SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 9 / TAHUN 2019
HBHE2203
PERSONAL AND FAMILY HEALTH
Assigment 2
NO. MATRIKULASI : 851019015065001
NO. KAD PENGNEALAN : 851019015065
NO. TELEFON : 016-7091368
E-MEL : minghua.1019@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN
JOHOR BAHR
2
1.0 Refleksi perasaan tentang situasi yang berlaku dalam keluarga berkaitan rasa
hormat dalam keluarga.
Kita difahamkan bahawa keluarga merupakan institusi asas bagi membentuk
masyarakat kita . Sekiranya institusi keluarga ini hancur disebabkan penjagaan yang
tidak baik ,maka masyarakat pun boleh terlibat bersama dalam keadaan kehancuran
tersebut. Oleh hal yang demikian , pada pendapat saya , hormat-menghormati antara
satu sama lain dalam kalangan keluarga adalah perkara yang amat penting dan tidak
patut dipandang remeh .
Konteks hormat ini bukan sahaja merujuk kepada anak dengan ibu bapa tetapi
juga mesti ditujukan kepada konteks ibu bapa dengan anak . Hal ini bermaksud ,
bukan anak sahaja yang mesti menghormati ibu bapa, ibu bapa juga mesti
menghormati anak mereka seperti yang sepatutnya .
Situasi kegagalan rasa hormat dalam keluarga yang pernah saya alami
adalah ibu bapa yang suka membebel dan mengkritik saya khususnya semasa saya
masih kecil iaitu budak .
Sebelum kita membuat refleksi , kita haruslah memahami makna atau definisi
beberapa perkataan yang menjadi kunci untuk kita fahamkan dengan sepenuhnya .
Pertama , apa yang dimaksudkan dengan hormat . Berdasarkan Kamus Dewan edisi 4
maksud hormat 'mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan
memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim'.
Sehubungan dengan itu , situasi saya iaitu ibu bapa yang hanya tahu mengkritik
dengan sesuka hati terhadap saya sudah tentulan menjadi sesuatu isu tidak hormat kepada
saya khasnya perasaan atau mood saya .
3
Biarlah saya menerangkan situasi saya dengan selanjutnya atau secara terperinci .
Situasi tersebut bermaksud saya sering menjadi objek yang boleh dilepaskan kemarahan
atau keberangan atas tekanan , perselisihan faham dan ketidakharmonian antara ibu bapa
saya . Ibu bapa sering bertengkar atas masalah ekonomi keluarga dan melepaskan
kemarahan mereka kepada saya dengan mengeluarkan perkataan yang tidak elok
didengar seperti bodoh ,lembu dan sebagainya . Hal ini memang membawa kesan buruk
kepada perkembangan saya khasnya dalam pemupukan sikap saya terhadap orang lain
yang berada di sekeliling saya .
Setelah mengalami ataupun terpaksa menerima keadaan ini , saya berasa sangat tidak
berpuas hati ,marah ,sedih dengan perkataan yang telah dikeluarkan oleh kedua-dua ibu
bapa saya. Pada masa yang sama , saya juga berasa diri sendiri macam orang yang
bodoh atau tidak berguna setelah dimarah oleh ibu atau bapa. Perkara ini telah memberi
kesan yang buruk iaitu tiada keyakinan diri dan tidak mahu atau takut untuk mencuba
benda baharu dalam kehidupan khususnya dalam alam persekolahan .
Keyakinan diri yang begitu rendah telah membawa impak negatif iaitu semasa saya
belajar di sekolah rendah , saya berpeluang untuk melayakkan diri kepada acara Hari
Sukan jika saya dapat melompat tinggi melepasi standard yang ditentukan . Disebabkan
saya tidak mempercayai kemampuan saya , saya berasa sangat takut untuk melepasi
galah yang terletak di atas badan tiang lompat tinggi . Walapun saya diberikan galakkan
oleh guru pengiring atau guru penasihat beberapa kali pada masa itu , saya tidak dapat
melangkah ke depan untuk melompat galah tersebut . Guru sudah mencuba untuk
membolehkan saya atau meyakinkan saya supaya saya akan melompat galah tersebut
dalam masa yang agak panjang .Maka itu , saya dinasihati oleh guru supaya
menghubungi ibu atau bapa saya untuk membawa saya pulang ke rumah .
4
Semasa saya bercakap dengan ibu saya , saya berasa diri sangat tak berguna untuk
melakukan apa jua perkara . Hati yang kecil ini telah dilukakan pada masa itu .
Setelah saya membesar atau cukup umur , saya telah memahami sedikit sebanyak
bagaimana atau sebab perkara yang tidak baik berlaku di dunia ini khususnya dalam
institusi keluarga . Banyak nilai murni yang didapati dalam agama kristian dan falsafah
yang terdapat di dunia telah banyak membantu saya dapat berfikiran secara rasional atau
dengan cara yang sihat untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan saya
. Saya amat bersyukur dengan pengajaran yang diberikan semasa saya belajar di gereja .
Dalam proses mengalami banyak perkara dalam kehidupan saya , saya telah faham
bahawa saya perlu bertabah dan bersabar untuk menghadapi apa jua keadaan yang telah
,sedang atau yang akan berlaku dalam kehidupan saya. Setiap orang patut dihormati
kerana setiap orang dicipta oleh Tuhan dan merupakan makhluk yang tersendiri dan tidak
dapat mencari gantian yang sama walaupun Twins atau anak berkembar . Apa yang telah
berlaku sudah menjadi kenyataan yang tidak dapat diubah dengan apa-apa cara . Dengan
ini , kita haruslah melupakan atau belajar sesuatu daripada pengalaman yang pahit itu .
Hargai masa sekarang dan bukanlah menyesal atau berasa sedih atau buruk terhadap
perkara yang telah berlaku .
“ Live the moment and look to the future ” merupakan perkara yang amat diperlukan
untuk saya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik . Menjalani kehidupan sekarang
dengan sebaik-baiknya adalah perkara yang amat penting dan menuju kepada kehidupan
yang lebih baik daripada masa dahulu juga perlu menjadi prioriti .
5
2.0 Refleksi tentang mengapa perkara ini berlaku.
Perkara ini berlaku mesti mempuanyai perkaitan yang rapat dengan cara dan
kaedah pengajaran yang diwariskan oleh nenek moyang ibu bapa saya . Tambahan pula
,amalan kecenderungan untuk mengkritik orang lain telah menjadi suatu kebiasaan atau
kebudayaan bagi orang Cina khususnya . Biasanya , orang Cina akan mengajar dan
mendidik anak dengan cara yang lebih konservatif dan ketegasan yang berketerlaluan
bagi membentuk anak yang mereka anggap baik .Sesungguhnya , tidak diketahui
