SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan DBAE

                            Oleh Prof. Madya Hj Iberahim Hassan



Pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan dalam kurikulum. Sebagai
pendidik seharusnya juga berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang
seni tertentu supaya sentiasa terkini selari dengan keparluan semasa. Lebih-lebih lagi
jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang
akan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni
dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan
terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativiti
itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan pandangan
bahawa pengajaran pendidikan seni itu tertumpu hanya kepada berkerja dengan alat dan
bahan sahaja. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia
bahan dan sumbar , kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran
pendidikan seni banyak yang boleh disediakan untuk perkembangan pelajar. Kita
mempersoalkan bahawa pembelajaran artistik itu bukan setakat berkebolehan
menggunakan alat dan bahan semata, dan kita membuat rumusan bahawa peranan guru
lebih jauh daripada hanya sebagai pembekal alat bahan dan sumber dan menyetabil
emosi murid-murid sahaja.

Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkan
akan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauhmanakah idea
yang telah dikonseptual itu akan dilaksanakan di perinkat sekolah. Berbanding dengan
sambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap matapelajaran lain
yang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, matapelajaran
pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak berkepentingan. Atas keadaan
inilah memberi tekanan kepada guru untuk merealisasikan konseptual pendidikan seni
yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber              sokongan untuk
melaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan sumbangan
peruntukan yang agak tinggi berbanding dangan mata pelajaran kemanusiaan dan sains
yang lain. Sejauhmanakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain untuk memberi
sumbangan membantu pihak pelajar dan Sekolah menjayakan perlaksanaan mata
pelajaran ini. Di negara kita setakat ini usaha begini belum dicuba secara menyeluruh.
Usaha guru untuk mempastikan keistimewaan mata pelajaran ini tinggal usaha sahaja
jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral atau kewangan daripada
pihak berkenaan.

Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluan
dalam pembangunan negara bangsa kita sumbangan mata pelajaran pendidikan seni ini
adalah releven dengan keparluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan
bahawa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajar
menerima ilmu dan kemahiran matematik, sains dan teknologi sahaja, pendidikan yang
harus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi menyeluruh
mereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepada metapelajaran utama, juga
melalui metepelajaran pengimbang yang lain termasuk kesenian. Dalam sistem


                                                                                    1
persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah matapelajaran wajib daripada tahun
satu hingga ke tingkatan tiga sekolah menengah. Dan merupakan mata pelajaran elektif
untuk sekolah menengah atas. Sukatan pelajara Pendidikan Seni Visual telah disemak
semula dan merupakan yang terbaik untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ianya
mampu memberi persediaan awal bagi syarat masuk ke pusat pengajian tinggi bagi
bidang-bidang yang releven seperti, bidang yang memerlukan kemahiran melukis dan
kreativiti yang tinggi seperti seni binaan, pereka, dan sebagainya. Banyak universiti telah
menawarkan kursus-kursus yang memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini.
Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukan
kemahiran dalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolahan pelajar dengan
matapelajarn sains dan teknologi.

Untuk meningkatkan kualiti akdemik kepada pembelajaan pendidikan seni visual di
Amerika umpamanya uasha sama di antara pakar-pakar dalam bidang ini dengan bantuan
kewangann oleh Yayasan Gettey telah berjaya mengutarakan sebuah konsep kurikulum
yang lebih bercorak akademik dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni
berasaskan disiplin (Disciplin based art education -DBAE).

Kita juga bersetuju pendidikan seni visual ini merupakan sebahagian kecil daripada mata
pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar mengksploitasi emosinya sebagai
sebahagian daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi.
Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada pelajar sebagai tempat pelarian
sementara daripada kurikulum yang penuh dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan kata-kata, huruf dan angka-angka.
Menerusi pendidikan seni juga pelajar digalakkan menemuai visi peribadinya dan kerja-
kerjanya yang merupakan coritan peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-peraturan
yang ditentukan oleh kurikulumnya, yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakan
hanya satu sahaja jalan penyelsaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapan
yang betul bagi setiap soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialah
ruang, tempat dan yang lebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih
berkuasa membenarkan mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkan
mereka meghadapi cabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apa
yang diperlukan oleh pelajar adalah ruang untuk hidup (lebensraum). Pendidikan seni
seharusnya tidak kaku, tidak berunsur mekanikal, lifeless dan pembelajaran akademik
yang hambar . Jikalau terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan keistimewaan
yang boleh ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar.

Eisner dalam rancananya bertajuk Structure and Magic in Dicipline Base Art Education
 dalam Al Hurwitz (1991) ms 17 menyatakan pentingnya pengalaman yang cukup dalam
pembinaan konsep amalan pendidikan. Untuk mendapat pengalaman bagi mendapatkan
pendidikan yang segnifikan seseorang individu itu perlu berupaya menggunakan
kecerdasannya untuk menghadapi permasalahan yang dihadapi dalam kehidupannya. Hal
ini boleh berlaku dalam mana-mana mata pelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata
pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir dengan lebih bijak tentang seni dan
manifestasi terhadap dunia sekitarnnya. Melalui pengalaman yang diterima membekalkan
pelajar untuk berfikir tentang seni dan apakah disiplin yang berkaitan dengannya. Inilah



                                                                                         2
yang hendak dicapai melalui pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE). Apakah yang
akan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akan mereka hadapi apabila
mereka belajar pendidikan seni? Apakah yang kita lakukan dengan seni ?

Terdapat empat perkara penting yang dilakukan oleh kita dengan seni. Iaitu, kita
menghasilkannya. Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada di
dalam budaya. Kita juga membuat penilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu.
Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin terdapat empat bahagian yang menjadi
struktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan
estetika. Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara
bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej
yang mempunyai tenaga eksprasif, coherence, celik akal ( insight) dan pandai mencipta
( ingenuity).
Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat , bukan
sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina
kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat di
dalamnya berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.
Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni
atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta
pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun
merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni
yang berada dalam konteks yang vakium, sebahagian daripada makna yang dipancarkan
menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan konteks semasa atau
setempat.
Disiplin estetika pula merupakan satu disipin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum
pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita
lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan
berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh
mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan , kita tidak langsung
sahaja membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan membuat
pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akan menggunakan
masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan,
macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah
situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika
boleh diaplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara
makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana
dan teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Itulah yang
dikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajar
menangani permasaalah bagi keempat-empat domain yang dikemukakan.

