SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
1
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan Perkembangan Bahasa Bayi dan Kanak
– Kanak
2
2. Teori Perkembangan Bahasa Bayi dan Kanak –
Kanak
3 – 5
3. Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak – Kanak
Mengikut Umur
6 – 7
4. Aktiviti Yang Dilakukan Beserta Gambar 8 – 9
5. Persekitaran Pembelajaran Yang Sesuai 10 – 11
6. Pemilihan Bahan Pembelajaran dan Peralatan Untuk
Perkembangan Bahasa
12
7. Cara Mengalakkan Perkembangan Bahasa Kanak –
Kanak
13
8. Pendekatan Pendidikan Awal Kanak – Kanak 14 – 16
9. Kesimpulan
2
PENGENALAN PERKEMBANGAN BAHASA BAYI DAN KANAK –
KANAK
Perkembangan bahasa merujuk kepada keupayaan seseorang individu
menggunakan lisan dan isyarat untuk menyampaikan sesuatu maksud atau
maklumat.
Bahasa adalah asas penting dalam membina kemahiran sosial dan intelek kanak-
kanak. Untuk berkomunikasi dengan baik, kanak-kanak perlu menguasai kosa kata
dan bahasa. Kanak-kanak dipercayai boleh mempelajari pelbagai bahasa sejak kecil
tanpa menjadi keliru. Kanak-kanak lebih cepat menguasai bahasa yang selalu
digunakan semasa berinteraksi dengan mereka. Ini kerana kanak-kanak belajar
dengan cara meniru dan minda mereka dapat menyerap maklumat dengan cepat
dari persekitarannya. Mereka juga tidak takut atau malu jika membuat kesilapan.
Bahasa adalah alat untuk berfikir. Penguasaan bahasa akan membolehkan
kanak-kanak berfikir lebih cepat daripada kanak-kanak lain yang seumur dengan
mereka. Sejak dilahirkan otak bayi telah boleh ‘menyerap dan menyimpan’
perkataan dan bahasa yang dituturkan kepadanya. Walaupun masih belum boleh
bercakap, bayi dan kanak-kanak boleh memahami bahasa dan boleh berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa badan. Bayi seringkali tersenyum apabila diagah
atau melihat ibu atau ahli keluarganya untuk menunjukkan kegembiraan dan selesa
dan menangis untuk menyatakan rasa tidak selesa atau terancam. Sekiranya
didedahkan seawal usia, kanak-kanak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa
(Bahasa Melayu dan Inggeris) lebih cepat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khas
untuk mereka.
Oleh yang demikian, penyediaan dan perancangan aktiviti yang dirancang adalah
sangat penting bagi memastikan pembelajaran perkembangan bahasa dapat
dilaksanakan dengan lancar.
3
TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
i. Jean Piaget
- Jean Piaget merupakan seorang pakar biologi Switzerland dan pakar
psikologi kanak-kanak. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896. Beliau
banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak. Beliau
menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan
melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu.
Beliau mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak-
kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi
ke semua budaya dan masyarakat. Menurut Jean Piaget, proses
pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir
sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa
mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan
yang berlaku di sekitar mereka.
ii. Lev Vygotsky
- Lev Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahawa perkembangan kognitif
dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial
yang hampa. Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget bahawa
anak menjelajahi dunianya sendiri dan membentuk gambaran realiti di
dalam dirinya sendiri. Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses
perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan intelek melibatkan
pembelajaran menggunakan penemuan-penemuan masyarakat seperti
bahasa dan sistem matematik.
- Penekanan Vygotsky pada peranan kebudayaan dan masyarakat di
dalam perkembangan kognitif lebih banyak menekankan tanggungjawab
orang dewasa dan kanak-kanak lain dalam memudahkan
perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan
fungsi mental seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan
memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tidak banyak memiliki fungsi
mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan
masalah. Pada dasarnya, dapat disimpulkan bahawa dalam teori
4
Vygotsky mengandungi banyak unsur psikologi pendidikan, khususnya
bidang pendidikan dan budaya. Seperti Piaget, Vygotsky menekankan
bahawa anak-anak secara aktif menyusun pengetahuan mereka. Akan
tetapi menurut Vygotsky, fungsi-fungsi mental memiliki hubungan-
hubungan sosial.
iii. Jerome Bruner
- Nama sebenar Bruner ialah Jerome Seymour Bruner. Jerome
Bruner dilahirkan pada tahun 1915. Beliau bertugas sebagai
profesor psikologi di Universiti Harvard di Amerika Syarikat. Dari
beberapa teori yang tercipta tersebut terdapat teori belajar yang
dikembangkan oleh Jerome Bruner di mana pada saat ini teori ini
merupakan salah satu teori yang baik untuk dikembangkan di era
globalisasi.
- Secara dasarnya teori Bruner adalah ungkapan Piaget yang
menyatakan bahawa anak harus berperanan secara aktif saat
belajar di kelas. Konsepnya adalah dengan menemukan (discovery
learning), pelajar mengorganisasikan bahan pelajaran yang
dipelajarinya dengan suatu bentuk akhir yang sesuai dengan tahap
pemikiran anak. Pendidikan hakikatnya merupakan proses
penemuan personal (personal discovery).
- Teori Bruner menekankan adanya pengaruh kebudayaan terhadap
tingkah laku seseorang. Dengan teorinya yang disebut Discovery
Learning, ia mengatakan bahawa pembelajaran akan berjalan baik
dan kreatif jika guru memberikan kesempatan kepada pelajar untuk
menemukan suatu konsep, teori, aturan atau pemahaman melalui
contoh-contoh yang mereka jumpai dalam kehidupannya. Jika
Piaget menyatakan bahawa perkembangan kognitif sangat
berpengaruh terhadap perkembangan bahasa seseorang, maka
Bruner menyatakan bahawa perkembangan bahasa memberi
pengaruhnya terhadap perkembangan kognitif.
5
iv. Friedrich Froebel
- Froebel dilahirkan pada 21 April 1782 dan meninggal dunia pada 21
Jun 1852. Froebel mendirikan pusat asuhan kanak-kanaknya yang
pertama pada tahun 1837, dengan rancangan kurikulum yang telah
distrukturkan untuk kanak-kanak dalam mencapai pemahaman
tentang lingkungan sekitarnya. Kurikulum yang dirancang Froebel
meliputi pekerjaan atau kegiatan seni, keahlian dan pembangunan.
Semua kegiatan yang dirancang dilakukan dalam bermain seperti
bermain lilin, meronce, menggunting dan melipat kertas, bernyanyi,
permainan, bahasa dan aritmetika.
- Pendidikan taman kanak-kanak perlu mengikuti sifat anak serta
bermain merupakan suatu kaedah dari pendidikan dan cara anak
untuk meniru kehidupan orang dewasa dengan wajar.
- Froebel mengatakan bahawa tahap ini merupakan masa permulaan
pendidikan kerana pada tahap ini anak sudah mulai boleh
mengucapkan kata benda. Namun demikian, kata pertama yang
diucapkan anak tersebut biasanya sedikit salah dan
menjadi kewajiban ibu bapa atau penjaganya untuk memperbaiki
perkataan tersebut dengan mengucapkan kata yang disebutkan
anak tersebut dengan benar. Selain pengucapan, Froebel juga
menekankan mengenai bermain dan menarik hubungan antara
