SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
BAB 2
SEJARAH SENI KHAT
“Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat; merupakan
khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan dikagumi di
seluruh pelusuk dunia. Selain penyampai mesej dakwah, khat juga merupakan
jalan untuk merehat dan menajamkan minda, di samping sebagai jalan untuk
mendapat rezeki.
Sungguhpun begitu, terdapat banyak lagi faedah sehingga pernah dinyatakan
oleh seniman arab bahawa khat sebagai sebuah abstraksi, ilmi, falsafi dan seni.
Memandangkan tulisan-tulisan sebelum kemunculan khat Arab kebanyakannya
dalam bentuk segi dan berpetak, sudah tentu khat Arab yang pertama terwaris
adalah dari jenis keturunan yang serupa. Oleh itu, khat Arab dalam bentuk
pertamanya adalah dari jenis Khat Kuufi Klasik dan Khat Hijaazi.
Sebelum kedatangan Islam, dunia penulisan Arab tidaklah serancak dengan
zaman selepasnya kerana ia hanya tertumpu pada keadaan-keadaan tertentu
sahaja. Khat kaum Nibti yang diwarisi oleh orang Arab hanya dipecah kepada
dua bentuk sahaja iaitu Khat Kuufi dan Khat Jazm (Khat Hijaazi).
Setelah datangnya Islam, tabiat Islam itu sendiri yang sememangnya mengajak
manusia kepada cintakan ilmu pengetahuan ditambah pula aktiviti pencatatan
Wahyu Ilahi pada masa hayat Baginda S.A.W. telah menyemarakkan
perkembangan khat Arab. Daripada khat Kuufi dan Hijaazi, ia terpecah kepada
beberapa bentuk, antaranya Kuufi Masyaq, Kuufi Madani, Kuufi Basiit, khat
Hijaazi Daarij dan khat Makki Madani. Pada zaman itu, kesemua jenis khat yang
ada mempunyai ciri-ciri antaranya tidak bertitik, tidak berbaris dan penyusunan
yang tidak teratur.
Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, khat Arab telah diperkembangkan kepada
pelbagai bentuk dalam rumpun Kuufi seperti Kuufi Klasik, Shaami, Basri, Al-
Asfaraaani, Al-Mash’ab, Al-Samni, Al-Qairamuuz dan lain-lain. Khat pada
zaman ini lebih teratur walaupun tanpa bertitik dan berbaris.
Apabila Saidina Uthman R.A. mengisytiharkan pembukuan al-Quran, baginda
memperkemas tanda dan perundangan dalam al-Quran yang dikenali sebagai
Musyaf Uthmani. Dalam seni musyaf al-Quran, tulisan khat penting kerana
merakamkan segala ayat Tuhan. Kegagalan menyalin al-Quran dengan khat yang
baik, jelas, dan tepat bermakna tidak kesampaianlah maksud al-Quran dalam erti
kata yang luas.
Bentuk tulisan khat ketika itu adalah khat Kuufi Klasik yang tidak bersambung
dan mungkin sukar dibaca pada hari ini. Mengikut sejarah, penulisan khat ini
dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh, hasil ilham mimpi seorang sufi. Ia
dinamakan Kuufi, iaitu tulisan yang tidak bercantum dan dinamakan sedemikian
sebagai tanda penghargaan kepada bandar Kufah.
Gaya khat Kuufi digunakan selama lebih kurang tiga abad. Ketika ini, yang
menguasai seni dalam al-Quran adalah kekuatan khatnya dan tidak pada hiasan
yang terdapat pada jidar kepala sesuatu lembaran berhias. Lebih kurang pada
kurun ke-4 Hijrah, khat Kuufi beransur-ansur digantikan oleh khat Naskh
hingga kini. Khat Naskh melahirkan pelbagai gaya tulisan dengan diberi nama
yang berlainan. Hal ini tidak pula bermakna bentuk seni khat lain tidak
digunakan untuk menyalin ayat al-Quran. Antara bentuk khat termasuklah khat
Nasta’iq di Parsi dan khat Sini di China. Seni khat yang lain seperti Thuluth,
