SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas /

69

PEMBINAAN SISTEM SOKONGAN DAN JALINAN KOLABORASI
DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PELAJAR
BEKEPERLUAN KHAS: SATU KAJIAN KES DI SEBUAH
SEKOLAH MENENGAH PROGRAM INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN DI NEGERI JOHOR
Md. Amin Kasbin
Safani Bari
Mohd. Hanafi Mohd. Yasin
Mohd. Mokhtar Tahar

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sistem
sokongan dan jalinan kolaborasi yang berkesan terhadap pelaksanaan
program inklusif bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran program pendidikan inklusif kanak-kanak khas
bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah menengah (Program
Integrasi) di Negeri Johor. Kajian ini menggunakan kaedah temubual
dan soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat. Manakala soal
selidik digunakan untuk mengukur sikap guru dan persepsi ibu bapa
pelajar terhadap amalan pelaksanaan program berkenaan. Data dan
maklumat dalam kajian ini dikemukakan dalam bentuk statistik
deskriptif dan kaedah frekuensi dan peratusan digunakan untuk
menganalisis data yang diperolehi daripada soal selidik tersebut
menggunakan perisian SPSS. Dalam kajian ini satu projek transisi
kerjaya pertanian telah dijalankan melibatkan kolaborasi antara
pentadbir, pengusaha, guru khas , guru aliran perdana, dua orang murid
PKBP dan dua orang pelajar tipikal telah dipilih untuk mengikuti
program tersebut selama 10 minggu. Kaedah pemerhatian digunakan
untuk melihat sejauh mana program tersebut memberi kesan ke atas
pengajaran dan pembelajaran serta sikap pelajar juga sistem sokongan
dan kolaborasi yang terhasil melalui program tersebut. Dapatan kajian
menunjukkan kesan yang positif ke atas pembelajaran dan sikap pelajar
serta perlunya sistem sokongan dan kolaborasi dalam menjayakan
keberkesanan perlaksanaan program inklusif

PENGENALAN
Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak-Hak
Kemanusiaan Sejagat 1948 meletakan hak kepada pendidikan sebagai salah satu
hak asasi manusia. Hak pendidikan ialah satu hak yang diktiraf sebagai hak asasi
manusia. Oleh yang demikian, setiap pelajar di Malaysia mempunyai peluang
yang sama untuk mendapat pendidikan tanpa mengira umur, jantina atau pun
bangsa. Konsep “Pendidikan Untuk Semua” juga dibincangkan dalam UNESCO’s
Sub-regional Seminar on Policy, Planning and Organisation of Education for
Children with Special Needs di Harbin, China pada tahun 1993. Kini tercetus
reformasi dalam bidang pendidikan khas yang menghasilkan gerakan pendidikan
inklusif yang bersifat universal dan telah memberi suatu dimensi baru dalam
bidang pendidikan keseluruhannya. Hak pelajar ini untuk mendapat semua
70 /

Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

peluang perkhidmatan pendidikan yang sama seperti rakan sebaya mereka tidak
boleh dinafikan atau diabaikan.
Justeru, kini pelajar bermasalah pembelajaran yang boleh dididik serta dapat
menguruskan diri telah diinklusifkan ke kelas biasa untuk sama-sama belajar
dengan rakan-rakan mereka, yakni pelajar biasa. Di kelas ini perlunya ada
beberapa pengubahsuaian dilakukan terutamanya terhadap kurikulum, teknik
pengajaran guru, proses penilaian dan sistem sokongan ke arah membina
persekitaran Inklusif yang lebih mantap.
Berpandukan konsep di atas, maka bolehlah dikatakan bahawa melalui
pendidikan inklusif menyediakan peluang kepada semua pelajar untuk mendapat
pendidikan yang sama di sekolah biasa. Maka, ia dilihat sebagai wadah oleh pihak
sekolah untuk menyediakan program pendidikan yang mencabar bersesuaian
dengan tahap kemampuan dan keperluan kepada semua pelajar. Di samping itu,
sokongan dan bantuan daripada guru diperlukan bagi memastikan kejayaan
pendidikan inklusif ini (Stainback and Stainback, 1990; Carro, 1996). Kamariah
(disebut dalam Haniz Ibrahim, 1998) menyatakan bahawa kewujudan program
pendidikan inklusif di sekolah-sekolah biasa adalah dengan matlamat untuk:
1.

2.

3.

Membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mempelajari normanorma sosial daripada rakan sebaya mereka yang normal. Manakala
rakan sebaya mereka yang biasa ini dapat dijadikan role models mereka.
Ini akan membolehkan mereka mempelajari tingkah laku sosial yang
dikehendaki serta akan mendapat kemahiran-kemahiran sosial yang baru,
Menggalakkan pelajar bermasalah pembelajaran dan para pelajar biasa
menerima di antara satu sama lain. Diharapkan ini akan membantu para
pelajar bermasalah pembelajaran mengambil bahagian dalam sebarang
aktiviti kemasyarakatan setempat dan selanjutnya memudahkan mereka
diasimilasikan ke dalam masyarakat.
Membolehkan kedua-dua golongan pelajar ini berkongsi akan segala
sumber yang terdapat di sekolah tersebut. Ini akan mewujudkan
pembelajaran secara dua hala iaitu pendidikan biasa kepada pendidikan
inklusif dan pendidikan inklusif kepada pendidikan biasa.

Prinsip utama pendidikan inklusif ialah semua pelajar sedapat mungkin mesti
belajar bersama-sama dan pihak sekolah mesti mengiktiraf akan keperluan para
pelajar yang berbeza. Oleh itu, pihak sekolah mesti menyediakan bantuan dan
perkhidmatan bagi memenuhi tuntutan perbezaan keperluan tersebut.
Wujudnya pendidikan inklusif di sesebuah sekolah akan menghasilkan kelas
inklusif dan juga sekolah inklusif. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa konsep
sekolah inklusif boleh bertukar ganti dengan konsep kelas inklusif dan juga
pendidikan inklusif.
OBJEKTIF KAJIAN
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas /

71

Pendekatan pendidikan Inklusif adalah merupakan antara beberapa pilihan yang
ada untuk kanak-kanak bekeperluan khas di Malaysia dan ianya masih terbatas
dilaksanakan dalam konteks acuan Malaysia. Berdasarkan kajian lepas telah
menunjukkan bahawa konsep kolaborasi, transisi dan inklusif merupakan
pendekatan yang mampu menyediakan pendidikan yang lebih relavan, bermakna
dan efektif kepada pelajar Bermasalah Pembelajaran. Sehubungan itu, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk membina satu sistem sokongan kepada pelajarpelajar bermasalah pembelajaran dengan mengamalkan konsep kolaborasi,
inklusif dan pendidikan transisi kerjaya. Antara objektif kajian ini ialah (1)
Merancang satu bentuk sistem sokongan untuk pelajar berkeperluan khas
melalui amalan kolaborasi dalam pendidikan inklusif dan program transisi. (2)
Melaksanakan satu bentuk sistem sokongan untuk pelajar berkeperluan khas
melalui amalan kolaborasi dalam pendidikan inklusif dan program transisi. (3)
Melihat apakah kesan pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar Bermasalah
Pembelajaran. (4) Melihat peranan dan kerjasama pihak pentadbir, guru, ibu
bapa, murid tipikal dan komuniti dalam pelaksanaan sistem sokongan. Objektif
kajian ini dapat diterjemahkan melalui kerangka konseptual kajian ini adalah
seperti Rajah 1.

