SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
1 
BAB 1 
PENDAHULUAN 
1.1 Pengenalan 
Secara umumnya, daerah Petaling Jaya (PJ) terletak di bawah Majlis Bandaraya 
Petaling Jaya (MBPJ) dan sebahagian daerah Petaling juga terletak di bawah MPSJ dan 
Majlis Bandar Shah Alam (MBSA). Dari segi pentadbiran politik, PJ terbahagi kepada tujuh 
(7) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang di tadbir oleh seorang Ahli Dewan Undangan 
Negeri (ADUN) bagi setiap DUN. 
Kedudukan kawasan daerah Petaling Jaya yang bersebelahan dengan Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan dan tarikan orang ramai adalah 
merupakan kelebihan terhadap pertumbuhan guna tanah daerah ini terutamanya dari sudut 
perbandaran, pembangunan perindustrian, institusi, perdagangan di samping dapat 
mewujudkan peluang pekerjaan. Selain itu, ini adalah selaras dengan objektif pembangunan 
MBPJ untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kemudahan asas mencukupi menurut 
Bahagian Penguatkuasaan Perancangan MBPJ, 2010. 
Bagi pecahan perluasan kawasan daerah Petaling Jaya, terbahagi kepada empat 
kawasan iaitu Seksyen yang mempunyai keluasan 4,551.67 Ekar, bagi kawasan SS pula 
mempunyai keluasan kawasan 4,349.05 Ekar, manakala bagi kawasan Petaling Jaya Utama 
(PJU) mempunyai keluasan 13,566.07 Ekar dan bagi kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS) 
mempunyai keluasan 1,551.82 Ekar. 
Petaling Jaya berkembang menjadi sebuah bandar raya yang pesat membangun 
sebagai pusat tumpuan bagi pelaburan, perindustrian, pendidikan dan perumahan. Ia menjadi 
pusat tumpuan bagi pendidikan kerana wujudnya pelbagai institusi pengajian kerajaan dan 
swasta seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Abdul Razak 
(UNITAR), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kolej SEGI dan Stamford. Sektor 
perdagangan dan perindustrian merupakan penjana utama ekonomi bagi Petaling Jaya. 
Aktiviti ekonomi yang di jalankan di kawasan Petaling Jaya melibatkan lebih kurang 20
2 
peratus daripada keluasan Petaling Jaya. Majoriti penduduk menjadikan sektor ini sebagai 
sumber pendapatan utama mereka. 
Selain itu, dari segi kemudahsampaian, Petaling Jaya merupakan kawasan yang 
strategik di antara Kuala Lumpur dan Shah Alam yang menjadikannya mudah diakses dari 
pelbagai arah. Jalan Utama di Petaling Jaya ialah Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya 
Damansara-Puchong, Lebuh Raya Sprint, Lebuh Raya Pantai Baru, New Klang Valley 
Expressway, Kerinchi Link dan Penchala Link. Dari segi kemudahan, bas dan teksi 
merupakan sistem pengangkutan awam terpenting bagi penduduk Petaling Jaya. Selain 
daripada itu, terdapat juga sistem pengangkutan komuter dan transit aliran ringan (LRT) yang 
merupakan kemudahan alternatif bagi memudahkan orang ramai. Petaling Jaya boleh 
dikatakan sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah Alam 
dan Bandar Baru Bangi. 
I 
1.2 Latar Belakang Kajian 
Petaling Jaya atau di kenali sebagai PJ mendapat namanya sempena nama Bandar 
Raya Inai Merah. Petaling Jaya pada asalnya adalah merupakan sebuah ladang getah. 
Keluasan ladang getah tersebut ialah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, 
Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah penempatan pelombong bijih timah 
pendatang China yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, 
Balakong dan Kuala Lumpur. Petaling Jaya wujud sejak zaman darurat lagi iaitu dengan 
pemindahan penduduk ke Kampung Petaling yang diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir 
Gerald Templer. Ia dibangunkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu. 
Dari segi perluasan kawasan, pada tahun 1964 menurut Jabatan Perancangan 
Pembangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, keluasan kawasan daerah Petaling pada 
mulanya adalah merupakan sebuah ladang Getah mempunyai keluasan kawasan seluas 19.90 
km/p. Pada tahun 1970, keluasan kawasan daerah Petaling semakin bertambah kepada 24.03 
km/p. Selain daripada itu, pada tahun 1995 dan 1997 sebahagian daripada pertambahan 
keluasan kawasan daerah Petaling telah di Pecahkan kepada dua Pentadbiran Pihak Berkuasa 
Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Bandar raya Petaling Jaya.
3 
Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan 
penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. 
Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tanah kebun 
getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penempatan baru bagi 
mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang 
terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan 
harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya dan dapat 
mengatasi masalah kesesakan di kawasan Kuala Lumpur. 
Petaling Jaya, adalah merupakan bandar baru yang antara terulung di Malaysia 
ditubuhkan pada tahun 1952. Pada zaman tersebut, Petaling Jaya mempunyai Tanah seluas 
3,600 ekar yang telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah bandar baru. Petaling Jaya mula 
menunjukkan kemajuan mendadak pada tahun 1954 melalui pentadbiran Ordinan No. 36, 
Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya dikenali dengan Perbadanan Kemajuan Petaling 
Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan memajukan sebuah bandar satelit. 
Pada 1 Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi 
kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk 
mentadbir bandar Petaling Jaya. Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah 
dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan 
Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Kawasan SS (seksyen bernombor di daerah Sg 
Way atau Subang) bersama-sama dengan kawasan baru seperti Subang Jaya, Seksyen 52 
(Newtown) telah disatukan untuk membentuk satu perbandaran tunggal di bawah MPPJ. 
Daripada sebuah bandar yang dirancang Petaling Jaya menjadi sebuah pusat Bandar 
Kecil bagi mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya telah menjadi satu 
Bandar yang Maju. Di dalam mengejar arus pemodenan dan pembangunan pada masa itu, 
penduduk telah mengambil bahagian dalam perdagangan dan perusahaan bagi meningkatkan 
taraf hidup mereka. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan sebagai Bandaraya 
ke-12 di Malaysia dengan keluasan kawasan pentadbirannya 97.2 km persegi. Penduduk di 
Petaling Jaya dianggarkan seramai 565,200 orang. Maka, Petaling Jaya adalah Bandaraya ke- 
2 di Selangor selepas Shah Alam.
4 
1.3 Pernyataan Masalah 
Pada dasamya, penyelidikan ini tidak banyak menghadapi masalah besar tetapi wujud 
beberapa masalah kecil dalam mendapatkan jawapan jujur dari pihak berwajib tentang 
kesedaran mereka terhadap kesan populasi kepada isu alam sekitar. Kebanyakan rujukan 
yang diperoleh ialah melalui buku, akhbar dan majalah berhubung dengan sejarah, politik, 
sosial, budaya, mekanisme pembangunan negara dan juga corak gaya hidup masyarakat 
Malaysia. Melalui elemen-elemen yang dianalisis dalam falsafah sebenar kesedaran terhadap 
kepentingan alam sekitar, ianya boleh diaplikasikan sebagai satu kesimpulan terhadap 
peranan rakyat dalam proses perubahan masyarakat. 
Dewasa ini, kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar di kalangan masyarakat 
pada umumnya telah terhakis akibat proses pemodenan. Kajian ini akan menganalisis kesan 
penambahan populasi terhadap alam sekitar. Justeru, beberapa pernyataan masalah telah 
dikenalpasti dalam kajian ini. 
1. Adakah kadar pertumbuhan populasi memberi kesan terhadap masalah alam sekitar di 
Petaling Jaya? 
1.4 Kepentingan Kajian 
Penyelidikan ini penting dalam mencorakkan populasi yang mengurangkan kesan 
terhadap alam sekitar. Penyelidikan ini penting kepada MPSJ dan agensi lain tentang ledakan 
populasi di kawasan masing-masing serta cara mengatasinya dari aspek alam sekitar. 
Penyelidikan ini juga penting dalam merangka konsep dan teori terhadap timbulnya kesan 
terhadap populasi dan alam sekitar. 
1.5 Skop Kajian 
Kajian ini berdasarkan hanya dalam persekitaran Daerah Petaling Jaya, khusus 
kawasan Kg. Ara Damansara yang berteraskan kepada ledakan populasi yang memberi kesan 
terhadap alam sekitar.
5 
BAB 2 
KAJIAN LITERATUR 
Sejak lebih daripada lima dekad yang lalu, komposisi penduduk Malaysia telah 
berubah baik daripada segi kadar kelahiran, struktur umur dan jantina, kadar kematian dan 
penghijrahan. Ini menunjukkan walau pun saiz penduduk Malaysia semakin meningkat tetapi 
akibat kemerosotan kesuburan dan kematian pembentukan saiz keluaraga yang lebih 
sederhana dan kecil semakin diterima masyarakat terutama di kawasan bandar. Peningkatan 
taraf hidup penduduk terutama dalam bidang pendidikan telah member impak yang besar 
terhadap dinamik penduduk Malaysia pada masa depan. 
Sebelum tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1965, negeri-negeri di 
Semenanjung Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi. Mengikut 
banci penduduk tahun 1957 jumlah penduduk Semenanjung Malaysia adalah 6.27 juta 
dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 3.0 setahun (Jabatan Perangkaan 
Malaysia 1972). Berdasarkan Jadual 1 kadar pertumbuhan penduduk tahunan purata adalah 
tinggi iaitu 2.3 perataus (1970-1980), 2.6 peratus 19890-1991 dan 2.6 peratus (1991-2000). 
Ini merupakan suatu petunjuk yang jelas kepada sesiapa jua bahawa kadar pertumbuhan 
penduduk adalah tinggi dan berdasarkan kadar ini jumlah penduduk Malaysia akan berganda 
dalam tempuh setiap 23 tahun. Berdasarkan situasi sekarang Negara kita Malaysia akan 
menghadapi pelbagai isu dan permasalan kependudukan yang memerlukan perancangan 
sosio-ekonomi, politik dan alam sekitar yang komprehensif dan menyeluruh bagi kebaikan 
dan keselesaan semua pihak negara ini. 
Selepas pembentukan Malaysia banci penduduk tahun 1970 bagi telah duilaksanakan 
bagi mendapatkan maklumat dan data mengenai kependudukan bagi tujuan merancang 
projek-projek pembangunan sosio-ekonomi kepada rakyat. Segala data dan maklumat yang 
dikumpulkan melalui bancian penduduk ini, telah di gunakan bagi menilai perkembangan dan 
perubahan penduduk didalam sesebuah negari atau kawasan terutama yang berkaitan dengan 
taburan penduduk, struktur umur/jantina, migrasi, pendidikan, pekerjaan dan perbandaran. 
Pola perubahan ini sangat penting bagi menentukan arah aliran perubahan penduduk pada 
masa hadapan yang biasanya di kaitkan dengan halatuju perkembangan serta kemajuan yang
6 
dicapai dalam bidang-bidang perindustrian, pembuatan, pertanian dan pembandaran di 
seluruh negara. Kebiasaanya negeri yang maju akan mempunyai kepadatan penduduk yang 
tinggi seperti Wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, sebaliknya bagi negeri 
Sabah, Sarawak, dan Pahang adalah mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. 
Migrasi merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan penduduk 
daripada satu kawasan kepada kawasan yasng lain. Ia merupakan suatu proses pergerakan 
penduduk yang amat sensitive terhadap perkembangan sosio-ekonmi sesesuatu kawasan. 
Sejak kebelakangan ini migrasi semakin penting dalam dunia moden terutama sumbangannya 
terhadap urbanisasi dan perindustrian. Di Malaysia bandarraya Kuala Lumpur merupakan 
bandar besar yang menerima ramai migrant daripada seluruh negeri. Satu perubahan penting 
tren migrasi di Malaysia adalah perubahan penghijrahan penduduk daripada luar Bandar ke 
Bandar kepada Bandar ke Bandar sekarang ini. Perubahan aliran pergerakan penduduk 
Malaysia telah menyebabkan perkembangan bandar-bandar utama dengan jumlah 
pertumbuhan penduduk yang semakin pesat. Pada keseluruhannya jumlah penduduk bandar 
di Malaysia telah meningkat daripada 28.4 peratus tahun 1970 kepada 61.8 peratus tahun 
2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001). Jumlah penduduk bandar bertambah daripada 
2.96 juta kepada 13.72 juta dalam tempoh tersebut. 
Analisis data migrasi penduduk Malaysia sejak tahu 1980 telah menunjukkan migrasi 
Bandar ke Bandar semakin meningkat. Pada tahun 1980 hanya 21.0 peratus telah meningkat 
kepada 63.2 peratus tahun 2000 (Jadual 2). Sementara migrasi daripada luar Bandar ke luar 
Bandar telah menurun daripada 45.0 peratus kepada 10.0 peratus dalam tempoh tersebut. 
Perubahan pola migrasi penduduk ini memberi petunjukakan yang jelas bahawa 
kecederungan pemerintah mengadoptasi ‘global’ bertujuan mempromosi pertumbuhan 
ekonomi telah memberikan implikasi penting kepada migrasi dan taburan penduduk. Situasi 
pelabur yang semakin bersaing bagi menentukan pelaburan mereka, keputusan untuk memilih 
lokasi pelaburan telah mempengaruhi migrasi dalaman dan antarabangsa. Sekarang ini 
pemilihan lokasi adalah ditentukan oleh ‘competitive advantages’ lokasi-lokasi yang berbeza. 
Kawasan perbandaran dan terbandar semakin menyerlah sebagai habitat manusia di 
Malaysia sejak tiga dekad kebelakangan. Berbanding dengan keadaan pada awal kurun ke 
sembilan belas bumi Malaysia ketika itu masih diselubungi hutan hujan khatulistiwa yang
7 
kaya dengan kepelbagaian biologi dan bahan mineral diselang-seli oleh kampung-kampung 
