SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN 
SEMESTER 7 / 2013 
HBML2203 
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 
BAHASA MELAYU 
JANUARI 2013 
PELAJAR : ROSNANI BT HASSAN 
NAMA TUTOR : DR NATHESAN A/L SELLAPAN 
NO MATRIKULASI : 720424085518001 
NO KAD PENGENALAN : 720424085518 
NO TELEFON : 0197312429 
E-MAIL : nishaluqhana@oum.edumy 
PUSAT PEMBELAJARAN : Batu Pahat
PENGHARGAAN 
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Nathesan b Sellapan kerana tidak 
pernah jemu memberi tunjuk ajar dan bimbingan dengan penuh dedikasi dan nasihat yang 
baik dan bernas, menyumbang idea yang pelbagai dan meluas, menjana buah fikiran , 
membina dan memotivasikan serta menjadi perangsang dan penyokong moral kepada saya 
dalam menyiapkan tugasan ini. 
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru besar Sk Seri Yong Peng,Sk Yong Peng 
Sk Seri Kota, SK Seri Telok dan Sk Pasir Putih yang telah memberi kerja sama dan 
kebenaran kepada saya untuk mengutip data di sekolah mereka. Terima kasih yang 
tidak terhingga juga saya ucapkan kepada guru –guru di sekolah berkenaan yang sudi 
memberikan kerjasama menjawab soal selidik saya. 
Setinggi-tinggi terima kasih saya merakamkan kepada suami saya Mohamad Sham b 
Bunawan dan tiga orang anak kesayangan saya yang sentiasa memahami kesibukan saya 
semasa menghabiskan penulisan ini. Walaupun pada ketika itu saya tidak berkesempatan 
menghabiskan masa bersama-sama mereka ,tetapi mereka tidak pernah merungut. 
Akhir sekali, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya memberikan 
idea dan ilham untuk menyudahkan tugasan ini serta memberikan ketabahan 
yang tidak terkira sehingga berjaya menyelesaikan tugasan ini.
SUSUNAN KANDUNGAN 
PENGHARGAAN 
1.0 Pengenalan 
2.0 Objektif penulisan/penyelidikan 
3.0 Definisi konsep 
4.0 Perbincangan /hasilan penyelidikan 
4.1 Kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari 
4.2 Objektif ,peranan ,dan fungsi Sekolah Bestari 
4.3 Pedagogi di Sekolah Bestari 
4.4 Kemahiran di Sekolah Bestari 
4.5 Hasilan guna tenaga yang diharapkan melalui Sekolah Bestari acuan Malaysia 
4.6 Cadangan 
5.0 Kesimpulan 
RUJUKAN
1.0 Pengenalan 
Negara berhasrat untuk mencapai matlamat wawasan 2020 , selaras dengan itu kerajaan 
Malaysia berusaha mengubah sistem pendidikan di Negara ini. Sistem pendidikan sedia ada 
perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi 
(ICT). Oleh itu kerajaan merancang perubahan dalam pendidikan dengan melaksanakan 
Sekolah Bestari. Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Bestari mengandungi empat 
komponen utama, iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan pengajaran-pembelajaran. 
Tujuannya pelaksanaan Sekolah Bestari untuk meningkatkan pertumbuhan produktiviti yang 
dimiliki melalui kepakaran dalam bidang teknologi,tenaga kerja yang kritis dan kreatif 
mampu bersaing dari segi ekonomi dan sebagainya.Justeru itu , pembentukan Sekolah Bestari 
yang lengkap dengan teknologi terkini disediakan bagi memantapkan pendidikan dan 
menyediakan tenaga kerja alaf baru. 
2.0 Objektif penulisan/penyelidikan 
Fokus kajian saya kali lebih menjurus kepada persepsi guru-guru di kawasan saya terhadap 
konsep sekolah bestari sama ada guru-guru tersebut memahami atau tidak Konsep Sekolah 
Bestari. Kajian ini akan mengkaji tahap pengetahuan guru-guru terhadap konsep Sekolah 
Bestari. Kajian juga akan membincangkan sejauh mana guru-guru tahu peranan mereka di 
Sekolah Bestari serta menilai pengetahuan guru terhadap pedagogi bestari. Pada akhir 
tugasan ini saya , terdapat cadangan untuk menerapkan konsep sekolah bestari kepada guru-guru 
terutamanya di kawasan luar Bandar. 
3.0 Definisi dan konsep Sekolah Bestari 
Sekolah Bestari didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran 
dan pembelajaran lebih ke arah intelek pelajar dengan menggunakan teknologi sebagai modul 
penggerak utama. Oleh yang demikian penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan 
pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Proses pembelajaran dan pengajaran iaitu 
proses berkaitan dengan pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran dan pedagogi dapat 
membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif dengan adanya bantuan ICT.
Ini diperjelaskan dengan kata-kata Tun Mahathir Mohamed dipetik daripada Multimedia 
Super Corridor (1 August 1996),”Teachers will need to change their role in the electronic 
classroom from being information providers to counselors to help students develop know 
how and judgment to select information sources.Key to success in the Information Age will 
be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our 
education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing 
education throughout their lives”. 
Pembestarian dari kaca mata Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, dipetik daripada 
Multimedia Super Corridor (M.S.C.), 3 Julai 2004 “The smart school program will be re-modelled 
and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost 
to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet 
program, which is already at an advanced stage of implementation.Advanced teaching and 
learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for 
teaching, while the Smart School Management System will be used to improve 
administration processes`. 
Manakala Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005. ” 
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah 
Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan 
moden mengikut arus pembangunan semasa.Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran 
kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid 
dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari 
segi kos”. 
Nur Azimah bt Zaini et:al (2011) dalam Information and communication technology in 
chemistry mendefinisikan Sekolah Bestari sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses 
pengajaran dan pembelajaran lebih ke arah intelek pelajar dengan menggunakan teknologi 
sebagai modul penggerak utama. Oleh yang demikian penggunaan ICT dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Proses pembelajaran dan 
pengajaran iaitu proses berkaitan dengan pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran dan 
pedagogi dapat membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif dengan 
adanya bantuan ICT.
Di dalam Buku Panduan Pembestarian Sekolah (2004), menjelasksn mengikut Rangka 
Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), setiap tenaga kerja di negara ini perlu celik 
teknologi maklumat, berkemahiran mempunyai kualiti berikut: 
• berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi; 
• berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta 
menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan; dan 
• mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran 
dan pengetahuan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta nilai dan 
etika kerja yang positif. 
Konsep Sekolah Bestari di Malaysia bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut: 
a) Menyediakan pelajar keluar sekolah menghadapi zaman maklumat 
b) Melakukan perubahan sistematik dalam system pendidikan , daripada sekolah yang 
berorientasikan peperiksaan kepada sekolah yang berbudaya maklumat,inovatif dan 
kreatif. 
c) Memberi penekanan semua terhadap sains dan teknologi dengan tumpuan kepada 
kreativiti dan inovasi. 
d) Melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknologi maklumat. 
e) Menyemai budaya penyayang di kalangan pelajar dan melahirkan warga yang 
mencintai keamanan serta menghargai persekitaran yang sihat. 
(Kementerian Pendidikan.1999,http//www.ppk.kpm.my/ppk/) 
Sebagaimana yang kita ketahui, Sekolah Bestari ialah sekolah yang dibentuk semula secara 
menyeluruh meliputi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi 
menyediakan murid yang mampu berdaya saing dalam zaman yang semakin 
mencabar.Sekolah Bestari bukan bermakna menggunakan kemudahan teknologi semata-mata 
tetapi jauh lebih menjurus ke arah pembentukan insaniah membangunkan 
jasmani,emosi,rohani dan intelek serta mendemokrasikan pendidikan.
4.0 Perbincangan /hasilan penyelidikan 
Berdasarkan soal selidik yang saya jalankan kepada 4 orang guru daripada 5 buah sekolah 
yang berbeza 2 buah sekolah luar Bandar iaitu Sk Seri Yong Peng muridnya seramai 300 
orang dan SK Pasir Putih sebuah sekolah SKM(kurang murid) dan 3 buah sekolah Bandar. 
SK Seri Telok jumlah muridnya hampir 700 orang ,SK Yong Peng muridnya lebih kurang 
300 orang dan SK Seri Kota muridnya 200 lebih. 
Respondan soal selidik ini terdiri daripada 8 orang guru lelaki dan 12 orang guru wanita , 5 