bermain dengan pengalaman pendidikan.
- Menurut Froebel, bermain merupakan proses di mana
perkembangan keperibadian sedang terjadi.
6
PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA KANAK – KANAK
MENGIKUT UMUR
 0 – 6 Bulan
- Boleh menghasilkan bunyi seperti 'oooh' dan 'aaah' untuk
berkomunikasi
- Mengeluarkan bunyi huruf seperti ‘m’, ‘b’.
Menggabung bunyi dan mencantum vowel dan konsonan "ba-ba-ba",
"da-da-da".
• 6 – 12 bulan
- Tindak balas positif terhadap kata-kata yang lembut.
- Pandang kepada orang yang bercakap dengannya.
- Boleh bezakan ibu dengan orang lain.
- Takut bila berhadapan orang yang tidak dikenali.
- Suka aktiviti bermain ba-ba-cak
- Suka bila mendapat perhatian.
- Boleh lakukan aksi bila disuruh, seperti melambai tangan atau
bersalam.
- Memahami maksud "jangan".
- Faham dan boleh ikut arahan mudah
• 1 – 2 tahun
- Menyebut perkataan pertama walaupun tidak jelas seperti "mama”.
- Boleh sebut perkataan yang biasa didengar contoh "meow", "cucu"
(susu), "acik" (nasi), "bas", "bye-bye", "cat"(cat), “echer” (teacher).
- Kenal orangnya apabila panggilan/nama orang itu disebut.
- Meniru bunyi yang dibuat oleh sesiapa sahaja di sekelilingnya
-
• 2 – 3 tahun
- Menyedari ketakutan atau kebimbangan orang terhadap diri mereka.
- Suka dipuji atas usaha mereka.
- Menunjukkan kelangsangan fizikal terutama apabila kecewa atau
7
marah.
- Menunjukkan tantrum yang agak ketara.
- Tidak sabar atau cepat marah (akan berkurangan apabila semakin
besar)
- Tidak sabar menunggu giliran untuk bermain.
- Menyayangi barang kepunyaan sendiri dan belum bersedia
berkongsi.
• 3 – 4 tahun
- Boleh meluahkan perasaan kasih sayang dengan perkataan
- Mula menunjukkan perasaan malu dan kesedaran jantina.
- Mula mempelajari cara mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan
bimbingan orang dewasa.
- Mempercayai orang dewasa.
- Mempunyai sifat berani dan yakin diri.
- Tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam keluarga dan ketika
bersama kawan.
- Sedar akibat tindakan
• Lebih dari 4 tahun
- Boleh berdikari.
- Boleh memberi tumpuan yang agak lama.
- Suka dan menyayangi haiwan peliharaan.
- Bercakap benar, amanah dan ikhlas.
- Bijak menggunakan bahan/alatan dengan tujuan tertentu dan cara
yang selamat.
- Sentiasa tekun dan rajin.
- Bersikap adil.
- Dapat menyatakan perasaan sedih, gembira, takut, atau marah
kepada orang dewasa.
- Merasa bangga bila berjaya melakukan sesuatu aktiviti.
- Boleh memanggil orang lain dengan gelaran yang sesuai.
8
AKTIVITI YANG DILAKUKAN BESERTA GAMBAR
Cloth book/buku kain/vinil Ciri-ciri bahan/mainan
 Buku yang mempunyai gambar
yang besar dan ringkas.
 Berwarna terang.
 Buku diperbuat daripada bahan
yang boleh digenggam,
digoncang dan digigit.
Mainan berbunyi Ciri-ciri bahan/mainan
 Berbunyi dan boleh
diletakkan/didirikan.
 Berbunyi apabila dipukul/tekan.
Bongkah lembut besar Ciri-ciri bahan/mainan
 Boleh digunakan untuk membuat
binaan.
 Boleh dipicit atau dibaling.
 Boleh dibasuh.
Soft toys Ciri-ciri bahan/mainan
 Buatan mestilah kukuh.
 Tiada bahagian yang boleh
ditanggalkan.
 Boleh dibasuh.
9
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI
Telefon mainan/ Kotak muzik Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan
 Berbunyi bila digerakkan.
 Berwarna-warni.
Buku dari kadbod & pop up book Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan
 Mempunyai teksur yang
berlainan untuk disentuh
dan rasa.
 Bergambar.
 Berwarna terang.
Puzzle Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan
 Mempunyai tombol agar
mudah diambil.
 Terdiri dari beberapa
kepingan yang
besar/ringkas.
10
i. Penyediaan Persekitaran Taska
- Kawasan ruang utama untuk pembelajaran kanak-kanak terbahagi
kepada :
a) Aktiviti motor kasar – 40%
 memberi peluang kanak-kanak merangkak, memanjat ,
berlari dan sebagainya. Secara tidak langsung suasana ini
memberi peluang kanak-kanak berinteraksi dengan bebas
bersama rakan sebaya.
b) Aktiviti main peranan – 20%
 memberi peluang kanak2 melakukan aktiviti main pondok,
berniaga dan sebagainya. Kanak-kanak juga dapat
bertinterksi dan membuat ayat mudah.
c) Aktiviti sensori binaan – 30%
 menyediakan sudut permainan blok dan melukis, main
doh, menjahit yang memberi peluang kanak-kanak
mempelajari perbendaharaan kata baru di samping
meningkatkan kemahiran motor halus.
d) Aktiviti bahasa – 10%
 merangkumi permainan susun suai gambar,
menconteng, manipulasi, membaca dan sebagainya.
ii. Konsep ruang pembelajaran di TASKA
a) Konsep terbuka
 Membolehkan kanak-kanak bebas memilih ruang untuk
bermain
b) Konsep berkumpulan
 Menjalankan aktiviti dalam kumpulan kecil yang
dirancang oleh pengasuh
c) Konsep sudut pembelajaran
 Ia berdasarkan aspek perkembangan bayi dana kanak-
kanak.
iii. Ciri-Ciri Persekitaran Di Taska
11
 Persekitaran yang sesuai, menyeronokkan dan menepati tahap
perkembangan kanak-kanak perlu disediakan berpandukan ciri-ciri
yang betul.
 Persekitaran yang baik untuk perkembangan pembelajaran melibatkan
juga cara menyusun perabot, peralatan permainan dan juga bahan-
bahan yang diguna pakai di TASKA.
 Sudut pembelajaran untuk pelbagai aspek perkembangan kanak-
kanak perlulah disediakan secara terancang. Sebagai pendidik atau
pengasuh di TASKA, beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi
merancang susun atur persekitaran pengajaran pembelajaran.
 Antaranya ciri-ciri penyediaan persekitaran yang perlu diambil kira
adalah seperti berikut;
Rajah 1: Ciri-ciri persekitaran di TASKA
Keadaan sekeliling
yang selamat
Pemilihan perabot
yang bersesuaian
Penggunaan
peralatan yang
selamat
Langkah
keselamatan yang
baik
suasana yang
mengalakkan
12
PEMILIHAN BAHAN PEMBELAJARAN DAN PERALATAN UNTUK
PERKEMBANGAN BAHASA
i. Bayi 0 Hingga 6 Bulan (Bayi)
kerincing/rattles/
Mainan berbunyi dan loceng
Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan
 Mainan yang berbunyi
apabila dibaling, dipukul,
dipicit, dihisap atau
digoncang.
 Berwarna-warni.
Activity quilts Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan
 Mempunyai gambar yang
jelas, menarik dan terang.
 Gambar yang ringkas.
 Dibuat dari fabrik yang
lembut.
 Boleh dibasuh.
Gambar bersalut plastik/cermin bayi Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan
 Cermin dari plastik lutsinar.
 Gambar mesti bersalut
plastik.
 Boleh digantungkan dikatil
bayi.
Soft toys Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan
 Diperbuat daripada pelbagai
tekstur.
 Lembut.
 Boleh dibasuh.
13
CARA MENGALAKKAN PERKEMBANGAN BAHASA KANAK –
KANAK
- Berinteraksi dengan kanak-kanak
 Bercakap selalu dengan kanak-kanaksemasa menjalan apa sahaja
aktiviti. Contohnya semasa mandi, memakaikan pakaian, bermain dan
lain-lain.
- Memberi maklumat dan pengetahuan
 Membimbing kanak-kanak mempelajari perkataan baru semasa
menjalankan aktiviti seperti semasa menonton TV, bercerita, bersiar-
siar, membaca buku dan lain-lain.
- Bertanyakan soalan
 Kerap bertanya soalan dapat merangsang kanak-kanak bercakap dan
berfikir semasa mereka hendak menjawab soalan. Secara tidak
langsung aktiviti ini dapat menambah perbendaharaan kata kanak-
kanak dan memahirkan kanak-kanak membuat ayat mudah.
