SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
1.0 PENGENAALAN
Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gilang-gemilang dalam sejarah. Pada zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa
pentadbiran, bahasa perdagangan bahasa perundangan, bahasa sastera dan bahasa
perhubungan. Kini, segala-galanya telah berubah disebabkan oleh arus globalisasi. Bahasa
Melayu kini terpinggir dari sudut fungsinya sebagai media penyampai ilmu dan informasi.
Kemajuan dan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang
teknologi dan maklumat seolah-olah menghimpit perkembangan bahasa Melayu.
Beberapa orang sarjana Bahasa dari barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-
bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkanantara satu Bahasa
dengan Bahasa yang lain. antara pengkaji yang terkenal adalah R.H. Geldern, J.H.C. Kern,
Wilhem Von Humboldt, Ven Der Tuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandsteter dan
William Marsden. Sarjana tempatan yang turut menyumbang terhadap usaha ini adalah
Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid dan Ismail Hussien.
1.1.Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Dalam perkembangan bahasa Melayu, perkara yang perlu dilihat adalah dari segi
etimologi kata “Melayu”. Asal-usul perkataan “Melayu” sebenarnya masih belum disahkan
oleh pakar-pakar sejarah. Beberapa perkara yang dapat dilaksanaakan ialah penelitian tentang
beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan “Melayu” iaitu catatan oleh orang Cina yang
menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada
2
Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan
Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera. Perkataan Mo-lo-yeu wujud dari sebatang
sungai, iaitu sungai Melayu. Bukti ini diperolehi daripada satu catatan orang Cina, iaitu
seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila
menceritakan dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675Masihi. Dalam Bahasa
Jawa Kuno pula , perkataan “Mlayu” bermaksud belari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan
dengan kedatangan Indo-Melayu, iaitu Austronesia yang dikatakan bergerak dari Yunan ke
Tanah Melayu.
Istilah Melayu dapat dilihat dari dua sudut pengertian, iaitu sempit dan luas, mengikut
Asmah (1985). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa
Austronesia yang terdapat di Semananjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan tradisional
yang disebut gugusan pulau-pulau Melayu atau pulau-pulau yang meliputi Indonesia.
Pada tahun 1972, UNESCO telah memilih istilah Melayu untuk dikaitkan dengan suku
bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semananjung Tanah Melayu, pantai tmur
Sumetera dan beberapa tempat yang berhampiran. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di
kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini telah dijadikan Bahasa Kebangsaan di Malaysia
, manakala di Indonesia ialah Bahasa Indonesia.
Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau Nusantara (
kepulauan Melayu ). Ini berdasarkan penemuan dua teori oleh R.H. Geldern. Beliau yang
merupakan ahli prasejarah, menyebut bahawa Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah
berdasarkan kajian yang dibuat terhadap penemuan kapak tua (beliung batu). Kapak tua
tersebut dijumpai di sekitar hulu Sungai Brahmaputera, Irrawady, Hwang, Salween dan
Yangtze yang didapati serupa kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau membuat
3
kesimpulan bahawa kapak tua di Nusantara dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah
bersama-sama dengan bahasanya sekali.
1.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno ialah Bahasa yang dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit. Bahasa
Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kuno
melaluizaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada
abad ke -7 hingga abad ke-13. Kegemilangannya terbukti apabila Bahasa Melayu mampu
menjadi lingua franca dan Bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan
Bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga Bahasa Melayu menjadi
Bahasa Komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga Sumetera . Kewujudan
Bahasa ini dibuktikan melalui penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat di
Kedudukan Bukit, Palembang (683 S.M); batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684
S.M); batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M.);dan batu bersurat di Karang Brahi,
Jambi (686 M.). Batu bersurat di Gandasuli Jawa Tengah (832 M.) ialah batu bersurat yang
pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.
Bahasa melayu Kuno merupakan keluarga Bahasa Nusantara dan berkembang dari
abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai Bahasa pentadbiran dan Bahasa lingua franca.
Penuturnya terdapat di semananjung Tanah Melayu , kepulauan Riau dan Sumatera.
Kepentingannya sebagai Bahasa lingua franca kerana sifatnya yang sederhana dan mudah
menerima pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan
mempunyai system yang lebih mudah berbanding dengan Bahasa Jawa. Bahasa ini banyak
4
dipengaruhi oleh system bbahasa Sanskrit yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa
kata Bahasa Melayu. Pengaruh Sanskrit kuat keraana kaitannya dengan agama Hindu,
kedudukannya sebagai Bahasa goolongan bangsawan dan hirakinya yang tinggi.
Tulisan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno merupakan tulisan yang berasal
dari India seperti Devanagiri dan Pallva. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti
Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata
pinjam Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu.
Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau
tulisan. Bahasa Melayu Kuno ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah kerajaan lama
seperti Kerajaan Campa dan Empayar Funan di Vetnam Tengah dan Selatan, Thailand
Tengah dan Selatan, Kerajaan Sailendra di Pulau Jawad an Empayar Sriwijaya yang terdaapat
di Sumatera Utara, Pulau Jawad an Tanah Semananjung hingga ke Segenting Kra.
1.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam perkembangan Bahasa Melayu,
selepas Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu Klasik diasaskan
sewaktu terdiirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iiaitu kerajaan Samudera-
Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan
agama Islam dan Kebudayaan Islam. Zaman permulaannya menunjukkan kemunculan
