SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
1
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
BAB SATU:
KAEDAH DAN SUMBER SEJARAH
1. MAKNA DAN KONSEP SEJARAH LISAN
Definisi Sejarah Lisan
 Para sejarawan yang bersidang dalam Proceedings of the National Colloquium on
Oral History pada tahun 1966 telah bersetuju bahawa “tiada takrif sejarah lisan
yang ekslusif”. (Nadzan Haron, 2012: 74)
 Hal ini bermakna, terdapat beberapa pandangan sejarawan mengenai konsep oral
history atau sejarah lisan itu sendiri.
 Menurut A.R. Fry dan W. Baum (1969) seperti yang dipetik oleh Mohd Amin Hassan
(1974), pakar-pakar dalam bidang sejarah lisan yang bersidang pada tahun 1968
telah bersetuju untuk menerima definisi oral history (sejarah lisan) secara umum
sebagai:
“suatu metode untuk mendapat dan mengumpulkan sekumpulan
keterangan sejarah di dalam bentuk lisan, biasanya di atas pita rakaman.”
 Pendefinisian ini telah diberi bagi merujuk kepada usaha Allan Nevins iaitu seorang
ahli sejarah dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat yang dianggap sebagai
individu yang mempelopori bidang sejarah lisan pada tahun 1948.
(rujuk Mohd Amin Hassan, Akademika No. 4/1974)
Bab ini berfokus kepada:
1. Makna dan Konsep Sejarah Lisan;
2. Peranan Orang Sumber;
3. Kepentingan Sumber Lisan;
4. Sumber Lisan sebagai Sumber Sejarah;
5. Sumber Lisan sebagai Warisan yang Harus Dipelihara;
6. Perbezaan antara Sumber Lisan dan Sumber Bertulis;
7. Perdebatan antara Aliran Ranke dan Aliran Thomson
2
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
 Dalam hal ini, Allan Nevins telah melaksanakan satu inisiatif untuk mengabadikan
ingatan dan kenang-kenangan yang tidak direkodkan dalam bentuk tulisan
sebelumnya. Antara inisiatif Allan Nevins dalam merintis sejarah lisan termasuklah:
1. Menemuramah secara sistematik orang-orang Amerika yang dipercayai
mempunyai ingatan dan kenangan yang bernilai sejarah;
2. Menyalin semula temu ramah ke dalam bentuk tulisan dan disediakan
untuk kegunaan para penyelidik.
 Seterusnya, Judith Moyer (1993) mentakrifkan sejarah lisan seperti mana berikut:
“Oral history is the systematic collection of living people’s testimony
about their own experience.”
 Menurut Donald A. Ritchie (2003) pula, oral history (sejarah lisan) boleh didefinisikan
sebagai satu kaedah mengumpul memori-memori dan pengalaman yang bernilai
sejarah yang dirakamkan melalui wawancara.
 Nadzan Haron (2012) pula mentakrifkan sejarah lisan sebagai:
“Suatu daripada kaedah penyelidikan sejarah, kaedah yang
digunakan oleh penyelidik dalam mengumpul sumber sejarah (saksi kepada
sejarah) berbentuk lisan sebagai suatu cara melengkapkan rekod bertulis."
 Pusat Sejarah Lisan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2007) pula mentakrifkan
sejarah lisan sebagai satu kaedah di mana kenang-kenangan seseorang tokoh
dirakamkan secara wawancara.
3
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Konsep Sejarah Lisan
 Objektif sejarah lisan adalah untuk menghasilkan satu dokumen lisan dari
keterangan proto, keterangan saksi mata, keterangan kata dengar atau tradisi lisan
ke dalam bentuk rakaman atau transkrip.
 Sejarah lisan juga bertujuan untuk mengumpulkan memori-memori dan pengalaman
personal orang sumber yang mempunyai nilai yang signifikan dalam sesuatu isu
sejarah tertentu.
 Penggunaan sejarah lisan sebagai salah satu daripada cabang sejarah menjadi
penting disebabkan kekurangan sumber bertulis dan sumber arkeologi dalam
pengkajian sesebuah sejarah.
 Oleh itu, sejarah lisan telah memainkan peranannya dalam melengkapkan sumber-
sumber sejarah dan menjadi sumber yang menyokong kepada sumber-sumber
primer yang lainnya.
 Sebagai contoh, Thucydides ketika menulis mengenai Sejarah Perang Peloponnesia
telah mengambil kira keterangan-keterangan saksi mata (eye witnesses) yang telah
menyaksikan sendiri peristiwa peperangan tersebut.
 Sehingga kini, sejarah lisan terus menjadi popular dan berkembang terutamanya
dalam mengkaji sejarah sosial dan sejarah rakyat yang jarang didokumenkan.
Antaranya termasuklah Sejarah Perjuangan Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya
dan Sejarah Memali.
 Proses penghasilan sejarah lisan memerlukan satu kaedah yang sistematik bagi
memastikan sebuah hasilan kajian yang bernilai sejarah dan objektif. Antara proses
penting dalam sesebuah kajian sejarah lisan termasuklah:
1. Perancangan Awal Kajian;
 Menentukan tema kajian
 Gambaran dan maklumat awal mengenai kajian (pre-survey)
 Membina Kerangka atau Pemetaan Penyoalan
4
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
2. Mengenalpasti Orang Sumber;
 Menentukan orang sumber yang diyakini mempunyai maklumat
berkenaan kajian
 Menyiasat latar belakang diri orang sumber
 Pernyataan hasrat kepada orang sumber (pre-interview)
3. Proses Pengumpulan Sumber;
 Wawancara
 Melakukan rakaman
 Bahan-bahan Bantu (berkait dengan topik)
4. Proses Transkripsi;
 Memindahkan butir-butir percakapan dalam rakaman kepada
bentuk tulisan
 Mendapat persetujuan orang sumber mengenai proses
pentranskripsian
5. Pendokumentasian Sejarah;
 Kritikan Sumber
 Penulisan Hasil Kajian
6. Pengurusan Hasil Kajian;
 Rakaman disimpan secara softcopy dan hardcopy
 Penerbitan hasil kajian
 Penyimpanan hasil kajian di perpustakaan, galeri atau arkib
Konsep Proto, Saksi Mata dan Kata Dengar
 Konsep-konsep ini akan diterangkan pada bahagian 1.2 Peranan Orang Sumber.
5
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Konsep Tradisi Lisan
 Menurut Mohd Amin Hassan (1974), tradisi lisan boleh ditakrifkan sebagai semua
keterangan lisan mengenai masa lalu yang telah diperturunkan dari seorang ke
seorang dengan cara pertuturan.
 Nadzan Haron (2012) pula mentakrifkan tradisi lisan sebagai keterangan yang telah
melalui proses transmisi (penyebaran) penuturan dari mulut ke mulut dari satu
generasi ke generasi berikutnya.
 Nadzan Haron (2012) juga telah membahagikan tradisi lisan kepada tiga ciri iaitu:
i. Peristiwa/fakta dilaporkan oleh generasi ketiga dan generasi
kemudiannya;
ii. Testimoni lisan dengan penyebaran dari mulut ke mulut;
iii. Telah melalui suatu jaringan transmisi (yakni tersebar luas)
 Antara contoh tradisi lisan yang berkait dengan peristiwa sejarah yang telah berlaku
termasuklah kesengsaraan hidup di zaman Jepun, peristiwa “Bah Merah” iaitu banjir
besar di Terengganu pada tahun 1926 serta kisah-kisah perjuangan rakyat
menentang penjajah.
 Selain itu, Mohd Amin Hassan (1974) turut mengkategorikan cerita rakyat,
perbilangan adat, perumpamaan, peribahasa dan pantun sebagai tradisi lisan yang
utama di Malaysia.
 Perbilangan adat seperti Adat Perpatih misalnya diperturunkan secara lisan dari satu
generasi ke generasi berikutnya dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi berkaitan
sejarah feudal di Negeri Sembilan.
 Nadzan Haron (2012) membahagikan tradisi lisan kepada dua jenis iaitu:
1. Tradisi Lisan Terkawal:
 Tradisi seperti ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan pemegang
tradisi seperti ketua-ketua adat, ketua-ketua suku atau puak.
 Mereka mewarisi suatu tradisi lisan yang lengkap dan sama dengan
pemegang tradisi sebelumnya disebabkan keperluan adat dsb.
6
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
 Sebagai contoh termasuklah ketua-ketua adat dalam sesebuah
perbilangan adat seperti Adat Perpatih yang menghafal adat dan
istiadat yang berkaitan dengan tugas dan bidang kuasa mereka.
 Hal ini meliputi hukum-hukum dan perlembagaan adat.
2. Tradisi Lisan Tidak Terkawal:
 Penyebaran tradisi lisan secara terkawal terutamanya cerita-cerita
rakyat dan peristiwa sejarah tertentu.
 Penyebaran yang tidak terkawal seperti ini menyebabkan berlakunya
pelbagai versi akibat daripada tokok tambah oleh penurun tradisi.
Contoh Sejarah Lisan
 Terdapat pelbagai kajian berkaitan sejarah lisan yang telah dilakukan oleh para
sejarawan di seluruh dunia. Antaranya termasuklah:
1. Tulisan Thucydides berkenaan dengan Perang Peloponnesia;
2. Sejarah perkembangan komputer di I.B.M, Amerika Syarikat;
3. Projek Memori Bekas Pegawai Tanah Jajahan British oleh Universiti Oxford
(1969);
4. Projek Sejarah Gerakan Nasionalis Melayu Kiri dan Rejimen Ke-Sepuluh
Parti Komunis Malaya oleh Universiti Kebangsaan Malaysia;
5. Projek Peristiwa Berdarah di Memali;
6. Projek Peristiwa di Zaman Jepun dan BMA
7
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
2. PERANAN ORANG SUMBER
 Sumber lisan adalah keterangan tidak bertulis mengenai sesuatu peristiwa yang
telah berlaku, mengenai sesuatu ciptaan masa lampau, dan juga naratif mengenai
perkara atau pengalaman seseorang dalam peristiwa tertentu.
(Nadzan Haron, 2012: 24)
 Sumber lisan juga lebih disebut sebagai keterangan lisan.
 Keterangan lisan diperoleh melalui wawancara sama ada dengan pelaku, saksi
mata, pendengar (keterangan kata dengar), atau seseorang yang mengetahui
tentang sesuatu peristiwa, perkara atau tokoh yang dikaji.
 Individu-individu yang memberikan keterangan lisan dikenali juga sebagai orang
sumber.
 Terdapat TIGA kategori orang sumber yang utama iaitu:
1. Proto;
2. Saksi Mata (eye witnesses);
3. Kata Dengar (hearsay)
Kategori Orang Sumber dan Peranannya
1. Orang Sumber Proto:
 Orang sumber Proto merujuk kepada individu yang terlibat secara langsung dalam
sesebuah peristiwa atau perkara sebagai pelaku.
 Keterangan proto adalah sumber yang diperoleh daripada seseorang tentang
peranannya dalam perkara yang dikaji.
 Keterangan ini termasuklah keterangan tentang kenangan, pengalaman hidup dan
peranan yang telah dimainkan olehnya dalam sesebuah peristiwa hidupnya.
8
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
 Antara projek sejarah lisan yang sesuai dalam menggunakan keterangan proto
termasuklah projek biografi tokoh (wawancara tokoh itu sendiri) atau projek kajian
sesebuah peristiwa sejarah seperti mewawancara bekas ahli Parti Komunis Malaya
(PKM) bagi mendapatkan maklumat tentang peristiwa darurat dari sudut pandang
golongan kiri.
 Peranan sumber proto adalah penting sebagai sumber primer dalam mendapatkan
first-hand view daripada pelaku sesuatu peristiwa itu sendiri.
 Pengalaman dan keputusan yang diambil daripada setiap tindak-tanduk mereka
sebagai pelaku (actor) dalam sesuatu peristiwa sejarah sudah pasti akan mampu
memberikan lebih banyak maklumat penting kepada pengkaji berbanding orang-
orang sumber yang lainnya.
2. Saksi Mata (Eye-Witnesses)
 Saksi mata adalah merujuk kepada orang sumber yang tidak menjadi pelaku kepada
sesuatu peristiwa atau perkara, akan tetapi sebaliknya menjadi pemerhati kepada
sesuatu peristiwa sejarah.
 Pemerhati di sini bermaksud orang sumber tersebut melihat dan menyaksikan sendiri
dengan matanya tentang sesuatu peristiwa yang berlaku di hadapan matanya.
 Orang sumber saksi mata ini tidak mempunyai peranan dalam peristiwa berkenaan
selain menjadi pemerhati atau saksi mata kepada sesuatu kajian.
 Segala maklumat yang disampaikan oleh saksi mata adalah berdasarkan sudut
pandang dan apa yang dilihat olehnya.
 Peranannya dalam sesebuah kajian sejarah adalah untuk memperincikan dan
menceritakan semula peristiwa dan kejadian sesuatu peristiwa melalui apa yang
telah dilihat olehnya.
 Antara contoh saksi mata termasuklah orang ramai yang hadir dalam peristiwa
Rundingan Baling atau orang yang dalam sesuatu majlis yang bersejarah.
9
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
3. Orang Sumber Kata Dengar (Hearsay)
 Orang sumber kategori ini tidak terlibat langsung dengan sesebuah peristiwa sama
ada sebagai pelaku mahupun sebagai saksi mata.
 Kebiasaannya, orang sumber kategori ini memperolehi keterangan tentang sesuatu
peristiwa daripada pelaku atau saksi mata atau orang sumber kata dengar yang
lainnya.
 Oleh itu, keterangan yang diberikan oleh orang sumber ini dianggap sebagai second
hand source dan bersifat sekunder.
 Kebiasaannya, pengkaji mendapatkan keterangan daripada orang sumber kata
dengar ini apabila pelaku atau saksi mata telah meninggal dunia dan jarak masa di
antara kajian yang dibuat dengan masa kajian adalah terlalu jauh.
 Orang sumber kata dengar ini berperanan memberikan keterangan lisan
