SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
PERANG ACEH 
Perang Aceh ialah perang antara Kesultanan Aceh dengan Belanda antara 
tahun 1873 hingga tahun 1904. Kesultanan Aceh menyerah kalah kepada Belanda 
pada tahun 1904 akan tetapi tentangan rakyat Aceh terhadap Belanda berlanjutan 
dengan perang gerila. Perang Aceh juga dikenali sebagai Perang 
Belanda ataupun Perang Kafir. Perang Aceh merupakan sebahagian daripada siri 
pertempuran pada kurun ke-19 yang memantapkan pemerintahan Belanda ke 
atas Indonesia moden. 
Latar belakang 
Pada sebahagian besar abad ke-19, kemerdekaan Aceh dijamin oleh Perjanjian 
Inggeris-Belanda 1814 dan juga taraf Aceh sebagai negeri naungan Empayar 
Uthmaniyyah semenjak abad ke-16. Pada tahun 1820-an Aceh menjadi kuasa politik 
dan perdagangan serantau, dan membekalkan separuh daripada bekalan lada 
hitam dunia yang meningkatkan pendapatan dan pengaruh raja-raja feudal 
tempatan.[8] Permintaan bagi lada hitam yang meningkat di Eropah dan Amerika 
Syarikat membawa kepada pergeseran bersenjata antara pihak British, Perancis dan 
Amerika. Di bawah pemerintahan Sultan Tuanku Ibrahim(1838–1870), Kesultanan 
Aceh berjaya mengawal raja-raja tempatan dan memanjangkan kuasa kesultanan ke 
pantai timur.[8]Namun, pengembangan kuasa Aceh di utara membawa 
pertembungan dengan pihak Belanda yang sedang meluaskan pemerintahan 
kolonialisme di Sumatera.[8] 
Berikutan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 serta perubahan dalam laluan 
perkapalan, pihak British dan Belanda memeterai Treati Sumatera Inggeris-Belanda 
1871 yang menamatkan tuntutan British terhadap Sumatera dan membenarkan 
Belanda memperluaskan pengaruh mereka terhadap Asia Tenggara maritim sambil 
menggalas tanggung jawab menangani aktiviti-aktiviti lanun.[3] Sebagai balasan, 
pihak British memperoleh kawalan ke atas Dutch Gold Coast di Afrika dan hak 
perdagangan yang sama dengan Belanda di Siak.[7] Keinginan Belanda memperluas 
wilayah didorong oleh kehadiran sumber asli, terutamanya lada hitam dan minyak, 
dan juga untuk menghapuskan kuasa negara tempatan. Belanda juga ingin 
mengelak kuasa kolonial lain, khususnya Britain dan Perancis, daripada 
berkembang di Asia Tenggara.[9] 
Strategi 
Pihak Belanda mencuba strategi demi strategi dalam waktu beberapa dasawarsa. 
Pada tahun 1873 mereka mencuba dengan satu serangan pantas, namun gagal. 
kemudian mereka mencuba kepungan laut, perdamaian, berkumpul dalam barisan 
kota-kota, dan kemudian pembendungan secara pasif. Mereka tidak berjaya.
Dengan perbelanjaan yang menghampiri 15 ke 20 juta guilder setahun, keadaan ini 
nyaris-nyaris menjadikan kerajaan kolonial muflis.[10] 
Serangan Belanda pertama 
Pada tahun 1873, rundingan dijalankan antara wakil-wakil Kesultanan Aceh dengan 
konsul tempatan AS berkaitan kemungkinan pengwujudan sebuah treati 
dwipihak.[7] Pihak Belanda melihat ini sebagai pelanggaran perjanjian yang lebih 
awal dengan pihak British yang dimeterai pada tahun 1871, dan menggunakan 
kesempatan ini bagi merampas Aceh secara ketenteraan.[1] Sebuah ekspidisi di 
bawah perintah Mejar Jeneral Johan Harmen Rudolf Köhler dihantar pada 26 Mac 
1873, dan peperangan bermula apabila Belanda membedil ibu kota Kesultanan 
Aceh, Banda Aceh, dengan tembakan meriam dari kapal perang Cidatel van 
Antwerpen. Pada 8 April 1873, angkatan Belanda mendarat di Pantai Ceureumen, 
dan berjaya menawan daerah-daerah pesisiran pantai.[7] Sememangnya niat 
Belanda untuk menyerang dan merampas istana Sultan yang sekaligus akan 
membawa kepada penaklukan Aceh. Sultan meminta, dan berkemungkinan besar 
menerima, bantuan daripada Itali dan United Kingdom di Singapura. Walau apapun, 
tentera Aceh diperbesar dan dipermoden, dan kekuatannya dianggarkan antara 
10,000 dan 100,000 anggota.[7] Pihak Belanda melakukan beberapa kesilapan taktik 
akibat memandang rendah kebolehan ketenteraan Aceh, dan mengalami kerugian 
termasuklah kematian Kohler dan 60 anggota.[7] Kekalahan ini menjejaskan 
semangat dan martabat Belanda.[3] 
Pihak Belanda terpaksa berundur dan kemudian meletakkan kepungan laut terhadap 
Aceh. Dalam percubaannya bagi mengekalkan kemerdekaan Aceh, Sultan Mahmud 
meminta pertolongan kuasa-kuasa Barat yang lain, dan juga Empayar Uthmaniyyah, 
namun tidak diindahkan. Sementara Konsul Amerika bersimpati, kerajaan Amerika 
tetap berkecuali. Pihak Uthmaniyyah pula tidak mampu membantu kerana 
kedudukannya yang lemah di persada politik antarabangsa. Dalam masa yang sama 
pihak British enggan membantu ekoran perjanjian mereka dengan Belanda 
sementara Perancis juga tidak mahu membantu.[4]
Serangan Belanda kedua 
Tentara VOC Aceh setelah peperangan selesai 
Pada November 1873, ekspedisi kedua terdiri daripada 13,000 tentera yang 
diketuai Jeneral Jan van Swieten dihantar ke Aceh.[11] Serangan berbetulan dengan 
peletusan penyakit taun yang mengorbankan beribu orang di kedua-dua belah 
pihak.[4] Menjelang bulan Januari 1874, keadaan yang bertambah buruk 
memaksa Sultan Mahmud Syah dan para pengikutnya meninggalkan Banda Aceh 
dan berundur ke darat. Dalam masa yang sama, tentera Belanda menakluk ibu kota 
Aceh dan juga istana Sultan. Ini mendorong tanggapan pihak Belanda bahawa 
mereka telah menang. Pihak penakluk Belanda kemudianya memansuhkan 
Kesultanan Aceh dan mengisytiharkan bahawa Aceh diilhakkan kepada Hindia 
Timur Belanda.[4] 
Berikutan kemangkatan Sultan Mahmud akibat penyakit taun, orang Aceh 
menobatkan cucu kecil Tuanku Ibrahim, bernama Tuanku Muhammad Daud Syah, 
sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Ibrahim Mansur Syah (memerintah 1874– 
1903). Mereka meneruskan perjuangan di kawasan bukit bukau dan hutan rimba 
selama sepuluh tahun, dengan kerugian besar pada kedua-dua pihak.[4] Pada 
lingkungan tahun 1880 pihak Belanda menukar strategi dan daripada meneruskan 
peperangan, mereka menumpukan perhatian kepada strategi mempertahankan 
kawasan-kawasan yang telah mereka takluk, yakni kawasan-kawasan yang terbatas 
kepada ibu kota (Banda Aceh), [3] dan pekan pelabuhan Ulee Lheue. Kepungan laut 
Belanda berjaya memaksa uleebelang(hulubalang) menandatangani treati-treati 
yang memanjangkan kawalan Belanda terhadap kawasan-kawasan pesisiran. Walau 
bagaimanapun, hulubalang-hulubalang kemudiannya menggunakan pendapatan 
yang dipulangkan kepada mereka bagi membiayai angkatan pembangkang Aceh. 
Campur tangan Belanda mengakibatkan kehilangan nyawa beribu-ribu anggota 
tentera Belanda dan membebankan perbelanjaan kerajaan kolonial. Pada 13 
Oktober 1880 kerajaan kolonial mengisytiharkan bahawa perang telah berakhir dan 
meletakkan kerajaan awam, namun masih berbelanja besar demi mengekalkan
kawalan di kawasan-kawasan yang ditaklukinya. Dalam percubaan untuk meraih 
sokongan orang Aceh, pihak Belanda membina Masjid Raya Baiturrahman sebagai 
tanda perdamaian.[3] 
Jihad 
1883 – 1900-an 
Perang bermula sekali lagi pada tahun 1883, apabila kapal British Nisero terkandas 
di kawasan yang tidak dikawal Belanda di Aceh. Seorang pembesar tempatan 
meminta wang tebusan daripada kedua-dua British dan Belanda dan, dengan 
tekanan kuat British, pihak Belanda terpaksa mencuba membebaskan anak-anak 
kapal. Berikutan kegagalan percubaan menyelamat oleh pihak Belanda (seorang 
pembesar tempatan, Teuku Umar, enggan membantu selepas diminta Belanda) 
pihak Belanda bersama-sama British menyerang daerah itu. Sultan kemudiannya 
menyerahkan sandera dan memerima sejumlah bayaran besar sebagai balasan.[12] 
Menteri Perang Belanda, August Weitzel, sekali lagi mengisytiharkan perang 
terhadap Aceh, dan, seperti sebelumnya, peperangan berlanjutan tanpa banyak 
kemajuan. Berdepan dengan musuh yang lebih maju dari segi teknologi, pihak Aceh 
memilih jalan perang gerila, khususnya dengan menggunakan perangkap dan 
serang hendap. Tentera Belanda membalas dengan menghapuskan kampung-kampung 
dan membunuh kedua-dua para tawanan dan orang kampung 
sekali. [13] Pada tahun 1884, pihak Belanda bertindak dengan mengundurkan 
kesemua anggota tentera mereka ke dalam barisan kubu di persekitaran Banda 
Aceh.[3] Pihak Belanda juga mencuba mendapatkan khidmat pembesar tempatan: 
Teuku Umar diupah dengan wang tunai, candu, dan persenjataan. Umar diberi 
gelaran "Panglima Prang Besar". 
Penaklukan Kuto Reh pada 14 Jun 1904, mengakibatkan beratus orang Aceh 
terkorban 
Umar sebaliknya menggelar dirinya "Teuku Djohan Pahlawan" dan pada 1 Januari 
1894 Umar mendapat bantuan Belanda bagi membina bala tenteranya. Namun dua 
tahun kemudian, daripada membantu pihak Belanda menundukkan kawasan 
dalaman Aceh, Umar menyerang Belanda dengan tentera baharunya. Peristiwa ini
dicatatkan dalam rekod sejarah Belanda sebagai Het verraad van Teukoe 
Oemar(pembelotan Teuku Umar). Bermula dari pertengahan 1880-an, pucuk 
pimpinan tentera Aceh dikuasai ulama, termasuk Tengku Chik di Tiro(Muhammad 
Saman), yang mengetengahkan konsep Jihad melalui khutbah dan teks yang 
dikenali sebagai "hikayat" ataupun cerita puisi. Pejuang Aceh melihat diri mereka 
sebagai mujahid yang memerangi "penceroboh kafir".[1] Pada waktu ini Perang Aceh 
menjadi tanda tentangan Muslim terhadap imperialisme Barat. [2] 
Pada tahun 1892 dan 1893, Aceh kekal merdeka, walaupun Belanda cuba 
menakluknya. Mejar Jeneral JB van Heutsz, seorang ketua tentera kolonial, menulis 
siri rencana berkenaan Aceh. Beliau disokong Dr Christiaan Snouck 
Hurgronje daripada Universiti Leiden, pada masa itu seorang pakar Islam Belanda. 
Hurgronje berjaya mendapat kepercayaan ramai ketua Aceh dan mengumpul 
perisikan tentang kegiatan jemaah Haji Aceh bagi pihak kerajaan 
Belanda.[2] Kerjanya menjadi rahsia rasmi buat beberapa tahun. Dalam analisis 
Hurgronje tentang masyarakat Aceh (lihat di bawah), beliau memperkecilkan 
peranan Sultan dan berhujah bahawa perhatian harus diberikan kepada ketua-ketua 
turun-temurun, yakni Ulee Balang, yang difikirnya dapat dipercayai sebagai 
pentadbir tempatan. Tentang ulama pula, beliau berhujah bahawa golongan ini tidak 
boleh dipercayai atau dipujuk agar bekerjasama, dan harus dihapuskan. Sebagai 
sebahagian dasar pecah dan perintah, Hurgronje menggesa kerajaan Belanda 
memperbesarkan ruang antara ulama dan bangsawan Aceh.[2] 
Pada tahun 1894 penghulu Hasan Mustafa juga membantu menghentikan 
pertempuran dengan mengeluarkan fatwa yang menyuruh orang Islam tunduk 
kepada kerajaan kolonial Belanda.[14] 
Siasatan Snouck Hurgronje 
Untuk mengalahkan pertahanan Aceh, pihak Belanda mengguna tenaga seorang 
pengkaji, Dr Snouck Hurgronje, yang menyamar selama dua tahun di pedalaman 
Aceh bagi meneliti kemasyarakatan dan ketatanegaraan Aceh. Hasil kerjanya itu 
dibukukan dengan judul Rakyat Aceh (De Acehers). Dalam buku itu Hurgronje 
menyebut strategi bagaimana mahu menakluk Aceh. 
Usulan strategi Hurgronje kepada Gabenor Tentera Belanda van Heutz adalah agar 
golongan Keumala (iaitu Sultan yang tinggal di Keumala) dan para pengikutnya 
disisihkan dahulu. Belanda harus tetap menyerang para ulama.Laporan Hurgronje 
diterima van Heutz yang menjadi Gabenor tentera dan awam di Aceh (1898-1904). 
Hurgronje kemudiannya diangkat sebagai penasihatnya. 
Pendamaian 
Pada tahun 1898 van Heutsz diberi jawatan gabenor Aceh dan, dengan 
pembantunya, Hendrikus Colijn, yang kemudiannya menjadi perdana
menteri Belanda, berjaya menakluk sebahagian besar negeri Aceh. Mereka 
mengikuti cadangan Hurgronje dengan mencari hulubalang yang mahu bekerjasama 
dengan Belanda di kawasan pedalaman dan dengan cara itu menyisihkan para 
penentang dari pangkalan mereka di kawasan kampung.[2] Pihak Belanda menyusun 
strategi melawan pemberontakan dengan menggunakan unit-unitGendamerie 
(pasukan separa tentera) yang bersenjata ringan dan dengan 