Hasrat untuk merealisasikan pendekatan ini adalah begantung kepada kebijaksanaan
guru menterjemah, merancang dan melaksananya di bilik darjah. Dengan kefahaman
yang jelas dan keupayaan menterjemah matlamat pendekatan DBAE ini akan dapat
menyediakan satu rintitan pembelajaran yang mampu membentuk pengalaman pelajar
terhadap keistimewaan-keistimewaan yang boleh mereka garap menerusi pembelajaran
pendidikan seni ini. Sekiranya guru gagal menyediakannya , pelajaran pendidikan seni



                                                                                       3
akan menjadi hambar , cetak, malap dan faedah yang diterima oleh pelajar berada ditakuk
lama juga akhirnya. Pendidkikan seni memerlukan kurikulum yang mantap dan
berkualiti dengan guru yang cekap dan berpengetahuan untuk mengendalikan pelajaran
ini. Apakah kurikulum pendidikan seni visual kita belum mantap ? Adakah DBAE ini
cukup mantap untuk dilaksanakan ? Persoalannya adalah bukan kita perlu menyoal
tentang kemantapan kurikulum, tetapi         selalunya guru-guru hanya mengambil
kandungan sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran bagi setiap semester. Saya percaya jarang di antara guru yang mengaitkan
antara objektif sukatan pelajaran dengan kandungan ketika membuat perancangan. Oleh
itu perancangan hanya sekadar memfokuskan kepada tajuk dan sub tajuk dalam sukatan
pelajaran, akhirnya apa yang berlaku di bilik darjah, pelajaran hanya menumpukan
kepada penghasilan produk dan sedikit menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan
sejarah, estetika dan kritikan seni. Oleh itu adalah dicadangkan supaya guru-guru
menggunakan salah satu daripada pendekatan-pendekatan menyediakan rencangan
pelajaran pendidikan seni ini iaitu menggunakan pendekatan DBAE. Ada juga
pendekatan lain seperti pendekatan budaya, etnografi, pendekatan studio (yang sering
diamalkan) dan sebagainya. Bolehlah diaplikasi dalam penyediaan perancangan dan
diaplikasi juga dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini.

Untuk merancang pelajaran pendidikan seni di sekolah rendah konsep gabung jalin dan
penyerapan antara disiplin (mata pelajaran) digalakkan. Dengan perancangan yang bijak
konsep penggabungjalinan ini akan mampu memalarkan sempadan yang ada di antara
mata pelajaran itu, pelajaran boleh berlaku secara fleksibel. Untuk ini keupayaan guru
untuk merancang kurikulum secara bersepadu memerlukan kefahaman yang lebih
menyeluruh antara mata pelajaran, kerjasama antara guru-guru dan antara panitia setiap
mata pelajaran adalah amat dituntut. Kefahaman dan kesedaran tinggi tentang matlamat
pendidikan itu secara menyeluruh amat dituntut, jauhi sikap lebih mementingkan hak
atau mengutamakan sempadan antara mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain
menyebabkan wujudnya pembahagian atau pengasingan antara disiplin, garis sempadan
yang sebenarnya boleh dimalarkan. Perancangan kurukulum untuk sekolah rendah
seharusnya menitikberatkan konsep sepadu. Apabila perancangan semester, minggu atau
harian itu dirancangan secara bersepadu antara disiplin antara mata pelajaran, mungkin
melalui isi pelajaran, atau melalui kemahiran-kemahiran yang setara maka pembahagian
dan pengasingan pengalaman pembelajaran di kalangan pelajar tidak akan berlaku
sebaliknya pembelajaran berlaku secara bersepadu. Penyepaduan antara satu mata
pelajaran dengan satu mata pelajaran lain bukanlah tidak memberi kesan sampingan.
Sebaliknya memang ada kesan iaitu kurangnya tumpuan khusus pada mata pelajaran
berkenaan secara total ketika melalui proses pembelajaran. Untuk mata pelajaran
pendidikan seni dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi disiplinnya supaya tidak
ditelan oleh tumpuan kepada mata pelajaran yang disepadukannya itu yang sering
dianggap mata pelajaran yang lebih mustahak, dicadangkan bahawa kesepaduan antara
mata pelajaran itu hanya dilakukan apabila diperlukan dan bersesuaian sahaja, selagi nilai
seni itu tidak ditenggelami oleh arus proses pembalajaran pelajaran lain. Maksudnya,
kandungan pelajaran dan sub kandungan pelajaran bagi sesuatu pembelajaran adalah
merupakan struktur kurukulum berasaskan disiplin (DBAE) yang dirancang secara




                                                                                        4
terbuka. Isu yang utama di sini adalah bagaimana untuk mencapai matlamat pendidikan
berasaskan DBAE.

Konsep sepadu itu bukan setakat berlaku antara mata pelajaran sahaja. Sebenarnya di
dalam mata pelajaran itu sendiri boleh berlaku konsep sepadu . Jikalau kita menyediakan
perancangan berasaskan struktur DBAE terdapat empat disiplin yang boleh dirancang
secara sepadu. Pengsepaduan antara subjek boleh dilakukan. Empat disiplin, dalam
pembelajarn pendidikan seni iaitu, sejarah seni, penghasilan produk seni, estetika dan
kritikan seni boleh dirancang dan digabunjalinkan secara sepadu atau diajar berasingan,
atau secara selari atau sepadukan antara komponen-komponen unit utama atau aktkviti
seni yang direka bentuk untuk mewujudkan perhubungan antara konsep, kemahiran dan
generalisasi antara empat disiplin itu.

Hubungan antara sejarah seni, kritikan seni dan estetika adalah amat nyata sekali jikalau
dikaitkan dengan proses dan prosidur menghasilkann produk seni. Seseorang pelajar yang
bercadang untuk membuat sebuah karya yang berkaitan dengan tema-tema kemanusiaan ,
seperti peperangan      dan kezaliman        boleh merujuk kepada pelukis Nirmala
Shanmughalinghm bertajuk Vietnam 1981 yang mempersoalkan kekejaman peperangan
di Vietnam atau Ibrahim Hussein bertajuk My Father and The Astronaut, 1969 yang
mempersoalkan pertembungan nilai manusia antara tradisional dan moden . Kedua-dua
pelukis ini membawa makna kemanusiaan, masing-masing menggunakan media dan
teknik pengutaraan yang berbeza. Melalui sejarah pelajar dapat mepelajari pengalaman
seniman menghasilkan karya, apakah tema yang dipilih, sejauh manakah pekanya
seniman terhadap nilai-nilai persekitaran sama ada tempatan atau peringkat antara
bangsa. Begitu juga pelajar dapat membandingkan teknologi media yang dipilih dalam
menghasilkan sesebuah karya. Mengenai nilai estetika pula pelajar boleh
membandingkan cara persembahan seniman tersebut, lihat bagaimana Ibrahim Hussein
menggunakan kepakarannya menghasilkan imej yang realistik menerusi kombinasi cat
minyak dan cetakan, kombinasi yang begitu harmoni. Manakala Nirmala pula
menggunakan teknik campuran cetakan dan catan akrilik di atas kanvas, transformasi
imej-imej foto yang menggambarkan penderitaan rakyat Vietman kesan peperangan,
dengan paparan hitam putih sesuai dengan mod yang dipaparkan.

Bukan setakat membanding karya sahaja, atau setakat melihat gambar catan daripada
seniman-seniman yang dipilih, malah pelajar boleh membuat kajian di perpustakaan ,
atau membaca melalaui beberapa artikal , keratan surat khabar hasil kritikan oleh
pengkritik-pengkritik terhadap seuatu karya seni. Melalui majalah Budaya umpamanya
banyak tulisan-tulisan yang menyentuh karya seniman tanah air. Untuk membuat
perbandingan antara seniman antara bangsa , melalui teknologi ICT guru atau pelajar
boleh melayari internet memasuki halaman Museum of Art umpamanya akan dapat segala
bentuk seni atau seumpamanya untuk dijadikan sumber pembelajaran . Dengan cara ini
juga kita tidak terikat dengan buku teks pendidikan seni yang memang pun tiada dalam
system persekolah kita.