- Mendengar
 Kanak-kanak yang dapat mendengar dengan baik, dapat meniru
sebutan yang betul. Mereka akan menyebut semula perkataan
sebagaimana yang mereka dengar. Sebab itulah kanak-kanak yang
pekak secara tidak langsung menjadi bisu.
- Penerangan
 Melalui penerangan kanak-kanak dapat menerima maklumat, membina
struktur ayat dan memahami sesuatu situasi.
 Secara tidak langsung mereka dapat menggunakan pengetahuan yang
diperolehi untuk berinteraksi atau berbual dengan rakan-rakan mereka.
- Permainan perkataan
 Bermain perkataan melibatkan aktiviti seperti meneka gambar, meneka
bunyi, berbual-bual, bermain teka teki, berpantun, menyebut objek yang
dilihat dan sebagainya.
 Aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak menambahkan
perbendaharaan kata dan belajar membuat ayat mudah.
14
PENDEKATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK
i. Pendekatan bertema
 Pengajaran ini dikenali sebagai tematik, iaitu melibatkan tema-
tema tertentu yang dipilih untuk sepanjang satu semester,
ataupun setahun.
 Pendekatan bertema adalah merangkumi koleksi bahan, aktiviti
dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Pendekatan
ini menjadi alat pengelolaan kepada guru untuk
menghubungkan antara matapelajaran kanak-kanak.
 Pemilihan dan penentuan tema adalah berasaskan konsep,
berasaskan kemahiran, berasaskan kandungan dan kemahiran,
berfokus kepada isu, berfokus kepada projek, dan
berorientasikan kajian kes
ii. Pendekatan Main Sambil Belajar
 Pendekatan main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan
secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main
merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya
paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Bermain juga bukanlah
satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi
kanak-kanak (Kraus, 1990).
 Main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan
sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan
intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal,
kordinasi dan ketangkasan seseorang murid, Caplan&Caplan
(1973). Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan
dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar
yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu
aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal.
 Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum),
belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang
dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar
15
dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan
bermakna.
 Pembelajaran melalui bermain adalah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-
kanak, kerana ini akan mendatangkan keseronokkan dan
kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan.
 Dengan bermain kanak-kanak akan dapat menguasai pelbagai
perkembangan, antaranya adalah perkembangan dari segi fizikal,
emosi, bahasa, dan sosial.
iii. Pendekatan berasaskan projek
 Pendekatan projek merupakan kaedah pembelajaran yang
menekankan kajian secara mendalam terhadap sesuatu topik
yang dijalankan oleh kanak-kanak secara individu atau
berkumpulan sesuai untuk kanak-kanak berumur 3-4 tahun.
Kanak-kanak boleh bercerita atau berhujah tentang projek
mereka.
iv. Pendekatan berpusatkan kanak-kanak
 Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan
seseorang murid untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak
balas dalam suatu suasana pembelajaran. Seseorang murid
dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya
sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting
sebagai penggalak dan pemudah cara melalui pelbagai strategi
pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000).
 Pengajaran berpusatkan kanak-kanak di tadika lebih kepada
inisiatif daripada kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak berminat
untuk mempelajari sesuatu menerusi penerokaan yang
kemudiannya mendapat pengetahuan menerusi pengalaman
baru yang diperolehi. Aktiviti menyelesaikan masalah seperti
bermain 'puzzle' dapat mencabar minda kanak-kanak.
 Peranan guru sebagai pembimbing menerusi soalan yang
terbuka yang mengajak kanak-kanak berfikir. Contohnya; "Cuba
16
kita fikir cara lain untuk mencantumkan mainan ini." Mereka
yang berpegang kepada pengajaran berpusatkan kanak-kanak
berpegang kepada teori kognitif atau konstruktivisme.
Pembelajaran adalah proses yang berterusan. Hasil
pembelajaran memberi kesan jangka panjang dan kanak-kanak
belajar menerusi kefahaman daripada pengalaman
penerokaan.
 Tiada tugasan atau latih tubi (drill) di kelas tadika. Kanak-kanak
merasa seronok belajar kerana tiada tekanan. Pembelajaran
berteraskan minat dan pilihan aktiviti yang berbagai-bagai.
17
KESIMPULAN
Kita telah melihat bagaimana aktiviti berikut penting kepada perkembangan
literasi kanak – kanak minat terhadap literasi, kesedaran bunyi bahasa, pemahaman
bahasa, penguasaan perkataan dan pertuturan yang lancar
Perkembangan bahasa adalah penting untuk komunikasi, menyediakan kanak –
kanak untuk belajar membaca dan menulis.
Perkembangan bahasa yang baik bukan setakat untuk berkomunikasi sahaja,
malah merupakan asas kepada kemahiran membaca dan menulis juga. Sebagai
ibubapa, peranan kita adalah untuk menjadi teladan yang baik serta memupuk
kemahiran bahasa agar kanak – kanak membesar dengan kemahiran komunikasi,
membaca dan menulis yang cemerlang.
Bahasa adalah suatu medium komunikasi global yang penting pada masa ini.
Manusia menggunakan pertuturan khususnya sebagai alat termudah untuk
menyampaikan maklumat dan perasaan agar berlaku kitaran hidup yang seimbang
dan sempurna. Penting untuk kita sebagai individu pendidik agar memahami
perkembangan bahasa dalam kalangan kanak–kanak supaya tumbesaran mereka
dapat menyumbang kepada kemodenan negara kelak.
Perkembangan bahasa dapat dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif
behaviorisme, perspektif kognitif dan perspektif nativis serta berkembang dalam tiga
peringkat seperti peringkat bayi , peringkat kanak – kanak dan peringkat remaja.
Melihat dalam konteks fahaman Skinner (1957) , ibu bapa merupakan guru
pertama kanak–kanak seawal usia bayi dalam menyediakan sejumlah
perbendaharaan kata dan peneguhan yang betul dan mudah difahami. Hal ini
disokong apabila melihat sifat bayi yang lembut dan bergantung kepada individu lain
dalam mengharapkan percambahan bahasanya sendiri.
Justeru , dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan bahasa individu amat
bergantung kepada usaha dan persekitarannya dalam membentuk kemahiran
berbahasa yang baik dan sempurna. Individu yang dipengaruhi oleh pengaruh yang
lemah dan salah pendekatan berbahasanya akan membesar dengan situasi yang
sama. Misalnya , kanak – kanak menjadi bisu meskipun tidak bisu apabila membesar
bersama ibu bapa yang bisu dan tidak terdedah dengan persekitaran luar yang
normal. Oleh itu , ibu bapa dan guru hendaklah memainkan peranan penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak dalam mencorakkan perwatakan kanak-kanak
tersebut ke arah pembentukkan keperibadian yang unggul dalam arus globalisasi kini

