Masalah obesiti disebabkan oleh gaya hidup yang tidak seimbang antara pemakanan yang berlemak tinggi dan kurangnya aktiviti fizikal. Ini menyebabkan penumpukan lemak dalam badan dan meningkatkan risiko penyakit. Untuk mencegah masalah ini, perlu mengurangkan makanan berlemak dan manis serta meningkatkan senaman minimal tiga kali seminggu selama 30 minit.
1. BACA 10 MINIT SEHARI
PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITI
Menurut kamus DBP, Kuala
Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak
yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit
jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak
dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah
semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan
akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media
Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah
yang tertinggi di Asia.
Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti
tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan
terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti
menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.
Untukmengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan
lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga
hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak
dengan cara mengukus, membakar atau merebus.
Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya
masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan
sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya
badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan
senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang
boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan
kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan
kecederaan.
Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam
bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti
KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama
mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak
makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran
makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan
makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi
kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.
Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk
yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat
dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara
memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara
mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.