SlideShare a Scribd company logo
1 of 47
Bahasa Melayu
Klasik
NAJMI NAIM.MUSTAQQIM.HAFIY.ADIBAH
Objektif Pembelajaran
PELAJAR
AKAN
DAPAT
MENGUASAI
Konsep
Bahasa
Melayu
Klasik
Ciri-ciri
Bahasa
Melayu
Klasik
Perkembangan
Aksara Jawi
Bahan Bukti
Penggunaan
Bahasa
Melayu Klasik
Fungsi
Bahasa
Melayu
Klasik
KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK
PENGARUH AGAMA HINDU PENGARUH AGAMA ISLAM
ABAD KE 12 & 13 DI SELURUH KEPULAUAN MELAYU
BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK
HAL INI BERLAKU AKIBAT KEDATANGAN PENGARUH AGAMA ISLAM YANG DIKAITKAN DENGAN PELBAGAI TEORI
DIBAWA DARI INDIA
ATAU TANAH ARAB
DIBAWA DARI CINA
OLEH PEDAGANG
BUKTI KONKRIT:
1292 M
MARCO POLO MELAWAT
KE SUMATERA UTARA.
ISLAM MULA BERTAPAK
KE MELAKA DLL
Alkisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam
rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji,dan taat
ibadatnya kepada Allah taala, istimewa pula perangainya
tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas
hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun.
Sekali perisitiwa datanglah seorang lelaki ke rumahnya
mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak
Lebai, “Baiklah”. Kembalilah tuan dahulu.
CIRI-CIRI
BAHASA
MELAYU
KLASIK
SISTEM
TULISAN
DAN EJAAN
KOSA
KATA
TATABAHASA
BATU BERSURAT PAGAR RUYUNG
BATU NISAN MINYE TUJUH
PENGARUH
KEBUDAYAAN
INDIA
SISTEM TULISAN DAN
EJAAN
 CIRI BAHASA MELAYU KLASIK DITANDAI OLEH ADANYA AKSARA / SISTEM TULISAN JAWI
 TULISAN JAWI IALAH TULISAN YANG BERASAL DARIPADA BAHASA ARAB DAN DISESUAIKAN
DENGAN BUNYI BAHASA MELAYU
 BUKTI TERAWAL : BATU BERSURAT DI SUNGAI TERESAT, KUALA BERANG
KOSA KATA
PENGARUH BAHASA ARAB YANG
KETARA, BERKAITAN HUKUM ISLAM
• ALLAH TAALA
• DAULAT
• WALLAHUALAM
• FARDHU
PENGGUNAAN BAHASA ISTANA
• GERING (SAKIT)
• BERADU (TIDUR)
• BERSIRAM (MANDI)
• MANGKAT (MENINGGAL DUNIA)
• SANTAP (MAKAN)
KOSA KATA KLASIK
• CERITERA (CERITA)
• MASYGHUL (SEDIH)
• AMARAH (MARAH)
• BERAHI (CINTA)
PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT
(PERDU PERKATAAN)
• ALKISAH
• ARAKIAN
• HATTA
• MAKA
• SEBERMULA
PENGGUNAAN KATA PENEGAS PUN
DAN -LAH
• MAKA BENDAHARA PUN
HAIRANLAH
• SYAHBANDAR PUN TURUNLAH
• … LANGIT DAN BUMI PUN BELUM
JADI
TATABAHASA
1. MEMPUNYAI LARAS BAHASA YANG TERBATAS
EJAANNYA BANYAK MENGGUNAKAN LARAS BAHASA ISTANA
“… TUANKU BATIN ALAM KEMBALI KE ISTANA YANG PENUH CAHAYA LAKSANA RATNA MUTU MANIKAM HENDAK MELIHAT PUTERI
BAGINDA.BAGINDA BERSAMA KEBANYAKAN RAKYAT BARU KEMBALI DARIPADA PEPERANGAN.”
2. AYAT BAHASA MELAYU KLASIK AMNYA PANJANG-PANJANG DAN SUKAR DIFAHAMI
“SEGALA HUTAN BELANTARA MENJADI PADANG, BUMI BERGETAR SEPERTI GEMPA, GUNUNG BERGERAK RUNTUH, TANAH YANG
TINGGI MENJADI RATA, BATU PUN HABIS BERPELANTINGAN, SUNGAI PUN HABIS KERING, DAN JIKA HALILINTAR BERBUNYI DI
LANGIT SEKALIPUN TIADA KEDENGARAN DARIPADA KESANGATAN BUNYI TEMPIK SORAK HULUBALANG.”
