SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Pengenalan



Apa itu buli?



Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada
seseorang.



Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse) Buli melibatkan serangan fizikal
dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan
gangguan seksual.



Adakah ia kerap berlaku?



Buli sebenarnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru.



Buli amat ketara/berlaku di kalangan pesalah laku muda dan di institusi-institusi.



Buli dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan; tetapi kanak-kanak lelaki lebih cenderung
menggunakan keganasan manakala kanak-kanak perempuan selalunya menggunakan cara halus seperti
tidak mahu berkawan.



Tanda dan Gejala



Kebanyakan kes tidak dapat dikesan melainkan terdapat tanda fizikal atau mangsa memberitahu ibu-
bapa ataupun guru.



Gejala-gejala yang wujud juga mungkin tidak spesifik seperti yang berkaitan dengan tekanan dan
masalah perubatan seperti pening kepala, sakit perut dan sebagainya atau penurunan prestasi
pelajaran.



Komplikasi



Kesan-kesan buli



Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa
buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan
dalam kehidupan di masa akan datang.



Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti;



1. Tiada keyakinan diri



2. Rasa rendah diri



3. Prestasi pelajaran merosot



4. Kehadiran ke sekolah rendah/menurun



5. Masalah penyesuaian diri apabila dewasa



[Atas]



Pencegahan
Cara-cara membantu mangsa buli



1. Beri perhatian jika ada mangsa secara sukarela dengan memberitahu mengenai buli dan meminta
pertolongan. Kadang-kadang mangsa hanya memerlukan perhatian dan seseorang untuk mendengar.



2. Ibu bapa mangsa buli dan pembuli perlulah dimaklumkan.



3. Aturkan perjumpaan jika perlu. Bincangkan cara-cara penyelesaian masalah dengan mereka.



4. Buat susulan dengan berkomunikasi dengan mangsa, ibu bapa dan guru-guru mengenai masalah ini.



5. Lakukan pemantauan terhadap kelakuan/perilaku pembuli dan keselamatan mangsa di sekolah dan
persekitarannya secara menyeluruh.




Bagaimana cara untuk mengurangkan atau mengelakkan buli?



* Kanak-kanak perlu memberitahu dan melibatkan orang dewasa seandainya masalah berkenaan wujud.



* Jangan teragak-agak untuk memberitahu orang dewasa atau orang yang boleh dipercayai seandainya
anda tahu ada individu yang dibuli.



Sekolah atau institusi perlu



* Memastikan dan memperjelaskan bahawa sebarang kejadian buli tidak boleh diterima (never
acceptable)
* Mengadakan perbincangan yang khusus berkenaan buli dan masalahnya



* Mempertingkatkan pengawasan orang dewasa di kawasan seperti bilik air, kaki lima atau perkarangan
dan sebagainya.



* Menekankan kepentingan keselamatan, nilai hormat menghormati dan sentiasa mengambil berat.



* Menekankan kesan atau akibat dari menyakitkan orang lain



* Menguatkuasakan tindakan segera dan berterusan terhadap semua kelakuan agresif.



* Lakukan susulan terhadap semua aktiviti yang agresif.



* Memperbaiki hubungan dan komunikasi di antara pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar.



* Menyediakan kotak permasalahan (problem box) di sekolah supaya pelajar dapat melaporkan masalah
serta memberi cadangan.



* Mengajar cara bekerjasama dalam aktiviti pembelajar
Karangan Jenis Forum
Karangan Contoh
Tajuk: Rasuah

Pengerusi Forum : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guru-guru dan rakan sekelas. Pada pagi ini
kita bersyukur kerana berpeluang membincangkan satu lagi masalah sosial yang saya kira semakin
kronik jika tiada usaha langkah yang drastik diambil untuk menanganinya. Tanpa melengahkan masa,
izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel, iaitu di sebelah kiri saya ialah saudara B dan dibelah
kanan pula ialah saudara C. Tajuk forum pada pagi ini ialah "masalah rasuah di Negara malaysia".
Seterusnya saya mempersilakan ahli panel pertama kita, iaitu saudara B memberi definisi rasuah dan
ciri-cirinya.



