SlideShare a Scribd company logo
1 of 41
BAB 1 SEJARAH DAN
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
1.1 KONSEP MELAYU
DEFINISI AWAL ISTILAH MELAYU
• Istilah Melayu pada awalnya dikaitkan dengan konsep
kerajaan. Istilah Melayu tidak merujuk kepada
bangsa,sebaliknya merujuk kepada Kawasan atau kerajaan.
• Pengunaan istilah Melayu mula muncul seawal abad kedua.
Claudius Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-colon
dalam karyanya, Geographia yang terhasil sekitar 100-150
M. Maleu-colon merujuk kepada suatu Kawasan di wilayah
yang dinamakan sebagai Aurea Chersonesus yang
kemudiannya dinamakan oleh Paul Wheatley sebagai
Golden Khersonese itu.
• Kolonel G. E. Gerini mengatakan bahawa istilah maleu-colon
diambil daripada perkataan dalam Bahasa Sanskrit- malayakolam
atau malaikurram- yang merujuk kepada suatu tempat di utara
pantai Semenanjung Malaysia. Beliau berpendapat bahawa
itu merujuk kepada Tanjung Kuantan tetapi Sir Ronald Bradell
mengatakan bahawa tempat itu merujuk kepada Tanjung
Penyabung. Kedua-dua terletak di Semenanjung Malaysia.
• Perkataan Melayu ada disebut dalam sebuah kitab Hindu purba
yang berjudul Purana. Di dalam kitab yang ditulis sebelum zaman
Gautama Buddha sehingga tahun 500 M itu terdapat perkataan
Malaya dvipa (“tanah yang dikelilingi air”). Perkataan itu
kepada Pulau Sumatera yang merupakan tempat asal Bahasa
Melayu.
• Catatan perjalanan pengembara Cina ditulis sekitar tahun 644-645 M
(pada zaman Dinasti T’ang). Tulisan menyebut orang Mo-lo-yeu telah
mengirimkan utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasi-
hasil bumi kepada raja China. Kerajaan Moloyue dikatakan berpusat di
daerah Jambi, Sumatera dan Sriwijaya yang terletak di daerah
Palembang.
• Rahib Buddha yang Bernama I-Tsing menggunakan perkataan Mo-lo-
yu bagi merujuk kepada dua buah kerajaan di Sumatera yang
dilawatinya sekitar tahun 675 M. Kerajaan-kerajaan itu ialah kerajaaan
Melayu yang berpangkalan di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya
yang berpusat di Palembang. Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa
pengantar untuk mengajar Bahasa Sanskrit dan falsafah agama
• Catatan dalam kususasteraan China iaitu menurut pengembara
China yang singgah di Nusantara.Bahasa yang dituturkan di
Sriwijaya ialah Bahasa K’un-lun. Bahasa tersebut turut
oleh orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi
dengan penduduk tempatan. Bahasa K’un-lun dipercayai
merujuk kepada Bahasa Melayu Kuno.
• Catatan pengembara Cina ini membuktikan bahawa Bahasa
Melayu Kuno telah digunakan sebagai Bahasa perantaraan dan
Bahasa rasmi pada zaman kerajaan Sriwijaya.
• Perkataan Melayu turut ditemukan tertulis di Bahagian belakang
patung bertarikh 1286 M yang ditemukan di Padang Roco di
Sungai Batanghari,Sumatera Selatan.
• Dalam buku Sejarah Melayu, perkataan Melayu turut dikaitkan
dengan nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu.
DEFINISI MELAYU DARI SEGI ETIMOLOGI
• Etimologi= kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta
makna perkataan tersebut
• Zuber Osman
-Perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya (kependekan bagi
perkataan hima alaya)
-Hima ialah bersalji manakala alaya bermaksud tempat.
-Pergunungan Himalaya dikatakan merupakan bahawa merupakan tempat
asal orang Melayu.
• Pamalayu
Ekspedisi Melayu, iaitu penyerangan dan penguasaan terhadap negeri
Melayu.
• Batu Bersurat Bukit Gombak Satu
-Di Sumatera Barat
-Perkataan Malayapura bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan
Melayu”
• Mlayu
-berasal daripada Bahasa Jawa Kuno.
-bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”
-orang Melayu yang dikatakan telah berpindah dari Yunan ke
Kawasan selatan, menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di
Pulau Sumatera.
• Mohd. Dahlan Mansoer
-perkataan Melayu berasal dari nama sebatang sungai iaitu Sungai
Melayu seperti yang disebut di dalam buku Sejarah Melayu.
-Sungai itu diberikan nama demikian kerana airnya mengalir dengan
amat deras seperti berlari.
-Perkataan Melayu pada nama sungai itu sama ertinya dengan perkataan
lari dalam Bahasa Jawa.
• Van der Tuuk
-perkataan Melayu itu bererti “menyeberang”
-merujuk kepada tindakan orang Melayu yang menyeberang atau
menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam.
DEFINISI MELAYU BERDASARKAN BANGSA
• Istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa dapat dilihat daripada dua
pengertian iaitu pengertian yang luas dan pengertiaan yang sempit.
• PENGERTIAN YANG LUAS
-Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat
di Kepulauan Melayu.
-Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga meliput Kawasan
Austronesia lain, iaitu Kawasan di sebelah timur yang merangkum keluarga
Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.
• PENGERTIAN YANG DIBERIKAN OLEH UNESCO
-merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia,Thailand,
Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
• SECARA UMUMNYA , pengertian Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu yang
menjadi penutur asli Bahasa Melayu.
a. Seluruh Kawasan Semenanjung Malaysia,pantai barat Sabah( berdekatan dengan
Negara Brunei Darussalam) dan Sarawak (Bahagian Pertama dan Kuching);
b. Negara Brunei Darussalam;
c. Pantai timur Sumatera;
d. Sepanjang pantai Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur;
e. Pulau-pulau lain di Kepulaun Melayu seperti Riau,Lingga,Bangka,Natuna,Belitung,
dan Banda.
f. Kawasan selatan Thailand, terutamanya di Patani;
g. Kawasan selatan Filipina seperti daerah Zamboanga di pantai selatan pulau
Mindanao, termasuk gugusan pulau Sulu dan Palawan;
h. Kawasan Campa di selatan Indo-China;
i. Singapura; dan
j. Kawasan-Kawasan perhijrahan bangsa Melayu di seluruh dunia seperti di Sri Lanka,
Madagaskar, dan Afrika Selatan.
• PENGERTIAN ISTILAH MELAYU SEMPIT
-seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah
Perlembagaan Malaysia Perkara 153, seseorang itu diiktirafkan sebagai
berbangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan Bahasa
Melayu,mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Hal ini
bermaksud bahawa jika orang itu murtad atau bertukar
kewarganegaraan maka taraf Melayu yang disandangnya akan luput.
1.2 SALASILAH BAHASA
MELAYU
Orang Melayu - dipercayai berasal daripada induk Austronesia yang
menuturkan bahasa Austronesia.
Rumpun Bahasa Austronesia - tersebar luas dari Formosa (utara) hingga ke
New Zealand (selatan) dan dari Madagaskar (barat) hingga ke Kepulauan
Easter (timur).
Para pengkaji - menggunakan faktor usia untuk menentukan perkembangan
bahasa.
Pemeringkatan bahasa terbahagi kepada TIGA, iaitu filum, rumpun dan
keluarga bahasa. Contoh:
• Filum- Austris
• Rumpun – Austronesia
• Cabang- Nusantara
• Golongan-Sumatera
• Bahasa- Melayu
• Bahasa Austronesia - satu rumpun bahasa dalam satu keluarga
besar, iaitu filum bahasa Austris.
• Rumpun lain dalam filum (filum bahasa Austris) - rumpun
bahasa
Austronesia dan rumpun bahasa Tibet-China.
• Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada EMPAT
keluarga/cabang - kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu
(Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia (antaranya bahasa Hawaii,
Tonga dan Maori), kumpulan dan bahasa Melanesia (antaranya
bahasa di Kepulauan Fiji, New Guinea, New Caledonia dan Irian) dan
bahasa Mikronesia (antaranya bahasa di Kepulauan Mariana,
Marshall, Corolina dan Gilbert).
Filum - kelompok
bahasa
induk yang paling tua
usianya, iaitu 5000 tahun
ke atas.
Rumpun - kelompok
bahasa
yang berusia antara 2500
-
5000 tahun.
Keluarga - kelompok
bahasa
yang berusia kurang 2500
tahun
NUSANTARA
Cabang Nusantara - mempunyai jumlah bahasa yang paling
banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.
Terdiri daripada golongan :
Golongan Sumatera -
Acheh, Melayu,
bahasa-bahasa Batak (Karo,
Ankola-
Mendailing), Minangkabau,
Nias,
Lampung, dan Orang Laut.
Golongan Kalimantan -
Iban, Kenya-Kayan, dan
Melanau.
Golongan Jawa -
Sunda,
Jawa, dan Madura.
Golongan Bali-Sasak
- Bali,
Sasak, dan Sumbawa
Golongan Filipina -
Tagalog, Iloko, Bikol,
Bisaya,
Sulu, Palau, dan
Tombulu.
Golongan Bunku-
Laki -
Laki, Landawe, Mori,
dan Mapute
Golongan Muna-
Butung -
Muna-Butung,
Butung
Selatan, Kerompa
dan Wolio
Golongan Bima-
Sumba -
Bima Manggarai,
Timur, Alor,
Roti, Solor, Kro'e
dan Kupang
Golongan Loinang -
Loinang dan Banggai.
Golongan Tomini -
Tomini,
Tolitoli, Tinombo,
Umalasa, dan
Dampelasa
Golongan
Sulawesi Selatan
- Makasar, Bugis
dan Seko
Golongan Gorontolo -
Gorontolo, Bulangan,
Kaiipan,
dan Buol.
Golongan Toraja -
Kaili,
Bare'e, dan Wotu.
Golongan Ambon-
Timur -
Sula Bacon, dan
Taliabo.
Golongan Halmahera
Selatan-
Irian Jaya -
Halmahera Selatan,
Nufur dan Kowiai
Bahasa Melayu – termasuk dalam subkeluarga Indonesia Pusat. Selain bahasa
Melayu, bahasa
Bumiputera Sarawak (kecuali bahasa Bisayah), bahasa-bahasa di Kalimantan
dan Bahasa-bahasa
di Kepulauan Indonesia juga dikelompokkan dalam
subkeluarga Indonesia Pusat.
Bahasa-bahasa dalam subkeluarga
Filipina-Formosa ialah bahasa-bahasa di Filipina, bahasa bumiputera di Sabah
dan
bahasa di Brunei (kecuali bahasa Melayu
dan bahasa Lun Dayeh).
Sebelum kewujudan bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini, terdapat
EMPAT peringkat Bahasa
- bahasa Melayu Purba,
bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden.
BAHASA MELAYU
• Bilangan penutur asalnya sederhana (tinggal di sekitar
Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera).
• Sejarah juga membuktikan bahawa bahasa Melayu telah
menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) daerah
Kepulauan Melayu dan bahasa orang-orang pendatang seperti
pedagang Eropah, Asia Barat, pengembara China dan India.