menjalankan dasar bumi hangus.[1] Van Heutsz memberi tanggung jawab 
mematahkan penentangan Aceh kepada Kolonel Gotfried Coenraad Ernst van 
Daalen. van Daalen kemudiannya memusnahkan beberapa kampung dan 
membunuh sekurang-kurangnya 2,900 orang Aceh termasuk 1,150 wanita dan 
kanak-kanak. Korban Belanda sebanyak 26 orang, dan van Daalen dinaikkan 
pangkat. 
Jeneral van Heutz dan staf. 
Pada tahun 1903, ketua-ketua sekular utama pergerakan penentang Aceh termasuk 
Sultan Muhammad Daud, Tuanku Raja Keumala dan Muda Perkasa menyerah 
kalah.[1] Menjelang tahun 1904 sebahagian besar Aceh terletak di bawah kawalan 
Belanda, dan mempunyai kerajaan orang tempatan yang bekerjasama dengan 
negara kolonial. Pihak Belanda mengukuhkan kawalan mereka terhadap Aceh 
dengan mengamalkan dasar toleransi agama sebagai satu cara untuk meyakinkan 
orang Aceh agar tidak menjalankan pemberontakan bersenjata.[1]Namun demikian, 
kejadian kezaliman tentera Belanda masih berlaku pada waktu itu. Gambar-gambar 
penyembelihan orang kampung Koeto Reh di wilayah Gayo dan Alas Aceh pada 
tahun 1904 menunjukkan pembunuhan orang awam beramai-ramai 
berlaku.[15] Bilangan korban pihak Aceh dianggarkan seramai 50,000 ke 60,000 
orang, dan lebih sejuta orang tercedera.[2] Pemusnahan kampung juga 
menyebabkan 10,000 orang Aceh melarikan diri ke Malaya British.[2] 
Di Belanda pula, van Heutz dianggap wira, dan digelar "Pendamai Aceh". Beliau 
dinaikkan pangkat dan menjadi gabenor jeneral seluruhHindia Timur Belanda pada 
tahun 1904. Sebuah tugu yang masih kekal didirikan di Amsterdam, mahupun nama 
dan gambarnya kemudiannya dibuang sebagai bantahan terhadap legasi ganasnya. 
Pentadbiran Belanda mempertahankan tindak tanduknya di Aceh dengan 
menyatakan dorongan moral untuk melepaskan rakyat Aceh daripada penindasan 
dan amalan mundur raja-raja merdeka tempatan yang tidak menuruti resam-resam 
antarabangsa.[16] Perang Aceh juga menggalakkan Belanda mengilhak negeri-negeri 
merdeka di Bali, Maluku, Borneodan Sulawesi antara tahun 1901 dan 1910.[16] 
Pengaruh kolonial di tanah tinggi Aceh tidak seberapa dan, mahupun terhad, 
tentangan gerila pimpinan ulama masih berjalan sehingga tahun 1942.[1] Kegagalan 
menyingkirkan Belanda menyebabkan banyak ulama menghentikan tentangan
sedikit demi sedikit. Wilayah Gayo kekal sebagai pusat tentangan sehingga selewat 
tahun 1914.[17] Seorang intelek,Sayyid Ahmad Khan menganjurkan 
agar jihad menentang Belanda dihentikan oleh sebab perkataan itu ditakrifkan 
sebagai perjuang ketenteraan melawan penindasan agama.[1] 
Meriam Uthmaniyyah dan Aceh, dibuka berikutan kemenangan Belanda di Aceh pada tahun 1874. Illustrated 
London News. 
Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan Indonesia 
Ketibaan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua mula-mulanya disambut baik oleh oleh para 
pejuang kebangsaan Aceh; namun perselisihan faham membawa kepada penentangan oleh 
pemberontak yang memuncak dalam satu pemberontakan di Bayu.[21] Sewaktu Revolusi 
Kebangsaan Indonesia yang berlaku berikutan kekalahan Jepun pada Ogos 1945, pihak 
bangwasawan dijadikan sasaran balas dendam kerana bekerjasama dengan Belanda, dan 
daerah Aceh menjadi kubu kuat para pejuang revolusi Sukarno yang mahu menjadikan 
Indonesia sebuah republik.[18] Memandangkan perasaan anti-kolonial yang kuat di Aceh, 
Belanda memintas wilayah itu dalam tindakan polisnya dari tahun 1947 hingga ke 1948.[21] 
Berikutan pemindahan kedaulatan Belanda ke Indonesia pada bulan Ogos 1949, ramai 
orang Aceh tidak berpuas hati pula dengan dasar-dasar kerajaan pusat Indonesia 
di Jakartayang dikuasai orang Jawa, dan mula meminta kuasa autonomi.[22] Sungutan 
termasuk penggabungan Aceh ke dalam wilayah Sumatera Utara yang dikuasi 
kaum Batak Kristian, ganjaran politik dan kewangan yang sedikit dalam kesatuan Republik 
Indonesia dan kegagalan pelaksanaan hukum syariah.[21][23] Faktor-faktor ini membawa 
kepada pemberontakan pendek pergerakan Darul Islam pimpinan Daud Bereueh[21] yang 
ditangani tentera Indonesia kendatipun tentangan berlanjutan di daerah pedalaman 
sehingga tahun 1959 apabila pihak pemberontak berjaya mendapatkan status autonomi 
buat Aceh.[23][24] Namun demikian, ramai orang Aceh dan Sumatera berasa geram akan 
kedudukan orang Jawa yang menguasai jawatan-jawatan kerajaan dan 
tentera.[23] Pemberontakan ekoran perasaan ini, yang diketuai Gerakan Aceh Merdeka, 
berlanjutan di wilayah itu sehinggalah sebuah perjanjian damai dimeterai antara pergerakan 
Aceh dan kerajaan Indonesia berikutan tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004.
Surat perjanjian tanda menyerah 
Sewaktu perang Aceh, Van Heutz menciptakan surat pendek ("Korte Verklaring, 
Traktat Pendek) tentang penyerahan yang harus ditandatangani oleh para pemimpin 
Aceh yang telah ditangkap dan menyerah diri. Intipati surat pendek ini ialah: Raja 
(Sultan) mengakui daerahnya sebagai sebahagian daripada daerah Hindia Belanda; 
Raja berjanji tidak akan mengadakan hubungan dengan kuasa di luar negeri dan 
berjanji akan mematuhi seluruh perintah yang ditetapkan Belanda. Perjanjian 
pendek ini menggantikan perjanjian-perjanjian terdahulu yang rumit dan panjang 
dengan para pemimpin setempat. 
PERANG BATAK ( 1878 – 1907) 
1. Sebab Perang 
Perang Batak atau perang Si Singa Mangaraja dimulai dari tahun 1878 – 1907 yang 
terjadi selama 29 tahun. Perang batak ini terjadi disebabkan kedatangan bangsa Belanda 
kepedalaman Batak yang waktu itu dipimpin oleh Si Singa Mangaraja XII sebagai ahli waris 
dari Si Singa Mangaraja XI yang masih bebas dari bangsa Belanda. Daerah Batak ini terletak 
di Danau Toba dan sekitarnya, Batak merupakan sebuah daerah yang tentram dan damai 
karena terhindar dari pertentangan dan ketagangan dan juga masyarakat disekitar ini percaya 
kepada pemimpin mereka yang akan menjaga kesalamatan mereka semuanya. 
Masyarakat sekitar sangat susah menerima pengaruh dari luar yang meraka anggap 
sebagai penganggu tradisi mereka, namun hal ini tidak bisa dihindari lagi karena 
pemerintahan Hindia Belanda selalu ingin memperluas pemerintahan mereka. Sebelumnya 
sudah ada juga pada masa VOC tetapi tidak begitu berpengaruh. Tapi sejak ahir abad ke 
XIX pemerintaha Hindia Belada selalu mengirim ekspedisi mereka untuk melakukan 
penaklukan dan pendudukan sehingga membentuk daerah pamong praja disana. 
Setelah perang paderi berakhir, Hindia Belanda bergerak menuju daerah sekitar 
termasuk daerah sekitar Danau toba terjadilah pendudukan dan selanjutnya Hindia Belanda 
membentuk keresidenan disana. Dalam pebentukan keresidenan Daerah Batak yang berda 
disebelah utara dimasukan kedalam keresidenan Tapanuli termasu daerah Sipirok yang belum 
didudukinya dimasukan kedalam keresidenan tersebut dan beberapa kepala huta harus 
berjanji dan tundudk kepada pemerintahan Hindia Belanda. Setelah daerah Sipirok dan 
tapanuli di ambil alih oleh Belanda terbukalah jalan menuju Silidung dan Toba, sehingga 
kedaulatan tanah batak mulai terancam. 
Pemerintaah Hindia Belanda mengirim beberapa Residen[1] untuk meneliti daerah 
perdalaman Batak. Dari penyelididkan diketahui Daerah batak belum memiliki agama resmi 
sehingga terniatlah oleh pihak Belanda untuk menyebarkana agama keristen ditanah Batak 
tersebut. Untuk kepentingan gama dikirimlah Dr.N.Van Der Tuuk, pada tahun 1849 ia sampai 
di Barus dan berusahan menyusup kedaerah Toba . kedatangannya disambut dengan
kebencian oleh rakyat Toba sehingga ia hampir terbunuh tetapi karena menimpu rakyak ia 
mengaku sebagai keluarga Si Singa Mangaraja X yang tewas dalam perang paderi dan juga 
diperkuat oleh raja Lumbung ia bisa membebaskan diri dari ancaman tersebut. Tahun 1853 ia 
diterima oleh Si Singan Mangaraja XI di Bakkara. Sejak tahun 1960 agama keristen banya 
memasuki daerah Danau Toba pos – pos Zeding juga mulai berdiri didaerah 
tersebut. Sejalan dengan itu pemerintaha Hindia Belanda mengerkan pasukan meliternya ke 
daerah Barus dan Singkel dan memasukan perdalam Aceh. Dalam keadaan yang sama Si 
Singa Mangaraja XI meninggal dan digantikan dengan Patuang Bosar Ompu Pulo Batu yang 
bergelar SI Singan Mangaraja XII. 
Melihat kondisi masyarakat sekitar Si Singa Mangaraja XI, takut agama keristen akan 
berkembang dan banyak dipeluk oleh rakyatnya, disisi lain ia juga takut kedudukankya tidak 
dianggap lagi maka yang ditakutkan lagi oleh Si Singa Mangaraja terputusnya 
hubungan antara rakyat dan pimpinan negerinya yang dahulu sangat ketat sehingga hal inilah 
yang menyebabakan Si Singa Mangaraja berusaha untuk mengusir Belanda dari tanah Batak. 
2. Jalanya Perang 
Puncak meledaknya perang ini dimana orang – orang dari Si Singa 
Mangaraja membakar zeding – zeding dan juga membakar rumah – rumah, hal ini juga 
dipacu oleh pihak Belanda dimana terdengar bahwa pasuka Si Singa Mangaraja XII 
dengan batuan Aceh telah siap untuk perang di Slindung. Sehingga inilah yang 
menyebabkan Belanda panas dan langsung pergi ke Silindung untuk menyelamatkan rakyat 
yang beragama Keristen disana[2], masukan pasukan meliter Belanda disambut oleh Si Singa 
Mangaraja dengan pernyataan perang maka tahun itu juga meletus perang di Silidung. 
1 Februari 1987 untuk memperkuat pasukan Belanda di Slindung pasukan Belanda 
diberangkatkan dari Sibolga dibawah pimpinan Kapten Scheltes yang terdiri dari 2 opsir, 25 
orang prajurit Eropa dan 35 orang Prajurit Pribumi dll. 6 februari mereka sampai di Pea Raja 
kepala kampung dikumpulkan dan meraka menuu Sipoholong dangan tujuan menduduki 
Bahal Batu, dalam hal ini rakyat Batak memiliki 2 macam benteng yag sangat sulit ditembus 
oleh pihak lawan[3]. 
Bulan februari 1987, ketika Si Singa Mangaraja megetahui bahwa pasukan Belanda 
telah sampai di Bahal Batu ia segera ke Balige untuk mengumpulkan rakyat dan menyusun 
kekuatan untuk melawan musuh. 700 orang pasukan Si Singa Mangaraja langsung 
menyerang kubu – kubu pertahanan musuh. Pihak Belanda melakukan serangan 
balik sehingga terjadilah pertempuran yang sengit di Bahal Batu. Namun melihat 
persenjataan yang berbanding terbalik pihak Si Singa Mangaraja berserta pasukannya mundu, 
hasilnya Belanda berhasil menduduki tempat tersebut. 
7 maret 1987 Belanda mendapat bantuan dibawah pimpinan FJ Engel pasukan ini 
disertai dengan residen Sibolga dan pendeta Nommesen. Pada saat itu pertempuran terus 
merambat keperdalam Bahal Batu. Pertempuran di Butar pasukan Batak berhasil membunuh 
seorang tentara Belanda sehingga belanda mengadakan pembelasan dengan membakar
kampung – kampung yang ada disekitarnya tapi kampung Butar dengan tembok yang tinggi 
sangat sulit bagi Belanda untuk menerobos jantung kampun tersebut, namun Belanda dapat 
menerobos kampung tersebut yang diketahui bahwa kampung itu kosong ternyata yang dapat 
ditawan hanya kepala kampung Butar. 
Pertempuran sengit juga terjadi di kampung Lobu Siregar dan Upu Ni Sirabar yang 
awalnya sangat susah diduduki oleh Belanda namun karea kegigihan Belanda mereka 
berhasil menduduki kampung tersebut, sedang pasukan Si Singa Mangaraja menarik diri dari 
tempat tersebut sedangkan kepala kampung ditawan oleh Belanda dan kampung tersebut 
dibakar. Namun sesudah perang di Lobu dan Upu pihak Belanda kembali ke Sibolga. 
Sedangkan Si Singa Mangaraja sedang menyusun strategi untuk menyerang pihak belanda 
kembali. Disaat bersamaan pasukan Belanda megepung daerah disekitar Danau Toba dan 
menagkap semua kepala kampung yang membangkang. Disaat bersamaan pasukan Si Singa 
Mangaraja menyerang pos pertahan Belanda di Bahal Batu. Akan tetapi Belanda berhasil 
medahuluinya dengan tembakan – tembakan sehingga pasukanya ditarik mundur oleh Si 
Singa Mangaraja. 
Perhatian Belanda tertuju secara penuh kekampung Bakkara dan Lumbung Raja yaitu 