prasasti Terangganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masiihi. Bahasa
Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu
pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di Semananjung
5
Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang , perak, Kelantan,
kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi,Riau,
Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.
Pada abad ke-13, peralihan Bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa
oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak
mempengaruhi perkembangan Bahasa melayu ketika itu terutamanya dari aspek kosa kata,
struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu
Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye
Tujuh, Aceh (1390), peenemuan batu-batu bersurat pertama yangditemui penggunaan kata-
kata Arab seperti Khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula
mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke -7, iaitu dari segi bahasanya.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di
bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.hal ini disebabkan kertajaan-kerajaan tersebut
pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiataan perdagangan dan perkembangan Islam
dan seterusnya Bahasa ketika itu.
Kemunculan Bahasa melayu Klasik juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama.
Terdapat kira-kira 10,000 naskah manuskrip Melayu lama yang tersimpan di beberapa buah
negara terutamanya di negara Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman
Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan
1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah kitab Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H).
terdaapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama (1633),
surat Raja Acheh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James 1 (1615). Penemuan ini
menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada
masa itu.
6
Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya
bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang islam, dan tasawuf. Karya agama
yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik kemungkinan ilmu, punca ilmu,
keobjiktifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan manusia. Jelasnya, kitab ini
merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan
dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa
Melayu mampu menjadi Bahasa ilmu.
Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa
Melayu Klasik Kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan aayat songsang. Hal ini
disebabkan oleh pengaruh Bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearaban. Selain
daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni
karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan system tulisan Jawi
yang berasaskan aksara Arab. System tulisan ini merupakan alat yang melunaskan
penyebaran dalam Bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah system tulisan ini merupakan
bukti yang nyata tentang kewujudan Bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis
dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang,
ketatanegaraan, historiografi, sastera,perubatan, pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa
Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada Bahasa Arab dan Parsi.
Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanan yang tersendiri.
Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik
juga memperkenalkan ragam Bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang
digunaakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya penting sebagai asas kepada
pembentukan Bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu dan mengungkapkan pelbagai jenis
laras bagi memulakan transformasi ciiri budaya yang penting.
7
2.0 Pendapat tokoh dan teori perkembangan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan
dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba
dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu.
Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada perkembangan Bahasa Melayu Kuno
dan Bahasa Melayu Klasik yang menjadi asas kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan
dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan
pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak
dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai
untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro
yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak
dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan
laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan
pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang
terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah
sungai dan di tepi laut.
Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-
bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa
dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C.
8
Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter,
William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap
usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien
dan lain-lain.
2.1 R.H. Geldern
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan
Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern,
iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari
Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui.
Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween
dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau
menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah
bersama-sama dengan bahasanya sekali.
2.2 J.H.C. Kern
Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga
mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan
beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan
Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan
9
di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk
yang sama, iaitu Asia.
2.3 William Marsden
Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa
Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun.
Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang
bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum
digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.
2.4 Asmah Haji Omar
Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap
sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga
bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah
daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang pesat
perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia
dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat
di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor.
Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian
yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-
10
bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional
yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi
Indonesia hari ini.
3.0 Maklumat Sokongan Tentang Teori/Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Berikut merupakan penerangan/ulasan serba sedikit tentang tokoh sejarah
perkembangan Bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah R.H.
Geldern, J.H.C Kern, William Marsden , dan Asmah Hj Omar. Sebenarnya banyak lagi
tokoh-tokoh yang terlibat dalam mengkaji sejarah perkembangan Bahasa Melayu Di
Kepulauan Melayu.
3.1 R.H. Geldern
R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute
and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu.
Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung
batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama,
beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah
kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.
11
3.2 J.H.C. Kern
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan
pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan
yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu.
Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga
di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada
Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan,
dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa
bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
3.3 William Marsden
W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa
Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik)
merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa
bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa
bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental.
Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa
Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari
India.
12
3.4 Asmah Haji Omar
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga
menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan
perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang
dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian
yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan
Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui
daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan
China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa
mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan
komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan
perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada
bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba
merupakan anggapan yang keliru.
4.0 KESIMPULAN
Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal
belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal
dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Kesimpulan ini dikemukakan
berdasarkan beberapa alasan, iaitu:
13
Bahasa Melayu tidak mungkin pecahan daripada bahasa Jawa kerana sifatnya berbeza.
Perbezaan itu di antara lain ialah bahasa Jawa mempunyai peringkat penggunaan bahasa
manakala bahasa Melayu, tidak. Jadi, tentulah bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa
Jawa.
Aksara Rencong ialah huruf Melayu Tua yang lebih tua daripada aksara Jawa Kuno
(tulisan Kawi). Masyarakat yang telah memiliki kemahiran bertulis dianggap sebagai
masyarakat yang telah tinggi peradabannya dan tentu telah mempunyai masyarakat yang
berkurun-kurun lamanya. Bahasa Melayu Tua dan Bahasa Batak juga tidak sama. Hal ini
terbukti tulisannya tidak sama. Jadi, bahasa Melayu tentulah bukan berasal daripada bahasa
Batak, walaupun pada masa yang sama mungkin kedua-dua bahasa ini telah wujud.
Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan yang besar. Tidak mungkin sebuah
kerajaan didirikan jika di daerah itu tidak ada penduduk asal yang ramai Kerajaan Melayu
pada waktu itu tentulah bukan seperti yang dimaksudkan seperti raja Melayu yang terdapat di
Pasai atau di Melaka. Pengertian raja pada waktu itu ialah Ketua Kampung dan kerajaan itu
bermaksud kawasan kampung. Tetapi tentulah kawasan kampung ketika itu sangat luas dan
juga terdapat beberapa kampung lain di sekitarnya.
Sehingga saat ini belum ditemui bukti sejarah yang lebih awal daripada Batu Bersurat
Kedukan Bukit (di Palembang) yang telah menggunakan bahasa Melayu dalam
persuratannya. Dan juga, belum ada huruf Melayu Kuno yang lain ditemui selain daripada
aksara Rencong (di daerah Sumatera Selatan, aksara Rencong ini masih digunakan hingga
abad ke-18).
Bahasa Minangkabau ialah salah satu bahasa yang paling mirip dengan bahasa Melayu
dibandingkan dengan dialek Melayu yang lain kerana sejak dahulu kala lagi daerah Jambi
14
berdekatan dengan daerah Minangkabau. Oleh yang demikian, kedua-dua bahasa ini tentulah
ada pertaliannya.
Walaupun bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Jawa dan bahasa Batak (secara
khusus) namun secara umum bahasa ini pada asalnya satu rumpun yang disebut rumpun
bahasa Austronesia Barat atau bahasa Nusantara. Walau bagaimanapun, kajian selanjutnya
perlu dilakukan untuk mengesahkan asal usul bangsa dan bahasa Melayu yang lebih
terperinci, seperti rekonstruksi bahasa Melayu Purba dan juga kajian Leksikostatistik bahasa
yang terdapat di benua Asia ini.
15
RUJUKAN
Abdul Rashid Melebek, & Amat Juhari Moain. ( 2006 ). Sejarah Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Publication & Distributors.
Amat Juhari Moain. ( 1992 ). Perancangan Bahasa: Sejarah akasara Jawi. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. ( 1985 ). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan dipetik daripada Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. ( 1998 ) Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr Puteri Roslina Abdul Wahid ( 2008 ). HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu. Open Universiti Malaysia (OUM).
Ismail Hussein. ( 1992 ). Sejarah pertumbuhan Bahasa Melayu. Universiti Sains
Malaysia: Pulau Pinang.
Nik Safiah Karim et al. ( 2004 ). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
Sejarah perkembanganbm
 Sejarah perkembanganbm Sejarah perkembanganbm
Sejarah perkembanganbmShirleyEu1
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoAdha Fouat
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayakkhairul azlan taib
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKAEddy Terinisip
 
BMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdf
BMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdfBMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdf
BMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahFadhilah Atikah
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanAINNIEQ
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuOh Jenny
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaVince Here
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
Psikolinguistik
Psikolinguistik Psikolinguistik
Psikolinguistik xue er tui
 

What's hot (20)

Pengelompokkan bahasa austronesia
Pengelompokkan bahasa austronesiaPengelompokkan bahasa austronesia
Pengelompokkan bahasa austronesia
 
Asal usul bm
Asal usul bmAsal usul bm
Asal usul bm
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Sejarah perkembanganbm
 Sejarah perkembanganbm Sejarah perkembanganbm
Sejarah perkembanganbm
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
BMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdf
BMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdfBMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdf
BMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdf
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Psikolinguistik
Psikolinguistik Psikolinguistik
Psikolinguistik
 

Similar to Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017

2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu KlasikShirleyEu1
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuNurul Izyan
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxWEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxEwei Voon
 
Bahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMPBahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMPRafiza Diy
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bmSyahmi Fauzee
 
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxBAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxAnselyGinsuru1
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayulibangulu
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) Izzah Zahh
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilahMuhd Rais
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...Wan Yusof
 

Similar to Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017 (20)

Bmm 3112
Bmm 3112Bmm 3112
Bmm 3112
 
2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayu
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
A. topik 1
A. topik 1A. topik 1
A. topik 1
 
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxWEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
 
Bahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMPBahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMP
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
 
Nota bab 1
Nota bab 1Nota bab 1
Nota bab 1
 
Nota Bab
Nota BabNota Bab
Nota Bab
 
A. topik 1 (1)
A. topik 1 (1)A. topik 1 (1)
A. topik 1 (1)
 
Asal melayu
Asal melayuAsal melayu
Asal melayu
 
Presentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bmPresentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bm
 
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxBAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayu
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
 

Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017

  • 1. 1 1.0 PENGENAALAN Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gilang-gemilang dalam sejarah. Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan bahasa perundangan, bahasa sastera dan bahasa perhubungan. Kini, segala-galanya telah berubah disebabkan oleh arus globalisasi. Bahasa Melayu kini terpinggir dari sudut fungsinya sebagai media penyampai ilmu dan informasi. Kemajuan dan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi dan maklumat seolah-olah menghimpit perkembangan bahasa Melayu. Beberapa orang sarjana Bahasa dari barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa- bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkanantara satu Bahasa dengan Bahasa yang lain. antara pengkaji yang terkenal adalah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Ven Der Tuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandsteter dan William Marsden. Sarjana tempatan yang turut menyumbang terhadap usaha ini adalah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid dan Ismail Hussien. 1.1.Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Dalam perkembangan bahasa Melayu, perkara yang perlu dilihat adalah dari segi etimologi kata “Melayu”. Asal-usul perkataan “Melayu” sebenarnya masih belum disahkan oleh pakar-pakar sejarah. Beberapa perkara yang dapat dilaksanaakan ialah penelitian tentang beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan “Melayu” iaitu catatan oleh orang Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada
  • 2. 2 Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera. Perkataan Mo-lo-yeu wujud dari sebatang sungai, iaitu sungai Melayu. Bukti ini diperolehi daripada satu catatan orang Cina, iaitu seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675Masihi. Dalam Bahasa Jawa Kuno pula , perkataan “Mlayu” bermaksud belari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu, iaitu Austronesia yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua sudut pengertian, iaitu sempit dan luas, mengikut Asmah (1985). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semananjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan tradisional yang disebut gugusan pulau-pulau Melayu atau pulau-pulau yang meliputi Indonesia. Pada tahun 1972, UNESCO telah memilih istilah Melayu untuk dikaitkan dengan suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semananjung Tanah Melayu, pantai tmur Sumetera dan beberapa tempat yang berhampiran. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini telah dijadikan Bahasa Kebangsaan di Malaysia , manakala di Indonesia ialah Bahasa Indonesia. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau Nusantara ( kepulauan Melayu ). Ini berdasarkan penemuan dua teori oleh R.H. Geldern. Beliau yang merupakan ahli prasejarah, menyebut bahawa Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap penemuan kapak tua (beliung batu). Kapak tua tersebut dijumpai di sekitar hulu Sungai Brahmaputera, Irrawady, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau membuat
  • 3. 3 kesimpulan bahawa kapak tua di Nusantara dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. 1.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Kuno ialah Bahasa yang dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kuno melaluizaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada abad ke -7 hingga abad ke-13. Kegemilangannya terbukti apabila Bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca dan Bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan Bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga Bahasa Melayu menjadi Bahasa Komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga Sumetera . Kewujudan Bahasa ini dibuktikan melalui penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat di Kedudukan Bukit, Palembang (683 S.M); batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684 S.M); batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M.);dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686 M.). Batu bersurat di Gandasuli Jawa Tengah (832 M.) ialah batu bersurat yang pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri. Bahasa melayu Kuno merupakan keluarga Bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai Bahasa pentadbiran dan Bahasa lingua franca. Penuturnya terdapat di semananjung Tanah Melayu , kepulauan Riau dan Sumatera. Kepentingannya sebagai Bahasa lingua franca kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai system yang lebih mudah berbanding dengan Bahasa Jawa. Bahasa ini banyak
  • 4. 4 dipengaruhi oleh system bbahasa Sanskrit yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata Bahasa Melayu. Pengaruh Sanskrit kuat keraana kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya sebagai Bahasa goolongan bangsawan dan hirakinya yang tinggi. Tulisan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno merupakan tulisan yang berasal dari India seperti Devanagiri dan Pallva. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjam Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan. Bahasa Melayu Kuno ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti Kerajaan Campa dan Empayar Funan di Vetnam Tengah dan Selatan, Thailand Tengah dan Selatan, Kerajaan Sailendra di Pulau Jawad an Empayar Sriwijaya yang terdaapat di Sumatera Utara, Pulau Jawad an Tanah Semananjung hingga ke Segenting Kra. 1.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam perkembangan Bahasa Melayu, selepas Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu Klasik diasaskan sewaktu terdiirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iiaitu kerajaan Samudera- Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan Kebudayaan Islam. Zaman permulaannya menunjukkan kemunculan prasasti Terangganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masiihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di Semananjung
  • 5. 5 Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang , perak, Kelantan, kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi,Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh. Pada abad ke-13, peralihan Bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa melayu ketika itu terutamanya dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), peenemuan batu-batu bersurat pertama yangditemui penggunaan kata- kata Arab seperti Khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke -7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.hal ini disebabkan kertajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiataan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya Bahasa ketika itu. Kemunculan Bahasa melayu Klasik juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskah manuskrip Melayu lama yang tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di negara Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah kitab Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H). terdaapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Acheh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James 1 (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.