Pendek kata terpulanglah kepad guru untuk merancang kerana dalam kontaks pendidikan
di negara kita, walaupun sukatan pelajaran dan kandungan bagi satu-satu tahap telah



                                                                                       5
ditetapkan oleh pihak Pusat Perkmbangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
tetapi untuk merancang pelajaran berdasarkan semester atau penggal, mingguan dan
harian itu masih terletak ditangan guru. Antara guru dan muridlah yang meletakkan
sempadan sesuatu bidang ilmu bagi sesuatu mata pelajaran itu. Jikalau guru hanya terikat
kepada kandungan yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran maka setakat itu sahajalah
ilmu dan kemahiran yang dapat dialami oleh pelajarnya. Pada dasarnya gurulah yang
menentukan hala tuju pembelajaran. Guru yang menentukan isi kandungan, guru yang
menentukan kaedah pembelajaran, guru juga yang mentukan apa, bagaimana dan
sejauhmana serta bila sesuatu pelajaran itu berlaku. Sama ada guru mengawal
keseluruhannya atau tidak mengawal apa-apa pun, ini boleh berlaku. Sama ada guru
membuat perancangan berdasarkan kreativiti dan inovasinya tidak hanya setakat
mengikut apa yang tercatat dalam kurikulum sedia ada atau mengikut sahaja apakah
kandungan yang tercatat dalam kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian sekadar
untuk menghabiskan tajuk-tajuk dan aktiviti untuk sepanjang tahun persekolahan.

Yang jelas iaiah kurikulum bukanlah berupaya menyatakan keseluruhannya akan apa
yang patut dilakukan oleh guru. Kurukulum hanya boleh menyediakan ruang untuk guru
membuat justifikasi, dan interpritasi setidak-tidaknya dalam dua lokasi. Pertamanya
guru boleh merancang semula kandungan sukatan pelajaran berdasarkan tahap-tahap
yang telah ditetapkan dengan menggunakan mana-mana pendekatan yang sesuai dengan
matlamat dan objektif sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu. Pendekatan itu
mungkin salah satunya ialah DBAE. Keduanya sukatan pelajaran pendidikan seni terlalu
luas ruang lingkup bidang dan isi kandungnya untuk dilaksanakan bagi lima tahun di
sekolah menengah dan enam tahun di sekolah rendah. Untuk satu-satu tahun sesi
persekolahan guru boleh memilih beberapa tajuk sahaja, bukan membuat kesemua isi
kandung yang tercatat dalam sukatan pelajaran. Apa yang perlu dilalukan adalah pastikan
objektif pelajaran d ilaksana melalui isi kandung atau kegitan yang dipilih sesuai pula
dengan keupayaan dan kemahiran kumpulan sasar iaitu pelajar.

Oleh kerana ruang lingkup pelajaran pendidikan seni ini luas dan jangkamasa pula
panjang maka dalam membuat perancangan pelajaran pendidikan seni ini penegasan
kepada urutan (sequence) amat penting. Eisner(1991) berpendapat urutan dalam
kurikulum amat penting alasannya adalah pertamanya semua aktiviti untuk mana-mana
program pun memerlukan masa yang lebih. Masa , aktiviti dan tahap kesukaran bagi
sesuatu kamahiran itu itu perlu diuruskan secara berurutan. Pelajaran perlu dimulakan
daripada yang mudah kepada yang lebih sukar secara berperingkat-peringkat. Dalam
kotaks psikologi perlu ada urutan dalam sesuatu organisasi aktiviti supaya ada cabaran,
perkembangan, membangunkan idea-idea, dan kemahiran yang perlu dikuasi oleh
pelajar sehingga ke tahap optimumnya. Program pendidikan tanpa menitikberatkan nilai-
nilai urutan adalah pendidikan yang statik (Eisner, 1991) Sebagai contoh, kita mulakan
pelajaran kita dengan meminta pelajar menggunakan berbagai alat dan bahan sedangkan
pelajar tidak berupaya membuat perkaitan antara bahan-bahan tersebut kerana mereka
belum diberi pendedahan awal.          Mereka juga diminta menghasilkan sesuatu
menggunakan bahan-bahan tersebut. Sudah tentu pelajar berada di dalam kebingungan,
atau pelajar akan membuat sesuatu tanpa tujuan, pelajar hanya membuat sesuatu secara
cuba jaya sahaja. Ini membuang masa dan berlaku pembaziran.



                                                                                      6
Pentingnya perancangan dan pembelajaran secara urutan ini akan membantu pelajar
membuat internalize kandungan pengalamannya. Interanalisasi ini akan lebih berkesan
jikalau perancangan pelajaran memberi              peluang   kepada      pelajar berlatih
mengembangkan kemahiran dan ideanya. Sebagai contoh, jikalau pelajar diminta
menghurai secara metapora tentang kualiti eksprasif suatu kerja-kerja seni umpamanya
tentang menara kembar Kuala Lumpur, lanjutan daripada aktiviti itu pelajar diminta
memindahkan idea dan kualiti eksprasif itu kepada kerja-kerja catan, arca, grafik, seramik
dan sebagainya. Dalam hal ini kita sering mengutamakan kepelbagaian dalam kurikulum
tetapi mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan urutan. Lebih baik kita hadkan
jumlah aktiviti atau projek yang perlu disempurnakan tetapi kita utamakan urutan itu
kerana yang penting adalah proses internalize itu.

Alasan lain mengapa urutan atau kesinambungan itu penting dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni berasaskan disiplin ini (DBAE) adalah
berkaitan dengan membina kualiti automaticity iaitu berkaitan dengan pembinaan diri
menjadikan sesuatu itu berlaku secara sepontan tanpa kawalan atau arahan fikiran sedar.
Tindakan berlaku secara automatic. Kita boleh memandu secara automaticity sambil
memandu kita boleh mendengar radio, berbual dengan rakan, atau berkhayal sesuatu
kemungkinan. Ada orang boleh bermain alat muzik sambil menyanyi dan menari juga.
Ianya berlaku secara automaticity. Bagaimana ini boleh berlaku ? Semuanya berlaku
bermula dengan internalisasi, kemahiran dan latihan berlaku secara berurutan dan
berkesinambungan. Dalam pendidikan seni kualiti ini berlaku apabila pelajar berupaya
memberi reaksi secara automaticity apabila berhadapan dengan pengalaman estetika.
Samalah dengan keupayaan kita dalam berbahasa dengan mudah sahaja kita boleh
mengucapkan kata-kata berpuisi apabila hati kita tersentuh dengan keindahan yang
menakjubkan. Apabila pelajar sudah berkemahiran dengan pengalaman estetika dan
segala-galanya dalam kawalannya secara automatic ia akan memberi tindak balas.
Pelajar ini bersedia untuk mengutarakan konsep berkaitan untuk berbahas, membuat
perbandingan dalam seauatu perbincangan. Automatiksiti adalah anugrah
  kebebasan khusus untuk pembentukan keupayaan imaginsi. Ia berkembang dalam
repetorie kognitif bergantung kepada sejauh mana program yang dirancang secara
berurutan dan berkesinambungan. Tanpa berurutan, idea-idea dan kemahiran sukar
menjadi lebih kompleks dan berkualiti. Tanpa urutan pelajar sukar untuk membina
internalize. Kurikulum pendidikan seni yang berdasarkan struktur DBAE pada
pandangan Eisner memberi peluang kepada pelajar membina kemahiran-kemahiran yang
dinyatakan di atas.

