Manual Pengguna Commnunity College Internship Management System (CCIMS) ini diterbitkan untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pengurusan dan pensyarah di dalam melakukan proses pengurusan data dan rekod kolaborasi. Manual ini dirangka bagi memudahkan pengguna untuk memahami prosedur penggunaan yang telah ditetapkan.
Manual Pengguna CCIMS- Commnunity College Internship Management System (CCIMS)
1. CCIMS merupakan pangkalan data
yang mengumpul dan menyimpan data
syarikat yang berkolaborasi dengan
Kolej Komuniti Bera
PENGGUNA
COMMUNITY COLLEGE INTERNSHIP
MANAGEMENT SYSTEM (CCIMS)
MANUAL
2.
3. HAKCIPTA TERPELIHARA
Hakcipta terpelihara. Semua bahagian dalam penerbitan ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi atau
dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada secara elektronik
fotologik, mekanik, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin
bertulis dari KOLEJ KOMUNITI BERA.
DICETAK DAN DITERBITKAN OLEH :
KOLEJ KOMUNITI BERA
Kementerian Pendidikan Tinggi,
No 1, Jalan Bera Jaya 2,
Taman Bera Jaya,
28300 Triang,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09250 2530 Faks: 09- 250-2531
Laman web : kkbera@mypolycc.edu.my
Email : admin@kkbera.edu.my
4. JAWATANKUASA PENULISAN DAN PENERBITAN
MANUAL PENGGUNA Community College Internship Management
System-CCIMS
Penasihat
Mohd Faridz Bin Zubir
Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi (KUPIK)
Maziidah binti Ab Rahman
Jawatankuasa
Editor
Siti Raihan Binti Jamaludin
Penulisan
Siti Raihan Binti Jamaludin
Siti Rahayu Binti Sheikh Abdullah
Penerbitan
Wan Zufarhati Binti Wan Ahmad
Grafik dan Ilustrasi
Mohammad Rizal Bin Saari
5. Manual Pengguna Commnunity College Internship Management System (CCIMS) ini diterbitkan
untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pengurusan dan pensyarah di dalam melakukan proses
pengurusan data dan rekod kolaborasi. Manual ini dirangka bagi memudahkan pengguna untuk
memahami prosedur penggunaan yang telah ditetapkan.
6. 1.0 PENGENALAN……………………………………………………………. 1
1.1 CIRI- CIRI CCIMS………………………………………………….. 2
1.2 DASHBOARD CCIMS……………………………………………. 3
2.0 PROSES MEMASUKAN DATA SYARIKAT KOLABORASI…………..3
2.1BUTANG ADD NEW………………………………………………. 4
2.2Butang ke laman General Information
2.3Laman Staff Information, Job Vacancy dan
Facilities Information…………………………………………….. 7
3.0 LAMAN USER……………………………………………………………… 8
4.0 PERBEZAAN ANTARA PERKARA SEBELUM DENGAN YANG
SEKARANG……………………………………………………………….. 10
5.0 PENUTUP…………………………………………………………………...10
7. 1
1.0 PENGENALAN
Unit Perhubungan Industri dan Alumni di Kolej Komuniti bera berfungsi untuk menyelaras
program latihan industri pelajar dan berhubung dengan firma serta jabatan-jabatan
mengenai latihan praktikal pelajar.
Sebelum proses latihan industri bermula, pencarian tempat latihan industri
mengambil masa yang lama kerana pelajar perlu meneliti pelbagai aspek. Unit akan
dibantu oleh Penasihat Akademik menilai sama ada tempat itu bersesuaian pada pelajar
atau tidak. Adakalanya proses penilaian tempat ini mengambil masa yang lama untuk
diproses disebabkan kekurangan atau tiada jalinan kolaborasi dijalankan. Manakala
apabila pelajar pergi ke tempat latihan industri yang belum ada jaringan kolaborasi
dengan kolej, pihak kolej akan mengusulkan untuk membuat jaringan kolaborasi bagi
meluaskan jaringan kolaborasi Kolej Komuniti Bera. Community College Internship
Management System (CCIMS) diwujudkan bagi membolehkan syarikat yang telah
berkolaborasi direkodkan. Maklumat yang diperlukan oleh pelajar untuk memilih tempat
latihan industri juga diwujudkan bagi memberikan kemudahan kepada pelajar.
1.0.1 Antaramuka CCIMS
8. 2
1.1 Ciri- ciri CCIMS
Ciri- ciri CCIMS telah dibangunkan pada Ogos 2022 menggunakan bahasa
pengaturcara Web Hypertext Preprocessor(PHP) dan framework Laravel. Sistem ini
mengambil masa sebulan untuk dibangunkan oleh pengaturcara. Pegawai telah
bertindak merekod syarikat yang telah berkolaborasi atau tempat yang pernah
bekerjasama dengan Kolej Komuniti menyediakan tempat latihan industri dari tahun 2010
hingga kini. Proses ini mengambil masa sebulan untuk merekod data dengan akses
internet.
