4. Konsep Resapan Ringkas
Pertukaran gas dipengaruhi oleh prinsip
resapan.
Definisi Resapan:
- Pergerakan bahan merentas kawasan
berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan
rendah.
6. Pertukaran O2 & CO2 antara
Darah dan Alveolus
Tekanan separa gas O2
dalam alveolus adalah lebih tinggi berbanding
dengan kapilari darah.
Tekanan separa gas CO2
dalam kapilari darah adalah lebih tinggi
berbanding dengan alveolus.
• Kedua-dua gas meresap mengikut kecerunan
tekanan separa.
8. Pengangkutan O2 dalam Manusia
Hemoglobin: pigment pewarna sel darah.
Dalam peparu tekanan separa O2 tinggi.
Haemoglobin + Oksigen ----- oksihemoglobin.
Oksihemoglobin (dari alveolus) bebaskan O2
semasa sampai ke sel badan (tekanan separa
O2 yang rendah).
10. Pengangkutan CO2 dalam Manusia
CO2 dibebaskan semasa sel berespirasi.
CO2 diangkut dalam 3 cara:
- melarut dalam plasma.
- CO2 bergabung dengan haemoglobin dan
hasilkan karbaminohemoglobin.
- Dadah membentuk ion bikarbonat.
Karbon dioksida meresap keluar melalui
kapilari darah dan masuk ke dalam alveolus.
Disingkirkan semasa udara dihembus keluar.
11. Pengangkutan Gas Respirasi dalam
Manusia
Tekanan separa oksigen dalam kapilari darah
adalah lebih tinggi berbanding dalam sel
badan.
Respirasi sel badan mengurangkan kandungan
O2, dan hasilkan CO2.
Maka, tekanan separa CO2 dalam sel lebih
tinggi berbanding kapilari darah.
Akibatnya, CO2 keluar dari sel ke dalam
kapilari darah, dan diangkut ke peparu.
13. Eksperimen:Komposisi Udara Sedutan dan
Udara Hembusan
Tujuan eksperimen adalah untuk emngkaji
kandungan O2 dan CO2 dalam udara sedutan
dan hembusan.
Menggunakan larutan pekat kalium hidroksida
yang menyerap CO2.
Larutan alkali kalium pirogalat menyerap CO2
dan O2.
Udara hembusan mengandungi lebih banyak
CO2 dan kurang O2 berbanding udara sedutan.