Sistem Sokongan

Program Inklusif

Kolaborasi

Pelajar Khas

Kolaborasi

Program Transisi
Sistem Sokongan

Rajah 1. Kerangka konseptual kajian
Konsep Kolaborsi
Kolaborasi tidak hanya bererti bekerja bersama-sama tetapi adalah untuk bekerja
sama mencapai tujuan bersama yang tidak dapat dicapai oleh individu atau
organisasi (Kagan, 1991). Kolaborasi bermaksud melibatkan diri dalam sesuatu
hal atau mempunyai hubungan antara dua atau lebih individu. (kamus Dewan
Bahasa & Pustaka 1994). Cook dan Friend (2001) pula mendifinisikan kolaborasi
sebagai satu gaya perhubungan secara langsung antara dua kumpulan yang
bersetuju membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. John
Steiner (2000) menggambarkan pola kerjasama kolaborasi sebagai dari aspek
72 /

Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

peranan, hubungan, nilai dan cara kerja sebagai “ Creative Collaboration” yang
saling melengkapi antara satu sama lain.
Konsep Pendidikan Inklusif
Dari segi konsepnya, di negara-negara Barat, pendidikan inklusif dikenali juga
sebagai pendidikan integrasi di mana pelajar pendidikan khas yakni pelajar
bermasalah pembelajaran menerima pendidikan di kelas biasa.
Pelajar
bermasalah pembelajaran ini memerlukan bantuan serta sokongan tertentu
untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka yang biasa
(Mittler, 1995); (York, Doyle and Kronberg disebut dalam Fox and Ysseldyke,
1997).
Tomko (1996b) pula menambah bahawa menempatkan pelajar
bermasalah pembelajaran di kelas biasa tidak membawa sebarang makna
sekiranya sokongan dan bantuan tidak diberikan kepada mereka semasa aktiviti
Program pendidikan inklusif ini dapat dilihat dengan jelas dalam Akta
Pendidikan 1996. Bahagian I (C) Akta ini dengan jelas dan tegas menyatakan,
“…suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan
keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersamasama dengan murid-murid biasa.”(Jabatan Pendidikan Khas, 1998, 3)

Konsep Program Transisi
Program transisi adalah merupakan satu proses pendidikan yang bertujuan
melengkapkan kemahiran ke arah kehidupan berdikari pelajar bekeperluan khas.
Berasaskan model ’Transition Planning Model For Youth With Speacial Needs’,
kolaborasi merupakan komponen penting dalam perlaksanaan program transisi
pelajar bekeperuan khas. Menurut Donn (1995) Transisi memerlukan tiga
komponen utama untuk menjadikannya sebagai satu usaha yang berkesan iaitu
Kurikulum berfungsi berasaskan kerjaya, kolaborasi antara majikan, komuniti
serta ibu bapa dan penyesuaian dalam komuniti. Transisi merupakan salah satu
program pendidikan yang penting untuk pelajar-pelajar bermasalah
pembelajaran
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah merupakan satu kajian kes berasaskan sekolah yang
dilaksanakan bagi membina system sokongan kepada pelajar-pelajar bermasalah
pembelajaran. Sekolah yang dipilih adalah merupakan sebuah Program Integrasi
Bermasalah Pembelajaran. Seramai dua orang pelajar bermasalah pembelajaran
dan dua orang pelajar tipikal telah dipilih sebagai sample untuk kajian ini. Satu
program transisi telah dirancang yang menerapkan sistem sokongan ke arah
amalan kolaborasi melalui program inklusif .
Kajian ini dilaksanakan sepanjang 10 minggu di mana sampel akan mengikuti
program transisi tersebut yang dijalankan di tapak pertanian pendidikan khas
sekolah tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas /

73

kaedah pemerhatian dan temubual bagi memperolehi dapatan kajian untuk
memenuhi objektif kajian.
Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan disebuah sekolah Menengah Program Integrasi Pendidikan
Khas (sekolah A) di daerah Pontian Johor. Sekolah ini adalah merupakan sekolah
menengah luar Bandar yang bertaraf gred A dan mempunyai jumlah pelajar
seramai 1200 orang. Sekolah ini terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar
Pontian. Jumlah pelajar pendidikan khas adalah seramai 31 orang, mempunyai 7
orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid. Semua pelajarnya adalah
terdiri daripada bangsa Melayu.
Sampel Kajian
Seramai dua orang pelajar bermasalah pembelajaran sebagai sample kajian ini.
Pemilihan ini adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan antara pengkaji
dengan guru-guru Pendidikan Khas. Faktor kebolehan mengurus diri dan
kesesuaian umur serta tingkahlaku adalah merupakan factor yang
dipertimbangkan dalam pemilihan sample ini.
Sampel pertama yang dipilih bernama Jauhari juga merupakan seorang pelajar
dalam kategori ‘slow learner’ yang berumur 16 tahun. Beliau merupakan pelajar
yang mempunyai masalah perkembangan kognitif di bawah normal. Jauhari juga
merupakan seorang pelajar yan pasif dan tidak berkebolehan dalam kemahiran
sosial khususnya dalam membentuk perhubungan atau pergaulan dengan rakan
sebaya. Beliau juga mempunyai keyakinan diri yang rendah dan mengalami
kesukaran dalam berkomunikasi. Beliau juga mempunyai ciri-ciri Disleksia.
Sampel kedua yang dipilih bernama Shah Fitri. Beliau yang berumur 18 tahun.
juga mempunyai masalah perkembangan kognitif di bawah normal. Berbeza
dengan Jauhari lebih aktif dan fasih bertutur. Namun, bahasa pertuturannya
masih berada pada tahap umurnya atau keanak-anakan. Menurut gurunya Shah
Fitri merupakan seorang pelajar yang mengalami kesukaran mengawal emosi,
suka bersendirian dan mempunyai konsep kendiri yang rendah.
Dari aspek pencapaian akademik, kedua-dua pelajar ini amatlah lemah dan bagi
Shah Fitri boleh membaca dan menulis tetapi agak lambat sedikit dan sukar
memahami apa yang dibacanya. Kedua-dua pelajar ini mempunyai kemampuan
dari aspek kemahiran motor kasar dan motor halus. Manakala dari aspek fizikal
kedua-duanya mempunyai pertumbuhan sebagaimana pelajar tipikal yang lain.
PEMBINAAN SISTEM SOKONGAN
Sistem sokongan yang dicadangkan adalah berdasarkan model Model Kagan
(1991). Model ini menggunakan enam aspek penting dalam menghasilkan satu
sistem kolaborasi yang dirancang bagi tujuan matlamatnya. Berdasarkan model
ini ahli atau individu dalam satu sistem kolaborasi biasanya terdiri daripada guru
pendidikan khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah, ibu bapa dan pihak lain
74 /

Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

terlibat dalam melaksanakan satu program pendidikan khas. Aspek
pembentukan, konseptual, pembangunan, perlaksanaan, penilaian dan
penamatan adalah aspek-aspek yang dibincangkan dalam pembinaan sesuatu
kolaborasi sebagaimana yang diterangkan dalam Rajah 3.

