Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
BAB 1
PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Peranan pengetua semakin hari semakin mencabar sesuai dengan perkembangan dunia
pendidi...
perkeranian dengan berkesan (Zaidatul, 2001). Guru besar sebagai seorang pegawai pengawal
atau orang yang diwakilkan kuasa...
1.3

Perkhidmatan Guru Besar

Encik Ismail bin Salleh merupakan seorang guru yang telah mula berkhidmat bagi
penempatan pe...
,kokurikulumdan sahsiah. Sebagai Guru Besar beliau sentiasa berpegang pada motto “Muridku
Anakku Sayang”.

1.4

Latar Bela...
ekar kepunyaan Allahyarham Encik Jusoh bin Said yang telah diambil oleh kerajaan dengan
bayaran sebanyak RM 400 seekar.

A...
Murid-murid dan bangunan sekolah pada awal tahun 70 an

Suasana kelas dan pembelajaran pada awal tahun 70 an

Dari segi pe...
Sekolah ini telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan memberansangkan dari segi
bilangan murid dan guru. Bermula dari ser...
Dua buah bangunan tambahan sedang dalam proses pembinaan

Pada tahun 2011, tersergam dua buah bangunan empat tingkat bagi ...
Bilangan kelas pada tahun 2013 adalah sebanyak 26 kelas iaitu 2 kelas pra sekolah, 1
kelas PPKIBP, 4 kelas tahun 1, 4 kela...
1.6

Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk:
1. Mengetahui punca-punca kewangan sekolah dari segi peruntukan kera...
g) Senarai Akaun Belum Terima (ABT)
h) Senarai Akaun Belum Bayar (ABB)
i) Penyata Kewangan Tahunan Sekolah tahun sebelumny...
1.8

Metologi Kajian
Berdasarkan metologi kajian yang telah dijalankan adalah secara kuantitatif diskriptif

iaitu secara ...
Tanggungjawab pembahagian PCG
Urusan agihan peruntukan dan kaedah agihan.
Penerimaan agihan dipertangungjawabkan.
Secara k...
tahun untuk mendapatkan tuntutan awal bagi tahun yang berikutnya. Jumlah tuntutan dibuat
adalah berdasarkan bilangan murid...
bulan Jun. Tuntutan ini dibuat untuk mendapatkan semula peruntukan yang belum diterima
berdasarkan pertambahan bilangan pe...
Maksud Panjar Wang Runcit (PWR) dan prosedur membelanjakan wang panjar wang
runcit.Guru besarfaham tentang panjar wang run...
sama ada cek-cek yang dikeluarkan telah ditunai atau tidak. Pemeriksaan mengejut yang
dilakukan oleh guru besar memang fah...
adalah baik kerana pengetahuan pengurusan kewangan sekolah diperolehi daripada kelulusan
ijazah berkaitan pengurusan,kursu...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

