Dokumen ini memberikan panduan mengenai penanaman sayuran di sekolah rendah, termasuk langkah-langkah membersihkan tanah, membuat batas, menanam benih, merawat tanaman, mengawal hama dan penyakit, serta memetik hasil. Berbagai teknik penanaman dijelaskan seperti di batas tanah, dalam bekas atau hidroponik. Dokumen ini bertujuan membantu siswa belajar keterampilan hidup penting tentang pertanian sayuran
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
Khsr perkebunan-tahun-6-1-100309094744-phpapp01
1. KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
KHSR
TAHUN ENAM
Reka Bentuk Dan Teknologi
TANAMAN SAYURAN
MASA 8 JAM
2. PERALATAN PERKEBUNAN
YANG BIASA DIGUNAKAN
• Cangkul
• Pencakar
• Sudip tangan
• Pencakar tangan
• Alat penyiram
• Alat penyembur
• Kesemua alat ini digunakan untuk membersih,
menggembur tanah, semburan racun, membaja,
menyiram dan merumput tanaman di kebun
alfred_aning@hotmail.com.my
3. PEMILIHAN TAPAK
• Keadaan tanah yang rata
• Mempunyai sumber air yang mencukupi
• Tidak terlindung dari pancaran cahaya
matahari
• Tidak mudah terhakis dan dibanjiri
• Jenis tanah sebaik-baiknya tanah loam yang
mengandungi banyak: bahan mineral,
bahan organik, air dan udara
alfred_aning@hotmail.com.my
4. MEMBERSIHKAN TAPAK
• Tebas pokok-pokok yang kecil
• Gali dan keluarkan akar pokok
yang tertinggal di dalam tanah
• Bakar pokok–pokok kecil dan
tunggul kayu yang ditebang
• Potong dan kumpul rumput untuk
dijadikan kompos
alfred_aning@hotmail.com.my
5. LANGKAH MEMBINA BATAS
• Gemburkan tanah ( Tanah campuran
hendaklah dibubuh setinggi 10 – 15 cm di
atas tanah asal sekiranya tanah asal tidak
sesuai untuk tanaman sayuran)
• Ketinggian batas: 15cm - 25 cm
• Lebar batas: 75cm – 120cm
• Panjang batas: bergantung kepada saiz
tapak
• Jarak antara batas: 45cm – 60cm
• Ratakan permukaan batas dengan pencakar
alfred_aning@hotmail.com.my
6. • Baja asas seperti bahan organik yang cukup
reput boleh dibubuh di atas batas bagi
menyuburkan tanaman
• Batas hendaklah disungkup dengan
menggunakan pelepah kelapa, rumput
kering, jerami padi atau penutup plastik
hitam bersalut almunium
• Sungkupan bertujuan untuk mengelakkan
hakisan dan tanah batas yang telah
digembur menjadi padat
• Biarkan selama seminggu supaya baja
organik bertindak balas dengan tanah
alfred_aning@hotmail.com.my
7. LANGKAH MENYEMAI BIJI BENIH
YANG KASAR DI BATAS
• Buat barisan lurus di permukaan batas
dengan jarak 15-20 cm antara satu sama lain
• Buatkan lubang kecil pada barisan yang
telah ditandakan
• Masukkan 2 biji benih ke dalam setiap
lubang
• Timbun biji benih dengan medium
• Siram permukaan batas dan sungkupkan
alfred_aning@hotmail.com.my
8. CARA MENYEMAI BIJI BENIH HALUS:
1. Campurkan biji benih dengan pasir
halus dalam nisbah 1:5
2. Taburkan campuran biji benih dan pasir
di atas permukaan batas atau bekas
3. Taburkan satu lapisan medium yang nipis
untuk menutup campuran biji benih
4. Siram dan letakkan di tempat teduh
5. Biji benih halus biasanya disemai di
kotak semaian sebelum dipindahkan ke
batas
alfred_aning@hotmail.com.my
9. • Anak benih sayuran boleh
dipindahkan dari tapak semaian ke
batas setelah ianya mempunyai
empat hingga lima helai daun
sebenar.