tempat tinggal Si Singa Mangaraj. Pertempuran dimulai ketika pihak Belanda meladakan 
motir kedalam benteng Bakkara dari bukit dimana tempat pasukan Si Singa Mangaraja 
sehingga pertempuran mulai meletus. Tembankan dari pasukan batak dibalas dengan 
lemparan granat oleh pasukan Belanda, sehingga pasukan batak kualahan menghadapi 
Belanda yang berhasil mengepung dari seluruh penjuru walaupun awalnya sangat kesulitan 
namun kampung Bakkara dapat diduduki oleh Belanda. Semua orang yanga ada didlamanya 
menjadi tawanan oleh Belanda. 
Setelah kampung bakkara dapat diduduki oleh belanda pasukan Si Singa 
Mangaraja menyingkir menuju Paranginan untuk mempersiapkan penduduk bagian selatan 
Danau Toba. Benteng pertahan segera dibuat di Meat, Balinge, Tambunan dan lagu Boti 
yaitu tempat panesehat Si Singa Mangaraja XII yaitu Raja Deang. Bulan mei Belanda menuju 
Paranginan kemudian bergerak ke Gurgur dengan maksud menyerang Baligen dan raja 
Deang. Kemudian menuju Meat sesampai disana pasukan Pasukan Belanda dihujati oleh 
pasukan Batak, karena tempatnya yang tidak cocok pasukan Batak menyerang dari atas 
sedangkan pasukan belanda dibawah sehingga pasukan Belanda tidak sempat untuk 
membalaskan dendam, namun pasukan Belanda dapat bantuan sehingga pasukan batak 
menarik diri dari pertempuran . 
Setelah daerah – daerah disektar Danau Tobak dikuasai oleh Belanda tahun 1883 
pasukan batak sampai di Uluan yang bertepatan dengan tindakan Belanda 
menempatkan seorang kontrolir di balige termasuk Uluan dan Lagu Boti. Tindakan Belanda 
disambut oleh penduduk dengan acuh tak acuh, sehingga membuat kontrolir belanda 
memintak bantuan sehingga dikirimlah pasukan. 
Si Singa Mangaraja kembali ke Babanan dan merencanakan segera gerakan baru di 
Uluan. Tanggal 18 Juli pasukan Belanda bergerak dari Balige meniju Lagu Boli dibawah
Pimpinan Kapten Genet. Berarti pasukan Belanda di Balige berkurang ini kesempatan bagi 
pasukan Batak untuk menyerang Balige dan mebakar gedung – gedung pertemuan, penjara 
dan juga membakar gudang kopi. Pihak Belanda membalas perbuatan tersebut dengan cara 
ultimatun kampung Lagu Boti dan Uluang, menyerahka orang – orang yang dianggap sebagai 
pembunuh belanda berserta dengan dendanya. Namun orang – orang yang berda dikapung 
tersebut tidak ma sehingga Belanda menyerang kampung tersebut tanggal 29 juli. 
Pertempuran demi pertempura membuat psukanbatak kualahan menghadapi pasukan belanda 
sehingga kampung Huta Dalah akhirnya jatuh dan kepala kampung tewas. Kemudia Huta 
Anggaris behasil direbut Belanda sedangkan Huta Angin diperkuat sehingga megakibatkan 
Belanda susah masuk. Untuk memasuki Huta Angin, Belanda harus mengalahkan terlebih 
dahulu Huta Ragga Bosi namun pasuka batak mengalir untuk mebantu Huta tersebut dan 
menghantam pasukan belanda yang mengepung. Pertempuran demi pertempuran yang 
mengakibatkan pasukan Batak kualahan menghadapi pasukan Belanda ang menyebabkan 
pasukan Si Singa Mangaraja terbagi dua dan berhasil menguasai Huta Saon Angin. 
Selain perperang di Huta Saon Angin di Umpu tinggi sedang terjadi perlawan yang 
sengit melawan Belanda di Semanangkiang, serang itu dapat dipatahkan oleh 
Belanda sedangkan pasukan Si singa Mangaraja terus didesak ke Barat laut Huta Timbang, 
pada saat itu Huta Timbang telah diduduki oleh Belanda sehingga terjadi disana pertempuran 
yang sengit sehingga Huta ini tidak bisa di amankan dan akhirnya Huta ini jatuh ketangan 
Belanda. 
Belanda akan menyerang Huta – Huta lainya tetapi cuaca tidak mengizinkan sehingga 
mereka menuruna niat. Kemudian belanda mengrahkan pasukan ke Huta Tinggi yang Kedua. 
Scafer dan Spandaw menyerang dari sebelah selatan dan timur tapi karena benteng ini dibuat 
dari rajau – ranjau yang sangat menyusahkan bagi pihak belanda untuk menerobos kampung 
tersebut. Namun ini berhasil diatasi sehingga Belanda dapat meguasai diseluruh penjuru 
melihat kondisi ini pasukan Si Singa Mangaraja mengakat bendera Putih yang berarti tanda 
damai. 
30 Juli diadakanlah pertemuan kedua belah pihak, pihak Belanda memintak denda dua 
kali lipat dari yang diminta awal, dalam keadaan sulit pihak Belanda tidak menuntut dalam 
bentuk uang tetapi apa saja barang – barang asal dapat dibayar. Perperang diundur untuk 
sementara . pembayaran ini dibatasi 1 Agustus, tetapi Huta Datu Hari tidak mau membayar 
sehingga terjadilah penyerangan oleh pihak Belanda, sama dengan Huta – huta lainya sangat 
sulit ditrobos dengan berhasilnya Belanda menduduki Huta Datu hari maka seluruh wilayah 
Lagu Boli telah diduduki oleh Belanda. 
Daerah yang belum dikuasai oleh belanda masih memihak kepada Si Singa 
Mangaraja yaitu daerah Naga Seribu, Muara Bakkara, tangga Batu, dan Paraginan. Sehingga 
pasukan Belanda terus – menerus melakukan perlawanan. Tanggal 7 Agustus Tangga Batu 
dapat diduduki oleh Belanda, 9 Agustus Paraginan diduduki oleh Belanda dan kepala 
kampungnya dikenakan denda, sedang bakkara menolah sehingga 6 Huta disekitarnya 
dibakar oleh pihak Belanda. Tanggal 25 agustus pejuang – pejuang Batak melakukan
penyerangan terhadap Belanda dimalam hari dan menyatakan perag kepada pihak Belanda di 
Semnangkiang. 
Daerah Si Torang sudah mulai terancam, pada tanggal 27 Agustus pasukan Belanda 
bergerak menuju Pintu Batu disebuah padang lalang mereka diserang oleh 80 orang pejuang 
Batak dari Si Toramg, sedangkan dari sisi lain pihak Belanda juga diserang oleh penduduk 
Belanda. Serag ini berhasil dipatahkan dengan tembakan antileri, senapan dan penghancur 
dengan mitraliur dan infanteri. Huta Boksa dapat diduduki seterusnya Belanda menyerbu 
Prabu Angin dalam usaha menjatuhkan Si Torang, denga berapa taktik Perabu Angin dapat 
dikuasai oleh belanda demikian juha Si Jarot pusat dari kampung Si Torang. Patigi dan Si Ria 
– Ria diduduki Belanda 1 September sesudah itu Pos Belanda kembali ke pertahanan Lagu 
Bot, sedangkan Si Singan Mangaraja mengadakan perlawanan didaerah lain. 
Perperang dari tahun - ketahun semakin menjadi. Tahun 1887 timbul perlawanan dari 
Kota Tuo dengan bantuan pejuang – pejuang Aceh yang datang dari daerah Bebas di Trumor. 
Perlawana ini dapat dipatahkan oleh Belanda dibawah pimpinan JA Visser. Selain itu tahun 
ini juga terjadi penyerbuah dibawah pimpinan Sarbut, pos – pos zeding dibakar karena 
peristiwa ini Lobu Si Reger diduduki oleh Belanda. Dipihak lain Belanda semakin membabi 
buta dngan membakar kampung – kampung yang menolak mebayar denda. Pada saat yang 
bersamaan Hindia Belanda juga melawan Aceh sehingga Belanda menfokuskan diri untuk 
menghadapi Aceh yang kekuatanya jauh lebih besar sedangkan perlawan terhadap 
tanah Batak dikurangi oleh Belanda. 
Pada saat Belanda lenga Si Singa Mangaraja menghimpun pasukan untuk kekuatanya. 
Tahun 1889 ia aktif didaerah bagian tenggara dan Barat Danau Toba serta Pulau Simosir. 
Bulan Mei Si Singa Mangaraja di daerah Huta Paong siap untuk menyerang 
Belanda bersamaan 90 pejuang batak, 70 orang letnal Pitlo, bulan Juli pertempuran mulai 
meletus. Walaupun terdesak ke Lobu Tala kemudian 8 Agustus pasukan Si Singa Mangaraja 
mengadakan serangan balasan dan berhasil menewaskan seprang pasukan Belanda dan 
mengusir mereka dari sana. Untuk mebalaskan serangan dari Si Singa Mangaraja Belanda 
mengirim tentara dari Padang. 
Perlawanan demi perlawanan yang terjadi antara Pasukan Si Singa Mangaraja dengan 
Belanda membuat pejuang Batak kaulahan menghadapi Belanda, sampai Simosir juga 
diduduki oleh Belanda, sehingga gerak Si Singa Mangaraja semakn sempit menginggat 
daerah kebayakan sudah jatuh ketangan Belanda. Sekarang pasukan Si Singa Mangaraja 
bertahan di sebelah barat Danau Toba yaitu Pak – Pak dan Dairi. 
3. Akhir Perang 
Yang awalnya pasukan Si Singa Mangaraja masih melakukan perlawana namun tahun 
1900 kekuatan Si Singa Mangaraja semakin surut. Sehingga perlawanna tidak dikerahkan 
untuk melakukan penyerangan sebanyak mungkin melainkan memperthankan diri dari 
serangan lawan selain penduduk daerah Dairi dan Pak – Pak Masih setia kepada mereka. 
Selain itu Belanda juga melakukan gerakan pembasmi gerakan – gerakan perlawanan yang
ada diSumatera ( Aceh dan Batak). Operasi diketuai oleh Overste Van Daelan yang bergerak 
dari Aceh terus ke Batak. Mereka mengadakan pengepungan dan mebakar kamung – 
kampung yang membangkan pertempuran semakin sengit antara kedua belah pihak. 
Pada saat Belanda sampai di daerah pak – Pak dan Dairi pasukan Si Singa Mangaraja 
semakin terkepung sedangkan di lain pihak hubungan mereka dengan Aceh sudah terputus. 
Denga terdesaknya pasukan Si Singa Mangaraja merka terus berpindah – pindah dari satu 
tempat ketempat yang lain untuk menyelamatkan diri. Tahun 1907 pengepungan yag 
dilakukan oleh Belanda terhadap pasukan Si Singa Mangaraja dilakukan secara intensif yang 
dipimpin oleh Hans Christoffel. 
Dimulai menelusuri jejak Si Singa Mangaraja oleh Belanda namun merak gagal 
menangkap Si Singa Mangaraja dan anak istri Si Singa Mangaraja ditawan oleh Belanda. 
Boru Situmorang ibu Si Singa Mangaraja tertangkap dan dijadikan tawanan perang oleh 
Belanda sementara itu Si Singa Mangaraja belum juga mneyerahkan diri dan belanda terus 
mencari sampai tanggal 28 Mei pihak belanda mengetahui bahwa Si Singa Mangaraja berada 
di Barus maka Wenzel menarahkan pasukan untuk menangkapnya tetapi tidak 
berhasil. 
4 Juni 1907 pihak Belanda mengetahui bahwa Si Singa Mangaraja berada di Penegen 
dan Bululage dan mereka melakukan pengerebekan melalui Huta Anggoris yang tak jauh 
dari panguhon. Ternyata Si Singa Mangaraja telah meninggalkan tepat itu sebelum mereka 
datang. Si Singa Mangaraja terus menyikir ke darah Alahan sementara itu Belanda terus 
mengejar melalui kampung Batu Simbolon, Bongkaras dan Komi. Banyak penduduk sekitar 
ditangkap karena dicurigai bekerjasma dengan Si Singa Mangaraja. Berbagai usaha yang 
dilakukan Belanda tanggal 17 jJuni 1907 Si Singa Mangaraja berhasil ditangkap didekat Aik 
Sibulbulon ( derah Dairi ) dalam keadaan lemah Si Singa Mangaraja dan pasukanya terus 
mengadakan perlawanan. Dalam peristiwa Si Singa Mangaraja tertebak oleh Belanda 
sehingga pada saat itu Si Singa Mangaraja mati terbunuh ditempat. Disaat yang bersamaan 
anak perempuan dan dua putra laki – lakinya juga gugur sedankan istri, ibu dan putra – putra 
masih menjadi tawana perang oleh Belanda . dengan gugurnya Si Singa Mangaraja maka 
seluruh daerah Batak menjadi milik Belanda. Sejak saat itu kerja rodi didaerah ini meraja 
lelah struktur tradisional masyarakat semaki lama semakin runtuh. 
4. Dampak Perang 
Orang batak banyak terbunuh dan banyak kerugian yang ditimbulkam, rumah – rumah 
hancur dibakar, agama Keristen saat itu meraja lelah tampa ada halangan dari pihak manapun 
sedangkan pihak Belanda mengalami kebangkrutan dana yag disebakan karena saat 
bersamaan Belanda juga menghadapi Aceh yang begitu kuat sehingga didatang pasukan – 
pasukan dari luar yang dibayar mahal 
KESIMPULAN
Perang Batak yang terjadi selama 29 tahun yang berawal dari ketidak sukaan Si Singa 
Mangaraja terhadap Belanda yang sengaja menyebarkan agama keristen yang mengakibatkan 
Si Singa Mangaraja melakukan perlawan karena takut Belanda menguasai daerah tesebut 
secara luas lagi sehingga ia takut peranya sebagai pemimpin dapat disingkirkan oleh Belanda 
disisi lain Si Singa Mangaraja sebagai pemimpin juga takut Belanda mempengaruhi rakyat 
dan bisa berubah struktur kebuadayaan yang ada disana. Perperangan demi perperangan yang 
terjadi sangat merugikan bagi rakyat Batak. Perperangan yang berlangsung sangat lama 
berhasil dimenangkan oleh Pihak Belanda dengan gugurnya Si Singa Mangaraja di medan 
perang. Sehingga Belanda berhasil menduduki daerah Batak keseluruhannya.