berdasarkan apa yang telah diberitahu kepadanya tentang sesuatu peristiwa atau
perkara sejarah.
 Contohnya termasuklah keterangan waris-waris kepada tokoh-tokoh pejuang
tempatan yang telah lama meninggal dunia seperti waris Mat Kilau, Tok Kenali dll.
Proses Evolusi Keterangan Lisan
 Proses transmisi (penyebaran) mengenai sesuatu peristiwa daripada mulut ke mulut
dan turun daripada satu generasi kepada generasi yang lainnya telah mewujudkan
evolusi terhadap sesebuah keterangan lisan.
 Dalam hal ini, orang-orang sumber baik daripada kategori proto, saksi mata atau
kata dengar telah memainkan peranan mereka dalam memperturunkan dan
menyebarkan sesuatu peristiwa atau perkara yang bernilai sejarah sehingga
akhirnya berubah menjadi satu tradisi lisan.
10
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Proses Evolusi Keterangan Lisan kepada Tradisi Lisan
Peristiwa atau perkara yang bersejarah
yang melibatkan orang sumber / disaksikan
oleh orang sumber
Keterangan oleh orang sumber proto / saksi
mata
(First hand reviews)
Peristiwa atau perkara yang bersejarah yang
diceritakan kepada orang kedua, ketiga
Keterangan kata dengar
(oral hearsay)
Penuturan atau penyebaran dari generasi ke
generasi sehingga membentuk jaringan
transmisi dari mulut ke mulut
Keterangan tradisi lisan
Penuturan yang terkawal (versi penceritaan
yang sama)
Kebiasaannya disebarkan kepada
pemegang tradisi seperti Ketua Adat
Tradisi Lisan Terkawal
(controlled oral tradition)
Penuturan yang tidak terkawal
(versi penceritaan yang berbeza)
Tradisi Lisan Tidak Terkawal
(uncontrolled oral tradition)
(Nadzan Haron, 2012: 26)
11
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
3. KEPENTINGAN SEJARAH LISAN
 Nadzan Haron (2012) menyenaraikan TUJUH kepentingan sejarah lisan kepada
perkembangan ilmu sejarah. Antaranya termasuklah:
1. Mengisi kekosongan yang terdapat dalam sumber tertulis dan menjadi
sumber tambahan untuk melengkapkan kajian yang mendalam dan
mantap;
2. Menjadi penyelamat dan menyediakan maklumat sejarah yang mungkin
tidak dapat diperolehi oleh pengkaji akan datang;
3. Memberi orang ramai peluang untuk mentafsirkan peranan mereka demi
mencari kebenaran sejarah;
4. Menghasilkan sumber yang istimewa yang dapat menyelami emosi
pelaku dalam peristiwa yang dialami;
5. Menjadi alternatif kepada memoir dan biografi;
6. Merakam dan menyelamatkan tradisi lisan yang semakin hilang;
7. Mempelbagaikan sumber dalam usaha memahami dan memelihara
warisan negara
Mengisi kekosongan yang terdapat dalam sumber tertulis dan menjadi sumber
tambahan untuk melengkapkan kajian yang mendalam dan mantap;
 Menurut Nadzan Haron (2012), dua masalah yang biasa dihadapi oleh seseorang
pengkaji sejarah termasuklah:
1. Terlalu kurang sumber bertulis;
2. Sumber bertulis yang kurang lengkap dan menimbulkan banyak
persoalan tentang kandungannya.
 Selain itu, terdapat juga sumber bertulis yang ditulis tidak menyeluruh dan dicatatkan
apa yang difikirkan perlu sahaja oleh pencatatnya sedangkan peristiwa sebenar
sesuatu peristiwa adalah lebih daripada apa yang dicatatkan.
12
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
 Sebagai contoh, laporan bertulis pada zaman British mengenai beberapa peristiwa
seperti penentangan terhadap Malayan Union dan peristiwa rusuhan kaum di Batu
Kikir, Batu Pahat dan Sungai Manik tidak dilaporkan secara menyeluruh dan tepat
dan sebahagiannya bagi menyembunyikan fakta.
 Malah, terdapat rekod bertulis yang dimusnahkan oleh tentera setelah kalah perang
termasuklah rekod-rekod tentera British dan Jepun ketika mereka terpaksa
menyerah kalah dalam peperangan.
 Selain itu, terdapat rekod-rekod bertulis yang dianggap sebagai propaganda dan
dikawal oleh pemerintah pada sesuatu masa. Dalam hal ini, laporan terhadap para
penentang dan golongan kiri dibuat secara berat sebelah.
 Justeru, penggunaan sumber lisan dalam kajian sejarah adalah penting bagi
mendapatkan sudut pandang yang lebih adil bagi kedua-dua belah pihak dan
mengatasi kekurangan yang terdapat dalam sumber bertulis.
 Kebanyakan sumber bertulis negara yang bersifat rahsia, sulit dan tertakluk kepada
Akta Rahsia Rasmi (OSA) menyebabkan penggunaan sumber bertulis sebagai
sumber sejarah menjadi terhad dan memerlukan penggunaan sumber lisan sebagai
alternatifnya.
 Dalam hal ini, sumber lisan tidak akan menggantikan sumber bertulis akan tetapi
sebaliknya bertindak sebagai pelengkap kepada kekurangan sesebuah sumber
bertulis. (Mohd Amin Hassan, 1974: 38)
 Dalam hal ini, peranan sumber lisan ke atas sumber bertulis termasuklah:
 Tidak semua peristiwa penting dan bersejarah itu direkodkan secara bertulis,
justeru sumber lisan digunakan dalam merakamkan peristiwa tersebut.
 Terdapat keraguan tertentu dalam sumber bertulis terutamanya yang dilihat
berat sebelah, propagandik, dan dilihat menyembunyikan fakta.
 Tidak semua rekod bertulis mengandungi maklumat yang diperlukan sebagai
bahan rujukan kajian disebabkan oleh tindakan pencatat rekod yang
melakukan pencatatan terpilih (selective recording)
13
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Menjadi penyelamat dan menyediakan maklumat sejarah yang mungkin tidak dapat
diperolehi oleh pengkaji akan datang;
 Sumber-sumber sejarah kebanyakannya tidak direkodkan dan hal ini merupakan
satu kerugian kepada sumber sejarah negara.
 Antara masalah besar sumber sejarah dalam masa kini termasuklah:
1. Orang-orang sumber yang mempunyai maklumat sejarah tidak dilakukan
pengumpulan maklumat ke atasnya sehinggalah orang sumber ini mati/hilang
memori/nyanyuk;
2. Perkembangan komunikasi melalui telefon dan internet menyebabkan surat-
menyurat, memo dan penulisan menjadi kurang mustahak. Hal ini membawa
kepada kurangnya penulisan rekod secara bertulis;
3. Individu atau tokoh tidak mempunyai kesempatan menulis memoir hidup
mereka. Kebanyakan maklumat bersejarah yang ada pada mereka akan
hilang melalui kematian atau kehilangan memori.
 Dalam hal ini, adalah penting kepada para pengkaji sejarah untuk mendekati tokoh-
tokoh dan orang-orang sumber dalam memastikan keterangan lisan mereka dapat
didokumentasikan sebagai sebuah sejarah lisan yang bertulis.
Memberi orang ramai peluang untuk mentafsirkan peranan mereka demi mencari
kebenaran sejarah;
 Kebanyakan sumber bertulis dihasilkan oleh pemerintah dan golongan atasan. Oleh
itu, kebanyakan peristiwa dilaporkan mengikut sudut pandang golongan atasan
tanpa mengambil kira pandangan yang diberikan oleh masyarakat kebanyakan.
 Selain itu, kebanyakan topik sejarah juga berlegar berkenaan pemerintah dan
pentadbiran dan sangat sedikit topik sejarah sosial dan sejarah masyarakat yang
diangkat oleh para pengkaji.
14
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
 Oleh itu, sejarah lisan berperanan dalam mendapatkan keterangan sejarah melalui
golongan masyarakat biasa seperti golongan pekerja, golongan minoriti ataupun
Orang Asli yang sebenarnya lebih banyak yang terlibat sebagai pelaku (actor)
kepada peristiwa sejarah.
 Sebagai contoh, Peristiwa Berdarah di Memali banyak dilaporkan dan menerima
pakai maklumat bertulis kerajaan dan sangat sedikit para pengkaji sejarah yang
menemui sendiri masyarakat di Kampung Memali itu sendiri untuk mengetahui
peristiwa tersebut.
 Dalam hal ini, “kebenaran sejarah” akan dapat dicapai apabila pengkaji tidak hanya
tertakluk dan bergantung kepada sumber bertulis semata-mata, akan tetapi turut
mendapatkan sumber dan keterangan pelbagai hala daripada pelbagai sumber.
 Penglibatan orang ramai dalam memberi keterangan lisan akan menyebabkan
mereka berasa dihargai dan menganggap diri mereka sebahagian daripada sejarah.
Menghasilkan sumber yang istimewa yang dapat menyelami emosi pelaku dalam
peristiwa yang dialami;
 Keterangan lisan daripada saksi proto atau saksi mata akan membolehkan pengkaji
menyelami emosi mereka terhadap sesuatu peristiwa tersebut.
 Menyelami emosi mereka adalah penting dalam menilai emosi mereka yang
mencetus kepada peristiwa sejarah yang berlaku seterusnya melakukan pengadilan
moral ke atas mereka.
15
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Menjadi alternatif kepada memoir dan autobiografi;
 Memoir atau autobiografi tokoh adalah kenang-kenangan seseorang tokoh tentang
pengalaman hidupnya dan kebiasaannya ditulis sendiri oleh tokoh atau penulis
kepercayaan.
 Kebiasaanya, penulisan memoir ini adalah mengikut cita rasa tokoh itu sendiri
dengan menyembunyikan kelemahan dirinya dan sering pula menonjolkan keegoan
diri tentang peranannya dalam sesuatu peristiwa.
 Oleh itu, penggunaan sejarah lisan dalam mengkaji peranan seseorang tokoh adalah
lebih adil dan bersifat telus berbanding penulisan memoir. Hal ini kerana, para
pengkaji tidak menyembunyikan fakta dan melakukan kajian terperinci sebelum
menerima sesuatu keterangan lisan sebagai fakta sejarah.
Merakam dan menyelamatkan tradisi lisan yang semakin hilang;
 Penulisan sejarah tidak semestinya hanya berlegar kepada tokoh ternama dan
peristiwa sezaman yang menggunakan sumber bertulis dan sumber lisan semata-
mata.
 Dalam hal ini, tradisi lisan (yang terkawal) perlu digunakan untuk dijadikan sumber
penting dalam mengkaji sejarah politik, sosial, ekonomi dan perundangan tradisional
dahulu kala seperti yang terkandung dalam perbilangan adat.
 Antaranya termasuklah perbilangan adat yang dipegang secara tradisi oleh ketua-
ketua adat dalam Masyarakat Minangkabau dan ketua-ketua suku dan adat dalam
pelbagai suku di Sabah dan Sarawak.
 Disebabkan peredaran zaman dan arus kemodenan, kebanyakan tradisi lisan ini
semakin hilang disebabkan tidak ramai ahli masyarakat yang berminat untuk
mendalami dan meneruskan tradisi lisan yang diperturunkan sejak zaman berzaman
ini.
 Oleh itu, pendokumentasian tradisi lisan ini adalah penting dalam memastikan
sejarah lisan ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
16
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Mempelbagaikan sumber dalam usaha memahami dan memelihara warisan negara;
 Sejarah lisan memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan
sumber sejarah sedia ada.
 Oleh itu, menjadi tugas para pengkaji sejarah untuk menyelamatkan apa jua
keterangan bertulis yang boleh dijadikan sebagai sumber kepada apa jua peristiwa
sejarah.
 Dalam hal ini, keterangan-keterangan lisan yang menjelaskan tentang sebab dan
akibat kepada sesuatu peristiwa perlu dipelihara sebagai suatu warisan supaya
generasi akan datang dapat mengetahui apa yang terjadi dan mengapa ia terjadi.
17
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
4. SUMBER LISAN SEBAGAI SUMBER SEJARAH
 Herodotus ketika mengkelaskan kekuatan sesebuah sumber dalam sejarah
meletakkan “apa yang telah anda diberitahu” selepas kedudukan “apa yang ada
lihat” dan “apa yang anda baca”.
 Dalam hal ini, kedudukan tingkat sumber sesebuah sumber lisan itu berada di bawah
selepas penyaksian secara langsung dan sumber bertulis. Hal ini secara tidak
langsung menunjukkan bahawa sejarawan mengiktiraf sumber lisan sebagai salah
satu sumber sejarah sejak dari dulu lagi.
 Misalnya, Thucydides ketika mengkaji dan menulis mengenai Perang Peloponnesia
antara Empayar Yunani menentang angkatan bersekutu Sparta telah menjadikan
keterangan lisan sebagai salah satu sumber sejarah yang utama.
 Beliau dalam pengembaraannya telah menemui para tentera yang pernah terlibat
dalam perang tersebut dan mengambil keterangan-keterangan mereka bagi
dimasukkan ke dalam hasil penulisannya.
 Walaubagaimanapun, terdapat satu aliran dalam sejarah yang dipelopori oleh
Leopold Von Ranke yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Objektiviti
menolak sumber lisan sebagai satu bentuk sumber sejarah. (akan dibincangkan
dengan lebih lanjut dalam Bahagian 1.7)
 Persoalannya, sejauh manakah kesaksian keterangan lisan itu mampu diterima
sebagai satu sumber sejarah seperti sumber-sumber yang lainnya?
 Dalam hal ini, keterangan lisan perlu melalui proses penilaian yang sama seperti
juga proses penilaian sumber-sumber lain (kritikan sumber) sebelum mampu
diterima sebagai sebuah sejarah yang objektif.
 Keterangan lisan penting sebagai sumber bagi mengkaji pelbagai bidang tentang
suatu masyarakat.