More Related Content

What's hot

Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakFaFai S.
 
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-KanakPAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-KanakElize Lee
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHnurulanwar
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranasihwiniy viniy
 
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanakKAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanakanis_hairizan
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 TahunSenarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 TahunBudakpro Bapapro
 
Rancangan pengajaran kanak kanak
Rancangan pengajaran kanak kanakRancangan pengajaran kanak kanak
Rancangan pengajaran kanak kanaksendirian berhad
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakMasitah Musa
 
GROUP ASSIGNMENT - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
 GROUP ASSIGNMENT - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI GROUP ASSIGNMENT - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
GROUP ASSIGNMENT - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSINurul Normalisa
 

What's hot (20)

Penglibatan ibu bapa sebagai dr mahani
Penglibatan ibu bapa sebagai dr mahaniPenglibatan ibu bapa sebagai dr mahani
Penglibatan ibu bapa sebagai dr mahani
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
 
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-KanakPAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Tokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich FroebelTokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich Froebel
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanakKAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 TahunSenarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
 
Rancangan pengajaran kanak kanak
Rancangan pengajaran kanak kanakRancangan pengajaran kanak kanak
Rancangan pengajaran kanak kanak
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
GROUP ASSIGNMENT - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
 GROUP ASSIGNMENT - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI GROUP ASSIGNMENT - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
GROUP ASSIGNMENT - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
 

Similar to Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Psikologi group slide
Psikologi group slidePsikologi group slide
Psikologi group slideREDXX ROWAN92
 
Tugas b.indonesia pak arifin
Tugas b.indonesia pak arifinTugas b.indonesia pak arifin
Tugas b.indonesia pak arifinLogis Fanromik
 
Pengembangan bahasa pada
Pengembangan bahasa padaPengembangan bahasa pada
Pengembangan bahasa padafifi_sanaky
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikfajar riansyah
 
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Rizal Abdullah
 
perkembangan bayi toddler
perkembangan bayi toddlerperkembangan bayi toddler
perkembangan bayi toddlerJuEnn NaRa
 