Collaboration

Formation
Conceptualization
Developement
Implementation
Evaluation
Termination

Rajah 3. Aspek struktur dan organisasi kolaborasi - Model Kagan (1991)
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI
Hasil dari perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru pendidikan
khas, ibubapa serta pelajar pelajar pendidikan khas yang terlibat, satu program
telah dirancang dan dikenali sebagai Program Transisi Kerjaya. Sebelum ini
program tersebut telah pun dijalankan iaitu program transisi pertanian yang
melibatkan tanaman sayuran menggunakan kaedah fetigasi.
Program yang dirancang adalah program transisi yang melibatkan kemahiran
ternakan ikan keli di dalam kanvas . Matlamat program ini adalah untuk
meningkatkan amalan konsep pendidikan inklusif dan membina kolaborasi
antara pihak pentadbir sekolah, warga sekolah, ibubapa, pengusaha, agensi luar
bagi menjadikan satu sistem sokongan yang mantap untuk membantu
meningkatkan kualiti pendidikan pelajar bekeperluan khas. Objektif program
adalah untuk:
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas /

1.
2.
3.
4.
5.
6.

75

Mengamalkan amalan kolaborasi antara guru-guru (guru perdana dan
guru pendidikan khas) dengan pengusaha, masyarakat dan murid tipikal
dengan murid berkeperluan khas.
Memberi pendedahan awal kepada murid berkeperluan khas mempelajari
kemahiran menternak ikan keli dalam kanvas.
Meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap kemampuan/
kebolehan terhadap murid berkeperluan khas.
Meningkatkan penghargaan diri/self-esteem murid berkeperluan khas
dengan sokongan keluarga, guru dan suasana persekitaran yang
menggalakkan.
Menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan seperti
kejujuran, kasih sayang, berbudi bahasa, bertanggungjawab, rajin dan
lain-lain.
Membantu murid berkeperluan khas menguasai kemahiran supaya dapat
berdikari dalam masyarakat

Program Transisi ini dibina berasaskan Model Paula Kohler’s (1996). Model ini
menekankan aspek berkaitan kolaborasi terutamanya diantara pelajar, guru,
ibubapa dan agensi-agensi yang berkaitan dalam menjayakan matlamat program
transisi. Model ini juga menumpukan kepada perancangan terhadap individu
pelajar , pembangunan individu pelajar, penglibatan keluarga dan penglibatan
antara agensi. Model Rajah 4 menerangkan tentang komponen model tersebut.

Rajah 4. Model Paula Kohler’s (1996)
76 /

Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

Kaedah Perlaksanaan Program Transisi
Program ini dilaksanakan selama kira-kira 10 minggu bermula pada bulan Julai
2009 sehingga awal Oktober 2009. Disepanjang program ini dibahagian kepada
empat fasa.
•

•

•

•

Fasa 1 (minggu 1-2) merupakan perancangan awal dimulai dengan
perbincangan pihak pentadbir sekolah bagi menyelaras program yang
akan dilaksanakan. Penyediaan kertas cadangan awal telah dilakukan
seterusnya diikuti dengan beberapa mesyuarat dan perbincangan
diadakan antara pihak pentadbir, guru pendidikan khas, ibubapa,
pembantu pengurusan murid dan staf sekolah yang terllibat. Akhirnya
satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengendali program ini. Satu
gabungan kolaborasi yang melibatkan ibubapa, guru pendidikan khas,
guru biasa, pihak pentadbir, pihak Pejabat Peajaran Daerah dan
pengusaha telah diwujudkan. Perbincangan dan proses menghasilkan
program transisi adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip dalam
komponen kolaborasi dan transisi yang dinyatakan dalam model Kagan
(1991) dan Model Transisi Paula Kohler (1996) (lihat Rajah 3 dan 4).
Fasa kedua (minggu 3), di mulakan dengan mengadakan bengkel bagi
tujuan mengadakan program ini juga telah diadakan bagi memantapkan
lagi perlaksanaan program transisi yang akan dijalankan . mengadakan
lawatan ke tapak penternakan iaitu Kayu Ara Pasong Farm yang terletak
di Kayu Ara Pasong Farm, Pontian bagi mendapatkan maklumat dan
kemahiran berkaitan teknik penternakan ikan keli dalam kanvas.
Pengusaha telah menawarkan khidmat nasihat secara sukarela dalam
membimbing program ini.
Fasa ketiga (minggu 4-5) adalah perlaksanaan program melibatkan
penyediaan tapak projek dan menjalankan aktiviti penternakan . Kos
penyediaan tapak pembelaan ikan telah dapat dikurangkan kerana telah
mendapat sumbangan kolam kanvas daripada salah seorang bapa pelajar
pendidikan khas. Manakala kos makanan pula dapat diminimakan kerana
pihak ibu bapa pelajar telah bersetuju untuk membawa makanan secara
beergilir-gilir tiga kali seminggu.
Fasa keempat (minggu 5-10) pelaksanakan dan menjalankan kemahirankemahiran penternakan seperti menjaga kolam ternakan, menjaga
kandungan air serta, pemakanan ikan, pengasingan dan pengredan
seterusnya menuai hasil penternakan.

Dalam perlaksanaan program ini hasil persetujuan dengan pihak pentadbir
melibatkan program ini turut melibatkan guru aliran perdana (guru mata
pelajaran Kemahiran Hidup) dan dua orang pelajar biasa akan bersama-sama
dengan guru pendidikan khas serta dua orang murid pendidikan khas
melaksanakan program bersama-sama dua kali seminggu dalam waktu mata
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas /

77

pelajaran Kemahiran hidup. Kedua-dua orang guru ini telah pun bersama-sama
berbincang tentang kemahiran yang akan diajar sebelum aktiviti kelas berjalan.
Kemahiran yang Diperolehi Berasaskan Progam Transisi
Aspek kemahiran yang dicadangkan adalah berkaitan kemahiran menternak ikan
keli seperti kemahiran penjagaan kolam, penjagaan ikan, pemakanan ikan,
pengredan ikan, dan pemasaran. Selain daripada itu kemahiran lain yang
merentasi program ini adalah seperti kemahiran sosial dan keyakinan diri
disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan seperti
kejujuran, kasih sayang, berbudi bahasa, bertanggungjawab, rajin dan lain-lain.
Ini akan membantu murid berkeperluan khas menguasai kemahiran-kemahiran
tersebut
agar dapat berdikari dalam masyarakat setelah tamat alam
persekolahan.
Pihak yang Terlibat dalam Program Transisi
Antara pihak yang terlibat Dalam program ini ialah murid pendidikan khas,
murid biasa, guru pendidikan khas, guru-guru biasa, pekerja sekolah (swasta)
dan pembantu pengurusan murid pendidikan khas, para ibubapa yang terlibat,
Kaunselor dan guru displin sekolah, Pengetua dan barisan pentadbir sekolah,
Agensi luar seperti pejabat perikanan Daerah Pontian, Pengusaha Ternakan,
Pejabat Pelajaran dan Jabatan pendidikan Negeri.
ASPEK PENILAIAN
Antara aspek yang dapat di nilai melalui perlaksanaan program ini di sepanjang
10 sesi ialah:
1.
2.
3.