bahawa kaedah ini telah membawa kesan negatif dalam kalangan orang Cina bagi
generasi yang akan datang . Betul kata terdapat sesetengah anak orang Cina yang
berpendidikan tinggi dan dianggap berjaya kerana mereka telah berpenjawatan tinggi
seperti menjadi doktor ataupun peguam . Walau bagaimanapun , mereka telah
memendamkan perasaan dan emosi sebenar mereka untuk menggembirakan ibu bapa
mereka sahaja .
Akan tetapi , terdapat ramai usahawan atau insan yang begitu berkaliber di dunia
ini telah membuktikan bahawa pengajaran secara terbuka adalah jauh baik daripada
kaedah konservatif tersebut . Sebagai contoh ,Microsoft, Google dan Internet dicipta
oleh orang Amerika yang berfikiran secara terbuka .
Berdasarkan sesetengah ahli falsafah dan pakar pendidik bahawa banyak orang
yang berjaya iaitu dapat memberi sumbangan yang amat ketara kepada kemajuan dunia
ini adalah orang yang berfikiran terbuka dan mesra. Bukanlah orang yang suka
mengkritik dan membebel tanpa sebab yang munasabah . Anak yang membesar dalam
keadaan kasih sayang akan berkasih sayang terhadap orang lain apabila mereka
berkomunikasi atau bergaul dengan orang lain .
6
Sebab kedua adalah mengenai budaya atau kebiasaan yang diimplementasikan
oleh ibu bapa tersebut iaitu ibu bapa berlakuan kasar atau kurang sopan .Ibu bapa
beranggapan memarah atau mengkritik anak mereka sebagai kelakuan atau tingkah laku
itu adalah biasa dan anggap sebagai motif yang baik . Lebih-lebih lagi , kata hikmah
orang Cina masa dahulu juga menyatakan bahawa ketegasan adalah wajib untuk
melahirkan anak yang baik . Ibu bapa telah menyalahgunakan konsep ketegasan ini
dalam proses mendidik anak-anak mereka .
Ibu bapa yang berlakuan kasar atau kurang sopan bukanlan perkara yang baharu
dan telah memberi kesan buruk kepada anak-anak mereka . Kemungkinan besar ibu
bapa yang gemar mengkritik anak-anak mereka adalah sudah menjadi suatu kebiasaan
sahaja . Hal ini disebabkan kebanyakan orang Cina tidak berfikiran secara kritis terhadap
perlakuan yang mereka biasa lakukan . Tambahan pula ,kebanyakan orang Cina
khususnya ibu bapa tidak begitu rendah hati dan beranggapan mereka sudah kaya dan
memiliki keupayaan untuk menjalankan perniagaan dengan baik . Mereka beranggapan
kejayaan tersebut sudah membuktikan mereka adalah ibu bapa yang sempurna atau
perfect . Ibu bapa tidak mengetahui mereka hanya berjaya dalam bidang mereka sahaja
dan bukanlah bidang pendidikan . Generasi yang akan datang akan berkekalan sikap
mementingkan diri sahaja jika ibu bapa berlakuan begitu .
Punca yang terakhir adalah ibu bapa yang lebih ego atau mementingkan fikiran
diri sahaja tanpa mengambil kira pendapat orang lain . sifat ego ini boleh nampak apabila
mereka bergaul dengan orang lain seperti jiran yang bersebelahan . Orang Cina yang
hanya mementingkan kebajikan diri sahaja tidak akan menghargai sumbangan atau idea
baik orang lain .
7
3.0 Refleksi bagaimana anda boleh laksanakan situasi ini dengan cara yang
yang berbeza lain dari yang telah anda pelajar
Masalah ini telah lama wujud dalam kalangan ibu bapa sehinggalah
berakar umbi .Kita haruslah berkelakuan berlainan supaya dapat berkesanan yang baik
sekali .
Cara yang saya akan lakukan ialah sentiasa berkongsi informasi iaitu orang
yang kuat berpengaruh di dunia ini seperti Keanu Revees dan Mark zuckerberg dengan
ibu bapa. Kedua-dua tokoh ini adalah orang yang berfikiran terbuka sehingga mencapai
kejayaan yang begitu mengagumkan .
Cara yang terperinci adalah menayangkan video kepada ibu bapa supaya ibu
bapa lebih senang untuk menerima mesej yang ingin disampaikan . Hollywood superstar
Keanu Reeves yang begitu rendah hati dan mesra telah berjaya memikat ramai orang di
seluruh dunia . Kejayaan Keanu bukanlan berdasarkan prestasi akademiknya ,tetapi
berasaskan keupayaan dan berketerampilannya .
Keanu juga orang yang baik hati dan pemurah .Keanu mendermakan
kebanyakan gaji sampailah 70 peratus untuk membantu orang memerlukan . Orang Cina
jarang begitu pemurah dan rela memberi sumbangan dalam bidang kebajikan .
Mark zuckerberg merupakan usahawan yang paling muda dalam senarai
Jutawan yang terkenal di Amerika . Mark juga tidak menamatkan pengajiannya di
Universiti disebabkan dia sangat sibuk dalam programming .Programming ini telah
membawa penciptaan Facebook . Facebook telah menjadi applikasi atau platform yang
paling berjaya untuk mengenali orang lain dan berhubung dengan dunia ini .
8
Artis Chow Yun Fat pun boleh diperkenalkan kepada ibu bapa . Celebriti atau
tokoh ini telah menderma kesemua harta benda kepada organisasi kebajikan .
Perkara tersebut pasti dapat memberi kesan yang sangat positif dalam minda ibu
bapa yang begitu konservatif dan bersikap mementingkan diri sahaja . Chow Yun
Fat juga seorang yang berakhlak mulia dan bersopan santun . Nilai-nilai ini perlu
dicontohi oleh semua orang Cina khususnya orang Cina .
Cara yang berbeza ini akan memberi kesan yang baik kepada perubahan sikap ibu bapa
tersebut . Hal ini disebabkan terdapat teladan yang baik boleh dicontohi .
Ringkasnya , ketiga-tiga tokoh bukan orang yang suka membebel dan mengkritik
orang lain . Sebaliknya , mereka berfikiran terbuka dan mesra dalam kehidupan mereka .
9
4.0 Refleksi tentang cara bagaimana situasi yang berbeza ini boleh mengubah
amalan
Cara yang berbeza ini memang dapat mengubah situasi ini disebabkan kebudayaan
adalah kelakuan yang sudah lama dilakukan . Kelakuan ini hanya dapat diubah apabila
mereka nampak benda yang baik daripada kebiasaan mereka .
Sebagai contoh . singa telah mengetahui statusnya yang begitu kuat dan tinggi .
Bayangkan dinasour yang muncul akan menakutkan singa ini . Akhirnya singa ini
menunduk kepala kepada pengaruh yang lebih kuat ini .
Ibu bapa akan mempelajari sesuatu daripada pengalaman kehidupan mereka .
Pengalaman kehidupan mereka adalah berdasarkan apa yang mereka sering nampak
,dengar dan terdedah kepadanya . Ibu bapa akan mengetahui dunia ini sebenarnya