Eisner (1991) juga berpendapat bahawa terdapat berbagai unsur yang terlibat dalam
struktur kurikulum DBAE . Program tersebut mengutamakan keupayaan dan peluang
pelajar mengenali budaya mereka. Ini memerlukan keterlibatan berbagai pihak dalam
masyarakat, menggalakkan keterlibatan institusi budaya tempatan, yayasan kesenian,
dan agensi kerajaan bersama-sama berganding tangan dan minda dalam membekalkan
sumber-sumber yang membantu guru untuk menyediakan suatau program yang
berkesan. Bahan dan sumber kurikulum pendidikan seni yang baik adalah yang boleh
dipandu dan bebas. Ia perlu dipandu kerana ianya merupakan model dan kandungan ,
aktiviti dan matlamat yang dicadang yang mungkin tidak disedari oleh guru. Ianya



                                                                                        7
bebas kerana bahan dan sumber yang baik bukan setakat boleh membantu pelajar , ianya
juga boleh membantu dan mengajar guru, ianya juga mudah digunakan sesuai dengan
keperluan dan situasi pembelajaran.

Satu lagi keistimewaan menggunakan DBAE dalam perancangan kurikulum ialah
menerusinya pelajar boleh mendapat munafaat apakah sebenarnya keistimewaan mata
pelajar pendidikan seni ini. Selain daripada mendapat pendedahan mengenai empat
disiplin iaitu sejarah seni , kritikan seni ,estetika dan menghasilkan produk seni pelajatr-
pelajar juga akan menimba pengalaman kerana mata pelajaran ini memberi dua bentuk
sumbangan untuk pembangunan dan pengalaman manusia. Pertamanya melalui imej dan
peristiwa yang dijalin melalui bentuk estetika dan melalui curahan perasaan adalah
merupakan perantara melaluinya potensi keupayaan minda manusia diterjemahkan
kedalam bentuk visual. Kapisiti intlektual kita akan menjadi keupayaan intlektual
selagi kita memberi peluang setiap kepisiti itu berfungsi. Jenis pemikiran ini memerlukan
pemerhatian bagi menentukan mana yang sesuai dan kompleks, mempelajari
bagaimanakah untuk meneliti sesuatu bentuk, agar struktur yang eksprasif berupaya
merangkap emosi dan imaginasi bagi disesuaikan dan memajukan keistimewaan seni
yang ambiguity, dan boleh memberi sumbangan kepada perkembangan kemahiran
kognitif yang begitu kompleks. Keistimewaan seni boleh menjangkau daripada persepsi
yang halus dan kompleks kepada mehasilkan karya seni yang di luar jangkauan minda.

Sumbangan yang kedua yang boleh diberi oleh mata pelajarn pendidikan seni ini adalah
berkaitan dengan makna yang tersurat dan tersirat pada sesuatu bentuk seni. Pendidikan
adalah satu wadah yang matlamat umumnya adalah untuk membolehkan manusia
mengembangkan literasi. Melelui keupayaan literasi manusia boleh menyata atau
mentafsiri sesuatu makna yang berbagai-bagai bentuk yang terdapat di persekitarannya.
Dalan kehidupan kita , perkataan , angka, pergerakan, imej dan pola-pola bunyi adalah
bentuk-bentuk dimana sesuatu makna itu boleh disampaikan. Untuk mambaca makna
pada sesuatu bentuk itu memerlukan kefahaman tentang peraturan, konteks, dan struktur
sintetiknya. Setiap bentuk itu ada pula had-had keupayaannya dan keistimewaannya yang
tidak terdapat pada bentuk-bentuk lain. Setengah makna lebih berkesan jikalau
dipaparkan menerusi imej-imej visual, manakala yang lain sesuai melalui kata-kata,
muzik atau pergerakan. Literasi artistik adalah alat yang kita gunakan bagi memahami
makna sesuatu kerja seniman. Hasil seni itu penuh dengan kehebatannya. Mereka
mencambahkan perasaan sensitif supaya            kehalusan itu ditimbulkan dan yang
terselindung juga dikira. Dalam perkataan,          seni boleh membantu kita untuk
menjelaskan apa yang tidak boleh diterangkan dengan perkataan. Perlu dijelaskan kepada
pelajar bentuk-bentuk seni juga adalah merupakan sumber pendidikan. Inilah dua
sumbangan seni dalam membantu pembangunan dan pengalaman manusia.

Sebahgai penutupnya, tanpa struktur dalam kurikulum kita, kita tidak akan dapat
membina automaticity , tanpa automatiocity pula kita tidak akan dapat membina
internalisasi. Tanpa internalisasi pula kita tidak akan dapat menikmati sesuatu
keistimewaaan yang boleh diberikan oleh pelajaran pendidikan seni. Yang kita
bimbangkan adalah perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan seni yang tidak berstruktur. Perancangan yang menjemukan yang tidak



                                                                                          8
mempunyai roh atau berilmu pengetahuan yang boleh mencabar minda dan imaginasi
pelajar. Banyak pendekatan yang boleh diaplikasi dalam perancangan dan pengajaran
mata pelajaran ini salah satu yang dikenalpasti berkesan untuk membina konsep sepadu
dan juga mempunyai ciri-ciri konstruktif adalah menggunakan pendekatan pendidikan
seni berasaskan disiplin (DBAE) yang jelas mempunyai struktur yang kukuh dan sesuai
dengan matlamat pendidikan seni itu juga selari dengan matlamat pendidikan
kebangsaan. Ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajaran pendidikan seni semuanya jelas
berstruktur mencakupi keistimewaan mata pelajaran itu. Tanpa keupayaan merealisasi
keistimewaan seni dalam kurikulum bermakna pelajaran itu bukanlah pelajaran seni.
Manakala perancangan pelajaran yang tidak berstruktur tidak ada jalan keluar untuk
mencapai matlamat.




                                                                                  9
mempunyai roh atau berilmu pengetahuan yang boleh mencabar minda dan imaginasi
pelajar. Banyak pendekatan yang boleh diaplikasi dalam perancangan dan pengajaran
mata pelajaran ini salah satu yang dikenalpasti berkesan untuk membina konsep sepadu
dan juga mempunyai ciri-ciri konstruktif adalah menggunakan pendekatan pendidikan
seni berasaskan disiplin (DBAE) yang jelas mempunyai struktur yang kukuh dan sesuai
dengan matlamat pendidikan seni itu juga selari dengan matlamat pendidikan
kebangsaan. Ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajaran pendidikan seni semuanya jelas
berstruktur mencakupi keistimewaan mata pelajaran itu. Tanpa keupayaan merealisasi
keistimewaan seni dalam kurikulum bermakna pelajaran itu bukanlah pelajaran seni.
Manakala perancangan pelajaran yang tidak berstruktur tidak ada jalan keluar untuk
mencapai matlamat.