More Related Content

What's hot

Kelompok 5 xi ips 2 peperangan aceh terhadap belanda
Kelompok 5 xi ips 2   peperangan aceh terhadap belandaKelompok 5 xi ips 2   peperangan aceh terhadap belanda
Kelompok 5 xi ips 2 peperangan aceh terhadap belandaaudy ayu
 
Perang Banjar-Perlawanan Rakyat Palembang
Perang Banjar-Perlawanan Rakyat PalembangPerang Banjar-Perlawanan Rakyat Palembang
Perang Banjar-Perlawanan Rakyat Palembangchelseyvioletaa
 
PERANG PATTIMURA MELAWAN VOC
PERANG PATTIMURA MELAWAN VOCPERANG PATTIMURA MELAWAN VOC
PERANG PATTIMURA MELAWAN VOCAwanda Gita
 
Perlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
Perlawanan Pada Masa Penjajahan BelandaPerlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
Perlawanan Pada Masa Penjajahan BelandaEsa Alfiandika Seaman
 
Perlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik Kolonial
Perlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik KolonialPerlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik Kolonial
Perlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik KolonialNadhira Felicia
 
Perang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialismePerang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialismeFikri Yaqin
 
Perang Aceh, History
Perang Aceh, HistoryPerang Aceh, History
Perang Aceh, Historyfebagnes
 
Maluku angkat senjata (kelompok 2)
Maluku angkat senjata (kelompok 2)Maluku angkat senjata (kelompok 2)
Maluku angkat senjata (kelompok 2)Ulva Susanti
 
Mengevaluasi Perang Melawan Penjajah Kolonial Hindia Belanda
Mengevaluasi Perang Melawan Penjajah Kolonial Hindia BelandaMengevaluasi Perang Melawan Penjajah Kolonial Hindia Belanda
Mengevaluasi Perang Melawan Penjajah Kolonial Hindia BelandaSyafira Azzahra
 
Perlawanan Daerah Aceh
Perlawanan Daerah AcehPerlawanan Daerah Aceh
Perlawanan Daerah Acehyoollan
 
BAB 2 Mengevaluasi Perang Melawan Keserakahan Kongsi Dagang (abad ke-16 sampa...
BAB 2 Mengevaluasi Perang Melawan Keserakahan Kongsi Dagang (abad ke-16 sampa...BAB 2 Mengevaluasi Perang Melawan Keserakahan Kongsi Dagang (abad ke-16 sampa...
BAB 2 Mengevaluasi Perang Melawan Keserakahan Kongsi Dagang (abad ke-16 sampa...MuhammadAmarRahman
 
Perang banjar new
Perang banjar   newPerang banjar   new
Perang banjar newFachroel07
 
Perlawanan Banjarmasin
Perlawanan BanjarmasinPerlawanan Banjarmasin
Perlawanan BanjarmasinAzka Kamila
 
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan BelandaSejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan BelandaFanny Budiman
 
Perlawanan bangsa indonesia terhadap penjajahan bangsa barat
Perlawanan bangsa indonesia terhadap penjajahan bangsa baratPerlawanan bangsa indonesia terhadap penjajahan bangsa barat
Perlawanan bangsa indonesia terhadap penjajahan bangsa baratinabel mardelin
 
Perlawanan Kalimantan Selatan
Perlawanan Kalimantan SelatanPerlawanan Kalimantan Selatan
Perlawanan Kalimantan SelatanFriskilla Suwita
 
Sejarah Indonesia - Perang Tondano dan Pattimura Angkat Senjata
Sejarah Indonesia - Perang Tondano dan Pattimura Angkat SenjataSejarah Indonesia - Perang Tondano dan Pattimura Angkat Senjata
Sejarah Indonesia - Perang Tondano dan Pattimura Angkat SenjataMardeliaNF
 
Perlawanan rakyat indonesia terhadap kolonial belanda
Perlawanan rakyat indonesia terhadap kolonial belandaPerlawanan rakyat indonesia terhadap kolonial belanda
Perlawanan rakyat indonesia terhadap kolonial belandaNidya Milano
 

What's hot (20)

Perang banjar
Perang banjarPerang banjar
Perang banjar
 
Kelompok 5 xi ips 2 peperangan aceh terhadap belanda
Kelompok 5 xi ips 2   peperangan aceh terhadap belandaKelompok 5 xi ips 2   peperangan aceh terhadap belanda
Kelompok 5 xi ips 2 peperangan aceh terhadap belanda
 
Perang Banjar-Perlawanan Rakyat Palembang
Perang Banjar-Perlawanan Rakyat PalembangPerang Banjar-Perlawanan Rakyat Palembang
Perang Banjar-Perlawanan Rakyat Palembang
 
PERANG PATTIMURA MELAWAN VOC
PERANG PATTIMURA MELAWAN VOCPERANG PATTIMURA MELAWAN VOC
PERANG PATTIMURA MELAWAN VOC
 
Perlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
Perlawanan Pada Masa Penjajahan BelandaPerlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
Perlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
 
Perlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik Kolonial
Perlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik KolonialPerlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik Kolonial
Perlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik Kolonial
 
Perang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialismePerang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialisme
 
16. perang banjar tahun 1859 1863
16. perang banjar tahun 1859 186316. perang banjar tahun 1859 1863
16. perang banjar tahun 1859 1863
 
Perang Aceh, History
Perang Aceh, HistoryPerang Aceh, History
Perang Aceh, History
 
Maluku angkat senjata (kelompok 2)
Maluku angkat senjata (kelompok 2)Maluku angkat senjata (kelompok 2)
Maluku angkat senjata (kelompok 2)
 
Mengevaluasi Perang Melawan Penjajah Kolonial Hindia Belanda
Mengevaluasi Perang Melawan Penjajah Kolonial Hindia BelandaMengevaluasi Perang Melawan Penjajah Kolonial Hindia Belanda
Mengevaluasi Perang Melawan Penjajah Kolonial Hindia Belanda
 
Perlawanan Daerah Aceh
Perlawanan Daerah AcehPerlawanan Daerah Aceh
Perlawanan Daerah Aceh
 
BAB 2 Mengevaluasi Perang Melawan Keserakahan Kongsi Dagang (abad ke-16 sampa...
BAB 2 Mengevaluasi Perang Melawan Keserakahan Kongsi Dagang (abad ke-16 sampa...BAB 2 Mengevaluasi Perang Melawan Keserakahan Kongsi Dagang (abad ke-16 sampa...
BAB 2 Mengevaluasi Perang Melawan Keserakahan Kongsi Dagang (abad ke-16 sampa...
 