 Misalnya, keterangan proto dan saksi mata merupakan dua keterangan lisan yang
penting untuk mengkaji sesuatu peristiwa yang berlaku.
18
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
 Kepentingan keterangan lisan sebagai sumber lisan dapat dilihat sebagai pelengkap
kepada sumber bertulis, dan mengisi kekosongan dan kekurangan yang terdapat
kepada sumber-sumber bertulis tersebut.
 Menurut Mohd Amin Hassan (1974), walaubagaimanapun keterangan lisan sebagai
sumber sejarah tidak boleh menggantikan kedudukan sumber bertulis dari segi
tingkat sumbernya dan peranannya hanyalah untuk memperkukuh kekurangan yang
ada pada sumber bertulis.
 Selain itu, tradisi lisan terkawal berperanan besar sebagai sumber sejarah dalam
mengkaji sejarah masyarakat dari segi struktur politik, sosial, ekonomi dan
perundangan.
 Sebagai contoh termasuklah perbilangan adat seperti Adat Perpatih yang diamalkan
oleh masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Melalui tradisi penurunan adat
kepada ketua-ketua adat ini, sejarawan mampu menjadikannya sebagai satu sumber
sejarah dalam mengkaji sejarah dan struktur politik dalam masyarakat Perpatih
semenjak zaman berzaman.
 Walaubagaimanapun, penerimaan keterangan lisan sebagai sumber sejarah
memerlukan kritikan ke atas keterangan yang telah diperoleh. Hal ini kerana, setiap
keterangan tidak semestinya disampaikan secara jujur dan benar, penuh dengan
bias dan prasangka, menyembunyikan kelemahan dan kesalahan diri serta
terpengaruh dengan ego dan martabat harga diri.
 Bagi memastikan kebenaran dan kesahihan keterangan orang sumber dalam
keterangan lisan, proses kritikan sejarah dilakukan, sama seperti sumber-sumber
sejarah yang lain.
19
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
5. SEJARAH LISAN SEBAGAI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA
 Warisan merujuk kepada sesuatu yang berterusan secara turun temurun semenjak
satu generasi ke generasi yang lainnya.
 Sejarah lisan memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan
sumber sejarah sedia ada.
 Oleh itu, menjadi tugas para pengkaji sejarah untuk menyelamatkan apa jua
keterangan bertulis yang boleh dijadikan sebagai sumber kepada apa jua peristiwa
sejarah.
 Dalam hal ini, keterangan-keterangan lisan yang menjelaskan tentang sebab dan
akibat kepada sesuatu peristiwa perlu dipelihara sebagai suatu warisan supaya
generasi akan datang dapat mengetahui apa yang terjadi dan mengapa ia terjadi.
 Sebenarnya, sejarah lisan sebagai satu warisan telah lama berada dalam lingkungan
masyarakat di negara ini.
 Sebagai contoh, tradisi lisan dalam beberapa aspek seperti cerita rakyat, perbilangan
adat, perumpamaan, peribahasa dan pantun telah menjadi satu warisan turun
temurun sejak zaman berzaman di Malaysia. (Mohd Amin Hassan, 1974)
 Sebahagiannya telah diperturunkan secara terkawal seperti perbilangan adat dalam
masyarakat Perpatih sehinggalah perbilangan adat Perpatih ini dijadikan asas dalam
Perlembagaan Negeri Sembilan yang bertulis pada hari ini.
 Sebahagiannya pula telah diperturunkan secara tidak terkawal sehingga muncul
pelbagai versi dan tokok tambah sehingga kebenaran peristiwa tersebut dipertikaikan
dan hanya dianggap sebagai mitos, etos mahupun lagenda.
 Memelihara tradisi lisan sebagai warisan pada zaman moden seperti ini memerlukan
pendokumentasian tradisi-tradisi ini secara bertulis dan didokumentasikan sebagai
salah satu sumber sejarah yang utama untuk rujukan generasi yang akan datang.
20
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
6. PERBEZAAN ANTARA SUMBER LISAN DAN SUMBER BERTULIS
SUMBER LISAN
Definisi
SUMBER BERTULIS
Keterangan sejarah yang
diperolehi secara lisan biasanya
dalam bentuk rakaman.
Sumber sejarah yang diperoleh
melalui rekod-rekod bertulis
yang mengandungi keterangan
sejarah.
Sumber sejarah yang hanya
menjadi penyokong kepada
sumber bertulis serta mengisi
kekosongan dan kekurangan
yang ada pada sumber bertulis.
Tingkat Sumber
Sumber sejarah yang utama.
Herodotus meletakkan dalam
hierarki paling tinggi.
Para sejarawan moden
menjadikannya sebagai tingkat
sumber terpenting.
Terbahagi kepada dua iaitu
sumber primer yang melibatkan
keterangan proto dan saksi
mata.
Keterangan kata dengar pula
adalah sumber sekunder.
Kategori Sumber
Sumber bertulis adalah sumber
primer meliputi manuskrip,
surat, catatan harian, rekod
kerajaan, surat perjanjian dll.
Sumber sekunder bertulis
jarang digunakan untuk kajian
sejarah melainkan untuk tujuan
perbandingan dan hujah.
Melalui prosese wawancara
dengan orang sumber,
kemudiannya ditranskripsi dan
dikritik sebelum
didokumentasikan.
Proses Penyelidikan
Melalui proses kritikan sumber,
tafsiran (verbal, etnolinguistik,
teknikal, psikologikal dan fakta)
sebelum boleh dijadikan
sumber yang boleh digunakan.
Keterangan lisan kebiasaannya
dipengaruhi emosi, bias,
memori yang lemah serta
penyembunyian fakta.
Objektiviti
Lebih bersifat objektif kerana
kebanyakan sumber bertulis
bersifat fakta bertulis
terutamanya rekod-rekod
kerajaan.
21
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Transmisi berlaku dari mulut ke
mulut yang kemudiannya
sebahagiannya diturunkan dari
generasi ke generasi yang
akhirnya membawa kepada
tradisi lisan.
Akses dan Transmisi
(Penyebaran)
Bersifat statik. Akses kepada
sumber bertulis sebahagiannya
bersifat prosedural dan sulit
kerana kerahsiaan dan
keselamatan.
Singkat sekiranya tiada usaha
pengkajian dan
pendokumentasian. Penurunan
dan transmisi secara turun
temurun akan menjadikannya
sebagai tradisi lisan tidak
terkawal yang tidak lagi
berguna sebagai sumber
sejarah.
Keterlangsungan
(continuity)
Bersifat keterlangsungan
(continuity) merentas masa
melalui proses penyimpanan
yang bersistematik pada arkib.
Hanya dianggap sepenuhnya
tulen apabila keterangan lisan
disampaikan oleh sumber proto
dan saksi mata.
Saksi-saksi ini agak sukar
diperoleh dan hampir tiada
untuk peristiwa lama yang
merentasi zaman.
Ketulenan
(originality)
Bersifat tulen yang
kebiasaannya adalah sumber
primer dan sekunder.
Ditolak oleh sebahagian
sejarawan terutamanya Aliran
Objektif yang dipelopori Leopold
Von Ranke.
Pengkaji sejarah juga jarang
menjadikan sumber lisan
sebagai sumber kajian mereka.
Keutamaan
Diterima oleh kesemua ahli
sejarah sebagai tingkat sumber
paling utama dan digunakan
secara meluas sebagai sumber
sejarah.
22
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
7. PERDEBATAN ANTARA ALIRAN RANKE DAN ALIRAN THOMSON
Aliran Ranke
 Terdapat satu aliran sejarah moden dalam ilmu sejarah yang melihat sejarah sebagai
satu disiplin ilmu yang sistematik dan saintifik.
 Aliran ini telah dipelopori oleh Leopold Von Ranke dan menggelarkan mereka
sebagai Aliran Objektivisme. (R.Suntharalingam,1982)
 Aliran objektif ini menganggap sejarah “sebagai mana yang berlaku” dan
mengetengahkan prinsip sejarah berasaskan fakta dan kenyataan sebenar tanpa
penokokan dan penambahan.
 Ahli-ahli objektivis memperjuangkan sejarah yang ditulis berdasarkan fakta sebenar
serta bebas daripada dipengaruhi perasaan, bias, emosi dan prasangka.
 Louis Gottschalk misalnya menganggap sejarah yang objektif sebagai sejarah yang
bebas daripada memihak kepada sesiapa dan reaksi peribadi seseorang.
 Menurut pandangan Leopold Von Ranke, sejarah yang objektif perlulah mengikuti
garis panduan berikut iaitu:
1. Mengenepikan terus pengadilan moral yang dianggapnya membawa kepada
kemasukan unsur berat sebelah dan prasangka sezaman;
2. Penggunaan sumber sejarah berdasarkan sumber dan dokumen yang benar-
benar asli sahaja;
3. Menolak unsur penilaian peribadi, mitos dan lagenda;
4. Sumber-sumber yang penting adalah buku kenangan, catatan harian, surat-
surat, laporan diplomatik serta gambaran asli saksi-saksi.
5. Menganggap rekod-rekod kerajaan sebagai tingkat sumber paling tinggi
(R.Suntharalingam, 1982)
6. Sejarah tidak wujud tanpa dokumen (bukti)
 Disebabkan objektiviti yang dipentingkan oleh ahli-ahli objektivis, penggunaan
keterangan lisan sebagai sumber sejarah tidak begitu disokong dan sebahagiannya
ditolak.
23
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
 Walaubagaimanapun, Ranke misalnya masih menerima keterangan-keterangan
pelaku sejarah (keterangan proto) dan keterangan saksi mata iaitu orang yang
benar-benar mengalami dan melihat sesuatu peristiwa dan mampu
menggambarkannya semula.
 Golongan objektivis menolak sejarah lisan yang bersifat kata dengar (oral hearsay)
yang dianggap tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Hal ini disebabkan orang
sumber kata dengar tidak mempunyai keupayaan menceritakan gambaran yang
sebenarnya berdasarkan yang terjadi serta keterangan yang bergantung kepada
pendengarannya semata-mata sebelum ini.
 Tradisi lisan (oral history) dan folkfore ditolak sebagai sumber sejarah.
 Golongan objektivis menolak keterangan lisan yang dipengaruhi emosi,
berkecenderungan, bias serta memihak.
Aliran Thomson
 Pada tahun 1890-an, muncul golongan subjektivis yang mempertikaikan kemampuan
ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan sejarah yang benar-benar objektif
disebabkan kecenderungan semula jadi manusia yang sesuatu yang dianggap
penting dan mengenetepikan sesuatu yang dianggap tidak penting.
 Selain itu, muncul pula satu lagi aliran baharu dalam sejarah yang mengangkat
keterangan lisan sebagai satu sumber sejarah yang penting dan dipelopori oleh
Allistair Thomson, seorang sejarawan British.
 Aliran sejarah lisan dalam sejarah sebenarnya telah dimulakan oleh Allan Nevins,
seorang ahli sejarah dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat bermula tahun 1948.
 Walaubagaimanapun, perkembangan aliran lisan ini berkembang pesat di London
sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.
24
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
 Kemunculan aliran oralist di Britain telah menerima kritikan hebat daripada golongan
objektivis dan menimbulkan perdebatan.
 Misalnya, Harold Perkin pada tahun 1976 telah memperjuangkan “sejarah dari
bawah” dengan mengangkat tema sejarah rakyat marhaen dan sejarah kaum buruh
di United Kingdom.
 Usaha ini adalah dilihat menyaingi golongan objektivis yang melihat sejarah dari
ruang lingkup pemerintah dan negara dan kurang memberi penekanan terhadap
sejarah kemasyarakatan dan sosial.
 Usaha yang cuba diketengahkan oleh Aliran Lisan ini dianggap selari dengan Aliran
Annales yang memperjuangkan sejarah merentasi kelas dan sejarah yang
disembunyikan.
 Antara perdebatan utama yang ditimbul oleh golongan objektivis terhadap golongan
aliran oralist adalah berkait dengan isu “memori dalam sejarah”.
 Golongan objektivis berpendapat, memori yang menjadi kunci utama kepada
keterangan lisan adalah tidak boleh dipercayai disebabkan kekangan tempoh masa,
kehilangan memori oleh orang sumber merentasi masa serta kecenderungan
peribadi (personal bias) oleh interviewer dan interviewee.
 Walaubagaimanapun, golongan oralist menolak kritikan golongan objektivis dengan
mengemukakan The Handbook of Oral History yang memperincikan kaedah kajian
sejarah lisan yang dianggap tidak terkeluar daripada penyelidikan sejarah yang
saintifik.
 Malah menurut golongan oralist, persoalan bias dan memihak serta kelemahan
ingatan orang sumber boleh diatasi melalui kaedah penyelidikan sejarah sedia ada
termasuk mengkritik sumber, banding silang dan merujuk sumber yang pelbagai.
 Selain itu, golongan oralist berpandangan bahawa kebanyakan ruang sejarah masih
berada di kotak pemikiran manusia yang tidak didokumenkan dan diselidiki.
Akhirnya, banyak sumber-sumber sejarah yang boleh diusahakan lenyap ditelan
zaman dan hal ini adalah sesuatu yang merugikan kepada ilmu sejarah itu sendiri.
25
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
 Keperluan sejarah lisan juga diperjuangkan bagi menulis sejarah golongan bawah
seperti golongan marhaen, golongan pekerja dan golongan minoriti dalam usaha
mempelbagaikan lagi topik dan ruang lingkup sejarah.
 Masalahnya, kebanyakan sejarah bawahan seperti ini tidak boleh didapati melalui
rekod secara bertulis. Justeru, penggunaan keterangan lisan sebagai sumber
sejarah menjadi semakin penting dan berkembang sehingga ke hari ini.