                                                                                  9

More Related Content

What's hot

MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Peranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam PendidikanPeranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam Pendidikanmiao12345
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanIeqa Swetluv
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanWany Hardy
 
seni dalam pendidikan
seni dalam pendidikanseni dalam pendidikan
seni dalam pendidikanrathibujie
 
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6 Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6 Fazri Hassan
 
DSKP kssr pendidikan SENI seni visual tahun 6
DSKP  kssr pendidikan SENI seni visual tahun 6DSKP  kssr pendidikan SENI seni visual tahun 6
DSKP kssr pendidikan SENI seni visual tahun 6SK BATANG BENAR
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANWan Ronim
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Cikgu Hayati
 
125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psvCik Lieya
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakHarliza Nordin
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanFlorida Hunay
 

What's hot (19)

Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)
 
Peranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam PendidikanPeranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam Pendidikan
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitan
 
seni dalam pendidikan
seni dalam pendidikanseni dalam pendidikan
seni dalam pendidikan
 
Dskp kssr psv th 6
Dskp kssr psv th 6Dskp kssr psv th 6
Dskp kssr psv th 6
 
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6 Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
Dokumen dskp kssr_psv_tahun_6
 
DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6
 
DSKP kssr pendidikan SENI seni visual tahun 6
DSKP  kssr pendidikan SENI seni visual tahun 6DSKP  kssr pendidikan SENI seni visual tahun 6
DSKP kssr pendidikan SENI seni visual tahun 6
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan
 

Similar to DBAE

pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanOnie Gi
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5淡 云
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1saeful_4h13
 
Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)ong2012
 
Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak
Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampakPendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak
Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampakPensil Dan Pemadam
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangMariah Inah
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seniFlorida Hunay
 

Similar to DBAE (20)

Bicara seni 01
Bicara seni 01Bicara seni 01
Bicara seni 01
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5
 
M uas
M uasM uas
M uas
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
 
Peranan guru psv
Peranan guru psvPeranan guru psv
Peranan guru psv
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Kbsr seni
Kbsr seniKbsr seni
Kbsr seni
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4
 
Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)
 
Hbae1403
Hbae1403Hbae1403
Hbae1403
 
Sp pseni kbsr
Sp pseni kbsrSp pseni kbsr
Sp pseni kbsr
 
Sp Pseni Kbsr
Sp Pseni KbsrSp Pseni Kbsr
Sp Pseni Kbsr
 
Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak
Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampakPendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak
Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlang
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
 
Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
 

DBAE

  • 1. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan DBAE Oleh Prof. Madya Hj Iberahim Hassan Pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan dalam kurikulum. Sebagai pendidik seharusnya juga berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentu supaya sentiasa terkini selari dengan keparluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativiti itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan pandangan bahawa pengajaran pendidikan seni itu tertumpu hanya kepada berkerja dengan alat dan bahan sahaja. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumbar , kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh disediakan untuk perkembangan pelajar. Kita mempersoalkan bahawa pembelajaran artistik itu bukan setakat berkebolehan menggunakan alat dan bahan semata, dan kita membuat rumusan bahawa peranan guru lebih jauh daripada hanya sebagai pembekal alat bahan dan sumber dan menyetabil emosi murid-murid sahaja. Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkan akan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauhmanakah idea yang telah dikonseptual itu akan dilaksanakan di perinkat sekolah. Berbanding dengan sambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap matapelajaran lain yang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, matapelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak berkepentingan. Atas keadaan inilah memberi tekanan kepada guru untuk merealisasikan konseptual pendidikan seni yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber sokongan untuk melaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan sumbangan peruntukan yang agak tinggi berbanding dangan mata pelajaran kemanusiaan dan sains yang lain. Sejauhmanakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain untuk memberi sumbangan membantu pihak pelajar dan Sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kita setakat ini usaha begini belum dicuba secara menyeluruh. Usaha guru untuk mempastikan keistimewaan mata pelajaran ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral atau kewangan daripada pihak berkenaan. Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluan dalam pembangunan negara bangsa kita sumbangan mata pelajaran pendidikan seni ini adalah releven dengan keparluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan bahawa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajar menerima ilmu dan kemahiran matematik, sains dan teknologi sahaja, pendidikan yang harus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi menyeluruh mereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepada metapelajaran utama, juga melalui metepelajaran pengimbang yang lain termasuk kesenian. Dalam sistem 1
  • 2. persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah matapelajaran wajib daripada tahun satu hingga ke tingkatan tiga sekolah menengah. Dan merupakan mata pelajaran elektif untuk sekolah menengah atas. Sukatan pelajara Pendidikan Seni Visual telah disemak semula dan merupakan yang terbaik untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ianya mampu memberi persediaan awal bagi syarat masuk ke pusat pengajian tinggi bagi bidang-bidang yang releven seperti, bidang yang memerlukan kemahiran melukis dan kreativiti yang tinggi seperti seni binaan, pereka, dan sebagainya. Banyak universiti telah menawarkan kursus-kursus yang memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini. Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukan kemahiran dalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolahan pelajar dengan matapelajarn sains dan teknologi. Untuk meningkatkan kualiti akdemik kepada pembelajaan pendidikan seni visual di Amerika umpamanya uasha sama di antara pakar-pakar dalam bidang ini dengan bantuan kewangann oleh Yayasan Gettey telah berjaya mengutarakan sebuah konsep kurikulum yang lebih bercorak akademik dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin (Disciplin based art education -DBAE). Kita juga bersetuju pendidikan seni visual ini merupakan sebahagian kecil daripada mata pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar mengksploitasi emosinya sebagai sebahagian daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi. Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada pelajar sebagai tempat pelarian sementara daripada kurikulum yang penuh dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan kata-kata, huruf dan angka-angka. Menerusi pendidikan seni juga pelajar digalakkan menemuai visi peribadinya dan kerja- kerjanya yang merupakan coritan peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh kurikulumnya, yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakan hanya satu sahaja jalan penyelsaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapan yang betul bagi setiap soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialah ruang, tempat dan yang lebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkan mereka meghadapi cabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apa yang diperlukan oleh pelajar adalah ruang untuk hidup (lebensraum). Pendidikan seni seharusnya tidak kaku, tidak berunsur mekanikal, lifeless dan pembelajaran akademik yang hambar . Jikalau terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan keistimewaan yang boleh ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar. Eisner dalam rancananya bertajuk Structure and Magic in Dicipline Base Art Education dalam Al Hurwitz (1991) ms 17 menyatakan pentingnya pengalaman yang cukup dalam pembinaan konsep amalan pendidikan. Untuk mendapat pengalaman bagi mendapatkan pendidikan yang segnifikan seseorang individu itu perlu berupaya menggunakan kecerdasannya untuk menghadapi permasalahan yang dihadapi dalam kehidupannya. Hal ini boleh berlaku dalam mana-mana mata pelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir dengan lebih bijak tentang seni dan manifestasi terhadap dunia sekitarnnya. Melalui pengalaman yang diterima membekalkan pelajar untuk berfikir tentang seni dan apakah disiplin yang berkaitan dengannya. Inilah 2
  • 3. yang hendak dicapai melalui pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE). Apakah yang akan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akan mereka hadapi apabila mereka belajar pendidikan seni? Apakah yang kita lakukan dengan seni ? Terdapat empat perkara penting yang dilakukan oleh kita dengan seni. Iaitu, kita menghasilkannya. Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada di dalam budaya. Kita juga membuat penilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu. Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin terdapat empat bahagian yang menjadi struktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan estetika. Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej yang mempunyai tenaga eksprasif, coherence, celik akal ( insight) dan pandai mencipta ( ingenuity). Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat , bukan sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat di dalamnya berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal. Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni yang berada dalam konteks yang vakium, sebahagian daripada makna yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan konteks semasa atau setempat. Disiplin estetika pula merupakan satu disipin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan , kita tidak langsung sahaja membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akan menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan, macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh diaplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dan teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Itulah yang dikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajar menangani permasaalah bagi keempat-empat domain yang dikemukakan. Hasrat untuk merealisasikan pendekatan ini adalah begantung kepada kebijaksanaan guru menterjemah, merancang dan melaksananya di bilik darjah. Dengan kefahaman yang jelas dan keupayaan menterjemah matlamat pendekatan DBAE ini akan dapat menyediakan satu rintitan pembelajaran yang mampu membentuk pengalaman pelajar terhadap keistimewaan-keistimewaan yang boleh mereka garap menerusi pembelajaran pendidikan seni ini. Sekiranya guru gagal menyediakannya , pelajaran pendidikan seni 3