Aspek keyakinan diri, komunikasi, dan sosialisasi murid Pendidikan Khas.
Kolaborasi yang terhasil daripada projek yang dijalankan.
Kekuatan dan kelemahan program yang telah dilaksanakan bagi dijadikan
asas kepada usaha merancang sistem sokongan yang lebih berkesan
terhadap pelajar bekeperluan khas.

DAPATAN KAJIAN
Terdapat perubahan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas terutamanya
daripada aspek keyakinan diri mereka. Mereka boleh bersosial dan
berkomunikasi dengan pelajar biasa dengan lebih yakin. Menurut Friend &
Bursuk (1996). mendapati kanak-kanak bermasalah pembelajaran didapati
mengalami kesukaran dalam hubungan sosial dengan rakan sebaya. Hasil
daripada program ini didapati kemampuan dan kemahiran sosial bagi kedua
kanak-kanak bermasalah pembelajaran amat positif, buktinya wujud
persahabatan dan nilai keakraban yang ditunjukkan disepanjang program ini
berjalan. Forest dan Lutheus (1989) juga menyatakan perkembangan kognitif dan
sosial pelajar bermasalah pembelajaran akan berkembang secara optimum
78 /

Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

apabila mereka dihargai dan ada pertalian terutamanya dengan rakan-rakan
sebaya.
Kerjasama dikalangan guru pendidikan khas dan guru biasa lebih sistematik.
Warga sekolah mencadangkan agar program ini diteruskan, diperluaskan kepada
lebih ramai pelajar dan program lain dibuat. Wujud sikap positif dikalangan
pelajar-pelajar tipikal terhadap pelajar pendidikan khas. Contohnya pelajar biasa
ke tempat projek diwaktu rehat dan berinteraksi dengan mereka.
Ibu bapa juga mempunyai persepsi positif terhadap program yang dijalankan
oleh pihak sekolah terhadap anak-anak mereka. Selama ini mereka hanya
mengharapkan anak mereka mampu mencapai akademik yang tinggi sebaliknya
memahami bahawa kemahiran adalah lebih sesuai dikuasai oleh anak-anak
merek berdasarkan kemampuan yang ada pada anak mereka. Kajian oleh Zuria
dan Norshidah (2004) mendapati bahawa ibu bapa mempunyai aspirasi terhadap
anak-anak keperluan khas dan mengharapkan anak-anak berkeperluan khas
memperoleh pekerjaan apabila menamatkan persekolahan kelak.
Sikap warga sekolah juga telah berubah terhadap kemampuan pelajar pendidikan
khas.Begitu juga dengan sikap pentadbir yang lebih memahami dan mempunyai
tanggapan positif terhadap kemampuan aktiviti yang dirancang oleh guru-guru
pendidikan khas Selain daripada itu juga wujudnya jalinan kolaborasi yang begitu
baik antara pihak pentadbir, guru airan perdana. guru pendidikan Khas, warga
sekolah, pengusaha, pihak Pejabat Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri serta
agensi-agensi yang berkaitan seperti Pejabat Pertanian dan Pejabat perikanan
Daerah.
KESIMPULAN
Penghasilan jalinan kolaborasi dan pembinaan sistem sokongan kepada pelajar
bekeperluan khas memerlukan kerjasama dari semua pihak. Ini dapat dibuktikan
hasil daripada kajian yang dibuat oleh Burnette (1996) dan Hric (1994) yang
mendapati bahawa kejayaan sesuatu program Pendidikan Inklusif amat berkait
rapat dengan sokongan pihak pengurus sekolah, perancangan secara
berkumpulan, pengajaran bersama, kepakaran guru resos dan sikap staf sekolah
terhadap program itu sendiri.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kolaborasi antara ibu bapa guru dapat
menambah keberkesanan pembelajaran dan mempertingkatkan perkhidmatan
pendidikan dalam memenuhi keperluan pelajar bekeperluan khas khususnya
dalam program transisi pelajar bekeperluan khas (Stanovich 1996, Coots 1998;
Nun & Mac Mahan 2000). Apabila terbentuknya kolaborasi antara ibubapa dan
guru, akan wujudlah perkongsian maklumat dan kemahiran antara kedua-dua
belah pihak bagi mengoptimumkan perkembangan dan pendidikan kanak-kanak
bekeperluan khas( Shea & Bauer 1991) Kolaborasi bukan sahaja akan menjadi
penentu kepada kejayaan program transisi, tetapi juga akan memberi kesan yang
positif terhadap pembelajaran tingkah laku pelajar-pelajar bekeperluan khas.
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas /

79

RUJUKAN
Chiharu H. U. 2005. Making Possibilities Visible: The Process Of Collaboration Between
General And Special Education Teachers In An Inclusive Early Childhood
Education Program, Dissertation Presented In Partial Fulfillment Of The
Requirements For The Degree Doctor Of Philosophy In The Graduate School Of
The Ohio State University.
Haniz Ibrahim. 1998. Inclusive Education in Malaysia: Teacher’s Attitude to Change, PhD
thesis. University of Exerter. Unprented.
Jabatan Pendidikan Khas. 1998. Akta Pendidikan 1996 -Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997. Buletin Pendidikan Khas. Bil.2: 13- 15.
Manisah Mohd Ali, Ramlee Mustapha & Zalizan M. Jelas. 2006. An empirical study on
teachers’ perceptions towards inclusive education in Malaysia. International
Journal of special Education, 21 (3): 36-44.
Moberg, G. 2000. Development of teacher perceptions of inclusive education in Finland.
Paper presented at the 11th International Association for Scientific Study of
Intellectual Deficiency, World Congress, Seattle, Washington.
Stainback, W. & Stainback, S. 1990. Support Networks for Inclusive Schooling:
Interdependent Integrated Education. Baltimore: Paul H.Brookes Pubs. Co.
Valeo A. 2006. Inclusive Education Support Systems: Teacher And Administrator Views.
International Journal Of Speacial Education, 21 (3): 46-55.
Vaidya, & Zaslavsky, N. 2000). Teacher education reform effort for inclusion classrooms:
Knowledge versus pedagogy. Education, 121: 145-151.
Zuria Mahmud & Norshidah Mohd Salleh. 2004. Aspirasi ibu bapa dan para professional
terhadap perkembangan kanak-kanak keperluan khas. Prosiding Seminar
Kebangsaan pendidikan Khas, halaman 523-537.