orang berumur 24 hingga 35 tahun, 10 orang berumur 36 hingga 45 tahun , manakala 
selebihnya berumur 46-56 tahun. 17 orang respondan berbangsa Melayu , seorang 
berketurunan India dan 2 orang berbangsa Cina. 
Walaupun berbeza latar belakang budaya dan bangsa, dan berbeza sekolah sekolah ,hasil 
dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman guru terhadap sekolah bestari 
hampir sama.Namun demikian perbezaan umur , banyak mempengaruhi pemahaman mereka 
terhadap sekolah bestari. 
4.1 Kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari 
Hasil soal selidik menunjukkan 80% responden yang berumur 24-35 tahun memahami 
konsep Sekolah Bestari ,diikuti oleh mereka yang berumur 36-45 sebanyak 70% manakala 
kalangan guru berumur 46-56 tahun hanya 40% mengetahui konsep sekolah 
Bestari.Berdasarkan dapatan ini jelaslah menunjukkan guru muda lebih memahami konsep 
Sekolah Bestari ini kerana kebanyakan guru muda memiliki kemahiran ICT yang tinggi 
justeru itu ,perubahan pendidikan semakin mudah mereka diterima melalui teknologi terkini . 
65% guru perempuan lebih memahami konsep Sekolah Bestari berbanding guru lelaki hanya 
40% mengetahui konsep ini. Dapatan kajian menunjukkan guru wanita lebih rajin dan 
berminat membuat kajian atau gemar mengadakan perbincangan sesama sendiri mengenai 
konsep ,matlamat dan objektif Sekolah Bestari berbanding guru lelaki.
Satu hasil dapatan kajian yang hampir menyamai dapatan saya disediakan oleh Mohd Izham 
Bin Mohd Hamzah dan Norzaini Azman yang bertajuk Pandangan Pentadbir terhadap 
Implementasi Proses Perubahan Terancang pada Sekolah Bestari di Malaysia dalam 
izan.norzaini.ukm.pdf , iaitu golongan pentakbir biasanya dalam lingkungan 45 hingga 56 
tahun tidak jelas tentang konsep Sekolah Bestari. 
Di dalam kajian beliau ada menyatakan , para pentadbir di sekolah bestari mempunyai 
pandangan yang positif terhadap kewujudan sekolah bestari, tetapi mereka merasakan 
perubahan yang diperkenalkan datang secara bertimpa-timpa dan bukan setakat pembestarian 
sahaja yang diperkenalkan. Malah mereka menyatakan banyak perubahan-perubahan lain 
yang diperkenalkan di sekolah serentak dengan perubahan yang berkaitan dengan sekolah 
bestari. Oleh kerana itu berlaku kekeliruan dan hilang fokus terhadap perubahan yang 
manakah yang perlu diberi perhatian. 
Ini sebagaimana dinyatakan oleh GPK KOKU yang juga merupakan guru subjek Bahasa 
Melayu sebuah sekolah bestari ini. ”Belum habis lagi perubahan tentang bestari 
diperkenalkan, kemudian datang pula perubahan baru lain yang diperkenalkan pula. Jadi, 
saya rasa perubahan yang diperkenalkan itu datang secara mendadak. Saya berasa bestari 
belumlah lagi dapat dijalankan sepenuhnya kemudian diperkenalkan pula KOMSAS dalam 
BM. Setelah KOMSAS baru diperkenalkan, maka datang pula Etems. Jadi, saya rasa 
perubahan yang diperkenalkan di sekolah bestari ini terlalu banyak dan bertimpa-timpa”. 
Jelas di sini guru dalam kalangan pentakbiran iaitu guru senior sukar untuk memahami 
konsep Sekolah Bestari. Oleh kerana itulah hasil dapatan saya menunjukkan guru senior 
ramai tidak memahami konsep Sekolah Bestari. Kebanyakkan guru senior sudah berada di 
zon selesa , mereka kurang tekanan bekerja oleh itu mereka kurang memberi penekanan 
terhadap perubahan-perubahan terkini. Apatah lagi mereka yang sudah berada di peringkat 
umur hampir bersara mereka merasakan tidak perlu lagi memahami konsep Sekolah Bestari 
kerana mereka tidak akan melaksanakannya.
4.2 Objektif ,peranan ,dan fungsi Sekolah Bestari 
Tahap Guru 
24-35th 
% 
Guru 
36-45th 
% Guru 
46-56th 
% 
Kurang setuju 1 10 2 40 
Tidak pasti 3 30 2 40 
Setuju 4 80 4 40 1 20 
Sangat Setuju 1 20 2 20 
% mengetahui 5 100 6 60 1 20 
Jadual di atas menunjukkan hasil kajiselidik untuk melihat tahap pemahaman guru tentang 
objektif ,peranan dan fungsi Sekolah Bestari.Dapatan kajian ini menunjukkan guru muda 
yang berumur dalam lingkungan 24-35 tahun lebih mengetahui tentang konsep, peranan dan 
fungsi Sekolah Bestari. Peringkat umur pertengahan pula hampir 60% memahami konsep 
sekolah bestari.Manakala guru peringkat umur 45-56 tahun hanya 20% yang memahami 
objektif,peranan dan fungsi Sekolah Bestari . 
Faktor ini berlaku kerana kebanyakkan guru diperingkat umur ini mempunyai pengetahuan 
ICT yang terhad. Oleh kerana itu , mereka juga kurang diberi pendedahan tentang 
pembestarian sekolah. Pihak pentakbiran menghantar guru-guru muda ke kursus-kursus 
pembestarian sekolah yang kebanyakkannya memerlukan guru-guru mahir ICT. Kurangnya 
pendedahan menjadikan mereka kurang mengetahui konsep,peranan dan fungsi Sekolah 
Bestari. 
4.3 Pedagogi di Sekolah Bestari 
Berdasarkan Buku Panduan Pembestarian Sekolah (2004),pedagogi sekolah bestari meliputi 
perkara-perkara berikut,antaranya ialah : 
Pengintegrasian elemen-elemen bestari dalam pengajaran dan pembelajaran 
mata pelajaran sekolah.Elemen ini meliputi gaya pembelajaran,kecerdasan 
pelbagai,pendekatan pengajaran,strategi pengajaran dan pembelajaran dan 
kemahiran generik.
Pengurusan kurikulum – Guru perlu memastikan spesifikasi kurikulum mata 
pelajaran yang hendak diajar.Guru perlu merancang aktiviti pemelajaran 
jangka panjang dan jangka pendek dengan berkesan.Pelajar perlu diberi ruang 
belajar sendiri,guru hanya sebagai pemudahcara. 
Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran – Menggunakan pelbagai 
sumber media elektronik dan bukan elektronik. Antara media elektronik yang 
boleh digunakan seperti seperti perisian multimedia,VCD,CD audio,internet 
dan CDRI. 
Kajiselidik yang dijalankan menunjukkan 60% guru faham pedagogi yang diamalkan di 
Sekolah Bestari namun demikian 40% guru masih belum faham tentang pedagogi Sekolah 
Bestari. Kebanyakkan guru beranggapan bahawa Sekolah Bestari bererti penggunaan ICT 
sepenuhnya dalam pendidikan . Oleh itu mereka beranggapan sekolah luar Bandar yang tidak 
mempunyai kemudahan ICT tidak boleh menjalanan program Sekolah Bestari. 
Di dalam tesis sarjana yang ditulis oleh Ahmad Hanizar b Abdul Halim(2007) belau 
memberikan perbezaan Pembelajaran Tradisional / Pembelajaran secara bersemuka 
(PSB)dengan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PBK): 
Menurut beliau Pembelajaran Tradisional /pembelajaran secara Bersemuka (PSB) ialah suatu 
situasi pembelajaran yang tipikal di dalam kelas yang berpusatkan guru di mana buku teks 
menjadi teras bacaan dan alatan bantu mengajar lain, kecuali komputer, diguna untuk 
membantu proses P&P, dan waktu kelas digunakan untuk menyampaikan maklumat dan 
menjawab soalan pelajar. 
Manakala Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)pula, ialah pendekatan berpusatkan 
pelajar yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di mana 
pendekatan ini boleh jadi berbentuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah, atau 
secara penemuan untuk meneroka maklumat melalui komputer (Baharudin et al., 2002)
Komputer akan digunakan secara meluas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, 
penilaian serta pentadbiran sekolah-sekolah bestari. Empat subjek utama dalam kurikulum 
pendidikan Sekolah Bestari iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang 
akan digunakan di dalam bilik daijah selaras dengan amalan pedagogi yang telah digariskan 
dalam perancangannya. Bahanbahan tersebut akan memiliki sistem penilaiannya yang 
tersendiri dan ia digunakan untuk membantu proses pembelajaran dengan cara yang 
bersesuaian dengan tahap dan gaya pembelajaran seseorang pelajar. 
(Asmelinda bt Ismail et:al 2001) 
Berdasarkan kenyataan kajian di atas jelaslah bahawa perbezaan pedagogi bestari dengan 
pedagogi sekolah tradisional. Dalam pedagogi bestari ,pembelajaran menjadi lebih menarik 
kerana adanya bahan bantu seperti komputer dan perisiannya. Pembelajaran berpusatkan 
murid dan media guru hanya bertindak sebagai pemudah cara. Murid boleh belajar mengikut 
kemampuan kendiri. 
4.4 Kemahiran di Sekolah Bestari 
Tahap Pengintegrasian ICT 
Dalam konteks kajian ini, pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi 
ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru 
(n=186, 94.4%) menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya sekali dalam 
seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta lembaran kerja. 
Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi (M=2.8, SP=.59). Aplikasi hamparan elektronik 
turut digunakan oleh majoriti guru (n=136, 69.1%) sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuk 
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.86, 
SP=.90). Selain itu, majoriti guru (n=125, 63.4%) turut didapati mengguna aplikasi persembahan 
elektronik dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk 
menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.75, 
SP=.95). Kebanyakan guru (n=118, 59.9%) juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajaran 
dan pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.67, 
SP=1.02). Namun begitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti 
guru (n=120, 60.9%) didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru, 
pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah (M=0.57, SP=.79). Majoriti guru (n=136, 69%) 
didapati merujuk kepada World Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang 
diajar. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.92, SP=1.0). Daripada segi 
Tahap Guru % Guru % Guru %
24-35th 36-45th 46-56th 
Kurang setuju 1 10 2 40 
Tidak pasti 3 30 2 40 
Setuju 4 80 4 40 1 20 
Sangat Setuju 1 20 2 20 
% mengetahui 5 100 6 60 1 20 
4.5 Hasilan guna tenaga yang diharapkan melalui Sekolah Bestari acuan Malaysia 
4.6 Cadangan 
http://www.kedah.edu.my/sahc/esei_karya/Microsoft%20Word%20- 
%20PENGURUSAN%20PEMBELAJARAN%20BESTARI.pdfSobariyah bt. Razak 
sanakan, maka masalah ketiadaan juruteknik untuk Makmal Komputer sudah pasti dapat 
diatasi. 
Cadangan Pendekatan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek 
Adalah dirasakan pembelajaran berasaskan projek bukan sahaja mampu menjadikan alam 
pendidikan menjadi lebih berkesan tetapi juga lebih selesa, menarik dan berkualiti serta dapat 
menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia di rantau ini. 
Sekiranya 
pembaharuan ini dapat dilaksanakan, sudah pasti KSAH mampu mendepani sekolah-sekolah 
dalam 
program pembestarian sekolah. 
Dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek, pelajar-pelajar akan diberi tugasan 
tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. 
Pelajar 
kemudiannya akan akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk 
menyiapkannya.
Laman web guru mata pelajaran atau laman web panitia Mata Pelajaran bolehlah digunakan 
untuk 
membantu para pelajar mendapatkan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi. 
Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan 
guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara 
yang perlu 
diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang 
masa dan 
secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah 
diakses oleh 
para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut, penggunaan e-mel boleh 
dimaksimumkan. 
Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berasaskan projek ialah pembentangan hasil 
tugasan. Komputer hendaklah digunakan sebagai salah satu alat untuk pembentangan. 
Semasa 
7.0 Kebaikan Dan Kelemahan Sekolah Bestari 
7.1 Kebaikan Sekolah Bestari 
Seperti yang kita ketahui, Sekolah Bestari ini merupakan institusi pembelajaran yang 
diubahsuai oleh Kementerian Pelajaran dengan menggunakan sistem pengajaran-pembelajaran 
berasaskan atau berpandukan ICT. Dengan penggunaan ICT pada masa kini 
amatlah diperlukan kerana dunia semakin maju dan moden. Di sini terdapat beberapa 
kebaikan yang diperoleh dalam melaksanakan program Sekolah Bestari di Malaysia iaitu : 
7.1.1 Melahirkan masyarakat yang celik IT pada masa hadapan.
Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun di dunia ini. Oleh itu, 
sekolah bestari ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan iaitu 
Kementerian Pelajaran untuk mencapai Wawasan 2020 yang sering kita dengarkan demi 
memajukan negara kita. Melahirkan masyarakat yang celik IT merupakan salah satu 
matlamat yang hendak dicapai dalam Wawasan 2020. Oleh itu, memang wajarlah pihak 
kerajaan melaksanakan Sekolah Bestari ini yang berlandaskan IT. Untuk melahirkan 
masyarakat yang celik IT pada masa hadapan kita perlukan mulai dari sekarang bak kata 
pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya 
menerapkan atau mendidik masyarakat supaya kenal dan tahu cara menggunakan IT ini. 
Dengan wujudnya Sekolah Bestari ini iaitu sistem pendidikan yang berpandukan teknologi 
dapat menjadikan sistem pembelajaran hari ini semakin maju dan dapat menggalakkan lagi 
penggunaan teknologi-teknologi moden yang ada. Sebagai contohnya, penggunaan LCD dan 
komputer riba dalam proses pembelajaran dapat memberi impak yang besar kepada 
masyarakat kita. Bukan itu sahaja, malah guru-guru juga akan dihantar untuk pergi ke kursus-kursus 
mengenai ICT untuk membolehkan atau menjayakan konsep Sekolah Bestari ini. 
Bukan itu sahaja, kita juga boleh merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar yang 
sering dipinggirkan. Hal ini jelas membuktikan dengan wujudnya sistem Sekolah Bestari ini 
dapat melahirkan masyarakat celik IT walaupun tidak sepenuhnya lagi. 
7.1.2 Menarik minat pelajar untuk menerokai lebih banyak pengetahuan. 
Dengan prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah 
bestari ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu. 
Pada dunia yang tanpa sempadan ini, para pelajar dan masyarakat boleh mencari pelbagai 
maklumat di hujung jari sahaja. Hal ini memperlihatkan begitu mudah pada masa kini para 
pelajar untuk mencari sebarang maklumat menggunakan teknologi yang ada tanpa perlu 
beratur panjang. Berbeza dengan sistem lama yang hanya menggunakan papan hitam sebagai 
tempat atau platform dalam menyebarkan ilmu. 
Dengan adanya Sekolah Bestari, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) 
membolehkan para pelajar mencari maklumat untuk menajamkan pemikiran mereka serta 
dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan-bahan cetak yang 
lain. Selain itu, pembelajaran akan menjadi lebih menarik, motivasi, merangsangkan dan
bermakna. Dalam proses P&P di sekolah-sekolah bestari ini, elemen yang dititikberatkan 
adalah akal, rohani, dan jasmani pelajar yang selaras dengan Falsafah Pendidikan 
Kebangsaan. Para pelajar dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif malah 
disemai dengan nilai dan menggalakkan peningkatan dalam kelancaran penggunaan bahasa. 
Dengan cara ini kita dapat mengetahui kebolehan, minat, dan keperluan pelajar dipelbagaikan 
mengikut keperluan dan individu. 
7.1.3 Memudahkan urusan pelbagai pihak. 
Selain dari menarik minat pelajar untuk menerokai pelbagai ilmu baru, Sekolah Bestari juga 
dapat memudahkan pelbagai pihak. Sebagai contohnya, para guru dapat mencari pelbagai 
bahan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan tugasan yang tersusun dan 
sistematik. Tugasan yang tersusun yang diberikan kepada para guru akan menjadikan guru 
mudah dan dapat memfokuskan proses P&P. Hal ini kerana tugas atau kerja yang 
membebankan guru akan memberi kesan kepada had tugasan guru. Dengan ini, para pelajar 
juga akan mudah menerima masuk input-input daripada guru dengan berkesan. Bukan itu 
sahaja, malah kebanyakan bahan audio visual boleh dapat melalui internet. Bahan-bahan ini 
boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Sebagai contoh, bahan bercetak sukar 
dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pengajaran dan 
pembelajaran mengambil masa yang lama. Bahan yang berasaskan komputer atau teknologi 
maklumat boleh dikemaskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh itu, disyorkan 
supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasakan komputer. Bukan itu sahaja, 
penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan dan 
pembelajaran seseorang guru. 
7.1.4 Meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia . 
Bagaimana konsep sekolah bestari ini boleh meningkatkan taraf pendidikan negara? Seperti 
yang kita ketahui, dengan wujudnya Sekolah Bestari ini, Kementerian Pelajaran telah 
menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses P&P 
berjalan lancar. Secara tidak langsung, cara ini dapat meningkatkan taraf pendidikan kita. 
Sebagai contohnya, pada zaman dahulu para guru mengajar di sekolah menggunakan papan 
hitam sahaja. Dengan cara pengajaran seperti ini sangat lambat dan mengambil masa yang 
lama dan tidak semua maklumat dapat disampaikan kepada para pelajar. Dengan adanya ICT 
ini, pelbagai jenis maklumat boleh didapati dengan mudah, cepat dan padat. Tambahan pula, 
dengan wujudnya sistem pembelajaran dan pengajaran seperti ini dapat menjadikan Malaysia
setaraf dengan negara-negara yang membangun. Oleh itu, hal ini dapat melahirkan 
masyarakat yang celik IT di samping memajukan negara kita. 
7.2 Kelemahan Sekolah Bestari 
Setiap apa yang diciptakan ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Oleh itu, terdapat 
beberapa kelemahan yang diperoleh dari wujudnya konsep Sekolah Bestari ini. Antaranya 
adalah pihak Kementerian Pelajaran terpaksa mengeluarkan kos yang begitu besar untuk 