bukan berasaskan kritikan tetapi berasaskan idea yang membina dengan cara yang mesra
.
Artis Chow Yun Fat ,Keanu Revees dan Mark Zuckerberg dapat menerangi jalan ibu
bapa pada masa yang akan datang . Ibu bapa akan membandingkan ketiga-tiga tokoh ini
kepada orang yang berjaya yang mereka tahu . Lama-kelamaan , mereka akan mendapati
kejayaan bergantung kepada idea yang membina dengan cara terbuka dan bukanlah
berdasarkan sentiasa membebel dan gemar melontarkan kritikan tanpa sebarangan
dorongan .
Sebaliknya ,ibu bapa akan sentiasa menonton tokoh tersebut dalam
Youtube dan sebagainya . Berdasarkan teori behavorisme , ibu bapa akan mencontohi
orang yang lebih berpengaruh di sekeliling mereka . Tambahan pula , Mark Zuckerberg
berkahwin dengan orang Cina . Peristiwa pasti memberi kesan yang sangat baik bagi
orang Cina . Ibu bapa Cina ini akan tertarik dengan perlakuan ini . Hal ini akan lebih
10
senang untuk meyakinkan ibu bapa yang berbangsa Cina untuk mempelajari tokoh Mark
ini.
Banyak teknologi telah dicipta di dunia ini dan pengasas adalah orang yang
berfikiran terbuka dengan memberi idea yang membina dengan mesra . Ibu bapa akan
terpengaruh dengan orang IT ini disebabkan mereka juga menggunakan telefon pintar
dan sebagainya .
Sebagai tradisi , orang Cina suka menulis surat yang mengambil masa yang sangat
panjang . Masa ini suda berlainan, e-mel ,Whatsapp ,Messenger dan sebagainya telah
mengubah gaya hidup semua orang di dunia ini . Kebanyakan ibu bapa pasti telah
mengikut trend ini dan mereka nampak kecanggihan semua adalah berdasarkan fikiran
yang membina dengan cara kemesraan . Mark Zuckerberg adalah antara Orang IT yang
dapat meyakinkan ibu bapa tersebut untuk mengubah minda mereka supaya kehidupan
yang lebih baik dapat dijalankan .
11
5.0 Refleksi apakah akan berlaku apabila mengamalkan cara yang berbeza dalam
kehidupan untuk memperbaiki amalan kehidupan.
Kita sebagai seorang manusia yang biasa akan melihat luaran sahaja sebelum
mengetahui kandungan yang terpendam di dalam itu . Cara yang berbeza ini sudah pasti
dapat memberi implikasi yang baik dalam membentuk sikap yang murni dalam diri
seseorang itu .
Cara yang berbeza ini dapat menegaskan komunikasi dan hubungan yang baik
adalah sangatn penting dalam mewujudkan dunia yang sempurna . Hal ini disebabkan
Artis Chow Yun Fat ,Keanu Revees dan Mark Zuckerberg telah menonjolkan teladan
yang sangat baik untuk dicontohi oleh semua orang . Mereka mempunyai persamaan
iaitu mempunyai hubungan yang baik dengan orang yang berada di sekelilingnya .
Sifat ego sentiasa membantutkan kemajuan dunia ini . Antara contohnya
termasuklah peperangan yang kejam .Banyak nyawa yang tidak bersalah akan menuju ke
jalan maut sekiranya peperangan yang tidak berperikemanusiaan berlaku . Banyak ahli
politik yang mempunyai sifat ego telah membawa kemusnahan kepada rakyat tidak kira
dari segi mental dan fizikal .
Oleh hal yang demikian , ketiga-tiga tokoh dapat mengubah minda kumpulan orang
ini . Hanyalah kasih sayang yang dapat menonjolkan kekuatan yang paling besar di dunia
ini . Ketiga-tiga tokoh ini sebenarnya dermawan yang sangat terkenal di dunia ini . Ibu
bapa akan terkejut dan kagum akan sifat pemurah dan baik hati itu .
Sifat berkasih sayang dan baik hati ini tentu dapat membantu orang yang
miskin dan memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan . Dengan ini , mereka
tidak perlu mengalami kelaparan yang begitu memahitkan .
Mark Zuckerberg juga memberi sumbangan yang besar dalam pendidikan iaitu
beberapa sekolah yang kurang keupayaan dari segi kewangan di Amerika sana . Jelaslah
di sini , pendidikan yang baik perlulah hati yang besar dan pemurah . Dengan ini ,
pendidikan sempurna dapat disediakan untuk anak-anak ini .Akhinya , semua anak ini
akan mempelajari perlakuan yang baik ini untuk memberi sumbagan balik ke masyarakat
itu sendiri. Maysarakat yang maju dan bermoral akan diwujudkan .
12
Ketiga-tiga tokoh juga menonjolkan ciri-ciri bertanggungjawab atas pertuturan
mereka . Mereka tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang mungkin menyakiti hati
orang lain . Mereka sentiasa memberi idea yang membina dengan mesra kepada orang
yang berada di sekelilingnya . Amalan kehidupan pasti akan diubah kepada kehidupan
yang bertanggungjawab .
Kemesraan juga ditunjukkan oleh Chow Yun Fat ,Keanu Revees. Mereka
sentiasa mesra dengan orang lain seperti menaiki LRT seperti orang biasa . Tingkah laku
ini memang dapat merapatkan hubungan rakyat atau peminat dengan mereka . Secara
tidak langsung , amalan kehidupan rakyat dapat diubah khususnya ibu bapa .
Apabila ibu bapa telah berubah , anak-anak juga dapat manfaat daripada itu .
Anak akan mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa mereka . Anak-anak akan
merasa lebih rapat, selamat, cenderung untuk mendengar, membantu dan mengikuti
arahan ibu bapa mereka . Dengan ini , anak-anak akan lebih bersedia untuk
berkomunikasi dengan ibu bapa mereka bagi masalah yang dihadapi dengan rakan atau
sekolah. Akhirnya , anak akan mempunyai pergaulan yang baik dan mesra kepada orang
yang berada di sekelilingnya .
Kesimpulannya , hanya orang berkemampuan tinggi akan merendah diri dan
mesra dalam menjalani kehidupan mereka di samping buat yang terbaik dalam kehidupan
mereka . Dengan ini , ibu bapa akan menghormati anak-anak mereka dan diri mereka
juga .
(2547 patah perkataan )
13
6.0 RUJUKAN / REFERENSI
https://tudungsicomel.com/kesilapan-besar-ibu-bapa-mendidik-anak/
https://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/12/sifat-hormat-penting-dalam-
keluarga.html
https://my.theasianparent.com/10-sikap-ibu-bapa-beri-kesan-buruk-anak
https://www.google.com/search?q=refleksi+maksud&sxsrf=ACYBGNTfXC0baEeSjWQ
wALuGm4SkdCtYqg:1576398977386&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=sCC-
IJFyjU8TPM%253A%252Cfk8kPgu_YxAz3M%252C_&vet=1&usg=AI4_-
kTNk3UL5JQCijdeFwJ9pO5kkFlNkg&sa=X&ved=2ahUKEwjL6sjon7fmAhXETX0KH
S9MAKoQ9QEwAHoECAoQBg#imgrc=OoCAIVpObziO1M:&vet=1

