SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
1
1.1 Pengenalan kepada program pendidikan inklusif
PPI adalah pendidikan untuk MBK seperti murid yang mempunyai masalah
pendengaran, masalah penglihatan, masalah tahap kebolehtuturan, keterancat akal serta
fizikal.
1.1.1 Konsep
Menurut Norliah Mohd. Amin dan Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016), PPI merupakan
satu program yang ditawarkan kepada MBK untuk belajar bersama-sama rakan
mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk
menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira kaum,
latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan
1.1.2 Matlamat
Bahagian Pendidikan Khas (2013), PPI adalah bertujuan untuk meningkatkan
penyertaan dan memberi peluang kepada MBK untuk mengikuti program akademik
dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. Murnie Bte Hassan (2013)
pula menyatakan bahawa PPI bertujuan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di
antara ahli masyarakat.
1.1.3 Dasar pendidikan inklusif
Dalam dasar kebangsaan, melalui Akta 685 di bawah seksyen 28 (1), kanak-kanak
kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan atas alasan
ketidakupayaan. Dasar di peringkat antarabangsa dapat dilihat melalui pernyataan
Salamanca (1994) di mana telah disarankan agar peruntukan kewangan diberikan
dalam sistem pendidikan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan
kanak-kanak bekeperluan khas diserap dalam sistem pendidikan tanpa mengira
perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka (Lee Keok Cheong et.al,
2018).
1.2 Peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan
Guru besar berperanan dan bertanggungjawab untuk mewujudkan iklim yang mesra
pendidikan seperti tidak memberi tekanan kepada guru inklusif dan menambah baik pdp PPI
seperti memantau kerja guru dalam bilik darjah melalui penilaian berbentuk interaksi seperti
soal jawab. Guru penolong kanan pentadbiran pula berperanan dan bertanggungjawab
untuk merancang dan menyelaras keperluan bahan bantu belajar dan kebajikan MBK.
Contohnya, memastikan keperluan asas seperti kerusi dan meja mencukupi untuk MBK.
2
Guru arus perdana seperti guru mata pelajaran, guru resos dan guru pendidikan khas
pula harus berupaya untuk menjalin kerjasama. Contohnya, bersedia dan terbuka untuk
berbincang dan berkolaborasi dalam membuat keputusan dan bekongsi maklumat untuk
pdp MBK. Begitu juga dengan murid aliran perdana dan ibu bapa. Misalnya, mereka harus
memberi sokongan kepada PPI dengan menerima MBK tanpa sebarang persepsi yang
negatif.
1.3 Isu dan cabaran serta langkah-langkah dalam menangganinya dalam pelaksanaan
pendidikan inklusif
Ada guru besar yang tidak memberi sokongan kepada PPI seperti memberi persepsi
negatif dan beranggapan bahawa PPI hanya membebankan pihak sekolah. Dalam kalangan
guru aliran perdana pula, mereka tidak mahu menerima MBK. Misalnya, mereka kurang
bersedia dan menganggap MBK melambatkan pdp murid biasa. Dalam menanggani isu
persepsi negatif pihak pentadbir dan aspek kesediaan guru aliran perdana mengenai PPI,
mereka perlu diberi latihan perkhidmatan pendidikan inklusif seperti kursus kemahiran
pengurusan murid inklusif.
Dari segi ibu bapa dan masyarakat pula, mereka kurang kefahaman dan keyakinan
terhadap guru biasa dalam mengajar MBK. Contohnya, mereka mempertikaikan
kemampuan guru kelas biasa dalam mengajar MBK. Isu ini dapat diatasi dengan memberi
pendedahan kepada ibu bapa mengenai kemahiran guru biasa dalam pdp MBK. Murid
biasa juga menjadi cabaran kepada PPI. Misalnya, mereka tidak faham keadaan MBK dan
sering membuli mereka dalam kelas aliran perdana. Perkara ini boleh diatasi dengan cara
mewujudkan peraturan agar murid biasa tidak membuli MBK.
Begitu juga dengan keadaan prasarana dan kemudahan yang kurang. Contohnya,
kurangnya kemudahan asas seperti meja, kerusi serta susunan prasarana dan kemudahan
yang merumitkan pergerakan MBK dalam kelas. Kurangnya kemudahan dan prasarana
boleh diatasi dengan mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan badan bukan
kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Yayasan Kiwanis Sindrom Down serta
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Dari aspek susun atur prasarana pula,
guru harus memastikan setiap susun atur kemudahan dalam kelas adalah sesuai dan
berada dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan dan mengehadkan pergerakan
MBK dalam kelas.
3
1.3.1 Faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif
Khidmat sokongan dari aspek peralatan dapat menjamin keberkesanan PPI.
Contohnya, penyediaan mesin braille dan kanta pembesar membantu dalam
pelaksanaan aktiviti pdp murid bermasalah penglihatan. Begitu juga dengan faktor
infrastruktur dan prasarana di mana adanya kemudahan asas seperti kerusi, rak
buku, almari dan meja yang mencukupi serta susun atur yang memudahkan
pergerakan MBK. Kejayaan PPI juga dipengaruhi sokongan daripada ibu bapa dan
masyarakat dengan penerimaan dan pandangan yang positif terhadap
pelaksanaannya.
Sokongan personal juga mempengaruhi kejayaan PPI. Contohnya kolaboratif
antara pelbagai personal mewujudkan perkongsian maklumat, pengetahuan dan
kemahiran mengenai MBK. Begitu juga dengan kolaboratif antara agensi kerajaan
dan agensi bukan kerajaan. Kerjasama yang wujud membolehkan keperluan dan
kebajikan MBK terjamin.
1.4 Penutup
Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bersifat positif serta faham mengapa
program pendidikan inklusif ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini kerana
sokongan daripada semua pihak khususnya pihak pentadbir, guru, masyarakat, ibu bapa
dan murid memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan program pendidikan
inklusif di sekolah.
4
BIBLIOGRAFI
Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Putrajaya : Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Lee, K.C & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inlusif. Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Murnie Bte Hassan. (2013). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Bagi Pelajar Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran Di Program Intergrasi, 1, 1.
Mohd Suhaimin Isnen. (2017). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan
Khas. Dimuat turun pada 17 Februari 2018, daripada
https://www.sistemguruonline.my/2018/01/garis-panduan-program-pendidikan-inklusif-
murid-berkeperluan-khas.html
Nordin Tahir. (2013). Pendidikan Inklusif. Dimuat turun pada 17 Februari 2018, daripada
http://amaljaya.com/guru/Pendidikan%20Khas/Pendidikan%20Inklusif.pdf
Norliah Mohd. Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif Murid Berkeperluan Khas Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2015. kertas Kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas
Rantau Asia Tenggara Siri ke-6, 2016 di National Universiti of Malaysia.