menjayakan program Sekolah Bestari ini. Selain itu, setiap sekolah hanya diperuntukkan 
sedikit sahaja komputer sebagai permulaan. Hal ini menyebabkan para pelajar terpaksa 
bergilir-gilir menggunakan komputer tersebut. 
Tambahan pula, mereka terpaksa menggunakan komputer seminggu sekali dan masa yang 
diberikan tidak lama dalam anggaran 30 atau 40 minit sahaja dalam satu mata pelajaran. Hal 
ini kerana, terdapat banyak kelas yang hendak menggunakan komputer tersebut. Bukan itu 
sahaja, malahan jika komputer itu rosak ini akan mengganggu masa P&P di dalam kelas dan 
para guru terpaksa mengajar pelajar secara normal menggunakan papan hitam. Tambahan 
lagi, sumber pembelajaran berasakan komputer selalunya terdedah kepada kerosakan hard 
disk, cakera padat, disket atau diserang virus. Hal ini kerana, pihak sekolah mengambil masa 
yang lama untuk membaiki komputer tersebut untuk diguna kembali. Ini akan mengganggu 
proses pembelajaran di sekolah. 
8.0 Cabaran Sekolah Bestari 
Bagi melaksanakan program Sekolah Bestari ini, penumpuan utama perlu diberikan kepada 
aspek memantapkan kebijaksanaan sekolah dalam menguruskan sekolah dan sumber bagi 
membina prasarana. Ini kerana Sekolah Bestari adalah pelaksanaan rancangan Kementerian 
Pendidikan dalam merealisasikan perubahan kandungan dan cara penyampaian pendidikan 
kepada pelajar di sekolah. Ia juga memantapkan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran 
sekolah bagi menyokong penyampaian pendidikan kepada pelajar dengan lebih 
berkesan.Untuk itu, tanggungjawab dalam perubahan dan pembaharuan ini menjadi amanah 
dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh pengetua-pengetua di sekolah bagi memastikan 
pelaksanaan pendekatan bestari di sekolah berjaya. Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan 
ini, sudah pasti wujud masalah-masalah yang dapat dilihat sebagai cabaran-cabaran sekolah 
bestari.
8.1 Cabaran Kepada Pengetua Sekolah 
Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh kepimpinan 
pengetua yang berkesan. Ini bermakna, pengetua yang dapat menggerakkan sekolah itu maju 
ke hadapan bagi mencapai kecemerlangan atau sebaliknya terpulang kepada pentadbiran 
sesebuah sekolah tersebut. 
8.1.1 Membina infrastruktur 
Sekolah bestari adalah strategi pengkomputeran. Untuk itu, penyediaan infrastruktur 
teknologi memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi oleh pengetua. Pengetua perlu bijak 
memainkan peranan sebagai pihak bertanggungjawab sekolah untuk mencari bilik darjah 
yang mampu memuatkan alat-alat kelengkapan IT seperti komputer dan bahan-bahan media 
yang lain. Dalam erti kata lain, pengetua perlu mencari tempat untuk diubahsuai dijadikan 
makmal komputer. Tugas ini memerlukan masa dan penglibatan pengetua bagi memastikan 
segala proses mengikut prosedur yang ditetapkan. 
8.1.2 Bahan pembelajaran dan pengajaran (P&P) 
Pengetua perlulah menyediakan bahan-bahan yang berkualiti dan relevan bagi kelas-kelas 
bestari. Hal ini kerana, proses P&P bagi Sekolah Bestari ini agak berbeza berbanding dengan 
sekolah biasa. Sekolah Bestari ini lebih banyak penggunaan ICT. Oleh itu, bahan-bahan yang 
berasakan komputer amat diperlukan seperti mengajar melalui power point dan sebagainya. 
Pengetua sekolah hendaklah menyediakan alatan mengajar mengikut kehendak dan 
kesesuaian pelajar. 
8.1.3 Menanam keyakinan kepada ibu Bapa 
Selaras dengan matlamat Sekolah Bestari iaitu melahirkan pelajar yang celik IT, sebaik-baiknya 
pengetua hendaklah memperlengkapkan diri dengan kemahiran IT. Sekolah Bestari 
perlu menyediakan pelan teknologi maklumat, pelan pengurusan dan pelan kakitangan 
maklumat untuk mengatasi masalah pengetua yang buta IT. Maka, ibu bapa akan lebih yakin 
untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Bestari apabila melihat kesungguhan 
pengetua di sana memperlengkapkan diri dengan kemahiran IT. 
8.2 Cabaran Guru-Guru Sekolah Bestari
Selain daripada pengetua, guru-guru juga menerima cabaran. Cabaran-cabaran ini perlu 
diterima dengan fikiran terbuka dan matang bagi memastikan Sekolah Bestari dapat 
dijalankan dengan sempurna. 
8.2.1 Tingkatkan pengetahuan dan kecekapan IT. 
Guru adalah orang yang bertanggungjawab dalam mencurahkan ilmu kepada para pelajar. 
Oleh sebab itu, guru-guru yang terbabit atau terlibat dengan pendidikan bestari ini perlu 
melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran IT yang baik. Guru-guru juga perlu mampu 
berfikiran kritis dan cekap serta mahir dalam ekspresi idea, pengalaman, konsep, dan bahasa 
komunikasi. Guru-guru juga perlu menggunakan komputer secara insentif untuk kajian, 
komunikasi, persembahan, menambah nilai ilmu dan maklumat bagi mempelbagaikan 
penggunaan dan kegunaan IT. Secara tidak langsung, ia mewujudkan suasana yang dapat 
menarik minat pelajar di dalam kelas. 
8.2.2 Penyelenggaraan 
Kemudahan IT dalam pendidikan Sekolah Bestari digunakan secara insentif dalam proses 
pengajaran guru. Namun begitu, berlaku masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan seperti 
kerosakan komputer dan peralatan-peralatan yang menyebabkan proses pengajaran 
terganggu. Bagi mengelakkan ketinggalan, masalah-masalah ini perlu di atasi segera tetapi ini 
juga melibatkan kos-kos penyelenggaraan yang tinggi. Ini menyebabkan masalah-masalah 
yang berkaitan terpaksa ditangguhkan dan mengambil masa yang lama untuk mengatasinya. 
8.2.3 Melahirkan para pelajar yang celik IT. 
Pelaksanaan Sekolah Bestari adalah langkah yang tepat dan sesuai dengan kehendak dan 
keperluan global yang menekankan penggunaan IT. Bagi memenuhi kehendak dan keperluan 
ini, persediaan dan keperluan perlu dibuat pada peringkat awal lagi.Untuk itu ,guru-guru 
perlu memainkan peranan dalam mendidik para pelajar menjadi pelajar yang celik IT. 
Perkara utama yang perlu ditekankan adalah memastikan para pelajar berminat dan bersedia 
menghadapi pembelajaran. Untuk itu, guru-guru perlu menimbulkan perasaan minat dan 
seronok di dalam para pelajar supaya lebih mudah menyampaikan ilmu kepada mereka. 
8.3 Cabaran Kepada Para Pelajar. 
Dalam membentuk Sekolah Bestari, para pelajar juga tidak terkecuali dalam menerima 
perubahan di mana mereka lebih perlu sedia untuk berubah.
8.3.1 Menerima perubahan dalam proses P&P 
Para pelajar perlu bersedia dalam menghadapi perubahan yang dilakukan dalam proses 
pembelajaran demi kebaikan. Untuk itu, mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal 
supaya dapat menerima segala perubahan dan menjadikannya sebagai inisiatif bagi 
meningkatkan kemahiran diri. Pendekatan IT yang perlu dipelajari adalah perkara asing bagi 
pelajar. Ini mungkin menimbulkan perasaan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk 
mempelajarinya. Sebaik-baiknya pendedahan yang diberikan oleh guru dapat membantu dan 
meningkatkan minat belajar yang tinggi dalam diri pelajar. 
8.3.2 Menguasai ilmu IT 
Para pelajar seharusnya memastikan apa yang dipelajari dari guru dalam menggunakan 
pendekatan IT adalah perkara yang berguna. Untuk itu, para pelajar harus berusaha 
menguasai ilmu yang diberikan. Bagi merealisasikan perkara itu, para pelajar perlu sentiasa 
bersedia dan memahami perkara yang ingin disampaikan oleh guru. Para pelajar perlu 
sentiasa membuat latihan dan ulang kaji yang berterusan dalam usaha menguasai ilmu.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010. Kuala Lumpur: 
Kerajaan Malaysia 
http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1461 
http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1489 
http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%205.pdf 
http://infobestari.blogspot.com/2009/05/program-sekolah-bestari- luar-bandar-kpm.html 
http://www.tutor.com.my/tutor/fokus/4_c.htm 
http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=3057 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec= 
Pendidikan&pg=pe_01.htmantu proses pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif dengan 
adanya bantuan ICT. 
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2012/V28_2_73-94.pdf
eprints.usm.my/.../KESAN_PEMBELAJAR 
Kesan pembelajaran menggunakan perisian ssms sekolah 
Bestari berbanding pengajaran dan pembelajaran secara 
Tradisional dalam fizik 
Ahmad hanizar bin abdul halim 
Oktober 2007 
Pelaksanaan sistem penilaian bestari 
Satu tinjauan ke atas sekolah menengah kebangsaan 
Perempuan temenggung ibrahim, batu pahat, johor 
Dan sekolah menengah kebangsaan dato' penggawa barat 
Pontian, johor. 
Asmelinda binti ismail 
Bahariatulaini binti badri 
Faizatul amla binti abd. Hamid 
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi 
Syarat penganugerahan ijazah saijana pendidikan (teknik 
• http://www.mdc.com.my 
• http://www.moe.edu.my