More Related Content

What's hot

Materi los 2016 PENGOPTIMALAN REMAJA
Materi los 2016 PENGOPTIMALAN REMAJAMateri los 2016 PENGOPTIMALAN REMAJA
Materi los 2016 PENGOPTIMALAN REMAJAAdwin Kurniawan
 
Psikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikanPsikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikanGusti Irwansyah
 
Orangtua efektif
Orangtua efektif Orangtua efektif
Orangtua efektif Diana Ratri
 
201510430311004 pgsd ii a an ayatilah 1
201510430311004 pgsd ii a an ayatilah 1201510430311004 pgsd ii a an ayatilah 1
201510430311004 pgsd ii a an ayatilah 1AnAyatilah Jakariah
 
Komunikasi efektif by bukik setiawan
Komunikasi efektif by bukik setiawanKomunikasi efektif by bukik setiawan
Komunikasi efektif by bukik setiawanSMK
 
Pendidikan Berbasis Pola Asuh Efektif
Pendidikan Berbasis Pola Asuh EfektifPendidikan Berbasis Pola Asuh Efektif
Pendidikan Berbasis Pola Asuh Efektifagusmimha
 
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anakPengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anakDiana Tandjung
 
6 cara-mendisiplinkan-anak
6 cara-mendisiplinkan-anak6 cara-mendisiplinkan-anak
6 cara-mendisiplinkan-anakMas Tri Sragen
 
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadianPengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadianROSMAINIAMRIL29
 
Cd3 keibubapaan dan remaja
Cd3 keibubapaan dan remajaCd3 keibubapaan dan remaja
Cd3 keibubapaan dan remajaZuraini Nayan
 
Sukses menjadi orang tua
Sukses menjadi orang tuaSukses menjadi orang tua
Sukses menjadi orang tuaHusnul Khatimah
 
Model Pola Asuh dalam Keluarga
Model Pola Asuh dalam KeluargaModel Pola Asuh dalam Keluarga
Model Pola Asuh dalam KeluargaAli Murfi
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Muhammad Najamuddin Jeneponto
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakrismawijayanti
 
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...Sii AQyuu
 

What's hot (19)

Panggilan menjadi orangtua
Panggilan menjadi orangtuaPanggilan menjadi orangtua
Panggilan menjadi orangtua
 
Materi los 2016 PENGOPTIMALAN REMAJA
Materi los 2016 PENGOPTIMALAN REMAJAMateri los 2016 PENGOPTIMALAN REMAJA
Materi los 2016 PENGOPTIMALAN REMAJA
 
Fenomena bullying
Fenomena bullyingFenomena bullying
Fenomena bullying
 
Psikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikanPsikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikan
 
Orangtua efektif
Orangtua efektif Orangtua efektif
Orangtua efektif
 
201510430311004 pgsd ii a an ayatilah 1
201510430311004 pgsd ii a an ayatilah 1201510430311004 pgsd ii a an ayatilah 1
201510430311004 pgsd ii a an ayatilah 1
 
Komunikasi efektif by bukik setiawan
Komunikasi efektif by bukik setiawanKomunikasi efektif by bukik setiawan
Komunikasi efektif by bukik setiawan
 
Pendidikan Berbasis Pola Asuh Efektif
Pendidikan Berbasis Pola Asuh EfektifPendidikan Berbasis Pola Asuh Efektif
Pendidikan Berbasis Pola Asuh Efektif
 
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anakPengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
 
6 cara-mendisiplinkan-anak
6 cara-mendisiplinkan-anak6 cara-mendisiplinkan-anak
6 cara-mendisiplinkan-anak
 
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadianPengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
 
Cd3 keibubapaan dan remaja
Cd3 keibubapaan dan remajaCd3 keibubapaan dan remaja
Cd3 keibubapaan dan remaja
 
Sukses menjadi orang tua
Sukses menjadi orang tuaSukses menjadi orang tua
Sukses menjadi orang tua
 
Model Pola Asuh dalam Keluarga
Model Pola Asuh dalam KeluargaModel Pola Asuh dalam Keluarga
Model Pola Asuh dalam Keluarga
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
 
Moral maruah diri
Moral maruah diriMoral maruah diri
Moral maruah diri
 
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
 
Interaksi Keluarga
Interaksi KeluargaInteraksi Keluarga
Interaksi Keluarga
 

Similar to Family Respect

Kenakalan Remaja
Kenakalan RemajaKenakalan Remaja
Kenakalan Remajaimamgazpada
 
PK T4 KSSM Unit 1 PEERS KEKELUARGAAN.pptx
PK T4 KSSM Unit 1 PEERS KEKELUARGAAN.pptxPK T4 KSSM Unit 1 PEERS KEKELUARGAAN.pptx
PK T4 KSSM Unit 1 PEERS KEKELUARGAAN.pptxSHARIFAHBINTIMOHAMAD
 
Pengaruh lingkungan keluarga terhadap perkembangan karakter peserta didik di ...
Pengaruh lingkungan keluarga terhadap perkembangan karakter peserta didik di ...Pengaruh lingkungan keluarga terhadap perkembangan karakter peserta didik di ...
Pengaruh lingkungan keluarga terhadap perkembangan karakter peserta didik di ...Anis Ilahi
 
buletin IFL Mei-Juni'13
buletin IFL Mei-Juni'13buletin IFL Mei-Juni'13
buletin IFL Mei-Juni'13ifutureleaders
 
PERAN ORANGTUA-PERAN ORANGTUA-WPS Office.pptx
PERAN ORANGTUA-PERAN ORANGTUA-WPS Office.pptxPERAN ORANGTUA-PERAN ORANGTUA-WPS Office.pptx
PERAN ORANGTUA-PERAN ORANGTUA-WPS Office.pptxNuranisah87
 
Ilmu sosial dasar - Pertemuan 2
Ilmu sosial dasar - Pertemuan 2Ilmu sosial dasar - Pertemuan 2
Ilmu sosial dasar - Pertemuan 2Bayu Radityo
 
PEMBERDAYAAN POLA ASUH REMAJA.ppt
PEMBERDAYAAN POLA ASUH REMAJA.pptPEMBERDAYAAN POLA ASUH REMAJA.ppt
PEMBERDAYAAN POLA ASUH REMAJA.pptjuju220822
 
Psikoloma
PsikolomaPsikoloma
Psikolomawindah6
 
9. RPL Tanggung Jawab Seorang Siswa.docx
9. RPL Tanggung Jawab Seorang Siswa.docx9. RPL Tanggung Jawab Seorang Siswa.docx
9. RPL Tanggung Jawab Seorang Siswa.docxtutialawiyah61188
 
B. inggrijjkk
B. inggrijjkkB. inggrijjkk
B. inggrijjkkammidoang
 
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1.pptx
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1.pptxPaparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1.pptx
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1.pptxNanangAbahJackzol
 
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1 (1).pptx
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1 (1).pptxPaparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1 (1).pptx
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1 (1).pptxHenipuspitasari17
 
Jiwa Keagamaan Anak Indonesia.docx
Jiwa Keagamaan Anak Indonesia.docxJiwa Keagamaan Anak Indonesia.docx
Jiwa Keagamaan Anak Indonesia.docxZukét Printing
 

Similar to Family Respect (20)

Kenakalan Remaja
Kenakalan RemajaKenakalan Remaja
Kenakalan Remaja
 
Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5
 
Ranjau mental
Ranjau mentalRanjau mental
Ranjau mental
 
PK T4 KSSM Unit 1 PEERS KEKELUARGAAN.pptx
PK T4 KSSM Unit 1 PEERS KEKELUARGAAN.pptxPK T4 KSSM Unit 1 PEERS KEKELUARGAAN.pptx
PK T4 KSSM Unit 1 PEERS KEKELUARGAAN.pptx
 
Pengaruh lingkungan keluarga terhadap perkembangan karakter peserta didik di ...
Pengaruh lingkungan keluarga terhadap perkembangan karakter peserta didik di ...Pengaruh lingkungan keluarga terhadap perkembangan karakter peserta didik di ...
Pengaruh lingkungan keluarga terhadap perkembangan karakter peserta didik di ...
 
buletin IFL Mei-Juni'13
buletin IFL Mei-Juni'13buletin IFL Mei-Juni'13
buletin IFL Mei-Juni'13
 
Bk
BkBk
Bk
 
PERAN ORANGTUA-PERAN ORANGTUA-WPS Office.pptx
PERAN ORANGTUA-PERAN ORANGTUA-WPS Office.pptxPERAN ORANGTUA-PERAN ORANGTUA-WPS Office.pptx
PERAN ORANGTUA-PERAN ORANGTUA-WPS Office.pptx
 
