SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Isu-isu tentang pendidikan di Malaysia

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa.
Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan
negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan
merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan
negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang
penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa
mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.


Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran
Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan
hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan
khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.
Strategi   meningkatkan    peluang     pendidikan   berjaya    mencapai    sasarannya.   Walau
bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang
ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara
berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga
pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan
kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan
terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat
pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.


Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur
pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
   Bilangan   tahun   persekolahan    struktur   pendidikan   Malaysia   tidak   sama   dengan
    kebanyakan negara lain di dunia;
   Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
    disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
   Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil
    Pelajaran Malaysia (SPM); dan
   Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam
pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama
penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut
adalah berkaitan dengan:
   pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
   perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
   latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah
    yang kurang berkesan;
   penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
   bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.


Ekuiti                                                                             Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur
yang     berkesan   yang   mencukupi   dan   berkualiti   untuk   pelaksanaan   kurikulum   dan
kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan
kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara
adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung
(advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:
Pembangunan                    Pendidikan                    2001-2010,                 KPM).




Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu
banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang
dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau
peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang
amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya
sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber
pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan
pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh
Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia,
pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM
menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di
pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang
kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku
ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah
keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru
yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan
Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan
pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu
kepada pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah
melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar
subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini
kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar.
Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan
dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan
internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh
dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui
komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-
nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini
disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan
nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih
mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan
dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah
menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah
yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama.
Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng
sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan
pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
   Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin
    pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
   Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu
    sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan,
    keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program
    pendidikan sendiri;
   Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah
    mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
   Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
   Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara
    maju adalah terhad;
   Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan
    penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
   Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek
    pemberian bantuan; dan
   Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.


http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/

More Related Content

What's hot

Kondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesiaKondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
Wandi Supandi
 
Perutusan PPJ Awal Tahun 2013
Perutusan PPJ Awal Tahun 2013Perutusan PPJ Awal Tahun 2013
Perutusan PPJ Awal Tahun 2013
Chon Seong Hoo
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
sihah
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikan
Setyo Gonzalez
 
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docxTantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
Ade Rifai Kolot
 
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikPendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Lilis Holisah
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
ayu02
 

What's hot (17)

Artikel masalah pendidikan 2
Artikel masalah pendidikan 2Artikel masalah pendidikan 2
Artikel masalah pendidikan 2
 
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesiaKondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
 
Perutusan PPJ Awal Tahun 2013
Perutusan PPJ Awal Tahun 2013Perutusan PPJ Awal Tahun 2013
Perutusan PPJ Awal Tahun 2013
 
Pendidikan
PendidikanPendidikan
Pendidikan
 
Combine
CombineCombine
Combine
 
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannyaPermasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannya
 
Masa Depan Model Pembelajaran e Learning di Indonesia: Masalah dan Peluang
Masa Depan Model Pembelajaran e Learning di Indonesia: Masalah dan PeluangMasa Depan Model Pembelajaran e Learning di Indonesia: Masalah dan Peluang
Masa Depan Model Pembelajaran e Learning di Indonesia: Masalah dan Peluang
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaPaparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
 
Makalah pendidikan di indonesia2
Makalah pendidikan di indonesia2Makalah pendidikan di indonesia2
Makalah pendidikan di indonesia2
 
Keciciran
KeciciranKeciciran
Keciciran
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Artikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikanArtikel artikel pendidikan
Artikel artikel pendidikan
 
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docxTantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
Tantangan dalam meningkatkan mutu pendidikan di indonesia.docx
 
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikPendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Tugas kus
Tugas kusTugas kus
Tugas kus
 

Viewers also liked

Tao of emotion gabriel deeds
Tao of emotion gabriel deedsTao of emotion gabriel deeds
Tao of emotion gabriel deeds
gabrieldeeds
 
Pmev site charette 12feb2011_abbr
Pmev site charette 12feb2011_abbrPmev site charette 12feb2011_abbr
Pmev site charette 12feb2011_abbr
sustainabilityjane
 
What you need
What you needWhat you need
What you need
13guoe
 
Fotoizstāde "Aspazijas un Raiņa dzīves un darba vietas"
Fotoizstāde "Aspazijas un Raiņa dzīves un darba vietas"Fotoizstāde "Aspazijas un Raiņa dzīves un darba vietas"
Fotoizstāde "Aspazijas un Raiņa dzīves un darba vietas"
85_vidusskola
 
Daalgavar1 bagsh tugsjargal
Daalgavar1 bagsh tugsjargalDaalgavar1 bagsh tugsjargal
Daalgavar1 bagsh tugsjargal
Can Can
 
Nuurs usturugchdiin turliin_holboo,xi
Nuurs usturugchdiin turliin_holboo,xiNuurs usturugchdiin turliin_holboo,xi
Nuurs usturugchdiin turliin_holboo,xi
Can Can
 
