SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Berikut adalah teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru 2011 yang berlangsung di Borneo Convention Centre
di sini pada petang Isnin.

Dalam ucapannya itu, Muhyiddin telah mengumumkan beberapa keputusan penting tentang jawatan
dan profesion perguruan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia;

Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak;

Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;

Yang Berhormat Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;

Yang Berbahagia Datuk Dr Rosli Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia;

Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri;

Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para guru yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyambut Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan kita
yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru sekalian.

2. Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, saya ingin mengambil kesempatan pada
hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, sama ada
yang masih berkhidmat atau pun yang telah bersara. Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan
besar guru-guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan memajukan negara kita.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

3. Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” pada
hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses
transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan
keramat guru telah melahirkan ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan
seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan
negara kita selama ini.
4. Maka, pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada sebuah negara
membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi, peranan guru menjadi lebih penting
lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita semua untuk melihat kualiti pendidikan negara
melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat
melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih
tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita rakyat untuk
menjayakan proses transformasi negara dipertaruhkan kepada saudara dan saudari yang bergelar
guru.

5. Kerajaan sememangnya telah membuat perencanaan yang amat rapi untuk menjayakan proses
transformasi pendidikan negara. Ini termasuklah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) Pendidikan yang merupakan mekanisme utama untuk menjayakan agenda penting ini.
Namun, kita juga akur bahawa perencanaan yang rapi sahaja tidak menjamin keupayaan kita untuk
mencapai setiap sasaran yang ditetapkan. Lebih penting ialah pengorbanan dan daya juang para guru
dalam menjayakan setiap perencanaan yang dilakar oleh kerajaan. Untuk itu, saya ingin mengambil
kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan
tahniah kepada para guru di atas jerih perih anda semua dalam mencapai sasaran-sasaran penting
yang ditetapkan di bawah NKRA pendidikan, dan juga di bawah dasar-dasar serta program lain yang
sedang dilaksanakan di Kementerian Pelajaran.

6. Dari segi pencapaian sasaran NKRA Pendidikan, Alhamdulillah, berkat curahan jasa dan bakti para
guru sekalian, kita telah berjaya meningkatkan kadar penyertaan prasekolah kepada 72.42 peratus,
iaitu melebihi sasaran 72 peratus yang ditetapkan untuk tahun 2010. Kadar literasi murid juga telah
meningkat daripada 64 peratus kepada 85 peratus, manakala kadar numerasi meningkat daripada 73
peratus kepada 91 peratus. Kita juga telah mengumumkan senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi
pada tahun 2010 dan untuk tahun 2011 sebanyak 23 buah sekolah lagi telah diiktiraf sebagai Sekolah
Berprestasi Tinggi.

7. Lebih membanggakan kita, jasa guru untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan tidak
mengenal batasan geografi. Guru-guru di pedalaman pun berupaya untuk melonjakkan prestasi
sekolah. Ini dibuktikan misalnya dengan kejayaan SK Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan
pedalaman Sarawak, mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini. Di samping
itu, inisiatif Tawaran Baru juga telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru daripada
1,400 buah sekolah telah berjaya melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan untuk sekolah masing-
masing, dan dengan itu layak untuk menerima bayaran insentif di atas perkhidmatan mereka yang
cemerlang.

8. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah empat sub-NKRA pendidikan.
Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila Kementerian
Pelajaran mendapat markah tertinggi dalam pencapaian KPI bagi tahun 2010. Saya mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada guru-guru dan semua pegawai Kementerian yang telah membantu
saya menerajui Kementerian Pelajaran dengan baik sehingga kita berjaya mencapai kejayaan yang
cemerlang ini. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru sekalian! Kejayaan yang
amat bermakna ini adalah milik anda semua!
Sumbangan dan Sokongan Padu Guru

9. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan, masih banyak lagi
yang perlu dilakukan oleh kita semua untuk memastikan supaya proses pemantapan kualiti
pendidikan negara dapat berlaku secara berterusan. Atas kesedaran inilah, saya selaku Menteri
Pelajaran telah menggagaskan beberapa dasar penting untuk dilaksanakan di setiap peringkat
persekolahan.

10. Pertama, menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai tahap kesihatan dan
kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka menjadi manusia yang cerdas, maka saya telah
memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan. Dasar ini memberi peluang kepada setiap murid untuk
melibatkan diri dalam acara sukan yang digemari dengan tujuan untuk meningkatkan tahap
kecergasan dan kecerdasan mereka. Seperti kata pepatah Arab, “Al-‘aqlu al-salim, fi al-jismi al-salim”,
yang bermaksud akal yang sihat terletak pada badan yang sihat.

