SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Pengurusan Sumber Hutan Mapan
Hutan amat penting dalam persekitaran kehidupan manusia. Kewujudan Malaysia di
kawasan hutan hujan tropika, iaitu hutan yang paling tua di dunia dan kaya dengan pelbagai
spesies telah menyumbangkan banyak hasil hutan. Dengan keluasan melebihi 32.83 juta hektar,
Malaysia adalah antara negara-negara membangun seperti Brazil, Indonesia, Filipina dan
Thailand yang mempunyai kawasan hutan dengan peratusan yang tinggi (Pertubuhan Makanan
dan Pertanian Sedunia - FAO, 2005). Lebih 59% (19.42 juta hektar) daripada keluasannya masih
dilitupi hutan. Daripada jumlah ini, kawasan hutan seluas 5.88 juta hektar terdapat di
Semenanjung Malaysia, 4.30 juta hektar di Sabah dan 9.24 juta hektar di Sarawak.
Malaysia telah mengeluarkan produk-produk kayu keras tropika lebih daripada satu abad.
Hari ini, ia masih kekal di antara pengeksport-pengeksport utama dunia bagi produk-produk
kayu keras tropika (kayu balak, kayu bergergaji, papan lapis, kayu fiber berketumpatan
sederhana, kayu cip, venir dan lain-lain produk panel, kayu kumai, kayu pembinaan dan
pertukangan , perabot kayu dan juga produk rotan). Mengikut statistik FAO (2006), nilai eksport
kayu dan produk kayu Malaysia pada 2004 ialah USD3.53 bilion dan industri kayu Malaysia
telah menyumbangkan tidak lebih daripada 4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada
2005.
Negeri Sarawak merupakan pengeluar balak terbesar di Malaysia dengan statistik
mencatatkan nilai eksport kayu Sarawak meningkat 26 peratus kepada RM9.1 bilion pada 2006
daripada RM7.2 bilion tahun sebelumnya. Kepentingan sektor perhutanan dan industri hutan
kepada ekonomi Sarawak selain industri petroleum dapat dilihat daripada pendapatan yang
dijana menerusi eksport barang perkayuan. Kayu-kayu ini banyak dieksport ke Jepun,
Korea Selatan, Taiwan, India, Eropah dan Asia Barat. Jenis-jenis kayu keras
yang berharga ini adalah termasuk meranti, cengal, kapur keriung, nyatuh dan bakau.
Sejak beberapa tahun kebelakangan, pengeluaran kayu balak dari hutan semulajadi
Malaysia semakin berkurangan. Ini adalah berikutan pelaksanaan amalan-amalan pengurusan
hutan secara mampan yang efektif, termasuklah penguatkuasaan undang-undang, polisi-polisi
serta peraturan-peraturan yang lebih ketat berkaitan dengan penebangan hutan. Kepentingan
pengurusan hutan serta peranan hutan dalam mengekalkan kepelbagaian biologi sudah diperakui
secara global. Kepentingan ekosistem hutan telah diberi keutamaan dalam pelbagai forum dan
persidangan antarabangsa seperti Convention on Biological Diversity (CBD) dan United Nations
Framework Convention on Climate Change (UNFCCC).
Pengurusan hutan secara mapan (Sustainable Forest Management- SFM) adalah kaedah
menguruskan hutan untuk pelbagai kegunaan yang akan memberi manfaat kepada ekologi,
ekonomi, alam sekitar, sosial dan nilai budaya untuk generasi kini dan akan datang. Pengurusan
secara mapan adalah berpandukan prinsip kemapanan iaitu mengenal pasti kawasan ‘Hutan
Pengeluaran’ dalam kawasan hutan kekal untuk pengeluaran balak secara terkawal. Pengeluaran
balak juga dilakukan secara berkala untuk membolehkan pemulihan semula kawasan yang telah
ditebang selain pemantauan ke atas kawasan hutan pengeluaran. Aktivit-aktiviti yang
menyumbang kepada pengeluaran balak dan hasil hutan dijalankan secara teratur supaya tidak
menjejaskan ekosistem hutan.
Asas pengurusan hutan di Malaysia bermula dengan memperuntukkan sebahagian
kawasan hutan yang luas sebagai Hutan Simpanan Kekal. Hutan Simpanan Kekal telah
diwartakan untuk memastikan perlindungan dan usaha-usaha pengawasan yang ketat serta
penguatkuasaan dan pencegahan yang sepatutnya, sekaligus memastikan integriti dan
keselamatan kawasan-kawasan tersebut. Tanah yang telah dianggap sebagai Hutan Simpanan
Kekal adalah tertakluk di bawah pengurusan mampan. Ini adalah kenyataan yang telah diterima
secara universal dan telah dipetik daripada satu laporan ITTO bertajuk Status Pengurusan Hutan
Tropika diterbitkan pada 2005. Kajian-kajian ITTO telah acapkali menegaskan betapa
pentingnya bagi setiap negara untuk mewujudkan Hutan Simpanan Kekal.
