolak bermulanya negara Malaysia yang
mempunyai berbilang bangsa. Dengan ini, kami akan lebih menghargai sumbangan setiap
kaum di Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebuah negara membangun seperti hari ini.
Oleh itu, semangat bersatu padu dapat ditimbulkan dalam kalangan masyarakat Malaysia
terutamanya golongan pelajar seperti kami.
LITERATURE REVIEW
Bagi memantapkan lagi pengetahuan serta pengisian bagi tugasan ini, kami telah
melakukan sorotan kajian-kajian lepas mengenai konsep kepercayaan nenek moyang
masyarakat Tiong Hua di Malaysia.
Berdasarkan Chow Fong Peng(2012), masyarakat Cina mempunyai sistem
kepercayaan dan pandangan semesta mereka yang tersendiri. Mereka memuja nenek moyang
dan tian(langit). Konsep tian ialah makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang manusia.
Tian juga merupakan prinsip tertinggi dalam alam semesta serta alam semula jadi. Menurut
kitab Taoisme, tian disamakan dengan Tao manakala tian turut termasuk dalam fahaman
etika Konfusianisme. Tao disamakan seperti ibu yang melahirkan makhluk sejagat di mana
titik permulaan dan titik pengakhiran hayat mereka. Selain itu, konsep Yin dan Yang yang
diceritakan oleh kitab Yijing pula merupakan unsur-unsur penting bagi mencapai
keseimbangan langit dan bumi. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua unsur tersebut
menghasilkan pula lima unsur asas kewujudan semua benda. Yin, Yang dan kelima-lima
unsur asas itu membentuk pusingan tanpa henti sehingga membentuk pergerakan Tao.
Menyentuh kepada konsep kepercayaan masyarakat Cina di Malaysia pula, agak
berbeza sedikit kerana mereka menggunakan istilah “Chinese Religion”. Istilah ini merujuk
kepada satu set gabungan tradisi keagamaan yang diwarisi dari China dan inovasi sistem
kepercayaan masyarakat tempatan. Orang Cina Malaysia menggunakan agama orang Cina
iaitu huaren zongjiao sebagai kontras kepada tradisi keagamaan lain. Agama masyarakat Cina
di Malaysia merupakan hasil kompilasi agama mereka dengan elemen tradisi Tao, Buddha
dan etika Konfusianisme.
Pengajaran utama Konfusius setelah dilihat dalam kitab Analects, menekankan
pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai perikemanusiaan.
Manusia berkeupayaan mencapai tiga jenis sifat baik iaitu perikemanusiaan(ren),
kewajaran(yi) dan kesusilaan(li). Ren atau perikemanusiaan ialah sikap penyayang terhadap
manusia lain, kemurahan hati, kesediaan membuat kebajikan dan lain-lain. Konsep
yi(kewajaran) didefinisikan sebagai kewajaran atau keadilan. Sesuatu perbuatan moral sama
ada ren atau yi, dilakukan tanpa syarat dan tidak mempunyai target untuk mencapai tujuan
tertentu atau lebih mudah dikatakan sebagai tidak mementingkan keuntungan. Sifat baik yang
ketiga, li(kesusilaan) ditakrifkan pula sebagai semua perbuatan yang mengikut adat dan
semua perbuatan yang melibatkan tingkah laku yang berbudi bahasa. Kesimpulan konsep li
ini ialah pelaksanaan upacara secara betul, kesopanan dan semua tingkah laku mengikut adat.
Selain daripada ini, Konfusius turut menitikberatkan konsep ketaatan kepada ibu bapa(xiao)
di mana mereka perlu menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia
seperti melakukan penyembahan nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal dunia
serta menghormati keinginan ibu bapa yang masih hidup contohnya memberi wang
pendapatan kepada ibu bapa. Dari segi kejiwaan pula, penyembahan nenek moyang dan ibu
bapa yang telah meninggal dunia menunjukkan bahawa seseorang itu masih mengingati dan
menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, penyembahan ini tidak bersangkut-paut
dengan kepercayaan tentang roh dan hantu.
Konsep wulun atau lima hubungan dalam ajaran Konfusius pula ialah raja dengan
menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik serta kawan dengan
kawan. Pembinaan sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni dimulakan dengan
mematuhi ibu bapa dan abang. Keluarga yang harmoni terhasil lalu membentuk masyarakat
yang harmoni. Jika setiap individu dalam masyarakat tersebut mematuhi perintahnya, maka
negara yang harmoni akan turut lahir. Jelaslah bahawa masyarakat Cina mementingkan
pembentukan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni seperti bantu-membantu dan
bekerjasama tanpa mengira bangsa.
Berbeza dengan ajaran Buddhisme yang mementingkan kesederhanaan, asas
pengajarannya ialah penderitaan berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan punca
pelbagai masalah manusia namun dapat dielakkan melalui lapan jalan yang betul yang
menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang terlampau mengikut perasaan.
Berdasarkan konsep ini, maka lahirlah nilai humanisme yang mengakibatkan orang Cina
mengamalkan cara hidup secara sekular. Walaupun pada dasarnya mereka mempercayai Tao
berasal daripada Maha Agung(Tian), tetapi mereka juga mempercayai transendesi bergantung
pada ikhtiar setiap individu yang memerlukan disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri.
Sistem etika Konfusianisme pula berasaskan keluarga dan tidak membahagi-bahagikan
manusia. Masyarakat Cina cenderung kepada moral dan akhlak manusia dan kerana itulah
mereka tidak mempunyai konsep ketuhanan yang jelas. Tuhan mereka digambarkan oleh
dewa-dewi dan berperwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan manusia berhubung
dengan kebaikan dunia dan akhirat.
Seterusnya, menurut Chee Beng Tan (2011), kajian tentang Agama Cina boleh
dipecahkan kepada dua bahagian iaitu pemujaan domestik dan pemujaan awam. Jurnal yang
ditulis oleh beliau lebih kepada menghuraikan secara terperinci ketiga-tiga konsep utama
yang membentuk Agama Cina. Agama tradisional orang Cina di Malaysia tidak mempunyai
istilah yang khusus dan hanya dikenali umum sebagai “Agama Cina”. Bagi orang Cina di
Malaysia, mereka menyebut agama mereka dalam bahasa dan dialek mereka. Misalnya,
dalam bahasa Mandarin, istilah agama itu ialah bai shen atau bai fo. Bai shen bermaksud
“menyembah dewa” manakala bai fo diterjemahkan secara literalnya sebagai “menyembah
Buddha atau Bodhisattvas”. Shen itu sendiri merujuk kepada istilah dewa yang umum.
Konfusianisme adalah sebuah falsafah. Ramai yang terkeliru menganggap
Konfusianisme sebagai agama lantaran kegagalan menghayati karya-karya sarjana Confucius.
Konfusianisme menjadi golongan dominan dalam budaya Cina. Berdasarkan agama klasik,
Konfusianisme sangat sesuai sebagai kultus Syurga. Kultus ialah hal ehwal istana yang
merujuk kepada maharaja dianggap sebagai anak Tuhan. Oleh itu, timbul kekeliruan iaitu
Konfusianisme ialah agama yang menyembah Confucius sebagai dewa. Sehubungan dengan
itu, Confucius merupakan antara dewa Cina. Beliau disembah sebagai dewa minor di tokong-
tokong Malaysia. Di tokong Guang Fu Gong, Pulau Pinang, dewa utama ialah Dewa Guanyin
manakala Confucius dan Wen Chang sebagai dewa minor. Confucius dikaitkan dengan
pendidikan sementara dewa persuratan dirujuk kepada Wen Chang. Namun, Konfusianisme
bukanlah agama kerana Agama Cina adalah politeistik.
Agama Taoisme pula mempunyai pemimpin yang menyembah dewa patron yang
berlainan. Kepercayaan dan kultus perbomohan rakyat telah diperkenalkan oleh pemimpin
agama Taoisme yang berlainan. Hasilnya, wujudnya banyak dewa dalam agama Taoisme
antaranya ialah Tuan Dapur atau Dewa Dapur. Dewa ini kekal sebagai dewa penting dan
masih disembah di rumah orang Cina Malaysia sehingga ke hari ini. Tidak ada taifah agama
Taoisme yang tersendiri di Malaysia. Sungguhpun begitu, ramai pakar agama mendakwa
mereka mengamalkan tradisi taifah seperti Tianshi Dao atau Maoshan. Zhang Daoling
disembah sebagai dewa di kebanyakan tokong Cina kerana berkuasa menghalau hantu jahat
dan azimat tradisional. Rahib agama Taoisme di Malaysia bukanlah pengamal taifah agama
Taoisme yang berlainan tetapi merupakan pengamal sistem umum Agama Cina. Terdapat
pendapat yang mengatakan kemerosotan agama Taoisme yang merupakan asas agama
sebagai keruntuhan agama sejagat sedangkan agama tradisional orang Cina Malaysia masih
aktif.
“Buddisme Cina” di Malaysia hampir tidak wujud sebagai sistem agama yang bebas
tetapi cara hidup orang Cina dan agama China banyak dipengaruhi Buddhisme. Buddhisme di
Malaysia berasal daripada Mazhab Tanah Suci Buddhisme Mahayana. Ungkapan penting
mazhab ini ialah namo emituofo yang bermaksud “Saya mengabdikan diri saya sepenuhnya
kepada Buddha Amitabha” di mana ungkapan itu menyampaikan semangat kasih sayang dan
keselamatan Buddha Amitabha. Di Malaysia, tidak terdapat banyak tokong Buddha yang
“tulen” yang dikenali sebagai si. Dewa patron utama dalam tokong ini kebiasaannya adalah
Guanyin contohnya Cheng Hoon Teng di Melaka. Sami pula merupakan pengamal
keagamaan yang bergiat dalam tokong, di upacara pengebumian dan upacara Cina yang lain.
Sami residen tidak ada di tokong pinggiran Malaysia. Setiap tokong Cina, sama ada tokong
Buddha ataupun tidak, mempunyai dewa patron yang berbeza-beza malahan penganut
hendaklah berkelakuan agama mengikut tradisi dewa-dewa patron yang disembah.
Selain itu, mengikut pandangan Ho Ke Chye(2009), unsur-unsur dualisme telah
melahirkan konsep Taiji yang diterjemahkan sebagai prinsip dan disiplin kepada semua
benda di alam dunia ini, dan selalu berada dalam keadaan bertentangan iaitu Yin (negatif)
dan Yang (positif). Di sisi yang lain pula, ahli falsafah Cina, Zhang Dainan mengatakan
konsep “Tian Ren He Yi” sebagai asas kepada budaya tamadun China. “Tian” membawa
maksud ketinggian etika dan akhlak dalam universal jika mengikut fahaman Konfusianisme.
Manusia hanya boleh mencapai tahap “Tian Ren He Yi” apabila memelihara hati dan sifat
semula jadi yang juga kayu ukur ketinggian nilai akhlak seseorang individu atau tamadun.
Kepercayaan masyarakat Tiong Hua yang kuno bermula dengan mitologi-mitologi
seperti cerita legenda mengenai Pan Gu dan Nu Wa. Kemudiannya, orang Tiong Hua
mempercayai bahawa alam semesta terbahagi kepada dua bahagian iaitu langit dan bumi.
Setelah kemunculan Taoisme dan Buddhisme, alam semesta dipecahkan pula kepada tiga
bahagian iaitu alam Langit (Tian Jie), alam Bumi (Ming Jie) dan alam baka (You Jie).
Konsep tiga alam ini memainkan peranan menjaga keseimbangan alam semesta. Alam Langit
(Tian Jie) merujuk kepada alam yang menjadi tempat tinggal dan tempat kegiatan para raja-
raja langit dan dewi-dewi langit. Masyarakat Tiong Hua pada masa itu percaya bahawa
orang-orang besar yang berjasa dalam bidang mereka boleh naik ke langit menjadi dewa-
dewi di alam Langit. Dewa-dewi di alam Langit bertanggungjawab menjalankan tugas
pemerintahan di alam Bumi. Apabila manusia meninggal dunia, alam Baka (You Jie) pula
merupakan tempat tinggal yang seterusnya bagi hantu-hantu (Gui) dan roh manusia. Setiap
orang akan diadili di alam ini untuk diberikan hadiah atau hukuman. Dewa disebut ‘Shen
Sian’ dalam bahasa asli merupakan istilah bagi mewakili Dewa-Dewi secara menyeluruh
manakala kelompok Dewa-Dewi yang berasal dari manusia yang dianggap telah mencapai
kesempurnaan disebut sebagai Dewa-Dewi Hou Thien. Dewa-dewi berperanan membatu
manusia dan segala makhluk dalam berbagai-bagai aspek kehidupan, mengingatkan manusia
tentang perkara-perkara kebaikan, menghapuskan kejahatan, mengamankan masyarakat dan
banyak lagi tugas dewa-dewi mengikut kepercayaan tradisional masyarakat Tiong Hua
(“Kepercayaan Tradisional Tiong Hua”,2013)
SEJARAH KEPERCAYAAN KONSEP NENEK MOYANG MASYARAKAT TIONG
HUA
Sebahagian daripada masyarakat Malaysia berfikiran bahawa bicara tentang
kebudayaan Tiong Hua adalah mendefinisikan kepercayaan tradisional yang ada dalam
masyarakat Tiong Hua. Selain itu, kepercayaan tadi jugalah telah mempengaruhi kebudayaan
dan cara hidup masyarakat Tiong Hua selama ribuan tahun. Seterusnya, dalam kebudayaan
Tiong Hua itu sendiri kepercayaan tradisional hanyalah sebahagian kecil. Kepercayaan
tradisional Tiong Hua yang lamanya ribuan tahun ini telah dipengaruhi oleh kebudayaan
leluhur masyarakat Tiong Hua sejak zaman pra-sejarah kemudian menjadi salah satu tulang
belakang transformasi kebudayaan Tiong Hua. Dengan ini, kita boleh mengatakan bahawa
kebudayaan dan merupakan bahagian darinya dan dalam perkembangannya juga
mempengaruhi bentuk kebudayaan dan segala transformasinya mengakibatkan kemunculan
kepercayaan tradisional .
Kenyataan berdasarkan Tiong Hua di Indonesia biasanya merangkumi percaturan
orang-orang Tiong Hua dalam budaya, politik dan sosial di sebahagian Indonesia.
Kebudayaan Tiong Hua di Indonesia sangat bersifat lokal dan mengalami proses asimilasi
dengan kebudayaan lokal lainnya walaupun berakar dari budaya leluhur . Pembentuk dan
bahagian integral yang tidak terpisah dari kebudayaan nasional Indonesia sekarang ini
merupakan salah satu kebudayaan Tiong Hua. Selain itu, ramai dari antara orang Tiong Hua
telah menanggalkan nama aslinya dan menggunakan nama-nama Indonesia punca daripada
tekanan rezim Orde Baru . Walaupun tekanan ini berlaku, secara peribadi masih memakainya
untuk pergaulan di antara sesama orang Tiong Hua, sedangkan nama Indonesia digunakan
untuk keperluan formal .
Seterusnya seiring dengan berlakunya Reformasi ramai enggan mengguna nama
Tiong Hua kembali manakala sebahagian daripada masyarakat Tiong Hua berani
menggunakan nama Tiong Hua mereka . Tambahan pula , melalui mitologi-mitologi sejarah
kebudayaan Tiong Hua seperti kebudayaan kuno lainnya juga dimulai . Melalui penulisan ,
masyarakat Tiong Hua telah memaparkan pandangan mereka terhadap alam semesta . Dunia
ini terdiri daripada Bumi (Di) dan Langit (Tian) merupakan satu kesatuan yang disebut
dengan keadaan tidak berbentuk atau chaos (Hun Dun) telah menjadi anggapan masyarakat
Tiong Hua . Seorang individu bernama Pan Gu (Cerita Legenda) mulai memisahkan langit
dan bumi selepas ribuan tahun . Melalui pandangan , bumi bertambah tebal 3.3 meter, Pan
Gu bertambah tinggi 3.3 meter dan langit bertambah tinggi 3.3 meter . Ahli tubuh Pan Gu
telah menjadi matahari dan bulan, gunung dan laut, sungai dan danau selepas Pan Gu
meninggal dunia .
Tambahan pula , Pan Gu memisahkan langit dan bumi (Pan Gu Kai Tian Di) telah
digelar sebagai legenda dan juga menerima gelaran Raja Langit Pertama (Yuan Shi Tian
Wang) . Oleh itu , di dalam kepercayaan tradisional masyarakat Tiong Hua ada mitologi-
mitologi perekaan . Sehubungan dengan itu , Pan Gu telah dinamakan sebagai tokoh legenda
yang tidak pernah di-Tuhan-kan selepas beliau merupakan seorang sosok manusia. Selain itu
, Nu Wa yang dinamakan sebagai ibu pertama daripada bangsa Tiong Hua mereka manusia
dan menampal langit yang mengalami kerosakan juga merupakan mitologi-mitologi dalam
bangsa Tiong Hua . Seterusnya terdapat dua orang lagi tokoh legenda yang bernama Fu Xi
dan Shen Nung merupakan mitologi-mitologi dalam bangsa Tiong Hua . Tokoh legenda Fu
Xi telah mengutamakan berternak , cara membuat jala dan menangkap ikan , berburu dan
menciptakan Ba Gua (8 diagram) . Shen Nung pula mengajari ahli ubat-ubat tradisional ,
membuat cara bertani, dan memperkenalkan minuman teh.
Pada masa ini , alam semesta ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu langit dan bumi
telah dianggap menjadi leluhur masyarakat Tiong Hua . Walaupun adanya Taoisme and
kehadiran Buddhisme di Tiongkok bahagian alam semesta ini berkembang menjadi yang
sekarang kita kenal iaitu tiga bahagian yang terdiri daripada alam Bumi (Ming Jie) , alam
Baka (You Jie) dan alam Langit (Tian Jie) . Seterusnya , lahirnya aliran yang dikenal sebagai
Tri-Dharma (Sam Kau = hokkian, Shan Jiau = mandarin) iaitu campuran antara
Konfusianisme , Buddhisme dan Taoisme .
Pada awalnya , sebahagian masyarakat mempunyai fahaman bahawa kepercayaan
tradisional seperti Tri-Dharma yang telah ada jauh sebelum agama muncul berfungsi
sebahagian daripada budaya (sinkretisme budaya) dan semua individu saling mempengaruhi
bentuk dan perubahan ketiga-tiga agama tadi dalam batas – batas tertentu . Selain itu , ada
masyarakat yang berpendapat bahawa pada zaman dahulu mereka tetap akan memegang kuat
kepada kepercayaan tradisional ini walaupun ada atau tidaknya agama leluhur orang Tiong
Hua .
Tambahan pula , tradisi budaya dan agama yang telah menjadi keutamaan budaya
Tiong Hua biasa dikenal juga sebagai ‘Tradisi Agama’ dalam kehidupan masyarakat Tiong
Hua . Selain itu , bentuk agama Tiong Hua juga dikategorikan sebagai unik, kerana berbeza
dengan tradisi agama lain yang lahir dalam situasi tanpa pengaruh daripada pihak lain ,
dilihat sebagai sebuah evolusi tradisi dan kepercayaan yang berfungsi selama ribuan tahun ,
menyangkut hubungan manusia dengan rahsia alam , berfungsi sebagai langkah menguasai
dan memanfaatkan hubungan tersebut , kelebihan-kelebihan mistik yang menghubungkan
manusia dengan kelebihan langit (termasuk dunia roh) atau yang cenderung monoteistik .
Kemunculan agama Tiong Hua di Kalimantan Barat merupakan bahagian daripada sejarah
perjalanan bangsa Indonesia yang tidak boleh dilepaskan daripada kedatangan orang-orang
Austronesia . Ia juga dikenali sebagai salah satu ras Homo ssapiens yang berciri Mongoloid
yang saat itu tinggal di wilayah Tiong Hua Selatan .
Seterusnya , dengan perahu bercadik yang menjadi milik khusus daripada kebudayaan
kapak persegi bangsa Austronesia telah menurunkan langsung bangsa Indonesia memasuki
wilayah Kalimantan Barat kira-kira tahun 2000 SM . Pada masa tersebut , keturunan Tiong
Hua telah berkembang di Indonesia dengan kemunculan agama Tiong Hua . Selain itu ,
budaya agama Tiong Hua telah dimulai daripada era Fu Xi tahun 2953-2838 sM, diteruskan
pada era pewarisnya, iaitu: Shen Nong tahun 2838-2698 SM dan Kaisar Kuning (Yellow
Emperor Huang Di) tahun 2698-2596 SM telah direkodkan dalam Ensiklopedia Indonesia .
Masyarakat Tiong Hua telah menganut salah satu agama seperti Confucius atau Khonghucu
di Kalimantan Barat merupakan bahagian daripada rentetan sejarah agama Tiong Hua yang
terus berkembang sampai masa ini , bersama agama lainnya seperti Tao dan Buddha .
Tambahan pula , ketiga - tiga kepercayaan ini pernah dijadikan sebagai kategori baru
bagi agama Tiong Hua yang dkenali dengan “Tri Dharma” atau “Sam Kauw”1 . Pada masa
