SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
Isu Kesantunan
Pengenalan
 Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s1390, perkataan kesantunan membawa maksud
perihal ( sifat dsd ) santun, kesopanan,kehalusan ( budi bahasa atau budi pekerti ).
 Isu-isu semasa yang telah berlaku dalam kalangan remaja sebenarnya mempunyai
kaitan dengan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat.
 Kekurangan pengamalan nilai kesantunan akan menyebabkan remaja masa kini sering
melakukan tingkah laku yang kurang sopan dan secara tidak langsung akan terjerumus
dalam gejala sosial seperti pembuangan bayi, ponteng sekolah, vandalisme,
gengsterisme dan lari dari rumah.
 Hal ini demikian kerana remaja kurang memahami konsep nilai kesantunan serta
kepentingan pengamalan nilai kesantunan dalam kehidupan.
Remaja lari dari rumah
 Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s894, perkataan lari membawa maksud meninggalkan
sesuatu tempat, pekerjaan dan lain-lain tanpa kebenaran dan biasanya pergi ke mana-
mana supaya tidak dapat dikesan.
 Secara umumnya, kejadian lari dari rumah biasanya akan dilakukan oleh remaja di
negara Malaysia.
 Kejadian remaja lari dari rumah telah mengakibatkan ibu bapa remaja berasa amat
bimbang kerana takut anak-anak akan lari dari rumah.
 Perbuatan remaja untuk lari dari rumah merupakan satu perbuatan yang tidak ada nilai
kesantunan kerana remaja telah menyebabkan ibu bapa mereka bimbang akan
keselamatan anak-anak mereka.
Faktor Berlakunya Kes Remaja Lari dari Rumah
Kebanyakan remaja telah mengambil keputusan yang terburu-buru dengan melarikan
diri dari rumah setelah dihalau dari rumah atas perbuatan yang telah mereka lakukan.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Mohd Fadzil berkata berdasarkan kajian
Laporan Khas 2010, beliau telah mendapati bahawa sebanyak 37.2 peratus daripada
379 remaja yang pernah melarikan diri dari rumah menyatakan mereka berbuat
demikian kerana pernah dihalau keluar rumah selepas melakukan kesalahan.
Sebenarnya ibu bapa juga ada salahnya kerana telah mengeluarkan kata-kata yang
kasar seperti menghalau anak-anak keluar dari rumah setelah mereka membuat
kesalahan dan telah menyebabkan anak-anak membuat tafsiran serta mengambil
keputusan yang salah dengan melarikan diri dari rumah.
Perbuatan ibu bapa tersebut sebenarnya tidak mengamalkan nilai kesantunan kerana
telah mengeluarkan kata-kata yang kasar kepada anak-anak.
Statistik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan statistik pada tahun 2010 yang
menunjukkan bahawa kes remaja yang lari dari rumah telah meningkat dengan angka
mencatatkan sebanyak 4097 remaja yang terlibat seawal usia 13 hingga 17 tahun.
Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM telah menunjukkan peningkatan dalam kes
remaja lari dari rumah. Perbezaan peratusan kes lari dari rumah antara remaja bandar
dengan remaja luar bandar juga dapat dibuktikan melalui kajian Prof. Mohd Fadzil.
Beliau menyatakan bahawa sebanyak 61.5 peratus remaja dari bandar dan 38.5 peratus
remaja dari luar bandar telah lari dari rumah.
Kejadian ini telah menimbulkan pelbagai konflik serta rasa bimbang dalam kalangan
masyarakat yang akhirnya akan mengganggu kesejahteraan dan keamanan negara
Malaysia.
Kesan Remaja Lari dari Rumah
 Remaja lari dari rumah akan menyebabkan kes jenayah dalam kalangan masyarakat
meningkat.
 Hal ini demikian kerana apabila remaja lari dari rumah, remaja akan mengalami masalah
kewangan.
 Kejadian ini telah mendorong remaja untuk melakukan perbuatan yang tidak mempunyai
nilai kesantunan seperti melakukan pelbagai kes jenayah.
 Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan
Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) Jeevan S. Ramamurthy percaya bahawa remaja
yang lari dari rumah akan mendorong mereka terlibat dalam kes jenayah.
 Hal ini akan menyebabkan masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan.
 Negara akan kehilangan tunggak negara kerana remaja yang lari dari rumah ini
merupakan generasi baru yang akan membangunkan negara kelak.
 Secara tidak langsung nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat Malaysia juga
akan semakin terhakis dan akhirnya akan mempengaruhi perkembangan serta
pembangunan negara Malaysia.
Langkah Mengatasi Masalah Remaja Lari dari Rumah
 Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama kepada remaja sejak kecil lagi bagai
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
 Remaja yang mempunyai didikan agama yang mencukupi mampu menguruskan
tekanan masing-masing dengan baik tanpa membawa sebarang padah kepada mereka
pada masa hadapan.
 Remaja yang mempunyai didikan agama sejak kecil akan lebih berfikiran matang serta
positif dan tidak mudah terpengaruh oleh orang lain untuk melakukan sesuatu perbuatan
yang negatif serta tidak mempunyai nilai kesantunan yang akhirnya akan memusnahkan
masa depan diri sendiri.
 Remaja yang mempunyai didikan agama yang tinggi akan lebih memahami konsep nilai
kesantunan dan secara tidak langsung remaja tersebut akan mengamalkan nilai
kesantunan dalam kehidupan seharian.
 Oleh itu, didikan agama amat penting bagi remaja dalam pengamalan nilai kesantunan
serta sebagai strategi pencegahan gejala sosial berlaku dalam kalangan remaja.
Pembuangan bayi dalam kalangan remaja
 Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s 208, perkataan ‘buang’ membawa maksud iaitu
mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan.
 Manakala, perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Maksud
‘pembuangan bayi’ adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil
yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.
 Kejadian pembuangan bayi ini tidak mengira status ataupun kekayaan seseorang
terutamanya bagi kalangan remaja.
 Perbuatan pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini amat kejam dan perbuatan ini
tidak santun bagi setiap lapisan masyarakat kerana bayi merupakan anugerah Tuhan.
Faktor Berlakunya Pembuangan Bayi
o Pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku kerana remaja kurang mendapat
didikan agama sejak kecil lagi.
o Remaja tidak tahu apa yang halal ataupun haram dalam agama masing-masing.
o Contohnya, agama Islam menyatakan pembuangan bayi merupakan dosa yang besar.
o Remaja yang kurang didikan agama tidak akan tahu pembuangan bayi merupakan dosa
yang besar serta perbuatan tersebut tidak santun dalam pandangan masyarakat.
o Remaja yang kurang beriman ini sukar untuk mengawal hawa nafsu dan akan
melakukan perbuatan yang tidak santun seperti berzina dan akhirnya akan membawa
kepada kejadian pembuangan bayi.
o Menurut Imadu al-Din Muhammad bin al-Husain dalam bukunya, Kehidupan Hati untuk
Sampai kepada Tuhan yang Dikasihi (2005), hawa nafsu sentiasa mencari “kelazatan”
dengan tidak berfikir panjang tentang akibatnya.
o Orang yang berakal (beriman) akan berfikir terlebih dahulu baik-buruk sesuatu
perbuatan dan menolak daripada dikongkong oleh hawa nafsu.
Statistik Pembuangan Bayi
Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes pembuangan bayi telah
meningkat mengikut negeri dari tahun 2005 hingga 2009 adalah sebanyak 407 kes.
Negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes kes
diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes manakala Perlis
mencatatkan jumlah kes terendah dengan 1 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dan Melaka
dengan 2 dan 3 kes masing-masing.
Statistik ini telah menunjukkan bahawa kejadian pembuangan bayi ini semakin
berleluasa dari semasa ke semasa dalam kalangan remaja tanpa mengira tempatnya
serta status keluarga masing-masing.
Fenomena ini telah mengakibatkan kebimbangan berlaku dalam kalangan masyarakat di
negara Malaysia.
Hal ini telah jelas terbukti bahawa pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan remaja
semakin berkurangan.
Kesan Berlakunya Pembuangan Bayi
 Masyarakat akan digelar sebagai masyarakat tidak bertamadun sekiranya pembuangan
bayi dalam kalangan remaja semakin berleluasa kerana masyarakat akan dianggap
tidak mengamalkan nilai kemanusiaan serta nilai kesantunan dalam kehidupan seharian.
 Masyarakat tetap akan dipandang hina oleh orang ramai walaupun hanya terdapat
segelintir remaja yang melakukan perbuatan pembuangan bayi kerana pak kata
perpatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
 Imej negara juga akan terjejas kerana pembangunan sesebuah negara biasanya
bergantung kepada akhlak remaja atau lebih dikenali sebagai generasi masa depan.
 Secara tidak langsung pembangunan serta perkembangan negara Malaysia tidak dapat
dijalankan dengan lancar serta tidak mampu untuk merealisasikan Wawasaan 2020
akibat gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa ini.
 Hal ini dapat dibuktikan bahawa betapa pentingnya pengamalan nilai kesantunan dalam
kalangan remaja terhadap masyarakat dan negara.
Langkah Mengatasi Masalah Pembuangan Bayi
 Masyarakat telah memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini untuk
membendung gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.
 Hal ini demikian kerana masyarakat merupakan insan yang paling dekat dengan remaja
selain daripada ibu bapa mereka.
 Masyarakat boleh berganding bahu untuk menerapkan nilai kesantunan dalam kalangan
remaja bagi mengelakkan gejala pembuangan bayi terus berleluasa.
 Masyarakat seharusnya sentiasa memerhatikan tingkah laku remaja untuk mengelakkan
remaja daripada melakukan perbuatan pembuangan bayi.
 Masyarakat juga seharusnya menerapkan nilai kesantunan pada diri sendiri supaya
dapat menjadi modal insan serta dapat mengajar remaja tentang nilai kesantunan ini.
 Biasanya, perkembangan sesebuah masyarakat akan dipengaruhi oleh pengamalan
nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat.
Gengsterisme dalam kalangan remaja
 Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s458, maksud perkataan gengster ialah merupakan ahli
atau anggota kumpulan jenayah atau samseng.
 Gengsterisme pula didefiniskan sebagai kegiatan gengster.
 Secara umumnya, gejala gengsterisme merupakan satu gejala negatif yang akan
membahayakan nyawa seseorang dan dianggap sebagai perbuatan yang tidak
mempunyai nilai kesantunan.
Faktor berlakunya Gensterisme dalam Kalangan Remaja
Kekurangan kasih sayang ibu bapa telah mengakibatkan remaja terlibat dalam gejala
gengsterisme.
Ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada remaja sejak
kecil lagi.
Tindakan ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang kepada anak-anak
merupakan sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai nilai kesantunan.
Segala tindakan ibu bapa terhadap anak-anaknya sudah pastilah akan mempengaruhi
perkembangan remaja terhadap penerapan nilai kesantunan dalam kehidupan seharian.
Ibu bapa seharusnya mengetahui bahawa anak merupakan harta bagi setiap keluarga
yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada setiap keluarga.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada
remaja sejak kecil lagi.
Statistik
 Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mendapati
pembabitan pelajar sekolah dalam kes jenayah semakin serius dari semasa ke
semasa.
 Sebanyak 1,996 pelajar ditahan kerana terbabit dalam 881 kes jenayah bagi tempoh
enam bulan pertama tahun 2003.
 Manakala statistik kes rogol yang telah membabitkan pelajar di Kedah sepanjang
tahun 2008 berada pada tahap yang membimbangkan dengan 226 kes direkodkan
daripada keseluruhan 309 kes.
 Hal ini jelas membuktikan kepada kita bahawa sebenarnya kadar jenayah dalam
kalangan remaja di peringkat sekolah berada dalam tahap yang kritikal.
 Statistik ini jelas tebukti bahawa gejala gengsterisme dalam kalangan remaja akan
mengakibatkan pelbagai kes jenayah berlaku.
Kesan Berlakunya Gengsterisme dalam Kalangan Remaja
o Kewujudan budaya takut akan berlaku dalam kalangan masyarakat akibat gejala
gengsterisme dalam kalangan remaja.
o Masyarakat akan takut untuk keluar kerana akan diragut ataupun dirompak oleh ahli
gengster tersebut serta nyawa masyarakat akan terancam.
o Imej negara Malaysia juga akan terjejas berpunca daripada gejala gengsterisme dalam
kalangan remaja.
o Secara tidak langsung ekonomi negara juga akan terjejas kerana pelancong asing takut
untuk melancong di negara kita.
o Tanpa ekonomi yang kukuh, bagaimana negara Malaysia hendak maju dan mencapai
Wawasan 2020?
Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme dalam Kalangan Remaja
 Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah serta
nilai kesantunan remaja sejak kecil lagi bagi membendung gejala gengsterisme dalam
kalangan remaja dengan memberikan ajaran agama kerana “mencegah lebih baik
daripada mengubatinya”.
 Remaja yang mempunyai pegangan agama yang teguh tidak akan mudah termakan
pujukan kawan lain untuk terlibat dalam gejala gengsterisme kerana mereka tahu
perbuatan tersebut tidak santun serta akan memusnahkan masa depan mereka.
 Remaja yang berfikiran matang serta positif secara tidak langsung akan membawa
kemakmuran kepada negara Malaysia dan negara Malaysia dapat mencapai Wawasan
2020 nanti.
 Remaja yang mempunyai didikan agama yang tinggi secara tidak langsung juga akan
mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan.
Ponteng sekolah
Kamus Dewan Edisi 4, (2005), m/s 1225, perkataan ponteng didefinisikan sebagai lari
daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.
Ponteng sekolah merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak
menghadiri ke semua ataupun sesetengah kelas.
Ponteng sekolah merupakan satu gejala sosial yang lebih tertumpu kepada pelajar
sekolah terutamanya bagi pelajar sekolah menengah.
Fenomena ponteng sekolah ini telah berlaku di seluruh negeri di negara Malaysia dari
semasa ke semasa.
Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai
ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang
munasabah.
Faktor Berlakunya Gejala Ponteng dalam Kalangan Remaja
Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng
sebagai isu utama.
Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua,
pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor
penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan , 2006).
Hal ini jelas terbuktilah bahawa persekitaran dalam sekolah akan mempengaruhi kadar
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah.
Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah
yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang
baik di kalangan pelajar.
Oleh itu, pihak sekolah seharusnya menyediakan suasana yang kondusif kepada pelajar
sekolah dalam usaha membendung gejala ponteng sekolah terus berleluasa dalam
kalangan pelajar sekolah.
Statistik
 Sepanjang tahun 2002 sehingga 2004 didapati sebanyak 5,807 pelajar telah diperiksa
dalam operasi ponteng sekolah (Ops Sayang) yang dijalankan polis di seluruh Negara
Malaysia.
 Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar perempuan telah
terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan.
 Sebanyak 299 Ops Sayang dilancarkan di Perak diikuti Johor (92), Pahang (83), Sabah
(80), Negeri Sembilan (31), Kuala Lumpur (30), Kedah (22), Perlis (7), dan masing-
masing lima operasi di Kelantan dan Pulau Pinang.
 Statistik ini jelas menunjukkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar ponteng
sekolah dalam kalangan pelajar sekolah bagi melahirkan generasi muda yang bersopan
santun serta mampu mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan.
Kesan Berlakunya Gejala Ponteng Sekolah dalam Kalangan Remaja
Masyarakat akan digelar sebagai masyarakat yang berilmu rendah serta akan
dipandang rendah.
Hal ini demikian kerana pelajar yang selalu ponteng sekolah akan menghadapi
masalah dalam pelajaran yang akan menjejaskan tahap pencapaian mereka di
sekolah semasa peperiksaan.
Secara tidak langsung kadar pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan remaja
akan semakin berkurangan kerana remaja yang berilmu cetek akan mengalami
kesukaran untuk memahami konsep nilai kesantunan.
Imej negara Malaysia juga akan terjejas serta negara tidak dapat dibangunkan
dengan pesat.
Sekiranya remaja atau lebih dikenali sebagai generasi masa depan berilmu cetek
seperti “katak di bawah tempurung”, bagaimana negara Malaysia dapat dimajukan
serta dibangunkan dengan pesat dan mencapai Wawasan 2020?
Langkah untuk Mengatasi Gejala Ponteng Sekolah dalam Kalangan Remaja
Sekolah seharusnya menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta
kemudahan yang pelbagai di sekolah supaya remaja tidak akan berasa bosan ketika
belajar di dalam kelas.
Suasana yang kondusif dapat memupuk minat seseorang untuk belajar dan secara tidak
langsung gejala remaja ponteng sekolah dapat dikurangkan secara beransur-ansur.
Remaja telah menghabiskan banyak masa di sekolah setiap hari dan sebab itulah
sekolah telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membentung gejala
ponteng sekolah dalam kalangan remaja yang akhirnya akan membawa pelbagai gejala
negatif kepada remaja tersebut.
Nilai kesantunan juga dapat diterapkan oleh pengajaran guru di dalam kelas melalui
penyediaan kelas yang kondusif oleh pihak sekolah.
Vandalisme dalam Kalangan Remaja
 Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah yang dikenali
sebagai Vandal.
 Kamus Dewan Edisi 4, (2005), m/s1787, vandalisme didefinisikan sebagai perbuatan
membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.
 Vandalisme biasanya merujuk kepada sesuatu perbuatan untuk merosakkan harta
benda awam seperti tandas awam, papan tanda dan telefon awam.
 Vandalisme telah dianggap sebagai satu cara bagi remaja untuk melepaskan geram
dan menghilangkan tekanan ataupun bosan.
Punca Berlakunya Vandalisme dalam Kalangan Remaja
 Punca berlakunya vandalisme dalam kalangan remaja ialah ibu bapa kurang memberi
perhatian kepada remaja.
 Ibu bapa zaman sekarang terlalu mementingkan nilai kebendaan sehingga
mengabaikan anak-anak.
 Ibu bapa yang biasanya berminat kepada nilai kebendaan tidak akan mementingkan
nilai kesantunan dalam kehidupan kerana ibu bapa lebih suka harta benda berbanding
dengan nilai kesantunan.
 Ibu bapa akan bekerja dari awal pagi hingga ke larut malam untuk mendapatkan wang
yang lebih.
 Tugas untuk mengasuh anak-anak telah terjatuh di tangan pengasuh ataupun pembantu
rumah.
 Oleh itu, remaja tidak berpeluang untuk mengenali serta mengharyati nilai kesantunan
dalam kehidupan.
 Oleh sebab remaja tidak mendapat perhatian serta kasih sayang daripada ibu bapa
mereka akan melakukan vandalisme untuk meluahkan perasaan mereka dan perbuatan
ini menunjukkan remaja tidak berfikiran matang serta tidak mempunyai nilai kesantunan.
Statistik
o Laporan satistik telah mencatatkan kerugian akibat vandalisme di sekolah menengah
bagi pertengahan 2000 ialah RM40446.00 yang membabitkan perbuatan merosakkan
peralatan seperti meja, kerusi, pagar dan tandas.
o Kerugian yang telah dicatatkan ialah RM31384.00 bagi tempoh Januari-Julai 2000.
o Statistik ini telah membuktikan bahawa kerajaan perlu mengeluarkan wang yang banyak
untuk memperbaiki kerosakkan bagi memastikan pelajar dapat belajar di suasana
sekolah yang kondusif.
o Statistik ini jelas menunjukkan peningkatan kadar kes vandalisme di negara Malaysia
terutamanya bagi golongan remaja.
Kesan Vandalisme dalam Kalangan Remaja
 Masyarakat tidak dapat menggunakan kemudahan awam seperti telefon awam apabila
berada dalam kesusahan.
 Hal ini kerana kemudahan awam ini telah dirosakkan oleh remaja akibat gejala
vandalisme.
 Kejadian tersebut akan membahayakan nyawa orang lain terutamanya individu yang
mengalami kecederaan semasa kemalangan.
 Bagaimana masyarakat hendak menyelamatkan orang yang cedera sedangkan telefon
awam telah rosak ?
 Negara juga akan mengalami kerugian yang banyak akibat gejala vandalisme ini.
 Hal ini demikian kerana negara perlu mengeluarkan jutaan ringgit setiap tahun untuk
memperbaiki kerosakkan kemudahan awam bagi menjaga keselamatan rakyat Malaysia.
 Secara tidak langsung ekonomi negara akan terjejas kerana kerajaan telah
menggunakan wang yang banyak untuk memperbaiki kerosakan kemudahan awam.
Langkah Mengatasi Vandalisme dalam Kalangan Remaja
 Kerajaan seharusnya mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti kempen anti-
vandalisme dengan slogan Hak Awam Hak Bersama kepada semua lapisan
masyarakat di negara Malaysia supaya masyarakat akan mendapat ilham serta
kesedaran tentang betapa pentingnya kegunaan kemudahan awam dalam kehidupan
seharian mereka.
 Kempen-kempen sebegini juga boleh membantu masyarakat untuk mengetahui serta
memahami tentang keburukan pengamalan gejala vandalisme dalam kalangan remaja
di masyarakat yang majmuk ini.
 Masyarakat sudah pastilah akan membantu kerajaan untuk membanteras gejala
vandalisme ini sekiranya masyarakat mengetahui keburukannya.
 Secara tidak langsung kempen-kempen kesedaran ini juga mampu menerapkan nilai
kesantunan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan remaja.
menjelang tahun 2020 nanti. Oleh itu, sebagai warga Malaysia, kita seharusnya memikirkan
satu jalan penyelesaian bagi menangani isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan remaja
agar negara Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang maju dan saintifik di peringkat
antarabangsa dengan mengamalkan nilai kesantunan mulai hari ini. Sebagai kesimpulannya,
nilai kesantunan adalah amat penting dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam
pembangunan negara Malaysia.