Teori Pendidikan Dasar_Heppy Kinasih_1831600943.pptx
Teori Pendidikan Dasar_Heppy Kinasih_1831600943.pptxTeori Pendidikan Dasar_Heppy Kinasih_1831600943.pptx
Teori Pendidikan Dasar_Heppy Kinasih_1831600943.pptxEvyJohnsy1
 
Perkembangan Masa Anak-anak Awal
Perkembangan Masa Anak-anak AwalPerkembangan Masa Anak-anak Awal
Perkembangan Masa Anak-anak AwalAndhika Pratama
 
Makalah paud gangguan penyesuaian diri
Makalah paud gangguan penyesuaian diriMakalah paud gangguan penyesuaian diri
Makalah paud gangguan penyesuaian diriPoetra Chebhungsu
 
Masa perkembangan anak
Masa perkembangan anakMasa perkembangan anak
Masa perkembangan anakYeti Rohayati
 
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniMakalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniAisyahTamara
 
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAIPPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAIYunitaUmami
 
PPT KELOMPOK 5 PERSPEKTIF PENDIDIKAN SD.pptx
PPT KELOMPOK 5 PERSPEKTIF PENDIDIKAN SD.pptxPPT KELOMPOK 5 PERSPEKTIF PENDIDIKAN SD.pptx
PPT KELOMPOK 5 PERSPEKTIF PENDIDIKAN SD.pptxDonyMartuaPanggabean
 
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptxTEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptxutinala
 

Similar to Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak (20)

Psikologi group slide
Psikologi group slidePsikologi group slide
Psikologi group slide
 
Tugas b.indonesia pak arifin
Tugas b.indonesia pak arifinTugas b.indonesia pak arifin
Tugas b.indonesia pak arifin
 
Pengembangan bahasa pada
Pengembangan bahasa padaPengembangan bahasa pada
Pengembangan bahasa pada
 
Pengertian anak prasekolah
Pengertian anak prasekolahPengertian anak prasekolah
Pengertian anak prasekolah
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didik
 
Bab ii kajian teori
Bab ii kajian teoriBab ii kajian teori
Bab ii kajian teori
 
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
 
perkembangan bayi toddler
perkembangan bayi toddlerperkembangan bayi toddler
perkembangan bayi toddler
 
Psikologi perkembangan
Psikologi perkembanganPsikologi perkembangan
Psikologi perkembangan
 
Psikologi perkembangan
Psikologi perkembanganPsikologi perkembangan
Psikologi perkembangan
 
Teori Pendidikan Dasar_Heppy Kinasih_1831600943.pptx
Teori Pendidikan Dasar_Heppy Kinasih_1831600943.pptxTeori Pendidikan Dasar_Heppy Kinasih_1831600943.pptx
Teori Pendidikan Dasar_Heppy Kinasih_1831600943.pptx
 
Perkembangan Masa Anak-anak Awal
Perkembangan Masa Anak-anak AwalPerkembangan Masa Anak-anak Awal
Perkembangan Masa Anak-anak Awal
 
Makalah paud gangguan penyesuaian diri
Makalah paud gangguan penyesuaian diriMakalah paud gangguan penyesuaian diri
Makalah paud gangguan penyesuaian diri
 
PRESENTASI.pptx
PRESENTASI.pptxPRESENTASI.pptx
PRESENTASI.pptx
 
Masa perkembangan anak
Masa perkembangan anakMasa perkembangan anak
Masa perkembangan anak
 
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniMakalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
 
teori-behaviour
teori-behaviourteori-behaviour
teori-behaviour
 
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAIPPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
 
PPT KELOMPOK 5 PERSPEKTIF PENDIDIKAN SD.pptx
PPT KELOMPOK 5 PERSPEKTIF PENDIDIKAN SD.pptxPPT KELOMPOK 5 PERSPEKTIF PENDIDIKAN SD.pptx
PPT KELOMPOK 5 PERSPEKTIF PENDIDIKAN SD.pptx
 
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptxTEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
TEORI PERKEMBANGAN FONOLOGI.pptx
 