Selain itu, dalam melaksanakan amalan-amalan pengurusan hutan mapan dasar
perhutanan Malaysia sentiasa menekankan aspek keseimbangan di antara perlindungan dan
pengeluaran. Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengurusan operasi hutan telah
diwujudkan dengan sepatutnya; peraturan peraturan ini menjelaskan secara terperinci tentang
garis panduan menebang balak, kanun kanun amalan terbaik, inventori hutan, silvikultur dan
pembinaan jalan-jalan hutan. Semua penebangan balak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dijalankan
oleh kontraktor-kontraktor yang beroperasi mengikut perjanjian dan lesen yang sah. Lesen-lesen
ini menetapkan kadar penebangan pokok, urutan penebangan, had saiz pokok, laluan
pengangkutan, piawaian untuk pembinaan jalan dan kaedah-kaedah rawatan.
Disamping itu juga, amalan-amalan pengurusan hutan secara mampan di Malaysia juga
meliputi perlindungan terhadap cara hidup komuniti orang asal. Hak-hak mereka yang
bergantung kepada hutan untuk hidup telah diperakui secara sah, sama seperti hak-hak penduduk
setempat yang berkaitan dengan penggunaan sumber-sumber hutan untuk menampung
kehidupan. Hak-hak ini telah tercatat dalam Ordinan Tanah 1930 (Sabah), Akta Orang Asli 1954,
Kanun Tanah 1958 (Sarawak), Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perhutanan Negara 1984 dan
lain-lain undang-undang berkaitan.
Untuk mempertingkatkan lagi pelaksanaan pengurusan hutan secara mampan, Malaysia
dan Belanda telah memulakan kajian perintis tentang pensijilan kayu di bawah satu Kumpulan
Kerja Usahasama (Joint Working Group-JWG) pada tahun 1996. Satu set kriteria dan penunjuk
(criteria and indicators–C&Is) untuk pensijilan pengurusan hutan telah diwujudkan berdasarkan
kriteria dan petunjuk pengurusan hutan secara mampan ITTO. C&I ini telah digunakan dalam
kajian perintis yang dilaksanakan oleh JWG tersebut. Melalui pensijilan kayu kayan,
pengeluarannya sesuatu produk itu boleh diterima dan disahkan sebagai hasil dari hutan yang
diuruskan secara mampan. . Piawaian pensijilan Malaysia adalah berasaskan kriteria dan
petunjuk pengurusan hutan secara mampan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.
Walaubagaimanapun, piawaian ini tidak boleh dibangunkan dan dipersetujui dalam sekelip mata.
Pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti badan bukan kerajaan, agensi
kerajaan, organisasi akademik/penyelidikan dan pihak yang terlibat dalam industri kayu kayan di
seluruh dunia perlu diambil kira.
Cabaran utama dalam melaksanakan pengurusan hutan secara mapan adalah pembalakan
haram. Pembalakan haram tidak hanya berlaku di Malaysia malah negara yang mengeksport
balak seperti Indonesia turut dilanda masalah sama. Oleh sebab itu, Malaysia akan terus
bekerjasama dengan Indonesia dalam usahausahanya untuk memerangi pembalakan haram.
Antara contoh kerjasama antara dua pihak adalah mempertingkatkan penguatkuasaan dan
mencegah penyeludupan balak haram terutamanya di sepanjang sempadan dan pesisiran pantai
dan mengenakan syarat kepada para pengimport kayu balak untuk menunjukkan bukti sumber-
sumber kayu yang sahih selain dari Indonesia.
Malaysia sentiasa mendapatkan maklumbalas secara berterusan daripada agensi-agensi
global mengenai amalan pengurusan hutan secara mampan sebagai input yang tidak ternilai
dalam meningkatkan prestasi dan amalan terbaik perhutanan. Malaysia menyedari keperluan
untuk mengadakan dialog secara berterusan dengan komuniti antarabangsa sebagai salah satu
langkah untuk mengukuhkan pengurusan sumber-sumber hutan tropikanya, serta memajukan lagi
pengurusan hutan secara mampan. Namun begitu, Malaysia juga menyedari bahawa pengurusan
hutan secara mampan berlaku dalam peringkat-peringkat yang berbeza dalam setiap negara,
terutamanya di negara-negara membangun. Oleh sebab itu, sesi dialog dan pertukaran maklumat
yang kerap adalah penting untuk lebih memahami antara satu sama lain agar tindakan yang
diambil seiring dengan perubahan dalam jangkaan dan harapan pemegang kepentingan.
Pengurusan hutan secara mapan adalah penting untuk menjaga kestabilan ekosistem dan