3,596 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

  1. 1. BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Peranan pengetua semakin hari semakin mencabar sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan dalam arus pemodenan ini.Pengetua adalah pemimpin di sesebuah sekolah dan memikul tanggungjawab yang amat penting dalam sistem sekolah.Malah kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah selalu dikaitkan dengan kepimpinan seseorang pengetua.Hal ini menjadi satu cabaran kepada mereka.Bidang kepimpinan pengetua yang sungguh luas ini menuntut mereka untuk sentiasa mempertingkatkan tahap kepimpinan mereka agar segala tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Satu daripada tugas utama guru besar ialah mengurus kewangan sekolah (Standard Kompetensi Kepengetuaan Malaysia, 2004). Menurut Hussein (2008),pengetua atau guru besar di Malaysia bertanggungjawab dalam banyak hal yang berkaitan dengan institusi sekolah seperti mengurus dan mentadbir sekolah dan ini termasuklah merancang belanjawan dan mengurus perbelanjaan sekolah.Guru besar juga harus menyelenggarakan segala jenis akaun penerimaan dan pembayaran serta menyediakan laporan kewangan tahunan sekolah untuk tujuan audit dan sebagainya.Guru besar bertanggungjawab sepenuhnya bagi menentukan pengurusan kewangan sekolah berjalan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan. Oleh itu, pengetahuan dalam semua aspek pengurusan kewangan mestilah dikuasai guru besar bagi membolehkan mereka membuat perancangan kewangan disamping menyelia kerja-kerja
  2. 2. perkeranian dengan berkesan (Zaidatul, 2001). Guru besar sebagai seorang pegawai pengawal atau orang yang diwakilkan kuasa wajib memastikan urusan kewangan sentiasa dalam keadaan sempurna (Akta Prosedur Kewangan, 1957; Arahan Perbendaharaan, 1997). Guru besar tidak boleh menggunakan alasan tidak tahu peraturan ataupun arahan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan jika terdapatnya ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan dan undangundang dalam melaksanakan tugasnya (Arahan Perbendaharaan, 1997). 1.2 Biodata Guru Besar Tanggal 21 Mac 1960 maka lahirlah seorang putera bernamaEncik Ismail bin Salleh yang dilahirkan di Kampung Gelegoh, Binjai Rendah Mukim Bukit Payong, Terengganu.Kemudian, telah menamatkanpelajaran pada peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di SMK Bukit Sawa seterusnya memasuki ke sekolah SMK Seberang Takir dan telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kuantan dan telah lulus dengan cemerlang pada tahun 1980. Beliau merupakan seorang guru amat berdedikasi dan mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapai kejayaan serta matlamat sehinggalah beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Bimbingan dan Kaunseling.
  3. 3. 1.3 Perkhidmatan Guru Besar Encik Ismail bin Salleh merupakan seorang guru yang telah mula berkhidmat bagi penempatan pertamanya di SK LKTP Jerangaupada tahun 1980. Kemudian, beliau telah bertukar sekolah di daerah yang sama iaitu di Hulu Terengganu di SK Bukit Perah, Ajil sebagai guru biasa pada tahun 1988.Pada tahun 1995 pula, nama beliau terus menjulang apabila dinobatkan menjadi guru cemerlang Matematik. Dan sekali lagi pada tahun 2001 pada bulan Mac beliau diberi kepercayaan penuh oleh PPD apabila dinaikkan pangkat ke PK HEM SK Tengku Ampuan Intan,Kuala Berang. Akhirnya, beliau tidak pernah mengimpikan menjadi seorang guru besar tetapi rezeki beliau tidak disangka-sangka apabila diberi mandat oleh JPNT menjadi guru besar di SK Felda Tersat mulai Oktober 2001 seterusnya nama beliau terus tersohor sebutan ramai kerana kejayaan sekolah beliau melonjakkan nama beliau ke seluruh pelosok negeri Terengganu. Sekali lagi beliau ditukarkan ke SK Padang Mengkuang pada tahun 2003 kerana jasa dan pengorbanan beliau amat diperlukan bagi meningkatkan