Laporan ini membincangkan pentingnya kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia juga menggambarkan kepentingan pertolongan cemas dan bagaimana ilmu ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk membantu orang lain. Latihan di khemah BSMM UKM memberi manfaat dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran pertolongan cemas serta mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan
1. SINOPSIS
Laporan akhir ini menggambarkan kepentingan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat yang saling berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu memahami
pengetahuan dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan mampu
menganalisi segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mengaplikasikan pada tempatnya
yang wajar mampu malahirkan individu yang hebat.
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Penyataan masalah
Kaedah
Hasil dan implikasi
Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
PENGENALAN
Kem Keterampilan Bulan Sabit Merah (BSMM) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014 telah
diadakan pada 21-23hb/02/2014 di Hutan Pendidkan Alam (HPA), UKM. Perkhemahan ini bertujuan
memantapkan lagi ilmu dalam memberi pertolongan awal kecemasan. Tambahan, hubungan
silaturahim antara ahli-ahli BSMM dapat dierat dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan.
Kami sebagai peserta berpeluang untuk memahami lebih lagi dengan apa yang dikatakan
sebagai ‘petolongan cemas’, dimana kami dapat mepelajari simptom-simptom penyakit dan cara-
cara untuk memberi rawatan awal sebelum pegawai perubatan atau pihak ambulan mengambil alih.
Balutan kain andu yang berlainan untuk luka atau kawasan cedera yang berbeza, cara pengangkutan
mangsa, meneliti ubat-ubatan dalam ‘First Aid Kit’ dan CPR.
2. PENYATA MASALAH & KAEDAH
Masalah yang dihadapi sepanjang perkhemahan adalah kekurangan sumber air kerana krisis
air yang dialami seluruh Malaysia ketika itu, kami mendapat bekalan air selama 3 hari 2 malam dari
pihak SISPA.
HASIL DAN IMPLIKASI
Hasil dari perkhemahan yang dijalankan, cara untuk menguruskan maklumat dan ilmu yang
dapat digunakan dimasa akan datang dapat diperoleh. Dimana ia dapat diimplikasikan dalam
kehidupan harian.
Sebagai contoh, pengurusan maklumat yang teratur dimana proses yang yang betul dalam
pengurusan maklumat akan memudahkan sesuatu aktiviti.
Pengurusan proses yang lebih aktif - ke atas pencarian/ pembangunan maklumat, pengumpulan dan
penyimpanan.
•Teknologi Kerjasama – LAN/WAN/VPN/Internet dan lain-lain bagi mempermudah akses terhadap
maklumat.
•Jaringan pengetahuan - jaringan pakar secara kerjasama
•Perkongsian maklumat - dalam semua bentuk komunikasi.
•Pemindahan maklumat
•Penapisan maklumat
•Aplikasi
Proses diatas amat membantu saya dalam menguruskan maklumat, pada pendapat saya,
proses aplikasi adalah proses yang paling penting kerana proses ini yang menggambarkan apa yang
dipelajari.
Dari segi pembelajaran sepanjang hayat pula, pemahaman yang mendalam mengenai
pertolongan cemas adalah ilmu yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian dan dimana sahaja.
Ilmu yang jarang diperoleh dan hanya segelintir masyarakat sahaja yang ingin mendalami ilmu ini.
Pertolongan cemas adalah rawatan awal sebelum rawatan yang rapi dari pegawai perubatan atau
ambulans. Pertolongan ini amat penting pada pendapat saya kerana kita tidak tahu bila dan dimana
kemalangan akan berlaku.
Saya dapat aplikasikan ilmu yang dipelajari ini ketika suatu kemalangan yang berlaku baru-
baru ini di rumah. Anak saudara saya yang berumur 2 tahun yang tercekik ketika menghisap gula-
gula. Dengan ilmu pertolongan cemas, teknik yang betul dan sikap yang tenang, saya membantunya
dengan mudah.
3. Abdominal Thrust
Ini adalah satu peristiwa yang dapat meningkatkan keyakinan saya untuk membantu
mangsa-mangsa kemalangan yang akan datang.
KESIMPULAN
Apa yang dapat disimpulkan, ilmu yang dapat saya pelajari ini mampu membantu ramai
orang diluar sana yang memerlukan bantuan kecemasan. Pembelajaran sepanjang hayat adalah
pembelajaran bagi seseorang yang akan menghadapi perubahan dalam peringkat kehidupan maka
keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza
pada setiap peringkat.
Saya berharap lebih ramai lagi yang cakna dengan ilmu-ilmu yang melibatkan nyawa
seseorang agar ilmu ini dapat diaplikasi di masa yang akan datang dan lebih ramai mangsa yang
dapat dibantu.
RUJUKAN & LAMPIRAN
1) Nota Pertolongan Cemas BSMM Kolej Keris Mas, UKM .
2) Gambar ‘Abdominal Thrust’.
3) Nota Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Prof. Madya Kamisah
Osman.