Perang banjar new
Perang banjar   newPerang banjar   new
Perang banjar new
 
Perlawanan Banjarmasin
Perlawanan BanjarmasinPerlawanan Banjarmasin
Perlawanan Banjarmasin
 
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan BelandaSejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
 
Perlawanan bangsa indonesia terhadap penjajahan bangsa barat
Perlawanan bangsa indonesia terhadap penjajahan bangsa baratPerlawanan bangsa indonesia terhadap penjajahan bangsa barat
Perlawanan bangsa indonesia terhadap penjajahan bangsa barat
 
Perlawanan Kalimantan Selatan
Perlawanan Kalimantan SelatanPerlawanan Kalimantan Selatan
Perlawanan Kalimantan Selatan
 
Sejarah Indonesia - Perang Tondano dan Pattimura Angkat Senjata
Sejarah Indonesia - Perang Tondano dan Pattimura Angkat SenjataSejarah Indonesia - Perang Tondano dan Pattimura Angkat Senjata
Sejarah Indonesia - Perang Tondano dan Pattimura Angkat Senjata
 
Perlawanan rakyat indonesia terhadap kolonial belanda
Perlawanan rakyat indonesia terhadap kolonial belandaPerlawanan rakyat indonesia terhadap kolonial belanda
Perlawanan rakyat indonesia terhadap kolonial belanda
 

Similar to aceh berjihad dan perang batak

Presentasi Indonesia Madya
Presentasi Indonesia MadyaPresentasi Indonesia Madya
Presentasi Indonesia Madyaardikoro
 
Perlawanan cut nyak dien dan teuku umar terhadap belanda ]
Perlawanan cut nyak dien dan teuku umar terhadap belanda ]Perlawanan cut nyak dien dan teuku umar terhadap belanda ]
Perlawanan cut nyak dien dan teuku umar terhadap belanda ]Septian Muna Barakati
 
Aceh Berjihad-Kelompok 1 oleh kelompok kelas siswa .pptx
Aceh Berjihad-Kelompok 1 oleh kelompok kelas siswa .pptxAceh Berjihad-Kelompok 1 oleh kelompok kelas siswa .pptx
Aceh Berjihad-Kelompok 1 oleh kelompok kelas siswa .pptxandreasmotret46
 
(Emansipasi) Wanita (Salah Kaprah): Memperingati 108 Tahun Perjuangan Tjoet N...
(Emansipasi) Wanita (Salah Kaprah): Memperingati 108 Tahun Perjuangan Tjoet N...(Emansipasi) Wanita (Salah Kaprah): Memperingati 108 Tahun Perjuangan Tjoet N...
(Emansipasi) Wanita (Salah Kaprah): Memperingati 108 Tahun Perjuangan Tjoet N...Yayasan Rumah Peneleh
 
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01Warto Susastro
 
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01Warto Susastro
 
Dampak_Penjajahan_Eropa.pptx
Dampak_Penjajahan_Eropa.pptxDampak_Penjajahan_Eropa.pptx
Dampak_Penjajahan_Eropa.pptxpancaparhusip1
 
Kerajaan aceh darussalam
Kerajaan aceh darussalamKerajaan aceh darussalam
Kerajaan aceh darussalamnandafeby
 
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptxBab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptxEdukasiSejarah
 
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa BaratSebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa BaratSyahmiNasrul
 
Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...
Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...
Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...Dikki Wahyu Afandi E.D
 
draft materi sejarah kelas x1.pptx
draft materi sejarah kelas x1.pptxdraft materi sejarah kelas x1.pptx
draft materi sejarah kelas x1.pptxPANDURINATA1
 
Perlawanan rakyat menentang kolonialisme barat
Perlawanan rakyat menentang kolonialisme baratPerlawanan rakyat menentang kolonialisme barat
Perlawanan rakyat menentang kolonialisme baratSuci Mairoza Sya
 
Tarekat mason bebas 2
Tarekat mason bebas 2Tarekat mason bebas 2
Tarekat mason bebas 2adha nugraha
 

Similar to aceh berjihad dan perang batak (20)

Padri aceh new
Padri aceh newPadri aceh new
Padri aceh new
 
Presentasi Indonesia Madya
Presentasi Indonesia MadyaPresentasi Indonesia Madya
Presentasi Indonesia Madya
 
Acehh
AcehhAcehh
Acehh
 
Perlawanan cut nyak dien dan teuku umar terhadap belanda ]
Perlawanan cut nyak dien dan teuku umar terhadap belanda ]Perlawanan cut nyak dien dan teuku umar terhadap belanda ]
Perlawanan cut nyak dien dan teuku umar terhadap belanda ]
 
Aceh Berjihad-Kelompok 1 oleh kelompok kelas siswa .pptx
Aceh Berjihad-Kelompok 1 oleh kelompok kelas siswa .pptxAceh Berjihad-Kelompok 1 oleh kelompok kelas siswa .pptx
Aceh Berjihad-Kelompok 1 oleh kelompok kelas siswa .pptx
 
(Emansipasi) Wanita (Salah Kaprah): Memperingati 108 Tahun Perjuangan Tjoet N...
(Emansipasi) Wanita (Salah Kaprah): Memperingati 108 Tahun Perjuangan Tjoet N...(Emansipasi) Wanita (Salah Kaprah): Memperingati 108 Tahun Perjuangan Tjoet N...
(Emansipasi) Wanita (Salah Kaprah): Memperingati 108 Tahun Perjuangan Tjoet N...
 
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
 
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
Perlawananrakyatmenentangkolonialismebarat 130926021129-phpapp01
 
Dampak_Penjajahan_Eropa.pptx
Dampak_Penjajahan_Eropa.pptxDampak_Penjajahan_Eropa.pptx
Dampak_Penjajahan_Eropa.pptx
 
Kerajaan aceh darussalam
Kerajaan aceh darussalamKerajaan aceh darussalam
Kerajaan aceh darussalam
 
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptxBab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
 
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa BaratSebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
 
Spbbr
SpbbrSpbbr
Spbbr
 
Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...
Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...
Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...
 
perlawanan diponegoro dan palembang
perlawanan diponegoro dan palembangperlawanan diponegoro dan palembang
perlawanan diponegoro dan palembang
 
draft materi sejarah kelas x1.pptx
draft materi sejarah kelas x1.pptxdraft materi sejarah kelas x1.pptx
draft materi sejarah kelas x1.pptx
 
Perlawanan rakyat menentang kolonialisme barat
Perlawanan rakyat menentang kolonialisme baratPerlawanan rakyat menentang kolonialisme barat
Perlawanan rakyat menentang kolonialisme barat
 
Tarekat mason bebas 2
Tarekat mason bebas 2Tarekat mason bebas 2
Tarekat mason bebas 2
 