More Related Content

What's hot

Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafisAlif Akram
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Alif Akram
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docxfiro HAR
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordNur Leana Burn
 
Sejarah Lisan Tajuk 2
Sejarah Lisan Tajuk 2Sejarah Lisan Tajuk 2
Sejarah Lisan Tajuk 2Alif Akram
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )FaFai S.
 
Filologi Dalam Sejarah
Filologi Dalam SejarahFilologi Dalam Sejarah
Filologi Dalam SejarahAlif Akram
 
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063FaFai S.
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomAutdrey Yna
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 

What's hot (20)

Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafis
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
 
Sejarah Lisan Tajuk 2
Sejarah Lisan Tajuk 2Sejarah Lisan Tajuk 2
Sejarah Lisan Tajuk 2
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
Pensejarahan malaysia ( Corak Penulisan Koloniah Bersifat Euro-Centric )
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Filologi Dalam Sejarah
Filologi Dalam SejarahFilologi Dalam Sejarah
Filologi Dalam Sejarah
 
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 

Similar to SEJARAH LISAN

prinsip dasar penelitian sejarah lisan
prinsip dasar penelitian sejarah lisanprinsip dasar penelitian sejarah lisan
prinsip dasar penelitian sejarah lisanAlfiyakinbisa Ayunina
 
prinsip dasar penelitian sejarah lisan
prinsip dasar penelitian sejarah lisanprinsip dasar penelitian sejarah lisan
prinsip dasar penelitian sejarah lisanAlfiyakinbisa Ayunina
 
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docxfiro HAR
 
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarahMakalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarahSayyidina Ali
 
Tugas sejarah 12 ips 4
Tugas sejarah 12 ips 4Tugas sejarah 12 ips 4
Tugas sejarah 12 ips 4Mitha Ye Es
 
Kel 4 makalah konsep dasar ips sejarah (baru)
Kel 4 makalah konsep dasar ips sejarah (baru)Kel 4 makalah konsep dasar ips sejarah (baru)
Kel 4 makalah konsep dasar ips sejarah (baru)Mitha Ye Es
 
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.pptHendiSuhendi30
 
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptxBAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptxKuswoyoGumilang
 
pptmodul1kb2-191125142350.pptx
pptmodul1kb2-191125142350.pptxpptmodul1kb2-191125142350.pptx
pptmodul1kb2-191125142350.pptxEstiPramiati1
 
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahSumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahmunir ikhwan
 
Bab 1 sejarah dan kita
Bab 1 sejarah dan kitaBab 1 sejarah dan kita
Bab 1 sejarah dan kitaSMJK
 
STKIP US mata kuliah wacana
STKIP US mata kuliah wacanaSTKIP US mata kuliah wacana
STKIP US mata kuliah wacanaMakarina
 
Sejarahtingkatan1bab1
Sejarahtingkatan1bab1Sejarahtingkatan1bab1
Sejarahtingkatan1bab1Zahari Rusdi
 
Sejarah Ting 1,Bab 1 2007
Sejarah Ting 1,Bab 1 2007Sejarah Ting 1,Bab 1 2007
Sejarah Ting 1,Bab 1 2007Zahari Rusdi
 

Similar to SEJARAH LISAN (20)

prinsip dasar penelitian sejarah lisan
prinsip dasar penelitian sejarah lisanprinsip dasar penelitian sejarah lisan
prinsip dasar penelitian sejarah lisan
 
prinsip dasar penelitian sejarah lisan
prinsip dasar penelitian sejarah lisanprinsip dasar penelitian sejarah lisan
prinsip dasar penelitian sejarah lisan
 
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
 
Nota 3
Nota 3Nota 3
Nota 3
 
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarahMakalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
 
Sejarah bersifat kajian
Sejarah bersifat kajianSejarah bersifat kajian
Sejarah bersifat kajian
 
Tugas sejarah 12 ips 4
Tugas sejarah 12 ips 4Tugas sejarah 12 ips 4
Tugas sejarah 12 ips 4
 
Kel 4 makalah konsep dasar ips sejarah (baru)
Kel 4 makalah konsep dasar ips sejarah (baru)Kel 4 makalah konsep dasar ips sejarah (baru)
Kel 4 makalah konsep dasar ips sejarah (baru)
 
Etnografi 07052014
Etnografi 07052014Etnografi 07052014
Etnografi 07052014
 
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
 
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptxBAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
 
pptmodul1kb2-191125142350.pptx
pptmodul1kb2-191125142350.pptxpptmodul1kb2-191125142350.pptx
pptmodul1kb2-191125142350.pptx
 
Klasifikasi sumber sejarah
Klasifikasi sumber sejarahKlasifikasi sumber sejarah
Klasifikasi sumber sejarah
 
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahSumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
 
Ppt modul 1 kb 2
Ppt modul 1 kb 2Ppt modul 1 kb 2
Ppt modul 1 kb 2
 
Bab 1 sejarah dan kita
Bab 1 sejarah dan kitaBab 1 sejarah dan kita
Bab 1 sejarah dan kita
 
STKIP US mata kuliah wacana
STKIP US mata kuliah wacanaSTKIP US mata kuliah wacana
STKIP US mata kuliah wacana
 