ini , sebahagian masyarakat Tiong Hua telah masih menganut tiga kepercayaan tersebut
namun sebahagian masyarakat Tiong Hua yang lain tidak menganut keyakinan tersebut
disebabkan oleh faktor-faktor tertentu terutama politik , telah memeluk agama-agama yang
dirasmikan oleh pemerintah seperti Kristen dan Islam . Seterusnya , dalam perkembangannya
tidak jarang terjadi konflik agama di kalangan masyarakat Tiong Hua kerana mereka masih
berada dalam satu etnik dan tradisi . Di samping itu , masyarakat Tiong Hua yang memeluk
Khonghucu sering meminta nasihat dan pandangan pada pemimpin Buddha untuk
menentukan posisi makan dalam upacara kematian , manakala para tokoh Tao menentukan
hari dan waktu yang sesuai .
Selain itu , pada upacara kebudayaan sekaligus agama seperti dalam merayakan tahun
agama orang Tiong Hua ( Imlek ) di Kalimantan Barat , masyarakat Tiong Hua
menyambutkan upacara tersebut secara komuniti , tanpa memandang identiti keyakinan , dan
menganggapnya sebagai bahagian warisan tradisi leluhur yang patut dihormati dan
dimurnikan .1 Di samping itu , sebahagian masyarakat Tiong Hua yang menganut agama
Islam dan Kristian tidak pernah biasa melepaskan tradisi-tradisi leluhur mereka kerana ikatan
etnik dan tradisi yang begitu kuat .
Akhir kata , agama atau kepercayaan ; kepercayaan terhadap simbol dan lambang-
lambang tertentu seperti perhitungan tahun , bahasa dan aksara Tiong Hua yang mengandung
falsafah etika sosial , sistem nilai yang dibentuk daripada penghayatan profesional sebagai
petani , buruh , nelayan dan sebagainya , siklus kehidupan Tiong Hua yang sulit ditembus ,
perubahan musim , watak aksara Tiong Hua dan lain-lain sebagai proses kehidupan duniawi;
feng shui dan hong shui dan sejarah dan pengalamannya sebagai pendatang merupakan
unsur-unsur orientasi kehidupan sosial budaya masyarakat Tiong Hua yang sangat
dipengaruhi.
1 Santi J.N. 2014.Untaian Buku, Untaian Sejarah.https://santijehannanda.wordpress.com/2014/01/31/imlek-
dan-kepercayaan-TiongHua/
SISTEM DEWA DEWI MENURUT KEPERCAYAAN KONSEP NENEK MOYANG
DALAM KALANGAN MASYARAKAT TIONG HUA
Pengertian Dewa
Maksud Dewa menurut Li Chi (1967) ialah ' jawatan ' adalah sama dengan jawatan
lain sebagai contoh ‘Sarjana Muda’ . Penetapan ini diberikan kepada entiti yang telah berjaya
dalam mencapai kehidupan yang sempurna secara keseluruhan. Secara ringkasnya,
masyarakat Tiong Hua di negara kita masih lagi mengamalkan konsep dewa dewi menurut
kepercayaan nenek moyang mereka walaupun dunia sudah masuk abad ke-21.
Dalam bahasa aslinya, Dewa diberi gelaran ‘Shen Sien’ yang mana merupakan
sebutan yang mewakili dewa dewi lain secara menyeluruh. Menurut Lao Tzu (1995) dewa-
dewi ini terbahagi kepada dua jenis kelompok iaitu, pertama, kelompok dewa yang disebut
‘Shen’ bermaksud dewa formal. Sebagai contoh, Dewa Kwan Kong merupakan salah satu
contoh dewa formal yang dimaksudkan. Dewa Kwan Kong merupakan lambang seorang
panglima perang dan dipuja sebagai Dewa Pelindung daripada malapetaka peperangan yang
mengerikan. Dewa ini adalah lambang kesatria sejati yang selalu menepati janji dan setia
kepada sumpahnya. Oleh demikian, dewa ini banyak dipuja dikalangan masyarakat dan
gambarnya banyak dijumpai di kedai-kedai sehinggalah ke markas organisasi kumpulan
kongsi gelap. Ahli-ahli kongsi gelap selalunya melakukan upacara angkat sumpah dihadapan
lukisan atau patung Kwan Kong ini.
Kedua, kelompok dewa seterusnya diberi gelaran “Sien/Xian”. Gelaran ini bermaksud
dewa santai (tidak formal). Antara contoh dewa santai ialah seperti pegawai awam. “Delapan
Dewa” merupakan salah satu kumpulan dewa “Sien” dan terdiri daripada lapan jenis dewa.
Setiap dewa mewakili 8 situasi kehidupan iaitu anak muda, warga emas, orang miskin, rakyat
biasa, warga terhormat, lelaki dan wanita.
FOTO 1 : Dewa Kwan Kong (tengah) bersama
Guan Ping (anak angkat) serta Zhou Zang
(pengawal)
FOTO 2 : Lapan Dewa adalah salah satu tema
kegemaran seniman Cina. Mereka juga banyak
muncul dalam kesusateraan Tiong Hua.
Seterusnya, Dewa-Dewi juga digolongkan menjadi dua kelompok. Pertama, Dewa-
Dewi Sien Thien. Dewa-dewi ini tidak diketahui sejarah penciptaannya dan dipercayai sudah
wujud di dunia sebelum bermula peradaban manusia. Selain itu, ada yang mengatakan
bahawa dewa-dewi ini wujud sebelum bumi tercipta. Antara contoh Dewa-Dewi Sien Thien
ialah Yi Vang Ta Ti (Tien Kung). Kedua, Dewa-Dewi Hou Thien. Dewa-dewi ini dipercayai
berasal dari manusia yang dianggap telah mencapai kesempurnaan dalam kehidupan. Oleh
itu, dewa-dewi ini sering mempunyai rekod yang sahih apabila menjadi kehidupan manusia.
Legenda Hakim Bao merupakan salah satu contoh Dewa-Dewi Hou Thien. Beliau merupakan
Hakim Neraka pada zaman Dinasti Song.
Asal Usul Dewa-Dewi dalam kepercayaan tradisional Tiong Hua
Secara keseluruhannya, jenis dewa-dewi yang dipuja dalam kepercayaan tradisional
ini berdasarkan asal usulnya iaitu, pertama, penghormatan kepada alam (Ze Ran Chong Bai).
Kategori ini mengandungi dewa terawal yang wujud sejak zaman purba lama sebelum
kedatangan penghormatan lain. Ini kerana pada zaman purba, alam semula jadi adalah satu
cabaran yang sukar bagi nenek moyang bangsa Tiong Hua untuk terus hidup dengan harmoni
dalam kesibukan alam. Kebanyakan dewa ini mempunyai sejarah tuhan sebagai orang yang
dalam hidup beliau adalah seorang lelaki biasa bahkan Raja atau rakyat biasa yang pernah
berjasa bagi masyarakat dan dikagumi. Antara contoh dewa-dewi dalam penghormatan ini
ialah :-
 Yu Huang Da Di (Raja Langit)
 Tu Di Gong (Dewa Bumi atau Tanah)
 Lei Gong (Dewa Petir)
Kedua, bentuk penghormatan kepada nenek moyang (Zu Xian Chong Bai). Bentuk
penghormatan ini muncul setelah datangnya pengaruh Konfusianisme yang sangat
menekankan kepentingan penghormatan kepada nenek moyang terutama sekali yang berjasa
dan menyumbang kepada rakyat jelata. Ketiga, dewa-dewi bentuk penghormatan yang terdiri
daripada tokoh-tokoh sejarah atau mitologi. Ini termasuk nenek moyang yang dianggap
mempunyai hubungan persaudaraan sama ada jauh atau dekat. Antara contoh tokoh sejarah
ialah :-
 Kwan Kong(lambang kesetiaan)
 Bao Zheng(lambang keadilan)
 Ma Cho(lambang bakti seorang anak terhadap ibu bapa)
Ketiga, bentuk penghormatan terhadap tokoh mitologi. Tokoh-tokoh ini belum
ditemukan bukti bahawa mereka ini pernah melalui kehidupan sebagai seorang manusia.
Antara contoh tokoh yang boleh ditemukan ialah :-
 Pan Gu (mitos penciptaan alam)
 Nu Wa (mitos penciptaan manusia)
 Shen Nung (ahli pertanian)
Keempat, bentuk penghormatan lain lain. Kategori ini adalah suatu bentuk
penghormatan yang tidak termasuk dalam kategori-kategori sebelumnya.
 Men Shen (Dewa Pintu)
 Zao Jun (Dewa Dapur)
Masyarakat Tiong Hua beranggapan bahawa manusia yang mati menjadi Gui atau
Shen. Gui bermaksud syaitan dan akan dimasukkan ke dalam neraka manakala Shen pula
bermaksud dewa dan akan dimasukkan ke dalam syurga setelah kematiannya. Dalam
perkembangan sistem dewa-dewi masyarakat Tiong Hua, ada juga pihak yang menyatakan
bahawa dew-dewi ini disembah untuk mengingatkan kebajikan yang pernah mereka lakukan.
Hal ini terbahagi kepada beberapa fungsi. Antaranya ialah berfungsi sebagai satu cara untuk
mengajar kebaikan melakukan kebajikan. Pengajaran merupakan salah satu asas bagi semua
agama.
Masyarakat Tiong Hua menyerap dewa-dewi sebagai salah satu cara untuk mengajar
kebaikan. Kebanyakan cerita-cerita para dewa yang mempunyai erti yang mendalam tentang
kebaikan. Sebagai contoh, Zhang Fu De. Sejak zaman kanak-kanak, Zhang Fu De sudah
menunjukkan bakat sebagai orang-orang yang baik dan mulia. Beliau taat kepada ibu bapa,
jujur, gembira dalam membantu golongan miskin yang lemah dan pernah mempelajari sastera
kuno Tiong Hua seawal usia 7 tahun. Selain itu, masyarakat Tiong Hua mempercayai dewa-
dewi sebagai penolong manusia dan segala makhluk selain menjadi guru kebajikan. Seperti
contoh, tokoh perubatan, Sun Se Mao. Beliau terkenal sebagai orang yang memiliki ilmu
perubatan yang tinggi. Pernah diceritakan, beliau menolong seorang bayi dalam kandungan
ibunya yang telah meninggal selama seminggu.
Masyarakat Tiong Hua berkeyakinan bahawa dewa-dewi mereka merupakan
pembasmi kejahatan dan mengharmonikan masyarakat. Terdapat juga dewa-dewi iblis atau
pembasmi syaitan yang mengganggu manusia. Zhang Tian Shi merupakan contoh dewa-dewi
yang mengharmonikan masyarakat. Beliau ditugaskan oleh Penguasa Syurga melalui seorang
malaikat untuk menakluk syaitan. Beliau kemudiannya diarahkan pergi ke Gunung Qing
Cheng untuk menakluk 6 raja halimunan yang sering menakutkan rakyat. Beliau berjaya
menakluk raja tersebut dan berjanji tidak akan mengganggu rakyat. Oleh sebab jasanya itu,
beliau dikurniakan gelaran Tian Shi dan diangkat ke syurga.
Seterusnya, dewa-dewi Tiong Hua dalam menyebarkan kebajikan dan menolong
orang yang dalam kesusahan serta kekurangan. Contoh yang boleh diambil ialah seperti dewa
Ji Gong. Selepas kematian ibu bapanya, Ji Gong ke Hangzhou dan menjadi sami di Kuil Ling
Yin yang termasyhur. Walaupun kelakuannya yang ganjil melanggar banyak peraturan
tradisional untuk kaum sami, Ji Gong dikatakan berbaik hati dan sentiasa bersedia untuk
membantu orang awam. Kelakuannya itu membingungkan sami-sami lain yang kemudian
memecatnya dari biara. Sejak kejadian itu, Ji Gong membawa diri dan membantu sesiapa
sahaja jika dia berupaya.
Bodhisatva adalah dewa yang amat dipuja oleh masyarakat Tiong Hua, terutama
sekali Avalokitesvara Bodhisatva yang dipercayai membantu orang ramai dan belas kasihan.
Di samping itu, terdapat dewa lain iaitu Bodhisatva Ksitigarbha, Bodhisatva Agung Cundi
dan lain-lain. Bodhisatva ini rata-rata mempunyai Metta (Maha Pengasih) serta Karuna (belas
kasihan) untuk menyelamatkan semua makhluk.
Masyarakat Tiong Hua juga menyembah dewa dewi dan nenek moyang di rumah
masing-masing (Tan, Agama Cina di Malaysia : Satu Pandangan Umum, 2011). Kajian
tentang agama masyarakat Tiong Hua boleh dibahagikan kepada dua lapangan, satu dari segi
pemujaan domestik dan dari segi pemujaan awam. Masyarakat Tiong Hua kebanyakannya
mempunyai gambar seperti Dewi Guanyin di altar utama di ruang tamu manakala gambar
Dewa Bumi di bawah altar utama dan satu lagi altar untuk nenek moyang di sebelah kanan
altar utama. Selain dewa utama, terdapat juga patung-patung berhala lain daripada pelbagai
tradisi di atas altar utama. Di dapur pula, mungkin terdapat altar untuk Dewa Dapur.
Upacara penyembahan seharian mereka pula bermula dengan menyembah “Tiangong” iaitu
berdiri di serambi sambil menghala ke arah langit dan menaikkan colok bernyala yang
dipegang untuk beberapa kali sambil bersembahyang. Satu atau tiga batang colok yang
dipegang kemudiannya diletakkan di depan plak yang bertanda “Tianguan Cifu” yang
selalunya terletak di bahagian kiri depan rumah. Colok-colok itu kemudiannya disembahkan
kepada Dewa Syurga dan Pegawai-pegawai Syurga. Sejurus selepas itu, mereka akan ke
ruang tamu untuk menyembah di depan altar utama sebelum ke bahagian dapur untuk
menyembah Dewa Dapur dan kembali semula ke ruang tamu untuk menyembah Dewa Bumi
serta nenek moyang mereka pada akhirnya.
Roh-roh lain yang telah pergi tetapi tidak tenteram turut disembah mereka tetapi
dilakukan di belakang rumah. Roh-roh ini akan dipersembahkan colok selepas penyembahan
nenek moyang. Ritual harian mereka meliputi meletakkan satu colok atau lebih atau dalam
bilangan ganjil di altar dewa-dewi manakala dua colok atau dalam bilangan genap di altar
nenek moyang. Bilangan ganjil dan genap ini mengikuti prinsip “yin yang”. Dewa disembah
dengan bilangan colok ganjil manakala nenek moyang pula dalam bilangan genap.
Figure 1haha
FOTO 3 : Contoh altar yang ada di dalam rumah
masyarakat Tiong Hua
s
KEPERCAYAAN NENEK MOYANG MASYARAKAT TIONG HUA
Pendahuluan
Masyarakat Tiong Hua di Malaysia mengamalkan pelbagai kepercayaan yang unik. Mereka
mempunyai penjelasan tersendiri untuk setiap kepercayaan tersebut. Kepercayaan masyarakat
ini misalnya dipengaruhi oleh alam sekeliling dan nasib. Terdapat berbagai-bagai
kepercayaan yang dipraktikkan oleh masyarakat Tiong Hua mengikut kaum-kaum tertentu.
Antara kepercayaan Masyarakat Tiong Hua adalah adat kelahiran, adat perkahwinan, adat
kematian, pantang larang warna dan ruang, amalan menilik nasib dan sebagainya.
Aplikasi dalam realiti
Kelahiran
Antara kepercayaan masyarakat Tiong Hua yang diamalkan secara turun-temurun ialah adat
kelahiran untuk memastikan bayi tidak ditimpa malapetaka setelah dilahirkan. Antaranya
ialah ibu mentua wanita yang mengandung bertanggungjawab menjaga wanita tersebut tetapi
bukan suaminya seperti masyarakat lain. Seterusya, masyarakat ini juga mementingkan anak
lelaki dengan harapan dia akan melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek
moyang.
Kepercayaan lain termasuklah larangan ibu mengandung daripada membuat kerja-
kerja memaku kerana ini akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan. Selain itu, ibu
mengandung juga dilarang daripada menggunakan kata-kata kesat dan memukul binatang
yang memungkinkan anak yang dilahirkan terkena badi. Perbuatan memberi nama kepada
bayi yang bakal dilahirkan adalah dilarang mengikut masyarakat Tiong Hua untuk
mengelakkan kekecewaan jika hasrat tidak tercapai. Mereka juga mempunyai cara tersendiri
untuk meneka jantina bayi yang bakal dilahirkan. Contohnya, sekiranya perut ibu yang
mengandung kelihatan bulat, ia adalah anak perempuan. Sebaliknya, sekiranya perutnya
kelihatan tajam ia adalah anak lelaki.
Masyarakat Tiong Hua juga meneruskan kepercayaan mereka setelah bayi dilahirkan.
Mereka percaya bahawa tali pusat bayi yang tenggelam ialah alamat kehidupan bayi tersebut
akan mempunyai kehidupan yang senang dan tali pusat yang tertimbul bermaksud sebaliknya.
Dari segi memberi nama anggota masyarakat Tiong Hua terdiri daripada 3 perkataan yang
bermula dengan nama keluarga. Unsur Yin dan Yang wajib diambil kira dalam sistem nama.
Mereka beranggapan kegagalan seseorang berbuat demikian akan menjejaskan kesejahteraan
kehidupan mereka.2
Penghormatan Leluhur
Masyarakat Tiong Hua mencerminkan penghormatan lelulur dengan menjadi sebahagian
daripada Cheng Beng yang bermaksud terang atau cerah dalam Bahasa Hokkien. Dalam
Bahasa Mandarin pula perayaan ini dikenali sebagai Qing Ming. Perayaan tahunan ini
disambut dengan tujuan menghormati para leluhur dan sanak-saudara yang telah meninggal
dunia. Menurut Dr. Jessica Ong Hai Liaw yang merupakan Timbalan Pengarah Pusat
Penerbitan dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, pada hari
tersebut doa dibacakan kepada Dewa bumi untuk menyatakan keluarga telah menziarahi
makam leluhur untuk bersembahyang. Upacara pemujaan patung dewa penjaga kubur nenek
moyang masing-masing merupakan salah satu kepercayaan masyarakat Tiong Hua. Selain itu,
meletakkan kertas putih dan kertas kuning atas makan dianggap sebagai simbol pemberian
duit kepada nenek moyang. Motif di sebalik upacara ini adalah untuk menunjukkan makan
dilawati oleh keturunan. Seterusnya, pelbagai juadah seperti kuih-muih, buah-buahan dan
makanan sayuran dijadikan pemberian semasa masyarakat Tiong Hua bersembahyang. Kertas
2 Norhanim Bt Zainuddin Hanim. 2014.http://www.slideshare.net/NorhanimBtZainudinHanim/adat-resam-dan-
pantang-larang-masyarakat-cina
emas dan perak pula dibakar untuk menerangi roh leluhur. Pada masa yang sama, sedekah
disembahkan kepada leluhur dengan membakar pakaian. 3
Kesimpulannya, kepercayaan ini diteruskan kerana ini akan menjadikan masyarakat
Tiong Hua lebih menghormati orang tua sementara mereka masih bersama mereka. Seperkara
lagi, sambutan ini adalah untuk menghargai jasa mereka walaupun mereka telah meninggal
dunia.
Sambutan Tahun Baru Cina
Masyarakat Tiong Hua percaya dalam melupakan semua perkara negatif yang lama
dari segi fikiran. Pada Tahun Baru Cina, anggota masyarakat ini dilarang daripada menyapu
rumah kerana mereka percaya perbuatan ini akan menghalau tuah yang terdapat di rumah
menurut Tan Su Lin. Selanjutnya, mereka juga memakai pakaian baru yang melambangkan
permulaan baru. Larangan lain yang dapat dilihat pada Tahun Baru ialah mereka tidak boleh
menggunakan kata-kata kesat yang membawa nasib malang serta larangan memakai pakaian
berwarna putih atau hitam yang merupakan warna berkabung. Selain itu, jumlah pemberian
Angpau pada hari itu haruslah berangka genap kerana masyarakat Tiong Hua percaya genap
bermaksud sempurna. Pemberian limau mandarin ‘kam’ yang bermaksud emas dalam Bahasa
Kantonis pula dijadikan lambang limpahan kekayaan. Warna limau yang kelihatan keemasan
menjadikannya simbol jongkang emas yang diberikan kepada orang lain. Ada juga segelintir
masyarakat Tiong Hua yang memberikan epal “Ping Kuo” yang bermaksud aman atau
3
Dr. JessicaOngHai Liaw.2013.Utusan Online.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130328/re_06/Asal-usul-Cheng-Beng-tradisi-penghormatan-
leluhur
kesihatan kepada tetamu yang melawat rumah pada Tahun Baru Cina. Mereka juga memilih
warna merah sebagai tema sambutan ini kerana warna merah dikaitkan dengan tuah.4
Kepercayaan dalam perkahwinan
Masyarakat Tiong Hua berpegang teguh kepada berbagai-bagai kepercayaan dalam proses
perkahwinan. Lazimnya, semasa pertunangan pengantin lelaki memberikan seekor angsa
hidup kepada keluarga pengantin perempuan yang harus dijaga sebaik mungkin kerana ia
mewakili pengantin perempuan berkenaan. Reaksi angsa tersebut semasa diserahkan adalah
indikasi karenah pengantin lelaki. Jikalau angsa tersebut mengeluarkan bunyi semasa
dikembalikan situasi ini bermaksud pengantin lelaki adalah seorang yang cepat marah dan
sekiranya angsa tersebut bertindak sebaliknya ini bermaksud pengantin lelaki mempunyai
personaliti yang terpuji.
Selain itu, mereka juga percaya dalam memasang sehelai kain merah di luar pintu
besar kedua-dua pengantin. Kain ini yang berbentuk angka sembilan sebagai simbol
perkahwinan akan kukuh dan panjang umur. Seterusnya, masyarakat Tiong Hua masih
percaya bahawa pengantin perempuan harus memakai kasut yang biasa dipakai olehnya
kerana mereka beranggapan ini bermakna pengantin tersebut telah meninggalkan segalanya