IPS Sejarah kls 8
IPS Sejarah kls 8IPS Sejarah kls 8
IPS Sejarah kls 8
 
Awal tugas sejarah
Awal tugas sejarahAwal tugas sejarah
Awal tugas sejarah
 

aceh berjihad dan perang batak

  • 1. PERANG ACEH Perang Aceh ialah perang antara Kesultanan Aceh dengan Belanda antara tahun 1873 hingga tahun 1904. Kesultanan Aceh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1904 akan tetapi tentangan rakyat Aceh terhadap Belanda berlanjutan dengan perang gerila. Perang Aceh juga dikenali sebagai Perang Belanda ataupun Perang Kafir. Perang Aceh merupakan sebahagian daripada siri pertempuran pada kurun ke-19 yang memantapkan pemerintahan Belanda ke atas Indonesia moden. Latar belakang Pada sebahagian besar abad ke-19, kemerdekaan Aceh dijamin oleh Perjanjian Inggeris-Belanda 1814 dan juga taraf Aceh sebagai negeri naungan Empayar Uthmaniyyah semenjak abad ke-16. Pada tahun 1820-an Aceh menjadi kuasa politik dan perdagangan serantau, dan membekalkan separuh daripada bekalan lada hitam dunia yang meningkatkan pendapatan dan pengaruh raja-raja feudal tempatan.[8] Permintaan bagi lada hitam yang meningkat di Eropah dan Amerika Syarikat membawa kepada pergeseran bersenjata antara pihak British, Perancis dan Amerika. Di bawah pemerintahan Sultan Tuanku Ibrahim(1838–1870), Kesultanan Aceh berjaya mengawal raja-raja tempatan dan memanjangkan kuasa kesultanan ke pantai timur.[8]Namun, pengembangan kuasa Aceh di utara membawa pertembungan dengan pihak Belanda yang sedang meluaskan pemerintahan kolonialisme di Sumatera.[8] Berikutan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 serta perubahan dalam laluan perkapalan, pihak British dan Belanda memeterai Treati Sumatera Inggeris-Belanda 1871 yang menamatkan tuntutan British terhadap Sumatera dan membenarkan Belanda memperluaskan pengaruh mereka terhadap Asia Tenggara maritim sambil menggalas tanggung jawab menangani aktiviti-aktiviti lanun.[3] Sebagai balasan, pihak British memperoleh kawalan ke atas Dutch Gold Coast di Afrika dan hak perdagangan yang sama dengan Belanda di Siak.[7] Keinginan Belanda memperluas wilayah didorong oleh kehadiran sumber asli, terutamanya lada hitam dan minyak, dan juga untuk menghapuskan kuasa negara tempatan. Belanda juga ingin mengelak kuasa kolonial lain, khususnya Britain dan Perancis, daripada berkembang di Asia Tenggara.[9] Strategi Pihak Belanda mencuba strategi demi strategi dalam waktu beberapa dasawarsa. Pada tahun 1873 mereka mencuba dengan satu serangan pantas, namun gagal. kemudian mereka mencuba kepungan laut, perdamaian, berkumpul dalam barisan kota-kota, dan kemudian pembendungan secara pasif. Mereka tidak berjaya.
  • 2. Dengan perbelanjaan yang menghampiri 15 ke 20 juta guilder setahun, keadaan ini nyaris-nyaris menjadikan kerajaan kolonial muflis.[10] Serangan Belanda pertama Pada tahun 1873, rundingan dijalankan antara wakil-wakil Kesultanan Aceh dengan konsul tempatan AS berkaitan kemungkinan pengwujudan sebuah treati dwipihak.[7] Pihak Belanda melihat ini sebagai pelanggaran perjanjian yang lebih awal dengan pihak British yang dimeterai pada tahun 1871, dan menggunakan kesempatan ini bagi merampas Aceh secara ketenteraan.[1] Sebuah ekspidisi di bawah perintah Mejar Jeneral Johan Harmen Rudolf Köhler dihantar pada 26 Mac 1873, dan peperangan bermula apabila Belanda membedil ibu kota Kesultanan Aceh, Banda Aceh, dengan tembakan meriam dari kapal perang Cidatel van Antwerpen. Pada 8 April 1873, angkatan Belanda mendarat di Pantai Ceureumen, dan berjaya menawan daerah-daerah pesisiran pantai.[7] Sememangnya niat Belanda untuk menyerang dan merampas istana Sultan yang sekaligus akan membawa kepada penaklukan Aceh. Sultan meminta, dan berkemungkinan besar menerima, bantuan daripada Itali dan United Kingdom di Singapura. Walau apapun, tentera Aceh diperbesar dan dipermoden, dan kekuatannya dianggarkan antara 10,000 dan 100,000 anggota.[7] Pihak Belanda melakukan beberapa kesilapan taktik akibat memandang rendah kebolehan ketenteraan Aceh, dan mengalami kerugian termasuklah kematian Kohler dan 60 anggota.[7] Kekalahan ini menjejaskan semangat dan martabat Belanda.[3] Pihak Belanda terpaksa berundur dan kemudian meletakkan kepungan laut terhadap Aceh. Dalam percubaannya bagi mengekalkan kemerdekaan Aceh, Sultan Mahmud meminta pertolongan kuasa-kuasa Barat yang lain, dan juga Empayar Uthmaniyyah, namun tidak diindahkan. Sementara Konsul Amerika bersimpati, kerajaan Amerika tetap berkecuali. Pihak Uthmaniyyah pula tidak mampu membantu kerana kedudukannya yang lemah di persada politik antarabangsa. Dalam masa yang sama pihak British enggan membantu ekoran perjanjian mereka dengan Belanda sementara Perancis juga tidak mahu membantu.[4]
  • 3. Serangan Belanda kedua Tentara VOC Aceh setelah peperangan selesai Pada November 1873, ekspedisi kedua terdiri daripada 13,000 tentera yang diketuai Jeneral Jan van Swieten dihantar ke Aceh.[11] Serangan berbetulan dengan peletusan penyakit taun yang mengorbankan beribu orang di kedua-dua belah pihak.[4] Menjelang bulan Januari 1874, keadaan yang bertambah buruk memaksa Sultan Mahmud Syah dan para pengikutnya meninggalkan Banda Aceh dan berundur ke darat. Dalam masa yang sama, tentera Belanda menakluk ibu kota Aceh dan juga istana Sultan. Ini mendorong tanggapan pihak Belanda bahawa mereka telah menang. Pihak penakluk Belanda kemudianya memansuhkan Kesultanan Aceh dan mengisytiharkan bahawa Aceh diilhakkan kepada Hindia Timur Belanda.[4] Berikutan kemangkatan Sultan Mahmud akibat penyakit taun, orang Aceh menobatkan cucu kecil Tuanku Ibrahim, bernama Tuanku Muhammad Daud Syah, sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Ibrahim Mansur Syah (memerintah 1874– 1903). Mereka meneruskan perjuangan di kawasan bukit bukau dan hutan rimba selama sepuluh tahun, dengan kerugian besar pada kedua-dua pihak.[4] Pada lingkungan tahun 1880 pihak Belanda menukar strategi dan daripada meneruskan peperangan, mereka menumpukan perhatian kepada strategi mempertahankan kawasan-kawasan yang telah mereka takluk, yakni kawasan-kawasan yang terbatas kepada ibu kota (Banda Aceh), [3] dan pekan pelabuhan Ulee Lheue. Kepungan laut Belanda berjaya memaksa uleebelang(hulubalang) menandatangani treati-treati yang memanjangkan kawalan Belanda terhadap kawasan-kawasan pesisiran. Walau bagaimanapun, hulubalang-hulubalang kemudiannya menggunakan pendapatan yang dipulangkan kepada mereka bagi membiayai angkatan pembangkang Aceh. Campur tangan Belanda mengakibatkan kehilangan nyawa beribu-ribu anggota tentera Belanda dan membebankan perbelanjaan kerajaan kolonial. Pada 13 Oktober 1880 kerajaan kolonial mengisytiharkan bahawa perang telah berakhir dan meletakkan kerajaan awam, namun masih berbelanja besar demi mengekalkan
  • 4. kawalan di kawasan-kawasan yang ditaklukinya. Dalam percubaan untuk meraih sokongan orang Aceh, pihak Belanda membina Masjid Raya Baiturrahman sebagai tanda perdamaian.[3] Jihad 1883 – 1900-an Perang bermula sekali lagi pada tahun 1883, apabila kapal British Nisero terkandas di kawasan yang tidak dikawal Belanda di Aceh. Seorang pembesar tempatan meminta wang tebusan daripada kedua-dua British dan Belanda dan, dengan tekanan kuat British, pihak Belanda terpaksa mencuba membebaskan anak-anak kapal. Berikutan kegagalan percubaan menyelamat oleh pihak Belanda (seorang pembesar tempatan, Teuku Umar, enggan membantu selepas diminta Belanda) pihak Belanda bersama-sama British menyerang daerah itu. Sultan kemudiannya menyerahkan sandera dan memerima sejumlah bayaran besar sebagai balasan.[12] Menteri Perang Belanda, August Weitzel, sekali lagi mengisytiharkan perang terhadap Aceh, dan, seperti sebelumnya, peperangan berlanjutan tanpa banyak kemajuan. Berdepan dengan musuh yang lebih maju dari segi teknologi, pihak Aceh memilih jalan perang gerila, khususnya dengan menggunakan perangkap dan serang hendap. Tentera Belanda membalas dengan menghapuskan kampung-kampung dan membunuh kedua-dua para tawanan dan orang kampung sekali. [13] Pada tahun 1884, pihak Belanda bertindak dengan mengundurkan kesemua anggota tentera mereka ke dalam barisan kubu di persekitaran Banda Aceh.[3] Pihak Belanda juga mencuba mendapatkan khidmat pembesar tempatan: Teuku Umar diupah dengan wang tunai, candu, dan persenjataan. Umar diberi gelaran "Panglima Prang Besar". Penaklukan Kuto Reh pada 14 Jun 1904, mengakibatkan beratus orang Aceh terkorban Umar sebaliknya menggelar dirinya "Teuku Djohan Pahlawan" dan pada 1 Januari 1894 Umar mendapat bantuan Belanda bagi membina bala tenteranya. Namun dua tahun kemudian, daripada membantu pihak Belanda menundukkan kawasan dalaman Aceh, Umar menyerang Belanda dengan tentera baharunya. Peristiwa ini
  • 5. dicatatkan dalam rekod sejarah Belanda sebagai Het verraad van Teukoe Oemar(pembelotan Teuku Umar). Bermula dari pertengahan 1880-an, pucuk pimpinan tentera Aceh dikuasai ulama, termasuk Tengku Chik di Tiro(Muhammad Saman), yang mengetengahkan konsep Jihad melalui khutbah dan teks yang dikenali sebagai "hikayat" ataupun cerita puisi. Pejuang Aceh melihat diri mereka sebagai mujahid yang memerangi "penceroboh kafir".[1] Pada waktu ini Perang Aceh menjadi tanda tentangan Muslim terhadap imperialisme Barat. [2] Pada tahun 1892 dan 1893, Aceh kekal merdeka, walaupun Belanda cuba menakluknya. Mejar Jeneral JB van Heutsz, seorang ketua tentera kolonial, menulis siri rencana berkenaan Aceh. Beliau disokong Dr Christiaan Snouck Hurgronje daripada Universiti Leiden, pada masa itu seorang pakar Islam Belanda. Hurgronje berjaya mendapat kepercayaan ramai ketua Aceh dan mengumpul perisikan tentang kegiatan jemaah Haji Aceh bagi pihak kerajaan Belanda.[2] Kerjanya menjadi rahsia rasmi buat beberapa tahun. Dalam analisis Hurgronje tentang masyarakat Aceh (lihat di bawah), beliau memperkecilkan peranan Sultan dan berhujah bahawa perhatian harus diberikan kepada ketua-ketua turun-temurun, yakni Ulee Balang, yang difikirnya dapat dipercayai sebagai pentadbir tempatan. Tentang ulama pula, beliau berhujah bahawa golongan ini tidak boleh dipercayai atau dipujuk agar bekerjasama, dan harus dihapuskan. Sebagai sebahagian dasar pecah dan perintah, Hurgronje menggesa kerajaan Belanda memperbesarkan ruang antara ulama dan bangsawan Aceh.[2] Pada tahun 1894 penghulu Hasan Mustafa juga membantu menghentikan pertempuran dengan mengeluarkan fatwa yang menyuruh orang Islam tunduk kepada kerajaan kolonial Belanda.[14] Siasatan Snouck Hurgronje Untuk mengalahkan pertahanan Aceh, pihak Belanda mengguna tenaga seorang pengkaji, Dr Snouck Hurgronje, yang menyamar selama dua tahun di pedalaman Aceh bagi meneliti kemasyarakatan dan ketatanegaraan Aceh. Hasil kerjanya itu dibukukan dengan judul Rakyat Aceh (De Acehers). Dalam buku itu Hurgronje menyebut strategi bagaimana mahu menakluk Aceh. Usulan strategi Hurgronje kepada Gabenor Tentera Belanda van Heutz adalah agar golongan Keumala (iaitu Sultan yang tinggal di Keumala) dan para pengikutnya disisihkan dahulu. Belanda harus tetap menyerang para ulama.Laporan Hurgronje diterima van Heutz yang menjadi Gabenor tentera dan awam di Aceh (1898-1904). Hurgronje kemudiannya diangkat sebagai penasihatnya. Pendamaian Pada tahun 1898 van Heutsz diberi jawatan gabenor Aceh dan, dengan pembantunya, Hendrikus Colijn, yang kemudiannya menjadi perdana