Ilmu sosial dasar - Pertemuan 2
Ilmu sosial dasar - Pertemuan 2Ilmu sosial dasar - Pertemuan 2
Ilmu sosial dasar - Pertemuan 2
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
PEMBERDAYAAN POLA ASUH REMAJA.ppt
PEMBERDAYAAN POLA ASUH REMAJA.pptPEMBERDAYAAN POLA ASUH REMAJA.ppt
PEMBERDAYAAN POLA ASUH REMAJA.ppt
 
Psikoloma
PsikolomaPsikoloma
Psikoloma
 
9. RPL Tanggung Jawab Seorang Siswa.docx
9. RPL Tanggung Jawab Seorang Siswa.docx9. RPL Tanggung Jawab Seorang Siswa.docx
9. RPL Tanggung Jawab Seorang Siswa.docx
 
Jenis
JenisJenis
Jenis
 
B. inggrijjkk
B. inggrijjkkB. inggrijjkk
B. inggrijjkk
 
fisika
fisikafisika
fisika
 
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1.pptx
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1.pptxPaparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1.pptx
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1.pptx
 
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1 (1).pptx
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1 (1).pptxPaparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1 (1).pptx
Paparan-Pola-Asuh-Daring-edit-1 (1).pptx
 
Jiwa Keagamaan Anak Indonesia.docx
Jiwa Keagamaan Anak Indonesia.docxJiwa Keagamaan Anak Indonesia.docx
Jiwa Keagamaan Anak Indonesia.docx
 

Recently uploaded

DASAR DASAR EMOSI BIOPSIKOLOGI, PSIKOLOGI.pptx
DASAR DASAR EMOSI BIOPSIKOLOGI, PSIKOLOGI.pptxDASAR DASAR EMOSI BIOPSIKOLOGI, PSIKOLOGI.pptx
DASAR DASAR EMOSI BIOPSIKOLOGI, PSIKOLOGI.pptxNadiraShafa1
 
Bimtek TKH 2024.pptxRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Bimtek TKH 2024.pptxRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRBimtek TKH 2024.pptxRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Bimtek TKH 2024.pptxRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRJessieArini1
 
mater kuliah tentang KELAINAN TELINGA LUAR
mater kuliah tentang KELAINAN TELINGA LUARmater kuliah tentang KELAINAN TELINGA LUAR
mater kuliah tentang KELAINAN TELINGA LUARGregoryStevanusGulto
 
Metode dan media pendidikan dan promosi kesehatan
Metode dan media pendidikan dan promosi kesehatanMetode dan media pendidikan dan promosi kesehatan
Metode dan media pendidikan dan promosi kesehatanMeiRianitaElfridaSin
 
PROMOSI KESEHATAN & KESEJAHTERAAN LANSIA compress.pdf
PROMOSI KESEHATAN & KESEJAHTERAAN LANSIA compress.pdfPROMOSI KESEHATAN & KESEJAHTERAAN LANSIA compress.pdf
PROMOSI KESEHATAN & KESEJAHTERAAN LANSIA compress.pdfMeiRianitaElfridaSin
 
KEBIJAKAN GLOBAL PELAYANAN KEBIDANAN090222 18-Nov-2022 07-29-34.ppt
KEBIJAKAN GLOBAL PELAYANAN KEBIDANAN090222 18-Nov-2022 07-29-34.pptKEBIJAKAN GLOBAL PELAYANAN KEBIDANAN090222 18-Nov-2022 07-29-34.ppt
KEBIJAKAN GLOBAL PELAYANAN KEBIDANAN090222 18-Nov-2022 07-29-34.pptmutupkmbulu
 
PENGORGANISASIAN dan struktur organisasi.ppt
PENGORGANISASIAN dan struktur organisasi.pptPENGORGANISASIAN dan struktur organisasi.ppt
PENGORGANISASIAN dan struktur organisasi.pptssuser940815
 
implementasi Revisi Usulan Proposal MHKes PPJ.docx
implementasi Revisi Usulan Proposal MHKes PPJ.docximplementasi Revisi Usulan Proposal MHKes PPJ.docx
implementasi Revisi Usulan Proposal MHKes PPJ.docxhurufd86
 
Kemitraan masyarakat dalam program kesehatan
Kemitraan masyarakat dalam program kesehatanKemitraan masyarakat dalam program kesehatan
Kemitraan masyarakat dalam program kesehatanMeiRianitaElfridaSin
 
kebijakan pemerintah terkait pelaksanaan promosi kesehatan
kebijakan pemerintah terkait pelaksanaan promosi kesehatankebijakan pemerintah terkait pelaksanaan promosi kesehatan
kebijakan pemerintah terkait pelaksanaan promosi kesehatanMeiRianitaElfridaSin
 
MATERI PRESENTASI IPE IPC (kelompok 1).pdf
MATERI PRESENTASI IPE IPC (kelompok 1).pdfMATERI PRESENTASI IPE IPC (kelompok 1).pdf
MATERI PRESENTASI IPE IPC (kelompok 1).pdfestidiyah35
 
Diagnosis Diferensial and Mnemonic_Materi 2.pdf
Diagnosis Diferensial and Mnemonic_Materi 2.pdfDiagnosis Diferensial and Mnemonic_Materi 2.pdf
Diagnosis Diferensial and Mnemonic_Materi 2.pdfAlanRahmat
 

Recently uploaded (12)

DASAR DASAR EMOSI BIOPSIKOLOGI, PSIKOLOGI.pptx
DASAR DASAR EMOSI BIOPSIKOLOGI, PSIKOLOGI.pptxDASAR DASAR EMOSI BIOPSIKOLOGI, PSIKOLOGI.pptx
DASAR DASAR EMOSI BIOPSIKOLOGI, PSIKOLOGI.pptx
 
Bimtek TKH 2024.pptxRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Bimtek TKH 2024.pptxRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRBimtek TKH 2024.pptxRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Bimtek TKH 2024.pptxRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
 
mater kuliah tentang KELAINAN TELINGA LUAR
mater kuliah tentang KELAINAN TELINGA LUARmater kuliah tentang KELAINAN TELINGA LUAR
mater kuliah tentang KELAINAN TELINGA LUAR
 
Metode dan media pendidikan dan promosi kesehatan
Metode dan media pendidikan dan promosi kesehatanMetode dan media pendidikan dan promosi kesehatan
Metode dan media pendidikan dan promosi kesehatan
 
PROMOSI KESEHATAN & KESEJAHTERAAN LANSIA compress.pdf
PROMOSI KESEHATAN & KESEJAHTERAAN LANSIA compress.pdfPROMOSI KESEHATAN & KESEJAHTERAAN LANSIA compress.pdf
PROMOSI KESEHATAN & KESEJAHTERAAN LANSIA compress.pdf
 
KEBIJAKAN GLOBAL PELAYANAN KEBIDANAN090222 18-Nov-2022 07-29-34.ppt
KEBIJAKAN GLOBAL PELAYANAN KEBIDANAN090222 18-Nov-2022 07-29-34.pptKEBIJAKAN GLOBAL PELAYANAN KEBIDANAN090222 18-Nov-2022 07-29-34.ppt
KEBIJAKAN GLOBAL PELAYANAN KEBIDANAN090222 18-Nov-2022 07-29-34.ppt
 