termasuk nasib baik ibu bapanya. Tambahan pula, mentua dan kakak ipar pengantin
perempuan ditegah daripada menghadap pintu hadapan dan menyaksikan kedatangan
pengantin tersebut untuk menghalang konflik pada masa hadapan. Seterusnya, wanita yang
mengandung dan individu yang kematian saudara-mara tidak digalakkan mengambil
bahagian dalam upacara-upacara perkahwinan dan menyentuh pakaian serta barang-barang
pasangan pengantin. Hal ini adalah untuk mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.
4 Tan Su Lin. 2014. Astro Awani. http://www.astroawani.com/gaya-hidup/adat-resam-dan-pantang-larang-
tahun-baru-cina-29179
Pakaian berwarna hitam, biru dan kelabu tidak dibenarkan untuk dipakai sama sekali dengan
alasan warna-warna ini mencerminkan kematian dan kesedihan.5
Keunikan konsep nenek moyang masyarakat Tiong Hua boleh dilihat melalui adat
perkahwinan mereka. Di Malaysia, proses perkahwinan yang digunakan oleh masyarakat
Tiong Hua pada masa kini ialah suatu upacara perkahwinan yang moden. Proses perkahwinan
moden ini dikenali sebagai "tiga buku enam upacara". Ini merupakan proses yang meliputi
5 Suzie Binti Abdullah.2013. http://www.academia.edu/5621441/KOKUM_HBEF2803_T1A1
semua buku and upacara yang menerangkan adat-adat yang harus dilakukan tentang
perkahwinan sehingga hari berkahwin. Tetapi biasanya, mereka hanya melakukan empat asas
adat resam iaitu merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. 6Antara adat yang
ternyata dalam "tiga buku enam upacara" adalah pemberitahuan kepada keseluruhan
kejiranan dan saudara-mara tentang perkahwinan yang akan diadakan. Adat ini diaplikasikan
untuk proses perkahwinan moden dan juga perkahwinan tradisional. Ini disebabkan, adat ini
dipercayai boleh mendapatkan kebenaran dan keterjaminan masyarakat.
Di China, adat perkahwinan tradisional yang diamalkan membolehkan pasangan suami
isteri yang hendak berkahwin untuk mendapat keberkatan daripada nenek moyang mereka.
Mereka juga diberikan tangungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka. Tetapi pada masa
dahulu, sebelum Dinasti China, proses perkahwinan "tiga buku enam upacara" tidak
dipratikkan. Oleh it, pasangan suami isteri yang hendak berkahwin tidak diakui oleh orang
ramai. Upacara perkahwinan yang sempurna ini tidak memberi sebarang kesan kepada
perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun, upacara perkahwinan telah berbeza, semasa
perbezaan Dinasti China.
Semasa perbezaan Dinasti China, adat perkahwinan tradisional China "tiga buku enam
upacara" sangat diutamakan dan dipraktikkan. Menurut Yang Mei, “tiga buah buku”
bermaksud buku yang digunakan dalam proses enam upacara, iaitu buku yang meliputi surat
tawaran, buku tentang hantaran emas kahwin, dan buku tentang beristeri manakala "enam
upacara" merujuk kepada ringkasan proses dari peminang hingga perkahwinan keseluruhan.
Enam upacara yang dimaksudkan ialah Na Cai (meminang), Wen Ming (pertanyaan nama,
6 Blog. http://vanillachocolate233.blogspot.com/p/perkahwinan-masyarakat-cina.html
Na Ji (hantar hadiah), Na Zheng (menghantar hantaran emas kahwin), Qing Qi ( tetapkan hari
perkahwinan) dan An Chuang (meletakkan katil). Ini semua merupakan upacara-upacara
yand dilakukan sebelum perkahwinan.
7
Keunikan konsep nenek moyang masyarakat Tiong Hua juga boleh dilihat melalui
pemakanan semasa perayaan Tahun Baru China yang juga dikenali sebagai Tahun Baru
Imlek. Di Malaysia, pada Tahun Baru China, salah satu makanan yang sangat dikenali
dihidangkan ialah salad ikan mentah-cara Teochew yang berasal dari Selatan China. Ia
dikenali sebagai Yee Sang, atau Yu Sang. Makanan ini mengandungi ikan mentah and
pelbagai hirisan sayur-sayuran yang berwarna-warni. Tambahan pula, makanan ini biasanya
dihidangkan sebagai pembuka selera sebelum makan malam atau makan tengah hari. Semasa
menggaul yee sang, masing-masing akan memberitahu apa yang mereka inginkan pada tahun
baru dengan suara yang kuat supaya semua dapat mendengar keinginan dan ucapan mereka
dan tercapailah impian masing-masing. Walau bagaimanapun, makanan ini hanya boleh
didapati di Singapura dan Malaysia.
Mernurut Niam Seet Wei, pada perayaan tahun baru cina di China, makanan yang wajib
dihidangkan terutama sekali pada petangnya termasuk ikan, kurma, kuih pulut, 'dumpling',
'dumbling' pulut, dan 'lettuce'. Mereka juga akan meletakkan duit syiling yang bersih,
biasanya 50 sen emas dalam beberapa 'dumpling'. Hal ini demikian, adat ini dipercayai
membawa tanda baik untuk menikmati tahun yang baik. 8 Selain daripada 'dumpling'
7 Yang Mei. 2015.http://diarikikbm.blogspot.com/2015/01/perkahwinan-tradisi-cina.html
8 Niam Seet Wei. My News Hub. 2015.
http://mynewshub.cc/2015/02/17/perbezaan-sambutan-tahun-baru-cina-di-china-dan-
msia/#gs.4f650774ee00490587c0b187b5d1fcf4
makanan-makanan lain yang dihidangkan pada petang Tahun Baru Cina semuanya
mempunyai makna yang simbolik. Sebagai contoh, ikan bermakna mempunyai lebih banyak
wang, kuih pulut bersimbol mendapat kekayaan setiap tahun, dan lebih meningkat, 'lettuce'
bermakna harta yang bertambah dan akhirnya 'dumpling' pulut bermaksud memperoleh
banyak wang setiap tahun. Pada waktu tengah hari sehingga tengah malam, semua ahli
keluarga akan berkumpul di rumah untuk makan 'dumpling' sambil main kad dan juga
menonton program televisyen bersama-sama.
Selain daripada itu, keunikan konsep nenek moyang masyarakat Tiong Hua juga boleh
dilihat melalui tradisi-tradisi yang diamalkan semasa perayaan Tahun Baru China. Di
Malaysia, menyapu rumah pada hari pertama Tahun Baru Cina merupakan salah satu pantang
larang. Hal ini demikian kerana, masyarakat Cina bimbang perlakuan tersebut akan menyapu
semua untung baik daripada mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat cina di wilayah
Hubei, bahagian tengah China tidak mengamalkan pantang larang ini. Mereka masih
menyapu rumah untuk tujuan mengekalkan rumah mereka sentiasa bersih untuk tetamu
mereka yang datang melawat. Masyarakat di Hubei masih mengamalkan tradisi-tradisi seperti
menghiasi rumah dengan tanglung merah, membakar mercun, bermain mahjong dan
berkunjung ke kuil. Pesta kuil adalah salah satu tradisi tahunan yang sangat dikenali dan
popular di China Pesta ini akan diraikan semasa perayaan Tahun Baru China. Biasanya
semasa pesta ini, adalah boleh melihat beratus-ratus gerai menjual pelbajai jenis makanan,
kudapan, kraftangan dan juga barangan antik.
Perbezaan masyarakat Tiong Hua di Malaysia dan di China juga boleh dilihat melalui
pemberian ang pow semasa perayaan Tahun Baru Cina. Penerimaan ang pow atau wang
dalam sampul merah dianggap antara tradisi yang plaing dinanti-nantikan pada perayaan ini.
Ang Pow ini seolah-olah mendapat hadiah Krismas bagi kanak-kanak Cina. Di Malaysia,
pasangan yang sudah berkahwin sahaja akan memberikan ang pow kepada rakan yang masih
bujang dan ahli keluarga mereka. Tambahan pula, ibu bapa juga akan memberikan ang pow
kepada anak mereka yang belum berkahwin. Pemberian ang pow ini merupakan sebagai
simbol mendapat rahmat daripada mereka.
Sementara di China pula, terutamanya di Beijing, ibu negara China, masyarakat Tiong
Hua mengamalkan tradisi yang berbeza sedikit. Orang dewasa yang sudah bekerja, sama ada
sudah berkahwin atau bujang, diwajibkan memberi ang pow kepada generasi muda dalam
keluarga mereka yang masih belum mempunyai pendapatan lagi. Ibu bapa tidak akan
memberi ang pow kepada anak mereka yang sudah bekerja, sebaliknya anak-anak mereka
yang sudah bekerja akan memberikan ang pow kepada mereka. Adat ini menggambarkan
tanda kasih sayang dan untuk mendapatkan restu mereka.
PENGENALAN
Masyarakat Tiong Hua di Malaysia mempunyai adat resam yang amat unik. Kepercayaan
nenek moyang masyarakat ini banyak mempengaruhi dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan
dan kematian.
KELAHIRAN:
Terdapat banyak konsep nenek moyang yang tertentu diamalkan oleh masyarakat Tiong
Hua dalam aspek ini dan merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.
Menurut Wang Gungwu (1998), adat isitiadat adalah amat penting untuk
memyempurnakan kelahiran sesorang anak ke alam ini. Oleh itu, bagi memastikan bayi yang
bakal lahir itu tidak ditimpa kecelakaan seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Pelbagai
bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Tiong Hua semasa
mengandung dan juga selepas bersalin.”
SEWAKTU MENGANDUNG
Wanita masyarakat Tion Hua yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam
setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.Dalam masyarakat Cina ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.
Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Hal ini kerana anak lelaki boleh
melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.9
9 Freddy, S. 2007. Sejarah YangHampir terlupakan Dinamika Kehidupan Masyarakat TiongHua
Purbalingga.Buletin Dharma MuliaMedia Informasi dan Komunikasi Masyarakat TiongHua Purbalingga.Edisi
1- Juli 2007 . hlm. 6-8
Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila
berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
MENCUKUR JAMBUL
Seperti masyarakat Melayu, masyarakatCina juga mengamalkan adat mencukur rambut.
Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah
rambut sementara.
Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut
baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
PEMBERIAN NAMA
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih
terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu
PERKHAWINAN:
Menurut Shamsul A.B (1996), “adat perkahwinan dalam masyarakat Tiong Hua
merupakan sebuah permulaan dalam kehidupan seorang individu mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi
kepada generasi yang seterusnya”.
Mengikut kepercayaan nenek moyang mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah.
Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu
perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit
iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih
pasangan masing-masing.
Pada asalnya adat resam perkahwiwan masyarakat Tiong Hua merangkumi peringkat merisik,
meminang, bertunang dan majlis perkahwinan adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar
belakang gadis yang dihajati.
Masyarakat Tiong Hua terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak
dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan
yangberkekalan.
ADAT MERISIK
Adat merisik selalunya terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak
lelaki akan bertanya kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga
Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar
belakang keluarga dan asal keturunan.
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan.
Seorang wakil dipilih untuk berkunjung kerumah si gadis bagi membincangkan perkara-
perkara berkaitan perkahwinan.Ibu pengantin pengantin perempuan pulaakan berbincang
dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukanmeja dalam jamuan makan
dan memilih hari yang paling sesuai. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,diberitahu
kepada kedua ibu bapa pihak lelaki.
Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah
adat bertunang dijalankan. Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan
hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut berpandukan
kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Mereka mempercayai jika dilakukan pada waktu yang
tidak sesuai dipercayai akan ditimpa musibah.
Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah
atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada
tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-
sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang
sama tentang dirinya
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasaupacara bertukar cincin perkahwinan
atau padahari lain seperti hari istiadat perkahwinan.
Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.
Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin
perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas
kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan
dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwinyang
diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. Dalam masyarakat Cina juga,
upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan.
akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk
surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
KEMATIAN:
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi
penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak
wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam
akhirat.
Kemudiannya mayat tersebut dipakaikandengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian
tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan
Oleh itu, adalah menjadi kewajipan masyarakat Tiong Hua untuk menyimpan pakaianp
erkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan
aksesori yang lain terutamanya wanita.
Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang
diukir menarik. Bagi yang kaya,keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk
menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya. Ada juga segelintir masyarakat Cina
yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar
tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara
yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Tambahan pula,
masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati.10
Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju kekawasan perkuburan amat
digalakkan. Mereka mempercayai tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan
10 Shamsul,A. B. 1996.Debating About Identity in Malaysia:a DiscourseAnalysis.Tonan
Ajia Kenkyu 34(3): 566-600.
keluarga dan sahabat terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat
dikebumikan.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam.
Warna lain tidak digalakkan, pakaian warna merah atau berbunga dilarang sama sekali kerana
dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya.
Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi
beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan.
Mengikut kepercayaan masyarakat Tiong Hua cara ini adalah untuk memastikan roh boleh
berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut
PERAYAAN TRADISI:
Nama perayaan bagi kebanyakan masyarakat Tiong Hua di Malaysia ialah ‘Tahun Baru
Cina’ atau dalam sebutan Bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan
perayaan yang paling penting bagi masyarakat ini. Tahun Baru Cina juga secara umumnya
dipanggil “Guonian”.
Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama zodiac haiwan. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan
untuk meraikan ketibaan tahun yang baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan.
Mengikut sejarah yang lama, perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa dan juga
nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada zaman kuno.
Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”, “Yuandan” atau“Tahun Baru”.
Selepas revolusi pada tahun 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari
pertama pada bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut sehingga sekarang.
Menurut mitos masyarakat Tiong Hua dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada musim sejuk,
raksasa nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan raksasa itu dikatakan
akan dapat dihalau dengan bunyi bising seperti mercun dan persekitaran serta pakaian
berwarna merah. Kejayaan menghalau raksasa tersebut diraikan bersempenadengan
kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina. Terdapat beberapa upacara yang diadakan
dalam perayaan tahun baru cina.
Antaranya ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum
Tahun Baru Cina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Di samping itu,
tarian singa dipercayai bagi menghalau hantu dan juga malapetaka yang mungkin berlaku.
11 Anak perempuan yang sudah berkahwin selalunya akan menziarahi ibu bapa kandung
mereka pada hari yang kedua. Pada hari yang kelima belas iaitu hari terakhir Tahun Baru
Cina, masyarakat Tiong Hua Malaysia iaitu Chap Goh Mei. Menurut Freddy.S(2008) tradisi
in mempunyai lapan nilai kebenaran menurut ajaran “Chinese Tridharma”, kesetiaan,
integriti, kehormatan, kebenaran, kewajaran, menghormati ibu bapa dan kecintaan.12
12 Wang Gungwu. 1988. The Study of ChineseIdentities in Southeast Asia.Dlm. Cushman, Jennifer W. and
Gungwu, Wang. (ed.). ChangingIdentities of the Southeast Asian ChineseSinceWorld War II.Hong Kong: Hong
Kong University Press,hal.5-7
KAJIAN SOAL SELIDIK
36%
21%
19%
11%
13%
Soal Selidik Konsep Kepercayaan Nenek Moyang
masyarakat Tiong Hua di Malaysia 2015
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Gambar rajah di atas menunjukkan peratusan responden yang wajar tentang konsep
kepercayaan nenek moyang masyarakat Cina di Malaysia. Responden yang dipilih terdiri
daripada pelajar-pelajar universiti berbilang kaum berumur dalam lingkungan 18 hingga 20
tahun. Berdasarkan gambar rajah piktograf di atas, majoriti iaitu sebanyak 36% daripada
responden amat setuju dengan konsep nenek moyang orang Cina di Malaysia. Selain itu,
peratusan kedua tertinggi sebanyak 21% daripada responden setuju dengan konsep ini. Hal
ini membuktikan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia menerima serta mengetahui
kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Tiong Hua di Malaysia. Di
samping itu, golongan minoriti yang masing-masing memegang peratusan sebanyak 11% and
13% pula tidak bersetuju dengan kepercayaan kehidupan masyarakat Tiong Hua di Malaysia.
Hal ini kerana, terdapat juga masyarakat yang tidak mengetahui dengan kepercayaan
masyarakat Cina di Malaysia. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut ialah
kurang pembacaan serta kurang bergaul dengan bangsa lain. Justeru, berdasarkan kajian
secara soal selidik ini, dapat kita ramalkan bahawa tradisi kepercayaan nenek moyang
masyarakat Tiong Hua tidak akan hilang dan tenggelam dalam gelombang arus masa yang
akan datang.