• Mengikut Ismail Hussein, melalui pengaruh bahasa Sanskrit,
bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama.
• Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca kerana bahasa
Melayu bersifat sederhana. Bahasa itu dapat dibentuk untuk
sebarang keperluan dan lebih senang dipelajari. Tidak ada
perbezaan taraf dalam penggunaan bahasa Melayu
1.3 Hipotesis tentang
Tempat Asal Bahasa
Melayu
DEFINISI:PENDAPAT YANG DITERIMA SEBAGAI ALASAN UNTUK
MENENTUKAN TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU.
• Untuk mengetahui tempat asal bahasa Melayu,kajian
tentang asal usul bahasa Melayu yang menuturkan bahasa
tersebut perlu dilakukan.
• Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal bangsa
Melayu,iaitu:
(a)kawasan Asia Tengah
(b)kawasan Nusantara
KAWASAN ASIA TENGAH
• Menurut hipotesis ini,orang Melayu dikatakan berpindah dari
utara ke selatan.
• Orang Melayu dikatakan berasal dari kawasan selatan China.
• Tempat-tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik
termasuklah daerah Yunan di selatan China,Assam di
Burma,dan Champa di selatan Indo-China.
• Penghijrahan mereka dipercayai dalam dua kumpulan,iaitu
Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Melayu Proto
• Melayu Proto dikatakan penghijrah yang pertama.
• Kumpulan Melayu Proto berhijrah ke Nusantara kira-
kira pada tahun 2500 SM.
• Peradaban orang Melayu Proto lebih maju daripada
orang Negrito yang sudah sedia ada di Nusantara.
• Orang Melayu Proto dikatakan hidup berpindah-
pindah.
• Pandai membuat alat bercucuk tanam,barangan pecah belah,dan
alat perhiasan.
• Zaman mereka dikenali sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu
Baharu dan mereka membuat alat daripada batu.
• Hipotesis penghijrahan mula-mula dikemukakan oleh P . E.
Sarasin dan F. Sarasin pada tahun 1892.Kemudiannya
diperkukuhkan oleh R.H Geldern(seorang ahli prasejarah dan
profesor Austria di Institut Pengajian Asia,Iran)pada tahun 1932.
• Melalui kajian,R.H Geldern mendapati bahawa kapak-kapak yang
dibuat daripada batu yang terdapat di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra,Sungai Irrawadi,Sungai Salween,Sungai Yangtze, dan
Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain di
kawasan Nusantara.
• R.H Geldern membuat kesimpulan bahawa beliung-beliung batu
yang dijumpai di Nusantara itu telah dibawa oleh orang-orang
Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
• Penghijrahan kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku
kira-kira pada tahun 1500 SM.
• Kumpulan dipercayai datang dari daerah Yunan,di selatan China.
MELAYU DEUTRO
•Dikatakan penghijrah yang kedua.
•Memiliki tamadun yang lebih maju daripada Melayu
Proto.
•Zaman mereka dikenali sebagai Zaman Logam.
•Membuat alat perburuan dan pertanian daripada besi.
• Pandai dalam bidang astronomi dan pelayaran.
• Hidup di tepi pantai dan kemudian bersebaran hampir ke
seluruh Kepulauan Melayu.
• Menetap di pesisir pantai dan hidup sebagai
nelayan.Sebahagian membina pertempatan yang
berhampiran dengan sungai dan lembah yang subur.
• Menjalankan kerja pertanian dan memburu binatang.
• Kumpulan Melayu Deutro pandai bermasyarakat.Mereka
berlayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan
akhirnya berkembang menjadi bangsa Indonesia yang ada
sekarang.
• Selain R.H Geldern,J.R Logan yang membuat kajian berdasarkan adat
resam suku bangsa di Asia juga turut berpendapat bahawa orang
Melayu berasal usul dari kawasan Asia tengah.
• G.K Nieman dan R.M Clark juga membuat kajian tentang adat resam
dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah
asal nenek moyang bangsa Melayu.(Turut disokong oleh dua sarjana
Melayu,iaitu Asmah Haji Omar(Malaysia) dan
Slametmuljana(Indonesia).
• Pendapat Asmah Haji Omar:-
~Penghijrahan orang Melayu ke dari daratan Asia ke Nusantara tidak
berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama.
~Ada yang melalui daratan melintas Tanah Semenanjung Malaysia
serta melalui Laut China Selatan.
• Slametmuljana
-Membuat penyelidikan berdasarkan perbandingan bahasa.
-Berpendapat bahawa bahasa Melayu adalah dari daratan Asia.
• Namun,hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan.
• Salah satunya berkaitan tarikh perhijrahan.
• Tarikh perhijrahan Melayu Proto dan Melayu Deutro bertentangan dengan kajian arkeologi
yang menunjukkan manusia moden(Homo sapiens) telah wujud di Kepulauan Melayu sejak
35,000 tahun yang lalu.
• Dari segi warna kulit,bangsa melayu yang berkulit coklat yang tinggal di Thailand
Selatan,Malaysia,Indonesia,Brunei,Filipina Selatan,dan Singapura, memang berbeza
daripada bangsa di Asia Tengah,baik bangsa Cina di sebelah timur mahupun bangsa India
di sebelah barat yang berkulit cerah.
• Mereka bukan sahaja berbeza dari segi kulit,bentuk, dan anggota badan tetapi juga dari
segi bahasa dan kebudayaan.
• Bukti beliung batu yang ditemukan oleh Geldern juga meragukan.