More Related Content

What's hot

Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiHafiziGhazali
 
Pi assignment 100%
Pi assignment 100%Pi assignment 100%
Pi assignment 100%Dhaus Pidot
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Ahmad Fahmi
 
Masalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak DamitMasalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak DamitNanaAsyi
 
Ralat Drise Edisi 56 April 2016
Ralat Drise Edisi 56 April 2016Ralat Drise Edisi 56 April 2016
Ralat Drise Edisi 56 April 2016Guslaeni Hafid
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAzatul ayuni
 
Remaja agama dan nilai
Remaja agama dan nilaiRemaja agama dan nilai
Remaja agama dan nilaiAgus Gunawan
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)Teacher Nasrah
 
Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja Yusuf Zany
 
POWER POIN PERGAULAN BEBAS
POWER POIN PERGAULAN BEBASPOWER POIN PERGAULAN BEBAS
POWER POIN PERGAULAN BEBASFirdika Arini
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Kegawatan Sosial
Kegawatan SosialKegawatan Sosial
Kegawatan SosialBintul Huda
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebasyahyafly3
 
3 masalah & solusi di indonesia
3 masalah & solusi di indonesia3 masalah & solusi di indonesia
3 masalah & solusi di indonesiaFajar Rizki
 
Cara cara menangani isu remaja lari dari rumah
Cara cara menangani isu remaja lari dari rumahCara cara menangani isu remaja lari dari rumah
Cara cara menangani isu remaja lari dari rumahNUNMUJI
 
Ringkasan topik terperinci anak jalanan
Ringkasan topik terperinci anak jalananRingkasan topik terperinci anak jalanan
Ringkasan topik terperinci anak jalananKambrose13
 

What's hot (20)

belia dan jenayah
belia dan jenayahbelia dan jenayah
belia dan jenayah
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
 
Pi assignment 100%
Pi assignment 100%Pi assignment 100%
Pi assignment 100%
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
 
Masalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak DamitMasalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak Damit
 
Ralat Drise Edisi 56 April 2016
Ralat Drise Edisi 56 April 2016Ralat Drise Edisi 56 April 2016
Ralat Drise Edisi 56 April 2016
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
 
Remaja agama dan nilai
Remaja agama dan nilaiRemaja agama dan nilai
Remaja agama dan nilai
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja
 