PENGORGANISASIAN dan struktur organisasi.ppt
PENGORGANISASIAN dan struktur organisasi.pptPENGORGANISASIAN dan struktur organisasi.ppt
PENGORGANISASIAN dan struktur organisasi.ppt
 
implementasi Revisi Usulan Proposal MHKes PPJ.docx
implementasi Revisi Usulan Proposal MHKes PPJ.docximplementasi Revisi Usulan Proposal MHKes PPJ.docx
implementasi Revisi Usulan Proposal MHKes PPJ.docx
 
Kemitraan masyarakat dalam program kesehatan
Kemitraan masyarakat dalam program kesehatanKemitraan masyarakat dalam program kesehatan
Kemitraan masyarakat dalam program kesehatan
 
kebijakan pemerintah terkait pelaksanaan promosi kesehatan
kebijakan pemerintah terkait pelaksanaan promosi kesehatankebijakan pemerintah terkait pelaksanaan promosi kesehatan
kebijakan pemerintah terkait pelaksanaan promosi kesehatan
 
MATERI PRESENTASI IPE IPC (kelompok 1).pdf
MATERI PRESENTASI IPE IPC (kelompok 1).pdfMATERI PRESENTASI IPE IPC (kelompok 1).pdf
MATERI PRESENTASI IPE IPC (kelompok 1).pdf
 
Diagnosis Diferensial and Mnemonic_Materi 2.pdf
Diagnosis Diferensial and Mnemonic_Materi 2.pdfDiagnosis Diferensial and Mnemonic_Materi 2.pdf
Diagnosis Diferensial and Mnemonic_Materi 2.pdf
 