prestasi dan kejayaan sekolah. Kejayaan beliau bukan sampai di situ sahaja, pada Julai 2004 beliau telah dinaikkan pangkat ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan. Tidak lama kemudian, beliau dilantik semula sebagai guru besar di sekolah mula-mula penempatan pertama iaitu LKTP Jerangau dan akhir sekali beliau berkhidmat di SK Simpang Rawai hingga sekarang. Beliau merupakan seorang Guru Besar yang berpengalaman luas, tegas, prihatin, tidak mengenal erti putus asa serta sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada guru-guru dan murid-murid. Beliau juga sentiasa bersikap positif, penyayang, dan sentiasa menginginkan kecemerlangan murid-murid SK Simpang Rawai terutama dalam bidang akademik
  4. 4. ,kokurikulumdan sahsiah. Sebagai Guru Besar beliau sentiasa berpegang pada motto “Muridku Anakku Sayang”. 1.4 Latar Belakang Sekolah Sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai Sekolah merupakan tempat pendidikan yang utama. Sekolah juga adalah merupakan institusi yang akan melahirkan generasi insan yang berilmu serta berpengetahuan. Orang yang berilmu akan dimuliakan Allah serta dihormati dan disanjung oleh masyarakat.Orang berilmu dimuliakan Allah serta dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Sekolah memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa disamping dapat membentuk sahsiah, akhlak dan intelek seseorang. Sekolah juga adalah tempat yang mulia bagi membentuk masyarakat yang sejahtera. Maka atas kesedaran itulah penduduk Kampung Rawai dan sekitarnya seperti Kampung Pak Madah, Kampung Alur Limbat, Kampung Padang Limau Nipis, Kampung Binjai Bongkok dan Kampung Bukit Damar telah bersepakat untuk mendirikan sebuah bangunan bagi membolehkan anak-anak mereka belajar dan menerima pendidikan yang sempurna di kampung sendiri. Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai bermula sebagai sebuah sekolah rakyat dengan bangunan bangsal beratap nipah berukuran 60 kaki panjang. Sekolah ini telah didirikan atas usaha Allahayarham Encik Awang bin Mat Amin, Penghulu Besar Mukim Alur Limbat dengan kerjasama penduduk kampung yang lain pada 24 Februari 1951 di atas sebuah tanah seluas 6.819
  5. 5. ekar kepunyaan Allahyarham Encik Jusoh bin Said yang telah diambil oleh kerajaan dengan bayaran sebanyak RM 400 seekar. Antara bangunan yang terawal didirikan selepas bangunan bangsal dirobohkan. Pada masa sekolah ini dibuka, Pejabat PelajaranNegeri Terengganu telah menghantar Guru Besar Encik Othman b Awang dan lima orang guru yang kesemuanya terdiri daripada guru rakyat. Murid yang didaftarkan adalah seramai 50 orang. Encik Ismail bin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Guru Besar pada 2 Ogos 1952 adalah guru kerajaan yang mula-mula sekali berkhidmat di sekolah ini. Pada 30 September 1956, bangunan bangsal lama telah dirobohkan dan diganti dengan sebuah bangunan kayu berlantaikan simen dan beratapkan asbestos yang mengandungi empat buah bilik darjah. Pada tahun 1976 pula bangunan dua tingkat dan sebuah bangunan kantin telah dibina. Kemudian, bermula dari tahun 1985 hingga 1987, sebanyak Sembilan buah bilik darjah lagi telah dibina di bawah projek kilat dan pada tahun 1989 sebuah lagi bangunan kayu empat bilik darjah telah disiapkan hasil gotong-royong penduduk setempat.
  6. 6. Murid-murid dan bangunan sekolah pada awal tahun 70 an Suasana kelas dan pembelajaran pada awal tahun 70 an Dari segi pentadbiran pula, pada 12 Ogos 1957 sebuah jawatankuasa sekolah dibentuk dengan dipengerusikan oleh Khatib Mamat b Abdullah dan pada 1 Oktober 1958, Jawatankuasa Sekolah telah dibubarkan dan diganti dengan sebuah Jemaah Pengurus yang dipengerusikan oleh Encik Salleh b Said. Pada tahun 1973 pula Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhkan dan Tuan Haji Abdullah b Mohammad dilantik sebagai pengerusi pertamanya.
