Ringkasan proposal penelitian ini adalah:
1. Proposal ini membahas pengaruh sosial, budaya, dan global terhadap aliran Islam kontemporer di Malaysia.
2. Tujuannya adalah untuk meneliti tren pasar yang terbuka untuk umat Islam dan dampaknya terhadap aspek sosial dan budaya.
3. Metodologi penelitian yang diusulkan adalah studi perpustakaan, wawancara, observasi, dan kuesioner untuk mengumpulkan data primer dan se
1. 1
RINGKASAN PROPOSAL
PENYELIDIKAN (SARJANA)
Tajuk Cadangan:
ALIRAN ISLAM DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KONTEMPORARI
Penyelia Cadangan (sekiranya ada)
Disediakan oleh:
AHMAD IKHWAN
ABDUL GHANI
3. 3
1.0 PENGENALAN
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan maha penyayang. Tujuan asal
mendaftar dalam program sarjana ini adalah kelangsungan dari minat yang amat
mendalam dalam topik pengajian islam kontemporari. Dalam mengurus masa
seharian untuk bekerja, beribadah, bersosial, berjual beli adakala kita lupa tentang
hukum hakam islam dan adab seorang muslim. Lantaran mengagungkan undang
undang manusia kita ketepikan undang undang allah. Firman allah berilah kaum
kerabat hak hak mereka..natijahnya kita dihukum dengan kata kata kroni,
nepostime. Sesungguhnya orang yang berilmu dapat membezakan yang halal dan
yang haram. Terasa kerdil dan jauh kita dari buku utama umat islam yakni
Alquran. Pada asalnya proposal penyelidikan ini akan cuba menunjukkan jalan
yang lurus pada penyelidik.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN
Penghijrahan besar besaran majoriti bangsa melayu untuk kembali menghayati
islam dewasa kini kian ketara dan dapat dirasai baik secara jasmaniah atau
rohaniah. Terasa bagai satu kuasa ghaib yang amat luar biasa yang memacu
gerombalan ini tanpa ada daya yang dapat menahan justru menepis rempuhan ini.
Dunia tanpa sempadan memacu arus globalisasi ke setiap pelusuk tanpa mengenal
batas waktu. Maka ditakuti kemunculan golongan oportunis yang menanguk di air
keruh lantaran keghairahan yang meluap luap majoriti umat untuk menzahirkan
perwatakan seorang muslim.
4. 4
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Kata ahli falsafah Cina Lou Tzu
“ watch your thoughts it became your words,
watch your words it became your actions,
watch your actions it became your habits,
watch your habits it became your character,
watch your character it became your destiny”
Bagi setiap muslimin pula semua pemikiran, percakapan, perbuatan dan pekerjaan
kita berpandukan niat. Baik niat tersebut maka baiklah hasilnya. Wal hasil
persoalan kajian menjurus kepada beberapa faktor seperti berikut :
i. Apakah bentuk pemangkin yang mempengaruhi masyarakat
ii. Apakah platform yang digunakan
iii. Adakah kesan-kesan dari aliran dinamis
5. 5
4.0 PENGERTIAN TAJUK
Firman Allah: kamu adalah umat yang terbaik dikalangan manusia sekiranya kamu
beriman kepada Allah dan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kepada
kemungkaran. Justru adakah segenap urusan kita membawa kita ke Taman syurga
dengan mengikuti cara hidup Muhammad saw.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji mengenai pengaruh
sosio, budaya dan global terhadap aliran islamisme yang melanda dunia dan
Malaysia khasnya. Dengan memegang prinsip Tiada daya dan Tiada kekuatan
kecuali pertolongan Allah semata-mata kerana sesungguhnya solatku ibadahku
hidup dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam.
i. Meneliti aliran sosial dan perkembangan semasa
ii. Mengkaji aspek budaya yang mempengaruhi
iii. Menganalisa trend globalisasi
6. 6
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Dalam setiap khutbah Jumaat, khatib sering berdoa pada Allah supaya dilindungi
umat islam di Palestine , Myanmar , Syiria dan negara negara dimana umat islam
minoriti sedang ditimpa musibah seraya diaminkan oleh para jemaah. Walhal
statistik menunjukkan bahawa jumlah penganut islam saban hari makin bertambah.
