1. ”Lambaian Malar Hijau”
Bersama Kita Berjuang
KPP60704: Pembelajaran dan Kognisi
Dr. Suppiah Nachiappan
Kuliah 10:
Kognisi dan Metakognisi
2. PENGENALAN
PERKEMBANGAN KOGNISI
Bererti perkembangan individu dalam berfikir, proses
kognisi atau proses mengetahui.
Dalam psikologi, proses mengetahui dipelajari dalam
bidang psikologi kognisi.
Bidang ini dipelopori oleh Piaget yang terkenal dengan
teori pentahapan kognisinya yang disebut sebagai
perkembangan kognisi.
3. TEORI PIAGET
Monks, Knoers &
Haditono (1992),
banyak dipengaruhi oleh
bidang ilmu biologi dan
epistemologi (ilmu
mengenai pengenalan,
asal-usul)
Miller (1993)
setiap tahapannya Piaget
menggambarkan bagaimana
manusia mendapatkan
pengetahuan tentang
dunianya (genetic
epistemology).
4. DEFINISI KOGNISI
Neisser (1967) dalam Morgan, et al. (1986)
Sebagai proses berfikir di mana informasi dari pancaindera
ditransformasi, direduksi, dielaborasi, diperbaiki dan
digunakan.
Morgan, (1986)
Pemprosesan informasi tentang lingkungan yang
dipersepsikan melalui pancaindera.
Santrock (1986)
Aktiviti mental tentang bagaimana informasi masuk ke
dalam fikiran, disimpan dan ditransformasi, serta dipanggil
kembali dan digunakan dalam aktiviti kompleks seperti
berfikir.
6. TEORI KOGNISI
Menjelaskan bagaimana anak beradaptasi dan
menginterpretasikan objek dan kejadian-kejadian
sekitarnya.
Bagaimana anak mempelajari ciri-ciri dan fungsi
dari objek-objek tertentu.
Bagaimana cara anak mengelompokkan atau
mengelaskan objek-objek untuk mengetahui
persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaannya.
7. Anak memainkan peranan aktif di dalam
menyusun pengetahuannya mengenai situasi
sebenar.
Pemikiran anak-anak berkembang menurut
tahap-tahap tertentu daripada mudah kepada
bertambah kompleks.
Setiap individu akan melewati serangkaian
perubahan kualitatif yang bersifat selalu tetap,
tidak melompat atau mundur.
8. POLA KOGNISI PIAGET
Skema (struktur kognisi)
Suatu pola sistematik dari tindakan, peri laku,
fikiran, dan strategi penyelesaian masalah yang
memberikan suatu kerangka pemikiran dalam
menghadapi berbagai-bagai tentangan dan jenis
situasi.
Adaptasi (struktur fungsional)
Pentingnya pola hubungan individu dengan
lingkungannya dalam proses perkembangan
9. Adaptasi
(struktur fungsional)
Asimilasi
adalah integrasi antara
elemen-elemen eksternal
(dari luar) terhadap
struktur yang sudah
lengkap pada organisme
Akomodasi
mengubah struktur kognitif
yang telah dimiliki
sebelumnya untuk
disesuaikan dengan objek
stimulus eksternal
10. KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM
PERKEMBANGAN KOGNISI
PEMIKIRAN
Proses yang menggunakan minda untuk mencari
makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan
atau masalah yang timbul dengan menggunakan
pelbagai cara, iaitu membuat pertimbangan dan
keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah
terhadap proses yang dialami.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kecekap dalam menyusun maklumat, konsep atau
idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau
keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah
11. KONSEP BERFIKIR
Edward de Bono ( 1976 )
-Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia
melihat pelbagai perspektif untuk
menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi
tertentu.
Dewey ( 1910 )
-Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana
terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul.
-Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal
dalam sesuatu proses yang dialami untuk
digunakan menyelesaikan masalah dalam
situasi yang dihadapi.
12. PROSES
BERFIKIR
Operasi Kognitif
- kemahiran berfikir yang
sering kita gunakan setiap
hari, seperti mengelas,
membanding, membuat
urutan lain-lain.
Operasi Meta kognitif
- mengawal dan
membimbing segala aktiviti
pemikiran manusia di
antara komponen-
komponen berfikir.
13. PRINSIP KEMAHIRAN
BERFIKIR
Tentukan tujuan kita berfikir.
Bersikap konstruktif.
Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa
berfikir secara mudah.
Lupakan perasaan ego.
Berfikir secara logik, kreatif dan lateral.
mengambil kira emosi dan perasaan orang lain
serta diri sendiri.
Fikirkan alternatif sebelum kita membuat
keputusan.
14. TEORI PEMBELAJARAN KOGNISI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kanak-kanak sejak dilahirkan lagi telah
mempunyai suatu alat di dalam otak mereka yang
membolehkan mereka memahami bahasa yang
didengarnya dengan mudah.
Alat ini di sebut sebagai ”LAD” (Language
Acquisition Device) atau disebut sebagai alat
pemerolehan bahasa.
15. Slavin (1997)
-Pembelajaran adalah proses aktif minda yang fokus kepada
maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan
menggunakan maklumat sedia ada untuk pemilihan.
Ruch (1984)
-Tiada seorangpun yang mempelopori pendekatan kognisi.
Namun, ia merupakan gabungan daripada pelbagai pemikiran
dan fahaman seperti Gestalt dan fungsionalisme.
Piaget (1896-1980)
-Menekankan kepada proses berfikir, persepsi, penyelesaian
masalah, kreativiti dan daya ingatan seseorang.
- Memperkenalkan teori peringkat-peringkat perkembangan
kanak-kanak hinggalah ke awal remaja, iaitu empat peringkat
utama seperti peringkat deria motor, praoperasi, operasi konkrit
dan juga operasi formal.
16. Selagi Jiwa Dikandung Badan
Teruskan Perjuangan!
“LAMBAIAN MALAR HIJAU”
(Bersama Cikgu Jo dan Daneng)