More Related Content

What's hot

KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJARKEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJARHanim Zabidi
 
Malaysia has many interesting and historical places that are well known in th...
Malaysia has many interesting and historical places that are well known in th...Malaysia has many interesting and historical places that are well known in th...
Malaysia has many interesting and historical places that are well known in th...Megala Silva Raju
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikINSTAQLIM
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriAina Amirah
 
Bandingkan Ciri-Ciri Kerajaan Agraria Maritim
Bandingkan Ciri-Ciri Kerajaan Agraria MaritimBandingkan Ciri-Ciri Kerajaan Agraria Maritim
Bandingkan Ciri-Ciri Kerajaan Agraria Maritimazlanmy73
 
Bab 1(hubungan etnik)
Bab 1(hubungan etnik)Bab 1(hubungan etnik)
Bab 1(hubungan etnik)kim rae KI
 
Nilai moral dan definisi
Nilai moral dan definisiNilai moral dan definisi
Nilai moral dan definisiChen Wei Jiang
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisionalgeehamid
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)Nursyuhadah Rahwi
 
Ilmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidatoIlmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidatositihatijah2012
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnikFAROUQ
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insanNorFatin Amira
 
Cabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaCabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaMahyuddin Khalid
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negaramunnianwar
 
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...Atikah Ishak
 
Sejarah Tingkatan 5 - Kertas 3 ( Skema Dan Jawapan )
Sejarah Tingkatan 5 - Kertas 3 ( Skema Dan Jawapan )Sejarah Tingkatan 5 - Kertas 3 ( Skema Dan Jawapan )
Sejarah Tingkatan 5 - Kertas 3 ( Skema Dan Jawapan )Dhia Yadhiv
 
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amdasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amUpper6
 

What's hot (20)

Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJARKEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
 
Malaysia has many interesting and historical places that are well known in th...
Malaysia has many interesting and historical places that are well known in th...Malaysia has many interesting and historical places that are well known in th...
Malaysia has many interesting and historical places that are well known in th...
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteri
 
Bandingkan Ciri-Ciri Kerajaan Agraria Maritim
Bandingkan Ciri-Ciri Kerajaan Agraria MaritimBandingkan Ciri-Ciri Kerajaan Agraria Maritim
Bandingkan Ciri-Ciri Kerajaan Agraria Maritim
 
Bab 1(hubungan etnik)
Bab 1(hubungan etnik)Bab 1(hubungan etnik)
Bab 1(hubungan etnik)
 
Nilai moral dan definisi
Nilai moral dan definisiNilai moral dan definisi
Nilai moral dan definisi
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
 
Ilmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidatoIlmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidato
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insan
 
Cabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaCabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysia
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
Sejarah Tingkatan 5 - Kertas 3 ( Skema Dan Jawapan )
Sejarah Tingkatan 5 - Kertas 3 ( Skema Dan Jawapan )Sejarah Tingkatan 5 - Kertas 3 ( Skema Dan Jawapan )
Sejarah Tingkatan 5 - Kertas 3 ( Skema Dan Jawapan )
 
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amdasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
 

Similar to kepercayaan nenek moyng tionghua

Agama khonghucu
Agama khonghucuAgama khonghucu
Agama khonghucukhampret
 
Agama dan kebudayaan tamadun cina
Agama dan kebudayaan tamadun cinaAgama dan kebudayaan tamadun cina
Agama dan kebudayaan tamadun cinawan izzati
 
Taoisme dan Konfusianisme
Taoisme dan KonfusianismeTaoisme dan Konfusianisme
Taoisme dan Konfusianismewk_aiman
 
CONTOH MAKALAH AGAMA
CONTOH MAKALAH AGAMACONTOH MAKALAH AGAMA
CONTOH MAKALAH AGAMAEman Syukur
 
Konsep Agama di Indonesia
Konsep Agama di IndonesiaKonsep Agama di Indonesia
Konsep Agama di Indonesiapjj_kemenkes
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme Ct Muna
 
Bab ii tgas
Bab ii tgasBab ii tgas
Bab ii tgas33335
 
Perbandingan pendidikan cina kelas a
Perbandingan pendidikan cina kelas aPerbandingan pendidikan cina kelas a
Perbandingan pendidikan cina kelas ajendelasalaf
 
Konfusianisme
KonfusianismeKonfusianisme
KonfusianismeAkhy Sham
 
masyarakat berkarakter.pdf
masyarakat berkarakter.pdfmasyarakat berkarakter.pdf
masyarakat berkarakter.pdfRasya Rianto
 