memastikan kelangsungan hidup flora dan fauna disamping menjana pendapatan sampingan
untuk negara. Antara peranan hutan dalam ekosistem adalah mengawal perubahan iklim yang
tidak menentu akhir-akhir ini melalui kawalan karbon dioksida yang terdapat di dalam
atmosfera bumi. Ini kerana karbon dioksida akan dikurangkan dari atmosfera melalui serapan
pada kayu-kayan, daun dan juga tanah. Hutan, malah lautan sekalipun, berupaya menyerap dan
menyimpan karbon dalam jangka masa yang lama. Peranan hutan dalam menyerap, menyimpan
dan membebaskan karbon adalah salah satu kunci untuk memahami kitaran karbon global dan
seterusnya perubahan iklim.
Hutan juga memainkan peranan sebagai kawasan tadahan air dengan bertindak sebagai
penyerap (span) air hujan dan mengalirkannya kembali semula ke anak sungai. Dengan ini, ia
bertindak sebagai penapis bagi menentukan kebersihan dan kejernihan air. Kitaran hidrologi
yang berlaku di dalam hutan ini telah memberi kesan yang positif pada kuantiti dan kualiti air
sungai. Kawasan hutan yang luas dapat menampung kandungan air hujan yang banyak. Air
tersimpan dalam daun, batang, akar dan buah tumbuhan. Air hujan yang tidak diserap oleh
tumbuhan akan mengalir ke sungai, laut, atau diempangkan supaya dapat disalurkan ke paip-
paip di kawasan perumahan.
Selain itu, hutan berperanan sebagai pengawal hakisan tanah dengan bertindak sebagai
penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-
pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan mencengkam atau memegang butiran tanah-tanih
dengan akarnya dan mengekal serta mengukuhkan struktur tanah tersebut. Berasaskan kepada
keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar dan mengelakkan bencana buruk
seperti banjir kilat dan tanah runtuh yang bukan sahaja merosakkan harta tetapi juga mengancam
nyawa.
Penebangan hutan secara tidak terkawal turut menjejaskan kemandirian flora dan fauna
kerana hutan merupakan habitat mereka. Antara spsesis terancam yang terjejas akibat
penebangan hutan secara tidak terkawal adalah beruang matahari, harimau, gajah dan banyak
lagi. Melalui hutan simpan kekal dan penubuhan taman negara seperti Taman Negara Royal
Belum, kemandirian pelbagai sepsis flora dan fauna terjamin. Selain itu, ianya turut menjana
pendapatan negara melalui kegiatan eko-pelancongan yang semakin mendapat sambutan dari
perlancong dari dalam dan luar negara. Disamping itu, ianya juga medium terbaik untuk
mendidik masyarakat terutamanya generasi muda bertapa pentingnya peranan hutan dalam
pembangunan negara.
Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengambil
bahagian dalam memastikan pengurusan dan penggunaan sumber hutan dilaksanakan secara
berhemat dan lestari demi memelihara kestabilan ekosistem serta dapat mengekalkan
kepelbagaian biologi yang sedia ada. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal, kita sepatutnya
sedar betapa kita telah banyak menyebabkan kerosakan di atas muka bumi ini. Jadi sudah tiba
masanya untuk kita mengambil peranan dan tanggungjawab untuk mengatasi segala kerosakan
yang telah kita lakukan, di samping mempergiatkan lagi usaha-usaha dalam memakmurkan bumi
dan alam sekitar.
Rujukan
1. Wells, A. (2006). Country Case Study 8. Systems for Verification of Legality in the Forest
Sector, Malaysia: Domestic Timber Production and Timber Imports
2. Toure, M. Is Forest Management Improving in the Tropics?
3. Balanakura, N. Malaysian Raw Wood Export Ban
4. Abdullah, A. L. “The Green Horizon” eBridgeHome.com
5. Kunbek. “Standing Tall” eBridgeHome.com, 2003
6. Kunbek. “A Life in Timber” eBridgeHome.com, 2003
7. Prussner, S. “Sound Green Policies Build Solid Relations” eBridgeHome.com, 2004
8. ITTO (2005) Status of Tropical Forest Management 2005
9. Tan, Alan K.J., Preliminary Assessment of Malaysia’s Environmental Law. Online. Retrived
15 September 1998, from http://sunsite.nus.edu.sg/apcel/dbase/malaysia/reportma/html
10. America’s Free Trade Pacts Driving Illegal Timber Trade, Destruction of Asian and Latin
American Forests. Online. Retrived 15 June 2006,from http ://www. eisinternational.org/ cgi/
news/news.cgi?ttemplate&a=312
Pengurusan sumber hutan mapan