11. Kedua, saya juga telah memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita sedar bahawa penguasaan bahasa Melayu adalah amat penting
untuk memastikan setiap murid dapat menguasai ilmu yang diajar dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa
Kebangsaan negara kita dan bahasa pengantar di sekolah. Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu
dimulakan di sekolah lagi supaya anak-anak kita mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada bahasa
Kebangsaan yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara kita.

12. Pada masa yang sama, kita juga sedar bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid
adalah amat penting untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris
yang merupakan bahasa antarabangsa utama di dunia. Maka, di bawah dasar MBMMBI ini,
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambahbaik pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah. Ini termasuklah dengan menggunakan khidmat kepakaran
guru penutur jati bahasa Inggeris yang ditempatkan di Institut Pendidikan Guru dan di zon-zon
tertentu untuk melatih guru-guru meningkatkan ilmu dan kemahiran mengajar mata pelajaran bahasa
Inggeris.

13. Ketiga, selaras dengan keperluan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk
memacu kemajuan negara, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya yakin transformasi kurikulum yang
dilaksanakan pada tahun ini akan membuka lembaran baru kepada guru-guru untuk meneroka
kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif untuk mengasah bakat dan daya
kreativiti murid secara lebih berkesan.

14. Keempat, untuk memastikan pendidikan negara mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran
tinggi, maka saya telah memberi tumpuan khusus kepada program transformasi pendidikan teknik
dan vokasional. Sebagai langkah untuk memastikan murid mendapat pendidikan vokasional dan
kemahiran yang berkualiti, maka KPM akan mengambil guru vokasional dan kemahiran baru yang
diiktiraf dari pasaran terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti teknikal awam.
Proses pengambilan guru-guru tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka
mencecah 10,000 orang menjelang penghujung 2015. Dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan
untuk memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, insyaAllah, kita akan berjaya meningkatkan
peratusan pelajar aliran teknikal dan vokasional daripada 10 peratus kepada 20 peratus menjelang
tahun 2015.


                 Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...


                           Dapatkan info terkini dengan klik link ini

15. Kesemua dasar dan program yang saya sebutkan ini memerlukan sokongan padu para guru. Tanpa
sokongan guru-guru sekalian, agak sukar untuk kita mencapai segala cita-cita murni yang dihasratkan
melalui pelaksanaan dasar-dasar ini. Dasar akan tinggal dasar, perancangan akan tinggal
perancangan. Untuk itu, saya berharap agar guru-guru sekalian dapat berada dalam satu saf bersama-
sama saya dan seluruh kepimpinan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan setiap dasar ini dan
seterusnya menjayakan agenda transformasi pendidikan demi masa depan negara kita.

Memartabatkan Profesion Keguruan

16. Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan yang wajar kepada
jasa-jasa guru, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha untuk memartabatkan profesion
keguruan. Dalam hubungan ini, pelbagai program latihan dalam perkhidmatan telah dilaksanakan
oleh Kementerian untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Ini termasuklah program
pensiswazahan guru yang mensasarkan bilangan guru siswazah sebanyak 60 peratus di sekolah
rendah dan 90 peratus di sekolah menengah menjelang tahun 2015.

17. Dari segi peluang kenaikan pangkat pula, kerajaan telah memperuntukkan pelbagai faedah kepada
perkhidmatan perguruan yang tidak dinikmati oleh perkhidmatan-perkhidmatan lain. Perkhidmatan
perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima (5) kaedah kenaikan
pangkat iaitu:

(i) kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan,

(ii) kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP),

(iii) kenaikan pangkat secara time-based,

(iv) kenaikan pangkat untuk Pengetua atau Guru Besar cemerlang dan

(v) kenaikan pangkat Guru Cemerlang.

18. Di samping itu, perkhidmatan perguruan juga menikmati satu lagi bentuk imbuhan berasaskan
prestasi yang tidak dinikmati oleh mana-mana perkhidmatan awam lain iaitu Bayaran Insentif
Tawaran Baru kepada pengetua, guru besar dan warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi
sekolah masing-masing. Alhamdulillah, insentif Tawaran Baru ini telah membuahkan hasil yang amat
baik apabila jumlah guru dan pemimpin sekolah yang berjaya mendapat ganjaran adalah jauh
melebihi sasaran awal yang ditetapkan. Ini bermakna, guru-guru kita mempunyai motivasi yang amat
tinggi untuk melonjakkan prestasi sekolah. Saya berharap agar pencapaian cemerlang ini akan
menjadi pencetus semangat kepada guru-guru untuk meneruskan usaha murni meningkatkan
pencapaian di peringkat sekolah.

19. Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi Tinggi bagi
menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi.
Insentif ini adalah tanda pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan guru-guru dalam melahirkan
sekolah-sekolah yang berpencapaian cemerlang di negara kita. Dengan usaha berterusan guru-guru di
seluruh negara untuk melonjakkan prestasi sekolah, saya berkeyakinan bahawa sasaran mewujudkan
100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2013 akan dapat dicapai.

20. Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar para guru kepada negara, kerajaan juga sentiasa
berusaha untuk menambahbaik skim perkhidmatan pendidikan. Terbaru ialah pengumuman YAB
Perdana Menteri hari ini mengenai beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan pegawai
pendidikan yang pastinya disambut baik oleh guru-guru sekalian.

21. Saya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAB Perdana Menteri yang telah memberikan
tumpuan istimewa kepada profesyen keguruan dengan mengumumkan hadiah Hari Guru paling
bermakna buat guru-guru di seluruh negara pada hari ini. Saya tahu YAB Perdana Menteri sentiasa
mendengar keluhan guru-guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk menikmati peluang
kenaikan ke gred yang lebih tinggi.

22. Kerana itulah, walaupun dalam keadaan kerajaan perlu mengawal defisit negara, YAB Perdana
Menteri masih bersedia untuk menawarkan penambahbaikan skim perkhidmatan pendidikan, dengan
memberi nafas baru kepada kaedah kenaikan gred, khususnya secara time-based. InsyaAllah, dengan
pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri, ramai guru akan menikmati manfaat
kenaikan gred yang lebih cepat selepas ini.

23. Begitu juga dengan pertambahan jumlah jawatan Gred Khas C daripada 36 kepada 72 jawatan
untuk guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertambahan sebanyak 100
peratus ini akan memperluaskan peluang guru-guru di bilik darjah untuk memegang gred tertinggi
dalam perkhidmatan awam tanpa perlu menjawat jawatan pentadbiran. Pewujudan jawatan Guru
Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertinggi dalam perkhidmatan awam juga
merupakan satu isyarat jelas bahawa kerajaan amat serius dalam memartabatkan profesyen keguruan.

24. Selain itu, kenaikan gred Pengetua daripada DG48 kepada DG52 dan Penolong Kanan daripada
DG44 kepadaDG48 adalah satu pengiktirafan kepada jawatan Pengetua dan Penolong Kanan sekolah
menengah. Kenaikan gred ini adalah setimpal dengan pertambahan bebabanan yang terpaksa
ditanggung oleh para pengetua dan penolong kanan. InsyaAllah, kenaikan ini akan menambah minat
guru-guru untuk memegang kedua-dua jawatan ini yang amat penting dalam kepimpinan sekolah.

Kerjasama Dengan Kesatuan Guru dan Ibubapa

25. Usaha memartabat profesyen keguruan adalah satu proses yang berterusan. Untuk itu, kerajaan
sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai bentuk insentif kepada guru-guru dan menambahbaik
keseluruhan perkhidmatan pendidikan dari masa ke semasa, termasuk penambahbaikan dalam
Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD). Dalam hubungan ini, saya akan bekerjasama
dengan kesatuan-kesatuan guru untuk melihat isu-isu yang berkaitan dengan profesyen keguruan
secara lebih terperinci dan menyeluruh, serta mencari kaedah terbaik untuk terus memartabatkan
profesyen keguruan agar setara dengan darjat kemuliaannya. Pihak Kementerian juga akan terus
mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyelesaikan beberapa
perkara berkaitan dengan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian Kementerian sebelum
ini.   Pihak   Kementerian    juga    akan   mempergiatkan   program   pensiswazahan   guru   untuk
memartabatkan profesyen keguruan di samping memastikan semua guru dapat menikmati pelbagai
faedah yang disediakan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.

26. Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara, peranan ibubapa tidak
kurang pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling penting dalam menentukan
kecemerlangan pendidikan anak-anak. Justeru, saya juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan
sekolah sebagai milik masyarakat. Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung kepada
sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah.
Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam
menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sekolah, yang
pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.

Penutup

27. Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan guru yang proaktif
dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat menjayakan proses transformasi pendidikan di
negara kita dengan cemerlang. Atas segalanya, guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama
transformasi negara. Dengan keringat gurulah kita melahirkan insan yang mulia; dengan kudrat
gurulah kita membina masa depan yang sejahtera.

28. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling dimuliakan dalam
masyarakat. Bak kata pujangga:

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
29. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang
telah terpilih sebagai tokoh guru sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Kepada semua guru,
sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi
kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

“Selamat Hari Guru”. “Terima Kasih Cikgu”.

Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
SPM TAHUN 2006

9 a). Berikan dua bandar baru di Malaysia dan nyatakan fungsinya.        ( 4 markah )
  b). Senaraikan eman faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar besar
      di dunia.                                                          ( 6 markah )
  c). i ). Nyatakan lima kesan pembandaran terhadap alam sekitar.         ( 5 markah )
     ii ). Cadangan lima langkah untuk mengurangkan kesan tersebut.      ( 5 markah )


SPM TAHUN 2007

10. a). Di atas peta, namakan :
           i). Bandar diraja bertanda P
          ii). Bandar pelabuhan bertanda Q
         iii). Terminal keretapi bertanda R
         iv). Bandaraya bertanda S
          v). Pelabuhan perikanan bertanda T                                ( 5 markah )
    b). Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi proses pembandaran.         ( 4 markah )
    c). Bandar dan luar bandar bergantung antara satu sama lain.
        Terangkan tiga sumbangan luar bandar kepada bandar.                 ( 6 markah )
    d). Berikan lima faktor yang mempengaruhi perletakan petempatan
        luar bandar.                                                        ( 5 markah )

SPM TAHUN 2010

11. a). Di atas peta, namakan :
            i). Bandar sempadan bertanda P
           ii). Bandar teknologi maklumat dan telekomunikasi bertanda Q
          iii). Bandar diraja bertanda R
          iv). Bandar pentadbiran bertanda S                                ( 4 markah )
    b). i). Terangkan faktor yang mempengaruhi perletakan petempatan luar
              bandar.                                                       ( 6 markah )
        ii). Nyatakan empat fungsi petempatan luar bandar di Malaysia.      ( 4 markah )
    c). Bandar dan luar bandar saling bergantung antara satu sama lain.
        Terangkan sumbangan bandar kepada luar bandar.                      ( 6 markah )

More Related Content

What's hot

Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahusedry
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015Chon Seong Hoo
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikanMohd Shahrul Ibrahim
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahAmandaYella
 
Proposal rehab ke eka mas
Proposal rehab   ke eka masProposal rehab   ke eka mas
Proposal rehab ke eka masAkhmadzaeni7
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair SekolahAmandaYella
 
Contoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Mebeler SekolahContoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Mebeler SekolahAmandaYella
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarAmandaYella
 
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahContoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahAmandaYella
 
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negaraAnparasu
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler SekolahAmandaYella
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan finalAdila Dila
 
ISTIQAMAH 2019 edisi 20
ISTIQAMAH  2019 edisi 20 ISTIQAMAH  2019 edisi 20
ISTIQAMAH 2019 edisi 20 mdzaini
 
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarContoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarAmandaYella
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan finalNadzari Baharom
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19mdzaini
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluanmgbkulim
 

What's hot (20)

Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolah
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
Nota
NotaNota
Nota
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
 
Januari 2015
Januari 2015Januari 2015
Januari 2015
 
Proposal rehab ke eka mas
Proposal rehab   ke eka masProposal rehab   ke eka mas
Proposal rehab ke eka mas
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
 
Contoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Mebeler SekolahContoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
 
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahContoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
 
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan final
 
Kokum hbef2803
Kokum hbef2803Kokum hbef2803
Kokum hbef2803
 
ISTIQAMAH 2019 edisi 20
ISTIQAMAH  2019 edisi 20 ISTIQAMAH  2019 edisi 20
ISTIQAMAH 2019 edisi 20
 
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarContoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan final
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluan
 

Viewers also liked

Hy solution사례(10)연금보험 연금저축사업비 비교
Hy solution사례(10)연금보험 연금저축사업비 비교Hy solution사례(10)연금보험 연금저축사업비 비교
Hy solution사례(10)연금보험 연금저축사업비 비교valuasset
 
Pension slides 15 mts.
Pension slides 15 mts.Pension slides 15 mts.
Pension slides 15 mts.Exwel Trust
 
视频编码原理简介Sohu版
视频编码原理简介Sohu版视频编码原理简介Sohu版
视频编码原理简介Sohu版pluschen
 
Ricardo sarmiento busqueda_portafolio
Ricardo sarmiento busqueda_portafolioRicardo sarmiento busqueda_portafolio
Ricardo sarmiento busqueda_portafoliochisnet
 
Hy solution사례(4)친디아변액가입고객
Hy solution사례(4)친디아변액가입고객Hy solution사례(4)친디아변액가입고객
Hy solution사례(4)친디아변액가입고객valuasset
 
