Cerita ini memberikan ringkasan tentang dua cerita pengajaran dalam Islam. Cerita pertama mengisahkan tentang seorang laki-laki soleh yang tergoda untuk berzina tetapi berjaya menahan diri dengan mengingat panasnya api neraka. Cerita kedua mengisahkan tentang tiga golongan yang akan diadili terlebih dahulu pada hari kiamat iaitu pejuang, orang berilmu dan hartawan, dan bagaimana niat sebenar mereka didedahkan
1. Khairul Anwar Bin Md Yusof EDT 5390
G0915232 Tugasan 1 : Penceritaan
Cerita 1: Peganglah Api Apabila Teringat Zina
Ada seorang soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa
menjaga diri dari segala maksiat dan keburukan, sehingga pada satu malam terlintas di
dalam hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelita kerana terpesona dengan
kejelitaannya.Kebetulan pada ketika itu, di sampingnya ada sebuah pelita yang baru
sahaja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu. Maka dia terus
menajamkan pandanganya kepada api yang sedang menyala-nyala pada sumbu pelita
itu.
Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri: “Engkau mengajak aku melakukan
perbuatan terkutuk dengan wanita itu?”. Baiklah! Aku akan letakkan jariku ini di atas
sumbu pelita yang menyala itu, kiranya ia tahan panasnya itu, nescaya aku akan
turutkan kemahuanmu itu. Maka orang soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu
tadi dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir
nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritainya itu.
Lalu segeralah dia berteriak “ Wahai jiwa, tahniahlah engkau! Rupanya engkau
tidak tahan dengan api ini walaupun Allah swt telah menyejukkannya dengan air
sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya. Kalau hanya
menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk menghadapi api
neraka yang panasnya 70 kali anda lebih dahsyat daripada api dunia ini”.
Akhirnya, orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang buruk. Sejak
hari itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.
Kaitan cerita dengan silibus Pendidikan Islam
• Dosa Besar : Berzina
• Jangan biarkan hawa nafsu menguasai diri
• Panasnya api neraka
Penggunaan dalam pengajaran
• Sesuai digunakan di akhir pengajaran sebagai pedoman dan iktibar supaya para
pelajar dapat memelihara diri mereka daripada melakukan zina. Sekiranya terlintas
untuk melakukannya, maka ingatlah tentang azab api neraka yang tidak terhingga
agar timbul rasa gerun dan takut akan siksaan yang akan dihadapi akibat berzina.
2. Khairul Anwar Bin Md Yusof EDT 5390
G0915232 Tugasan 1 : Penceritaan
Cerita 2: Golongan yang dahulu disoal
Dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim diceritakan
bahawa pada hari kiamat, akan diadili lebih dahulu 3 golongan iaitu pejuang, orang
berilmu,dan hartawan. Digambarkan dalam hadis, proses terhadap setiap golongan itu
untuk memberi gambaran niat mereka di dunia dan tempat mereka di akhirat.
Terhadap pejuang dinyatakan “ Apakah yang telah engkau kerjakan di dunia”?
Lalu dia menjawab “ Aku berjuang dan bertempur pada jalan Allah sehingga aku tewas
dalam medan peperangan. Allah berfirman: “Engkau berdusta. Engkau tewas bukan
kerana mepertahankan agama atau berjuang di jalan Allah, tetapi hanya mengharapkan
supaya engkau bergelar pahlawan. Oleh itu, tempatmu di neraka”.
Kemudian disoal pula orang yang berilmu. “ Apaka amalan yang engkau
kerjakan di dunia?”. Jawabnya : “ Aku menuntut ilmu dan kemudian aku ajarkan
kepada orang lain. Dalam pada itu, aku sentiasa membawa Al-Quran. Allah berfirman :
“ Engkau berdusta sebab engkau belajar dan mengajar supaya dikatakan bahawa engkau
ulama dan cendiakawan. Engkau selalu membawa Al-Quran supaya engkau disebut
sebagai Qari. Oleh itu, tempatmu di neraka”.
Yang terakhir disoal adalah golongan hartawan. Tuhan telah melapangkan
hidupmu dan mengurniakan rezeki dan harta yang banyak kepadamu. Apakah yang
kamu lakukan dengan nikmat-nikmat itu dalam kehidupanmu di dunia? Jawab si
hartawan itu: “ Aku menafkahkan harta itu hanyalah supaya engkau disebut sebagai
orang dermawan. Oleh itu, tempatmu di neraka”.
Kaitan cerita dengan silibus Pendidikan Islam.
• 3 golongan terlebih dahulu akan diadili
• Kedudukan niat dan kepentingannya
Penggunaan dalam pengajaran.
• Sesuai digunakan di pertengahan pengajaran selepas pelajar diperjelaskan tentang
hari kiamat
• Digunakan dalam aktiviti berkumpulan di mana pelajar perlu mencari intipati penting
dari cerita tersebut.