SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS
SEKOLAH
Perkara-perkara am
A). Petunjuk
Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang 2 meter kali
setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang
diperhati disetiap makmal;.
B) Peti pertolongan cemas
peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai dalam tiap-tiap
bilik makmal.
C) Peraturan
pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan. Murid-
murid perempuan yang menggunakan mini telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan
ujikaji.Khususnya yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi mereka yang
bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi mengelakkan sebarang
kemalangan.
Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam tiap tahun
menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan
satu penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk membincangkan dan menarik perhatian
guru kepada lengkah-langkah keselamatan dan serta pertolongan cemas di bilik makmal sains.
Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa kebakaran di
sekolah.
D. Pergerakan pelajar
Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa yang boleh untuk
mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan bahaya.
Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa berada dalam
makmal sains.
E. Peredaran udara
Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada
lemas atau menyedut asap yang beracun.
F. Lantai
Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang penghalang daripada
sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan untuk
menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang basah atau terkena minyak
mesti dibersihkan dengan segera.
G. Bekalan Elektrik
Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk menentukan bahawa
ia tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang berkelayakkan.
Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali sepenggal .
Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan sebarang
wayar elektrik berjuntai.
Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja hendaklah
dalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti baru.
Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan yang basah.
H. Kaca
Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan kaca, membulat
hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran kaca kedalam gabus
berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi tangan dan air atau minyak
untuk melincinkan saluran kaca.
I. Kemalangan
Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah mengandungi
butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan
catatan guru.
1.2 KEMALANGAN
Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti berikut:
i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai gebar api ini
hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian terkena api.
ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya.
ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa. Biasanya pemadam api
jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.
Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal berdekatan denagn pintu
dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.
Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan melawan api.
Latihan kecemasan api hendaklah dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal pada awal
pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan
tunjukcara.
1.3 LETUPAN
a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila menjalan percubaan
yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang keselamatan hendaklah
digunakan.
b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada selinder gas. Gas
mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di dalam bilik persediaan, makmal atau atau
berhampiran dengan cecair mudah terbakar. Silinder ini hendaklah disimpan di tempat yang agak
sejuk serta mempunyai peredaran udara yang baik dan hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak.
Troli boleh digunakan untuk mengangkut selinder ini.
Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen hendakalh diperiksa
selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh
sama sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji dengan air sabun.
Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah berada dalam
keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran.
Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk mengelakkan
daripada kemungkinan berlaku letupan.
c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan letupan.
1.4 PERCUBAAN YANG MERBAHAYA
a. Menyalakan hidrogen
sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam
tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga
gas ini menyala dengan api yang sempurna.
b. Campuran yang mempunyai klorat
jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosfur atau
sulfur.
c. Pemanasan Ammonium Nitrat
sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses pemanasan hendaklah
diberhentikan sebelum sebatiannya terurai.
d). Natrium dan kalium
Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup walaupun segala langkah
pengawasana baginya dijalankan. Kalium yang tersimpan lama dan bertukar menjadi kuning
hendaklah dimusnahkan dengan sermat dengan menukarnya menjadi garam.
e). Asid
jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak mencairkan asid pekat,
tuang asid ke dalam air serta mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke
dalam asid pekat.
f). Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar
jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah terbakar di tengah panas.
Kerana pancaran matahari yang bertumpu padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan.
g) Voltan tinggi
Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang melibatkan penggunaan
peralatan sains voltan tinggi.
h). Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah
salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam
keadaan yang baik.
I). Tunjukcara
Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan tinggi, bahan radio
aktif, tindakbalas kencang dan sebagainya , tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup
jauh. Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, maka adang yang mencukupi
hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya.
j). Semaian Hidupan Seni
Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak bersama-sama dengan semaian
hidupan seni di dalam agar-agar suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada bahagian salur
yang curam) untuk mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri yang hendak diperiksa oleh
pelajar hendaklah dibalut dengan pita selofan.
Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu tentang bahayanya dan
arahkan mereka supaya membubuh bahan pembunuhan kuman yang kuat ke dalam semaian itu
sebelum membuangnya.
1.5 BAHAN KIMIA
Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains
sekolah pada masa ini. Antaranya ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah
meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.
Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji dengan penggunaan
bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah
digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.
Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN.
a) Pepejal Yang Mudah Terbakar
Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam minyak
(kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah
disimpan sepenuhnya didalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering.
Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk menentukan bahawa ia
terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.)
Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat peroksida, asid
nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan
diletakkan di atas kertas di atas bagku makmal.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar dengan kesan merbahaya,
penyimpanan dan pembuangan masing-masing.
Bahan
Kimia
Kesan-Kesan
Merbahaya
Penyimpanan dan
Pembuangan
Catatan
Litium,
Natriun,
Kalium
bertindak balas dan
meletup dengan air
Bertindak balas dengan
cergas dengan
tetraklorometana
Disimpan dalam
parafin (kerosin)
Bertindak balas
dengan etanol
sebelum dibuang
Api Litium,Natrium
dan kalium mesti
dipadam dengan
pemadam jenis serbuk
Serbuk
Magnesium,
Aluminium,
Zink dan
Ferum
Sulfur
Fosfurus
Kuning
Fosfurus
triklorida,
Silikon
Mudah terbakar dan
terbakar denga cergas
Menghasilkan gas
Sulfur yang beracun
apabila dipanaskan
Membentuk campuran
letupan dengan serbuk
logam atau agen
pengoksida seperti
klorat
Membakar serta-merta
apabila terdedah kepada
udara
Bertindak balas dan
meletup dengan air
Mesti dijauhkan
daripada agen
pengoksida seperti
nitrat,klorat, perklorat
dan peroksida
Mesti dijauhkan
daripada agen
peroksida
Mesti disimpan di
dalam air
Fosfurus triklorida
ialah cecair yang
sangat beracun
Mesti dipotong di
dalam air
Mesti digunakan
dalam kuantiti kecil