terutamanya di tempat-tempat menghala ke muara lembangan sungai-sungai utama; ekologi 
negara ketika itu masih utuh dan habitat manusia berada dalam keadaan terkawal dan 
seimbang; tetapi habitat ini mula berubah corak secara perlahan pada mulanya dan meledak 
secara meluas dalam empat dekad kebelakangan berpunca dari pelbagai pemacu, terutamanya 
peningkatan jumlah penduduk dalam lapisan-lapisan sosio-ekonomi lantaran 
penggemblengan pelbagai jenis modal bagi menggerakkan satu gabungan kegiatan agar 
tuntutan keperluan asas serta kemajuan penduduk dibangunkan. Sebagai kesan dari kegiatan 
pemacu-pemacu tersebut kawasan tempat tinggal serta kawasan lingkungan kegiatan-kegiatan 
habitat mereka mula berubah dari keadaan lebih asli menuju ke suatu landskap binaan di 
mana komponen asas ekologi tabii mula terurai dan diubahsuai. 
Tersirat dalam tajuk Seminar Antarabangsa ‘Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan 
Persekitaran’ ini adalah satu keterkaitan langsung manusia dengan persekitaran fizikalnya; 
persekitaran yang telah tersedia sebelum manusia dilahirkan di bumi ini. Persekitaran itu 
lengkap untuk dimanfaatkan secara langsung atau dengan gabungan pengetahuan lebih maju 
untuk merungkaikan manfaat yang tersirat. Maka dalam konteks kesemukaan antara manusia 
sebagai agen pembawa perubahan kepada habitatnya, ucapan ini akan mengolah kesemukaan 
tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan satu habitat manusia berdayahuni; berdayahuni 
dalam ertikata membina habitat manusia yang ‘ceria’ (vibran), berdaya tahan, selamat, 
sejahtera dan sihat dengan ekonomi yang berkembang serta adil dalam agihan kekayaan, 
aman, damai dan berkembang maju. Justeru, habitat berdayahuni adalah lestari. ‘Dayahuni’ 
dari habitat lestari menjadi pilihan ungkapan di sini kerana konsep itu lebih mudah untuk 
dirungkai dan digerakkan dalam suasana Malaysia kini bergerak ke arah merealisasikan 
pembangunan lestari. Habitat berdayahuni itu mungkin kelihatan sebagai satu ‘utopia’ 
sebagaimana juga ‘pembangunan lestari’ dan seterusnya pada ungkapan bandar lestari 
(Newman & Jennings 2008). 
Jika pembangunan lestari menekankan aspek proses menuju ke satu tahap 
perseimbangan ekonomi, sosial dan alam sekitar, bandar lestari akan juga cuba mencari 
perseimbangan tersebut. Dalam dayahuni bandar usaha juga digerak untuk meneroka tahap 
perimbangan antara kedinamikan ekonomi, keceriaan masyarakat dan kekentalan 
persekitaran bagi mendapatkan satu kualiti hidup. Kualiti hidup itu rata-ratanya boleh dicapai
8 
dengan lebih mudah dari perimbangan dalam proses pembangunan lestari, mahu pun bandar 
lestari. 
Perubahan terhadap habitat manusia dan alam sekitarnya berlaku seawal manusia 
mula memanfaatkan sumber yang tersedia dalam persekitaran itu tetapi perubahan pada 
peringkat itu sentiasa terkawal kerana segala yang dimanfaatkan adalah setakat memenuhi 
keperluan hidup seharian. Perubahan memuncak apabila sumber didagangkan; semua bentuk 
sumber diberikan nilai kebendaan. Dalam sejarah perubahan persekitaran, pemberian nilai 
kebendaan kepada sumber telah melonjakkan penerokaan sumber tersebut. Perubahan 
persekitaran berlaku. Perubahan kepada persekitaran sebagai hasil tindakan manusia seperti 
ini telah dirakamkan dengan mendalam di pelbagai kawasan di dunia pada tahun 1950-an 
dalam satu symposium tentang peranan manusia merubah permukaan bumi (Thomas Jr. 
1956). Di Malaysia perubahan persekitaran secara meluas boleh dikaitkan dengan 
pengalaman kemajuan pada habitat manusia menerusi proses urbanisasi (pembandaran). 
Kepelbagaian pemacu pembangunan yang membawa perubahan terhadap kawasan 
bandar dan perbandaran menyerlahkan tindan lapis proses; sekilas pandang proses tersebut 
tampak homogen dan perubahan terhasil pada landskap bandar perbandaran adalah juga 
kelihatan homogen. Rajah 1 dan 2 memberikan gambaran ini, bahawa kawasan perbandaran 
mega ini pada 1990an kelihatan telah merebak luas pada 2008. Kelihatan dari Rajah-rajah 
tersebut landskap umum perbandaran di Lembangan Bernam-Linggi itu tidak merebak luas 
dari pusat tepu kawasan perbandaran di Lembah Kelang ke pinggir menuju ke utara, 
Lembangan Bernam dan ke selatan, Lembangan Linggi secara homogen tetapi lebih merebak 
menurut jalan utama dalam keadaan yang tidak serata. 
Menghalusi kesan pemacu tersebut di peringkat lokal yang melibatkan komuniti 
bandar, proses tersebut amat pelbagai dan rencam kesannya di ruang habitat manusia. 
Meneliti proses sosial di peringkat komuniti dan setempat bandar dan perbandaran 
menyerlahkan kekompleksan serta kedinamikan sosial di peringkat itu (lihat Batty 2005 
berkaitan kompleksiti dalam perkembangan bandar). Ratusan keputusan dibuat setiap hari 
oleh ahli komuniti di pelbagai tempat dalam bandar misalnya berkaitan kehidupan seharian. 
Kesan keputusan tersebut tampak homogen kerana hasil keputusan yang dibuat terikat kepada 
bentuk Bandar tersedia. Perkara ini boleh dijelaskan lagi menerusi contoh perkembangan
9 
kawasan perumahan bandar. Semasa kawasan perumahan dibangunkan dan menular ke 
semua bahagian sesuatu bandar ribuan bakal pembeli akan membuat penilaian rumah, 
kawasan dan lokasi bandingan kawasan perumahan itu selain pelbagai perkara lain lagi 
diperhatikan sebelum memilih rumah di sesuatu kawasan. Akhirnya terserlah perkembangan 
kawasan perumahan yang telah dibangun di kawasan yang ditentukan oleh perancang. 
Maksudnya, bentuk kawasan perumahan keseluruhan sudah ditentukan bagi proses pemilihan 
untuk membeli rumah, walaupun keputusan itu berlaku dalam suasana bebas tetapi tertumpu 
juga kepada bentuk yang sudah ditentukan. Berikutan betapa kompleksnya proses di 
peringkat komuniti dalam sesuatu bandar pemerebakan kawasan terbandar itu tidak 
semestinya menunjukkan satu bentuk mudah dan lurus (linear). 
Pun begitu, pemahaman proses sosial yang kompleks itu pasti akan membantu 
pewujudan satu kawasan perbandaran mega berdayahuni (Abdul Samad Hadi et al 2009). 
Kawasan perbandaran mega berdayahuni itu akan menyerlahkan satu keadaan kehidupan 
seharian warga yang lestari. Maka kawasan perbandaran mega lestari itu seharusnya 
mempunyai ekonomi yang segar - berkembang untuk dapat menyara warganya dengan 
menyediakan pekerjaan, lengkap prasarana fizikal dan sosial, sihat, selamat dalam satu 
keadaan kehidupan bandar berhemah, beretika dan bersesuaian dengan tanggungjawab 
terhadap persekitaran-tabii dan binaan, penggunaan tenaga dan sumber. Banyak aspek 
persekitaran tabii bandar sudah pasti berubah, diambil alih oleh persekitaran yang diubahsuai 
secara menyeluruh atau sebahagian. Kawasan bandar menonjolkan habitat manusia yang 
sudah ditukar dengan binaan sepenuhnya.
10 
BAB 3 
METODOLOGI KAJIAN 
BAB 4 
DAPATAN KAJIAN 
2.1 Proses Pembangunan 
Dasar Pembangunan Negara ialah satu langkah untuk menjadikan Malaysia sebuah 
negara yang maju dalam pelbagai segi iaitu bukan sahaja dari segi kecemerlangan ekonomi
11 
tetapi juga dari segi etika sosial yang baik, kestabilan politik, dan taraf hidup. Petaling Jaya 
kini semakin maju dalam semua segi. Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi 
keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan 
pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. 
Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan yang sehingga kini di kenali sebagai 
“Old Town” yang telah wujud sebelum 1952 dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, 
balai raya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan yang sekarang dipanggil Jalan 
Templer merupakan jalan raya pertama yang dibina di Petaling Jaya. Jalan Templer diberi 
nama sempena nama Sir Gerlad Templer. 
Pada tahun 1952 penduduk di kawasan Old Town mula bertambah dengan pembinaan 
800 buah rumah yang telah siap di bina manakala 200 buah rumah dalam proses pembinaan. 
Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang 
telah beroperasi di Petaling Jaya. 
Tahun yang sama juga fasa pertama Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan 
Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang mula di buka. Hospital Assunta turut 
dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk 
tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan Othman adalah bank 
pertama yang dibuka di Petaling Jaya. 
Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus 
disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi 
pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong 
untuk dibangunkan sebagai kawasan New Town. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih 
dikenali oleh penduduk setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah merupakan 
nama panggung wayang pertama dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini. 
Di sinilah pusat pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya tertumpu. Pada 16 Mac 
1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan oleh Sultan 
Selangor pada ketika itu ialah Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini 
menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi bagi New Town.
12 
2.1.1 Kependudukan 
Dasar Kependudukan Negara ialah untuk mencapai jumlah penduduk seramai 70 juta 
manusia yang disarankan oleh Mantan Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau 
berpendapat dengan jumlah penduduk yang ramai Malaysia akan maju. Di sini, dapat lihat 
bahawa Petaling Jaya semakin maju dengan kewujudan penduduk yang semakin bertambah 
dari tahun ke tahun. Kewujudan awal Petaling Jaya adalah untuk mengatasi kepadatan 
penghuni Kuala Lumpur. 
Pada 1964, jumlah penduduk Petaling Jaya berjumlah 35,100 orang. Pada 
pertengahan 1970-an, penduduk Petaling Jaya meningkat kepada 100,000 orang. Setelah 
lebih 50 tahun pembukaannya, kini pembangunan di Petaling Jaya amat pesat selari dengan 
arus peningkatan jumlah penduduk yang mencapai lebih 500,000. Kaum Cina merupakan 
penduduk majoriti dengan kadar 40 peratus diikuti kaum Melayu sebanyak 37 peratus 
manakala kaum India sebanyak 16 peratus. Baki tujuh peratus terdiri daripada kaum-kaum 
lain. Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan Seksyen 52, 
kawasan Sungai Way-Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana, 
Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai bagi menampung permintaan penduduk. 
Berdasarkan kepada, statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010 yang di 
keluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2010, jumlah bilangan penduduk bagi kawasan 
daerah Pentadbiran MBPJ pada tahun 2010 adalah sebanyak 613,977 orang di mana majoriti 
daripada penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu dan cina (Rujuk rajah 2.1 : 
Jumlah Penduduk MBPJ, 2010). 
Walau bagaimanapun, bagi bilangan penduduk bagi tahun 2012 meningkat sebanyak 
4.35 peratus dan menjadikan jumlah penduduknya sebanyak 641,906 orang (Rujuk rajah 2.2: 
Jumlah Penduduk MBPJ, 2012) (Maklumat Penduduk, 2010). Walaubagaimanpun, dari segi 
bilangan jenis perumahan yang terdapat di kawasan Petaling Jaya berdasarkan Laporan 
Tahunan MBPJ, 2009 sebanyak 50,446 unit rumah Teres, 48,995 unit rumah pangsapuri, 
44,592 unit rumah pangsa, 8,623 unit rumah sesebuah, 7,653 unit rumah berkembar dan 68 
unit rumah bandar.
13 
2.1.2 Perdagangan dan Perindustrian 
Dasar Perindustrian ialah negara menggiatkan lagi proses industrialisasi untuk 
meningkatkan eksport negara dan ekonomi Negara. Di samping itu, dengan menggiatkan 
proses industrialisasi di dalam negara akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan. 
Penduduk Petaling Jaya pada hari ini mempunyai pelbagai pilihan kedai-kedai tradisional 
serta beberapa kompleks membeli-belah yang besar. Kedai-kedai yang di sediakan terletak di 
pelbagai lokasi strategik seperti SS2, Damansara Utama, Kelana Jaya, Damansara Jaya, 
Taman Megah, SS3, Seksyen 14, SEA Park, PJ New Town dan PJ Old Town. 
Pada permulaanya, penduduk tempatan mendapatkan keperluan seharian mereka di 
sama ada PJ Old Town, New Town atau Seksyen 14. PJ New Town juga biasanya dirujuk 
sebagai PJ Negeri. Institusi ataupun pasaraya pertama yang mempunyai pusat membeli-belah 
di Petaling Jaya adalah Supermarket Thrifty yang beroperasi di sepanjang Jalan Barat. Walau 
bagaimanapun, kedai runcit yang pertama juga wujud mula beroperasi di Petaling Jaya 
seperti Mini Market Ben atau Pok Brothers Mini Market, kedua-duanya beroperasi di PJ New 
Town. Tidak terlalu lama kemudian, Supermarket Fitzpatrick memulakan operasinya di 
Kompleks Asia Jaya. 
Pada tahun 1950-an pertumbuhan aktiviti dalam industri pembuatan dengan syarikat-syarikat 
asing seperti Singapura Fraser, Neave (F & N), dan Colgate-Palmolive (Malaysia) 
mula menubuhkan kilang-kilangnya di Seksyen 13. Sejurus kemudian, pada pertengahan 
1970-an, Jaya Supermarket memula beroperasi di Seksyen 14. Walaubagaimanapun, Ia mula 
ditutup dan dirobohkan pada tahun 2008. 
Selain daripada itu, pada tahun 1990 Supermarket Fitzpatrick tidak bertahan akibat 
daripada kemelesetan ekonomi. Pada hari ini Mahkamah yang beroperasi di lokasi Jalan 