Muhaqqa, dan Rayhani digunakan pada tajuk surah sahaja. Kini, khat Naskh
diterima sebagai bentuk tulisan baku dalam menyalin al-Quran. Seseorang yang
arif tentang khat akan berasa kagum kerana pelbagai gaya khat dapat digunakan
dalam hanya satu musyaf.
Zaman kerajaan Umawiyah telah menyaksikan pembangunan ketara seni khat
Arab, antaranya kemunculan dua bentuk khat yang baru selepas Kuufi iaitu
Khat Thuluth dan Khat Nasakh. Selain Khat Thuluth, terdapat khat-khat yang
lain yang seakan-akan mirip dengan Khat Thuluth seperti Khat Toomar, Tauqi’,
Muhaqqiq, Thuluthain, Jalil, Musalsal dan sebagainya. Khat Nasakh pula
muncul dari cabangan Khat Daarij semasa zaman permulaan Islam.
Pada abad ini, seni khat menyaksikan banyak perubahan antaranya ialah
peletakan sistem titik dan baris di samping kemunculan ramai pakar-pakar
penulis khat, antaranya Imam Hasan al-Basri, Malik bin Dinar dan Ibnu Hasan al-
Maliih. Tulisan khat terus berkembang pada zaman Kerajaan Abbasiyah,
Fatimiyah dan Uthmaniyah. Sebagaimana ketiga-tiga zaman ini terkenal sebagai
zaman kegemilangan peningkatan taraf ilmu, begitu juga berlaku kepada dunia
Khat Arab.
Dikatakan lebih daripada 50 cabangan Khat yang terhasil pada zaman ini yang
dikembangkan melalui bentuk-bentuk yang lama. Antara bentuk baru yang
muncul ialah Khaat Ta’liq dan Nasta’liq, Nasakh Badi’, Khat Hazqaaj,
pelbagai cabangan Kuufi dan sebagainya. Pada kurun ke-10, seni khat tersebar
ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan ini terdiri
daripada beberapa jenis, iaitu khat Kuufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat
Thuluth dan Khat Riqa.
Pada kurun ke-16 dan 17, seni khat pernah menjadi medium komunikasi
terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh
Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat
jenis ini terserlah melalui tanda dan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali
dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-
Jali yang berbingkai.
Mashaf-mashaf Uthmani pada waktu itu muncul dengan pelbagai rupa bentuk
khat sementara penulis-penulis khat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di
antara ketiga-tiga zaman ini, zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah zaman
yang paling ketara dalam peningkatan seni khat di mana ia telah dieksploitkan
sebagai bidang kesenian dan kecantikkan selain daripada penyampai maklumat.
Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, warisan seni khat yang kebanyakannya
yang berpusat di Turki telah berpecah ke serata Tanah Arab. Akhirnya, tahun
demi tahun, benluk-bentuk khat yang banyak tadi telah dihadkan kepada
beberapa bentuk tertentu sahaja. Had ini dibuat bagi menetapkan jenis-jenis
khat yang kemas teratur, cantik dan berseni untuk diguna pakai oleh
masyarakat umum. Untuk itu, khat-khat yang kekal sehingga sekarang ialah Khat
Thuluth, Nasakh, Farsi yang muncul dari cabangan Nasta’liq dan Kuufi,
Diwaani yang muncul daripada Hazqaaj dan khat baru yang lain seperti khat
Riq’ah, Ijazah dan yang terbaru seperti Khat Moden.
Antara tokoh-tokoh khat zaman moden terkenal ialah Sheikh Abd. Aziz Al-
Rifaaei (seorang ulama Islam yang faqih dari Turki), Hamid Aamidi (Turki),
Mustafa
Izzat (Turki), Said Ibrahim (Mesir), Mahmud Shahaat (Mesir), Hashim
Muliammad (Baghdad) dan lain-lain.