Daalgavar1 bagsh tugsjargal
Daalgavar1 bagsh tugsjargalDaalgavar1 bagsh tugsjargal
Daalgavar1 bagsh tugsjargal
Can Can
 
Neg gishuunt
Neg gishuuntNeg gishuunt
Neg gishuunt
Can Can
 

Viewers also liked (17)

Tao of emotion gabriel deeds
Tao of emotion gabriel deedsTao of emotion gabriel deeds
Tao of emotion gabriel deeds
 
Эрх мөндөл
Эрх мөндөлЭрх мөндөл
Эрх мөндөл
 
Erkh mundul
Erkh mundulErkh mundul
Erkh mundul
 
Faisalproject
Faisalproject  Faisalproject
Faisalproject
 
Pmev site charette 12feb2011_abbr
Pmev site charette 12feb2011_abbrPmev site charette 12feb2011_abbr
Pmev site charette 12feb2011_abbr
 
What you need
What you needWhat you need
What you need
 
Mobile Stage Network Info 2010
Mobile Stage Network Info 2010Mobile Stage Network Info 2010
Mobile Stage Network Info 2010
 
атомын бүтэц
атомын бүтэцатомын бүтэц
атомын бүтэц
 
Fotoizstāde "Aspazijas un Raiņa dzīves un darba vietas"
Fotoizstāde "Aspazijas un Raiņa dzīves un darba vietas"Fotoizstāde "Aspazijas un Raiņa dzīves un darba vietas"
Fotoizstāde "Aspazijas un Raiņa dzīves un darba vietas"
 
Daalgavar1 bagsh tugsjargal
Daalgavar1 bagsh tugsjargalDaalgavar1 bagsh tugsjargal
Daalgavar1 bagsh tugsjargal
 
Agriculture
AgricultureAgriculture
Agriculture
 
Nuurs usturugchdiin turliin_holboo,xi
Nuurs usturugchdiin turliin_holboo,xiNuurs usturugchdiin turliin_holboo,xi
Nuurs usturugchdiin turliin_holboo,xi
 
Daalgavar1 bagsh tugsjargal
Daalgavar1 bagsh tugsjargalDaalgavar1 bagsh tugsjargal
Daalgavar1 bagsh tugsjargal
 
MyLife PRO by Vmobile
MyLife PRO by VmobileMyLife PRO by Vmobile
MyLife PRO by Vmobile
 
Neg gishuunt
Neg gishuuntNeg gishuunt
Neg gishuunt
 
Doing Business in Australia - Module 1
Doing Business in Australia - Module 1Doing Business in Australia - Module 1
Doing Business in Australia - Module 1
 
Eight point business plan
Eight point business planEight point business plan
Eight point business plan
 

Similar to Isu

Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Tan Hooi
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Tan Hooi
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
Star Ng
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
novanisa febrina
 
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptxPPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
NeirsySumule1
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
novanisa febrina
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
Mohd Shahrul Ibrahim
 
Rangkuman Isu2 GTK 2 kemendikbud 2024.pptx
Rangkuman Isu2 GTK 2 kemendikbud 2024.pptxRangkuman Isu2 GTK 2 kemendikbud 2024.pptx
Rangkuman Isu2 GTK 2 kemendikbud 2024.pptx
Mas Fian
 
Pipp Pengenalan&Rasional
Pipp Pengenalan&RasionalPipp Pengenalan&Rasional
Pipp Pengenalan&Rasional
langhani
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
Adilah Yahaya
 

Similar to Isu (20)

Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Pedoman s1 kkt upi
Pedoman s1 kkt upiPedoman s1 kkt upi
Pedoman s1 kkt upi
 
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptxPPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
PPT TUGAS KELOMPOK 5_PERMASALAHAN PENDIDIKAN(1).pptx
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Dewinta etika pdf
Dewinta etika pdfDewinta etika pdf
Dewinta etika pdf
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
 
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&pAmalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Rangkuman Isu2 GTK 2 kemendikbud 2024.pptx
Rangkuman Isu2 GTK 2 kemendikbud 2024.pptxRangkuman Isu2 GTK 2 kemendikbud 2024.pptx
Rangkuman Isu2 GTK 2 kemendikbud 2024.pptx
 
Pipp Pengenalan&Rasional
Pipp Pengenalan&RasionalPipp Pengenalan&Rasional
Pipp Pengenalan&Rasional
 
Isu sains sem3
Isu sains   sem3Isu sains   sem3
Isu sains sem3
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Rps sdn merak i 2010 2014
Rps sdn merak i 2010 2014Rps sdn merak i 2010 2014
Rps sdn merak i 2010 2014
 

Isu

  • 1. Isu-isu tentang pendidikan di Malaysia Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Struktur Pendidikan Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:  Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;  Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;  Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan  Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:
  • 2. pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;  perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;  latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;  penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan  bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
  • 3. Tenaga pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Program PPSMI Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. Kesan globalisasi Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai- nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Sahsiah Pelajar Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
  • 4. Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;  Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;  Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;  Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;  Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;  Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;  Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan  Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu. http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/