Barat, ditempatkan di dalam bangunan yang dikenali sebagai Wisma Thrifty. Selain daripada 
itu, pada tahun 1990 juga, Bandar Sunway mula dibangunkan oleh Kumpulan Sunway. Ia 
kemudiannya telah diiktiraf sebagai destinasi pelancongan dimana bandar sunway 
menyediakan pelbagai tumpuan dari segi perdagangan dan rekreasi seperti Sunway Lagoon, 
Sunway Pyramid dan lain-lain.
14 
Amcorp Mall adalah pusat membeli-belah yang dibuka pada bulan Disember 1997 
dan terletak di Petaling Jaya, yang terletak bertentangan dengan stesen LRT Taman Jaya yang 
dikendalikan oleh Rapid KL. Menurut statistik bilangan jenis perdagangan yang di keluarkan 
oleh Jabatan Perancangan MBPJ, pada tahun 2012 sebanyak 8 jenis perdagangan terdapat di 
dalam kawasan Petaling Jaya iaitu, Perniagaan Borong sebanyak 118, runcit sebanyak 481, 
hotel 20, restoran 679, kewangan dan insurans 120, Perkhidmatan sosial 269, industri 
perkhidmatan 959, dan penyediaan stesyen minyak sebanyak 35. Walaubagaimanapun, dari 
segi pembangunan perindustrian menurut jabatan pembangunan MBPJ, pada 2012 sebanyak 
2232 jenis perindustrian telah dibangunkan. 
Dari segi kedudukannya yang strategik di antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang 
dapat membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara. Akibat daripada 
kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian 
yang pesat, ia mendorong kerajaan untuk meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya 
untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian. Sambutan yang sangat baik dari pelabur-pelabur 
luar telah banyak memberi ruang kepada penubuhan Zon Perdagangan Bebas di 
kawasan Sungai Way. 
Di antara pelabur asing termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan 
dan Korea. Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan industri 
adalah tertumpu terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk 
pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan. 
Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Matsushita, Omron, 
Motorola dan Western Digital. 
2.1.3 Kemudahan Pengangkutan 
Dari segi sejarahnya, kemudahan pengangkutan dan infrastruktur juga telah lama 
dibangunkan di Petaling Jaya. Perkhidmatan bas pada mulanya telah disediakan oleh syarikat 
Sri Jaya antara awal 1950-an sehingga awal 1990-an. Pertengahan tahun lapan puluhan pula 
menyaksikan bas mini di sediakan untuk kali pertama kepada penduduk dan memberikan
15 
mereka jalan yang cepat untuk perjalanan ke Kuala Lumpur di samping faktor masa 
menunggu bas mini untuk tiba juga kurang daripada 10 minit. 
Pengenalan sistem bas Intrakota oleh DRB-Hicom dilihat sebagai penggantian kepada 
perkhidmatan bas Sri Jaya dan bas mini pada awal 1990-an. Pada masa yang sama, beberapa 
kawasan di daerah Petaling Jaya-Kuala Lumpur menjadi tumpuan laluan MetroBus. Hal ini 
telah menyebabkan kepada masa menunggu bas mini yang telah kembali kepada 30 hingga 
60 minit. Di sebabkan oleh faktor kemudahan yang kurang memuaskan, pengenalan kepada 
perkhidmatan Light Rail Transit Sistem Putra pada tahun 1998 telah di sambut baik oleh 
penduduk. 
Selain daripada itu, penambahan bas Putraline adalah di gunakan sebagai 
perkhidmatan bas pengantara. Gabungan perkhidmatan bas Putraline dan Putra LRT telah 
membawa kelegaan kepada penduduk Petaling Jaya terutama sekali bagi mereka yang 
terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam. Pada tahun 2005, bas Triton telah 
dibaiktarafkan kepada perkhidmatan feeder Putraline. Pada tahun 2006, RapidKL telah mula 
mengambil alih operasi Intrakota di sebabkan oleh terdapatnya pusat bagi kedua-dua Star dan 
LRT Putra yang terletak di Kuala Lumpur. 
Pada hari ini, pengangkutan awam yang disediakan oleh RapidKL dalam bentuk bas 
serta KL Light Rail Transit System telah menjangkau ke Kelana Jaya Line, dan sedikit ke 
Petaling Jaya. Dari segi perkhidmatan Jalan, Petaling Jaya mempunyai tiga akses utama yang 
menjadi sistem lebuh raya kebangsaan iaitu, Lebuhraya Utara-Selatan melalui Kota 
Damansara, Damansara, dan Subang Dalaman, lebuh raya seperti Lebuhraya Damansara- 
Puchong, Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Persekutuan. Dengan adanya penyediaan 
kemudahan yang menarik dan memuaskan, sercara tidak langsung dapat menarik ramai 
pelancong asing mahupun penduduk tempatan untuk berhijrah di samping aktiviti ekonomi 
dapat di tingkatkan 
2.1.4 Pendidikan 
Petaling Jaya terdapat lebih daripada 23 kolej dan Universiti kerajaan mahupun 
swasta telah di bangunkan di Petaling Jaya termasuklah Universiti Islam Antarabangsa
16 
Malaysia (IIUM atau UIAM) pusat untuk kajian asas kampus terletak di Seksyen 17, 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus cawangan di Jalan Othman di Seksyen 1, 
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kampus cawangan di Seksyen 13, Universiti Tun 
Abdul Razak (UNITAR) kampus utama di SS6 Kelana Jaya, Stamford College di Jalan 
Timur dan Jalan 223, Institut Makanan Malaysia (FIM) di SS6 Kelana Jaya, Universiti Sains 
Teknologi Malaysia, (MUST) kampus utama di SS7, Kolej Damansara Utama (KDU) di 
Damansara Jaya, Kolej Bandar Utama (KBU) di Bandar utama dan IACT di Damansara 
Utama. International University College Of Technology Twintech sebuah kolej swasta di 
Bandar Sri Damansara. 
Pada tahun 1956, penyediaan kemudahan pendidikan UiTM yang dahulunya di kenali 
sebagai Dewan latihan RIDA di Seksyen 1 telah memulakan kehidupan baru bagi penduduk 
setempat. Ia kemudiannya dinamakan semula sebagai Dewan Latihan MARA yang 
merupakan sebuah pusat latihan di bawah naungan RIDA atau Pihak Berkuasa Pembangunan 
Luar Bandar dan Industri. Kolej kejururawatan swasta yang pertama di Malaysia adalah 
terletak di Hospital Assunta di Petaling Jaya. Kolej Kejururawatan swasta tersebut telah 
diasaskan olehTun Tan Cheng Lock pada tahun 1961. 
Dari segi sekolah, sehingga kini terdapat banyak sekolah menengah dan sekolah 
rendah di Petaling Jaya. Sehinggakan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama 
diwujudkan. Ia termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, SMK Damansara 
Utama, Bukit Bintang Boys School, SMK Assunta, Catholic High School, La Salle PJ, SMK 
Damansara Jaya, SMK Sultan Abdul Samad, SMK Taman SEA, SMK Sri Permata, SMK (P) 
Taman Petaling dan SMK Kelana Jaya berbanding pada tahun 1952 di mana merupakan batu 
asas sekolah yang di asaskan oleh Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni 
Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah. 
2.1.5 Perumahan 
Dasar Perumahan Negara ialah untuk memastikan semua rakyat mempunyai rumah 
yang mencukupi dan selesa sebagai tempat perlindungan. Kerajaan bertanggungjawab dalam 
menyediakan rumah mengikut kesesuaian untuk semua golongan pendapatan rendah dan 
sederhana. Hal ini supaya rakyat mampu untuk membeli rumah sebagai tempat perlindungan.
17 
Selain itu, meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan rumah. kerajaan harus 
memastikan barangan untuk pembinaan rumah mengikut piawaian dan kualiti barang yang 
baik. Hal ini kerana untuk mengelakan berlakunya rumah yang retak dan roboh. Petaling Jaya 
dahulunya perumahan kebanyakan setinggan. 
Petaling Jaya dahulunya kebanyakan rumah setinggan. Hal ini dapat dibuktikan 
melalui pernyataan dalam berita harian iaitu majlis yakin dapat menyelesaikan masalah ini 
dengan memindahkan baki 7,000 keluarga di kawasan Petaling Jaya Selatan ke rumah kos 
rendah. Hal ini kita dapat lihat kualiti hidup mereka meningkat dengan keselesaan tempat 
perlindungan yang baru dari setinggan ke rumah kos rendah. Keluarga tersebut dipindahkan 
ke rumah kos rendah Taman Medan Cahaya menyediakan 1,152 unit rumah dan sebahagian 
di Taman Desa Mentari Fasa 1 menyediakan sebanyak 1,16 unit rumah kos rendah. 
Kini, bilangan jenis perumahan yang terdapat di kawasan Petaling Jaya berdasarkan 
Laporan Tahunan MBPJ, 2009 sebanyak 50,446 unit rumah Teres, 48,995 unit rumah 
pangsapuri, 44,592 unit rumah pangsa, 8,623 unit rumah sesebuah, 7,653 unit rumah 
berkembar dan 68 unit rumah bandar. Ini membuktikan bilangan perumahan untuk 
perlindungan semakin meningkat dan taraf hidup juga menjadi semakin baik dengan adanya 
rumah yang selesa untuk berlindung. 
2.1.6 Mercu tanda 
Mercutanda adalah merupakan nadi bagi setiap bandar untuk menaikkan imej serta 
menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung atau menetap di kawasan tersebut yang 
mampu meningkatkan ekonomi bandar. Bagi kawasan Petaling Jaya di antara mercutanda 
yang mula di bina dan menjadi tarikan orang ramai adalah Universiti Malaya (UM) yang 
terletak di antara sempadan Petaling Jaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Universiti 
Malaya adalah merupakan antara Universiti yang tertua di Malaysia. 
Selain daripada itu, pada tahun 1983, sebuah lagi pusat pengajian ditubuhkan iaitu 
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bukan sahaja menjadi tarikan para pelajar 
tempatan malah menjadi tumpuan bagi para pelajar antarabangsa. Namun kini kampus utama 
UIAM berada di Gombak. Mercu tanda lain ialah gerbang Kota Darul Ehsan yang
18 
menandakan sempadan PJ dan KL secara simbolik. Gerbang ini terletak di Lebuhraya 
Persekutuan yang merupakan satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Petaling Jaya 
dan Kuala Lumpur pada masa itu dan sehingga kini. Kota Darul Ehsan yang di bina adalah 
bercirikan seni bina Moor yang siap dibina pada 1981. Pada 16 Mac 1987 Menara MPPJ 
setinggi 27 tingkat menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi bagi New Town. 
Walaubagaimanapun, dengan adanya teknologi pembangunan yang semakin pantas 
dan maju banyak kawasan-kawasan mercutanda lain telah di bina di kawasan Petaling Jaya di 
antaranya ialah Taman Bandaran Kelana Jaya, Taman Jaya dan Muzium Petaling Jaya yang 
merupakan mercutanda bagi kawasan pusat beriadah. Kepada penggemar membeli-belah 
pula, kawasan Mutiara Damansara adalah ibarat surga pusat membeli belah bagi Petaling 
Jaya. Di mana di antara pusat membeli-belahnya yang terkenal seperti Sunway Pyramid, The 
Curve, Ikea, dan One Utama. 
2.2 Kesan Pembangunan 
Kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah peluang pekerjaan. Petaling Jaya 
sememangnya terkenal dengan kawasan perdagangan yang bergiat aktif. Penubuhan kawasan 
perindustrian di kawasan Petaling Jaya telah banyak memberikan sumbangan ekonomi 
kepada kerajaan Negeri mahu pun kerajaan Pusat di dalam menarik pelabur-pelabur asing. 
Dengan adanya pembukaan kawasan perdagangan dan perindustrian yang baru oleh pelabur-pelabur 
asing dan tempatan telah banyak memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk 
setempat. Walau bagaimanapun, kesan daripada penarikan pelabur-pelabur asing telah 
mengundang kepada kemasukan ramai tenaga buruh asing. Selain daripada itu, dengan 
keadaan ekonomi yang tidak menentu telah banyak mendorong kepada pembukaan peluang 
pekerjaan kepada warga asing di sebabkan oleh bayaran gaji yang diberikan kepada mereka 
amat rendah supaya keuntungan dapat di maksimumkan. Hal ini kebiasaannya terjadi bagi 
sektor perindustrian dan pembinaan. Dari segi jenayah dan undang-undang pula, lambakan 
pekerjaan asing telah banyak mengundang kepada berlakunya peningkatan jenayah di dalam 
negara seperti menjual dan menjadi pembekal penjualan dadah. 
Selain itu, kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah kesesakan lalu lintas. 
Kerancakkan pembangunan di Petaling Jaya telah mewujudkan pelbagai masalah lalu lintas
19 
termasuk dari segi penyediaan pengangkutan awam yang tidak mencukupi akibat daripada 
kesesakan pengunjung tempatan mahupun warga asing. Dari segi kesesakan Lalu lintas, 
terutamanya pada jalan Lebuhraya Persekutuan (Federal) yang menghubungkan kawasan 
Petaling Jaya ke Kuala Lumpur dan Klang sering berlaku kesesakan terutama pada waktu 
pekerjaan iaitu pada waktu puncak pagi dan petang. Dari segi aspek sosial, hal ini akan 
memberikan kesan terhadap disiplin para pekerja yang lewat untuk sampai ke destinasi. 
Seterusnya, kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah lambakan perumahan yang 
berskala tinggi. Di dalam arus pembangunan yang semakin maju dan status Petaling Jaya 
sebagai sebuah pusat bandar raya kebanyakan aktiviti pembangunan akan tertumpu kepada 
pertambahan kawasan-kawasan perdagangan dan perindustrian. Justeru itu, peruntukan tanah 
untuk pembinaan bagi kawasan perumahan akan menjadi terhad serta pembangunan 
perumahan yang di bangunkan adalah seperti perumahan flat dan pangsapuri. 
Menurut Laporan Tahunan MBPJ,2009 menunjukkan pembangunan perumahan 
adalah tertumpu pada jenis pangsa iaitu sebanyak 48,995. Hal ini juga turut memberikan 
kesan yang mendadak terhadap pertambahan penduduk. Menurut Laporan Ringkas RT 
MBSA, MBPJ dan MPSJ kadar Pertumbuhan penduduk tahunan yang berada di paras tinggi 
iaitu sebanyak 7.9% berbanding Negeri Selangor 6.9% antara tahun 1991 – 2000 dengan 30% 
penduduk berada di daerah ini. 
BAB 5 
PERINCANGAN KAJIAN 
5.1 Pengenalan
20