Ujikaji mesti
dilakukan di dalam
almari wasap
tetraklorida,
Aluminium
klorida
b) Cecair Mudah Terbakar
Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol Winchester
hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang
bagi mencecah cecair mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam
bekas yang terhindar dari bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh
menyebabkan letupan.
Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam makmal.
Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat
yang sesuai.
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila api digunakan dalam
makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-
masing.
Bahan kimia Takat Kilat /0
C
Propana
Dietil eter
Dimetil eter
Karbon disulfida
Aseton
-104
- 45
- 41
- 30
- 18
Sprit Petroleum
Metanol
Etanol
- 17
10
12
c) Bahan Kimia Yang Mengkakis
Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid nitrik, asid
hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida
pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut
tidak boleh dibenarkan menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan
kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai perlindungan mata serta
srung tangan.
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah
dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan
organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.
D) Bahan Kimia Beracun
Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan yangsepadan baginya
hendaklah diadakan di dalam makmal.
Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk mengurangkan
gas beracun terdapat dalam udara makmal.
Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair yang beracun.
Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai perlindungan mata dan
sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara.
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan:
i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut
ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama, boleh
menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan
bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele.
iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru. Ia juga merbahaya
bula bersentuhan dengan kulit.
iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya sangat beracun.
Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala yang rendah.
V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam
kulit.
Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia bukanlah racun
yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja.
Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik lagi jika
tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya.
ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.
Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu hendaklah diperiksa dari
semasa kesemasa.
ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah disimpan didalam
stor bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir
untuk mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.
iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah di simpan dalam stor yang
khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang untuk menempatkan mana-mana cecair yang
tumpah di dalam stor. Stor ini mestilah kalis api.
iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan racun
hendaklah direkodkan.
vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih daripada 500 cm3. Bahan
kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber yang akan
mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul.
1.6. BAHAN RADIOAKTIF
a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah
hendaklah merupakan guru terlatih.
b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan kebenaran
daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.
Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang nelibatkan bahan
radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau dulang.
Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh dengan sabun hingga bersih sebelum
meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan jangan
sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif
tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam penggunaan salur pipet dan botol basuh)
dan tidak boleh dijilat labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan
mata.
Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif
mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja. Jika
sumber tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah digunakan.
Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( lihat
pelupusan).
C) Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam mana-
mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup
tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90
atau mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa.
Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari
bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-
bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah
terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari
dalamnya hendaklah dikira atau disukat serta ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah
kepada tiap-tiap seorang itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi
tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr.
Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan kimia dan Penolong
Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta.
Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila tidak digunakan
hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci.
D) Kemalangan dalam Makmal
Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas penyerap untuk
memedapnya hingga kering. Dulang atau bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah dibasuh
dengan sabun atau bahan-bahan pembasuh.
Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan makmal hendaklah
dibasuh dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama
ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya( seperti Pegawai Keselamatan
Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal.
E) Pelupusan
i) Sumber tertutup
Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal atau
pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang
berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.
ii) Sumber terbuka
Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan dicurahkan
denga air yang banyak atau dengan membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang
diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie
seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal perlupusan sisa
radioaktif , maka beakas bagi mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja
tidak berlaku.
1.7 PELUPUSAN BAHAN SISA
a) Gas
Gunakan almari wasap untuk membuangnya.
B) Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang ke dalam
sink.
Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong dan dibakar di luar
makmal. JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink.
C) Pepajel
Bagi pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak bekas sisa.
Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam (misalnya
dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit). AMARAN : Perlindung mata
hendaklah digunakan.
Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan di
tempat lapang dengan menuang air kepadanya secara sedikit demi sedikit.
D) Kaca
Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.
E) Haiwan yang dibelah
ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga,
f) Semaian hidupan seni
semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.
1.8 PAMERAN SAINS SEKOLAH
a. Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.
B. Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio, memerlukan
kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak
yang berkenaan terlebih dahulu.
C. Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan . Langkah
keselamatana yang memuaskan hendaklah diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru
penjaga mestilah mengawasi pameran ini setiap masa.
D. Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan.
E. Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal . mesti ada dua
orang yang mengawasi perjalanan percubaan.
F. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar yang
mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah keselamatan
makmal.
G. Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang bersih.
Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh
mengakibatkan letupan.
H. Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong pengarah
matematik /sains negeri hendaklah dihubungi.
I) Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains, pihak sekolah
perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada
penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal, Projek-projek yang yang melibatkan
bahan kimia yang merbahaya mestilah dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang
bertugas.

