Pantun enam rangkap ini membahaskan tentang kekecewaan dalam hidup seperti menyembunyikan rasa sakit hati, menerima takdir, dan mengutamakan orang baru daripada yang lama. Pantun ini menggunakan unsur bunyi, peribahasa, dan unsur alam serta mengajarkan nilai keredaan dan ketabahan.
2. Putih kelapa menjadi muda,
Kelapa muda jadi kerimau,
Sudah kerimau menjadi kotai.
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Kelukaan di hati disembunyikan
daripada pengetahuan orang lain
walaupun pedihnya amat
mendalam.
Rangkap 1 Maksud
3. Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami.
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.
Sesuatu yang berlaku kepada kita
harus diterima dengan perasaan
yang reda kerana itu semua
sudah suratan takdir bukannya
salah ibu yamg mengandungkan
kita.
Rangkap 2 Maksud
4. Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi pantai.
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi
gantang.
Sudah menjadi kezaliman
manusia sering melebihkan
orang baaru sehingga orang lama
terasa disisihkan dan tidak
diperlukan lagi.
Rangkap 3 Maksud
6. PERSOALAN
1. Persoalan tentang menyembunyikan hati yang terluka.
2. Persoalan tentang menerima suratan takdir.
3. Persoalan tentang mengutamakan yang baru berbandingkan
yang lama.
7. BENTUK
1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap .
3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5perkataan sebaris.
contoh: Putih kelapa menjadi muda(4 perkataan)
Sudah dapat orang yang baru(5 perkataan)
4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
5. Rima abcabc.
6. Bentuk pantun terikat.
8. GAYA BAHASA
1. Unsur bunyi
Asonansi: hati luka pura tiada- pengulangan vokal a.
Aliterasi: kail tersangkut tepi batang- pengulangan konsanan t.
2. Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Ibarat melukut di tepi gantang.
3. Sinkope
Rasa pedih buat tak hirau.
9. 5. Repitisi
Sudah takdir sudah suratan.
6. Unsur alam
Haiwan- ikan cencaru,ikan gelama.
Tumbuhan-kelapa,kedondong,buluh.
10. NILAI
1. Nilai keredaan.Contoh, reda dengan suratan takdir.
2. Nilai ketabahan.Contoh,sentiasa tabah dengan kesedihan
yang menimpa diri.
11. PENGAJARAN
1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.
2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.
3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa
kepada kita.