POWER POIN PERGAULAN BEBAS
POWER POIN PERGAULAN BEBASPOWER POIN PERGAULAN BEBAS
POWER POIN PERGAULAN BEBAS
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Seksualiti
SeksualitiSeksualiti
Seksualiti
 
Kegawatan Sosial
Kegawatan SosialKegawatan Sosial
Kegawatan Sosial
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebas
 
3 masalah & solusi di indonesia
3 masalah & solusi di indonesia3 masalah & solusi di indonesia
3 masalah & solusi di indonesia
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebas
 
Cara cara menangani isu remaja lari dari rumah
Cara cara menangani isu remaja lari dari rumahCara cara menangani isu remaja lari dari rumah
Cara cara menangani isu remaja lari dari rumah
 
Ringkasan topik terperinci anak jalanan
Ringkasan topik terperinci anak jalananRingkasan topik terperinci anak jalanan
Ringkasan topik terperinci anak jalanan
 
Artikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosialArtikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosial
 

Similar to Isu kesantunan

Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaAL Imtiyaz
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxngek ngok
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaUbaidillah Muhammad
 
New word 2007 document
New word 2007 documentNew word 2007 document
New word 2007 documentafhsar
 
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdfPPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdfPutrananda21
 
Potret buram anak bangsa
Potret buram anak bangsaPotret buram anak bangsa
Potret buram anak bangsaKris Feby
 
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)PuputPamela
 
Cabaran sosialisasi keluarga
Cabaran sosialisasi keluargaCabaran sosialisasi keluarga
Cabaran sosialisasi keluargaasyikin hashim
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasFreddy Then
 
Makalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remajaMakalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remajaetto kono
 

Similar to Isu kesantunan (20)

Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
 
pengenalan
pengenalanpengenalan
pengenalan
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
 
Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2
 
Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2
 
Pengertian kenakalanremaja
Pengertian kenakalanremajaPengertian kenakalanremaja
Pengertian kenakalanremaja
 
New word 2007 document
New word 2007 documentNew word 2007 document
New word 2007 document
 
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdfPPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
 
Potret buram anak bangsa
Potret buram anak bangsaPotret buram anak bangsa
Potret buram anak bangsa
 
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
 
Cabaran sosialisasi keluarga
Cabaran sosialisasi keluargaCabaran sosialisasi keluarga
Cabaran sosialisasi keluarga
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Makalah tik rifqi
Makalah tik rifqiMakalah tik rifqi
Makalah tik rifqi
 
Kenakalan Remaja
Kenakalan RemajaKenakalan Remaja
Kenakalan Remaja
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebas
 
Kta
KtaKta
Kta
 
Makalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remajaMakalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remaja
 
Bayi
BayiBayi
Bayi
 

More from Fiona Yong

Suamiku jururawat 2
Suamiku jururawat 2Suamiku jururawat 2
Suamiku jururawat 2Fiona Yong
 
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxPerkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxFiona Yong
 
Presentation 15 7-2013
Presentation 15 7-2013Presentation 15 7-2013
Presentation 15 7-2013Fiona Yong
 
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxPerkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxFiona Yong
 
Presentation 15 7-2013
Presentation 15 7-2013Presentation 15 7-2013
Presentation 15 7-2013Fiona Yong
 

More from Fiona Yong (8)

Suamiku jururawat 2
Suamiku jururawat 2Suamiku jururawat 2
Suamiku jururawat 2
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxPerkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
 
Presentation 15 7-2013
Presentation 15 7-2013Presentation 15 7-2013
Presentation 15 7-2013
 
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxPerkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation 15 7-2013
Presentation 15 7-2013Presentation 15 7-2013
Presentation 15 7-2013
 