  7. 7. Sekolah ini telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan memberansangkan dari segi bilangan murid dan guru. Bermula dari seramai 50 orang murid yang didaftarkan pada tahun 1951, ia mula meningkat ke angka 377 orang pada awal tahun 1980 dan terus betambah kepada 572 orang menjelang akhir tahun tersebut. Guru-guru juga bertambah dari lima orang guru pada tahun permulaan iaitu tahun 1951 kepada 26 orang menjelang tahun pada 1980 an. Seterusnya pada tahun 2001, seramai 40 orang tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini dengan bilangan murid seramai 746 orang di bawah pentadbiran Guru Besar Puan Mahani binti Ismail sehingga pada tahun 2004.
  8. 8. Dua buah bangunan tambahan sedang dalam proses pembinaan Pada tahun 2011, tersergam dua buah bangunan empat tingkat bagi memenuhi keperluan masa kini yang menempatkan bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik j-QAF, bilik kesihatan, bilik muzik, koperasi, perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik bimbingan dan kaunseling, dan bilik sukan. Bermula 1 Mac 2011 Encik Ismail bin Salleh merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai. Puan Hasnah binti Md Zin merupakan guru penolong kanan akademik, Encik Mohd Noor bin Zakaria (penolong kanan HEM) dan Encik Abdul Rahman bin Mohamad pula penolong kanan ko-kurikulum. Pada tahun 2013 Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai adalah seramai 57 orang iaitu 17 orang guru lelaki dan 40 orang guru perempuan. Staf sokongan pula seramai 7 orang iaitu seorang lelaki dan 6 orang perempuan. Sekolah ini juga mempunyai seorang ketua kerani.
  9. 9. Bilangan kelas pada tahun 2013 adalah sebanyak 26 kelas iaitu 2 kelas pra sekolah, 1 kelas PPKIBP, 4 kelas tahun 1, 4 kelas tahun 2, 4 kelas tahun 3, 3 kelas tahun 4, 4 kelas tahun 5 dan 4 kelas tahun 6. Sesi persekolahan adalah pada waktu pagi sahaja. Bilangan murid sekolah ini ialah seramai 740 orang iaitu 431 orang murid lelaki dan 339 orang murid perempuan. 1.5 Pernyataan Masalah Pengurusan kewangan sekolah yang berkesan merupakan adalah aspek yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Ini kerana kecekapan seorang guru besar dalam mengurus wang sekolah sangat penting. Pengetuan atau guru besar bertanggungjawab sepenuhnya menentukan aspek kewangan sekolah supaya berjalan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Namun demikian terdapat juga sekolah yang menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan. Salah satu punca dari masalah ini ialah kurangnya penglibatan pihak pengurusan atasan dalam hal-hal kewangan dan akaun. Sesetengah guru besar atau pengetua menyerahkan tugas pengurusan kewangan kepada pembantu tadbir sepenuhnya. Perbelanjaan yang dilakukan pula tidak mengikut peraturan. Maka dengan itu sekolah tersebut akan dikenakan audit bersyarat. Perkara ini berlaku adalah disebabkan sikap kurang bertanggungjawab di kalangan guru besar dan juga kurang pengetahuan dalam pengurusan kewangan. Dari masalah yang dinyatakan, pengkaji merasa perlu untuk melakukan kajian tentang tahap pemahaman guru besar terhadap pengurusan kewangan. Kajian ini bertujuan menentukan sejauh mana tahap kefahaman guru besar sekolah terhadap pengurusan kewangan.
  10. 10. 1.6 Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah untuk: 1. Mengetahui punca-punca kewangan sekolah dari segi peruntukan kerajaan. 2. Mengetahui bagaimana punca kewangan dan perbelanjaan direkodkan. 3. Mengetahui apakah dasar yang digunakan oleh guru besar dalam menguruskan kewangan sekolah. 4. Mengenalpasti apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pentadbir dalam menguruskan kewangan sekolah. 5. Mengenalpasti tahap pemahaman guru tentang tatacara pengurusan kewangan sekolah. 1.7 Kewangan Sekolah Merujuk kepada kewangan sekolah SK Simpang Rawai adalah secara menyeluruh iaitu untuk menyediakan penyata kewangan tahunan, dokumen-dokumen dan rekod kewangan yang lengkap diperlukan, sempurna dan kemaskini seperti berikut : a) Pemberian Bantuan Kerajaan - Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan, SUWA dan Asrama b) Buku Tunai Panjar Wang Runcit c) Rekod Akaun Subsidiari d) Daftar Bil e) Daftar Penghuni Asrama f) Jadual Kedatangan Pelajar