More Related Content

What's hot

What's hot (15)

Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Refleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue fullRefleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue full
 
Masalah peningkatan mutu pendidikan
Masalah peningkatan mutu pendidikanMasalah peningkatan mutu pendidikan
Masalah peningkatan mutu pendidikan
 
Bab seluruh
Bab seluruhBab seluruh
Bab seluruh
 
Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)
 
Jurnal widodo winarso at-tarbiyah_2014
Jurnal widodo winarso at-tarbiyah_2014Jurnal widodo winarso at-tarbiyah_2014
Jurnal widodo winarso at-tarbiyah_2014
 
Hsp maths f2
Hsp maths f2Hsp maths f2
Hsp maths f2
 
Matematik tambahan tingkatan 4
Matematik tambahan tingkatan 4Matematik tambahan tingkatan 4
Matematik tambahan tingkatan 4
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
 
HSP Matematik Tingkatan 3
HSP Matematik Tingkatan 3HSP Matematik Tingkatan 3
HSP Matematik Tingkatan 3
 
Hsp mat-t4
Hsp mat-t4Hsp mat-t4
Hsp mat-t4
 
Hsp matematik tg4
Hsp matematik tg4Hsp matematik tg4
Hsp matematik tg4
 
20150604025127 sk matematik_tg4 2012
20150604025127 sk matematik_tg4 201220150604025127 sk matematik_tg4 2012
20150604025127 sk matematik_tg4 2012
 
Dokumen standard matematik tahun 1
Dokumen standard matematik tahun 1Dokumen standard matematik tahun 1
Dokumen standard matematik tahun 1
 

Similar to Asigment bm

Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tiksman 2 mataram
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATMokhzani Fadir
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkQbarrizky
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkQbarrizky
 
Panduan lpsb dikmen
Panduan lpsb dikmenPanduan lpsb dikmen
Panduan lpsb dikmendedi isanto
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21Kau Ilhamku
 
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daringSyaiful Ahdan
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)NorZie Ali
 
PROGRAM KERJA BIMBINGAN TIK.docx
PROGRAM KERJA BIMBINGAN TIK.docxPROGRAM KERJA BIMBINGAN TIK.docx
PROGRAM KERJA BIMBINGAN TIK.docxsahri kpl
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarContoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarAmandaYella
 
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYAELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYAMokhzani Fadir
 

Similar to Asigment bm (20)

Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Panduan lpsb dikmen
Panduan lpsb dikmenPanduan lpsb dikmen
Panduan lpsb dikmen
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
 
Karya ilmiah4
Karya ilmiah4Karya ilmiah4
Karya ilmiah4
 
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
2.panduan penjaminan mutu proses pembelajaran daring
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Combine
CombineCombine
Combine
 
PROGRAM KERJA BIMBINGAN TIK.docx
PROGRAM KERJA BIMBINGAN TIK.docxPROGRAM KERJA BIMBINGAN TIK.docx
PROGRAM KERJA BIMBINGAN TIK.docx
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarContoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
 
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYAELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
 

More from Rosnani Hassan

Berdasarkan rajah punca
Berdasarkan rajah puncaBerdasarkan rajah punca
Berdasarkan rajah puncaRosnani Hassan
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Borang pk 07 3 contoh format minit mesyuarat
Borang pk 07 3 contoh format minit mesyuaratBorang pk 07 3 contoh format minit mesyuarat
Borang pk 07 3 contoh format minit mesyuaratRosnani Hassan
 

More from Rosnani Hassan (8)

Berdasarkan rajah punca
Berdasarkan rajah puncaBerdasarkan rajah punca
Berdasarkan rajah punca
 
Arief fikri azmi
Arief fikri azmiArief fikri azmi
Arief fikri azmi
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Lokasi pelan c
Lokasi pelan cLokasi pelan c
Lokasi pelan c
 
Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9
 
Ulgkaji 01
Ulgkaji 01Ulgkaji 01
Ulgkaji 01
 
Borang pk 07 3 contoh format minit mesyuarat
Borang pk 07 3 contoh format minit mesyuaratBorang pk 07 3 contoh format minit mesyuarat
Borang pk 07 3 contoh format minit mesyuarat
 