More Related Content

What's hot

Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)NurSyaqina
 
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiMotivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiIzzyanSyazwani
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinanNorshaidi Mohd Nor
 
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptxBAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptxYOUAZLIN
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)NurSyaqina
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 

What's hot (20)

sosiologi
sosiologisosiologi
sosiologi
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
 
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiMotivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan
 
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptxBAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
 
Model+addie
Model+addieModel+addie
Model+addie
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di MalaysiaReka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Apa itu kognitif
Apa itu kognitifApa itu kognitif
Apa itu kognitif
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 

Viewers also liked

Viewers also liked (8)

Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21
 
Kemahiran abad 21
Kemahiran  abad 21Kemahiran  abad 21
Kemahiran abad 21
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesan
 
Abad ke 21
Abad ke 21Abad ke 21
Abad ke 21
 
Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21
 
Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21
 
Kemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasiKemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasi
 

Similar to 36201914 kolaborasi (1)

T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiVince Here
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFsitirubiyani
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifMohd Nizam
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 

Similar to 36201914 kolaborasi (1) (20)

pengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusifpengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Faktor fizikal
Faktor fizikalFaktor fizikal
Faktor fizikal
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah Integrasi
 
Inklusif 1
Inklusif 1Inklusif 1
Inklusif 1
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Artikel review 1
Artikel review 1Artikel review 1
Artikel review 1
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 

36201914 kolaborasi (1)