• Artifak bukan sahaja ditemukan di Asia Tengah dan
Nusantara,tetapi juga di Amerika dan Eropah.
• Artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat di
seluruh dunia.
• Kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa
Melayu berasal daripada bahasa di Asia Tengah.
• Kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa Melayu berasal
daripada rumpun Austronesia, bukan daripada rumpun Cina-
Tibet yang melahirkan bahasa Cina,Tibet,Siam,Miao,Yiu, dan
Burma.
KAWASAN NUSANTARA
• Hipotesis ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari kawasan
Asia Tengah.
• Para pengkaji yang mendukung hipotesis ini mengemukakan beberapa
tempat asal bahasa Austronesia,iaitu rumpun bahasa yang menurunkan
bahasa Melayu.
• Antaranya termasuklah Sumatera,Jawa,Formosa,Melanesia,New Guinea,
dan Filipina.
• Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang menjelaskan dakwaan
mereka.
• Bukti pertama→dari segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia.
• Hasil penyelidikan→bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan
kekerabatan,iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Austronesia.
• Kajian C.A. Mess →mendapati bahasa-bahasa daripada rumpun Austronesia
mempunyai persamaan yang banyak dari segi perkataan,sistem imbuhan,dan
susunan tatabahasa.
~sebagai contoh,kata-kata seperti mata,lima dan telinga sering timbul dalam
bahasa-bahasa tersebut.
• Penutur bahasa daripada rumpun Austronesia dipercayai berpusat di pesisir
pantai yang strategik di Kepulauan Melayu.
• Mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi
dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
• Kajian William Marsden→bahasa Melayu serumpun dengan bahasa
Mikronesia,Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk
bahasa Austronesia.
• Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di
Asia Tengah.
• Oleh itu,asal nenek moyang bagi bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah.
• Isidore Dyen→berpendapat orang Melayu mungkin berasal dari
Formosa,New Guinea, atau Melanesia.
• Gorys Keraf dalam bukunya Linguistik Bandingan Historis menyatakan
bahawa nenek moyang bangsa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan
Melayu dan mereka menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
• Menurut beliau,negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia ialah
Indonesia dan Filipina.
• Kajian kebudayaan membuktikan→asal usul bahasa Melayu adalah
dari kawasan Nusantara.
• John Crawfurd(sarjana Inggeris)→membuat kajian perbandingan
bahasa yang terdapat di Sumatera,Jawa,Kalimantan,dan kawasan
Polinesia.
• Hasil kajian beliau→bahasa Melayu dan bangsa Jawa telah memiiki
tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas.
• Kesimpulan Crawfurd→tempat asal orang Melayu adalah di Sumatera
dan Jawa.
• Dalam erti kata lain,bahasa Melayu di Sumatera dan bahasa Jawa di
Pulau Jawa merupakan bahasa induk kepada bahasa-bahasa
serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu.
• Hipotesis kedua ini disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil
manusia di Nusantara menunjukkan bahawa manusia telah lama mendiami
Kepulauan Melayu.
• Bukti→fosil manusia yang ditemukan menunjukkan bahawa Manusia jawa
sejak dua juta tahun yang lalu.
• Kajian terhadap tengkorak manusia→usia tengkorak manusia yang
ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yang ditemukan di
Asia Tengah.
• Terbukti dengan penemuan dua tengkorak di Jawa iaitu Pithecanthropus
Mojokerta dan Pithecanthropus Trinil yang masing-masing berusia kira-kira
670,000 tahun dan 600,000 tahun berbanding dengan Sinanthropus
Pekinensis(Manusia Peking) yang ditemukan di China hanya berusia kira-
kira 550,000 tahun.
• Kesimpulannya,nenek moyang bangsa Austronesia dan Melayu bukan
berasal dari Asia Tengah kera manusia awal telah lama ada di Nusantara.
• Kajian dari sudut geografi→orang Melayu merupakan penduduk asal di
Nusantara .
• Zaman Pilosen hingga Zaman Pleistosen,Nusantara dan Australia
dikatakan terdiri daripada dua buah daratan luas yang dihuni oleh
manusia.
• Daratan Nusantara dikenali sebagai Pentas Sunda.
• Australia dikenali sebagai Pentas Sahul.
• Kedua-dua daratan berpecah kepada pulau-pulau yang besar dan
kecil disebabkan pencairan glasier.
• Sunda berpecah kepada Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera,
Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia .
• Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea.
• Perpisahan antara daratan menyebabkan manusia yang tinggal di situ
berpindah dari satu daratan ke satu daratan yang lain.
• Kesimpulannya,perpindahan manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah
ke Nusantara,tetapi penduduk asal di Nusantara berpindah disebabkan
proses geografi.
• Tegasnya,orang Melayu memang penduduk di Nusantara,bukan berhijrah
dari Asia Tengah.
SEKIAN TERIMA KASIH

