Dokumen tersebut memberikan informasi mengenai konsep konservasi, cara-cara yang dilakukan untuk memelihara hutan secara bijak di Malaysia seperti penubuhan kawasan hutan simpan, penanaman semula pokok-pokok, rawatan silvikultur, undang-undang perlindungan flora, dan kerjasama antara negara-negara ASEAN.
2. Konservasi berasal dari perkataan Conservation
yang terdiri dari gabungan kata con (together) dan
servare (keep/save) yang memberi pengertian
mengenai keupayaan memelihara apa yang kita
miliki (keep/save what you have), namun secara
bijaksana (wise use). Idea ini dikemukakan oleh
Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan orang
Amerika pertama yang mengemukakan tentang
konsep konservasi. Menurut Kamus Dewan,
Konservasi didefinisikan sebagai menjaga dan
memelihara sesuatu secara tersusun bagi
mengatasi kerosakan.
3.
4. Mewartakan Hutan Simpan DanTaman
Negara.
Penanaman Semula Pokok-pokok.
Rawatan Silvilkultur.
PertubuhanAlam Sekitar.
Undang-undang Perlindungan Flora.
5. Majlis Perhutanan Negara
ditubuhkan oleh kerajaan untuk
mengurus, memelihara dan
memulihara hutan di seluruh
Malaysia. Majlis ini mengawal
semula kegiatan perhutanan dengan
menetapkan keluasan hutan yang
boleh ditebang di setiap negeri
setiap tahun. Langkah ini
memastikan kemusnahan
berlebihan tidak berlaku. Selain itu,
majlis ini akan memastika keadaan
hutan asli dikekalkan dengan
penubuhan kawasan hutan simpan,
hutan lipur, hutan perlindungan
hidupan liar dan taman negara.
6. Kawasan hutan yang telah
ditebang telah ditanam semula
dengan pokok-pokok. Penanaman
semula secara percubaan
dijalankan sejak tahun 1920-an di
Semenanjung Malaysia. Hutan
yang telah ditebang dan kawasan
yang terbiar aktivti pertanian
pindah ditanam semula dengan
spesis pokok kayu keras seperti
akasia, yemane, dan batai. Spesis
pokok-pokok ini dapat tumbesar
dengan cepat, iaitu dalam tempoh
15tahun. Projek penanaman
semula ini dijalankan di negeri-
negeri seperti Pahang, Johor,
Selangor, Negeri Sembilan , Perak ,
Terengganu, Kelantan, Sabah dan
Sarawak.
7. Rawatan silvilkultur
memastikan hanya
pokok-pokok yang
berharga yang diberi
peluang tumbuh. Pokok-
pokok yang tidak bernilai
dan bersaing dengan
pokok lain diracun atau
dipotong. Rawatan
silvilkultur dijalankan di
lading-ladang hutan.
Langkah ini bertujuan
untuk memelihara spesis
pokok yang semakin
pupus seperti cengal,
jelutong dan rotan.
8. Malaysia bekerjasama dengan
negara-negara ASEAN untuk
menjaga , memelihara dan
memulihara hutan mengikut
Persetujuan Jakarta 1981.
Badan-badan sepertiTabung
Hidupan Liar Dunia (WWF),
Persetujuan Pencinta Alam
(MNS) , dan FRIM berusaha
untuk memberikan kesedaran
kepada orang ramai tentang
pentingnya memelihara dan
memulihara alam sekitar.
9. Kerajaan negeri Sarawak
telah mengubal undang-
undang untuk
melindungi beberapa
spesis flora. Beberapa
spesis pokok bakau,
periuk kera, orkid dan
palma dan semua spesis
Rafflesia diharamkan
dipungut untuk dijual.
Hukuman berat
dikenakan terhadap
orang yang melakukan
perbuatan tersebut.