More Related Content

What's hot

Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendirishazli shazli mahmud
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumchenta miamor
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996AP Foo
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANnoor izieyana
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Wan Noryatini Mahmood
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitifIsmail Hashim
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 

What's hot (20)

Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
Jenis jenis pembelajaran
Jenis jenis pembelajaranJenis jenis pembelajaran
Jenis jenis pembelajaran
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 

Similar to Faktor fizikal

PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFsitirubiyani
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifMohd Nizam
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptSPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptwaniesegar
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusifSalleh Loki
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdfasa uj
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)ct sofiey
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)Butter Emily
 

Similar to Faktor fizikal (20)

pengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusifpengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
 
Artikel review 1
Artikel review 1Artikel review 1
Artikel review 1
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptSPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Inklusif 1
Inklusif 1Inklusif 1
Inklusif 1
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdf
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)
 

Faktor fizikal

  • 1. 1 1.1 Pengenalan kepada program pendidikan inklusif PPI adalah pendidikan untuk MBK seperti murid yang mempunyai masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah tahap kebolehtuturan, keterancat akal serta fizikal. 1.1.1 Konsep Menurut Norliah Mohd. Amin dan Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016), PPI merupakan satu program yang ditawarkan kepada MBK untuk belajar bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan 1.1.2 Matlamat Bahagian Pendidikan Khas (2013), PPI adalah bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK untuk mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. Murnie Bte Hassan (2013) pula menyatakan bahawa PPI bertujuan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. 1.1.3 Dasar pendidikan inklusif Dalam dasar kebangsaan, melalui Akta 685 di bawah seksyen 28 (1), kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan atas alasan ketidakupayaan. Dasar di peringkat antarabangsa dapat dilihat melalui pernyataan Salamanca (1994) di mana telah disarankan agar peruntukan kewangan diberikan dalam sistem pendidikan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak bekeperluan khas diserap dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka (Lee Keok Cheong et.al, 2018). 1.2 Peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan Guru besar berperanan dan bertanggungjawab untuk mewujudkan iklim yang mesra pendidikan seperti tidak memberi tekanan kepada guru inklusif dan menambah baik pdp PPI seperti memantau kerja guru dalam bilik darjah melalui penilaian berbentuk interaksi seperti soal jawab. Guru penolong kanan pentadbiran pula berperanan dan bertanggungjawab untuk merancang dan menyelaras keperluan bahan bantu belajar dan kebajikan MBK. Contohnya, memastikan keperluan asas seperti kerusi dan meja mencukupi untuk MBK.