Saudara B : Assalamualaikum dan terima kasih saudara pengerusi. Berdasarkan laman web suruhanjaya
pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), rasuah merupakan suatu perbuatan yang melibatkan pemberian
dan penerimaan wang atau barangan tertentu dengan niat untuk mengelakkan tindakan diambil atau
mendapat keistimewaan. Amalan rasuah ini melibatkan semua lapisan masyarakat sama ada dalam
sektor awam ataupun swasta. Antara jenis sokongan pula adalah dalam bentuk material seperti wang,
kereta, dan rumah, dan bentuk hiburan seperti wanita, melancong ke luar negeri dan sebahagainya.



Saudara C : Menurut Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan amalan rasuah
sebagai barah dan jika dibiarkan akan menyebabkan sesebuah kerajaan runtuh dan sekali gus
menjatuhkan imej Negara di mata antarabangsa.
Pengerusi : Kita sudah jelas mengenai isu rasuah. Sekarang apakah pendapat ahli panel kita mengenai
punca rasuah?



Saudara B : Saudara pengerusi. Izinkan saya mencelah sedikit. Punca utama ialah pengaruh rakan.
Apabila melihat rakan sekerja menerima rasuah dan menikmati pelbagai kemewahan hidup tanpa
dikenakan sebarang tindakan, seseorang itu akan terpengaruh untuk menerima rasuah. Tekanan di
tempat kerja ini mampu mengganggu perasaan, apatah lagi jika pegawai atasan juga turut terlibat.
Tanpa berfikir panjang, seseorang itu akan mudah terpengaruh dan turut mengamalkan rasuah kerana
ingin cepat menikmati kemewahan hidup di dunia yang fana ini.

Pengerusi : Mungkin saudara C ingin menambah pendapat mengenai punca rasuah?



Saudara C : Pengerusi, saya bersetuju dengan pendapat saudara B. Selain itu , Undang-undang di
Negara kita pula lemah menyebabkan ramai orang tidak takut atas hukuman yang dikenakan.
Contohnya, tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah
rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan
negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Di samping itu, Hukuman
yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko
melakukan rasuah kerana golongan penerima duit kopi ini sedar bahawa mereka masih mampu
menikmati hasil rasuah yang diterima oleh mereka itu setelah keluar dari penjara.



Pengerusi : Terima kasih saudara C, saya berharap kita semua boleh berganding bahu untuk mencegah
rasuah dan jangan menbiarkannya berakar umbi dalam sanubari rakyat Malaysia. Lagipun, masalah ini
semakin serius. Apakah pandangan saudara B berhubung dengan langkah-langkah mengatasinya?



Saudara B : Kerajaan perlu memgubah sikap kakitangan awam dan swata agar lebih amanah dan
bertanggungjawab. Slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” yang diperkenalkan oleh mantan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu dihayati oleh semua kakitangan awam dan swasta.
Perkhidmatan kaunter telah pun diperkenalkan di kesemua pejabat kerajaan untuk mengelakkan
sebarang amalan memberi dan menerima "wang kopi". Kerenah birokrasi juga hendaklah dikurangkan
ataupun dihapuskan bagi mewujudkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Hal ini pernah
diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika berucap di Parlimen baru-baru ini.



Pengerusi : Terima kasih saudara B. Nampaknya, saudara C ada sesuatu yang hendak diucapkan.
Silakan.



Saudara C: Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang agar masyarakat sedar betapa
bahaya dan seriusnya masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan Negara.
Dendaan yang lebih berat dan hukuman penjara diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang baru diluluskan di Parlimen baru-baru ini mampu menakutkan
gologan berkenaan. Pihak mahkamah juga disarankan agar mengenakan hukuman maksimum. Kuasa
yang lebih untuk bertindak terhadap orang ramai yang enggan bekerjasama den pihak SPRM juga boleh
mengubah sikap orang rami yang selama ini enggan bekerjasama. Pemberi maklumat juga perlu diberi
ganjaran yang lumayan. Mereka juga harus mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.