Dimana kekuatan umat Islam sebenarnya. Adakah kita sekadar menganut tanpa
praktis atau kita tidak mengikut sunnah. Dek kerana jumlah umat islam kian hari
kian bertambah, keperluan harian pun meningkat. Media eletronik, media cetak
merupakan sebuah instrumen yang penting dalam penerapan pengaruh budaya
yang berkesan kepada umat. Kenyataan di atas menarik minat pengkaji untuk
menjalankan kajian terhadap pengaruh budaya di Malaysia dari sudut
Pengajian Islam kontemporari. Kepentingan kajian ini diharapkan dapat
membantu beberapa pihak dari segi:
i. Memberi sumbangan kepada bidang pengajian pendidikan Islam
yang mana ia dapat memberi maklumat baru bagi kegunaan kajian-
kajian yang akan datang.
ii. Memberi maklumat dan bahan rujukan kepada umum
tentang aspek-aspek sosio budaya yang mempengaruhi masyarkat.
iii. Menyalurkan maklumat dan bantuan kepada umum
.
Semoga kajian ini dapat memberi faedah kepada semua pihak sesuai
pesanan yang berbunyi sampaikan walau satu patah perkataan sekiranya ilmu yang
bermanfaat maka pahalanya amat besar disisi allah..
7. 7
7.0 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini akan berlandaskan kepada umat islam akan bertambah dan bakal
menjadi satu ugama atau fahaman yang terbesar di dunia. Maka keperluan seperti
pemakanan, pakaian, bahan bacaan dan lain lain perlu mestilah seimbang yakni
mencukupi. Jikalau dulu majoriti pengeluar dan pengilang akan berlumba lumba
untuk membuka pasaran di negara china, namun sekarang pasaran islam menjadi
rebutan. Sesuai dengan sabda rasullulah saw yang bermaksud umat islam sangat
ramai umpama buih di lautan. Memandangkan sosio, budaya global satu
perbincangan yang luas, sudah tentu pelbagai aspek yang boleh diteliti. Namun
demikian, kajian ini hanya terbatas kepada beberapa perkara sahaja seperti
berikut:
i. Kajian ini hanya mengenai pengaruh budaya yang mempengaruhi
pengguna islam khususnya dan sejauh mana kesan dari pengaruh
budaya itu selaras dengan prinsip-prinsip Islam.
ii. Kajian terhadap aliran atau trend pasaran yang terbuka luas kepada
umat islam dan kesan kepada aspek sosial, bahasa, pakaian,
makanan, kesenian dan budaya ilmu.
iii. Lokasi kajian ini terbuka.
8. 8
8.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli
akademik dan sarjana mengenai budaya dan Pendidikan Islam dalam pelbagai
aspek mengikut pendekatan yang mereka gunakan.
9.0 METODOLOGI KAJIAN
9.1 Metode Kualitatif
a) Kajian Perpustakaan (Library Research)
b) Kajian Lapangan (Field Research)
i. Metode Temubual (Interview)
ii. Metode Pengamatan (Observation)
iii. Metode Kajian Pustaka (Questionaire)
9.2 Metode Analisis Data
i. Metode Pensejarahan
ii. Metode Induktif
iii. Metode Deduktif
iv. Metode Komparatif
9. 9
10. PENUTUP
Pengajian Islam memainkan peranan yang penting dalam melahirkan individu
yang mengamalkan budaya yang baik dan akhlak yang mulia. Kita dibekalkan Al
quran dan sunnah sebagai pendoman. Justru matlamat kajian cuba
membezakan yang makruf dan yang munkar.