More Related Content

What's hot

Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiAriff Ikhwan
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)munnianwar
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranAzizah Had
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksiAsmawi Abdullah
 
Perubahan Kuantiti Ditawarkan & Perubahan Penawaran
Perubahan Kuantiti Ditawarkan & Perubahan PenawaranPerubahan Kuantiti Ditawarkan & Perubahan Penawaran
Perubahan Kuantiti Ditawarkan & Perubahan PenawaranMr. H
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Kepentingan fasih digital dalam kalangan murid pada abad
Kepentingan fasih digital dalam kalangan murid pada abadKepentingan fasih digital dalam kalangan murid pada abad
Kepentingan fasih digital dalam kalangan murid pada abadsyuhada abdullah
 
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithEkonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithNur Az
 
Gelinciran
GelinciranGelinciran
Gelinciranharalhaj
 
Proses endogenik & lipatan
Proses endogenik & lipatanProses endogenik & lipatan
Proses endogenik & lipatanharalhaj
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysiaNur Az
 
Sejarah, trend dan proses pembandaran
Sejarah, trend dan proses pembandaranSejarah, trend dan proses pembandaran
Sejarah, trend dan proses pembandaranAwatif Atif
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020munnianwar
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASANGLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASANAsmawi Abdullah
 
Geografi STPM (soalan)
Geografi STPM (soalan)Geografi STPM (soalan)
Geografi STPM (soalan)azam_hazel
 

What's hot (20)

makroekonomi kdnk
makroekonomi kdnkmakroekonomi kdnk
makroekonomi kdnk
 
Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasi
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksi
 