Wood Chips Operations Uruguay
Wood Chips Operations   UruguayWood Chips Operations   Uruguay
Wood Chips Operations UruguayGregorio
 
Maurizio bday slideshow
Maurizio bday slideshowMaurizio bday slideshow
Maurizio bday slideshowlshapiro128
 
Deber de compu
Deber de compuDeber de compu
Deber de compuKarla
 
Tec i iletrag
Tec i iletragTec i iletrag
Tec i iletragvazumano
 
Comprehensive capacity
Comprehensive capacityComprehensive capacity
Comprehensive capacityJet Wang
 

Viewers also liked (20)

Mozilla education program - comete project - fossa2010
Mozilla education program - comete project - fossa2010Mozilla education program - comete project - fossa2010
Mozilla education program - comete project - fossa2010
 
Hy solution사례(10)연금보험 연금저축사업비 비교
Hy solution사례(10)연금보험 연금저축사업비 비교Hy solution사례(10)연금보험 연금저축사업비 비교
Hy solution사례(10)연금보험 연금저축사업비 비교
 
Pension slides 15 mts.
Pension slides 15 mts.Pension slides 15 mts.
Pension slides 15 mts.
 
Jejak Darah Setelah Berita : Pembunuhan Jurnalis Radar Bali, AA Prabangsa
Jejak Darah Setelah Berita : Pembunuhan Jurnalis Radar Bali, AA PrabangsaJejak Darah Setelah Berita : Pembunuhan Jurnalis Radar Bali, AA Prabangsa
Jejak Darah Setelah Berita : Pembunuhan Jurnalis Radar Bali, AA Prabangsa
 
视频编码原理简介Sohu版
视频编码原理简介Sohu版视频编码原理简介Sohu版
视频编码原理简介Sohu版
 
Panduan Jurnalis Meliput Mahkamah Kontitusi
Panduan Jurnalis Meliput Mahkamah KontitusiPanduan Jurnalis Meliput Mahkamah Kontitusi
Panduan Jurnalis Meliput Mahkamah Kontitusi
 
Makalah: Pengantar Reportase
Makalah: Pengantar ReportaseMakalah: Pengantar Reportase
Makalah: Pengantar Reportase
 
2012- comete is shining more and more
2012- comete is shining more and more2012- comete is shining more and more
2012- comete is shining more and more
 
Ricardo sarmiento busqueda_portafolio
Ricardo sarmiento busqueda_portafolioRicardo sarmiento busqueda_portafolio
Ricardo sarmiento busqueda_portafolio
 
Hy solution사례(4)친디아변액가입고객
Hy solution사례(4)친디아변액가입고객Hy solution사례(4)친디아변액가입고객
Hy solution사례(4)친디아변액가입고객
 
Wood Chips Operations Uruguay
Wood Chips Operations   UruguayWood Chips Operations   Uruguay
Wood Chips Operations Uruguay
 
Lenguas romances
Lenguas romancesLenguas romances
Lenguas romances
 
Maurizio bday slideshow
Maurizio bday slideshowMaurizio bday slideshow
Maurizio bday slideshow
 
After Blood Stains: The Killing of AA Prabangsa
After Blood Stains: The Killing of AA PrabangsaAfter Blood Stains: The Killing of AA Prabangsa
After Blood Stains: The Killing of AA Prabangsa
 
Deber de compu
Deber de compuDeber de compu
Deber de compu
 
Potret pers jakarta 2013 ok ref
Potret pers jakarta 2013 ok refPotret pers jakarta 2013 ok ref
Potret pers jakarta 2013 ok ref
 
Tec i iletrag
Tec i iletragTec i iletrag
Tec i iletrag
 
F os sa2012-j.diggs-facilitating student participation in free software
F os sa2012-j.diggs-facilitating student participation in free softwareF os sa2012-j.diggs-facilitating student participation in free software
F os sa2012-j.diggs-facilitating student participation in free software
 
Comprehensive capacity
Comprehensive capacityComprehensive capacity
Comprehensive capacity
 
Voucher Code Presentation
Voucher Code PresentationVoucher Code Presentation
Voucher Code Presentation
 

Similar to Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran

Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Mohamad Aminuddin
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahGhani Shahid
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Azman Adnan
 
T2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajarT2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajarSyahmi Fauzee
 
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pdf
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pdfSLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pdf
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pdfSKPADANGKEMUNTINGTER
 
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pptx
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pptxSLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pptx
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pptxSirJoshlyeeJr
 
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisKurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisBudi Setiawan
 

Similar to Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran (20)

Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolah
 
Sambutan hardiknas 2014
Sambutan hardiknas 2014Sambutan hardiknas 2014
Sambutan hardiknas 2014
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
 
Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
T2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajarT2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajar
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pdf
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pdfSLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pdf
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pdf
 
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pptx
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pptxSLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pptx
SLAID YBMP_TAHUN BAHARU 2024_FINAL213.pptx
 
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisKurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
 

Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran

  • 1. Berikut adalah teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru 2011 yang berlangsung di Borneo Convention Centre di sini pada petang Isnin. Dalam ucapannya itu, Muhyiddin telah mengumumkan beberapa keputusan penting tentang jawatan dan profesion perguruan. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia; Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak; Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia; Yang Berhormat Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia; Yang Berbahagia Datuk Dr Rosli Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia; Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri; Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para guru yang saya hormati sekalian. 1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyambut Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru sekalian. 2. Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah bersara. Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru-guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan memajukan negara kita. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 3. Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini.
  • 2. 4. Maka, pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi, peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita rakyat untuk menjayakan proses transformasi negara dipertaruhkan kepada saudara dan saudari yang bergelar guru. 5. Kerajaan sememangnya telah membuat perencanaan yang amat rapi untuk menjayakan proses transformasi pendidikan negara. Ini termasuklah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang merupakan mekanisme utama untuk menjayakan agenda penting ini. Namun, kita juga akur bahawa perencanaan yang rapi sahaja tidak menjamin keupayaan kita untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan. Lebih penting ialah pengorbanan dan daya juang para guru dalam menjayakan setiap perencanaan yang dilakar oleh kerajaan. Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para guru di atas jerih perih anda semua dalam mencapai sasaran-sasaran penting yang ditetapkan di bawah NKRA pendidikan, dan juga di bawah dasar-dasar serta program lain yang sedang dilaksanakan di Kementerian Pelajaran. 6. Dari segi pencapaian sasaran NKRA Pendidikan, Alhamdulillah, berkat curahan jasa dan bakti para guru sekalian, kita telah berjaya meningkatkan kadar penyertaan prasekolah kepada 72.42 peratus, iaitu melebihi sasaran 72 peratus yang ditetapkan untuk tahun 2010. Kadar literasi murid juga telah meningkat daripada 64 peratus kepada 85 peratus, manakala kadar numerasi meningkat daripada 73 peratus kepada 91 peratus. Kita juga telah mengumumkan senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010 dan untuk tahun 2011 sebanyak 23 buah sekolah lagi telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. 7. Lebih membanggakan kita, jasa guru untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan tidak mengenal batasan geografi. Guru-guru di pedalaman pun berupaya untuk melonjakkan prestasi sekolah. Ini dibuktikan misalnya dengan kejayaan SK Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak, mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini. Di samping itu, inisiatif Tawaran Baru juga telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru daripada 1,400 buah sekolah telah berjaya melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan untuk sekolah masing- masing, dan dengan itu layak untuk menerima bayaran insentif di atas perkhidmatan mereka yang cemerlang. 8. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah empat sub-NKRA pendidikan. Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila Kementerian Pelajaran mendapat markah tertinggi dalam pencapaian KPI bagi tahun 2010. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru dan semua pegawai Kementerian yang telah membantu saya menerajui Kementerian Pelajaran dengan baik sehingga kita berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang ini. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru sekalian! Kejayaan yang amat bermakna ini adalah milik anda semua!