  • 4. akan menjadi hambar , cetak, malap dan faedah yang diterima oleh pelajar berada ditakuk lama juga akhirnya. Pendidkikan seni memerlukan kurikulum yang mantap dan berkualiti dengan guru yang cekap dan berpengetahuan untuk mengendalikan pelajaran ini. Apakah kurikulum pendidikan seni visual kita belum mantap ? Adakah DBAE ini cukup mantap untuk dilaksanakan ? Persoalannya adalah bukan kita perlu menyoal tentang kemantapan kurikulum, tetapi selalunya guru-guru hanya mengambil kandungan sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu untuk merancang pengajaran dan pembelajaran bagi setiap semester. Saya percaya jarang di antara guru yang mengaitkan antara objektif sukatan pelajaran dengan kandungan ketika membuat perancangan. Oleh itu perancangan hanya sekadar memfokuskan kepada tajuk dan sub tajuk dalam sukatan pelajaran, akhirnya apa yang berlaku di bilik darjah, pelajaran hanya menumpukan kepada penghasilan produk dan sedikit menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan sejarah, estetika dan kritikan seni. Oleh itu adalah dicadangkan supaya guru-guru menggunakan salah satu daripada pendekatan-pendekatan menyediakan rencangan pelajaran pendidikan seni ini iaitu menggunakan pendekatan DBAE. Ada juga pendekatan lain seperti pendekatan budaya, etnografi, pendekatan studio (yang sering diamalkan) dan sebagainya. Bolehlah diaplikasi dalam penyediaan perancangan dan diaplikasi juga dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini. Untuk merancang pelajaran pendidikan seni di sekolah rendah konsep gabung jalin dan penyerapan antara disiplin (mata pelajaran) digalakkan. Dengan perancangan yang bijak konsep penggabungjalinan ini akan mampu memalarkan sempadan yang ada di antara mata pelajaran itu, pelajaran boleh berlaku secara fleksibel. Untuk ini keupayaan guru untuk merancang kurikulum secara bersepadu memerlukan kefahaman yang lebih menyeluruh antara mata pelajaran, kerjasama antara guru-guru dan antara panitia setiap mata pelajaran adalah amat dituntut. Kefahaman dan kesedaran tinggi tentang matlamat pendidikan itu secara menyeluruh amat dituntut, jauhi sikap lebih mementingkan hak atau mengutamakan sempadan antara mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain menyebabkan wujudnya pembahagian atau pengasingan antara disiplin, garis sempadan yang sebenarnya boleh dimalarkan. Perancangan kurukulum untuk sekolah rendah seharusnya menitikberatkan konsep sepadu. Apabila perancangan semester, minggu atau harian itu dirancangan secara bersepadu antara disiplin antara mata pelajaran, mungkin melalui isi pelajaran, atau melalui kemahiran-kemahiran yang setara maka pembahagian dan pengasingan pengalaman pembelajaran di kalangan pelajar tidak akan berlaku sebaliknya pembelajaran berlaku secara bersepadu. Penyepaduan antara satu mata pelajaran dengan satu mata pelajaran lain bukanlah tidak memberi kesan sampingan. Sebaliknya memang ada kesan iaitu kurangnya tumpuan khusus pada mata pelajaran berkenaan secara total ketika melalui proses pembelajaran. Untuk mata pelajaran pendidikan seni dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi disiplinnya supaya tidak ditelan oleh tumpuan kepada mata pelajaran yang disepadukannya itu yang sering dianggap mata pelajaran yang lebih mustahak, dicadangkan bahawa kesepaduan antara mata pelajaran itu hanya dilakukan apabila diperlukan dan bersesuaian sahaja, selagi nilai seni itu tidak ditenggelami oleh arus proses pembalajaran pelajaran lain. Maksudnya, kandungan pelajaran dan sub kandungan pelajaran bagi sesuatu pembelajaran adalah merupakan struktur kurukulum berasaskan disiplin (DBAE) yang dirancang secara 4
  • 5. terbuka. Isu yang utama di sini adalah bagaimana untuk mencapai matlamat pendidikan berasaskan DBAE. Konsep sepadu itu bukan setakat berlaku antara mata pelajaran sahaja. Sebenarnya di dalam mata pelajaran itu sendiri boleh berlaku konsep sepadu . Jikalau kita menyediakan perancangan berasaskan struktur DBAE terdapat empat disiplin yang boleh dirancang secara sepadu. Pengsepaduan antara subjek boleh dilakukan. Empat disiplin, dalam pembelajarn pendidikan seni iaitu, sejarah seni, penghasilan produk seni, estetika dan kritikan seni boleh dirancang dan digabunjalinkan secara sepadu atau diajar berasingan, atau secara selari atau sepadukan antara komponen-komponen unit utama atau aktkviti seni yang direka bentuk untuk mewujudkan perhubungan antara konsep, kemahiran dan generalisasi antara empat disiplin itu. Hubungan antara sejarah seni, kritikan seni dan estetika adalah amat nyata sekali jikalau dikaitkan dengan proses dan prosidur menghasilkann produk seni. Seseorang pelajar yang bercadang untuk membuat sebuah karya yang berkaitan dengan tema-tema kemanusiaan , seperti peperangan dan kezaliman boleh merujuk kepada pelukis Nirmala Shanmughalinghm bertajuk Vietnam 1981 yang mempersoalkan kekejaman peperangan di Vietnam atau Ibrahim Hussein bertajuk My Father and The Astronaut, 1969 yang mempersoalkan pertembungan nilai manusia antara tradisional dan moden . Kedua-dua pelukis ini membawa makna kemanusiaan, masing-masing menggunakan media dan teknik pengutaraan yang berbeza. Melalui sejarah pelajar dapat mepelajari pengalaman seniman menghasilkan karya, apakah tema yang dipilih, sejauh manakah pekanya seniman terhadap nilai-nilai persekitaran sama ada tempatan atau peringkat antara bangsa. Begitu juga pelajar dapat membandingkan teknologi media yang dipilih dalam menghasilkan sesebuah karya. Mengenai nilai estetika pula pelajar boleh membandingkan cara persembahan seniman tersebut, lihat bagaimana Ibrahim Hussein menggunakan kepakarannya menghasilkan imej yang realistik menerusi kombinasi cat minyak dan cetakan, kombinasi yang begitu harmoni. Manakala Nirmala pula menggunakan teknik campuran cetakan dan catan akrilik di atas kanvas, transformasi imej-imej foto yang menggambarkan penderitaan rakyat Vietman kesan peperangan, dengan paparan hitam putih sesuai dengan mod yang dipaparkan. Bukan setakat membanding karya sahaja, atau setakat melihat gambar catan daripada seniman-seniman yang dipilih, malah pelajar boleh membuat kajian di perpustakaan , atau membaca melalaui beberapa artikal , keratan surat khabar hasil kritikan oleh pengkritik-pengkritik terhadap seuatu karya seni. Melalui majalah Budaya umpamanya banyak tulisan-tulisan yang menyentuh karya seniman tanah air. Untuk membuat perbandingan antara seniman antara bangsa , melalui teknologi ICT guru atau pelajar boleh melayari internet memasuki halaman Museum of Art umpamanya akan dapat segala bentuk seni atau seumpamanya untuk dijadikan sumber pembelajaran . Dengan cara ini juga kita tidak terikat dengan buku teks pendidikan seni yang memang pun tiada dalam system persekolah kita. Pendek kata terpulanglah kepad guru untuk merancang kerana dalam kontaks pendidikan di negara kita, walaupun sukatan pelajaran dan kandungan bagi satu-satu tahap telah 5
  • 6. ditetapkan oleh pihak Pusat Perkmbangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi untuk merancang pelajaran berdasarkan semester atau penggal, mingguan dan harian itu masih terletak ditangan guru. Antara guru dan muridlah yang meletakkan sempadan sesuatu bidang ilmu bagi sesuatu mata pelajaran itu. Jikalau guru hanya terikat kepada kandungan yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran maka setakat itu sahajalah ilmu dan kemahiran yang dapat dialami oleh pelajarnya. Pada dasarnya gurulah yang menentukan hala tuju pembelajaran. Guru yang menentukan isi kandungan, guru yang menentukan kaedah pembelajaran, guru juga yang mentukan apa, bagaimana dan sejauhmana serta bila sesuatu pelajaran itu berlaku. Sama ada guru mengawal keseluruhannya atau tidak mengawal apa-apa pun, ini boleh berlaku. Sama ada guru membuat perancangan berdasarkan kreativiti dan inovasinya tidak hanya setakat mengikut apa yang tercatat dalam kurikulum sedia ada atau mengikut sahaja apakah kandungan yang tercatat dalam kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian sekadar untuk menghabiskan tajuk-tajuk dan aktiviti untuk sepanjang tahun persekolahan. Yang jelas iaiah kurikulum bukanlah berupaya menyatakan keseluruhannya akan apa yang patut dilakukan oleh guru. Kurukulum hanya boleh menyediakan ruang untuk guru membuat justifikasi, dan interpritasi setidak-tidaknya dalam dua lokasi. Pertamanya guru boleh merancang semula kandungan sukatan pelajaran berdasarkan tahap-tahap yang telah ditetapkan dengan menggunakan mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu. Pendekatan itu mungkin salah satunya ialah DBAE. Keduanya sukatan pelajaran pendidikan seni terlalu luas ruang lingkup bidang dan isi kandungnya untuk dilaksanakan bagi lima tahun di sekolah menengah dan enam tahun di sekolah rendah. Untuk satu-satu tahun sesi persekolahan guru boleh memilih beberapa tajuk sahaja, bukan membuat kesemua isi kandung yang tercatat dalam sukatan pelajaran. Apa yang perlu dilalukan adalah pastikan objektif pelajaran d ilaksana melalui isi kandung atau kegitan yang dipilih sesuai pula dengan keupayaan dan kemahiran kumpulan sasar iaitu pelajar. Oleh kerana ruang lingkup pelajaran pendidikan seni ini luas dan jangkamasa pula panjang maka dalam membuat perancangan pelajaran pendidikan seni ini penegasan kepada urutan (sequence) amat penting. Eisner(1991) berpendapat urutan dalam kurikulum amat penting alasannya adalah pertamanya semua aktiviti untuk mana-mana program pun memerlukan masa yang lebih. Masa , aktiviti dan tahap kesukaran bagi sesuatu kamahiran itu itu perlu diuruskan secara berurutan. Pelajaran perlu dimulakan daripada yang mudah kepada yang lebih sukar secara berperingkat-peringkat. Dalam kotaks psikologi perlu ada urutan dalam sesuatu organisasi aktiviti supaya ada cabaran, perkembangan, membangunkan idea-idea, dan kemahiran yang perlu dikuasi oleh pelajar sehingga ke tahap optimumnya. Program pendidikan tanpa menitikberatkan nilai- nilai urutan adalah pendidikan yang statik (Eisner, 1991) Sebagai contoh, kita mulakan pelajaran kita dengan meminta pelajar menggunakan berbagai alat dan bahan sedangkan pelajar tidak berupaya membuat perkaitan antara bahan-bahan tersebut kerana mereka belum diberi pendedahan awal. Mereka juga diminta menghasilkan sesuatu menggunakan bahan-bahan tersebut. Sudah tentu pelajar berada di dalam kebingungan, atau pelajar akan membuat sesuatu tanpa tujuan, pelajar hanya membuat sesuatu secara cuba jaya sahaja. Ini membuang masa dan berlaku pembaziran. 6