Perubahan Kuantiti Ditawarkan & Perubahan Penawaran
Perubahan Kuantiti Ditawarkan & Perubahan PenawaranPerubahan Kuantiti Ditawarkan & Perubahan Penawaran
Perubahan Kuantiti Ditawarkan & Perubahan Penawaran
 
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Pengangkutan sungai
Pengangkutan sungaiPengangkutan sungai
Pengangkutan sungai
 
Kepentingan fasih digital dalam kalangan murid pada abad
Kepentingan fasih digital dalam kalangan murid pada abadKepentingan fasih digital dalam kalangan murid pada abad
Kepentingan fasih digital dalam kalangan murid pada abad
 
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithEkonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
 
Faktor Aglomerasi
Faktor AglomerasiFaktor Aglomerasi
Faktor Aglomerasi
 
Gelinciran
GelinciranGelinciran
Gelinciran
 
Proses endogenik & lipatan
Proses endogenik & lipatanProses endogenik & lipatan
Proses endogenik & lipatan
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
Sejarah, trend dan proses pembandaran
Sejarah, trend dan proses pembandaranSejarah, trend dan proses pembandaran
Sejarah, trend dan proses pembandaran
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASANGLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN
 
Geografi STPM (soalan)
Geografi STPM (soalan)Geografi STPM (soalan)
Geografi STPM (soalan)
 

Viewers also liked

Bab14 pembandaran
Bab14  pembandaranBab14  pembandaran
Bab14 pembandaranNinie Aziz
 
Taburan Penduduk Malaysia
Taburan Penduduk MalaysiaTaburan Penduduk Malaysia
Taburan Penduduk MalaysiaHaazim
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Geografi Taburan Penduduk
Geografi Taburan PendudukGeografi Taburan Penduduk
Geografi Taburan PendudukAnis Syamimi
 
Proposal kertas cadangan
Proposal kertas cadanganProposal kertas cadangan
Proposal kertas cadanganKota Kinabalu
 

Viewers also liked (6)

Bab14 pembandaran
Bab14  pembandaranBab14  pembandaran
Bab14 pembandaran
 
Taburan Penduduk Malaysia
Taburan Penduduk MalaysiaTaburan Penduduk Malaysia
Taburan Penduduk Malaysia
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Geografi Taburan Penduduk
Geografi Taburan PendudukGeografi Taburan Penduduk
Geografi Taburan Penduduk
 
Proposal kertas cadangan
Proposal kertas cadanganProposal kertas cadangan
Proposal kertas cadangan
 
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSMTransformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
 

Similar to Tesis geografi

Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaNo Name
 
TASK 5 AGENDA TEMPATAN 21(A152477)
TASK 5 AGENDA TEMPATAN 21(A152477)TASK 5 AGENDA TEMPATAN 21(A152477)
TASK 5 AGENDA TEMPATAN 21(A152477)Asyraf22
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
SEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk KesejahteraanSEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
SEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk KesejahteraanFasyah Tutor
 
Perancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapanPerancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapanjijiismail
 
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa DepanBahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa DepanNasyitah Ghani
 
perancangan bandar mapan
perancangan bandar mapanperancangan bandar mapan
perancangan bandar mapanjijiismail
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraMuhamad Yogi
 
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikKonteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikErica Leenya
 
A160953 tugasan5
A160953 tugasan5A160953 tugasan5
A160953 tugasan5fareeza168
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)UNie ONie
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruAwatif Atif
 
Bab 13 pembandaran
Bab 13 pembandaranBab 13 pembandaran
Bab 13 pembandaranshimanain
 
Acuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaAcuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaMohd Tarmizi
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranAsmawi Abdullah
 
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptxPROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptxNURSHAHIRAHBINTISAHA
 

Similar to Tesis geografi (20)

Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
Lmcp1532 perancangan bandar mapan
Lmcp1532 perancangan bandar mapanLmcp1532 perancangan bandar mapan
Lmcp1532 perancangan bandar mapan
 
Pembangunan wilayah
Pembangunan wilayahPembangunan wilayah
Pembangunan wilayah
 
TASK 5 AGENDA TEMPATAN 21(A152477)
TASK 5 AGENDA TEMPATAN 21(A152477)TASK 5 AGENDA TEMPATAN 21(A152477)
TASK 5 AGENDA TEMPATAN 21(A152477)
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
SEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk KesejahteraanSEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
SEJARAH T5 KBSM BAB 8 - Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
 
Bab 3 pembangunan ekonomi
Bab 3  pembangunan ekonomiBab 3  pembangunan ekonomi
Bab 3 pembangunan ekonomi
 
Perancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapanPerancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapan
 
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa DepanBahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
 
perancangan bandar mapan
perancangan bandar mapanperancangan bandar mapan
perancangan bandar mapan
 
Presentation mpw
Presentation mpw Presentation mpw
Presentation mpw
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar Negara
 
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikKonteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
 
A160953 tugasan5
A160953 tugasan5A160953 tugasan5
A160953 tugasan5
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
 
Bab 13 pembandaran
Bab 13 pembandaranBab 13 pembandaran
Bab 13 pembandaran
 
Acuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaAcuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi Malaysia
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
 
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptxPROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
 