  • 2. 2 Guru arus perdana seperti guru mata pelajaran, guru resos dan guru pendidikan khas pula harus berupaya untuk menjalin kerjasama. Contohnya, bersedia dan terbuka untuk berbincang dan berkolaborasi dalam membuat keputusan dan bekongsi maklumat untuk pdp MBK. Begitu juga dengan murid aliran perdana dan ibu bapa. Misalnya, mereka harus memberi sokongan kepada PPI dengan menerima MBK tanpa sebarang persepsi yang negatif. 1.3 Isu dan cabaran serta langkah-langkah dalam menangganinya dalam pelaksanaan pendidikan inklusif Ada guru besar yang tidak memberi sokongan kepada PPI seperti memberi persepsi negatif dan beranggapan bahawa PPI hanya membebankan pihak sekolah. Dalam kalangan guru aliran perdana pula, mereka tidak mahu menerima MBK. Misalnya, mereka kurang bersedia dan menganggap MBK melambatkan pdp murid biasa. Dalam menanggani isu persepsi negatif pihak pentadbir dan aspek kesediaan guru aliran perdana mengenai PPI, mereka perlu diberi latihan perkhidmatan pendidikan inklusif seperti kursus kemahiran pengurusan murid inklusif. Dari segi ibu bapa dan masyarakat pula, mereka kurang kefahaman dan keyakinan terhadap guru biasa dalam mengajar MBK. Contohnya, mereka mempertikaikan kemampuan guru kelas biasa dalam mengajar MBK. Isu ini dapat diatasi dengan memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai kemahiran guru biasa dalam pdp MBK. Murid biasa juga menjadi cabaran kepada PPI. Misalnya, mereka tidak faham keadaan MBK dan sering membuli mereka dalam kelas aliran perdana. Perkara ini boleh diatasi dengan cara mewujudkan peraturan agar murid biasa tidak membuli MBK. Begitu juga dengan keadaan prasarana dan kemudahan yang kurang. Contohnya, kurangnya kemudahan asas seperti meja, kerusi serta susunan prasarana dan kemudahan yang merumitkan pergerakan MBK dalam kelas. Kurangnya kemudahan dan prasarana boleh diatasi dengan mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Yayasan Kiwanis Sindrom Down serta Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Dari aspek susun atur prasarana pula, guru harus memastikan setiap susun atur kemudahan dalam kelas adalah sesuai dan berada dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan dan mengehadkan pergerakan MBK dalam kelas.
  • 3. 3 1.3.1 Faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif Khidmat sokongan dari aspek peralatan dapat menjamin keberkesanan PPI. Contohnya, penyediaan mesin braille dan kanta pembesar membantu dalam pelaksanaan aktiviti pdp murid bermasalah penglihatan. Begitu juga dengan faktor infrastruktur dan prasarana di mana adanya kemudahan asas seperti kerusi, rak buku, almari dan meja yang mencukupi serta susun atur yang memudahkan pergerakan MBK. Kejayaan PPI juga dipengaruhi sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat dengan penerimaan dan pandangan yang positif terhadap pelaksanaannya. Sokongan personal juga mempengaruhi kejayaan PPI. Contohnya kolaboratif antara pelbagai personal mewujudkan perkongsian maklumat, pengetahuan dan kemahiran mengenai MBK. Begitu juga dengan kolaboratif antara agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Kerjasama yang wujud membolehkan keperluan dan kebajikan MBK terjamin. 1.4 Penutup Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bersifat positif serta faham mengapa program pendidikan inklusif ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini kerana sokongan daripada semua pihak khususnya pihak pentadbir, guru, masyarakat, ibu bapa dan murid memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah.
  • 4. 4 BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas. Putrajaya : Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Lee, K.C & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inlusif. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Murnie Bte Hassan. (2013). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Bagi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Di Program Intergrasi, 1, 1. Mohd Suhaimin Isnen. (2017). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas. Dimuat turun pada 17 Februari 2018, daripada https://www.sistemguruonline.my/2018/01/garis-panduan-program-pendidikan-inklusif- murid-berkeperluan-khas.html Nordin Tahir. (2013). Pendidikan Inklusif. Dimuat turun pada 17 Februari 2018, daripada http://amaljaya.com/guru/Pendidikan%20Khas/Pendidikan%20Inklusif.pdf Norliah Mohd. Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. kertas Kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri ke-6, 2016 di National Universiti of Malaysia.