More Related Content

What's hot

Fungsi Bahasa Melayu Klasik
Fungsi Bahasa Melayu KlasikFungsi Bahasa Melayu Klasik
Fungsi Bahasa Melayu KlasikAzahaIbrahim1
 
Bahan bukti tentang penggunaan bahasa melayu klasik
Bahan bukti tentang penggunaan bahasa melayu klasikBahan bukti tentang penggunaan bahasa melayu klasik
Bahan bukti tentang penggunaan bahasa melayu klasikMuhdnoorAzizi
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )FaFai S.
 
2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu KlasikShirleyEu1
 
توݢسن ک امڤت منجاويکن کارڠن
توݢسن ک امڤت منجاويکن کارڠنتوݢسن ک امڤت منجاويکن کارڠن
توݢسن ک امڤت منجاويکن کارڠنKhairunnisah Zulkifli
 
Asal usul melayu
Asal usul melayuAsal usul melayu
Asal usul melayuFarah Rizal
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu KlasikShirleyEu1
 

What's hot (18)

Fungsi Bahasa Melayu Klasik
Fungsi Bahasa Melayu KlasikFungsi Bahasa Melayu Klasik
Fungsi Bahasa Melayu Klasik
 
Bmm 3112
Bmm 3112Bmm 3112
Bmm 3112
 
Bahan bukti tentang penggunaan bahasa melayu klasik
Bahan bukti tentang penggunaan bahasa melayu klasikBahan bukti tentang penggunaan bahasa melayu klasik
Bahan bukti tentang penggunaan bahasa melayu klasik
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Karya agung melayu
Karya agung melayuKarya agung melayu
Karya agung melayu
 
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
 
Presentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bmPresentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bm
 
Bm klasik
Bm klasikBm klasik
Bm klasik
 
2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik
 
Tulisan kawi dan jawi
Tulisan kawi dan jawiTulisan kawi dan jawi
Tulisan kawi dan jawi
 
Bab 6-ting-4.ppt
Bab 6-ting-4.pptBab 6-ting-4.ppt
Bab 6-ting-4.ppt
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
توݢسن ک امڤت منجاويکن کارڠن
توݢسن ک امڤت منجاويکن کارڠنتوݢسن ک امڤت منجاويکن کارڠن
توݢسن ک امڤت منجاويکن کارڠن
 
Asal usul melayu
Asal usul melayuAsal usul melayu
Asal usul melayu
 
Tamadun Islam
Tamadun Islam Tamadun Islam
Tamadun Islam
 
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di MalaysiaSesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
 
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentationSistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik
 

Similar to X bab 2 semester 1

TULISAN KHAT.pdf
TULISAN KHAT.pdfTULISAN KHAT.pdf
TULISAN KHAT.pdfnrrhdtlsfyh
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lainalexanderchan
 
Sumbangan dan pencapaian dan tamadun islam dalam seni
Sumbangan dan pencapaian dan tamadun islam dalam seniSumbangan dan pencapaian dan tamadun islam dalam seni
Sumbangan dan pencapaian dan tamadun islam dalam senititaslidezana
 
Sumber-sumber Pengajian 'Abbasiyyah: Kajian Bibliografi dan Anotasi
Sumber-sumber Pengajian 'Abbasiyyah: Kajian Bibliografi dan AnotasiSumber-sumber Pengajian 'Abbasiyyah: Kajian Bibliografi dan Anotasi
Sumber-sumber Pengajian 'Abbasiyyah: Kajian Bibliografi dan AnotasiEzad Azraai Jamsari
 
Khalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanKhalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanjefson1985
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufUNISZA
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayushamarsetia
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufUNISZA
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli suziana15
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Ezad Azraai Jamsari
 
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainKhalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainsheraarzman
 
Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia ArifahAzlanShah2
 
Tutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfTutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfnrrhdtlsfyh
 
MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4AFIQAH
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarahHasnah Bukini
 

Similar to X bab 2 semester 1 (18)

TULISAN KHAT.pdf
TULISAN KHAT.pdfTULISAN KHAT.pdf
TULISAN KHAT.pdf
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
 
Sumbangan dan pencapaian dan tamadun islam dalam seni
Sumbangan dan pencapaian dan tamadun islam dalam seniSumbangan dan pencapaian dan tamadun islam dalam seni
Sumbangan dan pencapaian dan tamadun islam dalam seni
 
Sumber-sumber Pengajian 'Abbasiyyah: Kajian Bibliografi dan Anotasi
Sumber-sumber Pengajian 'Abbasiyyah: Kajian Bibliografi dan AnotasiSumber-sumber Pengajian 'Abbasiyyah: Kajian Bibliografi dan Anotasi
Sumber-sumber Pengajian 'Abbasiyyah: Kajian Bibliografi dan Anotasi
 
Khalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanKhalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affan
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawuf
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawuf
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
 
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainKhalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
 
Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia Interaksi tamadun eropah dan asia
Interaksi tamadun eropah dan asia
 
Tutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfTutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdf
 
Imam 'Asim
Imam 'AsimImam 'Asim
Imam 'Asim
 
MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
 

More from arman02091996

More from arman02091996 (17)

Xi bab 4 semester 2
Xi bab 4 semester 2Xi bab 4 semester 2
Xi bab 4 semester 2
 
Xi bab 3 semester 2
Xi bab 3 semester 2Xi bab 3 semester 2
Xi bab 3 semester 2
 
Xi bab 2 semester 1
Xi bab 2 semester 1Xi bab 2 semester 1
Xi bab 2 semester 1
 
Xi bab 1 semester 1
Xi bab 1 semester 1Xi bab 1 semester 1
Xi bab 1 semester 1
 
Xii bab 5 semester 2
Xii bab 5 semester 2Xii bab 5 semester 2
Xii bab 5 semester 2
 