More Related Content

What's hot

Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu KunoFairuz Alwi
 
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1monica sam
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoAdha Fouat
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Nor Hasnira
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuhanifah mohiji
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
BM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikBM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNOBAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNOMeera Zaheed
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayanasywah79
 
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3pikaapull
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus BaikCabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baikazam_hazel
 
Pengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkapPengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkapfiro HAR
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuNurul Izyan
 

What's hot (20)

Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)
 
bahasa melayu
bahasa melayubahasa melayu
bahasa melayu
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
 
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Diftong
DiftongDiftong
Diftong
 
Batu Karang Brahi :)
Batu Karang Brahi :)Batu Karang Brahi :)
Batu Karang Brahi :)
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
BM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikBM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasik
 
BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNOBAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNO
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanraya
 
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus BaikCabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
 
Pengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkapPengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkap
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayu
 
Contoh Esei Pengajian Am
Contoh Esei Pengajian AmContoh Esei Pengajian Am
Contoh Esei Pengajian Am
 

Similar to BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx

57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...Wan Yusof
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayujalilmazliah
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bmSyahmi Fauzee
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuOh Jenny
 
Sejarah perkembanganbm
 Sejarah perkembanganbm Sejarah perkembanganbm
Sejarah perkembanganbmShirleyEu1
 
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxWEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxEwei Voon
 
Bahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMPBahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMPRafiza Diy
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)ShirleyEu1
 
(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12sadn1013
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017nealosen
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUUPSI
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2Hendon Ramlan
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayulibangulu
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilahMuhd Rais
 
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaTITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaHasanah Abd. Khafidz
 

Similar to BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx (20)

A. topik 1 (1)
A. topik 1 (1)A. topik 1 (1)
A. topik 1 (1)
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
 
A. topik 1
A. topik 1A. topik 1
A. topik 1
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Asal melayu
Asal melayuAsal melayu
Asal melayu
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Sejarah perkembanganbm
 Sejarah perkembanganbm Sejarah perkembanganbm
Sejarah perkembanganbm
 
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxWEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
 
Bahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMPBahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMP
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)
 
(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
 
Presentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bmPresentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bm
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayu
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
 
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaTITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (8)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx

  • 1. BAB 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
  • 2. 1.1 KONSEP MELAYU DEFINISI AWAL ISTILAH MELAYU
  • 3. • Istilah Melayu pada awalnya dikaitkan dengan konsep kerajaan. Istilah Melayu tidak merujuk kepada bangsa,sebaliknya merujuk kepada Kawasan atau kerajaan. • Pengunaan istilah Melayu mula muncul seawal abad kedua. Claudius Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-colon dalam karyanya, Geographia yang terhasil sekitar 100-150 M. Maleu-colon merujuk kepada suatu Kawasan di wilayah yang dinamakan sebagai Aurea Chersonesus yang kemudiannya dinamakan oleh Paul Wheatley sebagai Golden Khersonese itu.
  • 4. • Kolonel G. E. Gerini mengatakan bahawa istilah maleu-colon diambil daripada perkataan dalam Bahasa Sanskrit- malayakolam atau malaikurram- yang merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Beliau berpendapat bahawa itu merujuk kepada Tanjung Kuantan tetapi Sir Ronald Bradell mengatakan bahawa tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung. Kedua-dua terletak di Semenanjung Malaysia. • Perkataan Melayu ada disebut dalam sebuah kitab Hindu purba yang berjudul Purana. Di dalam kitab yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga tahun 500 M itu terdapat perkataan Malaya dvipa (“tanah yang dikelilingi air”). Perkataan itu kepada Pulau Sumatera yang merupakan tempat asal Bahasa Melayu.
  • 5. • Catatan perjalanan pengembara Cina ditulis sekitar tahun 644-645 M (pada zaman Dinasti T’ang). Tulisan menyebut orang Mo-lo-yeu telah mengirimkan utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasi- hasil bumi kepada raja China. Kerajaan Moloyue dikatakan berpusat di daerah Jambi, Sumatera dan Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang. • Rahib Buddha yang Bernama I-Tsing menggunakan perkataan Mo-lo- yu bagi merujuk kepada dua buah kerajaan di Sumatera yang dilawatinya sekitar tahun 675 M. Kerajaan-kerajaan itu ialah kerajaaan Melayu yang berpangkalan di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang. Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa pengantar untuk mengajar Bahasa Sanskrit dan falsafah agama
  • 6. • Catatan dalam kususasteraan China iaitu menurut pengembara China yang singgah di Nusantara.Bahasa yang dituturkan di Sriwijaya ialah Bahasa K’un-lun. Bahasa tersebut turut oleh orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Bahasa K’un-lun dipercayai merujuk kepada Bahasa Melayu Kuno. • Catatan pengembara Cina ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu Kuno telah digunakan sebagai Bahasa perantaraan dan Bahasa rasmi pada zaman kerajaan Sriwijaya. • Perkataan Melayu turut ditemukan tertulis di Bahagian belakang patung bertarikh 1286 M yang ditemukan di Padang Roco di Sungai Batanghari,Sumatera Selatan. • Dalam buku Sejarah Melayu, perkataan Melayu turut dikaitkan dengan nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu.
  • 7. DEFINISI MELAYU DARI SEGI ETIMOLOGI • Etimologi= kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut • Zuber Osman -Perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya (kependekan bagi perkataan hima alaya) -Hima ialah bersalji manakala alaya bermaksud tempat. -Pergunungan Himalaya dikatakan merupakan bahawa merupakan tempat asal orang Melayu. • Pamalayu Ekspedisi Melayu, iaitu penyerangan dan penguasaan terhadap negeri Melayu.
  • 8. • Batu Bersurat Bukit Gombak Satu -Di Sumatera Barat -Perkataan Malayapura bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu” • Mlayu -berasal daripada Bahasa Jawa Kuno. -bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana” -orang Melayu yang dikatakan telah berpindah dari Yunan ke Kawasan selatan, menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera.
  • 9. • Mohd. Dahlan Mansoer -perkataan Melayu berasal dari nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu seperti yang disebut di dalam buku Sejarah Melayu. -Sungai itu diberikan nama demikian kerana airnya mengalir dengan amat deras seperti berlari. -Perkataan Melayu pada nama sungai itu sama ertinya dengan perkataan lari dalam Bahasa Jawa. • Van der Tuuk -perkataan Melayu itu bererti “menyeberang” -merujuk kepada tindakan orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam.
  • 10. DEFINISI MELAYU BERDASARKAN BANGSA • Istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa dapat dilihat daripada dua pengertian iaitu pengertian yang luas dan pengertiaan yang sempit. • PENGERTIAN YANG LUAS -Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Kepulauan Melayu. -Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga meliput Kawasan Austronesia lain, iaitu Kawasan di sebelah timur yang merangkum keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia. • PENGERTIAN YANG DIBERIKAN OLEH UNESCO -merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia,Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
  • 11. • SECARA UMUMNYA , pengertian Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu yang menjadi penutur asli Bahasa Melayu. a. Seluruh Kawasan Semenanjung Malaysia,pantai barat Sabah( berdekatan dengan Negara Brunei Darussalam) dan Sarawak (Bahagian Pertama dan Kuching); b. Negara Brunei Darussalam; c. Pantai timur Sumatera; d. Sepanjang pantai Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur; e. Pulau-pulau lain di Kepulaun Melayu seperti Riau,Lingga,Bangka,Natuna,Belitung, dan Banda. f. Kawasan selatan Thailand, terutamanya di Patani; g. Kawasan selatan Filipina seperti daerah Zamboanga di pantai selatan pulau Mindanao, termasuk gugusan pulau Sulu dan Palawan; h. Kawasan Campa di selatan Indo-China; i. Singapura; dan j. Kawasan-Kawasan perhijrahan bangsa Melayu di seluruh dunia seperti di Sri Lanka, Madagaskar, dan Afrika Selatan.
  • 12. • PENGERTIAN ISTILAH MELAYU SEMPIT -seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah Perlembagaan Malaysia Perkara 153, seseorang itu diiktirafkan sebagai berbangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan Bahasa Melayu,mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Hal ini bermaksud bahawa jika orang itu murtad atau bertukar kewarganegaraan maka taraf Melayu yang disandangnya akan luput.