Recently uploaded

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 

Recently uploaded (11)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 

Tesis geografi

  • 1. 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Secara umumnya, daerah Petaling Jaya (PJ) terletak di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan sebahagian daerah Petaling juga terletak di bawah MPSJ dan Majlis Bandar Shah Alam (MBSA). Dari segi pentadbiran politik, PJ terbahagi kepada tujuh (7) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang di tadbir oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi setiap DUN. Kedudukan kawasan daerah Petaling Jaya yang bersebelahan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan dan tarikan orang ramai adalah merupakan kelebihan terhadap pertumbuhan guna tanah daerah ini terutamanya dari sudut perbandaran, pembangunan perindustrian, institusi, perdagangan di samping dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Selain itu, ini adalah selaras dengan objektif pembangunan MBPJ untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kemudahan asas mencukupi menurut Bahagian Penguatkuasaan Perancangan MBPJ, 2010. Bagi pecahan perluasan kawasan daerah Petaling Jaya, terbahagi kepada empat kawasan iaitu Seksyen yang mempunyai keluasan 4,551.67 Ekar, bagi kawasan SS pula mempunyai keluasan kawasan 4,349.05 Ekar, manakala bagi kawasan Petaling Jaya Utama (PJU) mempunyai keluasan 13,566.07 Ekar dan bagi kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS) mempunyai keluasan 1,551.82 Ekar. Petaling Jaya berkembang menjadi sebuah bandar raya yang pesat membangun sebagai pusat tumpuan bagi pelaburan, perindustrian, pendidikan dan perumahan. Ia menjadi pusat tumpuan bagi pendidikan kerana wujudnya pelbagai institusi pengajian kerajaan dan swasta seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kolej SEGI dan Stamford. Sektor perdagangan dan perindustrian merupakan penjana utama ekonomi bagi Petaling Jaya. Aktiviti ekonomi yang di jalankan di kawasan Petaling Jaya melibatkan lebih kurang 20
  • 2. 2 peratus daripada keluasan Petaling Jaya. Majoriti penduduk menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama mereka. Selain itu, dari segi kemudahsampaian, Petaling Jaya merupakan kawasan yang strategik di antara Kuala Lumpur dan Shah Alam yang menjadikannya mudah diakses dari pelbagai arah. Jalan Utama di Petaling Jaya ialah Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Damansara-Puchong, Lebuh Raya Sprint, Lebuh Raya Pantai Baru, New Klang Valley Expressway, Kerinchi Link dan Penchala Link. Dari segi kemudahan, bas dan teksi merupakan sistem pengangkutan awam terpenting bagi penduduk Petaling Jaya. Selain daripada itu, terdapat juga sistem pengangkutan komuter dan transit aliran ringan (LRT) yang merupakan kemudahan alternatif bagi memudahkan orang ramai. Petaling Jaya boleh dikatakan sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah Alam dan Bandar Baru Bangi. I 1.2 Latar Belakang Kajian Petaling Jaya atau di kenali sebagai PJ mendapat namanya sempena nama Bandar Raya Inai Merah. Petaling Jaya pada asalnya adalah merupakan sebuah ladang getah. Keluasan ladang getah tersebut ialah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah penempatan pelombong bijih timah pendatang China yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan Kuala Lumpur. Petaling Jaya wujud sejak zaman darurat lagi iaitu dengan pemindahan penduduk ke Kampung Petaling yang diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir Gerald Templer. Ia dibangunkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu. Dari segi perluasan kawasan, pada tahun 1964 menurut Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, keluasan kawasan daerah Petaling pada mulanya adalah merupakan sebuah ladang Getah mempunyai keluasan kawasan seluas 19.90 km/p. Pada tahun 1970, keluasan kawasan daerah Petaling semakin bertambah kepada 24.03 km/p. Selain daripada itu, pada tahun 1995 dan 1997 sebahagian daripada pertambahan keluasan kawasan daerah Petaling telah di Pecahkan kepada dua Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Bandar raya Petaling Jaya.
  • 3. 3 Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penempatan baru bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya dan dapat mengatasi masalah kesesakan di kawasan Kuala Lumpur. Petaling Jaya, adalah merupakan bandar baru yang antara terulung di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1952. Pada zaman tersebut, Petaling Jaya mempunyai Tanah seluas 3,600 ekar yang telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah bandar baru. Petaling Jaya mula menunjukkan kemajuan mendadak pada tahun 1954 melalui pentadbiran Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya dikenali dengan Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan memajukan sebuah bandar satelit. Pada 1 Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya. Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Kawasan SS (seksyen bernombor di daerah Sg Way atau Subang) bersama-sama dengan kawasan baru seperti Subang Jaya, Seksyen 52 (Newtown) telah disatukan untuk membentuk satu perbandaran tunggal di bawah MPPJ. Daripada sebuah bandar yang dirancang Petaling Jaya menjadi sebuah pusat Bandar Kecil bagi mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya telah menjadi satu Bandar yang Maju. Di dalam mengejar arus pemodenan dan pembangunan pada masa itu, penduduk telah mengambil bahagian dalam perdagangan dan perusahaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan sebagai Bandaraya ke-12 di Malaysia dengan keluasan kawasan pentadbirannya 97.2 km persegi. Penduduk di Petaling Jaya dianggarkan seramai 565,200 orang. Maka, Petaling Jaya adalah Bandaraya ke- 2 di Selangor selepas Shah Alam.
  • 4. 4 1.3 Pernyataan Masalah Pada dasamya, penyelidikan ini tidak banyak menghadapi masalah besar tetapi wujud beberapa masalah kecil dalam mendapatkan jawapan jujur dari pihak berwajib tentang kesedaran mereka terhadap kesan populasi kepada isu alam sekitar. Kebanyakan rujukan yang diperoleh ialah melalui buku, akhbar dan majalah berhubung dengan sejarah, politik, sosial, budaya, mekanisme pembangunan negara dan juga corak gaya hidup masyarakat Malaysia. Melalui elemen-elemen yang dianalisis dalam falsafah sebenar kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar, ianya boleh diaplikasikan sebagai satu kesimpulan terhadap peranan rakyat dalam proses perubahan masyarakat. Dewasa ini, kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar di kalangan masyarakat pada umumnya telah terhakis akibat proses pemodenan. Kajian ini akan menganalisis kesan penambahan populasi terhadap alam sekitar. Justeru, beberapa pernyataan masalah telah dikenalpasti dalam kajian ini. 1. Adakah kadar pertumbuhan populasi memberi kesan terhadap masalah alam sekitar di Petaling Jaya? 1.4 Kepentingan Kajian Penyelidikan ini penting dalam mencorakkan populasi yang mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Penyelidikan ini penting kepada MPSJ dan agensi lain tentang ledakan populasi di kawasan masing-masing serta cara mengatasinya dari aspek alam sekitar. Penyelidikan ini juga penting dalam merangka konsep dan teori terhadap timbulnya kesan terhadap populasi dan alam sekitar. 1.5 Skop Kajian Kajian ini berdasarkan hanya dalam persekitaran Daerah Petaling Jaya, khusus kawasan Kg. Ara Damansara yang berteraskan kepada ledakan populasi yang memberi kesan terhadap alam sekitar.
  • 5. 5 BAB 2 KAJIAN LITERATUR Sejak lebih daripada lima dekad yang lalu, komposisi penduduk Malaysia telah berubah baik daripada segi kadar kelahiran, struktur umur dan jantina, kadar kematian dan penghijrahan. Ini menunjukkan walau pun saiz penduduk Malaysia semakin meningkat tetapi akibat kemerosotan kesuburan dan kematian pembentukan saiz keluaraga yang lebih sederhana dan kecil semakin diterima masyarakat terutama di kawasan bandar. Peningkatan taraf hidup penduduk terutama dalam bidang pendidikan telah member impak yang besar terhadap dinamik penduduk Malaysia pada masa depan. Sebelum tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1965, negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi. Mengikut banci penduduk tahun 1957 jumlah penduduk Semenanjung Malaysia adalah 6.27 juta dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 3.0 setahun (Jabatan Perangkaan Malaysia 1972). Berdasarkan Jadual 1 kadar pertumbuhan penduduk tahunan purata adalah tinggi iaitu 2.3 perataus (1970-1980), 2.6 peratus 19890-1991 dan 2.6 peratus (1991-2000). Ini merupakan suatu petunjuk yang jelas kepada sesiapa jua bahawa kadar pertumbuhan penduduk adalah tinggi dan berdasarkan kadar ini jumlah penduduk Malaysia akan berganda dalam tempuh setiap 23 tahun. Berdasarkan situasi sekarang Negara kita Malaysia akan menghadapi pelbagai isu dan permasalan kependudukan yang memerlukan perancangan sosio-ekonomi, politik dan alam sekitar yang komprehensif dan menyeluruh bagi kebaikan dan keselesaan semua pihak negara ini. Selepas pembentukan Malaysia banci penduduk tahun 1970 bagi telah duilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data mengenai kependudukan bagi tujuan merancang projek-projek pembangunan sosio-ekonomi kepada rakyat. Segala data dan maklumat yang dikumpulkan melalui bancian penduduk ini, telah di gunakan bagi menilai perkembangan dan perubahan penduduk didalam sesebuah negari atau kawasan terutama yang berkaitan dengan taburan penduduk, struktur umur/jantina, migrasi, pendidikan, pekerjaan dan perbandaran. Pola perubahan ini sangat penting bagi menentukan arah aliran perubahan penduduk pada masa hadapan yang biasanya di kaitkan dengan halatuju perkembangan serta kemajuan yang
  • 6. 6 dicapai dalam bidang-bidang perindustrian, pembuatan, pertanian dan pembandaran di seluruh negara. Kebiasaanya negeri yang maju akan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, sebaliknya bagi negeri Sabah, Sarawak, dan Pahang adalah mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. Migrasi merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan penduduk daripada satu kawasan kepada kawasan yasng lain. Ia merupakan suatu proses pergerakan penduduk yang amat sensitive terhadap perkembangan sosio-ekonmi sesesuatu kawasan. Sejak kebelakangan ini migrasi semakin penting dalam dunia moden terutama sumbangannya terhadap urbanisasi dan perindustrian. Di Malaysia bandarraya Kuala Lumpur merupakan bandar besar yang menerima ramai migrant daripada seluruh negeri. Satu perubahan penting tren migrasi di Malaysia adalah perubahan penghijrahan penduduk daripada luar Bandar ke Bandar kepada Bandar ke Bandar sekarang ini. Perubahan aliran pergerakan penduduk Malaysia telah menyebabkan perkembangan bandar-bandar utama dengan jumlah pertumbuhan penduduk yang semakin pesat. Pada keseluruhannya jumlah penduduk bandar di Malaysia telah meningkat daripada 28.4 peratus tahun 1970 kepada 61.8 peratus tahun 2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001). Jumlah penduduk bandar bertambah daripada 2.96 juta kepada 13.72 juta dalam tempoh tersebut. Analisis data migrasi penduduk Malaysia sejak tahu 1980 telah menunjukkan migrasi Bandar ke Bandar semakin meningkat. Pada tahun 1980 hanya 21.0 peratus telah meningkat kepada 63.2 peratus tahun 2000 (Jadual 2). Sementara migrasi daripada luar Bandar ke luar Bandar telah menurun daripada 45.0 peratus kepada 10.0 peratus dalam tempoh tersebut. Perubahan pola migrasi penduduk ini memberi petunjukakan yang jelas bahawa kecederungan pemerintah mengadoptasi ‘global’ bertujuan mempromosi pertumbuhan ekonomi telah memberikan implikasi penting kepada migrasi dan taburan penduduk. Situasi pelabur yang semakin bersaing bagi menentukan pelaburan mereka, keputusan untuk memilih lokasi pelaburan telah mempengaruhi migrasi dalaman dan antarabangsa. Sekarang ini pemilihan lokasi adalah ditentukan oleh ‘competitive advantages’ lokasi-lokasi yang berbeza. Kawasan perbandaran dan terbandar semakin menyerlah sebagai habitat manusia di Malaysia sejak tiga dekad kebelakangan. Berbanding dengan keadaan pada awal kurun ke sembilan belas bumi Malaysia ketika itu masih diselubungi hutan hujan khatulistiwa yang