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

  • 1. 1 ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Pengenalan Perkembangan Bahasa Bayi dan Kanak – Kanak 2 2. Teori Perkembangan Bahasa Bayi dan Kanak – Kanak 3 – 5 3. Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak – Kanak Mengikut Umur 6 – 7 4. Aktiviti Yang Dilakukan Beserta Gambar 8 – 9 5. Persekitaran Pembelajaran Yang Sesuai 10 – 11 6. Pemilihan Bahan Pembelajaran dan Peralatan Untuk Perkembangan Bahasa 12 7. Cara Mengalakkan Perkembangan Bahasa Kanak – Kanak 13 8. Pendekatan Pendidikan Awal Kanak – Kanak 14 – 16 9. Kesimpulan
  • 2. 2 PENGENALAN PERKEMBANGAN BAHASA BAYI DAN KANAK – KANAK Perkembangan bahasa merujuk kepada keupayaan seseorang individu menggunakan lisan dan isyarat untuk menyampaikan sesuatu maksud atau maklumat. Bahasa adalah asas penting dalam membina kemahiran sosial dan intelek kanak- kanak. Untuk berkomunikasi dengan baik, kanak-kanak perlu menguasai kosa kata dan bahasa. Kanak-kanak dipercayai boleh mempelajari pelbagai bahasa sejak kecil tanpa menjadi keliru. Kanak-kanak lebih cepat menguasai bahasa yang selalu digunakan semasa berinteraksi dengan mereka. Ini kerana kanak-kanak belajar dengan cara meniru dan minda mereka dapat menyerap maklumat dengan cepat dari persekitarannya. Mereka juga tidak takut atau malu jika membuat kesilapan. Bahasa adalah alat untuk berfikir. Penguasaan bahasa akan membolehkan kanak-kanak berfikir lebih cepat daripada kanak-kanak lain yang seumur dengan mereka. Sejak dilahirkan otak bayi telah boleh ‘menyerap dan menyimpan’ perkataan dan bahasa yang dituturkan kepadanya. Walaupun masih belum boleh bercakap, bayi dan kanak-kanak boleh memahami bahasa dan boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa badan. Bayi seringkali tersenyum apabila diagah atau melihat ibu atau ahli keluarganya untuk menunjukkan kegembiraan dan selesa dan menangis untuk menyatakan rasa tidak selesa atau terancam. Sekiranya didedahkan seawal usia, kanak-kanak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) lebih cepat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khas untuk mereka. Oleh yang demikian, penyediaan dan perancangan aktiviti yang dirancang adalah sangat penting bagi memastikan pembelajaran perkembangan bahasa dapat dilaksanakan dengan lancar.
  • 3. 3 TEORI PERKEMBANGAN BAHASA i. Jean Piaget - Jean Piaget merupakan seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896. Beliau banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak. Beliau menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak- kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi ke semua budaya dan masyarakat. Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di sekitar mereka. ii. Lev Vygotsky - Lev Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahawa perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget bahawa anak menjelajahi dunianya sendiri dan membentuk gambaran realiti di dalam dirinya sendiri. Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan intelek melibatkan pembelajaran menggunakan penemuan-penemuan masyarakat seperti bahasa dan sistem matematik. - Penekanan Vygotsky pada peranan kebudayaan dan masyarakat di dalam perkembangan kognitif lebih banyak menekankan tanggungjawab orang dewasa dan kanak-kanak lain dalam memudahkan perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tidak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah. Pada dasarnya, dapat disimpulkan bahawa dalam teori
  • 4. 4 Vygotsky mengandungi banyak unsur psikologi pendidikan, khususnya bidang pendidikan dan budaya. Seperti Piaget, Vygotsky menekankan bahawa anak-anak secara aktif menyusun pengetahuan mereka. Akan tetapi menurut Vygotsky, fungsi-fungsi mental memiliki hubungan- hubungan sosial. iii. Jerome Bruner - Nama sebenar Bruner ialah Jerome Seymour Bruner. Jerome Bruner dilahirkan pada tahun 1915. Beliau bertugas sebagai profesor psikologi di Universiti Harvard di Amerika Syarikat. Dari beberapa teori yang tercipta tersebut terdapat teori belajar yang dikembangkan oleh Jerome Bruner di mana pada saat ini teori ini merupakan salah satu teori yang baik untuk dikembangkan di era globalisasi. - Secara dasarnya teori Bruner adalah ungkapan Piaget yang menyatakan bahawa anak harus berperanan secara aktif saat belajar di kelas. Konsepnya adalah dengan menemukan (discovery learning), pelajar mengorganisasikan bahan pelajaran yang dipelajarinya dengan suatu bentuk akhir yang sesuai dengan tahap pemikiran anak. Pendidikan hakikatnya merupakan proses penemuan personal (personal discovery). - Teori Bruner menekankan adanya pengaruh kebudayaan terhadap tingkah laku seseorang. Dengan teorinya yang disebut Discovery Learning, ia mengatakan bahawa pembelajaran akan berjalan baik dan kreatif jika guru memberikan kesempatan kepada pelajar untuk menemukan suatu konsep, teori, aturan atau pemahaman melalui contoh-contoh yang mereka jumpai dalam kehidupannya. Jika Piaget menyatakan bahawa perkembangan kognitif sangat berpengaruh terhadap perkembangan bahasa seseorang, maka Bruner menyatakan bahawa perkembangan bahasa memberi pengaruhnya terhadap perkembangan kognitif.
  • 5. 5 iv. Friedrich Froebel - Froebel dilahirkan pada 21 April 1782 dan meninggal dunia pada 21 Jun 1852. Froebel mendirikan pusat asuhan kanak-kanaknya yang pertama pada tahun 1837, dengan rancangan kurikulum yang telah distrukturkan untuk kanak-kanak dalam mencapai pemahaman tentang lingkungan sekitarnya. Kurikulum yang dirancang Froebel meliputi pekerjaan atau kegiatan seni, keahlian dan pembangunan. Semua kegiatan yang dirancang dilakukan dalam bermain seperti bermain lilin, meronce, menggunting dan melipat kertas, bernyanyi, permainan, bahasa dan aritmetika. - Pendidikan taman kanak-kanak perlu mengikuti sifat anak serta bermain merupakan suatu kaedah dari pendidikan dan cara anak untuk meniru kehidupan orang dewasa dengan wajar. - Froebel mengatakan bahawa tahap ini merupakan masa permulaan pendidikan kerana pada tahap ini anak sudah mulai boleh mengucapkan kata benda. Namun demikian, kata pertama yang diucapkan anak tersebut biasanya sedikit salah dan menjadi kewajiban ibu bapa atau penjaganya untuk memperbaiki perkataan tersebut dengan mengucapkan kata yang disebutkan anak tersebut dengan benar. Selain pengucapan, Froebel juga menekankan mengenai bermain dan menarik hubungan antara bermain dengan pengalaman pendidikan. - Menurut Froebel, bermain merupakan proses di mana perkembangan keperibadian sedang terjadi.