Isu kesantunan

  • 1. Isu Kesantunan Pengenalan  Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s1390, perkataan kesantunan membawa maksud perihal ( sifat dsd ) santun, kesopanan,kehalusan ( budi bahasa atau budi pekerti ).  Isu-isu semasa yang telah berlaku dalam kalangan remaja sebenarnya mempunyai kaitan dengan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat.  Kekurangan pengamalan nilai kesantunan akan menyebabkan remaja masa kini sering melakukan tingkah laku yang kurang sopan dan secara tidak langsung akan terjerumus dalam gejala sosial seperti pembuangan bayi, ponteng sekolah, vandalisme, gengsterisme dan lari dari rumah.  Hal ini demikian kerana remaja kurang memahami konsep nilai kesantunan serta kepentingan pengamalan nilai kesantunan dalam kehidupan. Remaja lari dari rumah  Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s894, perkataan lari membawa maksud meninggalkan sesuatu tempat, pekerjaan dan lain-lain tanpa kebenaran dan biasanya pergi ke mana- mana supaya tidak dapat dikesan.  Secara umumnya, kejadian lari dari rumah biasanya akan dilakukan oleh remaja di negara Malaysia.  Kejadian remaja lari dari rumah telah mengakibatkan ibu bapa remaja berasa amat bimbang kerana takut anak-anak akan lari dari rumah.  Perbuatan remaja untuk lari dari rumah merupakan satu perbuatan yang tidak ada nilai kesantunan kerana remaja telah menyebabkan ibu bapa mereka bimbang akan keselamatan anak-anak mereka.
  • 2. Faktor Berlakunya Kes Remaja Lari dari Rumah Kebanyakan remaja telah mengambil keputusan yang terburu-buru dengan melarikan diri dari rumah setelah dihalau dari rumah atas perbuatan yang telah mereka lakukan. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Mohd Fadzil berkata berdasarkan kajian Laporan Khas 2010, beliau telah mendapati bahawa sebanyak 37.2 peratus daripada 379 remaja yang pernah melarikan diri dari rumah menyatakan mereka berbuat demikian kerana pernah dihalau keluar rumah selepas melakukan kesalahan. Sebenarnya ibu bapa juga ada salahnya kerana telah mengeluarkan kata-kata yang kasar seperti menghalau anak-anak keluar dari rumah setelah mereka membuat kesalahan dan telah menyebabkan anak-anak membuat tafsiran serta mengambil keputusan yang salah dengan melarikan diri dari rumah. Perbuatan ibu bapa tersebut sebenarnya tidak mengamalkan nilai kesantunan kerana telah mengeluarkan kata-kata yang kasar kepada anak-anak. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan statistik pada tahun 2010 yang menunjukkan bahawa kes remaja yang lari dari rumah telah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4097 remaja yang terlibat seawal usia 13 hingga 17 tahun. Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM telah menunjukkan peningkatan dalam kes remaja lari dari rumah. Perbezaan peratusan kes lari dari rumah antara remaja bandar dengan remaja luar bandar juga dapat dibuktikan melalui kajian Prof. Mohd Fadzil. Beliau menyatakan bahawa sebanyak 61.5 peratus remaja dari bandar dan 38.5 peratus remaja dari luar bandar telah lari dari rumah. Kejadian ini telah menimbulkan pelbagai konflik serta rasa bimbang dalam kalangan masyarakat yang akhirnya akan mengganggu kesejahteraan dan keamanan negara Malaysia.
  • 3. Kesan Remaja Lari dari Rumah  Remaja lari dari rumah akan menyebabkan kes jenayah dalam kalangan masyarakat meningkat.  Hal ini demikian kerana apabila remaja lari dari rumah, remaja akan mengalami masalah kewangan.  Kejadian ini telah mendorong remaja untuk melakukan perbuatan yang tidak mempunyai nilai kesantunan seperti melakukan pelbagai kes jenayah.  Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) Jeevan S. Ramamurthy percaya bahawa remaja yang lari dari rumah akan mendorong mereka terlibat dalam kes jenayah.  Hal ini akan menyebabkan masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan.  Negara akan kehilangan tunggak negara kerana remaja yang lari dari rumah ini merupakan generasi baru yang akan membangunkan negara kelak.  Secara tidak langsung nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat Malaysia juga akan semakin terhakis dan akhirnya akan mempengaruhi perkembangan serta pembangunan negara Malaysia. Langkah Mengatasi Masalah Remaja Lari dari Rumah  Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama kepada remaja sejak kecil lagi bagai “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.  Remaja yang mempunyai didikan agama yang mencukupi mampu menguruskan tekanan masing-masing dengan baik tanpa membawa sebarang padah kepada mereka pada masa hadapan.  Remaja yang mempunyai didikan agama sejak kecil akan lebih berfikiran matang serta positif dan tidak mudah terpengaruh oleh orang lain untuk melakukan sesuatu perbuatan yang negatif serta tidak mempunyai nilai kesantunan yang akhirnya akan memusnahkan masa depan diri sendiri.  Remaja yang mempunyai didikan agama yang tinggi akan lebih memahami konsep nilai kesantunan dan secara tidak langsung remaja tersebut akan mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan seharian.
  • 4.  Oleh itu, didikan agama amat penting bagi remaja dalam pengamalan nilai kesantunan serta sebagai strategi pencegahan gejala sosial berlaku dalam kalangan remaja. Pembuangan bayi dalam kalangan remaja  Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s 208, perkataan ‘buang’ membawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan.  Manakala, perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Maksud ‘pembuangan bayi’ adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.  Kejadian pembuangan bayi ini tidak mengira status ataupun kekayaan seseorang terutamanya bagi kalangan remaja.  Perbuatan pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini amat kejam dan perbuatan ini tidak santun bagi setiap lapisan masyarakat kerana bayi merupakan anugerah Tuhan. Faktor Berlakunya Pembuangan Bayi o Pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku kerana remaja kurang mendapat didikan agama sejak kecil lagi. o Remaja tidak tahu apa yang halal ataupun haram dalam agama masing-masing. o Contohnya, agama Islam menyatakan pembuangan bayi merupakan dosa yang besar. o Remaja yang kurang didikan agama tidak akan tahu pembuangan bayi merupakan dosa yang besar serta perbuatan tersebut tidak santun dalam pandangan masyarakat. o Remaja yang kurang beriman ini sukar untuk mengawal hawa nafsu dan akan melakukan perbuatan yang tidak santun seperti berzina dan akhirnya akan membawa kepada kejadian pembuangan bayi. o Menurut Imadu al-Din Muhammad bin al-Husain dalam bukunya, Kehidupan Hati untuk Sampai kepada Tuhan yang Dikasihi (2005), hawa nafsu sentiasa mencari “kelazatan” dengan tidak berfikir panjang tentang akibatnya.