  • 1. Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 69 PEMBINAAN SISTEM SOKONGAN DAN JALINAN KOLABORASI DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PELAJAR BEKEPERLUAN KHAS: SATU KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH PROGRAM INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN DI NEGERI JOHOR Md. Amin Kasbin Safani Bari Mohd. Hanafi Mohd. Yasin Mohd. Mokhtar Tahar Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sistem sokongan dan jalinan kolaborasi yang berkesan terhadap pelaksanaan program inklusif bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran program pendidikan inklusif kanak-kanak khas bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah menengah (Program Integrasi) di Negeri Johor. Kajian ini menggunakan kaedah temubual dan soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat. Manakala soal selidik digunakan untuk mengukur sikap guru dan persepsi ibu bapa pelajar terhadap amalan pelaksanaan program berkenaan. Data dan maklumat dalam kajian ini dikemukakan dalam bentuk statistik deskriptif dan kaedah frekuensi dan peratusan digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi daripada soal selidik tersebut menggunakan perisian SPSS. Dalam kajian ini satu projek transisi kerjaya pertanian telah dijalankan melibatkan kolaborasi antara pentadbir, pengusaha, guru khas , guru aliran perdana, dua orang murid PKBP dan dua orang pelajar tipikal telah dipilih untuk mengikuti program tersebut selama 10 minggu. Kaedah pemerhatian digunakan untuk melihat sejauh mana program tersebut memberi kesan ke atas pengajaran dan pembelajaran serta sikap pelajar juga sistem sokongan dan kolaborasi yang terhasil melalui program tersebut. Dapatan kajian menunjukkan kesan yang positif ke atas pembelajaran dan sikap pelajar serta perlunya sistem sokongan dan kolaborasi dalam menjayakan keberkesanan perlaksanaan program inklusif PENGENALAN Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat 1948 meletakan hak kepada pendidikan sebagai salah satu hak asasi manusia. Hak pendidikan ialah satu hak yang diktiraf sebagai hak asasi manusia. Oleh yang demikian, setiap pelajar di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tanpa mengira umur, jantina atau pun bangsa. Konsep “Pendidikan Untuk Semua” juga dibincangkan dalam UNESCO’s Sub-regional Seminar on Policy, Planning and Organisation of Education for Children with Special Needs di Harbin, China pada tahun 1993. Kini tercetus reformasi dalam bidang pendidikan khas yang menghasilkan gerakan pendidikan inklusif yang bersifat universal dan telah memberi suatu dimensi baru dalam bidang pendidikan keseluruhannya. Hak pelajar ini untuk mendapat semua
  • 2. 70 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes peluang perkhidmatan pendidikan yang sama seperti rakan sebaya mereka tidak boleh dinafikan atau diabaikan. Justeru, kini pelajar bermasalah pembelajaran yang boleh dididik serta dapat menguruskan diri telah diinklusifkan ke kelas biasa untuk sama-sama belajar dengan rakan-rakan mereka, yakni pelajar biasa. Di kelas ini perlunya ada beberapa pengubahsuaian dilakukan terutamanya terhadap kurikulum, teknik pengajaran guru, proses penilaian dan sistem sokongan ke arah membina persekitaran Inklusif yang lebih mantap. Berpandukan konsep di atas, maka bolehlah dikatakan bahawa melalui pendidikan inklusif menyediakan peluang kepada semua pelajar untuk mendapat pendidikan yang sama di sekolah biasa. Maka, ia dilihat sebagai wadah oleh pihak sekolah untuk menyediakan program pendidikan yang mencabar bersesuaian dengan tahap kemampuan dan keperluan kepada semua pelajar. Di samping itu, sokongan dan bantuan daripada guru diperlukan bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif ini (Stainback and Stainback, 1990; Carro, 1996). Kamariah (disebut dalam Haniz Ibrahim, 1998) menyatakan bahawa kewujudan program pendidikan inklusif di sekolah-sekolah biasa adalah dengan matlamat untuk: 1. 2. 3. Membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mempelajari normanorma sosial daripada rakan sebaya mereka yang normal. Manakala rakan sebaya mereka yang biasa ini dapat dijadikan role models mereka. Ini akan membolehkan mereka mempelajari tingkah laku sosial yang dikehendaki serta akan mendapat kemahiran-kemahiran sosial yang baru, Menggalakkan pelajar bermasalah pembelajaran dan para pelajar biasa menerima di antara satu sama lain. Diharapkan ini akan membantu para pelajar bermasalah pembelajaran mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan setempat dan selanjutnya memudahkan mereka diasimilasikan ke dalam masyarakat. Membolehkan kedua-dua golongan pelajar ini berkongsi akan segala sumber yang terdapat di sekolah tersebut. Ini akan mewujudkan pembelajaran secara dua hala iaitu pendidikan biasa kepada pendidikan inklusif dan pendidikan inklusif kepada pendidikan biasa. Prinsip utama pendidikan inklusif ialah semua pelajar sedapat mungkin mesti belajar bersama-sama dan pihak sekolah mesti mengiktiraf akan keperluan para pelajar yang berbeza. Oleh itu, pihak sekolah mesti menyediakan bantuan dan perkhidmatan bagi memenuhi tuntutan perbezaan keperluan tersebut. Wujudnya pendidikan inklusif di sesebuah sekolah akan menghasilkan kelas inklusif dan juga sekolah inklusif. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa konsep sekolah inklusif boleh bertukar ganti dengan konsep kelas inklusif dan juga pendidikan inklusif. OBJEKTIF KAJIAN
  • 3. Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 71 Pendekatan pendidikan Inklusif adalah merupakan antara beberapa pilihan yang ada untuk kanak-kanak bekeperluan khas di Malaysia dan ianya masih terbatas dilaksanakan dalam konteks acuan Malaysia. Berdasarkan kajian lepas telah menunjukkan bahawa konsep kolaborasi, transisi dan inklusif merupakan pendekatan yang mampu menyediakan pendidikan yang lebih relavan, bermakna dan efektif kepada pelajar Bermasalah Pembelajaran. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina satu sistem sokongan kepada pelajarpelajar bermasalah pembelajaran dengan mengamalkan konsep kolaborasi, inklusif dan pendidikan transisi kerjaya. Antara objektif kajian ini ialah (1) Merancang satu bentuk sistem sokongan untuk pelajar berkeperluan khas melalui amalan kolaborasi dalam pendidikan inklusif dan program transisi. (2) Melaksanakan satu bentuk sistem sokongan untuk pelajar berkeperluan khas melalui amalan kolaborasi dalam pendidikan inklusif dan program transisi. (3) Melihat apakah kesan pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar Bermasalah Pembelajaran. (4) Melihat peranan dan kerjasama pihak pentadbir, guru, ibu bapa, murid tipikal dan komuniti dalam pelaksanaan sistem sokongan. Objektif kajian ini dapat diterjemahkan melalui kerangka konseptual kajian ini adalah seperti Rajah 1. Sistem Sokongan Program Inklusif Kolaborasi Pelajar Khas Kolaborasi Program Transisi Sistem Sokongan Rajah 1. Kerangka konseptual kajian Konsep Kolaborsi Kolaborasi tidak hanya bererti bekerja bersama-sama tetapi adalah untuk bekerja sama mencapai tujuan bersama yang tidak dapat dicapai oleh individu atau organisasi (Kagan, 1991). Kolaborasi bermaksud melibatkan diri dalam sesuatu hal atau mempunyai hubungan antara dua atau lebih individu. (kamus Dewan Bahasa & Pustaka 1994). Cook dan Friend (2001) pula mendifinisikan kolaborasi sebagai satu gaya perhubungan secara langsung antara dua kumpulan yang bersetuju membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. John Steiner (2000) menggambarkan pola kerjasama kolaborasi sebagai dari aspek