Pertandingan
PertandinganPertandingan
Pertandingan
 

Asigment bm

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER 7 / 2013 HBML2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU JANUARI 2013 PELAJAR : ROSNANI BT HASSAN NAMA TUTOR : DR NATHESAN A/L SELLAPAN NO MATRIKULASI : 720424085518001 NO KAD PENGENALAN : 720424085518 NO TELEFON : 0197312429 E-MAIL : nishaluqhana@oum.edumy PUSAT PEMBELAJARAN : Batu Pahat
  • 2. PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Nathesan b Sellapan kerana tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan bimbingan dengan penuh dedikasi dan nasihat yang baik dan bernas, menyumbang idea yang pelbagai dan meluas, menjana buah fikiran , membina dan memotivasikan serta menjadi perangsang dan penyokong moral kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru besar Sk Seri Yong Peng,Sk Yong Peng Sk Seri Kota, SK Seri Telok dan Sk Pasir Putih yang telah memberi kerja sama dan kebenaran kepada saya untuk mengutip data di sekolah mereka. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada guru –guru di sekolah berkenaan yang sudi memberikan kerjasama menjawab soal selidik saya. Setinggi-tinggi terima kasih saya merakamkan kepada suami saya Mohamad Sham b Bunawan dan tiga orang anak kesayangan saya yang sentiasa memahami kesibukan saya semasa menghabiskan penulisan ini. Walaupun pada ketika itu saya tidak berkesempatan menghabiskan masa bersama-sama mereka ,tetapi mereka tidak pernah merungut. Akhir sekali, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya memberikan idea dan ilham untuk menyudahkan tugasan ini serta memberikan ketabahan yang tidak terkira sehingga berjaya menyelesaikan tugasan ini.
  • 3. SUSUNAN KANDUNGAN PENGHARGAAN 1.0 Pengenalan 2.0 Objektif penulisan/penyelidikan 3.0 Definisi konsep 4.0 Perbincangan /hasilan penyelidikan 4.1 Kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari 4.2 Objektif ,peranan ,dan fungsi Sekolah Bestari 4.3 Pedagogi di Sekolah Bestari 4.4 Kemahiran di Sekolah Bestari 4.5 Hasilan guna tenaga yang diharapkan melalui Sekolah Bestari acuan Malaysia 4.6 Cadangan 5.0 Kesimpulan RUJUKAN
  • 4. 1.0 Pengenalan Negara berhasrat untuk mencapai matlamat wawasan 2020 , selaras dengan itu kerajaan Malaysia berusaha mengubah sistem pendidikan di Negara ini. Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh itu kerajaan merancang perubahan dalam pendidikan dengan melaksanakan Sekolah Bestari. Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Bestari mengandungi empat komponen utama, iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan pengajaran-pembelajaran. Tujuannya pelaksanaan Sekolah Bestari untuk meningkatkan pertumbuhan produktiviti yang dimiliki melalui kepakaran dalam bidang teknologi,tenaga kerja yang kritis dan kreatif mampu bersaing dari segi ekonomi dan sebagainya.Justeru itu , pembentukan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini disediakan bagi memantapkan pendidikan dan menyediakan tenaga kerja alaf baru. 2.0 Objektif penulisan/penyelidikan Fokus kajian saya kali lebih menjurus kepada persepsi guru-guru di kawasan saya terhadap konsep sekolah bestari sama ada guru-guru tersebut memahami atau tidak Konsep Sekolah Bestari. Kajian ini akan mengkaji tahap pengetahuan guru-guru terhadap konsep Sekolah Bestari. Kajian juga akan membincangkan sejauh mana guru-guru tahu peranan mereka di Sekolah Bestari serta menilai pengetahuan guru terhadap pedagogi bestari. Pada akhir tugasan ini saya , terdapat cadangan untuk menerapkan konsep sekolah bestari kepada guru-guru terutamanya di kawasan luar Bandar. 3.0 Definisi dan konsep Sekolah Bestari Sekolah Bestari didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih ke arah intelek pelajar dengan menggunakan teknologi sebagai modul penggerak utama. Oleh yang demikian penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Proses pembelajaran dan pengajaran iaitu proses berkaitan dengan pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran dan pedagogi dapat membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif dengan adanya bantuan ICT.
  • 5. Ini diperjelaskan dengan kata-kata Tun Mahathir Mohamed dipetik daripada Multimedia Super Corridor (1 August 1996),”Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources.Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives”. Pembestarian dari kaca mata Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, dipetik daripada Multimedia Super Corridor (M.S.C.), 3 Julai 2004 “The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation.Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes`. Manakala Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005. ” … pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos”. Nur Azimah bt Zaini et:al (2011) dalam Information and communication technology in chemistry mendefinisikan Sekolah Bestari sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih ke arah intelek pelajar dengan menggunakan teknologi sebagai modul penggerak utama. Oleh yang demikian penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Proses pembelajaran dan pengajaran iaitu proses berkaitan dengan pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran dan pedagogi dapat membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif dengan adanya bantuan ICT.
  • 6. Di dalam Buku Panduan Pembestarian Sekolah (2004), menjelasksn mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), setiap tenaga kerja di negara ini perlu celik teknologi maklumat, berkemahiran mempunyai kualiti berikut: • berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi; • berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan; dan • mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta nilai dan etika kerja yang positif. Konsep Sekolah Bestari di Malaysia bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut: a) Menyediakan pelajar keluar sekolah menghadapi zaman maklumat b) Melakukan perubahan sistematik dalam system pendidikan , daripada sekolah yang berorientasikan peperiksaan kepada sekolah yang berbudaya maklumat,inovatif dan kreatif. c) Memberi penekanan semua terhadap sains dan teknologi dengan tumpuan kepada kreativiti dan inovasi. d) Melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknologi maklumat. e) Menyemai budaya penyayang di kalangan pelajar dan melahirkan warga yang mencintai keamanan serta menghargai persekitaran yang sihat. (Kementerian Pendidikan.1999,http//www.ppk.kpm.my/ppk/) Sebagaimana yang kita ketahui, Sekolah Bestari ialah sekolah yang dibentuk semula secara menyeluruh meliputi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan murid yang mampu berdaya saing dalam zaman yang semakin mencabar.Sekolah Bestari bukan bermakna menggunakan kemudahan teknologi semata-mata tetapi jauh lebih menjurus ke arah pembentukan insaniah membangunkan jasmani,emosi,rohani dan intelek serta mendemokrasikan pendidikan.
  • 7. 4.0 Perbincangan /hasilan penyelidikan Berdasarkan soal selidik yang saya jalankan kepada 4 orang guru daripada 5 buah sekolah yang berbeza 2 buah sekolah luar Bandar iaitu Sk Seri Yong Peng muridnya seramai 300 orang dan SK Pasir Putih sebuah sekolah SKM(kurang murid) dan 3 buah sekolah Bandar. SK Seri Telok jumlah muridnya hampir 700 orang ,SK Yong Peng muridnya lebih kurang 300 orang dan SK Seri Kota muridnya 200 lebih. Respondan soal selidik ini terdiri daripada 8 orang guru lelaki dan 12 orang guru wanita , 5 orang berumur 24 hingga 35 tahun, 10 orang berumur 36 hingga 45 tahun , manakala selebihnya berumur 46-56 tahun. 17 orang respondan berbangsa Melayu , seorang berketurunan India dan 2 orang berbangsa Cina. Walaupun berbeza latar belakang budaya dan bangsa, dan berbeza sekolah sekolah ,hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman guru terhadap sekolah bestari hampir sama.Namun demikian perbezaan umur , banyak mempengaruhi pemahaman mereka terhadap sekolah bestari. 4.1 Kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari Hasil soal selidik menunjukkan 80% responden yang berumur 24-35 tahun memahami konsep Sekolah Bestari ,diikuti oleh mereka yang berumur 36-45 sebanyak 70% manakala kalangan guru berumur 46-56 tahun hanya 40% mengetahui konsep sekolah Bestari.Berdasarkan dapatan ini jelaslah menunjukkan guru muda lebih memahami konsep Sekolah Bestari ini kerana kebanyakan guru muda memiliki kemahiran ICT yang tinggi justeru itu ,perubahan pendidikan semakin mudah mereka diterima melalui teknologi terkini . 65% guru perempuan lebih memahami konsep Sekolah Bestari berbanding guru lelaki hanya 40% mengetahui konsep ini. Dapatan kajian menunjukkan guru wanita lebih rajin dan berminat membuat kajian atau gemar mengadakan perbincangan sesama sendiri mengenai konsep ,matlamat dan objektif Sekolah Bestari berbanding guru lelaki.
  • 8. Satu hasil dapatan kajian yang hampir menyamai dapatan saya disediakan oleh Mohd Izham Bin Mohd Hamzah dan Norzaini Azman yang bertajuk Pandangan Pentadbir terhadap Implementasi Proses Perubahan Terancang pada Sekolah Bestari di Malaysia dalam izan.norzaini.ukm.pdf , iaitu golongan pentakbir biasanya dalam lingkungan 45 hingga 56 tahun tidak jelas tentang konsep Sekolah Bestari. Di dalam kajian beliau ada menyatakan , para pentadbir di sekolah bestari mempunyai pandangan yang positif terhadap kewujudan sekolah bestari, tetapi mereka merasakan perubahan yang diperkenalkan datang secara bertimpa-timpa dan bukan setakat pembestarian sahaja yang diperkenalkan. Malah mereka menyatakan banyak perubahan-perubahan lain yang diperkenalkan di sekolah serentak dengan perubahan yang berkaitan dengan sekolah bestari. Oleh kerana itu berlaku kekeliruan dan hilang fokus terhadap perubahan yang manakah yang perlu diberi perhatian. Ini sebagaimana dinyatakan oleh GPK KOKU yang juga merupakan guru subjek Bahasa Melayu sebuah sekolah bestari ini. ”Belum habis lagi perubahan tentang bestari diperkenalkan, kemudian datang pula perubahan baru lain yang diperkenalkan pula. Jadi, saya rasa perubahan yang diperkenalkan itu datang secara mendadak. Saya berasa bestari belumlah lagi dapat dijalankan sepenuhnya kemudian diperkenalkan pula KOMSAS dalam BM. Setelah KOMSAS baru diperkenalkan, maka datang pula Etems. Jadi, saya rasa perubahan yang diperkenalkan di sekolah bestari ini terlalu banyak dan bertimpa-timpa”. Jelas di sini guru dalam kalangan pentakbiran iaitu guru senior sukar untuk memahami konsep Sekolah Bestari. Oleh kerana itulah hasil dapatan saya menunjukkan guru senior ramai tidak memahami konsep Sekolah Bestari. Kebanyakkan guru senior sudah berada di zon selesa , mereka kurang tekanan bekerja oleh itu mereka kurang memberi penekanan terhadap perubahan-perubahan terkini. Apatah lagi mereka yang sudah berada di peringkat umur hampir bersara mereka merasakan tidak perlu lagi memahami konsep Sekolah Bestari kerana mereka tidak akan melaksanakannya.