  • 3. Sumbangan dan Sokongan Padu Guru 9. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita semua untuk memastikan supaya proses pemantapan kualiti pendidikan negara dapat berlaku secara berterusan. Atas kesedaran inilah, saya selaku Menteri Pelajaran telah menggagaskan beberapa dasar penting untuk dilaksanakan di setiap peringkat persekolahan. 10. Pertama, menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka menjadi manusia yang cerdas, maka saya telah memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan. Dasar ini memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam acara sukan yang digemari dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka. Seperti kata pepatah Arab, “Al-‘aqlu al-salim, fi al-jismi al-salim”, yang bermaksud akal yang sihat terletak pada badan yang sihat. 11. Kedua, saya juga telah memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita sedar bahawa penguasaan bahasa Melayu adalah amat penting untuk memastikan setiap murid dapat menguasai ilmu yang diajar dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Kebangsaan negara kita dan bahasa pengantar di sekolah. Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dimulakan di sekolah lagi supaya anak-anak kita mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada bahasa Kebangsaan yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara kita. 12. Pada masa yang sama, kita juga sedar bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid adalah amat penting untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa utama di dunia. Maka, di bawah dasar MBMMBI ini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah. Ini termasuklah dengan menggunakan khidmat kepakaran guru penutur jati bahasa Inggeris yang ditempatkan di Institut Pendidikan Guru dan di zon-zon tertentu untuk melatih guru-guru meningkatkan ilmu dan kemahiran mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris. 13. Ketiga, selaras dengan keperluan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk memacu kemajuan negara, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya yakin transformasi kurikulum yang dilaksanakan pada tahun ini akan membuka lembaran baru kepada guru-guru untuk meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif untuk mengasah bakat dan daya kreativiti murid secara lebih berkesan. 14. Keempat, untuk memastikan pendidikan negara mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, maka saya telah memberi tumpuan khusus kepada program transformasi pendidikan teknik dan vokasional. Sebagai langkah untuk memastikan murid mendapat pendidikan vokasional dan kemahiran yang berkualiti, maka KPM akan mengambil guru vokasional dan kemahiran baru yang diiktiraf dari pasaran terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti teknikal awam. Proses pengambilan guru-guru tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka mencecah 10,000 orang menjelang penghujung 2015. Dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan
  • 4. untuk memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, insyaAllah, kita akan berjaya meningkatkan peratusan pelajar aliran teknikal dan vokasional daripada 10 peratus kepada 20 peratus menjelang tahun 2015. Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur... Dapatkan info terkini dengan klik link ini 15. Kesemua dasar dan program yang saya sebutkan ini memerlukan sokongan padu para guru. Tanpa sokongan guru-guru sekalian, agak sukar untuk kita mencapai segala cita-cita murni yang dihasratkan melalui pelaksanaan dasar-dasar ini. Dasar akan tinggal dasar, perancangan akan tinggal perancangan. Untuk itu, saya berharap agar guru-guru sekalian dapat berada dalam satu saf bersama- sama saya dan seluruh kepimpinan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan setiap dasar ini dan seterusnya menjayakan agenda transformasi pendidikan demi masa depan negara kita. Memartabatkan Profesion Keguruan 16. Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan yang wajar kepada jasa-jasa guru, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Dalam hubungan ini, pelbagai program latihan dalam perkhidmatan telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Ini termasuklah program pensiswazahan guru yang mensasarkan bilangan guru siswazah sebanyak 60 peratus di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah menjelang tahun 2015. 17. Dari segi peluang kenaikan pangkat pula, kerajaan telah memperuntukkan pelbagai faedah kepada perkhidmatan perguruan yang tidak dinikmati oleh perkhidmatan-perkhidmatan lain. Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima (5) kaedah kenaikan pangkat iaitu: (i) kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, (ii) kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), (iii) kenaikan pangkat secara time-based, (iv) kenaikan pangkat untuk Pengetua atau Guru Besar cemerlang dan (v) kenaikan pangkat Guru Cemerlang. 18. Di samping itu, perkhidmatan perguruan juga menikmati satu lagi bentuk imbuhan berasaskan prestasi yang tidak dinikmati oleh mana-mana perkhidmatan awam lain iaitu Bayaran Insentif Tawaran Baru kepada pengetua, guru besar dan warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing. Alhamdulillah, insentif Tawaran Baru ini telah membuahkan hasil yang amat baik apabila jumlah guru dan pemimpin sekolah yang berjaya mendapat ganjaran adalah jauh melebihi sasaran awal yang ditetapkan. Ini bermakna, guru-guru kita mempunyai motivasi yang amat tinggi untuk melonjakkan prestasi sekolah. Saya berharap agar pencapaian cemerlang ini akan