• Anak benih yang akan dipindahkan
hendaklah dicungkil berhati-hati
dengan menggunakan sudip
tangan agar akar dan batangnya
tidak rosak
• Pemindahan anak benih hanya
sesuai dilakukan pada waktu pagi
dan petang sahaja
alfred_aning@hotmail.com.my
10. PEMILIHAN BIJI BENIH
• Mesti benih yang cukup matang/tua
• Benih yang berisi
• Dibeli dari kedai
alfred_aning@hotmail.com.my
11. CONTOH ANAK BENIH YANG SESUAI
DIPINDAHKAN KE BATAS ATAU PASU
alfred_aning@hotmail.com.my
12. BELUM SESUAI
DIPINDAHKAN KE
BATAS KERANA
IANYA MUDAH LAYU
Sekiranya anak benih
seumpama ini dipin-dahkan,
alfred_aning@hotmail.com.my
banyak
akar yang terputus
13. Sayur yang ditanam terlalu rapat
membantutkan pertumbuhan
sayur berkenaan
alfred_aning@hotmail.com.my
17. Bagi sekolah yang tidak
mempunyai tanah lapang, kaedah
lain yang
boleh digunakan ialah;
1. Menanam sayur-sayuran di
dalam pasu atau bekas yang
sesuai.
2. Kaedah hidroponik
alfred_aning@hotmail.com.my
18. PENANAMAN SAYUR CARA
HIDROPONIK
• Sistem yang dipilih ialah Hidroponik Kultur
Air ( KAT )
• Medium - span, benang/kapas batu
• Bekas - palung/bekas plastik
• Larutan - baja dan air/nutrien
• Penutup – polistren
alfred_aning@hotmail.com.my
20. FORMULA ASAS LARUTAN UNTUK
TANAMAN HIDROPONIK
• Kalium sulfat -1¼ sudu teh
• Kalium nitrat - 4 sudu teh
• Kalsium sulfat -½ sudu teh
• Magnesium sulfat - 2½ sudu teh
• Tambah dengan lima gelen air
• Bahan-bahan di atas boleh dibeli di kedai-kedai
pertanian
• Sayur daun seperti bayam, kailan, sawi
dan sebagainya
alfred_aning@hotmail.com.my
21. PERKARA YANG PERLU DIAMBIL
PERHATIAN DALAM PENJAGAAN
SAYURAN DALAM PASU ATAU BEKAS:
• Ruang – Mencukupi untuk jenis sayur
yang ditanam
• Cahaya – Terdedah kepada cahaya
untuk proses fotosintisis
• Penyiraman – Perlu dilakukan selalu
bagi mengekalkan kelembaban tanah
alfred_aning@hotmail.com.my
• pembajaan
22. CAMPURAN TANAH UNTUK
PASU/BEKAS
• Tanah yang mengandungi humus dan
nutrien. Contoh: Tanah kebun, tanah hutan
dan tanah bekas unggun api atau tanah
bakar
• Campuran tanah pasu: 3 bahagian tanah
kebun/tanah hutan/tanah bakar, 2
bahagian baja organik/ tahi ayam reput
dan 1 bahagian pasir sungai.
• Alat penyukat: Baldi kecil
alfred_aning@hotmail.com.my
23. CONTOH SAYURAN YANG BOLEH DITANAM
DI PASU/BEKAS (CADANGAN)
alfred_aning@hotmail.com.my
24. PENJAGAAN
• KERJA-KERJA BERIKUT PERLU
DILAKUKAN SEHINGGA ANAK
BENIH SESUAI DITUAI: MEMBERI
NAUNGAN, MENYIRAM, MERUMPUT,
MELAKUKAN PENJARANGAN,
MELAKUKAN PENYULAMAN,
MEMBAJA, MEMBERIKAN
SOKONGAN DAN MENGAWAL
PEROSAK DAN PENYAKIT
alfred_aning@hotmail.com.my
25. Bahan sokongan seperti junjung ( untuk sayur jenis
kekacang ), berpara ( sayur jenis buah ) dan
berpagar ( sayur yang mempunyai batang yang
lembut }
alfred_aning@hotmail.com.my
26. • Memberi naungan: Melindungi anak
benih daripada pancaran matahari terik
dan hujan lebat. Diberi pada anak benih
yang berumur 3 – 7 hari. Ketinggian
naungan 80 -100 cm. Bahan naungan:
pelepah kelapa, plastik, jaring, daun lebar
dan lalang
• Menyiram: Mengekalkan kelembaban
tanah. Dilakukan 2 kali sehari. Air yang
disiram mesti mencukupi dan boleh
sampai ke zon akar
alfred_aning@hotmail.com.my
27. • Merumput: Proses membuang rumput
yang tumbuh di batas tanaman.