  • 9. 4.2 Objektif ,peranan ,dan fungsi Sekolah Bestari Tahap Guru 24-35th % Guru 36-45th % Guru 46-56th % Kurang setuju 1 10 2 40 Tidak pasti 3 30 2 40 Setuju 4 80 4 40 1 20 Sangat Setuju 1 20 2 20 % mengetahui 5 100 6 60 1 20 Jadual di atas menunjukkan hasil kajiselidik untuk melihat tahap pemahaman guru tentang objektif ,peranan dan fungsi Sekolah Bestari.Dapatan kajian ini menunjukkan guru muda yang berumur dalam lingkungan 24-35 tahun lebih mengetahui tentang konsep, peranan dan fungsi Sekolah Bestari. Peringkat umur pertengahan pula hampir 60% memahami konsep sekolah bestari.Manakala guru peringkat umur 45-56 tahun hanya 20% yang memahami objektif,peranan dan fungsi Sekolah Bestari . Faktor ini berlaku kerana kebanyakkan guru diperingkat umur ini mempunyai pengetahuan ICT yang terhad. Oleh kerana itu , mereka juga kurang diberi pendedahan tentang pembestarian sekolah. Pihak pentakbiran menghantar guru-guru muda ke kursus-kursus pembestarian sekolah yang kebanyakkannya memerlukan guru-guru mahir ICT. Kurangnya pendedahan menjadikan mereka kurang mengetahui konsep,peranan dan fungsi Sekolah Bestari. 4.3 Pedagogi di Sekolah Bestari Berdasarkan Buku Panduan Pembestarian Sekolah (2004),pedagogi sekolah bestari meliputi perkara-perkara berikut,antaranya ialah : Pengintegrasian elemen-elemen bestari dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sekolah.Elemen ini meliputi gaya pembelajaran,kecerdasan pelbagai,pendekatan pengajaran,strategi pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran generik.
  • 10. Pengurusan kurikulum – Guru perlu memastikan spesifikasi kurikulum mata pelajaran yang hendak diajar.Guru perlu merancang aktiviti pemelajaran jangka panjang dan jangka pendek dengan berkesan.Pelajar perlu diberi ruang belajar sendiri,guru hanya sebagai pemudahcara. Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran – Menggunakan pelbagai sumber media elektronik dan bukan elektronik. Antara media elektronik yang boleh digunakan seperti seperti perisian multimedia,VCD,CD audio,internet dan CDRI. Kajiselidik yang dijalankan menunjukkan 60% guru faham pedagogi yang diamalkan di Sekolah Bestari namun demikian 40% guru masih belum faham tentang pedagogi Sekolah Bestari. Kebanyakkan guru beranggapan bahawa Sekolah Bestari bererti penggunaan ICT sepenuhnya dalam pendidikan . Oleh itu mereka beranggapan sekolah luar Bandar yang tidak mempunyai kemudahan ICT tidak boleh menjalanan program Sekolah Bestari. Di dalam tesis sarjana yang ditulis oleh Ahmad Hanizar b Abdul Halim(2007) belau memberikan perbezaan Pembelajaran Tradisional / Pembelajaran secara bersemuka (PSB)dengan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PBK): Menurut beliau Pembelajaran Tradisional /pembelajaran secara Bersemuka (PSB) ialah suatu situasi pembelajaran yang tipikal di dalam kelas yang berpusatkan guru di mana buku teks menjadi teras bacaan dan alatan bantu mengajar lain, kecuali komputer, diguna untuk membantu proses P&P, dan waktu kelas digunakan untuk menyampaikan maklumat dan menjawab soalan pelajar. Manakala Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)pula, ialah pendekatan berpusatkan pelajar yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di mana pendekatan ini boleh jadi berbentuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah, atau secara penemuan untuk meneroka maklumat melalui komputer (Baharudin et al., 2002)
  • 11. Komputer akan digunakan secara meluas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penilaian serta pentadbiran sekolah-sekolah bestari. Empat subjek utama dalam kurikulum pendidikan Sekolah Bestari iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang akan digunakan di dalam bilik daijah selaras dengan amalan pedagogi yang telah digariskan dalam perancangannya. Bahanbahan tersebut akan memiliki sistem penilaiannya yang tersendiri dan ia digunakan untuk membantu proses pembelajaran dengan cara yang bersesuaian dengan tahap dan gaya pembelajaran seseorang pelajar. (Asmelinda bt Ismail et:al 2001) Berdasarkan kenyataan kajian di atas jelaslah bahawa perbezaan pedagogi bestari dengan pedagogi sekolah tradisional. Dalam pedagogi bestari ,pembelajaran menjadi lebih menarik kerana adanya bahan bantu seperti komputer dan perisiannya. Pembelajaran berpusatkan murid dan media guru hanya bertindak sebagai pemudah cara. Murid boleh belajar mengikut kemampuan kendiri. 4.4 Kemahiran di Sekolah Bestari Tahap Pengintegrasian ICT Dalam konteks kajian ini, pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru (n=186, 94.4%) menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta lembaran kerja. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi (M=2.8, SP=.59). Aplikasi hamparan elektronik turut digunakan oleh majoriti guru (n=136, 69.1%) sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.86, SP=.90). Selain itu, majoriti guru (n=125, 63.4%) turut didapati mengguna aplikasi persembahan elektronik dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.75, SP=.95). Kebanyakan guru (n=118, 59.9%) juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.67, SP=1.02). Namun begitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti guru (n=120, 60.9%) didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru, pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah (M=0.57, SP=.79). Majoriti guru (n=136, 69%) didapati merujuk kepada World Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang diajar. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.92, SP=1.0). Daripada segi Tahap Guru % Guru % Guru %
  • 12. 24-35th 36-45th 46-56th Kurang setuju 1 10 2 40 Tidak pasti 3 30 2 40 Setuju 4 80 4 40 1 20 Sangat Setuju 1 20 2 20 % mengetahui 5 100 6 60 1 20 4.5 Hasilan guna tenaga yang diharapkan melalui Sekolah Bestari acuan Malaysia 4.6 Cadangan http://www.kedah.edu.my/sahc/esei_karya/Microsoft%20Word%20- %20PENGURUSAN%20PEMBELAJARAN%20BESTARI.pdfSobariyah bt. Razak sanakan, maka masalah ketiadaan juruteknik untuk Makmal Komputer sudah pasti dapat diatasi. Cadangan Pendekatan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Adalah dirasakan pembelajaran berasaskan projek bukan sahaja mampu menjadikan alam pendidikan menjadi lebih berkesan tetapi juga lebih selesa, menarik dan berkualiti serta dapat menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia di rantau ini. Sekiranya pembaharuan ini dapat dilaksanakan, sudah pasti KSAH mampu mendepani sekolah-sekolah dalam program pembestarian sekolah. Dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek, pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya.
  • 13. Laman web guru mata pelajaran atau laman web panitia Mata Pelajaran bolehlah digunakan untuk membantu para pelajar mendapatkan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut, penggunaan e-mel boleh dimaksimumkan. Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berasaskan projek ialah pembentangan hasil tugasan. Komputer hendaklah digunakan sebagai salah satu alat untuk pembentangan. Semasa 7.0 Kebaikan Dan Kelemahan Sekolah Bestari 7.1 Kebaikan Sekolah Bestari Seperti yang kita ketahui, Sekolah Bestari ini merupakan institusi pembelajaran yang diubahsuai oleh Kementerian Pelajaran dengan menggunakan sistem pengajaran-pembelajaran berasaskan atau berpandukan ICT. Dengan penggunaan ICT pada masa kini amatlah diperlukan kerana dunia semakin maju dan moden. Di sini terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh dalam melaksanakan program Sekolah Bestari di Malaysia iaitu : 7.1.1 Melahirkan masyarakat yang celik IT pada masa hadapan.
  • 14. Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun di dunia ini. Oleh itu, sekolah bestari ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan iaitu Kementerian Pelajaran untuk mencapai Wawasan 2020 yang sering kita dengarkan demi memajukan negara kita. Melahirkan masyarakat yang celik IT merupakan salah satu matlamat yang hendak dicapai dalam Wawasan 2020. Oleh itu, memang wajarlah pihak kerajaan melaksanakan Sekolah Bestari ini yang berlandaskan IT. Untuk melahirkan masyarakat yang celik IT pada masa hadapan kita perlukan mulai dari sekarang bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya menerapkan atau mendidik masyarakat supaya kenal dan tahu cara menggunakan IT ini. Dengan wujudnya Sekolah Bestari ini iaitu sistem pendidikan yang berpandukan teknologi dapat menjadikan sistem pembelajaran hari ini semakin maju dan dapat menggalakkan lagi penggunaan teknologi-teknologi moden yang ada. Sebagai contohnya, penggunaan LCD dan komputer riba dalam proses pembelajaran dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat kita. Bukan itu sahaja, malah guru-guru juga akan dihantar untuk pergi ke kursus-kursus mengenai ICT untuk membolehkan atau menjayakan konsep Sekolah Bestari ini. Bukan itu sahaja, kita juga boleh merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar yang sering dipinggirkan. Hal ini jelas membuktikan dengan wujudnya sistem Sekolah Bestari ini dapat melahirkan masyarakat celik IT walaupun tidak sepenuhnya lagi. 7.1.2 Menarik minat pelajar untuk menerokai lebih banyak pengetahuan. Dengan prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah bestari ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu. Pada dunia yang tanpa sempadan ini, para pelajar dan masyarakat boleh mencari pelbagai maklumat di hujung jari sahaja. Hal ini memperlihatkan begitu mudah pada masa kini para pelajar untuk mencari sebarang maklumat menggunakan teknologi yang ada tanpa perlu beratur panjang. Berbeza dengan sistem lama yang hanya menggunakan papan hitam sebagai tempat atau platform dalam menyebarkan ilmu. Dengan adanya Sekolah Bestari, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) membolehkan para pelajar mencari maklumat untuk menajamkan pemikiran mereka serta dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan-bahan cetak yang lain. Selain itu, pembelajaran akan menjadi lebih menarik, motivasi, merangsangkan dan