Artikel nila zulfiani new
Artikel nila zulfiani newArtikel nila zulfiani new
Artikel nila zulfiani newnila ZULFIANI
 
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaAgama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaCik Atiradaniel
 
M. romli, s.ag, s.hi
M. romli, s.ag, s.hiM. romli, s.ag, s.hi
M. romli, s.ag, s.hiDarman II
 
Sumber historis, sosiologis, politis pancasila sebagai dasar negara
Sumber historis, sosiologis, politis pancasila sebagai dasar negaraSumber historis, sosiologis, politis pancasila sebagai dasar negara
Sumber historis, sosiologis, politis pancasila sebagai dasar negaraNovitaSari398
 
Agama tinjauan
Agama tinjauanAgama tinjauan
Agama tinjauanNafi Uddin
 

Similar to kepercayaan nenek moyng tionghua (20)

Agama
AgamaAgama
Agama
 
Agama khonghucu
Agama khonghucuAgama khonghucu
Agama khonghucu
 
Agama dan kebudayaan tamadun cina
Agama dan kebudayaan tamadun cinaAgama dan kebudayaan tamadun cina
Agama dan kebudayaan tamadun cina
 
Taoisme dan Konfusianisme
Taoisme dan KonfusianismeTaoisme dan Konfusianisme
Taoisme dan Konfusianisme
 
CONTOH MAKALAH AGAMA
CONTOH MAKALAH AGAMACONTOH MAKALAH AGAMA
CONTOH MAKALAH AGAMA
 
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan KepercayaanKonsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
 
Tugas kwn
Tugas kwn Tugas kwn
Tugas kwn
 
Konsep Agama di Indonesia
Konsep Agama di IndonesiaKonsep Agama di Indonesia
Konsep Agama di Indonesia
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
 
Bab ii tgas
Bab ii tgasBab ii tgas
Bab ii tgas
 
Makalah irwan
Makalah irwanMakalah irwan
Makalah irwan
 
3. pancasia dalam sejarah indonesia
3. pancasia dalam sejarah indonesia3. pancasia dalam sejarah indonesia
3. pancasia dalam sejarah indonesia
 
Perbandingan pendidikan cina kelas a
Perbandingan pendidikan cina kelas aPerbandingan pendidikan cina kelas a
Perbandingan pendidikan cina kelas a
 
Konfusianisme
KonfusianismeKonfusianisme
Konfusianisme
 
masyarakat berkarakter.pdf
masyarakat berkarakter.pdfmasyarakat berkarakter.pdf
masyarakat berkarakter.pdf
 
Artikel nila zulfiani new
Artikel nila zulfiani newArtikel nila zulfiani new
Artikel nila zulfiani new
 
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaAgama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
 
M. romli, s.ag, s.hi
M. romli, s.ag, s.hiM. romli, s.ag, s.hi
M. romli, s.ag, s.hi
 
Sumber historis, sosiologis, politis pancasila sebagai dasar negara
Sumber historis, sosiologis, politis pancasila sebagai dasar negaraSumber historis, sosiologis, politis pancasila sebagai dasar negara
Sumber historis, sosiologis, politis pancasila sebagai dasar negara
 
Agama tinjauan
Agama tinjauanAgama tinjauan
Agama tinjauan
 

Recently uploaded

IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 

Recently uploaded (20)

IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 

kepercayaan nenek moyng tionghua

  • 1. PENGENALAN Siapakah orang Tiong Hua? Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan Cina ialah orang atau bangsa yang nenek moyangnya berasal dari negeri China iaitu Tiong Hua. Berdasarkan dalam catatan sejarah China, pedagang Cina dan rombongan diplomatik China telah datang melawat Empayar Melaka pada awal abad ke-15. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang menyatakan wujudnya penempatan orang Cina di Semenanjung Malaysia pada ketika itu. Rekod tentang permastautinan komuniti Cina hanya ditemui sewaktu Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 sehingga 1641. Pendatang Cina semakin bertambah secara mendadak selepas penjajahan British di Tanah Melayu. Hal ini kerana, pada abad ke-18, majoriti penduduk China yang berasal dari bahagian selatan China, terutama wilayah Fujian, Guangzhou dan Pulau Hainan ke Lautan Selatan dibawa masuk oleh pihak British ke Tanah Melayu secara besar-besaran untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah. Pada fikiran mereka, Tanah Melayu merupakan tempat persinggahan sementara, sebab itulah mereka sangat berpegang teguh kepada lambang yang penting bagi mengekalkan ciri kecinaan mereka, lebih-lebih lagi aspek kebudayaan (Chow Fong Peng, 2012). Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep kepercayaan nenek moyang? merupakan konsep pemujaan terhadap roh iaitu sesuatu yang tidak tampak oleh mata. Orang-orang yang mengamalkan konsep ini mempercayai bahawa roh nenek moyang telah tinggal menetap di tempat-tempat tertentu contohnya pokok-pokok besar. Mereka sering meminta bantuan kepada roh nenek moyang mereka dalam urusan kehidupan mereka. Penyembahan nenek moyang merupakan amalan yang bertujuan memberi penghormatan dan pemujaan terhadap nenek moyang yang sudah meninggal dunia kerana pelaku percaya nenek moyang mereka masih berada di alam yang tidak dapat dilihat oleh
  • 2. orang yang masih hidup. Nenek moyang mereka juga dipercayai boleh membantu atau membahayakan orang hidup. Justeru, roh nenek moyang mereka perlu ditenangkan melalui upacara atau cara-cara lain (Bertukar Pikiran: 279-280).
  • 3. PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TITAS) ini. Pelbagai pengalaman dan ilmu yang sangat bermanfaat telah kami peroleh hasil daripada menjalankan kerja kursus ini. Pada awal semester ini, kami telah memilih tajuk tugasan TITAS kami iaitu “Konsep Kepercayaan Nenek Moyang Dalam Kehidupan Masyarakat Tiong Hua di Malaysia”. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, En. Zulhilmi. Beliau banyak membantu kami supaya kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan betul dan teratur. Segala pertanyaan kami akan dijawab sebaik mungkin tanpa ada pertangguhan. Seterusnya, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa serta ahli keluarga kami yang membantu dari sudut kewangan dan sokongan motivasi. Tanpa mereka, kami mungkin tidak mampu menyiapkan tugasan kami sebaik ini. Semangat yang disalurkan oleh mereka merupakan sebahagian besar pendorong kami sepanjang mengusahakan projek ini. Selain itu, kami juga ingin menujukan ucapan penghargaan ini buat rakan-rakan sekelas kami yang banyak memberi penjelasan yang terperinci mengenai projek ini. Tidak lupa juga kepada sesama diri kami yang berkorban masa, tenaga dan wang semata-mata untuk memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan yang telah diamanahkan. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutamanya warga Universiti Teknologi PETRONAS sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Kerjasama anda seperti menjayakan sesi soal selidik kami
  • 4. tidak akan sekali-kali kami lupakan. Berkat usaha dan sokongan semua pihak, kami akhirnya berjaya menyempurnakan tugasan ini semampunya kami.
  • 5. OBJEKTIF Objektif utama kami memilih tajuk tugasan ini adalah untuk mengkaji konsep kepercayaan salah satu daripada kaum-kaum utama di Malaysia iaitu etnik Tiong Hua. Pengetahuan yang bakal diperoleh melalui projek ini akan membantu kami memahami kaum Tiong Hua di Malaysia lebih-lebih lagi dari sudut kepercayaan nenek moyang mereka. Seterusnya, matlamat kami menerusi tugasan ini adalah supaya dapat membezakan antara konsep kepercayaan masyarakat di China dan kaum Tiong Hua di Malaysia. Tugasan ini memberi kami peluang untuk mendekati rakan-rakan kami yang berbangsa Tiong Hua untuk memperoleh maklumat. Secara automatik, hubungan antara pelajar berlainan bangsa juga dapat diwujudkan dan dikukuhkan. Di samping itu, kami dapat mengetahui titik tolak bermulanya negara Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa. Dengan ini, kami akan lebih menghargai sumbangan setiap kaum di Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebuah negara membangun seperti hari ini. Oleh itu, semangat bersatu padu dapat ditimbulkan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya golongan pelajar seperti kami.
  • 6. LITERATURE REVIEW Bagi memantapkan lagi pengetahuan serta pengisian bagi tugasan ini, kami telah melakukan sorotan kajian-kajian lepas mengenai konsep kepercayaan nenek moyang masyarakat Tiong Hua di Malaysia. Berdasarkan Chow Fong Peng(2012), masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta mereka yang tersendiri. Mereka memuja nenek moyang dan tian(langit). Konsep tian ialah makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang manusia. Tian juga merupakan prinsip tertinggi dalam alam semesta serta alam semula jadi. Menurut kitab Taoisme, tian disamakan dengan Tao manakala tian turut termasuk dalam fahaman etika Konfusianisme. Tao disamakan seperti ibu yang melahirkan makhluk sejagat di mana titik permulaan dan titik pengakhiran hayat mereka. Selain itu, konsep Yin dan Yang yang diceritakan oleh kitab Yijing pula merupakan unsur-unsur penting bagi mencapai keseimbangan langit dan bumi. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua unsur tersebut menghasilkan pula lima unsur asas kewujudan semua benda. Yin, Yang dan kelima-lima unsur asas itu membentuk pusingan tanpa henti sehingga membentuk pergerakan Tao. Menyentuh kepada konsep kepercayaan masyarakat Cina di Malaysia pula, agak berbeza sedikit kerana mereka menggunakan istilah “Chinese Religion”. Istilah ini merujuk kepada satu set gabungan tradisi keagamaan yang diwarisi dari China dan inovasi sistem kepercayaan masyarakat tempatan. Orang Cina Malaysia menggunakan agama orang Cina iaitu huaren zongjiao sebagai kontras kepada tradisi keagamaan lain. Agama masyarakat Cina di Malaysia merupakan hasil kompilasi agama mereka dengan elemen tradisi Tao, Buddha dan etika Konfusianisme. Pengajaran utama Konfusius setelah dilihat dalam kitab Analects, menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai perikemanusiaan.
  • 7. Manusia berkeupayaan mencapai tiga jenis sifat baik iaitu perikemanusiaan(ren), kewajaran(yi) dan kesusilaan(li). Ren atau perikemanusiaan ialah sikap penyayang terhadap manusia lain, kemurahan hati, kesediaan membuat kebajikan dan lain-lain. Konsep yi(kewajaran) didefinisikan sebagai kewajaran atau keadilan. Sesuatu perbuatan moral sama ada ren atau yi, dilakukan tanpa syarat dan tidak mempunyai target untuk mencapai tujuan tertentu atau lebih mudah dikatakan sebagai tidak mementingkan keuntungan. Sifat baik yang ketiga, li(kesusilaan) ditakrifkan pula sebagai semua perbuatan yang mengikut adat dan semua perbuatan yang melibatkan tingkah laku yang berbudi bahasa. Kesimpulan konsep li ini ialah pelaksanaan upacara secara betul, kesopanan dan semua tingkah laku mengikut adat. Selain daripada ini, Konfusius turut menitikberatkan konsep ketaatan kepada ibu bapa(xiao) di mana mereka perlu menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia seperti melakukan penyembahan nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal dunia serta menghormati keinginan ibu bapa yang masih hidup contohnya memberi wang pendapatan kepada ibu bapa. Dari segi kejiwaan pula, penyembahan nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal dunia menunjukkan bahawa seseorang itu masih mengingati dan menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, penyembahan ini tidak bersangkut-paut dengan kepercayaan tentang roh dan hantu. Konsep wulun atau lima hubungan dalam ajaran Konfusius pula ialah raja dengan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik serta kawan dengan kawan. Pembinaan sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni dimulakan dengan mematuhi ibu bapa dan abang. Keluarga yang harmoni terhasil lalu membentuk masyarakat yang harmoni. Jika setiap individu dalam masyarakat tersebut mematuhi perintahnya, maka negara yang harmoni akan turut lahir. Jelaslah bahawa masyarakat Cina mementingkan pembentukan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni seperti bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.
  • 8. Berbeza dengan ajaran Buddhisme yang mementingkan kesederhanaan, asas pengajarannya ialah penderitaan berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan punca pelbagai masalah manusia namun dapat dielakkan melalui lapan jalan yang betul yang menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang terlampau mengikut perasaan. Berdasarkan konsep ini, maka lahirlah nilai humanisme yang mengakibatkan orang Cina mengamalkan cara hidup secara sekular. Walaupun pada dasarnya mereka mempercayai Tao berasal daripada Maha Agung(Tian), tetapi mereka juga mempercayai transendesi bergantung pada ikhtiar setiap individu yang memerlukan disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri. Sistem etika Konfusianisme pula berasaskan keluarga dan tidak membahagi-bahagikan manusia. Masyarakat Cina cenderung kepada moral dan akhlak manusia dan kerana itulah mereka tidak mempunyai konsep ketuhanan yang jelas. Tuhan mereka digambarkan oleh dewa-dewi dan berperwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Seterusnya, menurut Chee Beng Tan (2011), kajian tentang Agama Cina boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu pemujaan domestik dan pemujaan awam. Jurnal yang ditulis oleh beliau lebih kepada menghuraikan secara terperinci ketiga-tiga konsep utama yang membentuk Agama Cina. Agama tradisional orang Cina di Malaysia tidak mempunyai istilah yang khusus dan hanya dikenali umum sebagai “Agama Cina”. Bagi orang Cina di Malaysia, mereka menyebut agama mereka dalam bahasa dan dialek mereka. Misalnya, dalam bahasa Mandarin, istilah agama itu ialah bai shen atau bai fo. Bai shen bermaksud “menyembah dewa” manakala bai fo diterjemahkan secara literalnya sebagai “menyembah Buddha atau Bodhisattvas”. Shen itu sendiri merujuk kepada istilah dewa yang umum. Konfusianisme adalah sebuah falsafah. Ramai yang terkeliru menganggap Konfusianisme sebagai agama lantaran kegagalan menghayati karya-karya sarjana Confucius. Konfusianisme menjadi golongan dominan dalam budaya Cina. Berdasarkan agama klasik,
  • 9. Konfusianisme sangat sesuai sebagai kultus Syurga. Kultus ialah hal ehwal istana yang merujuk kepada maharaja dianggap sebagai anak Tuhan. Oleh itu, timbul kekeliruan iaitu Konfusianisme ialah agama yang menyembah Confucius sebagai dewa. Sehubungan dengan itu, Confucius merupakan antara dewa Cina. Beliau disembah sebagai dewa minor di tokong- tokong Malaysia. Di tokong Guang Fu Gong, Pulau Pinang, dewa utama ialah Dewa Guanyin manakala Confucius dan Wen Chang sebagai dewa minor. Confucius dikaitkan dengan pendidikan sementara dewa persuratan dirujuk kepada Wen Chang. Namun, Konfusianisme bukanlah agama kerana Agama Cina adalah politeistik. Agama Taoisme pula mempunyai pemimpin yang menyembah dewa patron yang berlainan. Kepercayaan dan kultus perbomohan rakyat telah diperkenalkan oleh pemimpin agama Taoisme yang berlainan. Hasilnya, wujudnya banyak dewa dalam agama Taoisme antaranya ialah Tuan Dapur atau Dewa Dapur. Dewa ini kekal sebagai dewa penting dan masih disembah di rumah orang Cina Malaysia sehingga ke hari ini. Tidak ada taifah agama Taoisme yang tersendiri di Malaysia. Sungguhpun begitu, ramai pakar agama mendakwa mereka mengamalkan tradisi taifah seperti Tianshi Dao atau Maoshan. Zhang Daoling disembah sebagai dewa di kebanyakan tokong Cina kerana berkuasa menghalau hantu jahat dan azimat tradisional. Rahib agama Taoisme di Malaysia bukanlah pengamal taifah agama Taoisme yang berlainan tetapi merupakan pengamal sistem umum Agama Cina. Terdapat pendapat yang mengatakan kemerosotan agama Taoisme yang merupakan asas agama sebagai keruntuhan agama sejagat sedangkan agama tradisional orang Cina Malaysia masih aktif. “Buddisme Cina” di Malaysia hampir tidak wujud sebagai sistem agama yang bebas tetapi cara hidup orang Cina dan agama China banyak dipengaruhi Buddhisme. Buddhisme di Malaysia berasal daripada Mazhab Tanah Suci Buddhisme Mahayana. Ungkapan penting mazhab ini ialah namo emituofo yang bermaksud “Saya mengabdikan diri saya sepenuhnya
  • 10. kepada Buddha Amitabha” di mana ungkapan itu menyampaikan semangat kasih sayang dan keselamatan Buddha Amitabha. Di Malaysia, tidak terdapat banyak tokong Buddha yang “tulen” yang dikenali sebagai si. Dewa patron utama dalam tokong ini kebiasaannya adalah Guanyin contohnya Cheng Hoon Teng di Melaka. Sami pula merupakan pengamal keagamaan yang bergiat dalam tokong, di upacara pengebumian dan upacara Cina yang lain. Sami residen tidak ada di tokong pinggiran Malaysia. Setiap tokong Cina, sama ada tokong Buddha ataupun tidak, mempunyai dewa patron yang berbeza-beza malahan penganut hendaklah berkelakuan agama mengikut tradisi dewa-dewa patron yang disembah. Selain itu, mengikut pandangan Ho Ke Chye(2009), unsur-unsur dualisme telah melahirkan konsep Taiji yang diterjemahkan sebagai prinsip dan disiplin kepada semua benda di alam dunia ini, dan selalu berada dalam keadaan bertentangan iaitu Yin (negatif) dan Yang (positif). Di sisi yang lain pula, ahli falsafah Cina, Zhang Dainan mengatakan konsep “Tian Ren He Yi” sebagai asas kepada budaya tamadun China. “Tian” membawa maksud ketinggian etika dan akhlak dalam universal jika mengikut fahaman Konfusianisme. Manusia hanya boleh mencapai tahap “Tian Ren He Yi” apabila memelihara hati dan sifat semula jadi yang juga kayu ukur ketinggian nilai akhlak seseorang individu atau tamadun. Kepercayaan masyarakat Tiong Hua yang kuno bermula dengan mitologi-mitologi seperti cerita legenda mengenai Pan Gu dan Nu Wa. Kemudiannya, orang Tiong Hua mempercayai bahawa alam semesta terbahagi kepada dua bahagian iaitu langit dan bumi. Setelah kemunculan Taoisme dan Buddhisme, alam semesta dipecahkan pula kepada tiga bahagian iaitu alam Langit (Tian Jie), alam Bumi (Ming Jie) dan alam baka (You Jie). Konsep tiga alam ini memainkan peranan menjaga keseimbangan alam semesta. Alam Langit (Tian Jie) merujuk kepada alam yang menjadi tempat tinggal dan tempat kegiatan para raja- raja langit dan dewi-dewi langit. Masyarakat Tiong Hua pada masa itu percaya bahawa orang-orang besar yang berjasa dalam bidang mereka boleh naik ke langit menjadi dewa-
  • 11. dewi di alam Langit. Dewa-dewi di alam Langit bertanggungjawab menjalankan tugas pemerintahan di alam Bumi. Apabila manusia meninggal dunia, alam Baka (You Jie) pula merupakan tempat tinggal yang seterusnya bagi hantu-hantu (Gui) dan roh manusia. Setiap orang akan diadili di alam ini untuk diberikan hadiah atau hukuman. Dewa disebut ‘Shen Sian’ dalam bahasa asli merupakan istilah bagi mewakili Dewa-Dewi secara menyeluruh manakala kelompok Dewa-Dewi yang berasal dari manusia yang dianggap telah mencapai kesempurnaan disebut sebagai Dewa-Dewi Hou Thien. Dewa-dewi berperanan membatu manusia dan segala makhluk dalam berbagai-bagai aspek kehidupan, mengingatkan manusia tentang perkara-perkara kebaikan, menghapuskan kejahatan, mengamankan masyarakat dan banyak lagi tugas dewa-dewi mengikut kepercayaan tradisional masyarakat Tiong Hua (“Kepercayaan Tradisional Tiong Hua”,2013)
  • 12. SEJARAH KEPERCAYAAN KONSEP NENEK MOYANG MASYARAKAT TIONG HUA Sebahagian daripada masyarakat Malaysia berfikiran bahawa bicara tentang kebudayaan Tiong Hua adalah mendefinisikan kepercayaan tradisional yang ada dalam masyarakat Tiong Hua. Selain itu, kepercayaan tadi jugalah telah mempengaruhi kebudayaan dan cara hidup masyarakat Tiong Hua selama ribuan tahun. Seterusnya, dalam kebudayaan Tiong Hua itu sendiri kepercayaan tradisional hanyalah sebahagian kecil. Kepercayaan tradisional Tiong Hua yang lamanya ribuan tahun ini telah dipengaruhi oleh kebudayaan leluhur masyarakat Tiong Hua sejak zaman pra-sejarah kemudian menjadi salah satu tulang belakang transformasi kebudayaan Tiong Hua. Dengan ini, kita boleh mengatakan bahawa kebudayaan dan merupakan bahagian darinya dan dalam perkembangannya juga mempengaruhi bentuk kebudayaan dan segala transformasinya mengakibatkan kemunculan kepercayaan tradisional . Kenyataan berdasarkan Tiong Hua di Indonesia biasanya merangkumi percaturan orang-orang Tiong Hua dalam budaya, politik dan sosial di sebahagian Indonesia. Kebudayaan Tiong Hua di Indonesia sangat bersifat lokal dan mengalami proses asimilasi dengan kebudayaan lokal lainnya walaupun berakar dari budaya leluhur . Pembentuk dan bahagian integral yang tidak terpisah dari kebudayaan nasional Indonesia sekarang ini merupakan salah satu kebudayaan Tiong Hua. Selain itu, ramai dari antara orang Tiong Hua telah menanggalkan nama aslinya dan menggunakan nama-nama Indonesia punca daripada tekanan rezim Orde Baru . Walaupun tekanan ini berlaku, secara peribadi masih memakainya untuk pergaulan di antara sesama orang Tiong Hua, sedangkan nama Indonesia digunakan untuk keperluan formal .
  • 13. Seterusnya seiring dengan berlakunya Reformasi ramai enggan mengguna nama Tiong Hua kembali manakala sebahagian daripada masyarakat Tiong Hua berani menggunakan nama Tiong Hua mereka . Tambahan pula , melalui mitologi-mitologi sejarah kebudayaan Tiong Hua seperti kebudayaan kuno lainnya juga dimulai . Melalui penulisan , masyarakat Tiong Hua telah memaparkan pandangan mereka terhadap alam semesta . Dunia ini terdiri daripada Bumi (Di) dan Langit (Tian) merupakan satu kesatuan yang disebut dengan keadaan tidak berbentuk atau chaos (Hun Dun) telah menjadi anggapan masyarakat Tiong Hua . Seorang individu bernama Pan Gu (Cerita Legenda) mulai memisahkan langit dan bumi selepas ribuan tahun . Melalui pandangan , bumi bertambah tebal 3.3 meter, Pan Gu bertambah tinggi 3.3 meter dan langit bertambah tinggi 3.3 meter . Ahli tubuh Pan Gu telah menjadi matahari dan bulan, gunung dan laut, sungai dan danau selepas Pan Gu meninggal dunia . Tambahan pula , Pan Gu memisahkan langit dan bumi (Pan Gu Kai Tian Di) telah digelar sebagai legenda dan juga menerima gelaran Raja Langit Pertama (Yuan Shi Tian Wang) . Oleh itu , di dalam kepercayaan tradisional masyarakat Tiong Hua ada mitologi- mitologi perekaan . Sehubungan dengan itu , Pan Gu telah dinamakan sebagai tokoh legenda yang tidak pernah di-Tuhan-kan selepas beliau merupakan seorang sosok manusia. Selain itu , Nu Wa yang dinamakan sebagai ibu pertama daripada bangsa Tiong Hua mereka manusia dan menampal langit yang mengalami kerosakan juga merupakan mitologi-mitologi dalam bangsa Tiong Hua . Seterusnya terdapat dua orang lagi tokoh legenda yang bernama Fu Xi dan Shen Nung merupakan mitologi-mitologi dalam bangsa Tiong Hua . Tokoh legenda Fu Xi telah mengutamakan berternak , cara membuat jala dan menangkap ikan , berburu dan menciptakan Ba Gua (8 diagram) . Shen Nung pula mengajari ahli ubat-ubat tradisional , membuat cara bertani, dan memperkenalkan minuman teh.