More Related Content

Similar to KESELAMATAN MAKMAL

C kesehatan dan keselamatan kerja di lab
C  kesehatan dan keselamatan kerja di labC  kesehatan dan keselamatan kerja di lab
C kesehatan dan keselamatan kerja di labABINUL HAKIM
 
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupanManfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupanRohman Efendi
 
03 K3 di Laboratorium.pdf
03 K3 di Laboratorium.pdf03 K3 di Laboratorium.pdf
03 K3 di Laboratorium.pdfNurZamah2
 
DRAFT MODUL PBL KLS X.docx
DRAFT MODUL PBL KLS X.docxDRAFT MODUL PBL KLS X.docx
DRAFT MODUL PBL KLS X.docxsusan26225
 
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel keselamatan bengkel
keselamatan bengkel qulai
 
Wiring domestic ^^
Wiring domestic ^^Wiring domestic ^^
Wiring domestic ^^Rathnaa Wayy
 
Keselamatan kerja
Keselamatan kerjaKeselamatan kerja
Keselamatan kerjaIs Wanto
 
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptxBAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptxRainalPanjaitan2
 
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pdf
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pdfBAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pdf
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pdfRaniPutri29
 
Materi K3 di Lab lingk.ppt
Materi K3 di Lab lingk.pptMateri K3 di Lab lingk.ppt
Materi K3 di Lab lingk.pptIchahusaini
 
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptxBAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptxwindi477
 
PROSEDUR OPERASI STANDAR KESELAMATAN.pdf
PROSEDUR OPERASI STANDAR KESELAMATAN.pdfPROSEDUR OPERASI STANDAR KESELAMATAN.pdf
PROSEDUR OPERASI STANDAR KESELAMATAN.pdfSoniAditiaAbdullah
 

Similar to KESELAMATAN MAKMAL (20)

Bab 8 keselamatan
Bab 8  keselamatanBab 8  keselamatan
Bab 8 keselamatan
 
C kesehatan dan keselamatan kerja di lab
C  kesehatan dan keselamatan kerja di labC  kesehatan dan keselamatan kerja di lab
C kesehatan dan keselamatan kerja di lab
 
Isi
IsiIsi
Isi
 
Penuntun praktikum kimia dasar 1
Penuntun praktikum kimia dasar 1Penuntun praktikum kimia dasar 1
Penuntun praktikum kimia dasar 1
 
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupanManfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
 
03 K3 di Laboratorium.pdf
03 K3 di Laboratorium.pdf03 K3 di Laboratorium.pdf
03 K3 di Laboratorium.pdf
 
3k Lab.Kimia
3k Lab.Kimia3k Lab.Kimia
3k Lab.Kimia
 
K3 labkes ankes 2012
K3 labkes ankes 2012K3 labkes ankes 2012
K3 labkes ankes 2012
 