  • 15. bermakna. Dalam proses P&P di sekolah-sekolah bestari ini, elemen yang dititikberatkan adalah akal, rohani, dan jasmani pelajar yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pelajar dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif malah disemai dengan nilai dan menggalakkan peningkatan dalam kelancaran penggunaan bahasa. Dengan cara ini kita dapat mengetahui kebolehan, minat, dan keperluan pelajar dipelbagaikan mengikut keperluan dan individu. 7.1.3 Memudahkan urusan pelbagai pihak. Selain dari menarik minat pelajar untuk menerokai pelbagai ilmu baru, Sekolah Bestari juga dapat memudahkan pelbagai pihak. Sebagai contohnya, para guru dapat mencari pelbagai bahan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan tugasan yang tersusun dan sistematik. Tugasan yang tersusun yang diberikan kepada para guru akan menjadikan guru mudah dan dapat memfokuskan proses P&P. Hal ini kerana tugas atau kerja yang membebankan guru akan memberi kesan kepada had tugasan guru. Dengan ini, para pelajar juga akan mudah menerima masuk input-input daripada guru dengan berkesan. Bukan itu sahaja, malah kebanyakan bahan audio visual boleh dapat melalui internet. Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Sebagai contoh, bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran mengambil masa yang lama. Bahan yang berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemaskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh itu, disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasakan komputer. Bukan itu sahaja, penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan dan pembelajaran seseorang guru. 7.1.4 Meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia . Bagaimana konsep sekolah bestari ini boleh meningkatkan taraf pendidikan negara? Seperti yang kita ketahui, dengan wujudnya Sekolah Bestari ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses P&P berjalan lancar. Secara tidak langsung, cara ini dapat meningkatkan taraf pendidikan kita. Sebagai contohnya, pada zaman dahulu para guru mengajar di sekolah menggunakan papan hitam sahaja. Dengan cara pengajaran seperti ini sangat lambat dan mengambil masa yang lama dan tidak semua maklumat dapat disampaikan kepada para pelajar. Dengan adanya ICT ini, pelbagai jenis maklumat boleh didapati dengan mudah, cepat dan padat. Tambahan pula, dengan wujudnya sistem pembelajaran dan pengajaran seperti ini dapat menjadikan Malaysia
  • 16. setaraf dengan negara-negara yang membangun. Oleh itu, hal ini dapat melahirkan masyarakat yang celik IT di samping memajukan negara kita. 7.2 Kelemahan Sekolah Bestari Setiap apa yang diciptakan ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan yang diperoleh dari wujudnya konsep Sekolah Bestari ini. Antaranya adalah pihak Kementerian Pelajaran terpaksa mengeluarkan kos yang begitu besar untuk menjayakan program Sekolah Bestari ini. Selain itu, setiap sekolah hanya diperuntukkan sedikit sahaja komputer sebagai permulaan. Hal ini menyebabkan para pelajar terpaksa bergilir-gilir menggunakan komputer tersebut. Tambahan pula, mereka terpaksa menggunakan komputer seminggu sekali dan masa yang diberikan tidak lama dalam anggaran 30 atau 40 minit sahaja dalam satu mata pelajaran. Hal ini kerana, terdapat banyak kelas yang hendak menggunakan komputer tersebut. Bukan itu sahaja, malahan jika komputer itu rosak ini akan mengganggu masa P&P di dalam kelas dan para guru terpaksa mengajar pelajar secara normal menggunakan papan hitam. Tambahan lagi, sumber pembelajaran berasakan komputer selalunya terdedah kepada kerosakan hard disk, cakera padat, disket atau diserang virus. Hal ini kerana, pihak sekolah mengambil masa yang lama untuk membaiki komputer tersebut untuk diguna kembali. Ini akan mengganggu proses pembelajaran di sekolah. 8.0 Cabaran Sekolah Bestari Bagi melaksanakan program Sekolah Bestari ini, penumpuan utama perlu diberikan kepada aspek memantapkan kebijaksanaan sekolah dalam menguruskan sekolah dan sumber bagi membina prasarana. Ini kerana Sekolah Bestari adalah pelaksanaan rancangan Kementerian Pendidikan dalam merealisasikan perubahan kandungan dan cara penyampaian pendidikan kepada pelajar di sekolah. Ia juga memantapkan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah bagi menyokong penyampaian pendidikan kepada pelajar dengan lebih berkesan.Untuk itu, tanggungjawab dalam perubahan dan pembaharuan ini menjadi amanah dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh pengetua-pengetua di sekolah bagi memastikan pelaksanaan pendekatan bestari di sekolah berjaya. Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan ini, sudah pasti wujud masalah-masalah yang dapat dilihat sebagai cabaran-cabaran sekolah bestari.
  • 17. 8.1 Cabaran Kepada Pengetua Sekolah Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh kepimpinan pengetua yang berkesan. Ini bermakna, pengetua yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan bagi mencapai kecemerlangan atau sebaliknya terpulang kepada pentadbiran sesebuah sekolah tersebut. 8.1.1 Membina infrastruktur Sekolah bestari adalah strategi pengkomputeran. Untuk itu, penyediaan infrastruktur teknologi memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi oleh pengetua. Pengetua perlu bijak memainkan peranan sebagai pihak bertanggungjawab sekolah untuk mencari bilik darjah yang mampu memuatkan alat-alat kelengkapan IT seperti komputer dan bahan-bahan media yang lain. Dalam erti kata lain, pengetua perlu mencari tempat untuk diubahsuai dijadikan makmal komputer. Tugas ini memerlukan masa dan penglibatan pengetua bagi memastikan segala proses mengikut prosedur yang ditetapkan. 8.1.2 Bahan pembelajaran dan pengajaran (P&P) Pengetua perlulah menyediakan bahan-bahan yang berkualiti dan relevan bagi kelas-kelas bestari. Hal ini kerana, proses P&P bagi Sekolah Bestari ini agak berbeza berbanding dengan sekolah biasa. Sekolah Bestari ini lebih banyak penggunaan ICT. Oleh itu, bahan-bahan yang berasakan komputer amat diperlukan seperti mengajar melalui power point dan sebagainya. Pengetua sekolah hendaklah menyediakan alatan mengajar mengikut kehendak dan kesesuaian pelajar. 8.1.3 Menanam keyakinan kepada ibu Bapa Selaras dengan matlamat Sekolah Bestari iaitu melahirkan pelajar yang celik IT, sebaik-baiknya pengetua hendaklah memperlengkapkan diri dengan kemahiran IT. Sekolah Bestari perlu menyediakan pelan teknologi maklumat, pelan pengurusan dan pelan kakitangan maklumat untuk mengatasi masalah pengetua yang buta IT. Maka, ibu bapa akan lebih yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Bestari apabila melihat kesungguhan pengetua di sana memperlengkapkan diri dengan kemahiran IT. 8.2 Cabaran Guru-Guru Sekolah Bestari
  • 18. Selain daripada pengetua, guru-guru juga menerima cabaran. Cabaran-cabaran ini perlu diterima dengan fikiran terbuka dan matang bagi memastikan Sekolah Bestari dapat dijalankan dengan sempurna. 8.2.1 Tingkatkan pengetahuan dan kecekapan IT. Guru adalah orang yang bertanggungjawab dalam mencurahkan ilmu kepada para pelajar. Oleh sebab itu, guru-guru yang terbabit atau terlibat dengan pendidikan bestari ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran IT yang baik. Guru-guru juga perlu mampu berfikiran kritis dan cekap serta mahir dalam ekspresi idea, pengalaman, konsep, dan bahasa komunikasi. Guru-guru juga perlu menggunakan komputer secara insentif untuk kajian, komunikasi, persembahan, menambah nilai ilmu dan maklumat bagi mempelbagaikan penggunaan dan kegunaan IT. Secara tidak langsung, ia mewujudkan suasana yang dapat menarik minat pelajar di dalam kelas. 8.2.2 Penyelenggaraan Kemudahan IT dalam pendidikan Sekolah Bestari digunakan secara insentif dalam proses pengajaran guru. Namun begitu, berlaku masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kerosakan komputer dan peralatan-peralatan yang menyebabkan proses pengajaran terganggu. Bagi mengelakkan ketinggalan, masalah-masalah ini perlu di atasi segera tetapi ini juga melibatkan kos-kos penyelenggaraan yang tinggi. Ini menyebabkan masalah-masalah yang berkaitan terpaksa ditangguhkan dan mengambil masa yang lama untuk mengatasinya. 8.2.3 Melahirkan para pelajar yang celik IT. Pelaksanaan Sekolah Bestari adalah langkah yang tepat dan sesuai dengan kehendak dan keperluan global yang menekankan penggunaan IT. Bagi memenuhi kehendak dan keperluan ini, persediaan dan keperluan perlu dibuat pada peringkat awal lagi.Untuk itu ,guru-guru perlu memainkan peranan dalam mendidik para pelajar menjadi pelajar yang celik IT. Perkara utama yang perlu ditekankan adalah memastikan para pelajar berminat dan bersedia menghadapi pembelajaran. Untuk itu, guru-guru perlu menimbulkan perasaan minat dan seronok di dalam para pelajar supaya lebih mudah menyampaikan ilmu kepada mereka. 8.3 Cabaran Kepada Para Pelajar. Dalam membentuk Sekolah Bestari, para pelajar juga tidak terkecuali dalam menerima perubahan di mana mereka lebih perlu sedia untuk berubah.
  • 19. 8.3.1 Menerima perubahan dalam proses P&P Para pelajar perlu bersedia dalam menghadapi perubahan yang dilakukan dalam proses pembelajaran demi kebaikan. Untuk itu, mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal supaya dapat menerima segala perubahan dan menjadikannya sebagai inisiatif bagi meningkatkan kemahiran diri. Pendekatan IT yang perlu dipelajari adalah perkara asing bagi pelajar. Ini mungkin menimbulkan perasaan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk mempelajarinya. Sebaik-baiknya pendedahan yang diberikan oleh guru dapat membantu dan meningkatkan minat belajar yang tinggi dalam diri pelajar. 8.3.2 Menguasai ilmu IT Para pelajar seharusnya memastikan apa yang dipelajari dari guru dalam menggunakan pendekatan IT adalah perkara yang berguna. Untuk itu, para pelajar harus berusaha menguasai ilmu yang diberikan. Bagi merealisasikan perkara itu, para pelajar perlu sentiasa bersedia dan memahami perkara yang ingin disampaikan oleh guru. Para pelajar perlu sentiasa membuat latihan dan ulang kaji yang berterusan dalam usaha menguasai ilmu.
  • 20. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010. Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1461 http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1489 http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%205.pdf http://infobestari.blogspot.com/2009/05/program-sekolah-bestari- luar-bandar-kpm.html http://www.tutor.com.my/tutor/fokus/4_c.htm http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=3057 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec= Pendidikan&pg=pe_01.htmantu proses pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif dengan adanya bantuan ICT. http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2012/V28_2_73-94.pdf
  • 21. eprints.usm.my/.../KESAN_PEMBELAJAR Kesan pembelajaran menggunakan perisian ssms sekolah Bestari berbanding pengajaran dan pembelajaran secara Tradisional dalam fizik Ahmad hanizar bin abdul halim Oktober 2007 Pelaksanaan sistem penilaian bestari Satu tinjauan ke atas sekolah menengah kebangsaan Perempuan temenggung ibrahim, batu pahat, johor Dan sekolah menengah kebangsaan dato' penggawa barat Pontian, johor. Asmelinda binti ismail Bahariatulaini binti badri Faizatul amla binti abd. Hamid Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan ijazah saijana pendidikan (teknik • http://www.mdc.com.my • http://www.moe.edu.my