  11. 11. g) Senarai Akaun Belum Terima (ABT) h) Senarai Akaun Belum Bayar (ABB) i) Penyata Kewangan Tahunan Sekolah tahun sebelumnya yang telah diaudit atau tiada, penyata belum diaudit yang disahkan(kecuali sekolah menyediakan penyata ini bagi kali pertama) j) Penyata Penyesuaian Bank Manakala jenis-jenis akaun pula terdapat 4 akaun : 1) Akaun Wang Kerajaan dikendalikan oleh sekolah dan penyelenggaraan akaun melalui Buku Tunai 2) Akaun Wang SUWA dikendalikan oleh sekolah dan penyelenggaraan akaun melalui Buku Tunai. 3) Akaun PIBG dikendalikan oleh sekolah dan penyelenggaraan akaun melalui Bendahari PIBG/Fail 4) Peruntukan Waran dikendaliakan oleh Jabatan Akaun Negara dan penyelenggaraan melalui Buku VOT Kesemua urusan berkaitan dengan kewangandi sekolah ini dilakukan oleh kerja-kerja perkeranian dan hanya kutipan yuran, sumbangan, derma dan sebagainya dilakukan oleh guruguru di sekolah.Secara keseluruhannya, kewangan sekolah ini ditadbir oleh kerani dan guru besar sebagai pemantauan berkala yang dilakukan mengikut sumber buku kewangan sekolah dan peruntukan tahunan yang diberikan oleh kerajaan.
  12. 12. 1.8 Metologi Kajian Berdasarkan metologi kajian yang telah dijalankan adalah secara kuantitatif diskriptif iaitu secara temuramah atau temubual secara langsung dan diterjemahkan melalui pengukuran‘likert scale’. Secara umumnya dapatan kajian ini merupakan seorang responden iaitu guru besar SK Simpang Rawai, Marang Terengganu iaitu Encik Ismail bin Salleh. Beliau telah memberikan kerjasama yang penuh dan pengetahuan yang meluas secara terperinci terhadap perkaitan kewangan di sekolah ini. Kaedah soal selidik telah dipilih untuk mengumpul data daripada responden berkaitan dengan kewangan sekolah.Soal selidik dalam kajian ini mengandungi dua bahagian.Bahagian A ialah soalan yang berkaitan dengan maklumat latar belakang dan iaitu ciri-ciri sekolah iaitu dan jumlah murid serta sumber kewangan.Bahagian B ialah soal selidik melalui temuramah bagi mengukur kefahaman guru besar terhadap kewangan sekolah ini. 1.9 Ringkasan Soalan Temuramah Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, kami telah mengemukakan beberapa soalan berkaitan dengan kewangan sekolah.Berikut ialah soalan yang telah bertanyakan kepada guru besar iaitu : Latar belakang Guru Besar, pengalaman sebagai guru dan pentadbir sekolah. Kaedah bagaimana guru besar menguruskan kewangan contohnya melalui pengalaman, kursus, taklimat, IAB atau bertanyakan kepada kerani. Penjelasan tentang kedudukan kewangan sekolah. Status audit sekolah sepanjang menjadi pentadbir atau pernah menerima audit bersyarat.
  13. 13. Tanggungjawab pembahagian PCG Urusan agihan peruntukan dan kaedah agihan. Penerimaan agihan dipertangungjawabkan. Secara keseluruhan tanggungjawab terhadap peruntukan PCG. Jenis dan bantuan diketahui. Prosedur tuntutan awal. Prosedur tuntutan PCG. Prosedur tuntutan pelarasan secara terperinci. Bantuan persekolahn berdasarkan perkapita murid Pengurusan terimaan Pengurusan pungutan Pengurusan Perolehan Pengurusan Bayaran dan Panjar Wang Runcit (PWR) Penyelenggaraan buku tunai, akaun subsidiary dan penyata penyesuaian bank 1.9 Dapatan Kajian Dapatan kajian terhadap tahap kefahaman guru besar tentang kewangan sekolah adalah faham berdasarkan hasil temubual berkaitan sumber kewangan sekolah secara umum iaitu Kumpulan wang Kerajaan dan Kumpulan Wang SUWA.Ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru besar secara kualitatif sangat faham diatas beberapa soalan yang berkaitan dengan kewangan sekolah. Bagi prosedur tuntutan awal bantuan persekolahan responden menyatakan dengan jelas bahawa tuntutan perlu dibuat selewat-lewatnya 31 Oktober pada setiap