More Related Content

What's hot

Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
haralhaj
 
Mantera menduduki rumah baru
Mantera menduduki rumah baruMantera menduduki rumah baru
Mantera menduduki rumah baru
AinNabila18
 
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemgeo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
Kasmah De' Davinci
 
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHANKERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
Asmawi Abdullah
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 

What's hot (20)

Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
 
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2PERHUTANAN  GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
PERHUTANAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2
 
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGILARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
 
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusiaBab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
 
Bahagian b impak
Bahagian b  impakBahagian b  impak
Bahagian b impak
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
Bab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan airBab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan air
 
KONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
KONSEP KEBERKESANAN KERPASANKONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
KONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
 
Mantera menduduki rumah baru
Mantera menduduki rumah baruMantera menduduki rumah baru
Mantera menduduki rumah baru
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawa
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemgeo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
 Huraian-nilai-murni-alam-sekitar Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
 
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHANKERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
 

Viewers also liked (7)

Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber HutanLangkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
 
Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar
 
Koswer
KoswerKoswer
Koswer
 
Pengurusan alam sekitar
Pengurusan alam sekitarPengurusan alam sekitar
Pengurusan alam sekitar
 
Nota bab 3 (2)
Nota bab 3 (2)Nota bab 3 (2)
Nota bab 3 (2)
 
Slaid pekerjaan beruniform
Slaid pekerjaan beruniformSlaid pekerjaan beruniform
Slaid pekerjaan beruniform
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 

Similar to Pengurusan sumber hutan mapan

Makalah kerusakn hutan 1
Makalah kerusakn hutan 1Makalah kerusakn hutan 1
Makalah kerusakn hutan 1
Yadhi Muqsith
 
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptxselasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
ssusere7fb6a
 
Renstra Kementerian Kehutanan 2011-2014
Renstra Kementerian Kehutanan 2011-2014Renstra Kementerian Kehutanan 2011-2014
Renstra Kementerian Kehutanan 2011-2014
Selvia Sari
 

Similar to Pengurusan sumber hutan mapan (20)

Kearifan lokal dalam Bidang Kehutan
Kearifan lokal dalam Bidang KehutanKearifan lokal dalam Bidang Kehutan
Kearifan lokal dalam Bidang Kehutan
 