Xii bab 4 semester 2
Xii bab 4 semester 2Xii bab 4 semester 2
Xii bab 4 semester 2
 
Xii bab 3 semester 2
Xii bab 3 semester 2Xii bab 3 semester 2
Xii bab 3 semester 2
 
Xii bab 2 semester 1
Xii bab 2 semester 1Xii bab 2 semester 1
Xii bab 2 semester 1
 
Xii bab 1 semester 1
Xii bab 1 semester 1Xii bab 1 semester 1
Xii bab 1 semester 1
 
Xi bab 4 semester 2
Xi bab 4 semester 2Xi bab 4 semester 2
Xi bab 4 semester 2
 
Xi bab 3 semester 2
Xi bab 3 semester 2Xi bab 3 semester 2
Xi bab 3 semester 2
 
Xi bab 2 semester 1
Xi bab 2 semester 1Xi bab 2 semester 1
Xi bab 2 semester 1
 
Xi bab 1 semester 1
Xi bab 1 semester 1Xi bab 1 semester 1
Xi bab 1 semester 1
 
X bab 5 semester 2
X bab 5 semester 2X bab 5 semester 2
X bab 5 semester 2
 
X bab 4 semester 2
X bab 4 semester 2X bab 4 semester 2
X bab 4 semester 2
 
X bab 3 semester 2
X bab 3 semester 2X bab 3 semester 2
X bab 3 semester 2
 
X bab 1 semester 2
X bab 1 semester 2X bab 1 semester 2
X bab 1 semester 2
 

X bab 2 semester 1

  • 1. BAB 2 SEJARAH SENI KHAT “Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat; merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Selain penyampai mesej dakwah, khat juga merupakan jalan untuk merehat dan menajamkan minda, di samping sebagai jalan untuk mendapat rezeki. Sungguhpun begitu, terdapat banyak lagi faedah sehingga pernah dinyatakan oleh seniman arab bahawa khat sebagai sebuah abstraksi, ilmi, falsafi dan seni. Memandangkan tulisan-tulisan sebelum kemunculan khat Arab kebanyakannya dalam bentuk segi dan berpetak, sudah tentu khat Arab yang pertama terwaris adalah dari jenis keturunan yang serupa. Oleh itu, khat Arab dalam bentuk pertamanya adalah dari jenis Khat Kuufi Klasik dan Khat Hijaazi. Sebelum kedatangan Islam, dunia penulisan Arab tidaklah serancak dengan zaman selepasnya kerana ia hanya tertumpu pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Khat kaum Nibti yang diwarisi oleh orang Arab hanya dipecah kepada dua bentuk sahaja iaitu Khat Kuufi dan Khat Jazm (Khat Hijaazi). Setelah datangnya Islam, tabiat Islam itu sendiri yang sememangnya mengajak manusia kepada cintakan ilmu pengetahuan ditambah pula aktiviti pencatatan Wahyu Ilahi pada masa hayat Baginda S.A.W. telah menyemarakkan perkembangan khat Arab. Daripada khat Kuufi dan Hijaazi, ia terpecah kepada beberapa bentuk, antaranya Kuufi Masyaq, Kuufi Madani, Kuufi Basiit, khat Hijaazi Daarij dan khat Makki Madani. Pada zaman itu, kesemua jenis khat yang ada mempunyai ciri-ciri antaranya tidak bertitik, tidak berbaris dan penyusunan yang tidak teratur. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, khat Arab telah diperkembangkan kepada pelbagai bentuk dalam rumpun Kuufi seperti Kuufi Klasik, Shaami, Basri, Al- Asfaraaani, Al-Mash’ab, Al-Samni, Al-Qairamuuz dan lain-lain. Khat pada zaman ini lebih teratur walaupun tanpa bertitik dan berbaris. Apabila Saidina Uthman R.A. mengisytiharkan pembukuan al-Quran, baginda memperkemas tanda dan perundangan dalam al-Quran yang dikenali sebagai Musyaf Uthmani. Dalam seni musyaf al-Quran, tulisan khat penting kerana merakamkan segala ayat Tuhan. Kegagalan menyalin al-Quran dengan khat yang