  • 7. 7 kaya dengan kepelbagaian biologi dan bahan mineral diselang-seli oleh kampung-kampung terutamanya di tempat-tempat menghala ke muara lembangan sungai-sungai utama; ekologi negara ketika itu masih utuh dan habitat manusia berada dalam keadaan terkawal dan seimbang; tetapi habitat ini mula berubah corak secara perlahan pada mulanya dan meledak secara meluas dalam empat dekad kebelakangan berpunca dari pelbagai pemacu, terutamanya peningkatan jumlah penduduk dalam lapisan-lapisan sosio-ekonomi lantaran penggemblengan pelbagai jenis modal bagi menggerakkan satu gabungan kegiatan agar tuntutan keperluan asas serta kemajuan penduduk dibangunkan. Sebagai kesan dari kegiatan pemacu-pemacu tersebut kawasan tempat tinggal serta kawasan lingkungan kegiatan-kegiatan habitat mereka mula berubah dari keadaan lebih asli menuju ke suatu landskap binaan di mana komponen asas ekologi tabii mula terurai dan diubahsuai. Tersirat dalam tajuk Seminar Antarabangsa ‘Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran’ ini adalah satu keterkaitan langsung manusia dengan persekitaran fizikalnya; persekitaran yang telah tersedia sebelum manusia dilahirkan di bumi ini. Persekitaran itu lengkap untuk dimanfaatkan secara langsung atau dengan gabungan pengetahuan lebih maju untuk merungkaikan manfaat yang tersirat. Maka dalam konteks kesemukaan antara manusia sebagai agen pembawa perubahan kepada habitatnya, ucapan ini akan mengolah kesemukaan tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan satu habitat manusia berdayahuni; berdayahuni dalam ertikata membina habitat manusia yang ‘ceria’ (vibran), berdaya tahan, selamat, sejahtera dan sihat dengan ekonomi yang berkembang serta adil dalam agihan kekayaan, aman, damai dan berkembang maju. Justeru, habitat berdayahuni adalah lestari. ‘Dayahuni’ dari habitat lestari menjadi pilihan ungkapan di sini kerana konsep itu lebih mudah untuk dirungkai dan digerakkan dalam suasana Malaysia kini bergerak ke arah merealisasikan pembangunan lestari. Habitat berdayahuni itu mungkin kelihatan sebagai satu ‘utopia’ sebagaimana juga ‘pembangunan lestari’ dan seterusnya pada ungkapan bandar lestari (Newman & Jennings 2008). Jika pembangunan lestari menekankan aspek proses menuju ke satu tahap perseimbangan ekonomi, sosial dan alam sekitar, bandar lestari akan juga cuba mencari perseimbangan tersebut. Dalam dayahuni bandar usaha juga digerak untuk meneroka tahap perimbangan antara kedinamikan ekonomi, keceriaan masyarakat dan kekentalan persekitaran bagi mendapatkan satu kualiti hidup. Kualiti hidup itu rata-ratanya boleh dicapai
  • 8. 8 dengan lebih mudah dari perimbangan dalam proses pembangunan lestari, mahu pun bandar lestari. Perubahan terhadap habitat manusia dan alam sekitarnya berlaku seawal manusia mula memanfaatkan sumber yang tersedia dalam persekitaran itu tetapi perubahan pada peringkat itu sentiasa terkawal kerana segala yang dimanfaatkan adalah setakat memenuhi keperluan hidup seharian. Perubahan memuncak apabila sumber didagangkan; semua bentuk sumber diberikan nilai kebendaan. Dalam sejarah perubahan persekitaran, pemberian nilai kebendaan kepada sumber telah melonjakkan penerokaan sumber tersebut. Perubahan persekitaran berlaku. Perubahan kepada persekitaran sebagai hasil tindakan manusia seperti ini telah dirakamkan dengan mendalam di pelbagai kawasan di dunia pada tahun 1950-an dalam satu symposium tentang peranan manusia merubah permukaan bumi (Thomas Jr. 1956). Di Malaysia perubahan persekitaran secara meluas boleh dikaitkan dengan pengalaman kemajuan pada habitat manusia menerusi proses urbanisasi (pembandaran). Kepelbagaian pemacu pembangunan yang membawa perubahan terhadap kawasan bandar dan perbandaran menyerlahkan tindan lapis proses; sekilas pandang proses tersebut tampak homogen dan perubahan terhasil pada landskap bandar perbandaran adalah juga kelihatan homogen. Rajah 1 dan 2 memberikan gambaran ini, bahawa kawasan perbandaran mega ini pada 1990an kelihatan telah merebak luas pada 2008. Kelihatan dari Rajah-rajah tersebut landskap umum perbandaran di Lembangan Bernam-Linggi itu tidak merebak luas dari pusat tepu kawasan perbandaran di Lembah Kelang ke pinggir menuju ke utara, Lembangan Bernam dan ke selatan, Lembangan Linggi secara homogen tetapi lebih merebak menurut jalan utama dalam keadaan yang tidak serata. Menghalusi kesan pemacu tersebut di peringkat lokal yang melibatkan komuniti bandar, proses tersebut amat pelbagai dan rencam kesannya di ruang habitat manusia. Meneliti proses sosial di peringkat komuniti dan setempat bandar dan perbandaran menyerlahkan kekompleksan serta kedinamikan sosial di peringkat itu (lihat Batty 2005 berkaitan kompleksiti dalam perkembangan bandar). Ratusan keputusan dibuat setiap hari oleh ahli komuniti di pelbagai tempat dalam bandar misalnya berkaitan kehidupan seharian. Kesan keputusan tersebut tampak homogen kerana hasil keputusan yang dibuat terikat kepada bentuk Bandar tersedia. Perkara ini boleh dijelaskan lagi menerusi contoh perkembangan
  • 9. 9 kawasan perumahan bandar. Semasa kawasan perumahan dibangunkan dan menular ke semua bahagian sesuatu bandar ribuan bakal pembeli akan membuat penilaian rumah, kawasan dan lokasi bandingan kawasan perumahan itu selain pelbagai perkara lain lagi diperhatikan sebelum memilih rumah di sesuatu kawasan. Akhirnya terserlah perkembangan kawasan perumahan yang telah dibangun di kawasan yang ditentukan oleh perancang. Maksudnya, bentuk kawasan perumahan keseluruhan sudah ditentukan bagi proses pemilihan untuk membeli rumah, walaupun keputusan itu berlaku dalam suasana bebas tetapi tertumpu juga kepada bentuk yang sudah ditentukan. Berikutan betapa kompleksnya proses di peringkat komuniti dalam sesuatu bandar pemerebakan kawasan terbandar itu tidak semestinya menunjukkan satu bentuk mudah dan lurus (linear). Pun begitu, pemahaman proses sosial yang kompleks itu pasti akan membantu pewujudan satu kawasan perbandaran mega berdayahuni (Abdul Samad Hadi et al 2009). Kawasan perbandaran mega berdayahuni itu akan menyerlahkan satu keadaan kehidupan seharian warga yang lestari. Maka kawasan perbandaran mega lestari itu seharusnya mempunyai ekonomi yang segar - berkembang untuk dapat menyara warganya dengan menyediakan pekerjaan, lengkap prasarana fizikal dan sosial, sihat, selamat dalam satu keadaan kehidupan bandar berhemah, beretika dan bersesuaian dengan tanggungjawab terhadap persekitaran-tabii dan binaan, penggunaan tenaga dan sumber. Banyak aspek persekitaran tabii bandar sudah pasti berubah, diambil alih oleh persekitaran yang diubahsuai secara menyeluruh atau sebahagian. Kawasan bandar menonjolkan habitat manusia yang sudah ditukar dengan binaan sepenuhnya.
  • 10. 10 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN BAB 4 DAPATAN KAJIAN 2.1 Proses Pembangunan Dasar Pembangunan Negara ialah satu langkah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam pelbagai segi iaitu bukan sahaja dari segi kecemerlangan ekonomi
  • 11. 11 tetapi juga dari segi etika sosial yang baik, kestabilan politik, dan taraf hidup. Petaling Jaya kini semakin maju dalam semua segi. Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan yang sehingga kini di kenali sebagai “Old Town” yang telah wujud sebelum 1952 dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balai raya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan yang sekarang dipanggil Jalan Templer merupakan jalan raya pertama yang dibina di Petaling Jaya. Jalan Templer diberi nama sempena nama Sir Gerlad Templer. Pada tahun 1952 penduduk di kawasan Old Town mula bertambah dengan pembinaan 800 buah rumah yang telah siap di bina manakala 200 buah rumah dalam proses pembinaan. Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang telah beroperasi di Petaling Jaya. Tahun yang sama juga fasa pertama Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang mula di buka. Hospital Assunta turut dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan Othman adalah bank pertama yang dibuka di Petaling Jaya. Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong untuk dibangunkan sebagai kawasan New Town. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah merupakan nama panggung wayang pertama dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini. Di sinilah pusat pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya tertumpu. Pada 16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan oleh Sultan Selangor pada ketika itu ialah Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi bagi New Town.
  • 12. 12 2.1.1 Kependudukan Dasar Kependudukan Negara ialah untuk mencapai jumlah penduduk seramai 70 juta manusia yang disarankan oleh Mantan Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berpendapat dengan jumlah penduduk yang ramai Malaysia akan maju. Di sini, dapat lihat bahawa Petaling Jaya semakin maju dengan kewujudan penduduk yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Kewujudan awal Petaling Jaya adalah untuk mengatasi kepadatan penghuni Kuala Lumpur. Pada 1964, jumlah penduduk Petaling Jaya berjumlah 35,100 orang. Pada pertengahan 1970-an, penduduk Petaling Jaya meningkat kepada 100,000 orang. Setelah lebih 50 tahun pembukaannya, kini pembangunan di Petaling Jaya amat pesat selari dengan arus peningkatan jumlah penduduk yang mencapai lebih 500,000. Kaum Cina merupakan penduduk majoriti dengan kadar 40 peratus diikuti kaum Melayu sebanyak 37 peratus manakala kaum India sebanyak 16 peratus. Baki tujuh peratus terdiri daripada kaum-kaum lain. Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan Seksyen 52, kawasan Sungai Way-Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana, Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai bagi menampung permintaan penduduk. Berdasarkan kepada, statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010 yang di keluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2010, jumlah bilangan penduduk bagi kawasan daerah Pentadbiran MBPJ pada tahun 2010 adalah sebanyak 613,977 orang di mana majoriti daripada penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu dan cina (Rujuk rajah 2.1 : Jumlah Penduduk MBPJ, 2010). Walau bagaimanapun, bagi bilangan penduduk bagi tahun 2012 meningkat sebanyak 4.35 peratus dan menjadikan jumlah penduduknya sebanyak 641,906 orang (Rujuk rajah 2.2: Jumlah Penduduk MBPJ, 2012) (Maklumat Penduduk, 2010). Walaubagaimanpun, dari segi bilangan jenis perumahan yang terdapat di kawasan Petaling Jaya berdasarkan Laporan Tahunan MBPJ, 2009 sebanyak 50,446 unit rumah Teres, 48,995 unit rumah pangsapuri, 44,592 unit rumah pangsa, 8,623 unit rumah sesebuah, 7,653 unit rumah berkembar dan 68 unit rumah bandar.
  • 13. 13 2.1.2 Perdagangan dan Perindustrian Dasar Perindustrian ialah negara menggiatkan lagi proses industrialisasi untuk meningkatkan eksport negara dan ekonomi Negara. Di samping itu, dengan menggiatkan proses industrialisasi di dalam negara akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Penduduk Petaling Jaya pada hari ini mempunyai pelbagai pilihan kedai-kedai tradisional serta beberapa kompleks membeli-belah yang besar. Kedai-kedai yang di sediakan terletak di pelbagai lokasi strategik seperti SS2, Damansara Utama, Kelana Jaya, Damansara Jaya, Taman Megah, SS3, Seksyen 14, SEA Park, PJ New Town dan PJ Old Town. Pada permulaanya, penduduk tempatan mendapatkan keperluan seharian mereka di sama ada PJ Old Town, New Town atau Seksyen 14. PJ New Town juga biasanya dirujuk sebagai PJ Negeri. Institusi ataupun pasaraya pertama yang mempunyai pusat membeli-belah di Petaling Jaya adalah Supermarket Thrifty yang beroperasi di sepanjang Jalan Barat. Walau bagaimanapun, kedai runcit yang pertama juga wujud mula beroperasi di Petaling Jaya seperti Mini Market Ben atau Pok Brothers Mini Market, kedua-duanya beroperasi di PJ New Town. Tidak terlalu lama kemudian, Supermarket Fitzpatrick memulakan operasinya di Kompleks Asia Jaya. Pada tahun 1950-an pertumbuhan aktiviti dalam industri pembuatan dengan syarikat-syarikat asing seperti Singapura Fraser, Neave (F & N), dan Colgate-Palmolive (Malaysia) mula menubuhkan kilang-kilangnya di Seksyen 13. Sejurus kemudian, pada pertengahan 1970-an, Jaya Supermarket memula beroperasi di Seksyen 14. Walaubagaimanapun, Ia mula ditutup dan dirobohkan pada tahun 2008. Selain daripada itu, pada tahun 1990 Supermarket Fitzpatrick tidak bertahan akibat daripada kemelesetan ekonomi. Pada hari ini Mahkamah yang beroperasi di lokasi Jalan Barat, ditempatkan di dalam bangunan yang dikenali sebagai Wisma Thrifty. Selain daripada itu, pada tahun 1990 juga, Bandar Sunway mula dibangunkan oleh Kumpulan Sunway. Ia kemudiannya telah diiktiraf sebagai destinasi pelancongan dimana bandar sunway menyediakan pelbagai tumpuan dari segi perdagangan dan rekreasi seperti Sunway Lagoon, Sunway Pyramid dan lain-lain.
