SlideShare a Scribd company logo
1 of 1
Download to read offline
2/3/2014 N: Karangan SPM 2013...Kes ragut terus berleluasa kerana...
http://noorazmanmahat.blogspot.com/2012/12/karangan-spm-2013kes-ragut-terus.html 1/1
Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat
masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam
masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong
kejadian ini bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat
saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat?
Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri
yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak individu
dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan
mereka dan ini menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil
langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang
gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek
keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu
kebiasaan di negara ini pula.
Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang
mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang
terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan
drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang
terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum
anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan
lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah.
Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah
pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi
menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera
seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan
kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan
ketika waktu malam.
Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi
muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah
masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang
untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan
kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama
mereka.
Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa
perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif
untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini
tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata
masyarakat dunia. Mungkin peribahasa ”sudah terantuk baru tengadah” memberikan kita satu
pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

More Related Content

What's hot

Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...syahidolly
 
Karangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan rayaKarangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan rayaruvin83
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)Asmawi Abdullah
 
Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Nur Syafiqah
 
sektor perkhidmatan
sektor perkhidmatansektor perkhidmatan
sektor perkhidmatanMyelCo
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukanmr_kay86
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Hishamhana583
 
Geografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar ManusiaGeografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar Manusiatyc5090
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmContoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmAthirah Amalina
 
Pembentukan awan dan kerpasan
Pembentukan awan dan kerpasanPembentukan awan dan kerpasan
Pembentukan awan dan kerpasanharalhaj
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iTopik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iBotol Budu
 

What's hot (20)

Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Isu 2penculikanknk2
Isu 2penculikanknk2Isu 2penculikanknk2
Isu 2penculikanknk2
 
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
 
Karangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan rayaKarangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan raya
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
 
Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)
 
sektor perkhidmatan
sektor perkhidmatansektor perkhidmatan
sektor perkhidmatan
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
P.moral unit 8
P.moral unit 8P.moral unit 8
P.moral unit 8
 
Geografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar ManusiaGeografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar Manusia
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
KOMUNITI ASEAN
KOMUNITI ASEAN KOMUNITI ASEAN
KOMUNITI ASEAN
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
 
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmContoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
 
Pembentukan awan dan kerpasan
Pembentukan awan dan kerpasanPembentukan awan dan kerpasan
Pembentukan awan dan kerpasan
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iTopik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
 

Viewers also liked

Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...Nur Nashwa Alia binti Khairudin
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014filzahsyafiqah
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarZieya Ash
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanFaten Norfatihah
 

Viewers also liked (8)

Raangka karangan spm
Raangka karangan spmRaangka karangan spm
Raangka karangan spm
 
Bahan rangsangan 1
Bahan rangsangan 1Bahan rangsangan 1
Bahan rangsangan 1
 
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhan
 
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPMTeknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
 

Similar to N karangan spm 2013...kes ragut terus berleluasa kerana..

393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karanganAqashahArshad
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Ahmad Fahmi
 
Faktor Peningkatan Gejala Ragut
Faktor Peningkatan Gejala RagutFaktor Peningkatan Gejala Ragut
Faktor Peningkatan Gejala Ragutsyahidolly
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganPRA-UNIVERSITY
 
Isu kesantunan
Isu kesantunan Isu kesantunan
Isu kesantunan Fiona Yong
 
makalah human trafficking
makalah human traffickingmakalah human trafficking
makalah human traffickingfarid miftah
 
HAM tugas Pkn
HAM tugas PknHAM tugas Pkn
HAM tugas Pknpierse
 
Apa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
Apa pula itu cabe cabean dan terong-teronganApa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
Apa pula itu cabe cabean dan terong-teronganRizky Faisal
 
Masalahkorupsidiindonesianew 140506113046-phpapp02
Masalahkorupsidiindonesianew 140506113046-phpapp02Masalahkorupsidiindonesianew 140506113046-phpapp02
Masalahkorupsidiindonesianew 140506113046-phpapp02Eccky Eccky
 
BERPIKIR POSITIF: SISI LAIN PEMBLAJARAN LOGIKA
BERPIKIR POSITIF: SISI LAIN PEMBLAJARAN LOGIKABERPIKIR POSITIF: SISI LAIN PEMBLAJARAN LOGIKA
BERPIKIR POSITIF: SISI LAIN PEMBLAJARAN LOGIKAJS Kamdhi Jayahadi Saputra
 
Karangan yg siap
Karangan yg siapKarangan yg siap
Karangan yg siapNur Ameena
 
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraPendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraMaz Vicarious
 

Similar to N karangan spm 2013...kes ragut terus berleluasa kerana.. (20)

393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
 
Faktor Peningkatan Gejala Ragut
Faktor Peningkatan Gejala RagutFaktor Peningkatan Gejala Ragut
Faktor Peningkatan Gejala Ragut
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karangan
 
Isu kesantunan
Isu kesantunan Isu kesantunan
Isu kesantunan
 
human trafficking
human traffickinghuman trafficking
human trafficking
 
makalah human trafficking
makalah human traffickingmakalah human trafficking
makalah human trafficking
 
HAM tugas Pkn
HAM tugas PknHAM tugas Pkn
HAM tugas Pkn
 
Apa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
Apa pula itu cabe cabean dan terong-teronganApa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
Apa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
 
Investigasi kasus korupsi
Investigasi kasus korupsi Investigasi kasus korupsi
Investigasi kasus korupsi
 
Masalahkorupsidiindonesianew 140506113046-phpapp02
Masalahkorupsidiindonesianew 140506113046-phpapp02Masalahkorupsidiindonesianew 140506113046-phpapp02
Masalahkorupsidiindonesianew 140506113046-phpapp02
 
BERPIKIR POSITIF: SISI LAIN PEMBLAJARAN LOGIKA
BERPIKIR POSITIF: SISI LAIN PEMBLAJARAN LOGIKABERPIKIR POSITIF: SISI LAIN PEMBLAJARAN LOGIKA
BERPIKIR POSITIF: SISI LAIN PEMBLAJARAN LOGIKA
 
Bully
BullyBully
Bully
 
Topik 5
Topik 5Topik 5
Topik 5
 
Karangan yg siap
Karangan yg siapKarangan yg siap
Karangan yg siap
 
Rasuah Perosak Utama Masyarakat dan Negara
Rasuah Perosak Utama Masyarakat dan NegaraRasuah Perosak Utama Masyarakat dan Negara
Rasuah Perosak Utama Masyarakat dan Negara
 
Contoh naskah pidato tentang bahaya narkoba
Contoh naskah pidato tentang bahaya narkobaContoh naskah pidato tentang bahaya narkoba
Contoh naskah pidato tentang bahaya narkoba
 
Contoh naskah pidato tentang bahaya narkoba
Contoh naskah pidato tentang bahaya narkobaContoh naskah pidato tentang bahaya narkoba
Contoh naskah pidato tentang bahaya narkoba
 
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraPendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
 
EDU 3039
EDU 3039EDU 3039
EDU 3039
 

N karangan spm 2013...kes ragut terus berleluasa kerana..

  • 1. 2/3/2014 N: Karangan SPM 2013...Kes ragut terus berleluasa kerana... http://noorazmanmahat.blogspot.com/2012/12/karangan-spm-2013kes-ragut-terus.html 1/1 Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat? Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula. Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah. Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam. Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka. Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa ”sudah terantuk baru tengadah” memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.