  • 14. Orang Melayu - dipercayai berasal daripada induk Austronesia yang menuturkan bahasa Austronesia. Rumpun Bahasa Austronesia - tersebar luas dari Formosa (utara) hingga ke New Zealand (selatan) dan dari Madagaskar (barat) hingga ke Kepulauan Easter (timur). Para pengkaji - menggunakan faktor usia untuk menentukan perkembangan bahasa. Pemeringkatan bahasa terbahagi kepada TIGA, iaitu filum, rumpun dan keluarga bahasa. Contoh: • Filum- Austris • Rumpun – Austronesia • Cabang- Nusantara • Golongan-Sumatera • Bahasa- Melayu
  • 15. • Bahasa Austronesia - satu rumpun bahasa dalam satu keluarga besar, iaitu filum bahasa Austris. • Rumpun lain dalam filum (filum bahasa Austris) - rumpun bahasa Austronesia dan rumpun bahasa Tibet-China. • Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada EMPAT keluarga/cabang - kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia (antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori), kumpulan dan bahasa Melanesia (antaranya bahasa di Kepulauan Fiji, New Guinea, New Caledonia dan Irian) dan bahasa Mikronesia (antaranya bahasa di Kepulauan Mariana, Marshall, Corolina dan Gilbert).
  • 16. Filum - kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas. Rumpun - kelompok bahasa yang berusia antara 2500 - 5000 tahun. Keluarga - kelompok bahasa yang berusia kurang 2500 tahun
  • 17.
  • 18. NUSANTARA Cabang Nusantara - mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Terdiri daripada golongan : Golongan Sumatera - Acheh, Melayu, bahasa-bahasa Batak (Karo, Ankola- Mendailing), Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut. Golongan Kalimantan - Iban, Kenya-Kayan, dan Melanau.
  • 19. Golongan Jawa - Sunda, Jawa, dan Madura. Golongan Bali-Sasak - Bali, Sasak, dan Sumbawa Golongan Filipina - Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau, dan Tombulu. Golongan Bunku- Laki - Laki, Landawe, Mori, dan Mapute Golongan Muna- Butung - Muna-Butung, Butung Selatan, Kerompa dan Wolio Golongan Bima- Sumba - Bima Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro'e dan Kupang Golongan Loinang - Loinang dan Banggai. Golongan Tomini - Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umalasa, dan Dampelasa Golongan Sulawesi Selatan - Makasar, Bugis dan Seko
  • 20. Golongan Gorontolo - Gorontolo, Bulangan, Kaiipan, dan Buol. Golongan Toraja - Kaili, Bare'e, dan Wotu. Golongan Ambon- Timur - Sula Bacon, dan Taliabo. Golongan Halmahera Selatan- Irian Jaya - Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai
  • 21. Bahasa Melayu – termasuk dalam subkeluarga Indonesia Pusat. Selain bahasa Melayu, bahasa Bumiputera Sarawak (kecuali bahasa Bisayah), bahasa-bahasa di Kalimantan dan Bahasa-bahasa di Kepulauan Indonesia juga dikelompokkan dalam subkeluarga Indonesia Pusat. Bahasa-bahasa dalam subkeluarga Filipina-Formosa ialah bahasa-bahasa di Filipina, bahasa bumiputera di Sabah dan bahasa di Brunei (kecuali bahasa Melayu dan bahasa Lun Dayeh). Sebelum kewujudan bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini, terdapat EMPAT peringkat Bahasa - bahasa Melayu Purba, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden.
  • 22. BAHASA MELAYU • Bilangan penutur asalnya sederhana (tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera). • Sejarah juga membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) daerah Kepulauan Melayu dan bahasa orang-orang pendatang seperti pedagang Eropah, Asia Barat, pengembara China dan India. • Mengikut Ismail Hussein, melalui pengaruh bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. • Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca kerana bahasa Melayu bersifat sederhana. Bahasa itu dapat dibentuk untuk sebarang keperluan dan lebih senang dipelajari. Tidak ada perbezaan taraf dalam penggunaan bahasa Melayu
  • 23. 1.3 Hipotesis tentang Tempat Asal Bahasa Melayu DEFINISI:PENDAPAT YANG DITERIMA SEBAGAI ALASAN UNTUK MENENTUKAN TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU.
  • 24. • Untuk mengetahui tempat asal bahasa Melayu,kajian tentang asal usul bahasa Melayu yang menuturkan bahasa tersebut perlu dilakukan. • Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal bangsa Melayu,iaitu: (a)kawasan Asia Tengah (b)kawasan Nusantara
  • 25. KAWASAN ASIA TENGAH • Menurut hipotesis ini,orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan. • Orang Melayu dikatakan berasal dari kawasan selatan China. • Tempat-tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan di selatan China,Assam di Burma,dan Champa di selatan Indo-China. • Penghijrahan mereka dipercayai dalam dua kumpulan,iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro.
  • 26. Melayu Proto • Melayu Proto dikatakan penghijrah yang pertama. • Kumpulan Melayu Proto berhijrah ke Nusantara kira- kira pada tahun 2500 SM. • Peradaban orang Melayu Proto lebih maju daripada orang Negrito yang sudah sedia ada di Nusantara. • Orang Melayu Proto dikatakan hidup berpindah- pindah.
  • 27. • Pandai membuat alat bercucuk tanam,barangan pecah belah,dan alat perhiasan. • Zaman mereka dikenali sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baharu dan mereka membuat alat daripada batu. • Hipotesis penghijrahan mula-mula dikemukakan oleh P . E. Sarasin dan F. Sarasin pada tahun 1892.Kemudiannya diperkukuhkan oleh R.H Geldern(seorang ahli prasejarah dan profesor Austria di Institut Pengajian Asia,Iran)pada tahun 1932.
  • 28. • Melalui kajian,R.H Geldern mendapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang terdapat di sekitar hulu Sungai Brahmaputra,Sungai Irrawadi,Sungai Salween,Sungai Yangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain di kawasan Nusantara. • R.H Geldern membuat kesimpulan bahawa beliung-beliung batu yang dijumpai di Nusantara itu telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. • Penghijrahan kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada tahun 1500 SM. • Kumpulan dipercayai datang dari daerah Yunan,di selatan China.
  • 29. MELAYU DEUTRO •Dikatakan penghijrah yang kedua. •Memiliki tamadun yang lebih maju daripada Melayu Proto. •Zaman mereka dikenali sebagai Zaman Logam. •Membuat alat perburuan dan pertanian daripada besi.
  • 30. • Pandai dalam bidang astronomi dan pelayaran. • Hidup di tepi pantai dan kemudian bersebaran hampir ke seluruh Kepulauan Melayu. • Menetap di pesisir pantai dan hidup sebagai nelayan.Sebahagian membina pertempatan yang berhampiran dengan sungai dan lembah yang subur. • Menjalankan kerja pertanian dan memburu binatang. • Kumpulan Melayu Deutro pandai bermasyarakat.Mereka berlayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi bangsa Indonesia yang ada sekarang.