  • 6. 6 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA KANAK – KANAK MENGIKUT UMUR  0 – 6 Bulan - Boleh menghasilkan bunyi seperti 'oooh' dan 'aaah' untuk berkomunikasi - Mengeluarkan bunyi huruf seperti ‘m’, ‘b’. Menggabung bunyi dan mencantum vowel dan konsonan "ba-ba-ba", "da-da-da". • 6 – 12 bulan - Tindak balas positif terhadap kata-kata yang lembut. - Pandang kepada orang yang bercakap dengannya. - Boleh bezakan ibu dengan orang lain. - Takut bila berhadapan orang yang tidak dikenali. - Suka aktiviti bermain ba-ba-cak - Suka bila mendapat perhatian. - Boleh lakukan aksi bila disuruh, seperti melambai tangan atau bersalam. - Memahami maksud "jangan". - Faham dan boleh ikut arahan mudah • 1 – 2 tahun - Menyebut perkataan pertama walaupun tidak jelas seperti "mama”. - Boleh sebut perkataan yang biasa didengar contoh "meow", "cucu" (susu), "acik" (nasi), "bas", "bye-bye", "cat"(cat), “echer” (teacher). - Kenal orangnya apabila panggilan/nama orang itu disebut. - Meniru bunyi yang dibuat oleh sesiapa sahaja di sekelilingnya - • 2 – 3 tahun - Menyedari ketakutan atau kebimbangan orang terhadap diri mereka. - Suka dipuji atas usaha mereka. - Menunjukkan kelangsangan fizikal terutama apabila kecewa atau
  • 7. 7 marah. - Menunjukkan tantrum yang agak ketara. - Tidak sabar atau cepat marah (akan berkurangan apabila semakin besar) - Tidak sabar menunggu giliran untuk bermain. - Menyayangi barang kepunyaan sendiri dan belum bersedia berkongsi. • 3 – 4 tahun - Boleh meluahkan perasaan kasih sayang dengan perkataan - Mula menunjukkan perasaan malu dan kesedaran jantina. - Mula mempelajari cara mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa. - Mempercayai orang dewasa. - Mempunyai sifat berani dan yakin diri. - Tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan. - Sedar akibat tindakan • Lebih dari 4 tahun - Boleh berdikari. - Boleh memberi tumpuan yang agak lama. - Suka dan menyayangi haiwan peliharaan. - Bercakap benar, amanah dan ikhlas. - Bijak menggunakan bahan/alatan dengan tujuan tertentu dan cara yang selamat. - Sentiasa tekun dan rajin. - Bersikap adil. - Dapat menyatakan perasaan sedih, gembira, takut, atau marah kepada orang dewasa. - Merasa bangga bila berjaya melakukan sesuatu aktiviti. - Boleh memanggil orang lain dengan gelaran yang sesuai.
  • 8. 8 AKTIVITI YANG DILAKUKAN BESERTA GAMBAR Cloth book/buku kain/vinil Ciri-ciri bahan/mainan  Buku yang mempunyai gambar yang besar dan ringkas.  Berwarna terang.  Buku diperbuat daripada bahan yang boleh digenggam, digoncang dan digigit. Mainan berbunyi Ciri-ciri bahan/mainan  Berbunyi dan boleh diletakkan/didirikan.  Berbunyi apabila dipukul/tekan. Bongkah lembut besar Ciri-ciri bahan/mainan  Boleh digunakan untuk membuat binaan.  Boleh dipicit atau dibaling.  Boleh dibasuh. Soft toys Ciri-ciri bahan/mainan  Buatan mestilah kukuh.  Tiada bahagian yang boleh ditanggalkan.  Boleh dibasuh.
  • 9. 9 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI Telefon mainan/ Kotak muzik Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan  Berbunyi bila digerakkan.  Berwarna-warni. Buku dari kadbod & pop up book Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan  Mempunyai teksur yang berlainan untuk disentuh dan rasa.  Bergambar.  Berwarna terang. Puzzle Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan  Mempunyai tombol agar mudah diambil.  Terdiri dari beberapa kepingan yang besar/ringkas.
  • 10. 10 i. Penyediaan Persekitaran Taska - Kawasan ruang utama untuk pembelajaran kanak-kanak terbahagi kepada : a) Aktiviti motor kasar – 40%  memberi peluang kanak-kanak merangkak, memanjat , berlari dan sebagainya. Secara tidak langsung suasana ini memberi peluang kanak-kanak berinteraksi dengan bebas bersama rakan sebaya. b) Aktiviti main peranan – 20%  memberi peluang kanak2 melakukan aktiviti main pondok, berniaga dan sebagainya. Kanak-kanak juga dapat bertinterksi dan membuat ayat mudah. c) Aktiviti sensori binaan – 30%  menyediakan sudut permainan blok dan melukis, main doh, menjahit yang memberi peluang kanak-kanak mempelajari perbendaharaan kata baru di samping meningkatkan kemahiran motor halus. d) Aktiviti bahasa – 10%  merangkumi permainan susun suai gambar, menconteng, manipulasi, membaca dan sebagainya. ii. Konsep ruang pembelajaran di TASKA a) Konsep terbuka  Membolehkan kanak-kanak bebas memilih ruang untuk bermain b) Konsep berkumpulan  Menjalankan aktiviti dalam kumpulan kecil yang dirancang oleh pengasuh c) Konsep sudut pembelajaran  Ia berdasarkan aspek perkembangan bayi dana kanak- kanak. iii. Ciri-Ciri Persekitaran Di Taska
  • 11. 11  Persekitaran yang sesuai, menyeronokkan dan menepati tahap perkembangan kanak-kanak perlu disediakan berpandukan ciri-ciri yang betul.  Persekitaran yang baik untuk perkembangan pembelajaran melibatkan juga cara menyusun perabot, peralatan permainan dan juga bahan- bahan yang diguna pakai di TASKA.  Sudut pembelajaran untuk pelbagai aspek perkembangan kanak- kanak perlulah disediakan secara terancang. Sebagai pendidik atau pengasuh di TASKA, beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi merancang susun atur persekitaran pengajaran pembelajaran.  Antaranya ciri-ciri penyediaan persekitaran yang perlu diambil kira adalah seperti berikut; Rajah 1: Ciri-ciri persekitaran di TASKA Keadaan sekeliling yang selamat Pemilihan perabot yang bersesuaian Penggunaan peralatan yang selamat Langkah keselamatan yang baik suasana yang mengalakkan
  • 12. 12 PEMILIHAN BAHAN PEMBELAJARAN DAN PERALATAN UNTUK PERKEMBANGAN BAHASA i. Bayi 0 Hingga 6 Bulan (Bayi) kerincing/rattles/ Mainan berbunyi dan loceng Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan  Mainan yang berbunyi apabila dibaling, dipukul, dipicit, dihisap atau digoncang.  Berwarna-warni. Activity quilts Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan  Mempunyai gambar yang jelas, menarik dan terang.  Gambar yang ringkas.  Dibuat dari fabrik yang lembut.  Boleh dibasuh. Gambar bersalut plastik/cermin bayi Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan  Cermin dari plastik lutsinar.  Gambar mesti bersalut plastik.  Boleh digantungkan dikatil bayi. Soft toys Ciri-ciri bahan pembelajaran/mainan  Diperbuat daripada pelbagai tekstur.  Lembut.  Boleh dibasuh.