Sejarahtingkatan1bab1
Sejarahtingkatan1bab1Sejarahtingkatan1bab1
Sejarahtingkatan1bab1
 
Sejarah Ting 1,Bab 1 2007
Sejarah Ting 1,Bab 1 2007Sejarah Ting 1,Bab 1 2007
Sejarah Ting 1,Bab 1 2007
 
Kelompok 7
Kelompok 7Kelompok 7
Kelompok 7
 

More from Alif Akram

TPACK In Education
TPACK In EducationTPACK In Education
TPACK In EducationAlif Akram
 
kelebihan Menggunakan Flash Card Dalam Sejarah
kelebihan Menggunakan Flash Card Dalam Sejarahkelebihan Menggunakan Flash Card Dalam Sejarah
kelebihan Menggunakan Flash Card Dalam SejarahAlif Akram
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranAlif Akram
 
SJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah Melayu
SJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah MelayuSJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah Melayu
SJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah MelayuAlif Akram
 
Pengenalan Keusahawanan - RBT
Pengenalan Keusahawanan - RBTPengenalan Keusahawanan - RBT
Pengenalan Keusahawanan - RBTAlif Akram
 
Pengeluaran dan Pengurusan Inventori Dalam Perniagaan
Pengeluaran dan Pengurusan Inventori Dalam PerniagaanPengeluaran dan Pengurusan Inventori Dalam Perniagaan
Pengeluaran dan Pengurusan Inventori Dalam PerniagaanAlif Akram
 
Campuran Pemasaran - Promosi Perniagaan
Campuran Pemasaran - Promosi PerniagaanCampuran Pemasaran - Promosi Perniagaan
Campuran Pemasaran - Promosi PerniagaanAlif Akram
 
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)Alif Akram
 
Fungsi Pengurusan Dalam Perniagaan RBT1054
Fungsi Pengurusan Dalam Perniagaan RBT1054Fungsi Pengurusan Dalam Perniagaan RBT1054
Fungsi Pengurusan Dalam Perniagaan RBT1054Alif Akram
 
Aktiviti Perniagaan RBT 1054
Aktiviti Perniagaan RBT 1054Aktiviti Perniagaan RBT 1054
Aktiviti Perniagaan RBT 1054Alif Akram
 
Entiti Perniagaan
Entiti PerniagaanEntiti Perniagaan
Entiti PerniagaanAlif Akram
 
Perniagaan Dan Persekitaran
Perniagaan Dan Persekitaran Perniagaan Dan Persekitaran
Perniagaan Dan Persekitaran Alif Akram
 
Asas Perniagaan Dan Keusahawanan
Asas Perniagaan Dan KeusahawananAsas Perniagaan Dan Keusahawanan
Asas Perniagaan Dan KeusahawananAlif Akram
 
Interpersonal dan Intrapersonal
Interpersonal dan IntrapersonalInterpersonal dan Intrapersonal
Interpersonal dan IntrapersonalAlif Akram
 
Wacana Penulisan
Wacana Penulisan Wacana Penulisan
Wacana Penulisan Alif Akram
 
Perjanjian Perdagangan
Perjanjian PerdaganganPerjanjian Perdagangan
Perjanjian PerdaganganAlif Akram
 
Pensejarahan Malaysia Bab 5
Pensejarahan Malaysia Bab 5Pensejarahan Malaysia Bab 5
Pensejarahan Malaysia Bab 5Alif Akram
 
Pensejarahan Malaysia bab 4
Pensejarahan Malaysia bab 4Pensejarahan Malaysia bab 4
Pensejarahan Malaysia bab 4Alif Akram
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedahAlif Akram
 
Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah Alif Akram
 

More from Alif Akram (20)

TPACK In Education
TPACK In EducationTPACK In Education
TPACK In Education
 
kelebihan Menggunakan Flash Card Dalam Sejarah
kelebihan Menggunakan Flash Card Dalam Sejarahkelebihan Menggunakan Flash Card Dalam Sejarah
kelebihan Menggunakan Flash Card Dalam Sejarah
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
SJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah Melayu
SJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah MelayuSJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah Melayu
SJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah Melayu
 
Pengenalan Keusahawanan - RBT
Pengenalan Keusahawanan - RBTPengenalan Keusahawanan - RBT
Pengenalan Keusahawanan - RBT
 
Pengeluaran dan Pengurusan Inventori Dalam Perniagaan
Pengeluaran dan Pengurusan Inventori Dalam PerniagaanPengeluaran dan Pengurusan Inventori Dalam Perniagaan
Pengeluaran dan Pengurusan Inventori Dalam Perniagaan
 
Campuran Pemasaran - Promosi Perniagaan
Campuran Pemasaran - Promosi PerniagaanCampuran Pemasaran - Promosi Perniagaan
Campuran Pemasaran - Promosi Perniagaan
 
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
 
Fungsi Pengurusan Dalam Perniagaan RBT1054
Fungsi Pengurusan Dalam Perniagaan RBT1054Fungsi Pengurusan Dalam Perniagaan RBT1054
Fungsi Pengurusan Dalam Perniagaan RBT1054
 
Aktiviti Perniagaan RBT 1054
Aktiviti Perniagaan RBT 1054Aktiviti Perniagaan RBT 1054
Aktiviti Perniagaan RBT 1054
 
Entiti Perniagaan
Entiti PerniagaanEntiti Perniagaan
Entiti Perniagaan
 
Perniagaan Dan Persekitaran
Perniagaan Dan Persekitaran Perniagaan Dan Persekitaran
Perniagaan Dan Persekitaran
 
Asas Perniagaan Dan Keusahawanan
Asas Perniagaan Dan KeusahawananAsas Perniagaan Dan Keusahawanan
Asas Perniagaan Dan Keusahawanan
 
Interpersonal dan Intrapersonal
Interpersonal dan IntrapersonalInterpersonal dan Intrapersonal
Interpersonal dan Intrapersonal
 
Wacana Penulisan
Wacana Penulisan Wacana Penulisan
Wacana Penulisan
 
Perjanjian Perdagangan
Perjanjian PerdaganganPerjanjian Perdagangan
Perjanjian Perdagangan
 
Pensejarahan Malaysia Bab 5
Pensejarahan Malaysia Bab 5Pensejarahan Malaysia Bab 5
Pensejarahan Malaysia Bab 5
 
Pensejarahan Malaysia bab 4
Pensejarahan Malaysia bab 4Pensejarahan Malaysia bab 4
Pensejarahan Malaysia bab 4
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedah
 
Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah
 

Recently uploaded

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 

Recently uploaded (20)