Ciri- ciri lain adalah dengan menggunakan sistem login, rekod syarikat yang
menyiarkan peluang pekerjaan juga dapat dipaparkan melalui sistem in. Maklumat
diperoleh oleh pegawai melalui borang maklumbalas tambahan syarikat ketika tamat
latihan industri di sesebuah syarikat. Selain itu, website atau Facebook syarikat juga
menjadi sumber maklumat kepada pegawai selain daripada pelajar sendiri. Laman web
CCIMS adalah seperti berikut: https://ccims.tskinvent.com/login.
1.1.1 Borang Login untuk masuk ke CCIMS
9. 3
1.2 Dashboard CCIMS
Apabila login dibuat ke dalam sistem, pengguna akan dapat melihat tiga tab utama
disebelah kiri iaitu dashboard, company dan setting. Apabila butang login diklik,
pengguan perlu scroll ke bawah page untuk ke laman CCIMS login.
1.1.2 Dashboard bagi CCIMS
2.0 PROSES MEMASUKAN DATA SYARIKAT KOLABORASI
Syarikat kolaborasi terbagai secara langsung dan tidak langsung, kolaborasi yang telah
menandatangani dokumen kolaborasi dianggap telah menjalankan kolaborasi secara
langsung dengan kolej. Berlainan dengan kolaborasi secara tidak langsung adalah
pelajar telah menjalankan latihan industri di syarikat tersebut tetapi dokumen kolaborasi
belum di tandatangani. Dalam sistem ini, cara memasukkan data adalah berbeza di
mana, tanda * digunakan bagi membezakan syarikat telah berkolaborasi secara langsung
dengan Kolej Komuniti Bera manakala tiada * digunakan.
10. 4
2.0.1 Antaramuka bagi Tab Company>List
2.1. Butang Add New
Klik kan butang add new untuk memulakan proses memasukan data. Kemudian,
pengguna akan terus dihubungkan dengan laman Basic Information.
2.1.1 Butang Add New berada di atas sebelah kanan laman
11. 5
2.1.2 Antaramuka Basic Information
Terdapat beberapa informasi yang diperlukan iaitu registerd name, registration number,
address, contact number, nature of business dan geo positon. Pada pendaftaran ini,
pengguna perlu menekan butang save untuk membolehkan id company diwujudkan.
Sebelum menekan butang save pastikan di Registered Name itu diletakkan * sekiranya
syarikat telah berkolaborasi dengan kolej manakala tiada * diletakkan pada syarikat yang
berkolaborasi secara tidak langsung.
2.2 Butang ke laman General Information
Selepas menekan butang save di laman basic information, pengguna akan terus di bawa
ke laman list of company. Pada ruangan lajur akhirmengandungi ruangan action. Pada
ruang tersebut terdapat 3 ikon yang ditunjukkan itu butang. Butang pertama akan
membawa kepada ruangan General Information.
13. 7
2.3 Laman Staff Information, Job Vacancy dan Facilities Information
Butang kedua pada lajur action akan membawa kepada butang edit, seterusnya ke
laman berikut:
2.3.1 Laman Staff Information, Job Vacancy dan Facilities Information
2.3.2 Laman tambah New Staff
16. 10
4.0 PERBEZAAN ANTARA PERKARA SEBELUM DENGAN YANG SEKARANG
Sebelum sistem ini digunakan, Pegawai Pehubungan Industri dan Alumni (PPIA) senarai
kolaborasi direkod menggunakan data pada Microsoft Excel. Proses ini melambatkan
proses mengakses data kolaborasi yang ada. Penyusunan di sistem memberikan nilai
tambah dan pengalaman lain kepada pelajar dan pengguna sistem ini.
5.0 PENUTUP
CCIMS mudah digunakan oleh para pelajar untuk mencari tempat latihan industri. Pelajar
akan lebih yakin untuk ke syarikat yang dipilih dan memudahkan Unit Perhubungan
Industri meluluskan tempat latihan industri pelajar. Selain itu, data kolaborasi kolej juga
akan lebih teratur.
Perkara Sebelum Selepas
Senarai syarikat
kolaborasi
penyusunan rekod kurang
teratur
penyusunan rekod lebih teratur Dan boleh
dirujuk oleh pelajar dan pensyarah
Alamat Syarikat tiada sumber rujukan sahih rujukan alamat Dan maklumat yang sahih
Maklumat tawaran
pekerjaan
tiada maklumat tawaran
pekerjaan yang disiarkan
terdapat maklumat tawaran pekerjaan
kepada pelajar
Personal yang
boleh dihubungi tiada maklumat jelas maklumat yang jelas