  14. 14. tahun untuk mendapatkan tuntutan awal bagi tahun yang berikutnya. Jumlah tuntutan dibuat adalah berdasarkan bilangan murid tahun semasa. Guru besar sangat faham tentang keperluan audit dalaman sekolah. Beliau ada menyatakan juruaudit dalaman dilantik oleh pihak sekolah dan audit dalaman dilakukan secara berkala pada setiap tahun dan guru besar membuat pengesahan audit yang telah dilakukan. Status audit SK Simpang Rawai adalah baik pada 2011 dan 2012.Guru besar faham tentang tanggungjawab pentadbir terhadap peruntukan kewangan yang diperolehi oleh pihak sekolah. Beliau menerangkan apabila peruntukan kewangan diperolehi ia akan diagih mengikut subjek. Pengagihan tersebut dilakukan oleh kerani kewangan. Mesyuarat akan dilakukan bersama ketua panitia untuk memaklumkan jumlah wang yang patut dibelanjakan oleh panitia masingmasing.Guru besar agak faham pecahan PCG (geran perkapita). Beliau menerangkan pecahan PCG akan dilakukan mengikut peruntukan yang patut diterima oleh setiap subjek tetapi tidak dapat menyatakan secara tepat berapakah peratusan yang patut diterima oleh setiap subjek mengikut kumpulan saubjek teras. Guru besar kurang faham mengenai jenis-jenis bantuan persekolahan kerana beliau tidak dapat menyenaraikan jenis-jenis bantuan persekolahan yang diterima dengan baik.Beliau hanya member satu jenis bantuan sahaja tanpa membuat penjelasan. Prosedur tuntutan wang PCG menyatakan guru besar faham tentang prosedur tuntutan wang PCG.Tuntutan dibuat mengikut perkiraan jumlah murid semasa untuk mata pelajaran wajib, teras dan lai-lain mata pelajaran.Menggunakan borang yang disediakan dan memasukkan jumlah pelajar bagi tahun semasa untuk membuat tuntutan.Langkah-langkah tuntutan pelarasan juga menyatakan Guru besar faham tentang langkah-langkah tuntutan pelarasan.Setelah membuat tuntutan PCG pada tahun sebelumnya, sekiranya didapati murid bertambah, tuntutan tambahan akan dibuat mengikut pertambahan murid pada tahun semasa. Tuntutan pelarasan dibuat selepas
  15. 15. bulan Jun. Tuntutan ini dibuat untuk mendapatkan semula peruntukan yang belum diterima berdasarkan pertambahan bilangan pelajar.Sekiranya berlaku pengurangan jumlah pelajar berbanding jumlah tuntutan yang telah dibuat maka pelarasan juga dibuat dan membayar semula kepada kerajaan lebihan tuntutan yang telah dibuat.Contohnya tuntutan penuh dibuat untuk murid pra seramai 25 orang. Pada tahun berikutnya didapati hanya 20 orang sahaja murid pra yang meneruskan sesi persekolah maka lebihan tuntutan untuk 5 orang pelajar akan dikembalikan kepada kerajaan. Manakala bagi pengurusan terimaan guru besar faham tentang pengurusan terimaan aset. Bila sesebuah syarikat menghantar barangan ke sekolah, pentadbir akan menandatangani borang terimaan selepas membuat semakan. Sekiranya penghantaran dilakukan semasa pejabat ditutup/luar waktu pejabat pengesahan terimaan ditangguhkan dengan menyediakan borang lain dan borang terimaan akan ditandatangan setelah semakan dilakukan.Pengurusan pungutan guru besar sangat faham tentang pengurusan pungutan.Dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat PIBG. Keputusan mesyurat PIBG akan dipanjangkan kepada pihak JPN. Setelah mendapat kelulusan JPN barulah pungutan dibuat.Pengurusan perolehan. Guru besarfaham tentang siapakah yang bertanggungjawab terhadap pengurusan perolehan.Di peringkat sekolah tidak banyak melibatkan pengurusan perolehan.Pengurusan perolehan hanya melibatkan tender kantin sekolah. Bila tamat tempoh tender kantin tamat, iklan akan dibuat untuk membuka tender baru kepada pengusaha-pengusaha kantin yang berminat.Keputusan tender akan dibuka pada 30 Oktober bersama ppd untuk menentukan siapakah pengusaha yang layak.