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 

SEJARAH LISAN

  • 1. 1 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 BAB SATU: KAEDAH DAN SUMBER SEJARAH 1. MAKNA DAN KONSEP SEJARAH LISAN Definisi Sejarah Lisan  Para sejarawan yang bersidang dalam Proceedings of the National Colloquium on Oral History pada tahun 1966 telah bersetuju bahawa “tiada takrif sejarah lisan yang ekslusif”. (Nadzan Haron, 2012: 74)  Hal ini bermakna, terdapat beberapa pandangan sejarawan mengenai konsep oral history atau sejarah lisan itu sendiri.  Menurut A.R. Fry dan W. Baum (1969) seperti yang dipetik oleh Mohd Amin Hassan (1974), pakar-pakar dalam bidang sejarah lisan yang bersidang pada tahun 1968 telah bersetuju untuk menerima definisi oral history (sejarah lisan) secara umum sebagai: “suatu metode untuk mendapat dan mengumpulkan sekumpulan keterangan sejarah di dalam bentuk lisan, biasanya di atas pita rakaman.”  Pendefinisian ini telah diberi bagi merujuk kepada usaha Allan Nevins iaitu seorang ahli sejarah dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat yang dianggap sebagai individu yang mempelopori bidang sejarah lisan pada tahun 1948. (rujuk Mohd Amin Hassan, Akademika No. 4/1974) Bab ini berfokus kepada: 1. Makna dan Konsep Sejarah Lisan; 2. Peranan Orang Sumber; 3. Kepentingan Sumber Lisan; 4. Sumber Lisan sebagai Sumber Sejarah; 5. Sumber Lisan sebagai Warisan yang Harus Dipelihara; 6. Perbezaan antara Sumber Lisan dan Sumber Bertulis; 7. Perdebatan antara Aliran Ranke dan Aliran Thomson
  • 2. 2 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013  Dalam hal ini, Allan Nevins telah melaksanakan satu inisiatif untuk mengabadikan ingatan dan kenang-kenangan yang tidak direkodkan dalam bentuk tulisan sebelumnya. Antara inisiatif Allan Nevins dalam merintis sejarah lisan termasuklah: 1. Menemuramah secara sistematik orang-orang Amerika yang dipercayai mempunyai ingatan dan kenangan yang bernilai sejarah; 2. Menyalin semula temu ramah ke dalam bentuk tulisan dan disediakan untuk kegunaan para penyelidik.  Seterusnya, Judith Moyer (1993) mentakrifkan sejarah lisan seperti mana berikut: “Oral history is the systematic collection of living people’s testimony about their own experience.”  Menurut Donald A. Ritchie (2003) pula, oral history (sejarah lisan) boleh didefinisikan sebagai satu kaedah mengumpul memori-memori dan pengalaman yang bernilai sejarah yang dirakamkan melalui wawancara.  Nadzan Haron (2012) pula mentakrifkan sejarah lisan sebagai: “Suatu daripada kaedah penyelidikan sejarah, kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam mengumpul sumber sejarah (saksi kepada sejarah) berbentuk lisan sebagai suatu cara melengkapkan rekod bertulis."  Pusat Sejarah Lisan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2007) pula mentakrifkan sejarah lisan sebagai satu kaedah di mana kenang-kenangan seseorang tokoh dirakamkan secara wawancara.
  • 3. 3 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 Konsep Sejarah Lisan  Objektif sejarah lisan adalah untuk menghasilkan satu dokumen lisan dari keterangan proto, keterangan saksi mata, keterangan kata dengar atau tradisi lisan ke dalam bentuk rakaman atau transkrip.  Sejarah lisan juga bertujuan untuk mengumpulkan memori-memori dan pengalaman personal orang sumber yang mempunyai nilai yang signifikan dalam sesuatu isu sejarah tertentu.  Penggunaan sejarah lisan sebagai salah satu daripada cabang sejarah menjadi penting disebabkan kekurangan sumber bertulis dan sumber arkeologi dalam pengkajian sesebuah sejarah.  Oleh itu, sejarah lisan telah memainkan peranannya dalam melengkapkan sumber- sumber sejarah dan menjadi sumber yang menyokong kepada sumber-sumber primer yang lainnya.  Sebagai contoh, Thucydides ketika menulis mengenai Sejarah Perang Peloponnesia telah mengambil kira keterangan-keterangan saksi mata (eye witnesses) yang telah menyaksikan sendiri peristiwa peperangan tersebut.  Sehingga kini, sejarah lisan terus menjadi popular dan berkembang terutamanya dalam mengkaji sejarah sosial dan sejarah rakyat yang jarang didokumenkan. Antaranya termasuklah Sejarah Perjuangan Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya dan Sejarah Memali.  Proses penghasilan sejarah lisan memerlukan satu kaedah yang sistematik bagi memastikan sebuah hasilan kajian yang bernilai sejarah dan objektif. Antara proses penting dalam sesebuah kajian sejarah lisan termasuklah: 1. Perancangan Awal Kajian;  Menentukan tema kajian  Gambaran dan maklumat awal mengenai kajian (pre-survey)  Membina Kerangka atau Pemetaan Penyoalan
  • 4. 4 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 2. Mengenalpasti Orang Sumber;  Menentukan orang sumber yang diyakini mempunyai maklumat berkenaan kajian  Menyiasat latar belakang diri orang sumber  Pernyataan hasrat kepada orang sumber (pre-interview) 3. Proses Pengumpulan Sumber;  Wawancara  Melakukan rakaman  Bahan-bahan Bantu (berkait dengan topik) 4. Proses Transkripsi;  Memindahkan butir-butir percakapan dalam rakaman kepada bentuk tulisan  Mendapat persetujuan orang sumber mengenai proses pentranskripsian 5. Pendokumentasian Sejarah;  Kritikan Sumber  Penulisan Hasil Kajian 6. Pengurusan Hasil Kajian;  Rakaman disimpan secara softcopy dan hardcopy  Penerbitan hasil kajian  Penyimpanan hasil kajian di perpustakaan, galeri atau arkib Konsep Proto, Saksi Mata dan Kata Dengar  Konsep-konsep ini akan diterangkan pada bahagian 1.2 Peranan Orang Sumber.
  • 5. 5 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 Konsep Tradisi Lisan  Menurut Mohd Amin Hassan (1974), tradisi lisan boleh ditakrifkan sebagai semua keterangan lisan mengenai masa lalu yang telah diperturunkan dari seorang ke seorang dengan cara pertuturan.  Nadzan Haron (2012) pula mentakrifkan tradisi lisan sebagai keterangan yang telah melalui proses transmisi (penyebaran) penuturan dari mulut ke mulut dari satu generasi ke generasi berikutnya.  Nadzan Haron (2012) juga telah membahagikan tradisi lisan kepada tiga ciri iaitu: i. Peristiwa/fakta dilaporkan oleh generasi ketiga dan generasi kemudiannya; ii. Testimoni lisan dengan penyebaran dari mulut ke mulut; iii. Telah melalui suatu jaringan transmisi (yakni tersebar luas)  Antara contoh tradisi lisan yang berkait dengan peristiwa sejarah yang telah berlaku termasuklah kesengsaraan hidup di zaman Jepun, peristiwa “Bah Merah” iaitu banjir besar di Terengganu pada tahun 1926 serta kisah-kisah perjuangan rakyat menentang penjajah.  Selain itu, Mohd Amin Hassan (1974) turut mengkategorikan cerita rakyat, perbilangan adat, perumpamaan, peribahasa dan pantun sebagai tradisi lisan yang utama di Malaysia.  Perbilangan adat seperti Adat Perpatih misalnya diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi berikutnya dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi berkaitan sejarah feudal di Negeri Sembilan.  Nadzan Haron (2012) membahagikan tradisi lisan kepada dua jenis iaitu: 1. Tradisi Lisan Terkawal:  Tradisi seperti ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan pemegang tradisi seperti ketua-ketua adat, ketua-ketua suku atau puak.  Mereka mewarisi suatu tradisi lisan yang lengkap dan sama dengan pemegang tradisi sebelumnya disebabkan keperluan adat dsb.
  • 6. 6 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013  Sebagai contoh termasuklah ketua-ketua adat dalam sesebuah perbilangan adat seperti Adat Perpatih yang menghafal adat dan istiadat yang berkaitan dengan tugas dan bidang kuasa mereka.  Hal ini meliputi hukum-hukum dan perlembagaan adat. 2. Tradisi Lisan Tidak Terkawal:  Penyebaran tradisi lisan secara terkawal terutamanya cerita-cerita rakyat dan peristiwa sejarah tertentu.  Penyebaran yang tidak terkawal seperti ini menyebabkan berlakunya pelbagai versi akibat daripada tokok tambah oleh penurun tradisi. Contoh Sejarah Lisan  Terdapat pelbagai kajian berkaitan sejarah lisan yang telah dilakukan oleh para sejarawan di seluruh dunia. Antaranya termasuklah: 1. Tulisan Thucydides berkenaan dengan Perang Peloponnesia; 2. Sejarah perkembangan komputer di I.B.M, Amerika Syarikat; 3. Projek Memori Bekas Pegawai Tanah Jajahan British oleh Universiti Oxford (1969); 4. Projek Sejarah Gerakan Nasionalis Melayu Kiri dan Rejimen Ke-Sepuluh Parti Komunis Malaya oleh Universiti Kebangsaan Malaysia; 5. Projek Peristiwa Berdarah di Memali; 6. Projek Peristiwa di Zaman Jepun dan BMA
  • 7. 7 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 2. PERANAN ORANG SUMBER  Sumber lisan adalah keterangan tidak bertulis mengenai sesuatu peristiwa yang telah berlaku, mengenai sesuatu ciptaan masa lampau, dan juga naratif mengenai perkara atau pengalaman seseorang dalam peristiwa tertentu. (Nadzan Haron, 2012: 24)  Sumber lisan juga lebih disebut sebagai keterangan lisan.  Keterangan lisan diperoleh melalui wawancara sama ada dengan pelaku, saksi mata, pendengar (keterangan kata dengar), atau seseorang yang mengetahui tentang sesuatu peristiwa, perkara atau tokoh yang dikaji.  Individu-individu yang memberikan keterangan lisan dikenali juga sebagai orang sumber.  Terdapat TIGA kategori orang sumber yang utama iaitu: 1. Proto; 2. Saksi Mata (eye witnesses); 3. Kata Dengar (hearsay) Kategori Orang Sumber dan Peranannya 1. Orang Sumber Proto:  Orang sumber Proto merujuk kepada individu yang terlibat secara langsung dalam sesebuah peristiwa atau perkara sebagai pelaku.  Keterangan proto adalah sumber yang diperoleh daripada seseorang tentang peranannya dalam perkara yang dikaji.  Keterangan ini termasuklah keterangan tentang kenangan, pengalaman hidup dan peranan yang telah dimainkan olehnya dalam sesebuah peristiwa hidupnya.
  • 8. 8 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013  Antara projek sejarah lisan yang sesuai dalam menggunakan keterangan proto termasuklah projek biografi tokoh (wawancara tokoh itu sendiri) atau projek kajian sesebuah peristiwa sejarah seperti mewawancara bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) bagi mendapatkan maklumat tentang peristiwa darurat dari sudut pandang golongan kiri.  Peranan sumber proto adalah penting sebagai sumber primer dalam mendapatkan first-hand view daripada pelaku sesuatu peristiwa itu sendiri.  Pengalaman dan keputusan yang diambil daripada setiap tindak-tanduk mereka sebagai pelaku (actor) dalam sesuatu peristiwa sejarah sudah pasti akan mampu memberikan lebih banyak maklumat penting kepada pengkaji berbanding orang- orang sumber yang lainnya. 2. Saksi Mata (Eye-Witnesses)  Saksi mata adalah merujuk kepada orang sumber yang tidak menjadi pelaku kepada sesuatu peristiwa atau perkara, akan tetapi sebaliknya menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa sejarah.  Pemerhati di sini bermaksud orang sumber tersebut melihat dan menyaksikan sendiri dengan matanya tentang sesuatu peristiwa yang berlaku di hadapan matanya.  Orang sumber saksi mata ini tidak mempunyai peranan dalam peristiwa berkenaan selain menjadi pemerhati atau saksi mata kepada sesuatu kajian.  Segala maklumat yang disampaikan oleh saksi mata adalah berdasarkan sudut pandang dan apa yang dilihat olehnya.  Peranannya dalam sesebuah kajian sejarah adalah untuk memperincikan dan menceritakan semula peristiwa dan kejadian sesuatu peristiwa melalui apa yang telah dilihat olehnya.  Antara contoh saksi mata termasuklah orang ramai yang hadir dalam peristiwa Rundingan Baling atau orang yang dalam sesuatu majlis yang bersejarah.
  • 9. 9 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 3. Orang Sumber Kata Dengar (Hearsay)  Orang sumber kategori ini tidak terlibat langsung dengan sesebuah peristiwa sama ada sebagai pelaku mahupun sebagai saksi mata.  Kebiasaannya, orang sumber kategori ini memperolehi keterangan tentang sesuatu peristiwa daripada pelaku atau saksi mata atau orang sumber kata dengar yang lainnya.  Oleh itu, keterangan yang diberikan oleh orang sumber ini dianggap sebagai second hand source dan bersifat sekunder.  Kebiasaannya, pengkaji mendapatkan keterangan daripada orang sumber kata dengar ini apabila pelaku atau saksi mata telah meninggal dunia dan jarak masa di antara kajian yang dibuat dengan masa kajian adalah terlalu jauh.  Orang sumber kata dengar ini berperanan memberikan keterangan lisan berdasarkan apa yang telah diberitahu kepadanya tentang sesuatu peristiwa atau perkara sejarah.  Contohnya termasuklah keterangan waris-waris kepada tokoh-tokoh pejuang tempatan yang telah lama meninggal dunia seperti waris Mat Kilau, Tok Kenali dll. Proses Evolusi Keterangan Lisan  Proses transmisi (penyebaran) mengenai sesuatu peristiwa daripada mulut ke mulut dan turun daripada satu generasi kepada generasi yang lainnya telah mewujudkan evolusi terhadap sesebuah keterangan lisan.  Dalam hal ini, orang-orang sumber baik daripada kategori proto, saksi mata atau kata dengar telah memainkan peranan mereka dalam memperturunkan dan menyebarkan sesuatu peristiwa atau perkara yang bernilai sejarah sehingga akhirnya berubah menjadi satu tradisi lisan.