  • 7. Pentingnya perancangan dan pembelajaran secara urutan ini akan membantu pelajar membuat internalize kandungan pengalamannya. Interanalisasi ini akan lebih berkesan jikalau perancangan pelajaran memberi peluang kepada pelajar berlatih mengembangkan kemahiran dan ideanya. Sebagai contoh, jikalau pelajar diminta menghurai secara metapora tentang kualiti eksprasif suatu kerja-kerja seni umpamanya tentang menara kembar Kuala Lumpur, lanjutan daripada aktiviti itu pelajar diminta memindahkan idea dan kualiti eksprasif itu kepada kerja-kerja catan, arca, grafik, seramik dan sebagainya. Dalam hal ini kita sering mengutamakan kepelbagaian dalam kurikulum tetapi mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan urutan. Lebih baik kita hadkan jumlah aktiviti atau projek yang perlu disempurnakan tetapi kita utamakan urutan itu kerana yang penting adalah proses internalize itu. Alasan lain mengapa urutan atau kesinambungan itu penting dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni berasaskan disiplin ini (DBAE) adalah berkaitan dengan membina kualiti automaticity iaitu berkaitan dengan pembinaan diri menjadikan sesuatu itu berlaku secara sepontan tanpa kawalan atau arahan fikiran sedar. Tindakan berlaku secara automatic. Kita boleh memandu secara automaticity sambil memandu kita boleh mendengar radio, berbual dengan rakan, atau berkhayal sesuatu kemungkinan. Ada orang boleh bermain alat muzik sambil menyanyi dan menari juga. Ianya berlaku secara automaticity. Bagaimana ini boleh berlaku ? Semuanya berlaku bermula dengan internalisasi, kemahiran dan latihan berlaku secara berurutan dan berkesinambungan. Dalam pendidikan seni kualiti ini berlaku apabila pelajar berupaya memberi reaksi secara automaticity apabila berhadapan dengan pengalaman estetika. Samalah dengan keupayaan kita dalam berbahasa dengan mudah sahaja kita boleh mengucapkan kata-kata berpuisi apabila hati kita tersentuh dengan keindahan yang menakjubkan. Apabila pelajar sudah berkemahiran dengan pengalaman estetika dan segala-galanya dalam kawalannya secara automatic ia akan memberi tindak balas. Pelajar ini bersedia untuk mengutarakan konsep berkaitan untuk berbahas, membuat perbandingan dalam seauatu perbincangan. Automatiksiti adalah anugrah kebebasan khusus untuk pembentukan keupayaan imaginsi. Ia berkembang dalam repetorie kognitif bergantung kepada sejauh mana program yang dirancang secara berurutan dan berkesinambungan. Tanpa berurutan, idea-idea dan kemahiran sukar menjadi lebih kompleks dan berkualiti. Tanpa urutan pelajar sukar untuk membina internalize. Kurikulum pendidikan seni yang berdasarkan struktur DBAE pada pandangan Eisner memberi peluang kepada pelajar membina kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas. Eisner (1991) juga berpendapat bahawa terdapat berbagai unsur yang terlibat dalam struktur kurikulum DBAE . Program tersebut mengutamakan keupayaan dan peluang pelajar mengenali budaya mereka. Ini memerlukan keterlibatan berbagai pihak dalam masyarakat, menggalakkan keterlibatan institusi budaya tempatan, yayasan kesenian, dan agensi kerajaan bersama-sama berganding tangan dan minda dalam membekalkan sumber-sumber yang membantu guru untuk menyediakan suatau program yang berkesan. Bahan dan sumber kurikulum pendidikan seni yang baik adalah yang boleh dipandu dan bebas. Ia perlu dipandu kerana ianya merupakan model dan kandungan , aktiviti dan matlamat yang dicadang yang mungkin tidak disedari oleh guru. Ianya 7
  • 8. bebas kerana bahan dan sumber yang baik bukan setakat boleh membantu pelajar , ianya juga boleh membantu dan mengajar guru, ianya juga mudah digunakan sesuai dengan keperluan dan situasi pembelajaran. Satu lagi keistimewaan menggunakan DBAE dalam perancangan kurikulum ialah menerusinya pelajar boleh mendapat munafaat apakah sebenarnya keistimewaan mata pelajar pendidikan seni ini. Selain daripada mendapat pendedahan mengenai empat disiplin iaitu sejarah seni , kritikan seni ,estetika dan menghasilkan produk seni pelajatr- pelajar juga akan menimba pengalaman kerana mata pelajaran ini memberi dua bentuk sumbangan untuk pembangunan dan pengalaman manusia. Pertamanya melalui imej dan peristiwa yang dijalin melalui bentuk estetika dan melalui curahan perasaan adalah merupakan perantara melaluinya potensi keupayaan minda manusia diterjemahkan kedalam bentuk visual. Kapisiti intlektual kita akan menjadi keupayaan intlektual selagi kita memberi peluang setiap kepisiti itu berfungsi. Jenis pemikiran ini memerlukan pemerhatian bagi menentukan mana yang sesuai dan kompleks, mempelajari bagaimanakah untuk meneliti sesuatu bentuk, agar struktur yang eksprasif berupaya merangkap emosi dan imaginasi bagi disesuaikan dan memajukan keistimewaan seni yang ambiguity, dan boleh memberi sumbangan kepada perkembangan kemahiran kognitif yang begitu kompleks. Keistimewaan seni boleh menjangkau daripada persepsi yang halus dan kompleks kepada mehasilkan karya seni yang di luar jangkauan minda. Sumbangan yang kedua yang boleh diberi oleh mata pelajarn pendidikan seni ini adalah berkaitan dengan makna yang tersurat dan tersirat pada sesuatu bentuk seni. Pendidikan adalah satu wadah yang matlamat umumnya adalah untuk membolehkan manusia mengembangkan literasi. Melelui keupayaan literasi manusia boleh menyata atau mentafsiri sesuatu makna yang berbagai-bagai bentuk yang terdapat di persekitarannya. Dalan kehidupan kita , perkataan , angka, pergerakan, imej dan pola-pola bunyi adalah bentuk-bentuk dimana sesuatu makna itu boleh disampaikan. Untuk mambaca makna pada sesuatu bentuk itu memerlukan kefahaman tentang peraturan, konteks, dan struktur sintetiknya. Setiap bentuk itu ada pula had-had keupayaannya dan keistimewaannya yang tidak terdapat pada bentuk-bentuk lain. Setengah makna lebih berkesan jikalau dipaparkan menerusi imej-imej visual, manakala yang lain sesuai melalui kata-kata, muzik atau pergerakan. Literasi artistik adalah alat yang kita gunakan bagi memahami makna sesuatu kerja seniman. Hasil seni itu penuh dengan kehebatannya. Mereka mencambahkan perasaan sensitif supaya kehalusan itu ditimbulkan dan yang terselindung juga dikira. Dalam perkataan, seni boleh membantu kita untuk menjelaskan apa yang tidak boleh diterangkan dengan perkataan. Perlu dijelaskan kepada pelajar bentuk-bentuk seni juga adalah merupakan sumber pendidikan. Inilah dua sumbangan seni dalam membantu pembangunan dan pengalaman manusia. Sebahgai penutupnya, tanpa struktur dalam kurikulum kita, kita tidak akan dapat membina automaticity , tanpa automatiocity pula kita tidak akan dapat membina internalisasi. Tanpa internalisasi pula kita tidak akan dapat menikmati sesuatu keistimewaaan yang boleh diberikan oleh pelajaran pendidikan seni. Yang kita bimbangkan adalah perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni yang tidak berstruktur. Perancangan yang menjemukan yang tidak 8
  • 9. mempunyai roh atau berilmu pengetahuan yang boleh mencabar minda dan imaginasi pelajar. Banyak pendekatan yang boleh diaplikasi dalam perancangan dan pengajaran mata pelajaran ini salah satu yang dikenalpasti berkesan untuk membina konsep sepadu dan juga mempunyai ciri-ciri konstruktif adalah menggunakan pendekatan pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE) yang jelas mempunyai struktur yang kukuh dan sesuai dengan matlamat pendidikan seni itu juga selari dengan matlamat pendidikan kebangsaan. Ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajaran pendidikan seni semuanya jelas berstruktur mencakupi keistimewaan mata pelajaran itu. Tanpa keupayaan merealisasi keistimewaan seni dalam kurikulum bermakna pelajaran itu bukanlah pelajaran seni. Manakala perancangan pelajaran yang tidak berstruktur tidak ada jalan keluar untuk mencapai matlamat. 9
  • 10. mempunyai roh atau berilmu pengetahuan yang boleh mencabar minda dan imaginasi pelajar. Banyak pendekatan yang boleh diaplikasi dalam perancangan dan pengajaran mata pelajaran ini salah satu yang dikenalpasti berkesan untuk membina konsep sepadu dan juga mempunyai ciri-ciri konstruktif adalah menggunakan pendekatan pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE) yang jelas mempunyai struktur yang kukuh dan sesuai dengan matlamat pendidikan seni itu juga selari dengan matlamat pendidikan kebangsaan. Ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajaran pendidikan seni semuanya jelas berstruktur mencakupi keistimewaan mata pelajaran itu. Tanpa keupayaan merealisasi keistimewaan seni dalam kurikulum bermakna pelajaran itu bukanlah pelajaran seni. Manakala perancangan pelajaran yang tidak berstruktur tidak ada jalan keluar untuk mencapai matlamat. 9