Sektor perhutanan merupakan sumber ekonomi penting bagi Malaysia. Ia melibatkan aktiviti pembalakan, penyelidikan hutan, dan pemuliharaan alam sekitar. Walau bagaimanapun, kegiatan manusia seperti pembakaran hutan, pembalakan haram, dan pembangunan tanah besar-besaran telah menyebabkan kesan negatif seperti kemusnahan ekosistem hutan, pemanasan suhu tempatan, dan kerosakan kawasan tadahan air.