  • 4. 72 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes peranan, hubungan, nilai dan cara kerja sebagai “ Creative Collaboration” yang saling melengkapi antara satu sama lain. Konsep Pendidikan Inklusif Dari segi konsepnya, di negara-negara Barat, pendidikan inklusif dikenali juga sebagai pendidikan integrasi di mana pelajar pendidikan khas yakni pelajar bermasalah pembelajaran menerima pendidikan di kelas biasa. Pelajar bermasalah pembelajaran ini memerlukan bantuan serta sokongan tertentu untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka yang biasa (Mittler, 1995); (York, Doyle and Kronberg disebut dalam Fox and Ysseldyke, 1997). Tomko (1996b) pula menambah bahawa menempatkan pelajar bermasalah pembelajaran di kelas biasa tidak membawa sebarang makna sekiranya sokongan dan bantuan tidak diberikan kepada mereka semasa aktiviti Program pendidikan inklusif ini dapat dilihat dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1996. Bahagian I (C) Akta ini dengan jelas dan tegas menyatakan, “…suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersamasama dengan murid-murid biasa.”(Jabatan Pendidikan Khas, 1998, 3) Konsep Program Transisi Program transisi adalah merupakan satu proses pendidikan yang bertujuan melengkapkan kemahiran ke arah kehidupan berdikari pelajar bekeperluan khas. Berasaskan model ’Transition Planning Model For Youth With Speacial Needs’, kolaborasi merupakan komponen penting dalam perlaksanaan program transisi pelajar bekeperuan khas. Menurut Donn (1995) Transisi memerlukan tiga komponen utama untuk menjadikannya sebagai satu usaha yang berkesan iaitu Kurikulum berfungsi berasaskan kerjaya, kolaborasi antara majikan, komuniti serta ibu bapa dan penyesuaian dalam komuniti. Transisi merupakan salah satu program pendidikan yang penting untuk pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini adalah merupakan satu kajian kes berasaskan sekolah yang dilaksanakan bagi membina system sokongan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Sekolah yang dipilih adalah merupakan sebuah Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Seramai dua orang pelajar bermasalah pembelajaran dan dua orang pelajar tipikal telah dipilih sebagai sample untuk kajian ini. Satu program transisi telah dirancang yang menerapkan sistem sokongan ke arah amalan kolaborasi melalui program inklusif . Kajian ini dilaksanakan sepanjang 10 minggu di mana sampel akan mengikuti program transisi tersebut yang dijalankan di tapak pertanian pendidikan khas sekolah tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan
  • 5. Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 73 kaedah pemerhatian dan temubual bagi memperolehi dapatan kajian untuk memenuhi objektif kajian. Lokasi Kajian Kajian ini dijalankan disebuah sekolah Menengah Program Integrasi Pendidikan Khas (sekolah A) di daerah Pontian Johor. Sekolah ini adalah merupakan sekolah menengah luar Bandar yang bertaraf gred A dan mempunyai jumlah pelajar seramai 1200 orang. Sekolah ini terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Pontian. Jumlah pelajar pendidikan khas adalah seramai 31 orang, mempunyai 7 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid. Semua pelajarnya adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Sampel Kajian Seramai dua orang pelajar bermasalah pembelajaran sebagai sample kajian ini. Pemilihan ini adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan antara pengkaji dengan guru-guru Pendidikan Khas. Faktor kebolehan mengurus diri dan kesesuaian umur serta tingkahlaku adalah merupakan factor yang dipertimbangkan dalam pemilihan sample ini. Sampel pertama yang dipilih bernama Jauhari juga merupakan seorang pelajar dalam kategori ‘slow learner’ yang berumur 16 tahun. Beliau merupakan pelajar yang mempunyai masalah perkembangan kognitif di bawah normal. Jauhari juga merupakan seorang pelajar yan pasif dan tidak berkebolehan dalam kemahiran sosial khususnya dalam membentuk perhubungan atau pergaulan dengan rakan sebaya. Beliau juga mempunyai keyakinan diri yang rendah dan mengalami kesukaran dalam berkomunikasi. Beliau juga mempunyai ciri-ciri Disleksia. Sampel kedua yang dipilih bernama Shah Fitri. Beliau yang berumur 18 tahun. juga mempunyai masalah perkembangan kognitif di bawah normal. Berbeza dengan Jauhari lebih aktif dan fasih bertutur. Namun, bahasa pertuturannya masih berada pada tahap umurnya atau keanak-anakan. Menurut gurunya Shah Fitri merupakan seorang pelajar yang mengalami kesukaran mengawal emosi, suka bersendirian dan mempunyai konsep kendiri yang rendah. Dari aspek pencapaian akademik, kedua-dua pelajar ini amatlah lemah dan bagi Shah Fitri boleh membaca dan menulis tetapi agak lambat sedikit dan sukar memahami apa yang dibacanya. Kedua-dua pelajar ini mempunyai kemampuan dari aspek kemahiran motor kasar dan motor halus. Manakala dari aspek fizikal kedua-duanya mempunyai pertumbuhan sebagaimana pelajar tipikal yang lain. PEMBINAAN SISTEM SOKONGAN Sistem sokongan yang dicadangkan adalah berdasarkan model Model Kagan (1991). Model ini menggunakan enam aspek penting dalam menghasilkan satu sistem kolaborasi yang dirancang bagi tujuan matlamatnya. Berdasarkan model ini ahli atau individu dalam satu sistem kolaborasi biasanya terdiri daripada guru pendidikan khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah, ibu bapa dan pihak lain
  • 6. 74 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes terlibat dalam melaksanakan satu program pendidikan khas. Aspek pembentukan, konseptual, pembangunan, perlaksanaan, penilaian dan penamatan adalah aspek-aspek yang dibincangkan dalam pembinaan sesuatu kolaborasi sebagaimana yang diterangkan dalam Rajah 3. Collaboration Formation Conceptualization Developement Implementation Evaluation Termination Rajah 3. Aspek struktur dan organisasi kolaborasi - Model Kagan (1991) PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI Hasil dari perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru pendidikan khas, ibubapa serta pelajar pelajar pendidikan khas yang terlibat, satu program telah dirancang dan dikenali sebagai Program Transisi Kerjaya. Sebelum ini program tersebut telah pun dijalankan iaitu program transisi pertanian yang melibatkan tanaman sayuran menggunakan kaedah fetigasi. Program yang dirancang adalah program transisi yang melibatkan kemahiran ternakan ikan keli di dalam kanvas . Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan amalan konsep pendidikan inklusif dan membina kolaborasi antara pihak pentadbir sekolah, warga sekolah, ibubapa, pengusaha, agensi luar bagi menjadikan satu sistem sokongan yang mantap untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan pelajar bekeperluan khas. Objektif program adalah untuk:
  • 7. Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 1. 2. 3. 4. 5. 6. 75 Mengamalkan amalan kolaborasi antara guru-guru (guru perdana dan guru pendidikan khas) dengan pengusaha, masyarakat dan murid tipikal dengan murid berkeperluan khas. Memberi pendedahan awal kepada murid berkeperluan khas mempelajari kemahiran menternak ikan keli dalam kanvas. Meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap kemampuan/ kebolehan terhadap murid berkeperluan khas. Meningkatkan penghargaan diri/self-esteem murid berkeperluan khas dengan sokongan keluarga, guru dan suasana persekitaran yang menggalakkan. Menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan seperti kejujuran, kasih sayang, berbudi bahasa, bertanggungjawab, rajin dan lain-lain. Membantu murid berkeperluan khas menguasai kemahiran supaya dapat berdikari dalam masyarakat Program Transisi ini dibina berasaskan Model Paula Kohler’s (1996). Model ini menekankan aspek berkaitan kolaborasi terutamanya diantara pelajar, guru, ibubapa dan agensi-agensi yang berkaitan dalam menjayakan matlamat program transisi. Model ini juga menumpukan kepada perancangan terhadap individu pelajar , pembangunan individu pelajar, penglibatan keluarga dan penglibatan antara agensi. Model Rajah 4 menerangkan tentang komponen model tersebut. Rajah 4. Model Paula Kohler’s (1996)
  • 8. 76 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes Kaedah Perlaksanaan Program Transisi Program ini dilaksanakan selama kira-kira 10 minggu bermula pada bulan Julai 2009 sehingga awal Oktober 2009. Disepanjang program ini dibahagian kepada empat fasa. • • • • Fasa 1 (minggu 1-2) merupakan perancangan awal dimulai dengan perbincangan pihak pentadbir sekolah bagi menyelaras program yang akan dilaksanakan. Penyediaan kertas cadangan awal telah dilakukan seterusnya diikuti dengan beberapa mesyuarat dan perbincangan diadakan antara pihak pentadbir, guru pendidikan khas, ibubapa, pembantu pengurusan murid dan staf sekolah yang terllibat. Akhirnya satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengendali program ini. Satu gabungan kolaborasi yang melibatkan ibubapa, guru pendidikan khas, guru biasa, pihak pentadbir, pihak Pejabat Peajaran Daerah dan pengusaha telah diwujudkan. Perbincangan dan proses menghasilkan program transisi adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip dalam komponen kolaborasi dan transisi yang dinyatakan dalam model Kagan (1991) dan Model Transisi Paula Kohler (1996) (lihat Rajah 3 dan 4). Fasa kedua (minggu 3), di mulakan dengan mengadakan bengkel bagi tujuan mengadakan program ini juga telah diadakan bagi memantapkan lagi perlaksanaan