  • 14. Pada masa ini , alam semesta ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu langit dan bumi telah dianggap menjadi leluhur masyarakat Tiong Hua . Walaupun adanya Taoisme and kehadiran Buddhisme di Tiongkok bahagian alam semesta ini berkembang menjadi yang sekarang kita kenal iaitu tiga bahagian yang terdiri daripada alam Bumi (Ming Jie) , alam Baka (You Jie) dan alam Langit (Tian Jie) . Seterusnya , lahirnya aliran yang dikenal sebagai Tri-Dharma (Sam Kau = hokkian, Shan Jiau = mandarin) iaitu campuran antara Konfusianisme , Buddhisme dan Taoisme . Pada awalnya , sebahagian masyarakat mempunyai fahaman bahawa kepercayaan tradisional seperti Tri-Dharma yang telah ada jauh sebelum agama muncul berfungsi sebahagian daripada budaya (sinkretisme budaya) dan semua individu saling mempengaruhi bentuk dan perubahan ketiga-tiga agama tadi dalam batas – batas tertentu . Selain itu , ada masyarakat yang berpendapat bahawa pada zaman dahulu mereka tetap akan memegang kuat kepada kepercayaan tradisional ini walaupun ada atau tidaknya agama leluhur orang Tiong Hua . Tambahan pula , tradisi budaya dan agama yang telah menjadi keutamaan budaya Tiong Hua biasa dikenal juga sebagai ‘Tradisi Agama’ dalam kehidupan masyarakat Tiong Hua . Selain itu , bentuk agama Tiong Hua juga dikategorikan sebagai unik, kerana berbeza dengan tradisi agama lain yang lahir dalam situasi tanpa pengaruh daripada pihak lain , dilihat sebagai sebuah evolusi tradisi dan kepercayaan yang berfungsi selama ribuan tahun , menyangkut hubungan manusia dengan rahsia alam , berfungsi sebagai langkah menguasai dan memanfaatkan hubungan tersebut , kelebihan-kelebihan mistik yang menghubungkan manusia dengan kelebihan langit (termasuk dunia roh) atau yang cenderung monoteistik . Kemunculan agama Tiong Hua di Kalimantan Barat merupakan bahagian daripada sejarah
  • 15. perjalanan bangsa Indonesia yang tidak boleh dilepaskan daripada kedatangan orang-orang Austronesia . Ia juga dikenali sebagai salah satu ras Homo ssapiens yang berciri Mongoloid yang saat itu tinggal di wilayah Tiong Hua Selatan . Seterusnya , dengan perahu bercadik yang menjadi milik khusus daripada kebudayaan kapak persegi bangsa Austronesia telah menurunkan langsung bangsa Indonesia memasuki wilayah Kalimantan Barat kira-kira tahun 2000 SM . Pada masa tersebut , keturunan Tiong Hua telah berkembang di Indonesia dengan kemunculan agama Tiong Hua . Selain itu , budaya agama Tiong Hua telah dimulai daripada era Fu Xi tahun 2953-2838 sM, diteruskan pada era pewarisnya, iaitu: Shen Nong tahun 2838-2698 SM dan Kaisar Kuning (Yellow Emperor Huang Di) tahun 2698-2596 SM telah direkodkan dalam Ensiklopedia Indonesia . Masyarakat Tiong Hua telah menganut salah satu agama seperti Confucius atau Khonghucu di Kalimantan Barat merupakan bahagian daripada rentetan sejarah agama Tiong Hua yang terus berkembang sampai masa ini , bersama agama lainnya seperti Tao dan Buddha . Tambahan pula , ketiga - tiga kepercayaan ini pernah dijadikan sebagai kategori baru bagi agama Tiong Hua yang dkenali dengan “Tri Dharma” atau “Sam Kauw”1 . Pada masa ini , sebahagian masyarakat Tiong Hua telah masih menganut tiga kepercayaan tersebut namun sebahagian masyarakat Tiong Hua yang lain tidak menganut keyakinan tersebut disebabkan oleh faktor-faktor tertentu terutama politik , telah memeluk agama-agama yang dirasmikan oleh pemerintah seperti Kristen dan Islam . Seterusnya , dalam perkembangannya tidak jarang terjadi konflik agama di kalangan masyarakat Tiong Hua kerana mereka masih berada dalam satu etnik dan tradisi . Di samping itu , masyarakat Tiong Hua yang memeluk Khonghucu sering meminta nasihat dan pandangan pada pemimpin Buddha untuk
  • 16. menentukan posisi makan dalam upacara kematian , manakala para tokoh Tao menentukan hari dan waktu yang sesuai . Selain itu , pada upacara kebudayaan sekaligus agama seperti dalam merayakan tahun agama orang Tiong Hua ( Imlek ) di Kalimantan Barat , masyarakat Tiong Hua menyambutkan upacara tersebut secara komuniti , tanpa memandang identiti keyakinan , dan menganggapnya sebagai bahagian warisan tradisi leluhur yang patut dihormati dan dimurnikan .1 Di samping itu , sebahagian masyarakat Tiong Hua yang menganut agama Islam dan Kristian tidak pernah biasa melepaskan tradisi-tradisi leluhur mereka kerana ikatan etnik dan tradisi yang begitu kuat . Akhir kata , agama atau kepercayaan ; kepercayaan terhadap simbol dan lambang- lambang tertentu seperti perhitungan tahun , bahasa dan aksara Tiong Hua yang mengandung falsafah etika sosial , sistem nilai yang dibentuk daripada penghayatan profesional sebagai petani , buruh , nelayan dan sebagainya , siklus kehidupan Tiong Hua yang sulit ditembus , perubahan musim , watak aksara Tiong Hua dan lain-lain sebagai proses kehidupan duniawi; feng shui dan hong shui dan sejarah dan pengalamannya sebagai pendatang merupakan unsur-unsur orientasi kehidupan sosial budaya masyarakat Tiong Hua yang sangat dipengaruhi. 1 Santi J.N. 2014.Untaian Buku, Untaian Sejarah.https://santijehannanda.wordpress.com/2014/01/31/imlek- dan-kepercayaan-TiongHua/
  • 17. SISTEM DEWA DEWI MENURUT KEPERCAYAAN KONSEP NENEK MOYANG DALAM KALANGAN MASYARAKAT TIONG HUA Pengertian Dewa Maksud Dewa menurut Li Chi (1967) ialah ' jawatan ' adalah sama dengan jawatan lain sebagai contoh ‘Sarjana Muda’ . Penetapan ini diberikan kepada entiti yang telah berjaya dalam mencapai kehidupan yang sempurna secara keseluruhan. Secara ringkasnya, masyarakat Tiong Hua di negara kita masih lagi mengamalkan konsep dewa dewi menurut kepercayaan nenek moyang mereka walaupun dunia sudah masuk abad ke-21. Dalam bahasa aslinya, Dewa diberi gelaran ‘Shen Sien’ yang mana merupakan sebutan yang mewakili dewa dewi lain secara menyeluruh. Menurut Lao Tzu (1995) dewa- dewi ini terbahagi kepada dua jenis kelompok iaitu, pertama, kelompok dewa yang disebut ‘Shen’ bermaksud dewa formal. Sebagai contoh, Dewa Kwan Kong merupakan salah satu contoh dewa formal yang dimaksudkan. Dewa Kwan Kong merupakan lambang seorang panglima perang dan dipuja sebagai Dewa Pelindung daripada malapetaka peperangan yang mengerikan. Dewa ini adalah lambang kesatria sejati yang selalu menepati janji dan setia kepada sumpahnya. Oleh demikian, dewa ini banyak dipuja dikalangan masyarakat dan gambarnya banyak dijumpai di kedai-kedai sehinggalah ke markas organisasi kumpulan kongsi gelap. Ahli-ahli kongsi gelap selalunya melakukan upacara angkat sumpah dihadapan lukisan atau patung Kwan Kong ini. Kedua, kelompok dewa seterusnya diberi gelaran “Sien/Xian”. Gelaran ini bermaksud dewa santai (tidak formal). Antara contoh dewa santai ialah seperti pegawai awam. “Delapan
  • 18. Dewa” merupakan salah satu kumpulan dewa “Sien” dan terdiri daripada lapan jenis dewa. Setiap dewa mewakili 8 situasi kehidupan iaitu anak muda, warga emas, orang miskin, rakyat biasa, warga terhormat, lelaki dan wanita. FOTO 1 : Dewa Kwan Kong (tengah) bersama Guan Ping (anak angkat) serta Zhou Zang (pengawal) FOTO 2 : Lapan Dewa adalah salah satu tema kegemaran seniman Cina. Mereka juga banyak muncul dalam kesusateraan Tiong Hua.
  • 19. Seterusnya, Dewa-Dewi juga digolongkan menjadi dua kelompok. Pertama, Dewa- Dewi Sien Thien. Dewa-dewi ini tidak diketahui sejarah penciptaannya dan dipercayai sudah wujud di dunia sebelum bermula peradaban manusia. Selain itu, ada yang mengatakan bahawa dewa-dewi ini wujud sebelum bumi tercipta. Antara contoh Dewa-Dewi Sien Thien ialah Yi Vang Ta Ti (Tien Kung). Kedua, Dewa-Dewi Hou Thien. Dewa-dewi ini dipercayai berasal dari manusia yang dianggap telah mencapai kesempurnaan dalam kehidupan. Oleh itu, dewa-dewi ini sering mempunyai rekod yang sahih apabila menjadi kehidupan manusia. Legenda Hakim Bao merupakan salah satu contoh Dewa-Dewi Hou Thien. Beliau merupakan Hakim Neraka pada zaman Dinasti Song. Asal Usul Dewa-Dewi dalam kepercayaan tradisional Tiong Hua Secara keseluruhannya, jenis dewa-dewi yang dipuja dalam kepercayaan tradisional ini berdasarkan asal usulnya iaitu, pertama, penghormatan kepada alam (Ze Ran Chong Bai). Kategori ini mengandungi dewa terawal yang wujud sejak zaman purba lama sebelum kedatangan penghormatan lain. Ini kerana pada zaman purba, alam semula jadi adalah satu cabaran yang sukar bagi nenek moyang bangsa Tiong Hua untuk terus hidup dengan harmoni dalam kesibukan alam. Kebanyakan dewa ini mempunyai sejarah tuhan sebagai orang yang dalam hidup beliau adalah seorang lelaki biasa bahkan Raja atau rakyat biasa yang pernah berjasa bagi masyarakat dan dikagumi. Antara contoh dewa-dewi dalam penghormatan ini ialah :-  Yu Huang Da Di (Raja Langit)  Tu Di Gong (Dewa Bumi atau Tanah)  Lei Gong (Dewa Petir)
  • 20. Kedua, bentuk penghormatan kepada nenek moyang (Zu Xian Chong Bai). Bentuk penghormatan ini muncul setelah datangnya pengaruh Konfusianisme yang sangat menekankan kepentingan penghormatan kepada nenek moyang terutama sekali yang berjasa dan menyumbang kepada rakyat jelata. Ketiga, dewa-dewi bentuk penghormatan yang terdiri daripada tokoh-tokoh sejarah atau mitologi. Ini termasuk nenek moyang yang dianggap mempunyai hubungan persaudaraan sama ada jauh atau dekat. Antara contoh tokoh sejarah ialah :-  Kwan Kong(lambang kesetiaan)  Bao Zheng(lambang keadilan)  Ma Cho(lambang bakti seorang anak terhadap ibu bapa) Ketiga, bentuk penghormatan terhadap tokoh mitologi. Tokoh-tokoh ini belum ditemukan bukti bahawa mereka ini pernah melalui kehidupan sebagai seorang manusia. Antara contoh tokoh yang boleh ditemukan ialah :-  Pan Gu (mitos penciptaan alam)  Nu Wa (mitos penciptaan manusia)  Shen Nung (ahli pertanian) Keempat, bentuk penghormatan lain lain. Kategori ini adalah suatu bentuk penghormatan yang tidak termasuk dalam kategori-kategori sebelumnya.  Men Shen (Dewa Pintu)
  • 21.  Zao Jun (Dewa Dapur) Masyarakat Tiong Hua beranggapan bahawa manusia yang mati menjadi Gui atau Shen. Gui bermaksud syaitan dan akan dimasukkan ke dalam neraka manakala Shen pula bermaksud dewa dan akan dimasukkan ke dalam syurga setelah kematiannya. Dalam perkembangan sistem dewa-dewi masyarakat Tiong Hua, ada juga pihak yang menyatakan bahawa dew-dewi ini disembah untuk mengingatkan kebajikan yang pernah mereka lakukan. Hal ini terbahagi kepada beberapa fungsi. Antaranya ialah berfungsi sebagai satu cara untuk mengajar kebaikan melakukan kebajikan. Pengajaran merupakan salah satu asas bagi semua agama. Masyarakat Tiong Hua menyerap dewa-dewi sebagai salah satu cara untuk mengajar kebaikan. Kebanyakan cerita-cerita para dewa yang mempunyai erti yang mendalam tentang kebaikan. Sebagai contoh, Zhang Fu De. Sejak zaman kanak-kanak, Zhang Fu De sudah menunjukkan bakat sebagai orang-orang yang baik dan mulia. Beliau taat kepada ibu bapa, jujur, gembira dalam membantu golongan miskin yang lemah dan pernah mempelajari sastera kuno Tiong Hua seawal usia 7 tahun. Selain itu, masyarakat Tiong Hua mempercayai dewa- dewi sebagai penolong manusia dan segala makhluk selain menjadi guru kebajikan. Seperti contoh, tokoh perubatan, Sun Se Mao. Beliau terkenal sebagai orang yang memiliki ilmu perubatan yang tinggi. Pernah diceritakan, beliau menolong seorang bayi dalam kandungan ibunya yang telah meninggal selama seminggu. Masyarakat Tiong Hua berkeyakinan bahawa dewa-dewi mereka merupakan pembasmi kejahatan dan mengharmonikan masyarakat. Terdapat juga dewa-dewi iblis atau
  • 22. pembasmi syaitan yang mengganggu manusia. Zhang Tian Shi merupakan contoh dewa-dewi yang mengharmonikan masyarakat. Beliau ditugaskan oleh Penguasa Syurga melalui seorang malaikat untuk menakluk syaitan. Beliau kemudiannya diarahkan pergi ke Gunung Qing Cheng untuk menakluk 6 raja halimunan yang sering menakutkan rakyat. Beliau berjaya menakluk raja tersebut dan berjanji tidak akan mengganggu rakyat. Oleh sebab jasanya itu, beliau dikurniakan gelaran Tian Shi dan diangkat ke syurga. Seterusnya, dewa-dewi Tiong Hua dalam menyebarkan kebajikan dan menolong orang yang dalam kesusahan serta kekurangan. Contoh yang boleh diambil ialah seperti dewa Ji Gong. Selepas kematian ibu bapanya, Ji Gong ke Hangzhou dan menjadi sami di Kuil Ling Yin yang termasyhur. Walaupun kelakuannya yang ganjil melanggar banyak peraturan tradisional untuk kaum sami, Ji Gong dikatakan berbaik hati dan sentiasa bersedia untuk membantu orang awam. Kelakuannya itu membingungkan sami-sami lain yang kemudian memecatnya dari biara. Sejak kejadian itu, Ji Gong membawa diri dan membantu sesiapa sahaja jika dia berupaya. Bodhisatva adalah dewa yang amat dipuja oleh masyarakat Tiong Hua, terutama sekali Avalokitesvara Bodhisatva yang dipercayai membantu orang ramai dan belas kasihan. Di samping itu, terdapat dewa lain iaitu Bodhisatva Ksitigarbha, Bodhisatva Agung Cundi dan lain-lain. Bodhisatva ini rata-rata mempunyai Metta (Maha Pengasih) serta Karuna (belas kasihan) untuk menyelamatkan semua makhluk. Masyarakat Tiong Hua juga menyembah dewa dewi dan nenek moyang di rumah masing-masing (Tan, Agama Cina di Malaysia : Satu Pandangan Umum, 2011). Kajian tentang agama masyarakat Tiong Hua boleh dibahagikan kepada dua lapangan, satu dari segi
  • 23. pemujaan domestik dan dari segi pemujaan awam. Masyarakat Tiong Hua kebanyakannya mempunyai gambar seperti Dewi Guanyin di altar utama di ruang tamu manakala gambar Dewa Bumi di bawah altar utama dan satu lagi altar untuk nenek moyang di sebelah kanan altar utama. Selain dewa utama, terdapat juga patung-patung berhala lain daripada pelbagai tradisi di atas altar utama. Di dapur pula, mungkin terdapat altar untuk Dewa Dapur. Upacara penyembahan seharian mereka pula bermula dengan menyembah “Tiangong” iaitu berdiri di serambi sambil menghala ke arah langit dan menaikkan colok bernyala yang dipegang untuk beberapa kali sambil bersembahyang. Satu atau tiga batang colok yang dipegang kemudiannya diletakkan di depan plak yang bertanda “Tianguan Cifu” yang selalunya terletak di bahagian kiri depan rumah. Colok-colok itu kemudiannya disembahkan kepada Dewa Syurga dan Pegawai-pegawai Syurga. Sejurus selepas itu, mereka akan ke ruang tamu untuk menyembah di depan altar utama sebelum ke bahagian dapur untuk menyembah Dewa Dapur dan kembali semula ke ruang tamu untuk menyembah Dewa Bumi serta nenek moyang mereka pada akhirnya. Roh-roh lain yang telah pergi tetapi tidak tenteram turut disembah mereka tetapi dilakukan di belakang rumah. Roh-roh ini akan dipersembahkan colok selepas penyembahan nenek moyang. Ritual harian mereka meliputi meletakkan satu colok atau lebih atau dalam bilangan ganjil di altar dewa-dewi manakala dua colok atau dalam bilangan genap di altar nenek moyang. Bilangan ganjil dan genap ini mengikuti prinsip “yin yang”. Dewa disembah dengan bilangan colok ganjil manakala nenek moyang pula dalam bilangan genap. Figure 1haha FOTO 3 : Contoh altar yang ada di dalam rumah masyarakat Tiong Hua
  • 24. s KEPERCAYAAN NENEK MOYANG MASYARAKAT TIONG HUA Pendahuluan Masyarakat Tiong Hua di Malaysia mengamalkan pelbagai kepercayaan yang unik. Mereka mempunyai penjelasan tersendiri untuk setiap kepercayaan tersebut. Kepercayaan masyarakat
  • 25. ini misalnya dipengaruhi oleh alam sekeliling dan nasib. Terdapat berbagai-bagai kepercayaan yang dipraktikkan oleh masyarakat Tiong Hua mengikut kaum-kaum tertentu. Antara kepercayaan Masyarakat Tiong Hua adalah adat kelahiran, adat perkahwinan, adat kematian, pantang larang warna dan ruang, amalan menilik nasib dan sebagainya. Aplikasi dalam realiti Kelahiran Antara kepercayaan masyarakat Tiong Hua yang diamalkan secara turun-temurun ialah adat kelahiran untuk memastikan bayi tidak ditimpa malapetaka setelah dilahirkan. Antaranya ialah ibu mentua wanita yang mengandung bertanggungjawab menjaga wanita tersebut tetapi bukan suaminya seperti masyarakat lain. Seterusya, masyarakat ini juga mementingkan anak lelaki dengan harapan dia akan melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek moyang. Kepercayaan lain termasuklah larangan ibu mengandung daripada membuat kerja- kerja memaku kerana ini akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan. Selain itu, ibu mengandung juga dilarang daripada menggunakan kata-kata kesat dan memukul binatang yang memungkinkan anak yang dilahirkan terkena badi. Perbuatan memberi nama kepada bayi yang bakal dilahirkan adalah dilarang mengikut masyarakat Tiong Hua untuk mengelakkan kekecewaan jika hasrat tidak tercapai. Mereka juga mempunyai cara tersendiri untuk meneka jantina bayi yang bakal dilahirkan. Contohnya, sekiranya perut ibu yang mengandung kelihatan bulat, ia adalah anak perempuan. Sebaliknya, sekiranya perutnya kelihatan tajam ia adalah anak lelaki. Masyarakat Tiong Hua juga meneruskan kepercayaan mereka setelah bayi dilahirkan. Mereka percaya bahawa tali pusat bayi yang tenggelam ialah alamat kehidupan bayi tersebut akan mempunyai kehidupan yang senang dan tali pusat yang tertimbul bermaksud sebaliknya.
  • 26. Dari segi memberi nama anggota masyarakat Tiong Hua terdiri daripada 3 perkataan yang bermula dengan nama keluarga. Unsur Yin dan Yang wajib diambil kira dalam sistem nama. Mereka beranggapan kegagalan seseorang berbuat demikian akan menjejaskan kesejahteraan kehidupan mereka.2 Penghormatan Leluhur Masyarakat Tiong Hua mencerminkan penghormatan lelulur dengan menjadi sebahagian daripada Cheng Beng yang bermaksud terang atau cerah dalam Bahasa Hokkien. Dalam Bahasa Mandarin pula perayaan ini dikenali sebagai Qing Ming. Perayaan tahunan ini disambut dengan tujuan menghormati para leluhur dan sanak-saudara yang telah meninggal dunia. Menurut Dr. Jessica Ong Hai Liaw yang merupakan Timbalan Pengarah Pusat Penerbitan dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, pada hari tersebut doa dibacakan kepada Dewa bumi untuk menyatakan keluarga telah menziarahi makam leluhur untuk bersembahyang. Upacara pemujaan patung dewa penjaga kubur nenek moyang masing-masing merupakan salah satu kepercayaan masyarakat Tiong Hua. Selain itu, meletakkan kertas putih dan kertas kuning atas makan dianggap sebagai simbol pemberian duit kepada nenek moyang. Motif di sebalik upacara ini adalah untuk menunjukkan makan dilawati oleh keturunan. Seterusnya, pelbagai juadah seperti kuih-muih, buah-buahan dan makanan sayuran dijadikan pemberian semasa masyarakat Tiong Hua bersembahyang. Kertas 2 Norhanim Bt Zainuddin Hanim. 2014.http://www.slideshare.net/NorhanimBtZainudinHanim/adat-resam-dan- pantang-larang-masyarakat-cina