Pembahasan Tugas 3.5
Pembahasan Tugas 3.5Pembahasan Tugas 3.5
Pembahasan Tugas 3.5
 
Kerusakan hutan
Kerusakan hutanKerusakan hutan
Kerusakan hutan
 
Mamfaat hutan
Mamfaat hutan Mamfaat hutan
Mamfaat hutan
 
Hutan dan upaya konservasi
Hutan dan upaya konservasiHutan dan upaya konservasi
Hutan dan upaya konservasi
 
Makalah kerusakn hutan 1
Makalah kerusakn hutan 1Makalah kerusakn hutan 1
Makalah kerusakn hutan 1
 
Jurnal.pdf
Jurnal.pdfJurnal.pdf
Jurnal.pdf
 
Case study restorasi-hutan-aceh
Case study restorasi-hutan-acehCase study restorasi-hutan-aceh
Case study restorasi-hutan-aceh
 
Rekreasi darat
Rekreasi daratRekreasi darat
Rekreasi darat
 
Makalah kawasan konservasi ahmad afandi
Makalah kawasan konservasi ahmad afandiMakalah kawasan konservasi ahmad afandi
Makalah kawasan konservasi ahmad afandi
 
Makalah upaya pelestarian hutan
Makalah upaya pelestarian hutanMakalah upaya pelestarian hutan
Makalah upaya pelestarian hutan
 
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptxselasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
 
Artikel aplikasi komputer
Artikel aplikasi komputerArtikel aplikasi komputer
Artikel aplikasi komputer
 
SILVIKA
SILVIKASILVIKA
SILVIKA
 
Renstra Kementerian Kehutanan 2011-2014
Renstra Kementerian Kehutanan 2011-2014Renstra Kementerian Kehutanan 2011-2014
Renstra Kementerian Kehutanan 2011-2014
 
Kabar bahari
Kabar bahariKabar bahari
Kabar bahari
 
Tugas Pendidikan Lingkungan Hidup
Tugas Pendidikan Lingkungan HidupTugas Pendidikan Lingkungan Hidup
Tugas Pendidikan Lingkungan Hidup
 
Dr achmad syamsu makalah fungsi mangrove, permasalahan dan konsep pengelolaannya
Dr achmad syamsu makalah fungsi mangrove, permasalahan dan konsep pengelolaannyaDr achmad syamsu makalah fungsi mangrove, permasalahan dan konsep pengelolaannya
Dr achmad syamsu makalah fungsi mangrove, permasalahan dan konsep pengelolaannya
 
Silvika tanah
Silvika tanahSilvika tanah
Silvika tanah
 
Peningkatan produktifitas lahan dengan system agroforestri (tumpangsari
Peningkatan produktifitas lahan dengan system agroforestri (tumpangsariPeningkatan produktifitas lahan dengan system agroforestri (tumpangsari
Peningkatan produktifitas lahan dengan system agroforestri (tumpangsari
 