program transisi yang akan dijalankan . mengadakan lawatan ke tapak penternakan iaitu Kayu Ara Pasong Farm yang terletak di Kayu Ara Pasong Farm, Pontian bagi mendapatkan maklumat dan kemahiran berkaitan teknik penternakan ikan keli dalam kanvas. Pengusaha telah menawarkan khidmat nasihat secara sukarela dalam membimbing program ini. Fasa ketiga (minggu 4-5) adalah perlaksanaan program melibatkan penyediaan tapak projek dan menjalankan aktiviti penternakan . Kos penyediaan tapak pembelaan ikan telah dapat dikurangkan kerana telah mendapat sumbangan kolam kanvas daripada salah seorang bapa pelajar pendidikan khas. Manakala kos makanan pula dapat diminimakan kerana pihak ibu bapa pelajar telah bersetuju untuk membawa makanan secara beergilir-gilir tiga kali seminggu. Fasa keempat (minggu 5-10) pelaksanakan dan menjalankan kemahirankemahiran penternakan seperti menjaga kolam ternakan, menjaga kandungan air serta, pemakanan ikan, pengasingan dan pengredan seterusnya menuai hasil penternakan. Dalam perlaksanaan program ini hasil persetujuan dengan pihak pentadbir melibatkan program ini turut melibatkan guru aliran perdana (guru mata pelajaran Kemahiran Hidup) dan dua orang pelajar biasa akan bersama-sama dengan guru pendidikan khas serta dua orang murid pendidikan khas melaksanakan program bersama-sama dua kali seminggu dalam waktu mata
  • 9. Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 77 pelajaran Kemahiran hidup. Kedua-dua orang guru ini telah pun bersama-sama berbincang tentang kemahiran yang akan diajar sebelum aktiviti kelas berjalan. Kemahiran yang Diperolehi Berasaskan Progam Transisi Aspek kemahiran yang dicadangkan adalah berkaitan kemahiran menternak ikan keli seperti kemahiran penjagaan kolam, penjagaan ikan, pemakanan ikan, pengredan ikan, dan pemasaran. Selain daripada itu kemahiran lain yang merentasi program ini adalah seperti kemahiran sosial dan keyakinan diri disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan seperti kejujuran, kasih sayang, berbudi bahasa, bertanggungjawab, rajin dan lain-lain. Ini akan membantu murid berkeperluan khas menguasai kemahiran-kemahiran tersebut agar dapat berdikari dalam masyarakat setelah tamat alam persekolahan. Pihak yang Terlibat dalam Program Transisi Antara pihak yang terlibat Dalam program ini ialah murid pendidikan khas, murid biasa, guru pendidikan khas, guru-guru biasa, pekerja sekolah (swasta) dan pembantu pengurusan murid pendidikan khas, para ibubapa yang terlibat, Kaunselor dan guru displin sekolah, Pengetua dan barisan pentadbir sekolah, Agensi luar seperti pejabat perikanan Daerah Pontian, Pengusaha Ternakan, Pejabat Pelajaran dan Jabatan pendidikan Negeri. ASPEK PENILAIAN Antara aspek yang dapat di nilai melalui perlaksanaan program ini di sepanjang 10 sesi ialah: 1. 2. 3. Aspek keyakinan diri, komunikasi, dan sosialisasi murid Pendidikan Khas. Kolaborasi yang terhasil daripada projek yang dijalankan. Kekuatan dan kelemahan program yang telah dilaksanakan bagi dijadikan asas kepada usaha merancang sistem sokongan yang lebih berkesan terhadap pelajar bekeperluan khas. DAPATAN KAJIAN Terdapat perubahan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas terutamanya daripada aspek keyakinan diri mereka. Mereka boleh bersosial dan berkomunikasi dengan pelajar biasa dengan lebih yakin. Menurut Friend & Bursuk (1996). mendapati kanak-kanak bermasalah pembelajaran didapati mengalami kesukaran dalam hubungan sosial dengan rakan sebaya. Hasil daripada program ini didapati kemampuan dan kemahiran sosial bagi kedua kanak-kanak bermasalah pembelajaran amat positif, buktinya wujud persahabatan dan nilai keakraban yang ditunjukkan disepanjang program ini berjalan. Forest dan Lutheus (1989) juga menyatakan perkembangan kognitif dan sosial pelajar bermasalah pembelajaran akan berkembang secara optimum
  • 10. 78 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes apabila mereka dihargai dan ada pertalian terutamanya dengan rakan-rakan sebaya. Kerjasama dikalangan guru pendidikan khas dan guru biasa lebih sistematik. Warga sekolah mencadangkan agar program ini diteruskan, diperluaskan kepada lebih ramai pelajar dan program lain dibuat. Wujud sikap positif dikalangan pelajar-pelajar tipikal terhadap pelajar pendidikan khas. Contohnya pelajar biasa ke tempat projek diwaktu rehat dan berinteraksi dengan mereka. Ibu bapa juga mempunyai persepsi positif terhadap program yang dijalankan oleh pihak sekolah terhadap anak-anak mereka. Selama ini mereka hanya mengharapkan anak mereka mampu mencapai akademik yang tinggi sebaliknya memahami bahawa kemahiran adalah lebih sesuai dikuasai oleh anak-anak merek berdasarkan kemampuan yang ada pada anak mereka. Kajian oleh Zuria dan Norshidah (2004) mendapati bahawa ibu bapa mempunyai aspirasi terhadap anak-anak keperluan khas dan mengharapkan anak-anak berkeperluan khas memperoleh pekerjaan apabila menamatkan persekolahan kelak. Sikap warga sekolah juga telah berubah terhadap kemampuan pelajar pendidikan khas.Begitu juga dengan sikap pentadbir yang lebih memahami dan mempunyai tanggapan positif terhadap kemampuan aktiviti yang dirancang oleh guru-guru pendidikan khas Selain daripada itu juga wujudnya jalinan kolaborasi yang begitu baik antara pihak pentadbir, guru airan perdana. guru pendidikan Khas, warga sekolah, pengusaha, pihak Pejabat Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri serta agensi-agensi yang berkaitan seperti Pejabat Pertanian dan Pejabat perikanan Daerah. KESIMPULAN Penghasilan jalinan kolaborasi dan pembinaan sistem sokongan kepada pelajar bekeperluan khas memerlukan kerjasama dari semua pihak. Ini dapat dibuktikan hasil daripada kajian yang dibuat oleh Burnette (1996) dan Hric (1994) yang mendapati bahawa kejayaan sesuatu program Pendidikan Inklusif amat berkait rapat dengan sokongan pihak pengurus sekolah, perancangan secara berkumpulan, pengajaran bersama, kepakaran guru resos dan sikap staf sekolah terhadap program itu sendiri. Hasil kajian menunjukkan bahawa kolaborasi antara ibu bapa guru dapat menambah keberkesanan pembelajaran dan mempertingkatkan perkhidmatan pendidikan dalam memenuhi keperluan pelajar bekeperluan khas khususnya dalam program transisi pelajar bekeperluan khas (Stanovich 1996, Coots 1998; Nun & Mac Mahan 2000). Apabila terbentuknya kolaborasi antara ibubapa dan guru, akan wujudlah perkongsian maklumat dan kemahiran antara kedua-dua belah pihak bagi mengoptimumkan perkembangan dan pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas( Shea & Bauer 1991) Kolaborasi bukan sahaja akan menjadi penentu kepada kejayaan program transisi, tetapi juga akan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran tingkah laku pelajar-pelajar bekeperluan khas.
  • 11. Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 79 RUJUKAN Chiharu H. U. 2005. Making Possibilities Visible: The Process Of Collaboration Between General And Special Education Teachers In An Inclusive Early Childhood Education Program, Dissertation Presented In Partial Fulfillment Of The Requirements For The Degree Doctor Of Philosophy In The Graduate School Of The Ohio State University. Haniz Ibrahim. 1998. Inclusive Education in Malaysia: Teacher’s Attitude to Change, PhD thesis. University of Exerter. Unprented. Jabatan Pendidikan Khas. 1998. Akta Pendidikan 1996 -Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Buletin Pendidikan Khas. Bil.2: 13- 15. Manisah Mohd Ali, Ramlee Mustapha & Zalizan M. Jelas. 2006. An empirical study on teachers’ perceptions towards inclusive education in Malaysia. International Journal of special Education, 21 (3): 36-44. Moberg, G. 2000. Development of teacher perceptions of inclusive education in Finland. Paper presented at the 11th International Association for Scientific Study of Intellectual Deficiency, World Congress, Seattle, Washington. Stainback, W. & Stainback, S. 1990. Support Networks for Inclusive Schooling: Interdependent Integrated Education. Baltimore: Paul H.Brookes Pubs. Co. Valeo A. 2006. Inclusive Education Support Systems: Teacher And Administrator Views. International Journal Of Speacial Education, 21 (3): 46-55. Vaidya, & Zaslavsky, N. 2000). Teacher education reform effort for inclusion classrooms: Knowledge versus pedagogy. Education, 121: 145-151. Zuria Mahmud & Norshidah Mohd Salleh. 2004. Aspirasi ibu bapa dan para professional terhadap perkembangan kanak-kanak keperluan khas. Prosiding Seminar Kebangsaan pendidikan Khas, halaman 523-537.