  • 13. 13 CARA MENGALAKKAN PERKEMBANGAN BAHASA KANAK – KANAK - Berinteraksi dengan kanak-kanak  Bercakap selalu dengan kanak-kanaksemasa menjalan apa sahaja aktiviti. Contohnya semasa mandi, memakaikan pakaian, bermain dan lain-lain. - Memberi maklumat dan pengetahuan  Membimbing kanak-kanak mempelajari perkataan baru semasa menjalankan aktiviti seperti semasa menonton TV, bercerita, bersiar- siar, membaca buku dan lain-lain. - Bertanyakan soalan  Kerap bertanya soalan dapat merangsang kanak-kanak bercakap dan berfikir semasa mereka hendak menjawab soalan. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menambah perbendaharaan kata kanak- kanak dan memahirkan kanak-kanak membuat ayat mudah. - Mendengar  Kanak-kanak yang dapat mendengar dengan baik, dapat meniru sebutan yang betul. Mereka akan menyebut semula perkataan sebagaimana yang mereka dengar. Sebab itulah kanak-kanak yang pekak secara tidak langsung menjadi bisu. - Penerangan  Melalui penerangan kanak-kanak dapat menerima maklumat, membina struktur ayat dan memahami sesuatu situasi.  Secara tidak langsung mereka dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk berinteraksi atau berbual dengan rakan-rakan mereka. - Permainan perkataan  Bermain perkataan melibatkan aktiviti seperti meneka gambar, meneka bunyi, berbual-bual, bermain teka teki, berpantun, menyebut objek yang dilihat dan sebagainya.  Aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak menambahkan perbendaharaan kata dan belajar membuat ayat mudah.
  • 14. 14 PENDEKATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK i. Pendekatan bertema  Pengajaran ini dikenali sebagai tematik, iaitu melibatkan tema- tema tertentu yang dipilih untuk sepanjang satu semester, ataupun setahun.  Pendekatan bertema adalah merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Pendekatan ini menjadi alat pengelolaan kepada guru untuk menghubungkan antara matapelajaran kanak-kanak.  Pemilihan dan penentuan tema adalah berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus kepada projek, dan berorientasikan kajian kes ii. Pendekatan Main Sambil Belajar  Pendekatan main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990).  Main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, kordinasi dan ketangkasan seseorang murid, Caplan&Caplan (1973). Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal.  Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar
  • 15. 15 dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.  Pembelajaran melalui bermain adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak- kanak, kerana ini akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.  Dengan bermain kanak-kanak akan dapat menguasai pelbagai perkembangan, antaranya adalah perkembangan dari segi fizikal, emosi, bahasa, dan sosial. iii. Pendekatan berasaskan projek  Pendekatan projek merupakan kaedah pembelajaran yang menekankan kajian secara mendalam terhadap sesuatu topik yang dijalankan oleh kanak-kanak secara individu atau berkumpulan sesuai untuk kanak-kanak berumur 3-4 tahun. Kanak-kanak boleh bercerita atau berhujah tentang projek mereka. iv. Pendekatan berpusatkan kanak-kanak  Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang murid untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran. Seseorang murid dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudah cara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000).  Pengajaran berpusatkan kanak-kanak di tadika lebih kepada inisiatif daripada kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak berminat untuk mempelajari sesuatu menerusi penerokaan yang kemudiannya mendapat pengetahuan menerusi pengalaman baru yang diperolehi. Aktiviti menyelesaikan masalah seperti bermain 'puzzle' dapat mencabar minda kanak-kanak.  Peranan guru sebagai pembimbing menerusi soalan yang terbuka yang mengajak kanak-kanak berfikir. Contohnya; "Cuba
  • 16. 16 kita fikir cara lain untuk mencantumkan mainan ini." Mereka yang berpegang kepada pengajaran berpusatkan kanak-kanak berpegang kepada teori kognitif atau konstruktivisme. Pembelajaran adalah proses yang berterusan. Hasil pembelajaran memberi kesan jangka panjang dan kanak-kanak belajar menerusi kefahaman daripada pengalaman penerokaan.  Tiada tugasan atau latih tubi (drill) di kelas tadika. Kanak-kanak merasa seronok belajar kerana tiada tekanan. Pembelajaran berteraskan minat dan pilihan aktiviti yang berbagai-bagai.
  • 17. 17 KESIMPULAN Kita telah melihat bagaimana aktiviti berikut penting kepada perkembangan literasi kanak – kanak minat terhadap literasi, kesedaran bunyi bahasa, pemahaman bahasa, penguasaan perkataan dan pertuturan yang lancar Perkembangan bahasa adalah penting untuk komunikasi, menyediakan kanak – kanak untuk belajar membaca dan menulis. Perkembangan bahasa yang baik bukan setakat untuk berkomunikasi sahaja, malah merupakan asas kepada kemahiran membaca dan menulis juga. Sebagai ibubapa, peranan kita adalah untuk menjadi teladan yang baik serta memupuk kemahiran bahasa agar kanak – kanak membesar dengan kemahiran komunikasi, membaca dan menulis yang cemerlang. Bahasa adalah suatu medium komunikasi global yang penting pada masa ini. Manusia menggunakan pertuturan khususnya sebagai alat termudah untuk menyampaikan maklumat dan perasaan agar berlaku kitaran hidup yang seimbang dan sempurna. Penting untuk kita sebagai individu pendidik agar memahami perkembangan bahasa dalam kalangan kanak–kanak supaya tumbesaran mereka dapat menyumbang kepada kemodenan negara kelak. Perkembangan bahasa dapat dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif behaviorisme, perspektif kognitif dan perspektif nativis serta berkembang dalam tiga peringkat seperti peringkat bayi , peringkat kanak – kanak dan peringkat remaja. Melihat dalam konteks fahaman Skinner (1957) , ibu bapa merupakan guru pertama kanak–kanak seawal usia bayi dalam menyediakan sejumlah perbendaharaan kata dan peneguhan yang betul dan mudah difahami. Hal ini disokong apabila melihat sifat bayi yang lembut dan bergantung kepada individu lain dalam mengharapkan percambahan bahasanya sendiri. Justeru , dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan bahasa individu amat bergantung kepada usaha dan persekitarannya dalam membentuk kemahiran berbahasa yang baik dan sempurna. Individu yang dipengaruhi oleh pengaruh yang lemah dan salah pendekatan berbahasanya akan membesar dengan situasi yang sama. Misalnya , kanak – kanak menjadi bisu meskipun tidak bisu apabila membesar bersama ibu bapa yang bisu dan tidak terdedah dengan persekitaran luar yang normal. Oleh itu , ibu bapa dan guru hendaklah memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak dalam mencorakkan perwatakan kanak-kanak tersebut ke arah pembentukkan keperibadian yang unggul dalam arus globalisasi kini