  • 6. menteri Belanda, berjaya menakluk sebahagian besar negeri Aceh. Mereka mengikuti cadangan Hurgronje dengan mencari hulubalang yang mahu bekerjasama dengan Belanda di kawasan pedalaman dan dengan cara itu menyisihkan para penentang dari pangkalan mereka di kawasan kampung.[2] Pihak Belanda menyusun strategi melawan pemberontakan dengan menggunakan unit-unitGendamerie (pasukan separa tentera) yang bersenjata ringan dan dengan menjalankan dasar bumi hangus.[1] Van Heutsz memberi tanggung jawab mematahkan penentangan Aceh kepada Kolonel Gotfried Coenraad Ernst van Daalen. van Daalen kemudiannya memusnahkan beberapa kampung dan membunuh sekurang-kurangnya 2,900 orang Aceh termasuk 1,150 wanita dan kanak-kanak. Korban Belanda sebanyak 26 orang, dan van Daalen dinaikkan pangkat. Jeneral van Heutz dan staf. Pada tahun 1903, ketua-ketua sekular utama pergerakan penentang Aceh termasuk Sultan Muhammad Daud, Tuanku Raja Keumala dan Muda Perkasa menyerah kalah.[1] Menjelang tahun 1904 sebahagian besar Aceh terletak di bawah kawalan Belanda, dan mempunyai kerajaan orang tempatan yang bekerjasama dengan negara kolonial. Pihak Belanda mengukuhkan kawalan mereka terhadap Aceh dengan mengamalkan dasar toleransi agama sebagai satu cara untuk meyakinkan orang Aceh agar tidak menjalankan pemberontakan bersenjata.[1]Namun demikian, kejadian kezaliman tentera Belanda masih berlaku pada waktu itu. Gambar-gambar penyembelihan orang kampung Koeto Reh di wilayah Gayo dan Alas Aceh pada tahun 1904 menunjukkan pembunuhan orang awam beramai-ramai berlaku.[15] Bilangan korban pihak Aceh dianggarkan seramai 50,000 ke 60,000 orang, dan lebih sejuta orang tercedera.[2] Pemusnahan kampung juga menyebabkan 10,000 orang Aceh melarikan diri ke Malaya British.[2] Di Belanda pula, van Heutz dianggap wira, dan digelar "Pendamai Aceh". Beliau dinaikkan pangkat dan menjadi gabenor jeneral seluruhHindia Timur Belanda pada tahun 1904. Sebuah tugu yang masih kekal didirikan di Amsterdam, mahupun nama dan gambarnya kemudiannya dibuang sebagai bantahan terhadap legasi ganasnya. Pentadbiran Belanda mempertahankan tindak tanduknya di Aceh dengan menyatakan dorongan moral untuk melepaskan rakyat Aceh daripada penindasan dan amalan mundur raja-raja merdeka tempatan yang tidak menuruti resam-resam antarabangsa.[16] Perang Aceh juga menggalakkan Belanda mengilhak negeri-negeri merdeka di Bali, Maluku, Borneodan Sulawesi antara tahun 1901 dan 1910.[16] Pengaruh kolonial di tanah tinggi Aceh tidak seberapa dan, mahupun terhad, tentangan gerila pimpinan ulama masih berjalan sehingga tahun 1942.[1] Kegagalan menyingkirkan Belanda menyebabkan banyak ulama menghentikan tentangan
  • 7. sedikit demi sedikit. Wilayah Gayo kekal sebagai pusat tentangan sehingga selewat tahun 1914.[17] Seorang intelek,Sayyid Ahmad Khan menganjurkan agar jihad menentang Belanda dihentikan oleh sebab perkataan itu ditakrifkan sebagai perjuang ketenteraan melawan penindasan agama.[1] Meriam Uthmaniyyah dan Aceh, dibuka berikutan kemenangan Belanda di Aceh pada tahun 1874. Illustrated London News. Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan Indonesia Ketibaan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua mula-mulanya disambut baik oleh oleh para pejuang kebangsaan Aceh; namun perselisihan faham membawa kepada penentangan oleh pemberontak yang memuncak dalam satu pemberontakan di Bayu.[21] Sewaktu Revolusi Kebangsaan Indonesia yang berlaku berikutan kekalahan Jepun pada Ogos 1945, pihak bangwasawan dijadikan sasaran balas dendam kerana bekerjasama dengan Belanda, dan daerah Aceh menjadi kubu kuat para pejuang revolusi Sukarno yang mahu menjadikan Indonesia sebuah republik.[18] Memandangkan perasaan anti-kolonial yang kuat di Aceh, Belanda memintas wilayah itu dalam tindakan polisnya dari tahun 1947 hingga ke 1948.[21] Berikutan pemindahan kedaulatan Belanda ke Indonesia pada bulan Ogos 1949, ramai orang Aceh tidak berpuas hati pula dengan dasar-dasar kerajaan pusat Indonesia di Jakartayang dikuasai orang Jawa, dan mula meminta kuasa autonomi.[22] Sungutan termasuk penggabungan Aceh ke dalam wilayah Sumatera Utara yang dikuasi kaum Batak Kristian, ganjaran politik dan kewangan yang sedikit dalam kesatuan Republik Indonesia dan kegagalan pelaksanaan hukum syariah.[21][23] Faktor-faktor ini membawa kepada pemberontakan pendek pergerakan Darul Islam pimpinan Daud Bereueh[21] yang ditangani tentera Indonesia kendatipun tentangan berlanjutan di daerah pedalaman sehingga tahun 1959 apabila pihak pemberontak berjaya mendapatkan status autonomi buat Aceh.[23][24] Namun demikian, ramai orang Aceh dan Sumatera berasa geram akan kedudukan orang Jawa yang menguasai jawatan-jawatan kerajaan dan tentera.[23] Pemberontakan ekoran perasaan ini, yang diketuai Gerakan Aceh Merdeka, berlanjutan di wilayah itu sehinggalah sebuah perjanjian damai dimeterai antara pergerakan Aceh dan kerajaan Indonesia berikutan tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004.
  • 8. Surat perjanjian tanda menyerah Sewaktu perang Aceh, Van Heutz menciptakan surat pendek ("Korte Verklaring, Traktat Pendek) tentang penyerahan yang harus ditandatangani oleh para pemimpin Aceh yang telah ditangkap dan menyerah diri. Intipati surat pendek ini ialah: Raja (Sultan) mengakui daerahnya sebagai sebahagian daripada daerah Hindia Belanda; Raja berjanji tidak akan mengadakan hubungan dengan kuasa di luar negeri dan berjanji akan mematuhi seluruh perintah yang ditetapkan Belanda. Perjanjian pendek ini menggantikan perjanjian-perjanjian terdahulu yang rumit dan panjang dengan para pemimpin setempat. PERANG BATAK ( 1878 – 1907) 1. Sebab Perang Perang Batak atau perang Si Singa Mangaraja dimulai dari tahun 1878 – 1907 yang terjadi selama 29 tahun. Perang batak ini terjadi disebabkan kedatangan bangsa Belanda kepedalaman Batak yang waktu itu dipimpin oleh Si Singa Mangaraja XII sebagai ahli waris dari Si Singa Mangaraja XI yang masih bebas dari bangsa Belanda. Daerah Batak ini terletak di Danau Toba dan sekitarnya, Batak merupakan sebuah daerah yang tentram dan damai karena terhindar dari pertentangan dan ketagangan dan juga masyarakat disekitar ini percaya kepada pemimpin mereka yang akan menjaga kesalamatan mereka semuanya. Masyarakat sekitar sangat susah menerima pengaruh dari luar yang meraka anggap sebagai penganggu tradisi mereka, namun hal ini tidak bisa dihindari lagi karena pemerintahan Hindia Belanda selalu ingin memperluas pemerintahan mereka. Sebelumnya sudah ada juga pada masa VOC tetapi tidak begitu berpengaruh. Tapi sejak ahir abad ke XIX pemerintaha Hindia Belada selalu mengirim ekspedisi mereka untuk melakukan penaklukan dan pendudukan sehingga membentuk daerah pamong praja disana. Setelah perang paderi berakhir, Hindia Belanda bergerak menuju daerah sekitar termasuk daerah sekitar Danau toba terjadilah pendudukan dan selanjutnya Hindia Belanda membentuk keresidenan disana. Dalam pebentukan keresidenan Daerah Batak yang berda disebelah utara dimasukan kedalam keresidenan Tapanuli termasu daerah Sipirok yang belum didudukinya dimasukan kedalam keresidenan tersebut dan beberapa kepala huta harus berjanji dan tundudk kepada pemerintahan Hindia Belanda. Setelah daerah Sipirok dan tapanuli di ambil alih oleh Belanda terbukalah jalan menuju Silidung dan Toba, sehingga kedaulatan tanah batak mulai terancam. Pemerintaah Hindia Belanda mengirim beberapa Residen[1] untuk meneliti daerah perdalaman Batak. Dari penyelididkan diketahui Daerah batak belum memiliki agama resmi sehingga terniatlah oleh pihak Belanda untuk menyebarkana agama keristen ditanah Batak tersebut. Untuk kepentingan gama dikirimlah Dr.N.Van Der Tuuk, pada tahun 1849 ia sampai di Barus dan berusahan menyusup kedaerah Toba . kedatangannya disambut dengan
  • 9. kebencian oleh rakyat Toba sehingga ia hampir terbunuh tetapi karena menimpu rakyak ia mengaku sebagai keluarga Si Singa Mangaraja X yang tewas dalam perang paderi dan juga diperkuat oleh raja Lumbung ia bisa membebaskan diri dari ancaman tersebut. Tahun 1853 ia diterima oleh Si Singan Mangaraja XI di Bakkara. Sejak tahun 1960 agama keristen banya memasuki daerah Danau Toba pos – pos Zeding juga mulai berdiri didaerah tersebut. Sejalan dengan itu pemerintaha Hindia Belanda mengerkan pasukan meliternya ke daerah Barus dan Singkel dan memasukan perdalam Aceh. Dalam keadaan yang sama Si Singa Mangaraja XI meninggal dan digantikan dengan Patuang Bosar Ompu Pulo Batu yang bergelar SI Singan Mangaraja XII. Melihat kondisi masyarakat sekitar Si Singa Mangaraja XI, takut agama keristen akan berkembang dan banyak dipeluk oleh rakyatnya, disisi lain ia juga takut kedudukankya tidak dianggap lagi maka yang ditakutkan lagi oleh Si Singa Mangaraja terputusnya hubungan antara rakyat dan pimpinan negerinya yang dahulu sangat ketat sehingga hal inilah yang menyebabakan Si Singa Mangaraja berusaha untuk mengusir Belanda dari tanah Batak. 2. Jalanya Perang Puncak meledaknya perang ini dimana orang – orang dari Si Singa Mangaraja membakar zeding – zeding dan juga membakar rumah – rumah, hal ini juga dipacu oleh pihak Belanda dimana terdengar bahwa pasuka Si Singa Mangaraja XII dengan batuan Aceh telah siap untuk perang di Slindung. Sehingga inilah yang menyebabkan Belanda panas dan langsung pergi ke Silindung untuk menyelamatkan rakyat yang beragama Keristen disana[2], masukan pasukan meliter Belanda disambut oleh Si Singa Mangaraja dengan pernyataan perang maka tahun itu juga meletus perang di Silidung. 1 Februari 1987 untuk memperkuat pasukan Belanda di Slindung pasukan Belanda diberangkatkan dari Sibolga dibawah pimpinan Kapten Scheltes yang terdiri dari 2 opsir, 25 orang prajurit Eropa dan 35 orang Prajurit Pribumi dll. 6 februari mereka sampai di Pea Raja kepala kampung dikumpulkan dan meraka menuu Sipoholong dangan tujuan menduduki Bahal Batu, dalam hal ini rakyat Batak memiliki 2 macam benteng yag sangat sulit ditembus oleh pihak lawan[3]. Bulan februari 1987, ketika Si Singa Mangaraja megetahui bahwa pasukan Belanda telah sampai di Bahal Batu ia segera ke Balige untuk mengumpulkan rakyat dan menyusun kekuatan untuk melawan musuh. 700 orang pasukan Si Singa Mangaraja langsung menyerang kubu – kubu pertahanan musuh. Pihak Belanda melakukan serangan balik sehingga terjadilah pertempuran yang sengit di Bahal Batu. Namun melihat persenjataan yang berbanding terbalik pihak Si Singa Mangaraja berserta pasukannya mundu, hasilnya Belanda berhasil menduduki tempat tersebut. 7 maret 1987 Belanda mendapat bantuan dibawah pimpinan FJ Engel pasukan ini disertai dengan residen Sibolga dan pendeta Nommesen. Pada saat itu pertempuran terus merambat keperdalam Bahal Batu. Pertempuran di Butar pasukan Batak berhasil membunuh seorang tentara Belanda sehingga belanda mengadakan pembelasan dengan membakar