  • 27. emas dan perak pula dibakar untuk menerangi roh leluhur. Pada masa yang sama, sedekah disembahkan kepada leluhur dengan membakar pakaian. 3 Kesimpulannya, kepercayaan ini diteruskan kerana ini akan menjadikan masyarakat Tiong Hua lebih menghormati orang tua sementara mereka masih bersama mereka. Seperkara lagi, sambutan ini adalah untuk menghargai jasa mereka walaupun mereka telah meninggal dunia. Sambutan Tahun Baru Cina Masyarakat Tiong Hua percaya dalam melupakan semua perkara negatif yang lama dari segi fikiran. Pada Tahun Baru Cina, anggota masyarakat ini dilarang daripada menyapu rumah kerana mereka percaya perbuatan ini akan menghalau tuah yang terdapat di rumah menurut Tan Su Lin. Selanjutnya, mereka juga memakai pakaian baru yang melambangkan permulaan baru. Larangan lain yang dapat dilihat pada Tahun Baru ialah mereka tidak boleh menggunakan kata-kata kesat yang membawa nasib malang serta larangan memakai pakaian berwarna putih atau hitam yang merupakan warna berkabung. Selain itu, jumlah pemberian Angpau pada hari itu haruslah berangka genap kerana masyarakat Tiong Hua percaya genap bermaksud sempurna. Pemberian limau mandarin ‘kam’ yang bermaksud emas dalam Bahasa Kantonis pula dijadikan lambang limpahan kekayaan. Warna limau yang kelihatan keemasan menjadikannya simbol jongkang emas yang diberikan kepada orang lain. Ada juga segelintir masyarakat Tiong Hua yang memberikan epal “Ping Kuo” yang bermaksud aman atau 3 Dr. JessicaOngHai Liaw.2013.Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130328/re_06/Asal-usul-Cheng-Beng-tradisi-penghormatan- leluhur
  • 28. kesihatan kepada tetamu yang melawat rumah pada Tahun Baru Cina. Mereka juga memilih warna merah sebagai tema sambutan ini kerana warna merah dikaitkan dengan tuah.4 Kepercayaan dalam perkahwinan Masyarakat Tiong Hua berpegang teguh kepada berbagai-bagai kepercayaan dalam proses perkahwinan. Lazimnya, semasa pertunangan pengantin lelaki memberikan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan yang harus dijaga sebaik mungkin kerana ia mewakili pengantin perempuan berkenaan. Reaksi angsa tersebut semasa diserahkan adalah indikasi karenah pengantin lelaki. Jikalau angsa tersebut mengeluarkan bunyi semasa dikembalikan situasi ini bermaksud pengantin lelaki adalah seorang yang cepat marah dan sekiranya angsa tersebut bertindak sebaliknya ini bermaksud pengantin lelaki mempunyai personaliti yang terpuji. Selain itu, mereka juga percaya dalam memasang sehelai kain merah di luar pintu besar kedua-dua pengantin. Kain ini yang berbentuk angka sembilan sebagai simbol perkahwinan akan kukuh dan panjang umur. Seterusnya, masyarakat Tiong Hua masih percaya bahawa pengantin perempuan harus memakai kasut yang biasa dipakai olehnya kerana mereka beranggapan ini bermakna pengantin tersebut telah meninggalkan segalanya termasuk nasib baik ibu bapanya. Tambahan pula, mentua dan kakak ipar pengantin perempuan ditegah daripada menghadap pintu hadapan dan menyaksikan kedatangan pengantin tersebut untuk menghalang konflik pada masa hadapan. Seterusnya, wanita yang mengandung dan individu yang kematian saudara-mara tidak digalakkan mengambil bahagian dalam upacara-upacara perkahwinan dan menyentuh pakaian serta barang-barang pasangan pengantin. Hal ini adalah untuk mengelakkan perkara buruk daripada berlaku. 4 Tan Su Lin. 2014. Astro Awani. http://www.astroawani.com/gaya-hidup/adat-resam-dan-pantang-larang- tahun-baru-cina-29179
  • 29. Pakaian berwarna hitam, biru dan kelabu tidak dibenarkan untuk dipakai sama sekali dengan alasan warna-warna ini mencerminkan kematian dan kesedihan.5 Keunikan konsep nenek moyang masyarakat Tiong Hua boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka. Di Malaysia, proses perkahwinan yang digunakan oleh masyarakat Tiong Hua pada masa kini ialah suatu upacara perkahwinan yang moden. Proses perkahwinan moden ini dikenali sebagai "tiga buku enam upacara". Ini merupakan proses yang meliputi 5 Suzie Binti Abdullah.2013. http://www.academia.edu/5621441/KOKUM_HBEF2803_T1A1
  • 30. semua buku and upacara yang menerangkan adat-adat yang harus dilakukan tentang perkahwinan sehingga hari berkahwin. Tetapi biasanya, mereka hanya melakukan empat asas adat resam iaitu merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. 6Antara adat yang ternyata dalam "tiga buku enam upacara" adalah pemberitahuan kepada keseluruhan kejiranan dan saudara-mara tentang perkahwinan yang akan diadakan. Adat ini diaplikasikan untuk proses perkahwinan moden dan juga perkahwinan tradisional. Ini disebabkan, adat ini dipercayai boleh mendapatkan kebenaran dan keterjaminan masyarakat. Di China, adat perkahwinan tradisional yang diamalkan membolehkan pasangan suami isteri yang hendak berkahwin untuk mendapat keberkatan daripada nenek moyang mereka. Mereka juga diberikan tangungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka. Tetapi pada masa dahulu, sebelum Dinasti China, proses perkahwinan "tiga buku enam upacara" tidak dipratikkan. Oleh it, pasangan suami isteri yang hendak berkahwin tidak diakui oleh orang ramai. Upacara perkahwinan yang sempurna ini tidak memberi sebarang kesan kepada perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun, upacara perkahwinan telah berbeza, semasa perbezaan Dinasti China. Semasa perbezaan Dinasti China, adat perkahwinan tradisional China "tiga buku enam upacara" sangat diutamakan dan dipraktikkan. Menurut Yang Mei, “tiga buah buku” bermaksud buku yang digunakan dalam proses enam upacara, iaitu buku yang meliputi surat tawaran, buku tentang hantaran emas kahwin, dan buku tentang beristeri manakala "enam upacara" merujuk kepada ringkasan proses dari peminang hingga perkahwinan keseluruhan. Enam upacara yang dimaksudkan ialah Na Cai (meminang), Wen Ming (pertanyaan nama, 6 Blog. http://vanillachocolate233.blogspot.com/p/perkahwinan-masyarakat-cina.html
  • 31. Na Ji (hantar hadiah), Na Zheng (menghantar hantaran emas kahwin), Qing Qi ( tetapkan hari perkahwinan) dan An Chuang (meletakkan katil). Ini semua merupakan upacara-upacara yand dilakukan sebelum perkahwinan. 7 Keunikan konsep nenek moyang masyarakat Tiong Hua juga boleh dilihat melalui pemakanan semasa perayaan Tahun Baru China yang juga dikenali sebagai Tahun Baru Imlek. Di Malaysia, pada Tahun Baru China, salah satu makanan yang sangat dikenali dihidangkan ialah salad ikan mentah-cara Teochew yang berasal dari Selatan China. Ia dikenali sebagai Yee Sang, atau Yu Sang. Makanan ini mengandungi ikan mentah and pelbagai hirisan sayur-sayuran yang berwarna-warni. Tambahan pula, makanan ini biasanya dihidangkan sebagai pembuka selera sebelum makan malam atau makan tengah hari. Semasa menggaul yee sang, masing-masing akan memberitahu apa yang mereka inginkan pada tahun baru dengan suara yang kuat supaya semua dapat mendengar keinginan dan ucapan mereka dan tercapailah impian masing-masing. Walau bagaimanapun, makanan ini hanya boleh didapati di Singapura dan Malaysia. Mernurut Niam Seet Wei, pada perayaan tahun baru cina di China, makanan yang wajib dihidangkan terutama sekali pada petangnya termasuk ikan, kurma, kuih pulut, 'dumpling', 'dumbling' pulut, dan 'lettuce'. Mereka juga akan meletakkan duit syiling yang bersih, biasanya 50 sen emas dalam beberapa 'dumpling'. Hal ini demikian, adat ini dipercayai membawa tanda baik untuk menikmati tahun yang baik. 8 Selain daripada 'dumpling' 7 Yang Mei. 2015.http://diarikikbm.blogspot.com/2015/01/perkahwinan-tradisi-cina.html 8 Niam Seet Wei. My News Hub. 2015. http://mynewshub.cc/2015/02/17/perbezaan-sambutan-tahun-baru-cina-di-china-dan- msia/#gs.4f650774ee00490587c0b187b5d1fcf4
  • 32. makanan-makanan lain yang dihidangkan pada petang Tahun Baru Cina semuanya mempunyai makna yang simbolik. Sebagai contoh, ikan bermakna mempunyai lebih banyak wang, kuih pulut bersimbol mendapat kekayaan setiap tahun, dan lebih meningkat, 'lettuce' bermakna harta yang bertambah dan akhirnya 'dumpling' pulut bermaksud memperoleh banyak wang setiap tahun. Pada waktu tengah hari sehingga tengah malam, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah untuk makan 'dumpling' sambil main kad dan juga menonton program televisyen bersama-sama. Selain daripada itu, keunikan konsep nenek moyang masyarakat Tiong Hua juga boleh dilihat melalui tradisi-tradisi yang diamalkan semasa perayaan Tahun Baru China. Di Malaysia, menyapu rumah pada hari pertama Tahun Baru Cina merupakan salah satu pantang larang. Hal ini demikian kerana, masyarakat Cina bimbang perlakuan tersebut akan menyapu semua untung baik daripada mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat cina di wilayah Hubei, bahagian tengah China tidak mengamalkan pantang larang ini. Mereka masih menyapu rumah untuk tujuan mengekalkan rumah mereka sentiasa bersih untuk tetamu mereka yang datang melawat. Masyarakat di Hubei masih mengamalkan tradisi-tradisi seperti menghiasi rumah dengan tanglung merah, membakar mercun, bermain mahjong dan berkunjung ke kuil. Pesta kuil adalah salah satu tradisi tahunan yang sangat dikenali dan popular di China Pesta ini akan diraikan semasa perayaan Tahun Baru China. Biasanya semasa pesta ini, adalah boleh melihat beratus-ratus gerai menjual pelbajai jenis makanan, kudapan, kraftangan dan juga barangan antik. Perbezaan masyarakat Tiong Hua di Malaysia dan di China juga boleh dilihat melalui pemberian ang pow semasa perayaan Tahun Baru Cina. Penerimaan ang pow atau wang dalam sampul merah dianggap antara tradisi yang plaing dinanti-nantikan pada perayaan ini.
  • 33. Ang Pow ini seolah-olah mendapat hadiah Krismas bagi kanak-kanak Cina. Di Malaysia, pasangan yang sudah berkahwin sahaja akan memberikan ang pow kepada rakan yang masih bujang dan ahli keluarga mereka. Tambahan pula, ibu bapa juga akan memberikan ang pow kepada anak mereka yang belum berkahwin. Pemberian ang pow ini merupakan sebagai simbol mendapat rahmat daripada mereka. Sementara di China pula, terutamanya di Beijing, ibu negara China, masyarakat Tiong Hua mengamalkan tradisi yang berbeza sedikit. Orang dewasa yang sudah bekerja, sama ada sudah berkahwin atau bujang, diwajibkan memberi ang pow kepada generasi muda dalam keluarga mereka yang masih belum mempunyai pendapatan lagi. Ibu bapa tidak akan memberi ang pow kepada anak mereka yang sudah bekerja, sebaliknya anak-anak mereka yang sudah bekerja akan memberikan ang pow kepada mereka. Adat ini menggambarkan tanda kasih sayang dan untuk mendapatkan restu mereka. PENGENALAN
  • 34. Masyarakat Tiong Hua di Malaysia mempunyai adat resam yang amat unik. Kepercayaan nenek moyang masyarakat ini banyak mempengaruhi dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. KELAHIRAN: Terdapat banyak konsep nenek moyang yang tertentu diamalkan oleh masyarakat Tiong Hua dalam aspek ini dan merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Menurut Wang Gungwu (1998), adat isitiadat adalah amat penting untuk memyempurnakan kelahiran sesorang anak ke alam ini. Oleh itu, bagi memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kecelakaan seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Tiong Hua semasa mengandung dan juga selepas bersalin.” SEWAKTU MENGANDUNG Wanita masyarakat Tion Hua yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Hal ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.9 9 Freddy, S. 2007. Sejarah YangHampir terlupakan Dinamika Kehidupan Masyarakat TiongHua Purbalingga.Buletin Dharma MuliaMedia Informasi dan Komunikasi Masyarakat TiongHua Purbalingga.Edisi 1- Juli 2007 . hlm. 6-8
  • 35. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. MENCUKUR JAMBUL Seperti masyarakat Melayu, masyarakatCina juga mengamalkan adat mencukur rambut. Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat. PEMBERIAN NAMA Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu PERKHAWINAN: Menurut Shamsul A.B (1996), “adat perkahwinan dalam masyarakat Tiong Hua merupakan sebuah permulaan dalam kehidupan seorang individu mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya”.
  • 36. Mengikut kepercayaan nenek moyang mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asalnya adat resam perkahwiwan masyarakat Tiong Hua merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Tiong Hua terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yangberkekalan. ADAT MERISIK Adat merisik selalunya terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan bertanya kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan. Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung kerumah si gadis bagi membincangkan perkara- perkara berkaitan perkahwinan.Ibu pengantin pengantin perempuan pulaakan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukanmeja dalam jamuan makan
  • 37. dan memilih hari yang paling sesuai. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Mereka mempercayai jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa musibah. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen- sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasaupacara bertukar cincin perkahwinan atau padahari lain seperti hari istiadat perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwinyang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
  • 38. KEMATIAN: Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikandengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan Oleh itu, adalah menjadi kewajipan masyarakat Tiong Hua untuk menyimpan pakaianp erkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya,keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Tambahan pula, masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati.10 Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju kekawasan perkuburan amat digalakkan. Mereka mempercayai tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan 10 Shamsul,A. B. 1996.Debating About Identity in Malaysia:a DiscourseAnalysis.Tonan Ajia Kenkyu 34(3): 566-600.
  • 39. keluarga dan sahabat terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, pakaian warna merah atau berbunga dilarang sama sekali kerana dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Tiong Hua cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut PERAYAAN TRADISI: Nama perayaan bagi kebanyakan masyarakat Tiong Hua di Malaysia ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan Bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi masyarakat ini. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”. Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiac haiwan. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk meraikan ketibaan tahun yang baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Mengikut sejarah yang lama, perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa dan juga nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada zaman kuno.
  • 40. Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”, “Yuandan” atau“Tahun Baru”. Selepas revolusi pada tahun 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama pada bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut sehingga sekarang. Menurut mitos masyarakat Tiong Hua dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada musim sejuk, raksasa nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan raksasa itu dikatakan akan dapat dihalau dengan bunyi bising seperti mercun dan persekitaran serta pakaian berwarna merah. Kejayaan menghalau raksasa tersebut diraikan bersempenadengan kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina. Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina. Antaranya ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum Tahun Baru Cina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Di samping itu, tarian singa dipercayai bagi menghalau hantu dan juga malapetaka yang mungkin berlaku. 11 Anak perempuan yang sudah berkahwin selalunya akan menziarahi ibu bapa kandung mereka pada hari yang kedua. Pada hari yang kelima belas iaitu hari terakhir Tahun Baru Cina, masyarakat Tiong Hua Malaysia iaitu Chap Goh Mei. Menurut Freddy.S(2008) tradisi in mempunyai lapan nilai kebenaran menurut ajaran “Chinese Tridharma”, kesetiaan, integriti, kehormatan, kebenaran, kewajaran, menghormati ibu bapa dan kecintaan.12 12 Wang Gungwu. 1988. The Study of ChineseIdentities in Southeast Asia.Dlm. Cushman, Jennifer W. and Gungwu, Wang. (ed.). ChangingIdentities of the Southeast Asian ChineseSinceWorld War II.Hong Kong: Hong Kong University Press,hal.5-7
  • 41. KAJIAN SOAL SELIDIK 36% 21% 19% 11% 13% Soal Selidik Konsep Kepercayaan Nenek Moyang masyarakat Tiong Hua di Malaysia 2015 Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Gambar rajah di atas menunjukkan peratusan responden yang wajar tentang konsep kepercayaan nenek moyang masyarakat Cina di Malaysia. Responden yang dipilih terdiri daripada pelajar-pelajar universiti berbilang kaum berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun. Berdasarkan gambar rajah piktograf di atas, majoriti iaitu sebanyak 36% daripada responden amat setuju dengan konsep nenek moyang orang Cina di Malaysia. Selain itu, peratusan kedua tertinggi sebanyak 21% daripada responden setuju dengan konsep ini. Hal ini membuktikan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia menerima serta mengetahui kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Tiong Hua di Malaysia. Di samping itu, golongan minoriti yang masing-masing memegang peratusan sebanyak 11% and 13% pula tidak bersetuju dengan kepercayaan kehidupan masyarakat Tiong Hua di Malaysia. Hal ini kerana, terdapat juga masyarakat yang tidak mengetahui dengan kepercayaan masyarakat Cina di Malaysia. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut ialah kurang pembacaan serta kurang bergaul dengan bangsa lain. Justeru, berdasarkan kajian
  • 42. secara soal selidik ini, dapat kita ramalkan bahawa tradisi kepercayaan nenek moyang masyarakat Tiong Hua tidak akan hilang dan tenggelam dalam gelombang arus masa yang akan datang.