  • 10. 10 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 Proses Evolusi Keterangan Lisan kepada Tradisi Lisan Peristiwa atau perkara yang bersejarah yang melibatkan orang sumber / disaksikan oleh orang sumber Keterangan oleh orang sumber proto / saksi mata (First hand reviews) Peristiwa atau perkara yang bersejarah yang diceritakan kepada orang kedua, ketiga Keterangan kata dengar (oral hearsay) Penuturan atau penyebaran dari generasi ke generasi sehingga membentuk jaringan transmisi dari mulut ke mulut Keterangan tradisi lisan Penuturan yang terkawal (versi penceritaan yang sama) Kebiasaannya disebarkan kepada pemegang tradisi seperti Ketua Adat Tradisi Lisan Terkawal (controlled oral tradition) Penuturan yang tidak terkawal (versi penceritaan yang berbeza) Tradisi Lisan Tidak Terkawal (uncontrolled oral tradition) (Nadzan Haron, 2012: 26)
  • 11. 11 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 3. KEPENTINGAN SEJARAH LISAN  Nadzan Haron (2012) menyenaraikan TUJUH kepentingan sejarah lisan kepada perkembangan ilmu sejarah. Antaranya termasuklah: 1. Mengisi kekosongan yang terdapat dalam sumber tertulis dan menjadi sumber tambahan untuk melengkapkan kajian yang mendalam dan mantap; 2. Menjadi penyelamat dan menyediakan maklumat sejarah yang mungkin tidak dapat diperolehi oleh pengkaji akan datang; 3. Memberi orang ramai peluang untuk mentafsirkan peranan mereka demi mencari kebenaran sejarah; 4. Menghasilkan sumber yang istimewa yang dapat menyelami emosi pelaku dalam peristiwa yang dialami; 5. Menjadi alternatif kepada memoir dan biografi; 6. Merakam dan menyelamatkan tradisi lisan yang semakin hilang; 7. Mempelbagaikan sumber dalam usaha memahami dan memelihara warisan negara Mengisi kekosongan yang terdapat dalam sumber tertulis dan menjadi sumber tambahan untuk melengkapkan kajian yang mendalam dan mantap;  Menurut Nadzan Haron (2012), dua masalah yang biasa dihadapi oleh seseorang pengkaji sejarah termasuklah: 1. Terlalu kurang sumber bertulis; 2. Sumber bertulis yang kurang lengkap dan menimbulkan banyak persoalan tentang kandungannya.  Selain itu, terdapat juga sumber bertulis yang ditulis tidak menyeluruh dan dicatatkan apa yang difikirkan perlu sahaja oleh pencatatnya sedangkan peristiwa sebenar sesuatu peristiwa adalah lebih daripada apa yang dicatatkan.
  • 12. 12 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013  Sebagai contoh, laporan bertulis pada zaman British mengenai beberapa peristiwa seperti penentangan terhadap Malayan Union dan peristiwa rusuhan kaum di Batu Kikir, Batu Pahat dan Sungai Manik tidak dilaporkan secara menyeluruh dan tepat dan sebahagiannya bagi menyembunyikan fakta.  Malah, terdapat rekod bertulis yang dimusnahkan oleh tentera setelah kalah perang termasuklah rekod-rekod tentera British dan Jepun ketika mereka terpaksa menyerah kalah dalam peperangan.  Selain itu, terdapat rekod-rekod bertulis yang dianggap sebagai propaganda dan dikawal oleh pemerintah pada sesuatu masa. Dalam hal ini, laporan terhadap para penentang dan golongan kiri dibuat secara berat sebelah.  Justeru, penggunaan sumber lisan dalam kajian sejarah adalah penting bagi mendapatkan sudut pandang yang lebih adil bagi kedua-dua belah pihak dan mengatasi kekurangan yang terdapat dalam sumber bertulis.  Kebanyakan sumber bertulis negara yang bersifat rahsia, sulit dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) menyebabkan penggunaan sumber bertulis sebagai sumber sejarah menjadi terhad dan memerlukan penggunaan sumber lisan sebagai alternatifnya.  Dalam hal ini, sumber lisan tidak akan menggantikan sumber bertulis akan tetapi sebaliknya bertindak sebagai pelengkap kepada kekurangan sesebuah sumber bertulis. (Mohd Amin Hassan, 1974: 38)  Dalam hal ini, peranan sumber lisan ke atas sumber bertulis termasuklah:  Tidak semua peristiwa penting dan bersejarah itu direkodkan secara bertulis, justeru sumber lisan digunakan dalam merakamkan peristiwa tersebut.  Terdapat keraguan tertentu dalam sumber bertulis terutamanya yang dilihat berat sebelah, propagandik, dan dilihat menyembunyikan fakta.  Tidak semua rekod bertulis mengandungi maklumat yang diperlukan sebagai bahan rujukan kajian disebabkan oleh tindakan pencatat rekod yang melakukan pencatatan terpilih (selective recording)
  • 13. 13 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 Menjadi penyelamat dan menyediakan maklumat sejarah yang mungkin tidak dapat diperolehi oleh pengkaji akan datang;  Sumber-sumber sejarah kebanyakannya tidak direkodkan dan hal ini merupakan satu kerugian kepada sumber sejarah negara.  Antara masalah besar sumber sejarah dalam masa kini termasuklah: 1. Orang-orang sumber yang mempunyai maklumat sejarah tidak dilakukan pengumpulan maklumat ke atasnya sehinggalah orang sumber ini mati/hilang memori/nyanyuk; 2. Perkembangan komunikasi melalui telefon dan internet menyebabkan surat- menyurat, memo dan penulisan menjadi kurang mustahak. Hal ini membawa kepada kurangnya penulisan rekod secara bertulis; 3. Individu atau tokoh tidak mempunyai kesempatan menulis memoir hidup mereka. Kebanyakan maklumat bersejarah yang ada pada mereka akan hilang melalui kematian atau kehilangan memori.  Dalam hal ini, adalah penting kepada para pengkaji sejarah untuk mendekati tokoh- tokoh dan orang-orang sumber dalam memastikan keterangan lisan mereka dapat didokumentasikan sebagai sebuah sejarah lisan yang bertulis. Memberi orang ramai peluang untuk mentafsirkan peranan mereka demi mencari kebenaran sejarah;  Kebanyakan sumber bertulis dihasilkan oleh pemerintah dan golongan atasan. Oleh itu, kebanyakan peristiwa dilaporkan mengikut sudut pandang golongan atasan tanpa mengambil kira pandangan yang diberikan oleh masyarakat kebanyakan.  Selain itu, kebanyakan topik sejarah juga berlegar berkenaan pemerintah dan pentadbiran dan sangat sedikit topik sejarah sosial dan sejarah masyarakat yang diangkat oleh para pengkaji.
  • 14. 14 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013  Oleh itu, sejarah lisan berperanan dalam mendapatkan keterangan sejarah melalui golongan masyarakat biasa seperti golongan pekerja, golongan minoriti ataupun Orang Asli yang sebenarnya lebih banyak yang terlibat sebagai pelaku (actor) kepada peristiwa sejarah.  Sebagai contoh, Peristiwa Berdarah di Memali banyak dilaporkan dan menerima pakai maklumat bertulis kerajaan dan sangat sedikit para pengkaji sejarah yang menemui sendiri masyarakat di Kampung Memali itu sendiri untuk mengetahui peristiwa tersebut.  Dalam hal ini, “kebenaran sejarah” akan dapat dicapai apabila pengkaji tidak hanya tertakluk dan bergantung kepada sumber bertulis semata-mata, akan tetapi turut mendapatkan sumber dan keterangan pelbagai hala daripada pelbagai sumber.  Penglibatan orang ramai dalam memberi keterangan lisan akan menyebabkan mereka berasa dihargai dan menganggap diri mereka sebahagian daripada sejarah. Menghasilkan sumber yang istimewa yang dapat menyelami emosi pelaku dalam peristiwa yang dialami;  Keterangan lisan daripada saksi proto atau saksi mata akan membolehkan pengkaji menyelami emosi mereka terhadap sesuatu peristiwa tersebut.  Menyelami emosi mereka adalah penting dalam menilai emosi mereka yang mencetus kepada peristiwa sejarah yang berlaku seterusnya melakukan pengadilan moral ke atas mereka.
  • 15. 15 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 Menjadi alternatif kepada memoir dan autobiografi;  Memoir atau autobiografi tokoh adalah kenang-kenangan seseorang tokoh tentang pengalaman hidupnya dan kebiasaannya ditulis sendiri oleh tokoh atau penulis kepercayaan.  Kebiasaanya, penulisan memoir ini adalah mengikut cita rasa tokoh itu sendiri dengan menyembunyikan kelemahan dirinya dan sering pula menonjolkan keegoan diri tentang peranannya dalam sesuatu peristiwa.  Oleh itu, penggunaan sejarah lisan dalam mengkaji peranan seseorang tokoh adalah lebih adil dan bersifat telus berbanding penulisan memoir. Hal ini kerana, para pengkaji tidak menyembunyikan fakta dan melakukan kajian terperinci sebelum menerima sesuatu keterangan lisan sebagai fakta sejarah. Merakam dan menyelamatkan tradisi lisan yang semakin hilang;  Penulisan sejarah tidak semestinya hanya berlegar kepada tokoh ternama dan peristiwa sezaman yang menggunakan sumber bertulis dan sumber lisan semata- mata.  Dalam hal ini, tradisi lisan (yang terkawal) perlu digunakan untuk dijadikan sumber penting dalam mengkaji sejarah politik, sosial, ekonomi dan perundangan tradisional dahulu kala seperti yang terkandung dalam perbilangan adat.  Antaranya termasuklah perbilangan adat yang dipegang secara tradisi oleh ketua- ketua adat dalam Masyarakat Minangkabau dan ketua-ketua suku dan adat dalam pelbagai suku di Sabah dan Sarawak.  Disebabkan peredaran zaman dan arus kemodenan, kebanyakan tradisi lisan ini semakin hilang disebabkan tidak ramai ahli masyarakat yang berminat untuk mendalami dan meneruskan tradisi lisan yang diperturunkan sejak zaman berzaman ini.  Oleh itu, pendokumentasian tradisi lisan ini adalah penting dalam memastikan sejarah lisan ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
  • 16. 16 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 Mempelbagaikan sumber dalam usaha memahami dan memelihara warisan negara;  Sejarah lisan memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan sumber sejarah sedia ada.  Oleh itu, menjadi tugas para pengkaji sejarah untuk menyelamatkan apa jua keterangan bertulis yang boleh dijadikan sebagai sumber kepada apa jua peristiwa sejarah.  Dalam hal ini, keterangan-keterangan lisan yang menjelaskan tentang sebab dan akibat kepada sesuatu peristiwa perlu dipelihara sebagai suatu warisan supaya generasi akan datang dapat mengetahui apa yang terjadi dan mengapa ia terjadi.
  • 17. 17 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 4. SUMBER LISAN SEBAGAI SUMBER SEJARAH  Herodotus ketika mengkelaskan kekuatan sesebuah sumber dalam sejarah meletakkan “apa yang telah anda diberitahu” selepas kedudukan “apa yang ada lihat” dan “apa yang anda baca”.  Dalam hal ini, kedudukan tingkat sumber sesebuah sumber lisan itu berada di bawah selepas penyaksian secara langsung dan sumber bertulis. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa sejarawan mengiktiraf sumber lisan sebagai salah satu sumber sejarah sejak dari dulu lagi.  Misalnya, Thucydides ketika mengkaji dan menulis mengenai Perang Peloponnesia antara Empayar Yunani menentang angkatan bersekutu Sparta telah menjadikan keterangan lisan sebagai salah satu sumber sejarah yang utama.  Beliau dalam pengembaraannya telah menemui para tentera yang pernah terlibat dalam perang tersebut dan mengambil keterangan-keterangan mereka bagi dimasukkan ke dalam hasil penulisannya.  Walaubagaimanapun, terdapat satu aliran dalam sejarah yang dipelopori oleh Leopold Von Ranke yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Objektiviti menolak sumber lisan sebagai satu bentuk sumber sejarah. (akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bahagian 1.7)  Persoalannya, sejauh manakah kesaksian keterangan lisan itu mampu diterima sebagai satu sumber sejarah seperti sumber-sumber yang lainnya?  Dalam hal ini, keterangan lisan perlu melalui proses penilaian yang sama seperti juga proses penilaian sumber-sumber lain (kritikan sumber) sebelum mampu diterima sebagai sebuah sejarah yang objektif.  Keterangan lisan penting sebagai sumber bagi mengkaji pelbagai bidang tentang suatu masyarakat.  Misalnya, keterangan proto dan saksi mata merupakan dua keterangan lisan yang penting untuk mengkaji sesuatu peristiwa yang berlaku.