  • 10. kampung – kampung yang ada disekitarnya tapi kampung Butar dengan tembok yang tinggi sangat sulit bagi Belanda untuk menerobos jantung kampun tersebut, namun Belanda dapat menerobos kampung tersebut yang diketahui bahwa kampung itu kosong ternyata yang dapat ditawan hanya kepala kampung Butar. Pertempuran sengit juga terjadi di kampung Lobu Siregar dan Upu Ni Sirabar yang awalnya sangat susah diduduki oleh Belanda namun karea kegigihan Belanda mereka berhasil menduduki kampung tersebut, sedang pasukan Si Singa Mangaraja menarik diri dari tempat tersebut sedangkan kepala kampung ditawan oleh Belanda dan kampung tersebut dibakar. Namun sesudah perang di Lobu dan Upu pihak Belanda kembali ke Sibolga. Sedangkan Si Singa Mangaraja sedang menyusun strategi untuk menyerang pihak belanda kembali. Disaat bersamaan pasukan Belanda megepung daerah disekitar Danau Toba dan menagkap semua kepala kampung yang membangkang. Disaat bersamaan pasukan Si Singa Mangaraja menyerang pos pertahan Belanda di Bahal Batu. Akan tetapi Belanda berhasil medahuluinya dengan tembakan – tembakan sehingga pasukanya ditarik mundur oleh Si Singa Mangaraja. Perhatian Belanda tertuju secara penuh kekampung Bakkara dan Lumbung Raja yaitu tempat tinggal Si Singa Mangaraj. Pertempuran dimulai ketika pihak Belanda meladakan motir kedalam benteng Bakkara dari bukit dimana tempat pasukan Si Singa Mangaraja sehingga pertempuran mulai meletus. Tembankan dari pasukan batak dibalas dengan lemparan granat oleh pasukan Belanda, sehingga pasukan batak kualahan menghadapi Belanda yang berhasil mengepung dari seluruh penjuru walaupun awalnya sangat kesulitan namun kampung Bakkara dapat diduduki oleh Belanda. Semua orang yanga ada didlamanya menjadi tawanan oleh Belanda. Setelah kampung bakkara dapat diduduki oleh belanda pasukan Si Singa Mangaraja menyingkir menuju Paranginan untuk mempersiapkan penduduk bagian selatan Danau Toba. Benteng pertahan segera dibuat di Meat, Balinge, Tambunan dan lagu Boti yaitu tempat panesehat Si Singa Mangaraja XII yaitu Raja Deang. Bulan mei Belanda menuju Paranginan kemudian bergerak ke Gurgur dengan maksud menyerang Baligen dan raja Deang. Kemudian menuju Meat sesampai disana pasukan Pasukan Belanda dihujati oleh pasukan Batak, karena tempatnya yang tidak cocok pasukan Batak menyerang dari atas sedangkan pasukan belanda dibawah sehingga pasukan Belanda tidak sempat untuk membalaskan dendam, namun pasukan Belanda dapat bantuan sehingga pasukan batak menarik diri dari pertempuran . Setelah daerah – daerah disektar Danau Tobak dikuasai oleh Belanda tahun 1883 pasukan batak sampai di Uluan yang bertepatan dengan tindakan Belanda menempatkan seorang kontrolir di balige termasuk Uluan dan Lagu Boti. Tindakan Belanda disambut oleh penduduk dengan acuh tak acuh, sehingga membuat kontrolir belanda memintak bantuan sehingga dikirimlah pasukan. Si Singa Mangaraja kembali ke Babanan dan merencanakan segera gerakan baru di Uluan. Tanggal 18 Juli pasukan Belanda bergerak dari Balige meniju Lagu Boli dibawah
  • 11. Pimpinan Kapten Genet. Berarti pasukan Belanda di Balige berkurang ini kesempatan bagi pasukan Batak untuk menyerang Balige dan mebakar gedung – gedung pertemuan, penjara dan juga membakar gudang kopi. Pihak Belanda membalas perbuatan tersebut dengan cara ultimatun kampung Lagu Boti dan Uluang, menyerahka orang – orang yang dianggap sebagai pembunuh belanda berserta dengan dendanya. Namun orang – orang yang berda dikapung tersebut tidak ma sehingga Belanda menyerang kampung tersebut tanggal 29 juli. Pertempuran demi pertempura membuat psukanbatak kualahan menghadapi pasukan belanda sehingga kampung Huta Dalah akhirnya jatuh dan kepala kampung tewas. Kemudia Huta Anggaris behasil direbut Belanda sedangkan Huta Angin diperkuat sehingga megakibatkan Belanda susah masuk. Untuk memasuki Huta Angin, Belanda harus mengalahkan terlebih dahulu Huta Ragga Bosi namun pasuka batak mengalir untuk mebantu Huta tersebut dan menghantam pasukan belanda yang mengepung. Pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan pasukan Batak kualahan menghadapi pasukan Belanda ang menyebabkan pasukan Si Singa Mangaraja terbagi dua dan berhasil menguasai Huta Saon Angin. Selain perperang di Huta Saon Angin di Umpu tinggi sedang terjadi perlawan yang sengit melawan Belanda di Semanangkiang, serang itu dapat dipatahkan oleh Belanda sedangkan pasukan Si singa Mangaraja terus didesak ke Barat laut Huta Timbang, pada saat itu Huta Timbang telah diduduki oleh Belanda sehingga terjadi disana pertempuran yang sengit sehingga Huta ini tidak bisa di amankan dan akhirnya Huta ini jatuh ketangan Belanda. Belanda akan menyerang Huta – Huta lainya tetapi cuaca tidak mengizinkan sehingga mereka menuruna niat. Kemudian belanda mengrahkan pasukan ke Huta Tinggi yang Kedua. Scafer dan Spandaw menyerang dari sebelah selatan dan timur tapi karena benteng ini dibuat dari rajau – ranjau yang sangat menyusahkan bagi pihak belanda untuk menerobos kampung tersebut. Namun ini berhasil diatasi sehingga Belanda dapat meguasai diseluruh penjuru melihat kondisi ini pasukan Si Singa Mangaraja mengakat bendera Putih yang berarti tanda damai. 30 Juli diadakanlah pertemuan kedua belah pihak, pihak Belanda memintak denda dua kali lipat dari yang diminta awal, dalam keadaan sulit pihak Belanda tidak menuntut dalam bentuk uang tetapi apa saja barang – barang asal dapat dibayar. Perperang diundur untuk sementara . pembayaran ini dibatasi 1 Agustus, tetapi Huta Datu Hari tidak mau membayar sehingga terjadilah penyerangan oleh pihak Belanda, sama dengan Huta – huta lainya sangat sulit ditrobos dengan berhasilnya Belanda menduduki Huta Datu hari maka seluruh wilayah Lagu Boli telah diduduki oleh Belanda. Daerah yang belum dikuasai oleh belanda masih memihak kepada Si Singa Mangaraja yaitu daerah Naga Seribu, Muara Bakkara, tangga Batu, dan Paraginan. Sehingga pasukan Belanda terus – menerus melakukan perlawanan. Tanggal 7 Agustus Tangga Batu dapat diduduki oleh Belanda, 9 Agustus Paraginan diduduki oleh Belanda dan kepala kampungnya dikenakan denda, sedang bakkara menolah sehingga 6 Huta disekitarnya dibakar oleh pihak Belanda. Tanggal 25 agustus pejuang – pejuang Batak melakukan
  • 12. penyerangan terhadap Belanda dimalam hari dan menyatakan perag kepada pihak Belanda di Semnangkiang. Daerah Si Torang sudah mulai terancam, pada tanggal 27 Agustus pasukan Belanda bergerak menuju Pintu Batu disebuah padang lalang mereka diserang oleh 80 orang pejuang Batak dari Si Toramg, sedangkan dari sisi lain pihak Belanda juga diserang oleh penduduk Belanda. Serag ini berhasil dipatahkan dengan tembakan antileri, senapan dan penghancur dengan mitraliur dan infanteri. Huta Boksa dapat diduduki seterusnya Belanda menyerbu Prabu Angin dalam usaha menjatuhkan Si Torang, denga berapa taktik Perabu Angin dapat dikuasai oleh belanda demikian juha Si Jarot pusat dari kampung Si Torang. Patigi dan Si Ria – Ria diduduki Belanda 1 September sesudah itu Pos Belanda kembali ke pertahanan Lagu Bot, sedangkan Si Singan Mangaraja mengadakan perlawanan didaerah lain. Perperang dari tahun - ketahun semakin menjadi. Tahun 1887 timbul perlawanan dari Kota Tuo dengan bantuan pejuang – pejuang Aceh yang datang dari daerah Bebas di Trumor. Perlawana ini dapat dipatahkan oleh Belanda dibawah pimpinan JA Visser. Selain itu tahun ini juga terjadi penyerbuah dibawah pimpinan Sarbut, pos – pos zeding dibakar karena peristiwa ini Lobu Si Reger diduduki oleh Belanda. Dipihak lain Belanda semakin membabi buta dngan membakar kampung – kampung yang menolak mebayar denda. Pada saat yang bersamaan Hindia Belanda juga melawan Aceh sehingga Belanda menfokuskan diri untuk menghadapi Aceh yang kekuatanya jauh lebih besar sedangkan perlawan terhadap tanah Batak dikurangi oleh Belanda. Pada saat Belanda lenga Si Singa Mangaraja menghimpun pasukan untuk kekuatanya. Tahun 1889 ia aktif didaerah bagian tenggara dan Barat Danau Toba serta Pulau Simosir. Bulan Mei Si Singa Mangaraja di daerah Huta Paong siap untuk menyerang Belanda bersamaan 90 pejuang batak, 70 orang letnal Pitlo, bulan Juli pertempuran mulai meletus. Walaupun terdesak ke Lobu Tala kemudian 8 Agustus pasukan Si Singa Mangaraja mengadakan serangan balasan dan berhasil menewaskan seprang pasukan Belanda dan mengusir mereka dari sana. Untuk mebalaskan serangan dari Si Singa Mangaraja Belanda mengirim tentara dari Padang. Perlawanan demi perlawanan yang terjadi antara Pasukan Si Singa Mangaraja dengan Belanda membuat pejuang Batak kaulahan menghadapi Belanda, sampai Simosir juga diduduki oleh Belanda, sehingga gerak Si Singa Mangaraja semakn sempit menginggat daerah kebayakan sudah jatuh ketangan Belanda. Sekarang pasukan Si Singa Mangaraja bertahan di sebelah barat Danau Toba yaitu Pak – Pak dan Dairi. 3. Akhir Perang Yang awalnya pasukan Si Singa Mangaraja masih melakukan perlawana namun tahun 1900 kekuatan Si Singa Mangaraja semakin surut. Sehingga perlawanna tidak dikerahkan untuk melakukan penyerangan sebanyak mungkin melainkan memperthankan diri dari serangan lawan selain penduduk daerah Dairi dan Pak – Pak Masih setia kepada mereka. Selain itu Belanda juga melakukan gerakan pembasmi gerakan – gerakan perlawanan yang
  • 13. ada diSumatera ( Aceh dan Batak). Operasi diketuai oleh Overste Van Daelan yang bergerak dari Aceh terus ke Batak. Mereka mengadakan pengepungan dan mebakar kamung – kampung yang membangkan pertempuran semakin sengit antara kedua belah pihak. Pada saat Belanda sampai di daerah pak – Pak dan Dairi pasukan Si Singa Mangaraja semakin terkepung sedangkan di lain pihak hubungan mereka dengan Aceh sudah terputus. Denga terdesaknya pasukan Si Singa Mangaraja merka terus berpindah – pindah dari satu tempat ketempat yang lain untuk menyelamatkan diri. Tahun 1907 pengepungan yag dilakukan oleh Belanda terhadap pasukan Si Singa Mangaraja dilakukan secara intensif yang dipimpin oleh Hans Christoffel. Dimulai menelusuri jejak Si Singa Mangaraja oleh Belanda namun merak gagal menangkap Si Singa Mangaraja dan anak istri Si Singa Mangaraja ditawan oleh Belanda. Boru Situmorang ibu Si Singa Mangaraja tertangkap dan dijadikan tawanan perang oleh Belanda sementara itu Si Singa Mangaraja belum juga mneyerahkan diri dan belanda terus mencari sampai tanggal 28 Mei pihak belanda mengetahui bahwa Si Singa Mangaraja berada di Barus maka Wenzel menarahkan pasukan untuk menangkapnya tetapi tidak berhasil. 4 Juni 1907 pihak Belanda mengetahui bahwa Si Singa Mangaraja berada di Penegen dan Bululage dan mereka melakukan pengerebekan melalui Huta Anggoris yang tak jauh dari panguhon. Ternyata Si Singa Mangaraja telah meninggalkan tepat itu sebelum mereka datang. Si Singa Mangaraja terus menyikir ke darah Alahan sementara itu Belanda terus mengejar melalui kampung Batu Simbolon, Bongkaras dan Komi. Banyak penduduk sekitar ditangkap karena dicurigai bekerjasma dengan Si Singa Mangaraja. Berbagai usaha yang dilakukan Belanda tanggal 17 jJuni 1907 Si Singa Mangaraja berhasil ditangkap didekat Aik Sibulbulon ( derah Dairi ) dalam keadaan lemah Si Singa Mangaraja dan pasukanya terus mengadakan perlawanan. Dalam peristiwa Si Singa Mangaraja tertebak oleh Belanda sehingga pada saat itu Si Singa Mangaraja mati terbunuh ditempat. Disaat yang bersamaan anak perempuan dan dua putra laki – lakinya juga gugur sedankan istri, ibu dan putra – putra masih menjadi tawana perang oleh Belanda . dengan gugurnya Si Singa Mangaraja maka seluruh daerah Batak menjadi milik Belanda. Sejak saat itu kerja rodi didaerah ini meraja lelah struktur tradisional masyarakat semaki lama semakin runtuh. 4. Dampak Perang Orang batak banyak terbunuh dan banyak kerugian yang ditimbulkam, rumah – rumah hancur dibakar, agama Keristen saat itu meraja lelah tampa ada halangan dari pihak manapun sedangkan pihak Belanda mengalami kebangkrutan dana yag disebakan karena saat bersamaan Belanda juga menghadapi Aceh yang begitu kuat sehingga didatang pasukan – pasukan dari luar yang dibayar mahal KESIMPULAN
  • 14. Perang Batak yang terjadi selama 29 tahun yang berawal dari ketidak sukaan Si Singa Mangaraja terhadap Belanda yang sengaja menyebarkan agama keristen yang mengakibatkan Si Singa Mangaraja melakukan perlawan karena takut Belanda menguasai daerah tesebut secara luas lagi sehingga ia takut peranya sebagai pemimpin dapat disingkirkan oleh Belanda disisi lain Si Singa Mangaraja sebagai pemimpin juga takut Belanda mempengaruhi rakyat dan bisa berubah struktur kebuadayaan yang ada disana. Perperangan demi perperangan yang terjadi sangat merugikan bagi rakyat Batak. Perperangan yang berlangsung sangat lama berhasil dimenangkan oleh Pihak Belanda dengan gugurnya Si Singa Mangaraja di medan perang. Sehingga Belanda berhasil menduduki daerah Batak keseluruhannya.