Pengerusi : Terima kasih saudara C, dan saya kira kita sudah berada pada penghujung forum. Sebagai
rumusannya, saya kira masalah rasuah di Negara kita merupakan masalah yang serius dan perlu
ditangani segera. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak dapat menbantu kerajaan menangani
masalah ini. Di samping itu, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih yang setinggi-tinggi kepada
ahli-ahli panel. Namun, apakan daya masa tidak mengizinkan kita berbicara dengan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.

More Related Content

Similar to Bully

Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah SosialThomas Mon
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganPRA-UNIVERSITY
 
BE&GG, Riyoko Yudhi Wibowo, Hapzi Ali, Corruption & Fraud, Universitas Mercub...
BE&GG, Riyoko Yudhi Wibowo, Hapzi Ali, Corruption & Fraud, Universitas Mercub...BE&GG, Riyoko Yudhi Wibowo, Hapzi Ali, Corruption & Fraud, Universitas Mercub...
BE&GG, Riyoko Yudhi Wibowo, Hapzi Ali, Corruption & Fraud, Universitas Mercub...Riyoko Yudhi Wibowo
 
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption Fraud, UMB, 2017
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption  Fraud, UMB, 2017BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption  Fraud, UMB, 2017
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption Fraud, UMB, 2017Basori Basori
 
Pidato tentang korupsi
Pidato tentang korupsiPidato tentang korupsi
Pidato tentang korupsinursiah1972
 
Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahM D
 
Etik umb Corruption
Etik umb CorruptionEtik umb Corruption
Etik umb CorruptionInes Pratiwi
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Hishamhana583
 
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraPendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraMaz Vicarious
 
Materi 5 dampak korupsi 2010
Materi 5 dampak korupsi 2010Materi 5 dampak korupsi 2010
Materi 5 dampak korupsi 2010Fathur Rohman
 
Materi 8 pemberantasan korupsi_negara_lain 2010_
Materi 8 pemberantasan korupsi_negara_lain 2010_Materi 8 pemberantasan korupsi_negara_lain 2010_
Materi 8 pemberantasan korupsi_negara_lain 2010_Fathur Rohman
 
Perenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda WacanaPerenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda WacanaHKSS
 
Artikel tentang korupsi di Indonesia serta cara penanganannya
Artikel tentang korupsi di Indonesia serta cara penanganannyaArtikel tentang korupsi di Indonesia serta cara penanganannya
Artikel tentang korupsi di Indonesia serta cara penanganannyaArini Dyah
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxngek ngok
 

Similar to Bully (20)

Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah Sosial
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karangan
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
BE&GG, Riyoko Yudhi Wibowo, Hapzi Ali, Corruption & Fraud, Universitas Mercub...
BE&GG, Riyoko Yudhi Wibowo, Hapzi Ali, Corruption & Fraud, Universitas Mercub...BE&GG, Riyoko Yudhi Wibowo, Hapzi Ali, Corruption & Fraud, Universitas Mercub...
BE&GG, Riyoko Yudhi Wibowo, Hapzi Ali, Corruption & Fraud, Universitas Mercub...
 
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption Fraud, UMB, 2017
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption  Fraud, UMB, 2017BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption  Fraud, UMB, 2017
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption Fraud, UMB, 2017
 
Pidato tentang korupsi
Pidato tentang korupsiPidato tentang korupsi
Pidato tentang korupsi
 
Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- Rasuah
 
Etik umb Corruption
Etik umb CorruptionEtik umb Corruption
Etik umb Corruption
 
spontan.docx
spontan.docxspontan.docx
spontan.docx
 
Pidato kenakalan remaja
Pidato  kenakalan remajaPidato  kenakalan remaja
Pidato kenakalan remaja
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
Kejahatan sosial
Kejahatan sosialKejahatan sosial
Kejahatan sosial
 
Korupsi
KorupsiKorupsi
Korupsi
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraPendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
 
Materi 5 dampak korupsi 2010
Materi 5 dampak korupsi 2010Materi 5 dampak korupsi 2010
Materi 5 dampak korupsi 2010
 
Materi 8 pemberantasan korupsi_negara_lain 2010_
Materi 8 pemberantasan korupsi_negara_lain 2010_Materi 8 pemberantasan korupsi_negara_lain 2010_
Materi 8 pemberantasan korupsi_negara_lain 2010_
 
Perenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda WacanaPerenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda Wacana
 