  • 5. menjadi pencetus semangat kepada guru-guru untuk meneruskan usaha murni meningkatkan pencapaian di peringkat sekolah. 19. Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Insentif ini adalah tanda pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan guru-guru dalam melahirkan sekolah-sekolah yang berpencapaian cemerlang di negara kita. Dengan usaha berterusan guru-guru di seluruh negara untuk melonjakkan prestasi sekolah, saya berkeyakinan bahawa sasaran mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2013 akan dapat dicapai. 20. Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar para guru kepada negara, kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menambahbaik skim perkhidmatan pendidikan. Terbaru ialah pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengenai beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan pegawai pendidikan yang pastinya disambut baik oleh guru-guru sekalian. 21. Saya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAB Perdana Menteri yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesyen keguruan dengan mengumumkan hadiah Hari Guru paling bermakna buat guru-guru di seluruh negara pada hari ini. Saya tahu YAB Perdana Menteri sentiasa mendengar keluhan guru-guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk menikmati peluang kenaikan ke gred yang lebih tinggi. 22. Kerana itulah, walaupun dalam keadaan kerajaan perlu mengawal defisit negara, YAB Perdana Menteri masih bersedia untuk menawarkan penambahbaikan skim perkhidmatan pendidikan, dengan memberi nafas baru kepada kaedah kenaikan gred, khususnya secara time-based. InsyaAllah, dengan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri, ramai guru akan menikmati manfaat kenaikan gred yang lebih cepat selepas ini. 23. Begitu juga dengan pertambahan jumlah jawatan Gred Khas C daripada 36 kepada 72 jawatan untuk guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertambahan sebanyak 100 peratus ini akan memperluaskan peluang guru-guru di bilik darjah untuk memegang gred tertinggi dalam perkhidmatan awam tanpa perlu menjawat jawatan pentadbiran. Pewujudan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertinggi dalam perkhidmatan awam juga merupakan satu isyarat jelas bahawa kerajaan amat serius dalam memartabatkan profesyen keguruan. 24. Selain itu, kenaikan gred Pengetua daripada DG48 kepada DG52 dan Penolong Kanan daripada DG44 kepadaDG48 adalah satu pengiktirafan kepada jawatan Pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah. Kenaikan gred ini adalah setimpal dengan pertambahan bebabanan yang terpaksa ditanggung oleh para pengetua dan penolong kanan. InsyaAllah, kenaikan ini akan menambah minat guru-guru untuk memegang kedua-dua jawatan ini yang amat penting dalam kepimpinan sekolah. Kerjasama Dengan Kesatuan Guru dan Ibubapa 25. Usaha memartabat profesyen keguruan adalah satu proses yang berterusan. Untuk itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai bentuk insentif kepada guru-guru dan menambahbaik keseluruhan perkhidmatan pendidikan dari masa ke semasa, termasuk penambahbaikan dalam
  • 6. Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD). Dalam hubungan ini, saya akan bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan guru untuk melihat isu-isu yang berkaitan dengan profesyen keguruan secara lebih terperinci dan menyeluruh, serta mencari kaedah terbaik untuk terus memartabatkan profesyen keguruan agar setara dengan darjat kemuliaannya. Pihak Kementerian juga akan terus mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian Kementerian sebelum ini. Pihak Kementerian juga akan mempergiatkan program pensiswazahan guru untuk memartabatkan profesyen keguruan di samping memastikan semua guru dapat menikmati pelbagai faedah yang disediakan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. 26. Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara, peranan ibubapa tidak kurang pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Justeru, saya juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat. Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah. Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan. Penutup 27. Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan guru yang proaktif dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat menjayakan proses transformasi pendidikan di negara kita dengan cemerlang. Atas segalanya, guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama transformasi negara. Dengan keringat gurulah kita melahirkan insan yang mulia; dengan kudrat gurulah kita membina masa depan yang sejahtera. 28. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling dimuliakan dalam masyarakat. Bak kata pujangga: Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
  • 7. 29. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih sebagai tokoh guru sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Kepada semua guru, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa. “Selamat Hari Guru”. “Terima Kasih Cikgu”. Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
  • 8. SPM TAHUN 2006 9 a). Berikan dua bandar baru di Malaysia dan nyatakan fungsinya. ( 4 markah ) b). Senaraikan eman faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar besar di dunia. ( 6 markah ) c). i ). Nyatakan lima kesan pembandaran terhadap alam sekitar. ( 5 markah ) ii ). Cadangan lima langkah untuk mengurangkan kesan tersebut. ( 5 markah ) SPM TAHUN 2007 10. a). Di atas peta, namakan : i). Bandar diraja bertanda P ii). Bandar pelabuhan bertanda Q iii). Terminal keretapi bertanda R iv). Bandaraya bertanda S v). Pelabuhan perikanan bertanda T ( 5 markah ) b). Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi proses pembandaran. ( 4 markah ) c). Bandar dan luar bandar bergantung antara satu sama lain. Terangkan tiga sumbangan luar bandar kepada bandar. ( 6 markah ) d). Berikan lima faktor yang mempengaruhi perletakan petempatan luar bandar. ( 5 markah ) SPM TAHUN 2010 11. a). Di atas peta, namakan : i). Bandar sempadan bertanda P ii). Bandar teknologi maklumat dan telekomunikasi bertanda Q iii). Bandar diraja bertanda R iv). Bandar pentadbiran bertanda S ( 4 markah ) b). i). Terangkan faktor yang mempengaruhi perletakan petempatan luar bandar. ( 6 markah ) ii). Nyatakan empat fungsi petempatan luar bandar di Malaysia. ( 4 markah ) c). Bandar dan luar bandar saling bergantung antara satu sama lain. Terangkan sumbangan bandar kepada luar bandar. ( 6 markah )