Mengelakkan persaingan di antara rumput
dan sayuran untuk mendapatkan nutrien,
cahaya, air dan udara. Perlu di lakukan
setiap satu hingga dua minggu.
• Penjarangan: Membuang anak benih
yang tumbuh terlalu rapat. Dibuat ketika
anak benih mencapai ketinggian 8 – 10
cm. Ini juga akan menggalakkan
pertumbuhan sayur-sayuran yang sekata
alfred_aning@hotmail.com.my
28. • Menggembur tanah: Perlu dilakukan
ketika tanah di batas menjadi keras dan
padat. Ini juga bertujuan untuk
mengekalkan sistem pengudaraan tanah.
• Penyulaman: Bertujuan untuk mengganti
anak benih yang tidak sihat atau mati
• Memberi sokongan: Perlu dibuat kepada
jenis sayur tumbuh memanjat atau
mempunyai batang yang lemah. 3 jenis
sokongan ialah: Junjung, berpara dan
berpagar
alfred_aning@hotmail.com.my
29. • Membaja: Membekalkan nutrien untuk
pertumbuhan pokok yang sihat di samping
memperbaiki struktur tanah. 2 jenis baja iaitu
baja organik dan baja kimia. Sayuran diberi
baja berdasarkan kepada jenisnya. Contoh:
Sayur-sayuran jenis daun memerlukan lebih
banyak Nitrogen manakala sayur jenis buah
memerlukan lebih banyak nutrien kalium dan
fosfat. Bagi baja kimia, cara mengguna
adalah tertakluk kepada kadar yang
dicadangkan oleh pengeluar produk.
alfred_aning@hotmail.com.my
30. MENGAWAL PEROSAK DAN
PENYAKIT
• Perosak sayur-sayuran biasanya
disebabkan oleh serangga seperti ulat
beluncas, kutu daun, bari-bari betina,
belalang, kumbang dan siput babi
• Penyakit sayur-sayuran pula adalah
terdiri dari melecuh anak benih, reput
akar, bintik daun, kulapuk, layu bakteria,
karat batang/daun dan penyakit virus.
alfred_aning@hotmail.com.my
31. LANGKAH MENGAWAL
• Membuang dan membakar pokok yang
diserang penyakit
• Mengelakkan pokok rosak atau terluka
• Menggunakan racun kimia
• NOTA: Bagi kerja menyembur racun pada
tanaman, ( KHSR TAHUN ENAM )
hendaklah dilakukan oleh guru
alfred_aning@hotmail.com.my
32. MEMUNGUT HASIL
• Hasil sayur-sayuran dipungut dengan cara
memotong, memetik, mencabut dan
menggali
• Sayur daun hanya sesuai dipungut pada
waktu pagi dan petang sahaja.
• Sayur jenis ubi dan buah boleh dipungut
pada bila-bila masa sahaja
• Kerja-kerja menggred, membersih,
membungkus/mengikat perlu dilakukan
sebaik sahaja sayur-alfred_aning@sayuran hotmail.com.my
siap dituai.
33. Hasil sayur-sayuran hendaklah
dipungut
mengikut tempoh matang. Contoh;
• Sayur daun – 4 hingga 5 minggu
• Timun – 4 hingga 6 minggu
• Kacang panjang – 6 hingga 8
minggu
• Terung – 10 hingga 12 minggu
alfred_aning@hotmail.com.my