Artikel tentang korupsi di Indonesia serta cara penanganannya
Artikel tentang korupsi di Indonesia serta cara penanganannyaArtikel tentang korupsi di Indonesia serta cara penanganannya
Artikel tentang korupsi di Indonesia serta cara penanganannya
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
 

Bully

  • 1. Pengenalan Apa itu buli? Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse) Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual. Adakah ia kerap berlaku? Buli sebenarnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru. Buli amat ketara/berlaku di kalangan pesalah laku muda dan di institusi-institusi. Buli dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan; tetapi kanak-kanak lelaki lebih cenderung menggunakan keganasan manakala kanak-kanak perempuan selalunya menggunakan cara halus seperti tidak mahu berkawan. Tanda dan Gejala Kebanyakan kes tidak dapat dikesan melainkan terdapat tanda fizikal atau mangsa memberitahu ibu- bapa ataupun guru. Gejala-gejala yang wujud juga mungkin tidak spesifik seperti yang berkaitan dengan tekanan dan masalah perubatan seperti pening kepala, sakit perut dan sebagainya atau penurunan prestasi
  • 2. pelajaran. Komplikasi Kesan-kesan buli Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang. Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti; 1. Tiada keyakinan diri 2. Rasa rendah diri 3. Prestasi pelajaran merosot 4. Kehadiran ke sekolah rendah/menurun 5. Masalah penyesuaian diri apabila dewasa [Atas] Pencegahan
  • 3. Cara-cara membantu mangsa buli 1. Beri perhatian jika ada mangsa secara sukarela dengan memberitahu mengenai buli dan meminta pertolongan. Kadang-kadang mangsa hanya memerlukan perhatian dan seseorang untuk mendengar. 2. Ibu bapa mangsa buli dan pembuli perlulah dimaklumkan. 3. Aturkan perjumpaan jika perlu. Bincangkan cara-cara penyelesaian masalah dengan mereka. 4. Buat susulan dengan berkomunikasi dengan mangsa, ibu bapa dan guru-guru mengenai masalah ini. 5. Lakukan pemantauan terhadap kelakuan/perilaku pembuli dan keselamatan mangsa di sekolah dan persekitarannya secara menyeluruh. Bagaimana cara untuk mengurangkan atau mengelakkan buli? * Kanak-kanak perlu memberitahu dan melibatkan orang dewasa seandainya masalah berkenaan wujud. * Jangan teragak-agak untuk memberitahu orang dewasa atau orang yang boleh dipercayai seandainya anda tahu ada individu yang dibuli. Sekolah atau institusi perlu * Memastikan dan memperjelaskan bahawa sebarang kejadian buli tidak boleh diterima (never acceptable)
  • 4. * Mengadakan perbincangan yang khusus berkenaan buli dan masalahnya * Mempertingkatkan pengawasan orang dewasa di kawasan seperti bilik air, kaki lima atau perkarangan dan sebagainya. * Menekankan kepentingan keselamatan, nilai hormat menghormati dan sentiasa mengambil berat. * Menekankan kesan atau akibat dari menyakitkan orang lain * Menguatkuasakan tindakan segera dan berterusan terhadap semua kelakuan agresif. * Lakukan susulan terhadap semua aktiviti yang agresif. * Memperbaiki hubungan dan komunikasi di antara pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar. * Menyediakan kotak permasalahan (problem box) di sekolah supaya pelajar dapat melaporkan masalah serta memberi cadangan. * Mengajar cara bekerjasama dalam aktiviti pembelajar
  • 5. Karangan Jenis Forum Karangan Contoh Tajuk: Rasuah Pengerusi Forum : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guru-guru dan rakan sekelas. Pada pagi ini kita bersyukur kerana berpeluang membincangkan satu lagi masalah sosial yang saya kira semakin kronik jika tiada usaha langkah yang drastik diambil untuk menanganinya. Tanpa melengahkan masa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel, iaitu di sebelah kiri saya ialah saudara B dan dibelah kanan pula ialah saudara C. Tajuk forum pada pagi ini ialah "masalah rasuah di Negara malaysia". Seterusnya saya mempersilakan ahli panel pertama kita, iaitu saudara B memberi definisi rasuah dan ciri-cirinya. Saudara B : Assalamualaikum dan terima kasih saudara pengerusi. Berdasarkan laman web suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), rasuah merupakan suatu