Pengurusan sumber hutan mapan

  • 1. Pengurusan Sumber Hutan Mapan Hutan amat penting dalam persekitaran kehidupan manusia. Kewujudan Malaysia di kawasan hutan hujan tropika, iaitu hutan yang paling tua di dunia dan kaya dengan pelbagai spesies telah menyumbangkan banyak hasil hutan. Dengan keluasan melebihi 32.83 juta hektar, Malaysia adalah antara negara-negara membangun seperti Brazil, Indonesia, Filipina dan Thailand yang mempunyai kawasan hutan dengan peratusan yang tinggi (Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia - FAO, 2005). Lebih 59% (19.42 juta hektar) daripada keluasannya masih dilitupi hutan. Daripada jumlah ini, kawasan hutan seluas 5.88 juta hektar terdapat di Semenanjung Malaysia, 4.30 juta hektar di Sabah dan 9.24 juta hektar di Sarawak. Malaysia telah mengeluarkan produk-produk kayu keras tropika lebih daripada satu abad. Hari ini, ia masih kekal di antara pengeksport-pengeksport utama dunia bagi produk-produk kayu keras tropika (kayu balak, kayu bergergaji, papan lapis, kayu fiber berketumpatan sederhana, kayu cip, venir dan lain-lain produk panel, kayu kumai, kayu pembinaan dan pertukangan , perabot kayu dan juga produk rotan). Mengikut statistik FAO (2006), nilai eksport kayu dan produk kayu Malaysia pada 2004 ialah USD3.53 bilion dan industri kayu Malaysia telah menyumbangkan tidak lebih daripada 4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2005. Negeri Sarawak merupakan pengeluar balak terbesar di Malaysia dengan statistik mencatatkan nilai eksport kayu Sarawak meningkat 26 peratus kepada RM9.1 bilion pada 2006 daripada RM7.2 bilion tahun sebelumnya. Kepentingan sektor perhutanan dan industri hutan kepada ekonomi Sarawak selain industri petroleum dapat dilihat daripada pendapatan yang dijana menerusi eksport barang perkayuan. Kayu-kayu ini banyak dieksport ke Jepun, Korea Selatan, Taiwan, India, Eropah dan Asia Barat. Jenis-jenis kayu keras yang berharga ini adalah termasuk meranti, cengal, kapur keriung, nyatuh dan bakau.
  • 2. Sejak beberapa tahun kebelakangan, pengeluaran kayu balak dari hutan semulajadi Malaysia semakin berkurangan. Ini adalah berikutan pelaksanaan amalan-amalan pengurusan hutan secara mampan yang efektif, termasuklah penguatkuasaan undang-undang, polisi-polisi serta peraturan-peraturan yang lebih ketat berkaitan dengan penebangan hutan. Kepentingan pengurusan hutan serta peranan hutan dalam mengekalkan kepelbagaian biologi sudah diperakui secara global. Kepentingan ekosistem hutan telah diberi keutamaan dalam pelbagai forum dan persidangan antarabangsa seperti Convention on Biological Diversity (CBD) dan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC). Pengurusan hutan secara mapan (Sustainable Forest Management- SFM) adalah kaedah menguruskan hutan untuk pelbagai kegunaan yang akan memberi manfaat kepada ekologi, ekonomi, alam sekitar, sosial dan nilai budaya untuk generasi kini dan akan datang. Pengurusan secara mapan adalah berpandukan prinsip kemapanan iaitu mengenal pasti kawasan ‘Hutan Pengeluaran’ dalam kawasan hutan kekal untuk pengeluaran balak secara terkawal. Pengeluaran balak juga dilakukan secara berkala untuk membolehkan pemulihan semula kawasan yang telah ditebang selain pemantauan ke atas kawasan hutan pengeluaran. Aktivit-aktiviti yang menyumbang kepada pengeluaran balak dan hasil hutan dijalankan secara teratur supaya tidak menjejaskan ekosistem hutan. Asas pengurusan hutan di Malaysia bermula dengan memperuntukkan sebahagian kawasan hutan yang luas sebagai Hutan Simpanan Kekal. Hutan Simpanan Kekal telah diwartakan untuk memastikan perlindungan dan usaha-usaha pengawasan yang ketat serta penguatkuasaan dan pencegahan yang sepatutnya, sekaligus memastikan integriti dan keselamatan kawasan-kawasan tersebut. Tanah yang telah dianggap sebagai Hutan Simpanan Kekal adalah tertakluk di bawah pengurusan mampan. Ini adalah kenyataan yang telah diterima secara universal dan telah dipetik daripada satu laporan ITTO bertajuk Status Pengurusan Hutan Tropika diterbitkan pada 2005. Kajian-kajian ITTO telah acapkali menegaskan betapa pentingnya bagi setiap negara untuk mewujudkan Hutan Simpanan Kekal.