  • 6. 6 Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjiktifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi Bahasa ilmu. Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik Kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan aayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh Bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearaban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan system tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. System tulisan ini merupakan alat yang melunaskan penyebaran dalam Bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah system tulisan ini merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan Bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera,perubatan, pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada Bahasa Arab dan Parsi. Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanan yang tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam Bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunaakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya penting sebagai asas kepada pembentukan Bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciiri budaya yang penting.
  • 7. 7 2.0 Pendapat tokoh dan teori perkembangan Bahasa Melayu Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu. Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada perkembangan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik yang menjadi asas kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut. Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa- bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C.
  • 8. 8 Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain. 2.1 R.H. Geldern Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. 2.2 J.H.C. Kern Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan
  • 9. 9 di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia. 2.3 William Marsden Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. 2.4 Asmah Haji Omar Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-
  • 10. 10 bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. 3.0 Maklumat Sokongan Tentang Teori/Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Berikut merupakan penerangan/ulasan serba sedikit tentang tokoh sejarah perkembangan Bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah R.H. Geldern, J.H.C Kern, William Marsden , dan Asmah Hj Omar. Sebenarnya banyak lagi tokoh-tokoh yang terlibat dalam mengkaji sejarah perkembangan Bahasa Melayu Di Kepulauan Melayu. 3.1 R.H. Geldern R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.
  • 11. 11 3.2 J.H.C. Kern J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. 3.3 William Marsden W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
  • 12. 12 3.4 Asmah Haji Omar Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. 4.0 KESIMPULAN Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Kesimpulan ini dikemukakan berdasarkan beberapa alasan, iaitu:
  • 13. 13 Bahasa Melayu tidak mungkin pecahan daripada bahasa Jawa kerana sifatnya berbeza. Perbezaan itu di antara lain ialah bahasa Jawa mempunyai peringkat penggunaan bahasa manakala bahasa Melayu, tidak. Jadi, tentulah bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa. Aksara Rencong ialah huruf Melayu Tua yang lebih tua daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Masyarakat yang telah memiliki kemahiran bertulis dianggap sebagai masyarakat yang telah tinggi peradabannya dan tentu telah mempunyai masyarakat yang berkurun-kurun lamanya. Bahasa Melayu Tua dan Bahasa Batak juga tidak sama. Hal ini terbukti tulisannya tidak sama. Jadi, bahasa Melayu tentulah bukan berasal daripada bahasa Batak, walaupun pada masa yang sama mungkin kedua-dua bahasa ini telah wujud. Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan yang besar. Tidak mungkin sebuah kerajaan didirikan jika di daerah itu tidak ada penduduk asal yang ramai Kerajaan Melayu pada waktu itu tentulah bukan seperti yang dimaksudkan seperti raja Melayu yang terdapat di Pasai atau di Melaka. Pengertian raja pada waktu itu ialah Ketua Kampung dan kerajaan itu bermaksud kawasan kampung. Tetapi tentulah kawasan kampung ketika itu sangat luas dan juga terdapat beberapa kampung lain di sekitarnya. Sehingga saat ini belum ditemui bukti sejarah yang lebih awal daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit (di Palembang) yang telah menggunakan bahasa Melayu dalam persuratannya. Dan juga, belum ada huruf Melayu Kuno yang lain ditemui selain daripada aksara Rencong (di daerah Sumatera Selatan, aksara Rencong ini masih digunakan hingga abad ke-18). Bahasa Minangkabau ialah salah satu bahasa yang paling mirip dengan bahasa Melayu dibandingkan dengan dialek Melayu yang lain kerana sejak dahulu kala lagi daerah Jambi
  • 14. 14 berdekatan dengan daerah Minangkabau. Oleh yang demikian, kedua-dua bahasa ini tentulah ada pertaliannya. Walaupun bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Jawa dan bahasa Batak (secara khusus) namun secara umum bahasa ini pada asalnya satu rumpun yang disebut rumpun bahasa Austronesia Barat atau bahasa Nusantara. Walau bagaimanapun, kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengesahkan asal usul bangsa dan bahasa Melayu yang lebih terperinci, seperti rekonstruksi bahasa Melayu Purba dan juga kajian Leksikostatistik bahasa yang terdapat di benua Asia ini.
  • 15. 15 RUJUKAN Abdul Rashid Melebek, & Amat Juhari Moain. ( 2006 ). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Publication & Distributors. Amat Juhari Moain. ( 1992 ). Perancangan Bahasa: Sejarah akasara Jawi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. ( 1985 ). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan dipetik daripada Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. ( 1998 ) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr Puteri Roslina Abdul Wahid ( 2008 ). HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Open Universiti Malaysia (OUM). Ismail Hussein. ( 1992 ). Sejarah pertumbuhan Bahasa Melayu. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang. Nik Safiah Karim et al. ( 2004 ). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.