  • 2. baik, jelas, dan tepat bermakna tidak kesampaianlah maksud al-Quran dalam erti kata yang luas. Bentuk tulisan khat ketika itu adalah khat Kuufi Klasik yang tidak bersambung dan mungkin sukar dibaca pada hari ini. Mengikut sejarah, penulisan khat ini dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh, hasil ilham mimpi seorang sufi. Ia dinamakan Kuufi, iaitu tulisan yang tidak bercantum dan dinamakan sedemikian sebagai tanda penghargaan kepada bandar Kufah. Gaya khat Kuufi digunakan selama lebih kurang tiga abad. Ketika ini, yang menguasai seni dalam al-Quran adalah kekuatan khatnya dan tidak pada hiasan yang terdapat pada jidar kepala sesuatu lembaran berhias. Lebih kurang pada kurun ke-4 Hijrah, khat Kuufi beransur-ansur digantikan oleh khat Naskh hingga kini. Khat Naskh melahirkan pelbagai gaya tulisan dengan diberi nama yang berlainan. Hal ini tidak pula bermakna bentuk seni khat lain tidak digunakan untuk menyalin ayat al-Quran. Antara bentuk khat termasuklah khat Nasta’iq di Parsi dan khat Sini di China. Seni khat yang lain seperti Thuluth, Muhaqqa, dan Rayhani digunakan pada tajuk surah sahaja. Kini, khat Naskh diterima sebagai bentuk tulisan baku dalam menyalin al-Quran. Seseorang yang arif tentang khat akan berasa kagum kerana pelbagai gaya khat dapat digunakan dalam hanya satu musyaf. Zaman kerajaan Umawiyah telah menyaksikan pembangunan ketara seni khat Arab, antaranya kemunculan dua bentuk khat yang baru selepas Kuufi iaitu Khat Thuluth dan Khat Nasakh. Selain Khat Thuluth, terdapat khat-khat yang lain yang seakan-akan mirip dengan Khat Thuluth seperti Khat Toomar, Tauqi’, Muhaqqiq, Thuluthain, Jalil, Musalsal dan sebagainya. Khat Nasakh pula muncul dari cabangan Khat Daarij semasa zaman permulaan Islam. Pada abad ini, seni khat menyaksikan banyak perubahan antaranya ialah peletakan sistem titik dan baris di samping kemunculan ramai pakar-pakar penulis khat, antaranya Imam Hasan al-Basri, Malik bin Dinar dan Ibnu Hasan al- Maliih. Tulisan khat terus berkembang pada zaman Kerajaan Abbasiyah, Fatimiyah dan Uthmaniyah. Sebagaimana ketiga-tiga zaman ini terkenal sebagai zaman kegemilangan peningkatan taraf ilmu, begitu juga berlaku kepada dunia Khat Arab. Dikatakan lebih daripada 50 cabangan Khat yang terhasil pada zaman ini yang dikembangkan melalui bentuk-bentuk yang lama. Antara bentuk baru yang muncul ialah Khaat Ta’liq dan Nasta’liq, Nasakh Badi’, Khat Hazqaaj,
  • 3. pelbagai cabangan Kuufi dan sebagainya. Pada kurun ke-10, seni khat tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan ini terdiri daripada beberapa jenis, iaitu khat Kuufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth dan Khat Riqa. Pada kurun ke-16 dan 17, seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda dan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al- Jali yang berbingkai. Mashaf-mashaf Uthmani pada waktu itu muncul dengan pelbagai rupa bentuk khat sementara penulis-penulis khat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di antara ketiga-tiga zaman ini, zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah zaman yang paling ketara dalam peningkatan seni khat di mana ia telah dieksploitkan sebagai bidang kesenian dan kecantikkan selain daripada penyampai maklumat. Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, warisan seni khat yang kebanyakannya yang berpusat di Turki telah berpecah ke serata Tanah Arab. Akhirnya, tahun demi tahun, benluk-bentuk khat yang banyak tadi telah dihadkan kepada beberapa bentuk tertentu sahaja. Had ini dibuat bagi menetapkan jenis-jenis khat yang kemas teratur, cantik dan berseni untuk diguna pakai oleh masyarakat umum. Untuk itu, khat-khat yang kekal sehingga sekarang ialah Khat Thuluth, Nasakh, Farsi yang muncul dari cabangan Nasta’liq dan Kuufi, Diwaani yang muncul daripada Hazqaaj dan khat baru yang lain seperti khat Riq’ah, Ijazah dan yang terbaru seperti Khat Moden. Antara tokoh-tokoh khat zaman moden terkenal ialah Sheikh Abd. Aziz Al- Rifaaei (seorang ulama Islam yang faqih dari Turki), Hamid Aamidi (Turki), Mustafa Izzat (Turki), Said Ibrahim (Mesir), Mahmud Shahaat (Mesir), Hashim Muliammad (Baghdad) dan lain-lain.