  • 3. Selain itu, dalam melaksanakan amalan-amalan pengurusan hutan mapan dasar perhutanan Malaysia sentiasa menekankan aspek keseimbangan di antara perlindungan dan pengeluaran. Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengurusan operasi hutan telah diwujudkan dengan sepatutnya; peraturan peraturan ini menjelaskan secara terperinci tentang garis panduan menebang balak, kanun kanun amalan terbaik, inventori hutan, silvikultur dan pembinaan jalan-jalan hutan. Semua penebangan balak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang beroperasi mengikut perjanjian dan lesen yang sah. Lesen-lesen ini menetapkan kadar penebangan pokok, urutan penebangan, had saiz pokok, laluan pengangkutan, piawaian untuk pembinaan jalan dan kaedah-kaedah rawatan. Disamping itu juga, amalan-amalan pengurusan hutan secara mampan di Malaysia juga meliputi perlindungan terhadap cara hidup komuniti orang asal. Hak-hak mereka yang bergantung kepada hutan untuk hidup telah diperakui secara sah, sama seperti hak-hak penduduk setempat yang berkaitan dengan penggunaan sumber-sumber hutan untuk menampung kehidupan. Hak-hak ini telah tercatat dalam Ordinan Tanah 1930 (Sabah), Akta Orang Asli 1954, Kanun Tanah 1958 (Sarawak), Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perhutanan Negara 1984 dan lain-lain undang-undang berkaitan. Untuk mempertingkatkan lagi pelaksanaan pengurusan hutan secara mampan, Malaysia dan Belanda telah memulakan kajian perintis tentang pensijilan kayu di bawah satu Kumpulan Kerja Usahasama (Joint Working Group-JWG) pada tahun 1996. Satu set kriteria dan penunjuk (criteria and indicators–C&Is) untuk pensijilan pengurusan hutan telah diwujudkan berdasarkan kriteria dan petunjuk pengurusan hutan secara mampan ITTO. C&I ini telah digunakan dalam kajian perintis yang dilaksanakan oleh JWG tersebut. Melalui pensijilan kayu kayan, pengeluarannya sesuatu produk itu boleh diterima dan disahkan sebagai hasil dari hutan yang diuruskan secara mampan. . Piawaian pensijilan Malaysia adalah berasaskan kriteria dan petunjuk pengurusan hutan secara mampan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, piawaian ini tidak boleh dibangunkan dan dipersetujui dalam sekelip mata. Pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, organisasi akademik/penyelidikan dan pihak yang terlibat dalam industri kayu kayan di seluruh dunia perlu diambil kira.
  • 4. Cabaran utama dalam melaksanakan pengurusan hutan secara mapan adalah pembalakan haram. Pembalakan haram tidak hanya berlaku di Malaysia malah negara yang mengeksport balak seperti Indonesia turut dilanda masalah sama. Oleh sebab itu, Malaysia akan terus bekerjasama dengan Indonesia dalam usahausahanya untuk memerangi pembalakan haram. Antara contoh kerjasama antara dua pihak adalah mempertingkatkan penguatkuasaan dan mencegah penyeludupan balak haram terutamanya di sepanjang sempadan dan pesisiran pantai dan mengenakan syarat kepada para pengimport kayu balak untuk menunjukkan bukti sumber- sumber kayu yang sahih selain dari Indonesia. Malaysia sentiasa mendapatkan maklumbalas secara berterusan daripada agensi-agensi global mengenai amalan pengurusan hutan secara mampan sebagai input yang tidak ternilai dalam meningkatkan prestasi dan amalan terbaik perhutanan. Malaysia menyedari keperluan untuk mengadakan dialog secara berterusan dengan komuniti antarabangsa sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan pengurusan sumber-sumber hutan tropikanya, serta memajukan lagi pengurusan hutan secara mampan. Namun begitu, Malaysia juga menyedari bahawa pengurusan hutan secara mampan berlaku dalam peringkat-peringkat yang berbeza dalam setiap negara, terutamanya di negara-negara membangun. Oleh sebab itu, sesi dialog dan pertukaran maklumat yang kerap adalah penting untuk lebih memahami antara satu sama lain agar tindakan yang diambil seiring dengan perubahan dalam jangkaan dan harapan pemegang kepentingan. Pengurusan hutan secara mapan adalah penting untuk menjaga kestabilan ekosistem dan