Family Respect

  • 1. 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 9 / TAHUN 2019 HBHE2203 PERSONAL AND FAMILY HEALTH Assigment 2 NO. MATRIKULASI : 851019015065001 NO. KAD PENGNEALAN : 851019015065 NO. TELEFON : 016-7091368 E-MEL : minghua.1019@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR BAHR
  • 2. 2 1.0 Refleksi perasaan tentang situasi yang berlaku dalam keluarga berkaitan rasa hormat dalam keluarga. Kita difahamkan bahawa keluarga merupakan institusi asas bagi membentuk masyarakat kita . Sekiranya institusi keluarga ini hancur disebabkan penjagaan yang tidak baik ,maka masyarakat pun boleh terlibat bersama dalam keadaan kehancuran tersebut. Oleh hal yang demikian , pada pendapat saya , hormat-menghormati antara satu sama lain dalam kalangan keluarga adalah perkara yang amat penting dan tidak patut dipandang remeh . Konteks hormat ini bukan sahaja merujuk kepada anak dengan ibu bapa tetapi juga mesti ditujukan kepada konteks ibu bapa dengan anak . Hal ini bermaksud , bukan anak sahaja yang mesti menghormati ibu bapa, ibu bapa juga mesti menghormati anak mereka seperti yang sepatutnya . Situasi kegagalan rasa hormat dalam keluarga yang pernah saya alami adalah ibu bapa yang suka membebel dan mengkritik saya khususnya semasa saya masih kecil iaitu budak . Sebelum kita membuat refleksi , kita haruslah memahami makna atau definisi beberapa perkataan yang menjadi kunci untuk kita fahamkan dengan sepenuhnya . Pertama , apa yang dimaksudkan dengan hormat . Berdasarkan Kamus Dewan edisi 4 maksud hormat 'mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim'. Sehubungan dengan itu , situasi saya iaitu ibu bapa yang hanya tahu mengkritik dengan sesuka hati terhadap saya sudah tentulan menjadi sesuatu isu tidak hormat kepada saya khasnya perasaan atau mood saya .
  • 3. 3 Biarlah saya menerangkan situasi saya dengan selanjutnya atau secara terperinci . Situasi tersebut bermaksud saya sering menjadi objek yang boleh dilepaskan kemarahan atau keberangan atas tekanan , perselisihan faham dan ketidakharmonian antara ibu bapa saya . Ibu bapa sering bertengkar atas masalah ekonomi keluarga dan melepaskan kemarahan mereka kepada saya dengan mengeluarkan perkataan yang tidak elok didengar seperti bodoh ,lembu dan sebagainya . Hal ini memang membawa kesan buruk kepada perkembangan saya khasnya dalam pemupukan sikap saya terhadap orang lain yang berada di sekeliling saya . Setelah mengalami ataupun terpaksa menerima keadaan ini , saya berasa sangat tidak berpuas hati ,marah ,sedih dengan perkataan yang telah dikeluarkan oleh kedua-dua ibu bapa saya. Pada masa yang sama , saya juga berasa diri sendiri macam orang yang bodoh atau tidak berguna setelah dimarah oleh ibu atau bapa. Perkara ini telah memberi kesan yang buruk iaitu tiada keyakinan diri dan tidak mahu atau takut untuk mencuba benda baharu dalam kehidupan khususnya dalam alam persekolahan . Keyakinan diri yang begitu rendah telah membawa impak negatif iaitu semasa saya belajar di sekolah rendah , saya berpeluang untuk melayakkan diri kepada acara Hari Sukan jika saya dapat melompat tinggi melepasi standard yang ditentukan . Disebabkan saya tidak mempercayai kemampuan saya , saya berasa sangat takut untuk melepasi galah yang terletak di atas badan tiang lompat tinggi . Walapun saya diberikan galakkan oleh guru pengiring atau guru penasihat beberapa kali pada masa itu , saya tidak dapat melangkah ke depan untuk melompat galah tersebut . Guru sudah mencuba untuk membolehkan saya atau meyakinkan saya supaya saya akan melompat galah tersebut dalam masa yang agak panjang .Maka itu , saya dinasihati oleh guru supaya menghubungi ibu atau bapa saya untuk membawa saya pulang ke rumah .
  • 4. 4 Semasa saya bercakap dengan ibu saya , saya berasa diri sangat tak berguna untuk melakukan apa jua perkara . Hati yang kecil ini telah dilukakan pada masa itu . Setelah saya membesar atau cukup umur , saya telah memahami sedikit sebanyak bagaimana atau sebab perkara yang tidak baik berlaku di dunia ini khususnya dalam institusi keluarga . Banyak nilai murni yang didapati dalam agama kristian dan falsafah yang terdapat di dunia telah banyak membantu saya dapat berfikiran secara rasional atau dengan cara yang sihat untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan saya . Saya amat bersyukur dengan pengajaran yang diberikan semasa saya belajar di gereja . Dalam proses mengalami banyak perkara dalam kehidupan saya , saya telah faham bahawa saya perlu bertabah dan bersabar untuk menghadapi apa jua keadaan yang telah ,sedang atau yang akan berlaku dalam kehidupan saya. Setiap orang patut dihormati kerana setiap orang dicipta oleh Tuhan dan merupakan makhluk yang tersendiri dan tidak dapat mencari gantian yang sama walaupun Twins atau anak berkembar . Apa yang telah berlaku sudah menjadi kenyataan yang tidak dapat diubah dengan apa-apa cara . Dengan ini , kita haruslah melupakan atau belajar sesuatu daripada pengalaman yang pahit itu . Hargai masa sekarang dan bukanlah menyesal atau berasa sedih atau buruk terhadap perkara yang telah berlaku . “ Live the moment and look to the future ” merupakan perkara yang amat diperlukan untuk saya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik . Menjalani kehidupan sekarang dengan sebaik-baiknya adalah perkara yang amat penting dan menuju kepada kehidupan yang lebih baik daripada masa dahulu juga perlu menjadi prioriti .
  • 5. 5 2.0 Refleksi tentang mengapa perkara ini berlaku. Perkara ini berlaku mesti mempuanyai perkaitan yang rapat dengan cara dan kaedah pengajaran yang diwariskan oleh nenek moyang ibu bapa saya . Tambahan pula ,amalan kecenderungan untuk mengkritik orang lain telah menjadi suatu kebiasaan atau kebudayaan bagi orang Cina khususnya . Biasanya , orang Cina akan mengajar dan mendidik anak dengan cara yang lebih konservatif dan ketegasan yang berketerlaluan bagi membentuk anak yang mereka anggap baik .Sesungguhnya , tidak diketahui bahawa kaedah ini telah membawa kesan negatif dalam kalangan orang Cina bagi generasi yang akan datang . Betul kata terdapat sesetengah anak orang Cina yang berpendidikan tinggi dan dianggap berjaya kerana mereka telah berpenjawatan tinggi seperti menjadi doktor ataupun peguam . Walau bagaimanapun , mereka telah memendamkan perasaan dan emosi sebenar mereka untuk menggembirakan ibu bapa mereka sahaja . Akan tetapi , terdapat ramai usahawan atau insan yang begitu berkaliber di dunia ini telah membuktikan bahawa pengajaran secara terbuka adalah jauh baik daripada kaedah konservatif tersebut . Sebagai contoh ,Microsoft, Google dan Internet dicipta oleh orang Amerika yang berfikiran secara terbuka . Berdasarkan sesetengah ahli falsafah dan pakar pendidik bahawa banyak orang yang berjaya iaitu dapat memberi sumbangan yang amat ketara kepada kemajuan dunia ini adalah orang yang berfikiran terbuka dan mesra. Bukanlah orang yang suka mengkritik dan membebel tanpa sebab yang munasabah . Anak yang membesar dalam keadaan kasih sayang akan berkasih sayang terhadap orang lain apabila mereka berkomunikasi atau bergaul dengan orang lain .
  • 6. 6 Sebab kedua adalah mengenai budaya atau kebiasaan yang diimplementasikan oleh ibu bapa tersebut iaitu ibu bapa berlakuan kasar atau kurang sopan .Ibu bapa beranggapan memarah atau mengkritik anak mereka sebagai kelakuan atau tingkah laku itu adalah biasa dan anggap sebagai motif yang baik . Lebih-lebih lagi , kata hikmah orang Cina masa dahulu juga menyatakan bahawa ketegasan adalah wajib untuk melahirkan anak yang baik . Ibu bapa telah menyalahgunakan konsep ketegasan ini dalam proses mendidik anak-anak mereka . Ibu bapa yang berlakuan kasar atau kurang sopan bukanlan perkara yang baharu dan telah memberi kesan buruk kepada anak-anak mereka . Kemungkinan besar ibu bapa yang gemar mengkritik anak-anak mereka adalah sudah menjadi suatu kebiasaan sahaja . Hal ini disebabkan kebanyakan orang Cina tidak berfikiran secara kritis terhadap perlakuan yang mereka biasa lakukan . Tambahan pula ,kebanyakan orang Cina khususnya ibu bapa tidak begitu rendah hati dan beranggapan mereka sudah kaya dan memiliki keupayaan untuk menjalankan perniagaan dengan baik . Mereka beranggapan kejayaan tersebut sudah membuktikan mereka adalah ibu bapa yang sempurna atau perfect . Ibu bapa tidak mengetahui mereka hanya berjaya dalam bidang mereka sahaja dan bukanlah bidang pendidikan . Generasi yang akan datang akan berkekalan sikap mementingkan diri sahaja jika ibu bapa berlakuan begitu . Punca yang terakhir adalah ibu bapa yang lebih ego atau mementingkan fikiran diri sahaja tanpa mengambil kira pendapat orang lain . sifat ego ini boleh nampak apabila mereka bergaul dengan orang lain seperti jiran yang bersebelahan . Orang Cina yang hanya mementingkan kebajikan diri sahaja tidak akan menghargai sumbangan atau idea baik orang lain .