  • 5. o Orang yang berakal (beriman) akan berfikir terlebih dahulu baik-buruk sesuatu perbuatan dan menolak daripada dikongkong oleh hawa nafsu. Statistik Pembuangan Bayi Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes pembuangan bayi telah meningkat mengikut negeri dari tahun 2005 hingga 2009 adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes manakala Perlis mencatatkan jumlah kes terendah dengan 1 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dan Melaka dengan 2 dan 3 kes masing-masing. Statistik ini telah menunjukkan bahawa kejadian pembuangan bayi ini semakin berleluasa dari semasa ke semasa dalam kalangan remaja tanpa mengira tempatnya serta status keluarga masing-masing. Fenomena ini telah mengakibatkan kebimbangan berlaku dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia. Hal ini telah jelas terbukti bahawa pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan remaja semakin berkurangan. Kesan Berlakunya Pembuangan Bayi  Masyarakat akan digelar sebagai masyarakat tidak bertamadun sekiranya pembuangan bayi dalam kalangan remaja semakin berleluasa kerana masyarakat akan dianggap tidak mengamalkan nilai kemanusiaan serta nilai kesantunan dalam kehidupan seharian.  Masyarakat tetap akan dipandang hina oleh orang ramai walaupun hanya terdapat segelintir remaja yang melakukan perbuatan pembuangan bayi kerana pak kata perpatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
  • 6.  Imej negara juga akan terjejas kerana pembangunan sesebuah negara biasanya bergantung kepada akhlak remaja atau lebih dikenali sebagai generasi masa depan.  Secara tidak langsung pembangunan serta perkembangan negara Malaysia tidak dapat dijalankan dengan lancar serta tidak mampu untuk merealisasikan Wawasaan 2020 akibat gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa ini.  Hal ini dapat dibuktikan bahawa betapa pentingnya pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan remaja terhadap masyarakat dan negara. Langkah Mengatasi Masalah Pembuangan Bayi  Masyarakat telah memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini untuk membendung gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.  Hal ini demikian kerana masyarakat merupakan insan yang paling dekat dengan remaja selain daripada ibu bapa mereka.  Masyarakat boleh berganding bahu untuk menerapkan nilai kesantunan dalam kalangan remaja bagi mengelakkan gejala pembuangan bayi terus berleluasa.  Masyarakat seharusnya sentiasa memerhatikan tingkah laku remaja untuk mengelakkan remaja daripada melakukan perbuatan pembuangan bayi.  Masyarakat juga seharusnya menerapkan nilai kesantunan pada diri sendiri supaya dapat menjadi modal insan serta dapat mengajar remaja tentang nilai kesantunan ini.  Biasanya, perkembangan sesebuah masyarakat akan dipengaruhi oleh pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat.
  • 7. Gengsterisme dalam kalangan remaja  Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s458, maksud perkataan gengster ialah merupakan ahli atau anggota kumpulan jenayah atau samseng.  Gengsterisme pula didefiniskan sebagai kegiatan gengster.  Secara umumnya, gejala gengsterisme merupakan satu gejala negatif yang akan membahayakan nyawa seseorang dan dianggap sebagai perbuatan yang tidak mempunyai nilai kesantunan. Faktor berlakunya Gensterisme dalam Kalangan Remaja Kekurangan kasih sayang ibu bapa telah mengakibatkan remaja terlibat dalam gejala gengsterisme. Ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada remaja sejak kecil lagi. Tindakan ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang kepada anak-anak merupakan sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai nilai kesantunan. Segala tindakan ibu bapa terhadap anak-anaknya sudah pastilah akan mempengaruhi perkembangan remaja terhadap penerapan nilai kesantunan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa seharusnya mengetahui bahawa anak merupakan harta bagi setiap keluarga yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada setiap keluarga. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada remaja sejak kecil lagi. Statistik  Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mendapati pembabitan pelajar sekolah dalam kes jenayah semakin serius dari semasa ke semasa.
  • 8.  Sebanyak 1,996 pelajar ditahan kerana terbabit dalam 881 kes jenayah bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2003.  Manakala statistik kes rogol yang telah membabitkan pelajar di Kedah sepanjang tahun 2008 berada pada tahap yang membimbangkan dengan 226 kes direkodkan daripada keseluruhan 309 kes.  Hal ini jelas membuktikan kepada kita bahawa sebenarnya kadar jenayah dalam kalangan remaja di peringkat sekolah berada dalam tahap yang kritikal.  Statistik ini jelas tebukti bahawa gejala gengsterisme dalam kalangan remaja akan mengakibatkan pelbagai kes jenayah berlaku. Kesan Berlakunya Gengsterisme dalam Kalangan Remaja o Kewujudan budaya takut akan berlaku dalam kalangan masyarakat akibat gejala gengsterisme dalam kalangan remaja. o Masyarakat akan takut untuk keluar kerana akan diragut ataupun dirompak oleh ahli gengster tersebut serta nyawa masyarakat akan terancam. o Imej negara Malaysia juga akan terjejas berpunca daripada gejala gengsterisme dalam kalangan remaja. o Secara tidak langsung ekonomi negara juga akan terjejas kerana pelancong asing takut untuk melancong di negara kita. o Tanpa ekonomi yang kukuh, bagaimana negara Malaysia hendak maju dan mencapai Wawasan 2020? Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme dalam Kalangan Remaja  Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah serta nilai kesantunan remaja sejak kecil lagi bagi membendung gejala gengsterisme dalam
  • 9. kalangan remaja dengan memberikan ajaran agama kerana “mencegah lebih baik daripada mengubatinya”.  Remaja yang mempunyai pegangan agama yang teguh tidak akan mudah termakan pujukan kawan lain untuk terlibat dalam gejala gengsterisme kerana mereka tahu perbuatan tersebut tidak santun serta akan memusnahkan masa depan mereka.  Remaja yang berfikiran matang serta positif secara tidak langsung akan membawa kemakmuran kepada negara Malaysia dan negara Malaysia dapat mencapai Wawasan 2020 nanti.  Remaja yang mempunyai didikan agama yang tinggi secara tidak langsung juga akan mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan. Ponteng sekolah Kamus Dewan Edisi 4, (2005), m/s 1225, perkataan ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Ponteng sekolah merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri ke semua ataupun sesetengah kelas. Ponteng sekolah merupakan satu gejala sosial yang lebih tertumpu kepada pelajar sekolah terutamanya bagi pelajar sekolah menengah. Fenomena ponteng sekolah ini telah berlaku di seluruh negeri di negara Malaysia dari semasa ke semasa. Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah.