memastikan kelangsungan hidup flora dan fauna disamping menjana pendapatan sampingan untuk negara. Antara peranan hutan dalam ekosistem adalah mengawal perubahan iklim yang tidak menentu akhir-akhir ini melalui kawalan karbon dioksida yang terdapat di dalam atmosfera bumi. Ini kerana karbon dioksida akan dikurangkan dari atmosfera melalui serapan pada kayu-kayan, daun dan juga tanah. Hutan, malah lautan sekalipun, berupaya menyerap dan menyimpan karbon dalam jangka masa yang lama. Peranan hutan dalam menyerap, menyimpan dan membebaskan karbon adalah salah satu kunci untuk memahami kitaran karbon global dan seterusnya perubahan iklim.
  • 5. Hutan juga memainkan peranan sebagai kawasan tadahan air dengan bertindak sebagai penyerap (span) air hujan dan mengalirkannya kembali semula ke anak sungai. Dengan ini, ia bertindak sebagai penapis bagi menentukan kebersihan dan kejernihan air. Kitaran hidrologi yang berlaku di dalam hutan ini telah memberi kesan yang positif pada kuantiti dan kualiti air sungai. Kawasan hutan yang luas dapat menampung kandungan air hujan yang banyak. Air tersimpan dalam daun, batang, akar dan buah tumbuhan. Air hujan yang tidak diserap oleh tumbuhan akan mengalir ke sungai, laut, atau diempangkan supaya dapat disalurkan ke paip- paip di kawasan perumahan. Selain itu, hutan berperanan sebagai pengawal hakisan tanah dengan bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok- pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan mencengkam atau memegang butiran tanah-tanih dengan akarnya dan mengekal serta mengukuhkan struktur tanah tersebut. Berasaskan kepada keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar dan mengelakkan bencana buruk seperti banjir kilat dan tanah runtuh yang bukan sahaja merosakkan harta tetapi juga mengancam nyawa. Penebangan hutan secara tidak terkawal turut menjejaskan kemandirian flora dan fauna kerana hutan merupakan habitat mereka. Antara spsesis terancam yang terjejas akibat penebangan hutan secara tidak terkawal adalah beruang matahari, harimau, gajah dan banyak lagi. Melalui hutan simpan kekal dan penubuhan taman negara seperti Taman Negara Royal Belum, kemandirian pelbagai sepsis flora dan fauna terjamin. Selain itu, ianya turut menjana pendapatan negara melalui kegiatan eko-pelancongan yang semakin mendapat sambutan dari perlancong dari dalam dan luar negara. Disamping itu, ianya juga medium terbaik untuk mendidik masyarakat terutamanya generasi muda bertapa pentingnya peranan hutan dalam pembangunan negara. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam memastikan pengurusan dan penggunaan sumber hutan dilaksanakan secara berhemat dan lestari demi memelihara kestabilan ekosistem serta dapat mengekalkan kepelbagaian biologi yang sedia ada. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal, kita sepatutnya sedar betapa kita telah banyak menyebabkan kerosakan di atas muka bumi ini. Jadi sudah tiba
  • 6. masanya untuk kita mengambil peranan dan tanggungjawab untuk mengatasi segala kerosakan yang telah kita lakukan, di samping mempergiatkan lagi usaha-usaha dalam memakmurkan bumi dan alam sekitar. Rujukan 1. Wells, A. (2006). Country Case Study 8. Systems for Verification of Legality in the Forest Sector, Malaysia: Domestic Timber Production and Timber Imports 2. Toure, M. Is Forest Management Improving in the Tropics? 3. Balanakura, N. Malaysian Raw Wood Export Ban 4. Abdullah, A. L. “The Green Horizon” eBridgeHome.com 5. Kunbek. “Standing Tall” eBridgeHome.com, 2003 6. Kunbek. “A Life in Timber” eBridgeHome.com, 2003 7. Prussner, S. “Sound Green Policies Build Solid Relations” eBridgeHome.com, 2004 8. ITTO (2005) Status of Tropical Forest Management 2005 9. Tan, Alan K.J., Preliminary Assessment of Malaysia’s Environmental Law. Online. Retrived 15 September 1998, from http://sunsite.nus.edu.sg/apcel/dbase/malaysia/reportma/html 10. America’s Free Trade Pacts Driving Illegal Timber Trade, Destruction of Asian and Latin American Forests. Online. Retrived 15 June 2006,from http ://www. eisinternational.org/ cgi/ news/news.cgi?ttemplate&a=312