Hadis ini membahas tiga golongan yang gugur dalam perjuangan di jalan Allah: (1) syahid yang mendapat tempat tertinggi di surga, (2) orang beriman yang dosanya diampuni dengan perjuangan, dan (3) munafik yang masuk neraka karena perjuangan tidak menghapus kemunafikannya. Hadis ini menekankan pentingnya niat ikhlas dalam perjuangan serta memperingatkan balasan buruk bagi yang lalai.
2. MAKSUD HADIS
Daripada Utbah bin Abdul Sulami katanya Rasullullah S.A.W. bersabda orang yang terbunuh
ada tiga golongan. Pertama, orang mukmin yang berjuang dengan jiwa dan hartanya di jalan
Allah kemudian dia terbunuh ketika memerangi musuh. Itulah syahid yang telah teruji, dia
berada dalam syurga Allah di bawah arasy-Nya, kedudukannya berada setingkat di bawah
kedudukan para Nabi cuma terpisah oleh status nubuwwah mereka. Kedua orang mukmin yang
telah mengotori jiwanya dengan dosa dan kesalahan, dia berjuang dengan jiwa dan hartanya di
jalan Allah kemudian dia terbunuh ketika memerangi musuh. Dia ibarat alat pencuci yang bakal
membersihkan semua dosa dan kesalahannya. Sesungguhnya pedangnya adalah penghapus
dosa. Dia akan dimasukkan ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.
Sesungguhnya syurga mempunyai lapan pintu dan neraka mempunyai tujuh pintu,
sebahagiannya lebih baik daripada yang lainnya. Terakhir orang munafik yang berjuang
dengan jiwa dan hartanya kemudian dia terbunuh ketika memerangi musuh. Lalu dia
ditempatkan di neraka kerana pedangnya tidak menghapus dosa kemunafikan.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan dinilai sebagai Hadis Hasan oleh Al Albani dalam
kitabnya Sohih At Targhib
3. PENGAJARAN
• Hadis ini menerangkan tentang tiga golongan yang berjihad di jalan Allah. Tujuannya adalah
supaya orang-orang beriman dapat berhati-hati dengan penjelasan yang diberikan dan
berwaspada dengan balasan buruk yang mungkin menimpa diri mereka kelak jika bersikap cuai
dan lalai.
4. PENGAJARAN
• Golongan yang pertama ialah seorang Mujahid soleh yang telah berkorban segala galanya,
maka dia dikurniakan tempat yang paling tinggi di dalam syurga. Para nabi tidak melebihinya
kecuali kerana darjat kenabian. Golongan ini adalah contoh teladan kepada orang-orang
beriman pada setiaptempat dan masa.
5. PENGAJARAN
• Kedua pula ialah golongan majoriti dalam kalangan umat Islam pada hari ini. Mereka telah
mencampuradukkan kehidupan mereka dengan dosa dan pahala. Namun begitu, mereka telah
keluar berjihad di jalan Allah lalu terbunuh di dalam pertempuran. Maka, Allah s.w.t.
menghapuskan dosa kesalahan mereka dengan jihad yang mereka lakukan. Dan Allah s.w.t.
memberi mereka pilihan untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka
kehendaki.
6. PENGAJARAN
• Golongan yang terakhir adalah golongan munafik yang keluar berjihad di jalan Allah S.W.T lalu
dia terbunuh. Maka Allah SWT memasukkan golongan ini ke dalam api neraka walaupun dia
mati di medan peperangan. Ini kerana jihad yang mereka lakukan tidak mampu membersihkan
dosa kemunafikan.
8. PENGAJARAN
• Sentiasa Ribath (berada di perbatasan menjaga batasan dan meninggalkankeluarga).
• Kita bertugas dimana sahajakitadiletakkandengan bersungguh-sungguh.
• PahalaRibath akanberterusan sehingga ke hari kiamat
9. PENGAJARAN
• Perjuangan Islam menuntut kitaberjihad dengan harta dan jiwa
• Harta sangat diperlukan dalam pergerakan dakwah dan pendidikan umat, bahkan jihad untuk
kemaslahatanumat. Umat Islamperlu berusaha menjadi kayadengan niat jihadharta.
10. PENGAJARAN
• Jihad melawan nafsu(mengamalkan ilmu,berdakwah dan sabar)
• Jihad melawan syaitan
• Jihad melawan bid’ah dan penyelewengan intelektual
• Jihad melawan musuh yang jelas
11. PENGAJARAN
• Jihad Mengikut Kapasitidan TugasSeseorang (Mahasiswa,Pekerja)
• Jihad yang utama bagi umat Islam dalam negara kita sekarang ini ialah meningkatkan maruah
umat Islam dalam politik, bidang perekonomian, pendidikan dan kerohanian.
12. PENGAJARAN
• Sentiasa muhasabah diri & menjauhi sifat munafik, menyerupai mereka dan berkawan dengan mereka.
Semoga di hari akhirat kelak segala amalan kita tidak dipersia-siakan walaupun telah melihat jalan
Allahs.w.t.sehinggamatiterbunuh.
• Berdusta, Ingkar Janji, Berkhianat, Gemar Melakukan Tipu Daya, Bermuka Dua, Riya', Malas Beribadah,
Mempercepat Sholat, Gemar Berbuat Kerusakan di Bumi, Bangga Atas Dosanya yang Telah Diperbuat,
Dengki,MemakanHarta AnakYatim
13. PENGAJARAN
• Syurga sebagai motivasi & neraka sebagai amaran bagi orang mukmin (Balasandaripada usaha)
• Satu anjuran yang begitu mulia dalam Islam adalah memberikan kemudahan dan memberikan
kabar gembira kepada orang lain.
• Menyampaikan dakwah dengan sikap yang lemah lembut dan meyakinkan, sehingga muncul
juga rasa senang yang membuat hati mad’u berbinar-binar bahagia.