  • 7. 7 3.0 Refleksi bagaimana anda boleh laksanakan situasi ini dengan cara yang yang berbeza lain dari yang telah anda pelajar Masalah ini telah lama wujud dalam kalangan ibu bapa sehinggalah berakar umbi .Kita haruslah berkelakuan berlainan supaya dapat berkesanan yang baik sekali . Cara yang saya akan lakukan ialah sentiasa berkongsi informasi iaitu orang yang kuat berpengaruh di dunia ini seperti Keanu Revees dan Mark zuckerberg dengan ibu bapa. Kedua-dua tokoh ini adalah orang yang berfikiran terbuka sehingga mencapai kejayaan yang begitu mengagumkan . Cara yang terperinci adalah menayangkan video kepada ibu bapa supaya ibu bapa lebih senang untuk menerima mesej yang ingin disampaikan . Hollywood superstar Keanu Reeves yang begitu rendah hati dan mesra telah berjaya memikat ramai orang di seluruh dunia . Kejayaan Keanu bukanlan berdasarkan prestasi akademiknya ,tetapi berasaskan keupayaan dan berketerampilannya . Keanu juga orang yang baik hati dan pemurah .Keanu mendermakan kebanyakan gaji sampailah 70 peratus untuk membantu orang memerlukan . Orang Cina jarang begitu pemurah dan rela memberi sumbangan dalam bidang kebajikan . Mark zuckerberg merupakan usahawan yang paling muda dalam senarai Jutawan yang terkenal di Amerika . Mark juga tidak menamatkan pengajiannya di Universiti disebabkan dia sangat sibuk dalam programming .Programming ini telah membawa penciptaan Facebook . Facebook telah menjadi applikasi atau platform yang paling berjaya untuk mengenali orang lain dan berhubung dengan dunia ini .
  • 8. 8 Artis Chow Yun Fat pun boleh diperkenalkan kepada ibu bapa . Celebriti atau tokoh ini telah menderma kesemua harta benda kepada organisasi kebajikan . Perkara tersebut pasti dapat memberi kesan yang sangat positif dalam minda ibu bapa yang begitu konservatif dan bersikap mementingkan diri sahaja . Chow Yun Fat juga seorang yang berakhlak mulia dan bersopan santun . Nilai-nilai ini perlu dicontohi oleh semua orang Cina khususnya orang Cina . Cara yang berbeza ini akan memberi kesan yang baik kepada perubahan sikap ibu bapa tersebut . Hal ini disebabkan terdapat teladan yang baik boleh dicontohi . Ringkasnya , ketiga-tiga tokoh bukan orang yang suka membebel dan mengkritik orang lain . Sebaliknya , mereka berfikiran terbuka dan mesra dalam kehidupan mereka .
  • 9. 9 4.0 Refleksi tentang cara bagaimana situasi yang berbeza ini boleh mengubah amalan Cara yang berbeza ini memang dapat mengubah situasi ini disebabkan kebudayaan adalah kelakuan yang sudah lama dilakukan . Kelakuan ini hanya dapat diubah apabila mereka nampak benda yang baik daripada kebiasaan mereka . Sebagai contoh . singa telah mengetahui statusnya yang begitu kuat dan tinggi . Bayangkan dinasour yang muncul akan menakutkan singa ini . Akhirnya singa ini menunduk kepala kepada pengaruh yang lebih kuat ini . Ibu bapa akan mempelajari sesuatu daripada pengalaman kehidupan mereka . Pengalaman kehidupan mereka adalah berdasarkan apa yang mereka sering nampak ,dengar dan terdedah kepadanya . Ibu bapa akan mengetahui dunia ini sebenarnya bukan berasaskan kritikan tetapi berasaskan idea yang membina dengan cara yang mesra . Artis Chow Yun Fat ,Keanu Revees dan Mark Zuckerberg dapat menerangi jalan ibu bapa pada masa yang akan datang . Ibu bapa akan membandingkan ketiga-tiga tokoh ini kepada orang yang berjaya yang mereka tahu . Lama-kelamaan , mereka akan mendapati kejayaan bergantung kepada idea yang membina dengan cara terbuka dan bukanlah berdasarkan sentiasa membebel dan gemar melontarkan kritikan tanpa sebarangan dorongan . Sebaliknya ,ibu bapa akan sentiasa menonton tokoh tersebut dalam Youtube dan sebagainya . Berdasarkan teori behavorisme , ibu bapa akan mencontohi orang yang lebih berpengaruh di sekeliling mereka . Tambahan pula , Mark Zuckerberg berkahwin dengan orang Cina . Peristiwa pasti memberi kesan yang sangat baik bagi orang Cina . Ibu bapa Cina ini akan tertarik dengan perlakuan ini . Hal ini akan lebih
  • 10. 10 senang untuk meyakinkan ibu bapa yang berbangsa Cina untuk mempelajari tokoh Mark ini. Banyak teknologi telah dicipta di dunia ini dan pengasas adalah orang yang berfikiran terbuka dengan memberi idea yang membina dengan mesra . Ibu bapa akan terpengaruh dengan orang IT ini disebabkan mereka juga menggunakan telefon pintar dan sebagainya . Sebagai tradisi , orang Cina suka menulis surat yang mengambil masa yang sangat panjang . Masa ini suda berlainan, e-mel ,Whatsapp ,Messenger dan sebagainya telah mengubah gaya hidup semua orang di dunia ini . Kebanyakan ibu bapa pasti telah mengikut trend ini dan mereka nampak kecanggihan semua adalah berdasarkan fikiran yang membina dengan cara kemesraan . Mark Zuckerberg adalah antara Orang IT yang dapat meyakinkan ibu bapa tersebut untuk mengubah minda mereka supaya kehidupan yang lebih baik dapat dijalankan .
  • 11. 11 5.0 Refleksi apakah akan berlaku apabila mengamalkan cara yang berbeza dalam kehidupan untuk memperbaiki amalan kehidupan. Kita sebagai seorang manusia yang biasa akan melihat luaran sahaja sebelum mengetahui kandungan yang terpendam di dalam itu . Cara yang berbeza ini sudah pasti dapat memberi implikasi yang baik dalam membentuk sikap yang murni dalam diri seseorang itu . Cara yang berbeza ini dapat menegaskan komunikasi dan hubungan yang baik adalah sangatn penting dalam mewujudkan dunia yang sempurna . Hal ini disebabkan Artis Chow Yun Fat ,Keanu Revees dan Mark Zuckerberg telah menonjolkan teladan yang sangat baik untuk dicontohi oleh semua orang . Mereka mempunyai persamaan iaitu mempunyai hubungan yang baik dengan orang yang berada di sekelilingnya . Sifat ego sentiasa membantutkan kemajuan dunia ini . Antara contohnya termasuklah peperangan yang kejam .Banyak nyawa yang tidak bersalah akan menuju ke jalan maut sekiranya peperangan yang tidak berperikemanusiaan berlaku . Banyak ahli politik yang mempunyai sifat ego telah membawa kemusnahan kepada rakyat tidak kira dari segi mental dan fizikal . Oleh hal yang demikian , ketiga-tiga tokoh dapat mengubah minda kumpulan orang ini . Hanyalah kasih sayang yang dapat menonjolkan kekuatan yang paling besar di dunia ini . Ketiga-tiga tokoh ini sebenarnya dermawan yang sangat terkenal di dunia ini . Ibu bapa akan terkejut dan kagum akan sifat pemurah dan baik hati itu . Sifat berkasih sayang dan baik hati ini tentu dapat membantu orang yang miskin dan memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan . Dengan ini , mereka tidak perlu mengalami kelaparan yang begitu memahitkan . Mark Zuckerberg juga memberi sumbangan yang besar dalam pendidikan iaitu beberapa sekolah yang kurang keupayaan dari segi kewangan di Amerika sana . Jelaslah di sini , pendidikan yang baik perlulah hati yang besar dan pemurah . Dengan ini , pendidikan sempurna dapat disediakan untuk anak-anak ini .Akhinya , semua anak ini akan mempelajari perlakuan yang baik ini untuk memberi sumbagan balik ke masyarakat itu sendiri. Maysarakat yang maju dan bermoral akan diwujudkan .
  • 12. 12 Ketiga-tiga tokoh juga menonjolkan ciri-ciri bertanggungjawab atas pertuturan mereka . Mereka tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang mungkin menyakiti hati orang lain . Mereka sentiasa memberi idea yang membina dengan mesra kepada orang yang berada di sekelilingnya . Amalan kehidupan pasti akan diubah kepada kehidupan yang bertanggungjawab . Kemesraan juga ditunjukkan oleh Chow Yun Fat ,Keanu Revees. Mereka sentiasa mesra dengan orang lain seperti menaiki LRT seperti orang biasa . Tingkah laku ini memang dapat merapatkan hubungan rakyat atau peminat dengan mereka . Secara tidak langsung , amalan kehidupan rakyat dapat diubah khususnya ibu bapa . Apabila ibu bapa telah berubah , anak-anak juga dapat manfaat daripada itu . Anak akan mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa mereka . Anak-anak akan merasa lebih rapat, selamat, cenderung untuk mendengar, membantu dan mengikuti arahan ibu bapa mereka . Dengan ini , anak-anak akan lebih bersedia untuk berkomunikasi dengan ibu bapa mereka bagi masalah yang dihadapi dengan rakan atau sekolah. Akhirnya , anak akan mempunyai pergaulan yang baik dan mesra kepada orang yang berada di sekelilingnya . Kesimpulannya , hanya orang berkemampuan tinggi akan merendah diri dan mesra dalam menjalani kehidupan mereka di samping buat yang terbaik dalam kehidupan mereka . Dengan ini , ibu bapa akan menghormati anak-anak mereka dan diri mereka juga . (2547 patah perkataan )
  • 13. 13 6.0 RUJUKAN / REFERENSI https://tudungsicomel.com/kesilapan-besar-ibu-bapa-mendidik-anak/ https://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/12/sifat-hormat-penting-dalam- keluarga.html https://my.theasianparent.com/10-sikap-ibu-bapa-beri-kesan-buruk-anak https://www.google.com/search?q=refleksi+maksud&sxsrf=ACYBGNTfXC0baEeSjWQ wALuGm4SkdCtYqg:1576398977386&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=sCC- IJFyjU8TPM%253A%252Cfk8kPgu_YxAz3M%252C_&vet=1&usg=AI4_- kTNk3UL5JQCijdeFwJ9pO5kkFlNkg&sa=X&ved=2ahUKEwjL6sjon7fmAhXETX0KH S9MAKoQ9QEwAHoECAoQBg#imgrc=OoCAIVpObziO1M:&vet=1