  • 10. Faktor Berlakunya Gejala Ponteng dalam Kalangan Remaja Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama. Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan , 2006). Hal ini jelas terbuktilah bahawa persekitaran dalam sekolah akan mempengaruhi kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya menyediakan suasana yang kondusif kepada pelajar sekolah dalam usaha membendung gejala ponteng sekolah terus berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah. Statistik  Sepanjang tahun 2002 sehingga 2004 didapati sebanyak 5,807 pelajar telah diperiksa dalam operasi ponteng sekolah (Ops Sayang) yang dijalankan polis di seluruh Negara Malaysia.  Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar perempuan telah terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan.  Sebanyak 299 Ops Sayang dilancarkan di Perak diikuti Johor (92), Pahang (83), Sabah (80), Negeri Sembilan (31), Kuala Lumpur (30), Kedah (22), Perlis (7), dan masing- masing lima operasi di Kelantan dan Pulau Pinang.  Statistik ini jelas menunjukkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah bagi melahirkan generasi muda yang bersopan santun serta mampu mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan.
  • 11. Kesan Berlakunya Gejala Ponteng Sekolah dalam Kalangan Remaja Masyarakat akan digelar sebagai masyarakat yang berilmu rendah serta akan dipandang rendah. Hal ini demikian kerana pelajar yang selalu ponteng sekolah akan menghadapi masalah dalam pelajaran yang akan menjejaskan tahap pencapaian mereka di sekolah semasa peperiksaan. Secara tidak langsung kadar pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan remaja akan semakin berkurangan kerana remaja yang berilmu cetek akan mengalami kesukaran untuk memahami konsep nilai kesantunan. Imej negara Malaysia juga akan terjejas serta negara tidak dapat dibangunkan dengan pesat. Sekiranya remaja atau lebih dikenali sebagai generasi masa depan berilmu cetek seperti “katak di bawah tempurung”, bagaimana negara Malaysia dapat dimajukan serta dibangunkan dengan pesat dan mencapai Wawasan 2020? Langkah untuk Mengatasi Gejala Ponteng Sekolah dalam Kalangan Remaja Sekolah seharusnya menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta kemudahan yang pelbagai di sekolah supaya remaja tidak akan berasa bosan ketika belajar di dalam kelas. Suasana yang kondusif dapat memupuk minat seseorang untuk belajar dan secara tidak langsung gejala remaja ponteng sekolah dapat dikurangkan secara beransur-ansur. Remaja telah menghabiskan banyak masa di sekolah setiap hari dan sebab itulah sekolah telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membentung gejala ponteng sekolah dalam kalangan remaja yang akhirnya akan membawa pelbagai gejala negatif kepada remaja tersebut. Nilai kesantunan juga dapat diterapkan oleh pengajaran guru di dalam kelas melalui penyediaan kelas yang kondusif oleh pihak sekolah.
  • 12. Vandalisme dalam Kalangan Remaja  Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah yang dikenali sebagai Vandal.  Kamus Dewan Edisi 4, (2005), m/s1787, vandalisme didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.  Vandalisme biasanya merujuk kepada sesuatu perbuatan untuk merosakkan harta benda awam seperti tandas awam, papan tanda dan telefon awam.  Vandalisme telah dianggap sebagai satu cara bagi remaja untuk melepaskan geram dan menghilangkan tekanan ataupun bosan. Punca Berlakunya Vandalisme dalam Kalangan Remaja  Punca berlakunya vandalisme dalam kalangan remaja ialah ibu bapa kurang memberi perhatian kepada remaja.  Ibu bapa zaman sekarang terlalu mementingkan nilai kebendaan sehingga mengabaikan anak-anak.  Ibu bapa yang biasanya berminat kepada nilai kebendaan tidak akan mementingkan nilai kesantunan dalam kehidupan kerana ibu bapa lebih suka harta benda berbanding dengan nilai kesantunan.  Ibu bapa akan bekerja dari awal pagi hingga ke larut malam untuk mendapatkan wang yang lebih.  Tugas untuk mengasuh anak-anak telah terjatuh di tangan pengasuh ataupun pembantu rumah.  Oleh itu, remaja tidak berpeluang untuk mengenali serta mengharyati nilai kesantunan dalam kehidupan.  Oleh sebab remaja tidak mendapat perhatian serta kasih sayang daripada ibu bapa mereka akan melakukan vandalisme untuk meluahkan perasaan mereka dan perbuatan ini menunjukkan remaja tidak berfikiran matang serta tidak mempunyai nilai kesantunan.
  • 13. Statistik o Laporan satistik telah mencatatkan kerugian akibat vandalisme di sekolah menengah bagi pertengahan 2000 ialah RM40446.00 yang membabitkan perbuatan merosakkan peralatan seperti meja, kerusi, pagar dan tandas. o Kerugian yang telah dicatatkan ialah RM31384.00 bagi tempoh Januari-Julai 2000. o Statistik ini telah membuktikan bahawa kerajaan perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memperbaiki kerosakkan bagi memastikan pelajar dapat belajar di suasana sekolah yang kondusif. o Statistik ini jelas menunjukkan peningkatan kadar kes vandalisme di negara Malaysia terutamanya bagi golongan remaja. Kesan Vandalisme dalam Kalangan Remaja  Masyarakat tidak dapat menggunakan kemudahan awam seperti telefon awam apabila berada dalam kesusahan.  Hal ini kerana kemudahan awam ini telah dirosakkan oleh remaja akibat gejala vandalisme.  Kejadian tersebut akan membahayakan nyawa orang lain terutamanya individu yang mengalami kecederaan semasa kemalangan.  Bagaimana masyarakat hendak menyelamatkan orang yang cedera sedangkan telefon awam telah rosak ?  Negara juga akan mengalami kerugian yang banyak akibat gejala vandalisme ini.  Hal ini demikian kerana negara perlu mengeluarkan jutaan ringgit setiap tahun untuk memperbaiki kerosakkan kemudahan awam bagi menjaga keselamatan rakyat Malaysia.  Secara tidak langsung ekonomi negara akan terjejas kerana kerajaan telah menggunakan wang yang banyak untuk memperbaiki kerosakan kemudahan awam.
  • 14. Langkah Mengatasi Vandalisme dalam Kalangan Remaja  Kerajaan seharusnya mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti kempen anti- vandalisme dengan slogan Hak Awam Hak Bersama kepada semua lapisan masyarakat di negara Malaysia supaya masyarakat akan mendapat ilham serta kesedaran tentang betapa pentingnya kegunaan kemudahan awam dalam kehidupan seharian mereka.  Kempen-kempen sebegini juga boleh membantu masyarakat untuk mengetahui serta memahami tentang keburukan pengamalan gejala vandalisme dalam kalangan remaja di masyarakat yang majmuk ini.  Masyarakat sudah pastilah akan membantu kerajaan untuk membanteras gejala vandalisme ini sekiranya masyarakat mengetahui keburukannya.  Secara tidak langsung kempen-kempen kesedaran ini juga mampu menerapkan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan remaja. menjelang tahun 2020 nanti. Oleh itu, sebagai warga Malaysia, kita seharusnya memikirkan satu jalan penyelesaian bagi menangani isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan remaja agar negara Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang maju dan saintifik di peringkat antarabangsa dengan mengamalkan nilai kesantunan mulai hari ini. Sebagai kesimpulannya, nilai kesantunan adalah amat penting dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam pembangunan negara Malaysia.