DRAFT MODUL PBL KLS X.docx
DRAFT MODUL PBL KLS X.docxDRAFT MODUL PBL KLS X.docx
DRAFT MODUL PBL KLS X.docx
 
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
 
Wiring domestic ^^
Wiring domestic ^^Wiring domestic ^^
Wiring domestic ^^
 
KESELAMATAN BENGKEL
KESELAMATAN BENGKELKESELAMATAN BENGKEL
KESELAMATAN BENGKEL
 
Keselamatan kerja
Keselamatan kerjaKeselamatan kerja
Keselamatan kerja
 
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptxBAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
 
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pdf
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pdfBAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pdf
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pdf
 
PPT-PraktikumKimDas.pptx
PPT-PraktikumKimDas.pptxPPT-PraktikumKimDas.pptx
PPT-PraktikumKimDas.pptx
 
AFF 3.ppt
AFF 3.pptAFF 3.ppt
AFF 3.ppt
 
Materi K3 di Lab lingk.ppt
Materi K3 di Lab lingk.pptMateri K3 di Lab lingk.ppt
Materi K3 di Lab lingk.ppt
 
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptxBAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
BAB 1 KIMIA DI SEKITAR KITA (IPA KIMIA X KurMer).pptx
 
PROSEDUR OPERASI STANDAR KESELAMATAN.pdf
PROSEDUR OPERASI STANDAR KESELAMATAN.pdfPROSEDUR OPERASI STANDAR KESELAMATAN.pdf
PROSEDUR OPERASI STANDAR KESELAMATAN.pdf
 

Recently uploaded

MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 

Recently uploaded (20)

MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 

KESELAMATAN MAKMAL

  • 1. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH Perkara-perkara am A). Petunjuk Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang 2 meter kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang diperhati disetiap makmal;. B) Peti pertolongan cemas peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal. C) Peraturan pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan. Murid- murid perempuan yang menggunakan mini telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khususnya yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi mereka yang bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam tiap tahun menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan satu penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk membincangkan dan menarik perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan dan serta pertolongan cemas di bilik makmal sains. Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa kebakaran di sekolah. D. Pergerakan pelajar Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa yang boleh untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan bahaya. Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa berada dalam makmal sains. E. Peredaran udara Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada lemas atau menyedut asap yang beracun. F. Lantai
  • 2. Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang penghalang daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang basah atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera. G. Bekalan Elektrik Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang berkelayakkan. Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali sepenggal . Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan sebarang wayar elektrik berjuntai. Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja hendaklah dalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti baru. Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan yang basah. H. Kaca Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan kaca, membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran kaca kedalam gabus berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi tangan dan air atau minyak untuk melincinkan saluran kaca. I. Kemalangan Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah mengandungi butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan catatan guru. 1.2 KEMALANGAN Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti berikut: i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian terkena api. ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya. ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa. Biasanya pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.
  • 3. Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal berdekatan denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun. Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal pada awal pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara. 1.3 LETUPAN a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila menjalan percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang keselamatan hendaklah digunakan. b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada selinder gas. Gas mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di dalam bilik persediaan, makmal atau atau berhampiran dengan cecair mudah terbakar. Silinder ini hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk serta mempunyai peredaran udara yang baik dan hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak. Troli boleh digunakan untuk mengangkut selinder ini. Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji dengan air sabun. Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran. Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlaku letupan. c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan letupan. 1.4 PERCUBAAN YANG MERBAHAYA a. Menyalakan hidrogen sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang sempurna. b. Campuran yang mempunyai klorat jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosfur atau sulfur. c. Pemanasan Ammonium Nitrat
  • 4. sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai. d). Natrium dan kalium Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan. Kalium yang tersimpan lama dan bertukar menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan sermat dengan menukarnya menjadi garam. e). Asid jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak mencairkan asid pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pekat. f). Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah terbakar di tengah panas. Kerana pancaran matahari yang bertumpu padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan. g) Voltan tinggi Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang melibatkan penggunaan peralatan sains voltan tinggi. h). Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam keadaan yang baik. I). Tunjukcara Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan tinggi, bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan sebagainya , tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup jauh. Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, maka adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya. j). Semaian Hidupan Seni Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak bersama-sama dengan semaian hidupan seni di dalam agar-agar suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada bahagian salur yang curam) untuk mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri yang hendak diperiksa oleh pelajar hendaklah dibalut dengan pita selofan.
  • 5. Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya membubuh bahan pembunuhan kuman yang kuat ke dalam semaian itu sebelum membuangnya. 1.5 BAHAN KIMIA Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas. Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji dengan penggunaan bahan kimia. Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut. Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN. a) Pepejal Yang Mudah Terbakar Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam minyak (kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah disimpan sepenuhnya didalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.) Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan diletakkan di atas kertas di atas bagku makmal. Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan masing-masing. Bahan Kimia Kesan-Kesan Merbahaya Penyimpanan dan Pembuangan Catatan Litium, Natriun, Kalium bertindak balas dan meletup dengan air Bertindak balas dengan cergas dengan tetraklorometana Disimpan dalam parafin (kerosin) Bertindak balas dengan etanol sebelum dibuang Api Litium,Natrium dan kalium mesti dipadam dengan pemadam jenis serbuk
  • 6. Serbuk Magnesium, Aluminium, Zink dan Ferum Sulfur Fosfurus Kuning Fosfurus triklorida, Silikon Mudah terbakar dan terbakar denga cergas Menghasilkan gas Sulfur yang beracun apabila dipanaskan Membentuk campuran letupan dengan serbuk logam atau agen pengoksida seperti klorat Membakar serta-merta apabila terdedah kepada udara Bertindak balas dan meletup dengan air Mesti dijauhkan daripada agen pengoksida seperti nitrat,klorat, perklorat dan peroksida Mesti dijauhkan daripada agen peroksida Mesti disimpan di dalam air Fosfurus triklorida ialah cecair yang sangat beracun Mesti dipotong di dalam air Mesti digunakan dalam kuantiti kecil Ujikaji mesti dilakukan di dalam almari wasap
  • 7. tetraklorida, Aluminium klorida b) Cecair Mudah Terbakar Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang bagi mencecah cecair mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar dari bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan. Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang sesuai. Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton. Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing- masing. Bahan kimia Takat Kilat /0 C Propana Dietil eter Dimetil eter Karbon disulfida Aseton -104 - 45 - 41 - 30 - 18
  • 8. Sprit Petroleum Metanol Etanol - 17 10 12 c) Bahan Kimia Yang Mengkakis Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh dibenarkan menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai perlindungan mata serta srung tangan. Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan. D) Bahan Kimia Beracun Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam makmal. Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk mengurangkan gas beracun terdapat dalam udara makmal. Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair yang beracun. Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara. Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan: i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele. iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru. Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan kulit. iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala yang rendah.
  • 9. V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja. Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya. ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun. Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut: i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu hendaklah diperiksa dari semasa kesemasa. ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir untuk mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh. iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah di simpan dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang untuk menempatkan mana-mana cecair yang tumpah di dalam stor. Stor ini mestilah kalis api. iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan racun hendaklah direkodkan. vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih daripada 500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul. 1.6. BAHAN RADIOAKTIF a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih. b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan kebenaran daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu. Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau dulang.
  • 10. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh dengan sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal. Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh dijilat labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata. Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah digunakan. Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( lihat pelupusan). C) Penyimpanan Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam mana- mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa. Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan- bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat serta ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr. Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta. Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci. D) Kemalangan dalam Makmal Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas penyerap untuk memedapnya hingga kering. Dulang atau bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun atau bahan-bahan pembasuh. Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan makmal hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama
  • 11. ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal. E) Pelupusan i) Sumber tertutup Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta. ii) Sumber terbuka Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan dicurahkan denga air yang banyak atau dengan membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak berlaku. 1.7 PELUPUSAN BAHAN SISA a) Gas Gunakan almari wasap untuk membuangnya. B) Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang ke dalam sink. Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong dan dibakar di luar makmal. JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink. C) Pepajel Bagi pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak bekas sisa. Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit). AMARAN : Perlindung mata hendaklah digunakan. Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang air kepadanya secara sedikit demi sedikit. D) Kaca Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.
  • 12. E) Haiwan yang dibelah ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga, f) Semaian hidupan seni semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya. 1.8 PAMERAN SAINS SEKOLAH a. Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan. B. Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio, memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak yang berkenaan terlebih dahulu. C. Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi pameran ini setiap masa. D. Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan. E. Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal . mesti ada dua orang yang mengawasi perjalanan percubaan. F. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah keselamatan makmal. G. Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh mengakibatkan letupan. H. Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi. I) Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains, pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal, Projek-projek yang yang melibatkan bahan kimia yang merbahaya mestilah dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang bertugas.