  16. 16. Maksud Panjar Wang Runcit (PWR) dan prosedur membelanjakan wang panjar wang runcit.Guru besarfaham tentang panjar wang runcit.Panjar wang runcit adalah untuk memudahkan pihak sekolah melakukan pembelian secara murah dan cepat.Sekolah memohon kebenaran untuk mewujudkan PWR mengikut pekeliling terbaru iaitu had maksimum bagi sekolah rendah ialah RM500.00.Dana bagi PWR diperolehi dari kantin.Dengan adanya panjar wang runcit pihak sekolah dapat membuat pembelian kecil atau runcit dengan harga yang murah dan menjimatkan wang kerajaan.Contohnya: Pusat Sumber Sekolah (PSS) ingin membeli polistrin, kertas warna dengan jumlah yang sedikit adalah tidak wajar menggunakan cek untuk membuat bayaran.Perbelanjaan yang tidak melebihi RM100 dalam satu bil akan dibayar secara tunai/cash menggunakan PWR. Kaedah melakukan rekupmen menjelaskan bahawa guru besar memang faham tentang rekupmen.Apabila perbelanjaan dilakukan dengan menggunakan PWR, wang tersebut akan digantikan melalui proses rekupmen. Contohnya: bila pps membelanjakan RM50 dari PWR, baucer kecil akan dikeluarkan untuk merekupmen atau mengambil balik dari peruntukan PSS bagi menggantikan wang dalam PWR dan hendak sentiasa direkupmen agar jumlahnya sentiasa ada RM500.Akhir tahun rekupmen penuh akan dilakukan untuk dibawa ke tahun hadapan dan mesti ada RM500.Rekupmen dilakukan semula dengan mengambil dari bahagian mana wang PWR dibelanjakan. Kemaskini akaun Subsidiari juga, menunjukkan guru besar faham tentang tanggungjawab mengemas kini akaun Subsidiari.Buku tunai dan akaun subsidiari perlu diselenggarakan dengan sewajarnya. Jika tidak diselenggara dengan betul sekolah akan berbelanja secara tidak menentu dan mungkin terjadi lebihan perbelanjaan. Akaun subsidiari perlu diselenggara agar peruntukan dapat dibelanjakan dengan sempurna.Penyata bank dikemas kini setiap bulan untuk menyemak
  17. 17. sama ada cek-cek yang dikeluarkan telah ditunai atau tidak. Pemeriksaan mengejut yang dilakukan oleh guru besar memang faham akantentang pemeriksaan mengejut berdasarkan AP 309 – pemeriksaan mengejut perlu dilakukan untuk memastikan wang PWR ada mengikut seperti dalam penyata akaun dan disahkan oleh guru besar. Masalah pengurusan kewangan yang dihadapi bagi pihak pengurusan sekolah adalah tidak mengalami masalah berkaitan dengan pengurusan kewangan.Ini menunjukkan pengurusan kewangan merupakan akauntabiliti guru besar bagi untuk memastikan pengurusan kewangan berjalan dengan lancar. Sebagai pentadbir beliau sangat berhati-hati agar tidak berlaku defisit/lebihan belanja kerana akan menyebabkan audit bersyarat.Akaun Subsidiari dan buku tunai sentiasa disemak dengan kerani kewangan agar sentiasa dikemaskini dan disahkan. Audit bersyarat akan berlaku sekiranya pentadbir tidak menyelenggara buku tunai dan subsidiari dengan betul menyebabkan berlakunya pembelian melebihi peruntukan atau pembelian yang tidak boleh dilakukan. Contoh sekiranya pihak sekolah melakukan pembelian komputer audit bersyarat akan dikenakan kerana pembelian komputer tidak dibenarkan. 2.0 Kesimpulan Kesimpulannya hasil dapatan daripada temubual kumpulan kami bersama Guru Besar SK Simpang Rawai, kami dapat rumuskan bahawa secara keseluruhannya beliau telah menjawab keseluruhan soalan yang kami kemukakan dengan jawapan yang memuaskan. Berdasarkan jadual ‘likert scale’ menunjukkan tahap optimum pengetahuan beliau berkaitan kewangan sekolah adalah tahap faham.Tahap kefahaman beliau tentang pengurusan kewangan
  18. 18. adalah baik kerana pengetahuan pengurusan kewangan sekolah diperolehi daripada kelulusan ijazah berkaitan pengurusan,kursus-kursus yang dihadiri dan juga pengalaman beliau sebagai pentadbir di samping beliau juga berpengalaman dibeberapa buah sekolah daerah Marang dan Hulu Terengganu. Rujukan Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2012.m/s 48.

×