  • 18. 18 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013  Kepentingan keterangan lisan sebagai sumber lisan dapat dilihat sebagai pelengkap kepada sumber bertulis, dan mengisi kekosongan dan kekurangan yang terdapat kepada sumber-sumber bertulis tersebut.  Menurut Mohd Amin Hassan (1974), walaubagaimanapun keterangan lisan sebagai sumber sejarah tidak boleh menggantikan kedudukan sumber bertulis dari segi tingkat sumbernya dan peranannya hanyalah untuk memperkukuh kekurangan yang ada pada sumber bertulis.  Selain itu, tradisi lisan terkawal berperanan besar sebagai sumber sejarah dalam mengkaji sejarah masyarakat dari segi struktur politik, sosial, ekonomi dan perundangan.  Sebagai contoh termasuklah perbilangan adat seperti Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Melalui tradisi penurunan adat kepada ketua-ketua adat ini, sejarawan mampu menjadikannya sebagai satu sumber sejarah dalam mengkaji sejarah dan struktur politik dalam masyarakat Perpatih semenjak zaman berzaman.  Walaubagaimanapun, penerimaan keterangan lisan sebagai sumber sejarah memerlukan kritikan ke atas keterangan yang telah diperoleh. Hal ini kerana, setiap keterangan tidak semestinya disampaikan secara jujur dan benar, penuh dengan bias dan prasangka, menyembunyikan kelemahan dan kesalahan diri serta terpengaruh dengan ego dan martabat harga diri.  Bagi memastikan kebenaran dan kesahihan keterangan orang sumber dalam keterangan lisan, proses kritikan sejarah dilakukan, sama seperti sumber-sumber sejarah yang lain.
  • 19. 19 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 5. SEJARAH LISAN SEBAGAI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA  Warisan merujuk kepada sesuatu yang berterusan secara turun temurun semenjak satu generasi ke generasi yang lainnya.  Sejarah lisan memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan sumber sejarah sedia ada.  Oleh itu, menjadi tugas para pengkaji sejarah untuk menyelamatkan apa jua keterangan bertulis yang boleh dijadikan sebagai sumber kepada apa jua peristiwa sejarah.  Dalam hal ini, keterangan-keterangan lisan yang menjelaskan tentang sebab dan akibat kepada sesuatu peristiwa perlu dipelihara sebagai suatu warisan supaya generasi akan datang dapat mengetahui apa yang terjadi dan mengapa ia terjadi.  Sebenarnya, sejarah lisan sebagai satu warisan telah lama berada dalam lingkungan masyarakat di negara ini.  Sebagai contoh, tradisi lisan dalam beberapa aspek seperti cerita rakyat, perbilangan adat, perumpamaan, peribahasa dan pantun telah menjadi satu warisan turun temurun sejak zaman berzaman di Malaysia. (Mohd Amin Hassan, 1974)  Sebahagiannya telah diperturunkan secara terkawal seperti perbilangan adat dalam masyarakat Perpatih sehinggalah perbilangan adat Perpatih ini dijadikan asas dalam Perlembagaan Negeri Sembilan yang bertulis pada hari ini.  Sebahagiannya pula telah diperturunkan secara tidak terkawal sehingga muncul pelbagai versi dan tokok tambah sehingga kebenaran peristiwa tersebut dipertikaikan dan hanya dianggap sebagai mitos, etos mahupun lagenda.  Memelihara tradisi lisan sebagai warisan pada zaman moden seperti ini memerlukan pendokumentasian tradisi-tradisi ini secara bertulis dan didokumentasikan sebagai salah satu sumber sejarah yang utama untuk rujukan generasi yang akan datang.
  • 20. 20 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 6. PERBEZAAN ANTARA SUMBER LISAN DAN SUMBER BERTULIS SUMBER LISAN Definisi SUMBER BERTULIS Keterangan sejarah yang diperolehi secara lisan biasanya dalam bentuk rakaman. Sumber sejarah yang diperoleh melalui rekod-rekod bertulis yang mengandungi keterangan sejarah. Sumber sejarah yang hanya menjadi penyokong kepada sumber bertulis serta mengisi kekosongan dan kekurangan yang ada pada sumber bertulis. Tingkat Sumber Sumber sejarah yang utama. Herodotus meletakkan dalam hierarki paling tinggi. Para sejarawan moden menjadikannya sebagai tingkat sumber terpenting. Terbahagi kepada dua iaitu sumber primer yang melibatkan keterangan proto dan saksi mata. Keterangan kata dengar pula adalah sumber sekunder. Kategori Sumber Sumber bertulis adalah sumber primer meliputi manuskrip, surat, catatan harian, rekod kerajaan, surat perjanjian dll. Sumber sekunder bertulis jarang digunakan untuk kajian sejarah melainkan untuk tujuan perbandingan dan hujah. Melalui prosese wawancara dengan orang sumber, kemudiannya ditranskripsi dan dikritik sebelum didokumentasikan. Proses Penyelidikan Melalui proses kritikan sumber, tafsiran (verbal, etnolinguistik, teknikal, psikologikal dan fakta) sebelum boleh dijadikan sumber yang boleh digunakan. Keterangan lisan kebiasaannya dipengaruhi emosi, bias, memori yang lemah serta penyembunyian fakta. Objektiviti Lebih bersifat objektif kerana kebanyakan sumber bertulis bersifat fakta bertulis terutamanya rekod-rekod kerajaan.
  • 21. 21 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 Transmisi berlaku dari mulut ke mulut yang kemudiannya sebahagiannya diturunkan dari generasi ke generasi yang akhirnya membawa kepada tradisi lisan. Akses dan Transmisi (Penyebaran) Bersifat statik. Akses kepada sumber bertulis sebahagiannya bersifat prosedural dan sulit kerana kerahsiaan dan keselamatan. Singkat sekiranya tiada usaha pengkajian dan pendokumentasian. Penurunan dan transmisi secara turun temurun akan menjadikannya sebagai tradisi lisan tidak terkawal yang tidak lagi berguna sebagai sumber sejarah. Keterlangsungan (continuity) Bersifat keterlangsungan (continuity) merentas masa melalui proses penyimpanan yang bersistematik pada arkib. Hanya dianggap sepenuhnya tulen apabila keterangan lisan disampaikan oleh sumber proto dan saksi mata. Saksi-saksi ini agak sukar diperoleh dan hampir tiada untuk peristiwa lama yang merentasi zaman. Ketulenan (originality) Bersifat tulen yang kebiasaannya adalah sumber primer dan sekunder. Ditolak oleh sebahagian sejarawan terutamanya Aliran Objektif yang dipelopori Leopold Von Ranke. Pengkaji sejarah juga jarang menjadikan sumber lisan sebagai sumber kajian mereka. Keutamaan Diterima oleh kesemua ahli sejarah sebagai tingkat sumber paling utama dan digunakan secara meluas sebagai sumber sejarah.
  • 22. 22 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 7. PERDEBATAN ANTARA ALIRAN RANKE DAN ALIRAN THOMSON Aliran Ranke  Terdapat satu aliran sejarah moden dalam ilmu sejarah yang melihat sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang sistematik dan saintifik.  Aliran ini telah dipelopori oleh Leopold Von Ranke dan menggelarkan mereka sebagai Aliran Objektivisme. (R.Suntharalingam,1982)  Aliran objektif ini menganggap sejarah “sebagai mana yang berlaku” dan mengetengahkan prinsip sejarah berasaskan fakta dan kenyataan sebenar tanpa penokokan dan penambahan.  Ahli-ahli objektivis memperjuangkan sejarah yang ditulis berdasarkan fakta sebenar serta bebas daripada dipengaruhi perasaan, bias, emosi dan prasangka.  Louis Gottschalk misalnya menganggap sejarah yang objektif sebagai sejarah yang bebas daripada memihak kepada sesiapa dan reaksi peribadi seseorang.  Menurut pandangan Leopold Von Ranke, sejarah yang objektif perlulah mengikuti garis panduan berikut iaitu: 1. Mengenepikan terus pengadilan moral yang dianggapnya membawa kepada kemasukan unsur berat sebelah dan prasangka sezaman; 2. Penggunaan sumber sejarah berdasarkan sumber dan dokumen yang benar- benar asli sahaja; 3. Menolak unsur penilaian peribadi, mitos dan lagenda; 4. Sumber-sumber yang penting adalah buku kenangan, catatan harian, surat- surat, laporan diplomatik serta gambaran asli saksi-saksi. 5. Menganggap rekod-rekod kerajaan sebagai tingkat sumber paling tinggi (R.Suntharalingam, 1982) 6. Sejarah tidak wujud tanpa dokumen (bukti)  Disebabkan objektiviti yang dipentingkan oleh ahli-ahli objektivis, penggunaan keterangan lisan sebagai sumber sejarah tidak begitu disokong dan sebahagiannya ditolak.
  • 23. 23 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013  Walaubagaimanapun, Ranke misalnya masih menerima keterangan-keterangan pelaku sejarah (keterangan proto) dan keterangan saksi mata iaitu orang yang benar-benar mengalami dan melihat sesuatu peristiwa dan mampu menggambarkannya semula.  Golongan objektivis menolak sejarah lisan yang bersifat kata dengar (oral hearsay) yang dianggap tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Hal ini disebabkan orang sumber kata dengar tidak mempunyai keupayaan menceritakan gambaran yang sebenarnya berdasarkan yang terjadi serta keterangan yang bergantung kepada pendengarannya semata-mata sebelum ini.  Tradisi lisan (oral history) dan folkfore ditolak sebagai sumber sejarah.  Golongan objektivis menolak keterangan lisan yang dipengaruhi emosi, berkecenderungan, bias serta memihak. Aliran Thomson  Pada tahun 1890-an, muncul golongan subjektivis yang mempertikaikan kemampuan ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan sejarah yang benar-benar objektif disebabkan kecenderungan semula jadi manusia yang sesuatu yang dianggap penting dan mengenetepikan sesuatu yang dianggap tidak penting.  Selain itu, muncul pula satu lagi aliran baharu dalam sejarah yang mengangkat keterangan lisan sebagai satu sumber sejarah yang penting dan dipelopori oleh Allistair Thomson, seorang sejarawan British.  Aliran sejarah lisan dalam sejarah sebenarnya telah dimulakan oleh Allan Nevins, seorang ahli sejarah dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat bermula tahun 1948.  Walaubagaimanapun, perkembangan aliran lisan ini berkembang pesat di London sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.
  • 24. 24 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013  Kemunculan aliran oralist di Britain telah menerima kritikan hebat daripada golongan objektivis dan menimbulkan perdebatan.  Misalnya, Harold Perkin pada tahun 1976 telah memperjuangkan “sejarah dari bawah” dengan mengangkat tema sejarah rakyat marhaen dan sejarah kaum buruh di United Kingdom.  Usaha ini adalah dilihat menyaingi golongan objektivis yang melihat sejarah dari ruang lingkup pemerintah dan negara dan kurang memberi penekanan terhadap sejarah kemasyarakatan dan sosial.  Usaha yang cuba diketengahkan oleh Aliran Lisan ini dianggap selari dengan Aliran Annales yang memperjuangkan sejarah merentasi kelas dan sejarah yang disembunyikan.  Antara perdebatan utama yang ditimbul oleh golongan objektivis terhadap golongan aliran oralist adalah berkait dengan isu “memori dalam sejarah”.  Golongan objektivis berpendapat, memori yang menjadi kunci utama kepada keterangan lisan adalah tidak boleh dipercayai disebabkan kekangan tempoh masa, kehilangan memori oleh orang sumber merentasi masa serta kecenderungan peribadi (personal bias) oleh interviewer dan interviewee.  Walaubagaimanapun, golongan oralist menolak kritikan golongan objektivis dengan mengemukakan The Handbook of Oral History yang memperincikan kaedah kajian sejarah lisan yang dianggap tidak terkeluar daripada penyelidikan sejarah yang saintifik.  Malah menurut golongan oralist, persoalan bias dan memihak serta kelemahan ingatan orang sumber boleh diatasi melalui kaedah penyelidikan sejarah sedia ada termasuk mengkritik sumber, banding silang dan merujuk sumber yang pelbagai.  Selain itu, golongan oralist berpandangan bahawa kebanyakan ruang sejarah masih berada di kotak pemikiran manusia yang tidak didokumenkan dan diselidiki. Akhirnya, banyak sumber-sumber sejarah yang boleh diusahakan lenyap ditelan zaman dan hal ini adalah sesuatu yang merugikan kepada ilmu sejarah itu sendiri.
  • 25. 25 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013  Keperluan sejarah lisan juga diperjuangkan bagi menulis sejarah golongan bawah seperti golongan marhaen, golongan pekerja dan golongan minoriti dalam usaha mempelbagaikan lagi topik dan ruang lingkup sejarah.  Masalahnya, kebanyakan sejarah bawahan seperti ini tidak boleh didapati melalui rekod secara bertulis. Justeru, penggunaan keterangan lisan sebagai sumber sejarah menjadi semakin penting dan berkembang sehingga ke hari ini.