  • 31. • Selain R.H Geldern,J.R Logan yang membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa di Asia juga turut berpendapat bahawa orang Melayu berasal usul dari kawasan Asia tengah. • G.K Nieman dan R.M Clark juga membuat kajian tentang adat resam dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.(Turut disokong oleh dua sarjana Melayu,iaitu Asmah Haji Omar(Malaysia) dan Slametmuljana(Indonesia). • Pendapat Asmah Haji Omar:- ~Penghijrahan orang Melayu ke dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama. ~Ada yang melalui daratan melintas Tanah Semenanjung Malaysia serta melalui Laut China Selatan.
  • 32. • Slametmuljana -Membuat penyelidikan berdasarkan perbandingan bahasa. -Berpendapat bahawa bahasa Melayu adalah dari daratan Asia. • Namun,hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan. • Salah satunya berkaitan tarikh perhijrahan. • Tarikh perhijrahan Melayu Proto dan Melayu Deutro bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden(Homo sapiens) telah wujud di Kepulauan Melayu sejak 35,000 tahun yang lalu. • Dari segi warna kulit,bangsa melayu yang berkulit coklat yang tinggal di Thailand Selatan,Malaysia,Indonesia,Brunei,Filipina Selatan,dan Singapura, memang berbeza daripada bangsa di Asia Tengah,baik bangsa Cina di sebelah timur mahupun bangsa India di sebelah barat yang berkulit cerah. • Mereka bukan sahaja berbeza dari segi kulit,bentuk, dan anggota badan tetapi juga dari segi bahasa dan kebudayaan.
  • 33. • Bukti beliung batu yang ditemukan oleh Geldern juga meragukan. • Artifak bukan sahaja ditemukan di Asia Tengah dan Nusantara,tetapi juga di Amerika dan Eropah. • Artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat di seluruh dunia. • Kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa Melayu berasal daripada bahasa di Asia Tengah. • Kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia, bukan daripada rumpun Cina- Tibet yang melahirkan bahasa Cina,Tibet,Siam,Miao,Yiu, dan Burma.
  • 34. KAWASAN NUSANTARA • Hipotesis ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. • Para pengkaji yang mendukung hipotesis ini mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Austronesia,iaitu rumpun bahasa yang menurunkan bahasa Melayu. • Antaranya termasuklah Sumatera,Jawa,Formosa,Melanesia,New Guinea, dan Filipina. • Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang menjelaskan dakwaan mereka.
  • 35. • Bukti pertama→dari segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia. • Hasil penyelidikan→bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan,iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Austronesia. • Kajian C.A. Mess →mendapati bahasa-bahasa daripada rumpun Austronesia mempunyai persamaan yang banyak dari segi perkataan,sistem imbuhan,dan susunan tatabahasa. ~sebagai contoh,kata-kata seperti mata,lima dan telinga sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut. • Penutur bahasa daripada rumpun Austronesia dipercayai berpusat di pesisir pantai yang strategik di Kepulauan Melayu. • Mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
  • 36. • Kajian William Marsden→bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mikronesia,Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia. • Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah. • Oleh itu,asal nenek moyang bagi bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah. • Isidore Dyen→berpendapat orang Melayu mungkin berasal dari Formosa,New Guinea, atau Melanesia. • Gorys Keraf dalam bukunya Linguistik Bandingan Historis menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menggunakan bahasa keluarga Nusantara. • Menurut beliau,negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia ialah Indonesia dan Filipina.
  • 37. • Kajian kebudayaan membuktikan→asal usul bahasa Melayu adalah dari kawasan Nusantara. • John Crawfurd(sarjana Inggeris)→membuat kajian perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera,Jawa,Kalimantan,dan kawasan Polinesia. • Hasil kajian beliau→bahasa Melayu dan bangsa Jawa telah memiiki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas. • Kesimpulan Crawfurd→tempat asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa. • Dalam erti kata lain,bahasa Melayu di Sumatera dan bahasa Jawa di Pulau Jawa merupakan bahasa induk kepada bahasa-bahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu.
  • 38. • Hipotesis kedua ini disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil manusia di Nusantara menunjukkan bahawa manusia telah lama mendiami Kepulauan Melayu. • Bukti→fosil manusia yang ditemukan menunjukkan bahawa Manusia jawa sejak dua juta tahun yang lalu. • Kajian terhadap tengkorak manusia→usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yang ditemukan di Asia Tengah. • Terbukti dengan penemuan dua tengkorak di Jawa iaitu Pithecanthropus Mojokerta dan Pithecanthropus Trinil yang masing-masing berusia kira-kira 670,000 tahun dan 600,000 tahun berbanding dengan Sinanthropus Pekinensis(Manusia Peking) yang ditemukan di China hanya berusia kira- kira 550,000 tahun.
  • 39. • Kesimpulannya,nenek moyang bangsa Austronesia dan Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kera manusia awal telah lama ada di Nusantara. • Kajian dari sudut geografi→orang Melayu merupakan penduduk asal di Nusantara . • Zaman Pilosen hingga Zaman Pleistosen,Nusantara dan Australia dikatakan terdiri daripada dua buah daratan luas yang dihuni oleh manusia. • Daratan Nusantara dikenali sebagai Pentas Sunda. • Australia dikenali sebagai Pentas Sahul. • Kedua-dua daratan berpecah kepada pulau-pulau yang besar dan kecil disebabkan pencairan glasier.
  • 40. • Sunda berpecah kepada Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia . • Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea. • Perpisahan antara daratan menyebabkan manusia yang tinggal di situ berpindah dari satu daratan ke satu daratan yang lain. • Kesimpulannya,perpindahan manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah ke Nusantara,tetapi penduduk asal di Nusantara berpindah disebabkan proses geografi. • Tegasnya,orang Melayu memang penduduk di Nusantara,bukan berhijrah dari Asia Tengah.