  • 14. 14 Amcorp Mall adalah pusat membeli-belah yang dibuka pada bulan Disember 1997 dan terletak di Petaling Jaya, yang terletak bertentangan dengan stesen LRT Taman Jaya yang dikendalikan oleh Rapid KL. Menurut statistik bilangan jenis perdagangan yang di keluarkan oleh Jabatan Perancangan MBPJ, pada tahun 2012 sebanyak 8 jenis perdagangan terdapat di dalam kawasan Petaling Jaya iaitu, Perniagaan Borong sebanyak 118, runcit sebanyak 481, hotel 20, restoran 679, kewangan dan insurans 120, Perkhidmatan sosial 269, industri perkhidmatan 959, dan penyediaan stesyen minyak sebanyak 35. Walaubagaimanapun, dari segi pembangunan perindustrian menurut jabatan pembangunan MBPJ, pada 2012 sebanyak 2232 jenis perindustrian telah dibangunkan. Dari segi kedudukannya yang strategik di antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang dapat membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara. Akibat daripada kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian yang pesat, ia mendorong kerajaan untuk meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian. Sambutan yang sangat baik dari pelabur-pelabur luar telah banyak memberi ruang kepada penubuhan Zon Perdagangan Bebas di kawasan Sungai Way. Di antara pelabur asing termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan dan Korea. Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan industri adalah tertumpu terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan. Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Matsushita, Omron, Motorola dan Western Digital. 2.1.3 Kemudahan Pengangkutan Dari segi sejarahnya, kemudahan pengangkutan dan infrastruktur juga telah lama dibangunkan di Petaling Jaya. Perkhidmatan bas pada mulanya telah disediakan oleh syarikat Sri Jaya antara awal 1950-an sehingga awal 1990-an. Pertengahan tahun lapan puluhan pula menyaksikan bas mini di sediakan untuk kali pertama kepada penduduk dan memberikan
  • 15. 15 mereka jalan yang cepat untuk perjalanan ke Kuala Lumpur di samping faktor masa menunggu bas mini untuk tiba juga kurang daripada 10 minit. Pengenalan sistem bas Intrakota oleh DRB-Hicom dilihat sebagai penggantian kepada perkhidmatan bas Sri Jaya dan bas mini pada awal 1990-an. Pada masa yang sama, beberapa kawasan di daerah Petaling Jaya-Kuala Lumpur menjadi tumpuan laluan MetroBus. Hal ini telah menyebabkan kepada masa menunggu bas mini yang telah kembali kepada 30 hingga 60 minit. Di sebabkan oleh faktor kemudahan yang kurang memuaskan, pengenalan kepada perkhidmatan Light Rail Transit Sistem Putra pada tahun 1998 telah di sambut baik oleh penduduk. Selain daripada itu, penambahan bas Putraline adalah di gunakan sebagai perkhidmatan bas pengantara. Gabungan perkhidmatan bas Putraline dan Putra LRT telah membawa kelegaan kepada penduduk Petaling Jaya terutama sekali bagi mereka yang terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam. Pada tahun 2005, bas Triton telah dibaiktarafkan kepada perkhidmatan feeder Putraline. Pada tahun 2006, RapidKL telah mula mengambil alih operasi Intrakota di sebabkan oleh terdapatnya pusat bagi kedua-dua Star dan LRT Putra yang terletak di Kuala Lumpur. Pada hari ini, pengangkutan awam yang disediakan oleh RapidKL dalam bentuk bas serta KL Light Rail Transit System telah menjangkau ke Kelana Jaya Line, dan sedikit ke Petaling Jaya. Dari segi perkhidmatan Jalan, Petaling Jaya mempunyai tiga akses utama yang menjadi sistem lebuh raya kebangsaan iaitu, Lebuhraya Utara-Selatan melalui Kota Damansara, Damansara, dan Subang Dalaman, lebuh raya seperti Lebuhraya Damansara- Puchong, Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Persekutuan. Dengan adanya penyediaan kemudahan yang menarik dan memuaskan, sercara tidak langsung dapat menarik ramai pelancong asing mahupun penduduk tempatan untuk berhijrah di samping aktiviti ekonomi dapat di tingkatkan 2.1.4 Pendidikan Petaling Jaya terdapat lebih daripada 23 kolej dan Universiti kerajaan mahupun swasta telah di bangunkan di Petaling Jaya termasuklah Universiti Islam Antarabangsa
  • 16. 16 Malaysia (IIUM atau UIAM) pusat untuk kajian asas kampus terletak di Seksyen 17, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus cawangan di Jalan Othman di Seksyen 1, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kampus cawangan di Seksyen 13, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) kampus utama di SS6 Kelana Jaya, Stamford College di Jalan Timur dan Jalan 223, Institut Makanan Malaysia (FIM) di SS6 Kelana Jaya, Universiti Sains Teknologi Malaysia, (MUST) kampus utama di SS7, Kolej Damansara Utama (KDU) di Damansara Jaya, Kolej Bandar Utama (KBU) di Bandar utama dan IACT di Damansara Utama. International University College Of Technology Twintech sebuah kolej swasta di Bandar Sri Damansara. Pada tahun 1956, penyediaan kemudahan pendidikan UiTM yang dahulunya di kenali sebagai Dewan latihan RIDA di Seksyen 1 telah memulakan kehidupan baru bagi penduduk setempat. Ia kemudiannya dinamakan semula sebagai Dewan Latihan MARA yang merupakan sebuah pusat latihan di bawah naungan RIDA atau Pihak Berkuasa Pembangunan Luar Bandar dan Industri. Kolej kejururawatan swasta yang pertama di Malaysia adalah terletak di Hospital Assunta di Petaling Jaya. Kolej Kejururawatan swasta tersebut telah diasaskan olehTun Tan Cheng Lock pada tahun 1961. Dari segi sekolah, sehingga kini terdapat banyak sekolah menengah dan sekolah rendah di Petaling Jaya. Sehinggakan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama diwujudkan. Ia termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, SMK Damansara Utama, Bukit Bintang Boys School, SMK Assunta, Catholic High School, La Salle PJ, SMK Damansara Jaya, SMK Sultan Abdul Samad, SMK Taman SEA, SMK Sri Permata, SMK (P) Taman Petaling dan SMK Kelana Jaya berbanding pada tahun 1952 di mana merupakan batu asas sekolah yang di asaskan oleh Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah. 2.1.5 Perumahan Dasar Perumahan Negara ialah untuk memastikan semua rakyat mempunyai rumah yang mencukupi dan selesa sebagai tempat perlindungan. Kerajaan bertanggungjawab dalam menyediakan rumah mengikut kesesuaian untuk semua golongan pendapatan rendah dan sederhana. Hal ini supaya rakyat mampu untuk membeli rumah sebagai tempat perlindungan.
  • 17. 17 Selain itu, meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan rumah. kerajaan harus memastikan barangan untuk pembinaan rumah mengikut piawaian dan kualiti barang yang baik. Hal ini kerana untuk mengelakan berlakunya rumah yang retak dan roboh. Petaling Jaya dahulunya perumahan kebanyakan setinggan. Petaling Jaya dahulunya kebanyakan rumah setinggan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pernyataan dalam berita harian iaitu majlis yakin dapat menyelesaikan masalah ini dengan memindahkan baki 7,000 keluarga di kawasan Petaling Jaya Selatan ke rumah kos rendah. Hal ini kita dapat lihat kualiti hidup mereka meningkat dengan keselesaan tempat perlindungan yang baru dari setinggan ke rumah kos rendah. Keluarga tersebut dipindahkan ke rumah kos rendah Taman Medan Cahaya menyediakan 1,152 unit rumah dan sebahagian di Taman Desa Mentari Fasa 1 menyediakan sebanyak 1,16 unit rumah kos rendah. Kini, bilangan jenis perumahan yang terdapat di kawasan Petaling Jaya berdasarkan Laporan Tahunan MBPJ, 2009 sebanyak 50,446 unit rumah Teres, 48,995 unit rumah pangsapuri, 44,592 unit rumah pangsa, 8,623 unit rumah sesebuah, 7,653 unit rumah berkembar dan 68 unit rumah bandar. Ini membuktikan bilangan perumahan untuk perlindungan semakin meningkat dan taraf hidup juga menjadi semakin baik dengan adanya rumah yang selesa untuk berlindung. 2.1.6 Mercu tanda Mercutanda adalah merupakan nadi bagi setiap bandar untuk menaikkan imej serta menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung atau menetap di kawasan tersebut yang mampu meningkatkan ekonomi bandar. Bagi kawasan Petaling Jaya di antara mercutanda yang mula di bina dan menjadi tarikan orang ramai adalah Universiti Malaya (UM) yang terletak di antara sempadan Petaling Jaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Universiti Malaya adalah merupakan antara Universiti yang tertua di Malaysia. Selain daripada itu, pada tahun 1983, sebuah lagi pusat pengajian ditubuhkan iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bukan sahaja menjadi tarikan para pelajar tempatan malah menjadi tumpuan bagi para pelajar antarabangsa. Namun kini kampus utama UIAM berada di Gombak. Mercu tanda lain ialah gerbang Kota Darul Ehsan yang
  • 18. 18 menandakan sempadan PJ dan KL secara simbolik. Gerbang ini terletak di Lebuhraya Persekutuan yang merupakan satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur pada masa itu dan sehingga kini. Kota Darul Ehsan yang di bina adalah bercirikan seni bina Moor yang siap dibina pada 1981. Pada 16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi bagi New Town. Walaubagaimanapun, dengan adanya teknologi pembangunan yang semakin pantas dan maju banyak kawasan-kawasan mercutanda lain telah di bina di kawasan Petaling Jaya di antaranya ialah Taman Bandaran Kelana Jaya, Taman Jaya dan Muzium Petaling Jaya yang merupakan mercutanda bagi kawasan pusat beriadah. Kepada penggemar membeli-belah pula, kawasan Mutiara Damansara adalah ibarat surga pusat membeli belah bagi Petaling Jaya. Di mana di antara pusat membeli-belahnya yang terkenal seperti Sunway Pyramid, The Curve, Ikea, dan One Utama. 2.2 Kesan Pembangunan Kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah peluang pekerjaan. Petaling Jaya sememangnya terkenal dengan kawasan perdagangan yang bergiat aktif. Penubuhan kawasan perindustrian di kawasan Petaling Jaya telah banyak memberikan sumbangan ekonomi kepada kerajaan Negeri mahu pun kerajaan Pusat di dalam menarik pelabur-pelabur asing. Dengan adanya pembukaan kawasan perdagangan dan perindustrian yang baru oleh pelabur-pelabur asing dan tempatan telah banyak memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Walau bagaimanapun, kesan daripada penarikan pelabur-pelabur asing telah mengundang kepada kemasukan ramai tenaga buruh asing. Selain daripada itu, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu telah banyak mendorong kepada pembukaan peluang pekerjaan kepada warga asing di sebabkan oleh bayaran gaji yang diberikan kepada mereka amat rendah supaya keuntungan dapat di maksimumkan. Hal ini kebiasaannya terjadi bagi sektor perindustrian dan pembinaan. Dari segi jenayah dan undang-undang pula, lambakan pekerjaan asing telah banyak mengundang kepada berlakunya peningkatan jenayah di dalam negara seperti menjual dan menjadi pembekal penjualan dadah. Selain itu, kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah kesesakan lalu lintas. Kerancakkan pembangunan di Petaling Jaya telah mewujudkan pelbagai masalah lalu lintas
  • 19. 19 termasuk dari segi penyediaan pengangkutan awam yang tidak mencukupi akibat daripada kesesakan pengunjung tempatan mahupun warga asing. Dari segi kesesakan Lalu lintas, terutamanya pada jalan Lebuhraya Persekutuan (Federal) yang menghubungkan kawasan Petaling Jaya ke Kuala Lumpur dan Klang sering berlaku kesesakan terutama pada waktu pekerjaan iaitu pada waktu puncak pagi dan petang. Dari segi aspek sosial, hal ini akan memberikan kesan terhadap disiplin para pekerja yang lewat untuk sampai ke destinasi. Seterusnya, kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah lambakan perumahan yang berskala tinggi. Di dalam arus pembangunan yang semakin maju dan status Petaling Jaya sebagai sebuah pusat bandar raya kebanyakan aktiviti pembangunan akan tertumpu kepada pertambahan kawasan-kawasan perdagangan dan perindustrian. Justeru itu, peruntukan tanah untuk pembinaan bagi kawasan perumahan akan menjadi terhad serta pembangunan perumahan yang di bangunkan adalah seperti perumahan flat dan pangsapuri. Menurut Laporan Tahunan MBPJ,2009 menunjukkan pembangunan perumahan adalah tertumpu pada jenis pangsa iaitu sebanyak 48,995. Hal ini juga turut memberikan kesan yang mendadak terhadap pertambahan penduduk. Menurut Laporan Ringkas RT MBSA, MBPJ dan MPSJ kadar Pertumbuhan penduduk tahunan yang berada di paras tinggi iaitu sebanyak 7.9% berbanding Negeri Selangor 6.9% antara tahun 1991 – 2000 dengan 30% penduduk berada di daerah ini. BAB 5 PERINCANGAN KAJIAN 5.1 Pengenalan
  • 20. 20