perbuatan yang melibatkan pemberian dan penerimaan wang atau barangan tertentu dengan niat untuk mengelakkan tindakan diambil atau mendapat keistimewaan. Amalan rasuah ini melibatkan semua lapisan masyarakat sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. Antara jenis sokongan pula adalah dalam bentuk material seperti wang, kereta, dan rumah, dan bentuk hiburan seperti wanita, melancong ke luar negeri dan sebahagainya. Saudara C : Menurut Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan amalan rasuah sebagai barah dan jika dibiarkan akan menyebabkan sesebuah kerajaan runtuh dan sekali gus menjatuhkan imej Negara di mata antarabangsa. Pengerusi : Kita sudah jelas mengenai isu rasuah. Sekarang apakah pendapat ahli panel kita mengenai punca rasuah? Saudara B : Saudara pengerusi. Izinkan saya mencelah sedikit. Punca utama ialah pengaruh rakan. Apabila melihat rakan sekerja menerima rasuah dan menikmati pelbagai kemewahan hidup tanpa dikenakan sebarang tindakan, seseorang itu akan terpengaruh untuk menerima rasuah. Tekanan di tempat kerja ini mampu mengganggu perasaan, apatah lagi jika pegawai atasan juga turut terlibat. Tanpa berfikir panjang, seseorang itu akan mudah terpengaruh dan turut mengamalkan rasuah kerana ingin cepat menikmati kemewahan hidup di dunia yang fana ini. Pengerusi : Mungkin saudara C ingin menambah pendapat mengenai punca rasuah? Saudara C : Pengerusi, saya bersetuju dengan pendapat saudara B. Selain itu , Undang-undang di Negara kita pula lemah menyebabkan ramai orang tidak takut atas hukuman yang dikenakan. Contohnya, tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah
  • 6. rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Di samping itu, Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana golongan penerima duit kopi ini sedar bahawa mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang diterima oleh mereka itu setelah keluar dari penjara. Pengerusi : Terima kasih saudara C, saya berharap kita semua boleh berganding bahu untuk mencegah rasuah dan jangan menbiarkannya berakar umbi dalam sanubari rakyat Malaysia. Lagipun, masalah ini semakin serius. Apakah pandangan saudara B berhubung dengan langkah-langkah mengatasinya? Saudara B : Kerajaan perlu memgubah sikap kakitangan awam dan swata agar lebih amanah dan bertanggungjawab. Slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu dihayati oleh semua kakitangan awam dan swasta. Perkhidmatan kaunter telah pun diperkenalkan di kesemua pejabat kerajaan untuk mengelakkan sebarang amalan memberi dan menerima "wang kopi". Kerenah birokrasi juga hendaklah dikurangkan ataupun dihapuskan bagi mewujudkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Hal ini pernah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika berucap di Parlimen baru-baru ini. Pengerusi : Terima kasih saudara B. Nampaknya, saudara C ada sesuatu yang hendak diucapkan. Silakan. Saudara C: Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang agar masyarakat sedar betapa bahaya dan seriusnya masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan Negara. Dendaan yang lebih berat dan hukuman penjara diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang baru diluluskan di Parlimen baru-baru ini mampu menakutkan gologan berkenaan. Pihak mahkamah juga disarankan agar mengenakan hukuman maksimum. Kuasa yang lebih untuk bertindak terhadap orang ramai yang enggan bekerjasama den pihak SPRM juga boleh mengubah sikap orang rami yang selama ini enggan bekerjasama. Pemberi maklumat juga perlu diberi ganjaran yang lumayan. Mereka juga harus mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa. Pengerusi : Terima kasih saudara C, dan saya kira kita sudah berada pada penghujung forum. Sebagai rumusannya, saya kira masalah rasuah di Negara kita merupakan masalah yang serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak dapat menbantu kerajaan menangani masalah ini. Di samping itu, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih yang setinggi-tinggi kepada ahli-ahli panel. Namun, apakan daya masa tidak mengizinkan kita berbicara dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.