3. ADA PENANDA PANGKAL AYAT SECARA MELUAS
“SYAHADAN SEKALI PERISTIWA PERMAISURI BERANGKATLAH SUDAH, MAKA BAGINDA BERTITAH KEPADA DAYANG AKAN PERIHAL
PUTERA YANG BONGSU GERING. ADAPUN BAGINDA RAJA…”
4. STRUKTUR AYAT PASIF
“SETELAH BESARLAH TERLALU BAIK PARASNYA ANAK RAJA YANG KETIGA ITU. ANAK YANG TUA DINAMAI OLEH RAJA AFTABUL
ARDH NIA PAHLAWAN DAN YANG TENGAH DINAMAI NILA UTAMA LALU DIBERIKAN SEEKOR LEMBU PUTIH OLEH RAJA AFTABHUL
ARDH…”
5. BANYAK GUNA AYAT MAJMUK
“ADAPUN NEGERI PALEMBANG ITU PALEMBANG YANG ADA SEKARANG INILAH DAHULUKALA NEGERI ITU TERLALU BESAR DAN
AKAN RAJA PALEMBANG YANG BERNAMA DEMAG LEBAR DAUN ITU, ADA BERANAK SEORANG PEREMPUAN TERLALU BAIK
PARASNYA, TIADA BERBANDING PARASNYA, PADA ZAMAN ITU WAN SENDARI NAMANYA.”
6. PARTIKEL –LAH DALAM AYAT
…JANGANLAH DIALPA,LEPASLAH IA KE ROKAM…BERJUMPALAH…KARAMLAH…
7. GUNA AYAT SONGSANG
“MAKA DENGAN BERKAT NUJUM TUA ITU, PENYAKIT TUANKU PUN SEMBUHLAH.”
8. TERDAPAT UNSUR BM KLASIK YANG GUGURKAN SUBJEK
SEBERMULA ADAPUN RAJA KECIK LEPASLAH IA KE RIAU MAKA WAKTU HENDAK LALU MAKA BERJUMPALAH IA DENGAN PERAHU
BUGIS PENDEWAKAN TIGA BUAH
9. KEKALKAN PENGARUH BAHASA SANSKRIT
MAKA DIPERSEMBAHKAN OLEH SIDA-SIDA, PETI DAN KENDI PADA BENDAHARA AA EMAS MANIKAM MAKA DISURUH RAHSIA
OLEH BENDAHARA
10. MEMPUNYAI STRUKTUR AYAT BAHASA ARAB, DI SAMPING MENJADI MEDIA PENGHASILAN KARYA SASTERA DAN
PENYEBARAN ILMU
PERKEMBANGAN AKSARA JAWI
KONSEP
SEJENIS SISTEM
TULISAN YANG
DITULIS DARI
KANAN KE KIRI
ISTILAH JAWI
DIGUNAKAN OLEH
PENDUDUK
MALAYSIA,SINGAPURA,
BRUNEI DAN WILAYAH
SELATAN
DI INDONESIA,
DIPANGGIL
TULISAN ARAB-
MELAYU
SKRIP JAWI
BERASAL SKRIP
ARAB SEBANYAK
29 HURUF
TULISAN ARAB
DIADAPTASI KE
BAHASA MELAYU
SESUDAH ABAD
KE-13
JAWI DIKENALI
SEBAGAI NAMA
TULISAN SELEPAS
BARAT
MEMPERKENALKAN
TULISAN RUMI
JAWI DIKAITKAN
DENGAN PERKATAAN
ORANG JAWA YANG
DISEBUT OLEH
MARCO POLO
SEBAGAI NAMA
LAMA BAGI
SUMATERA.
PERKATAAN JAWI
BERASAL DARI KATA
NAMA BAHASA JAWA
YANG DIAMBIL
DARIPADA KATA
ADJEKTIF TERBITAN
BAHASA
ARAB,BERMAKSUD
‘TULISAN’
ETIMOLOGI ISTILAH
JAWI
KEMUNGKINAN PERKATAAN
ITU AL-JAWAH YANG
DIGUNAKAN UNTUK
MENAMAKAN PULAU
SUMATERA PADA
PERTENGAHAN ABAD KE-
14 MASIHI,MALAHAN
PERKATAAN ITU
MERUPAKAN GELARAN
ORANG ARAB KEPADA
SELURUH BANGSA
PENDUDUK DAERAH
KEPULAUAN MELAYU.
PENGGUNAAN TULISAN
JAWI
JAWI DIKATAKAN MULA DIGUNAKAN
PADA ABAD KE-14 MASIHI,DITANDAI
OLEH INSKRIPSI BATU BERURAT
SUNGAI TERESAT,KUALA BERANG
PADA ZAMAN MELAKA,PENGEMBANG
AGAMA ISLAM MENGAJARKAN
TULISAN JAWI KEPADA GOLONGAN
BANGSAWAN DAN MEMBACAKAN
MEREKA HIKAYAT TENTANG
KEPAHLAWANAN TOKOH ISLAM YANG
BERTULISAN JAWI.
TAHAP PERKEMBANGAN
TAHAP HURAIAN
TAHAP 1 • TULISAN JAWI MENGIKUT EJAAN ARAB
• MENGGUNAKAN TANDA BARIS/DIAKRITIK
• TIADA LAMBANG TANDA E PEPET
TAHAP 2 • TULISAN JAWI TANPA BARIS
• TULISAN ARAB GONDOL
• MENGGUNAKAN PERKATAAN HOMOGRAF (EJAAN
SAMA SEBUTAN BERBEZA)
TAHAP 3 • SISTEM EJAAN JAWI DENGAN PENGARUH MELAYU
• MENGGUNAKAN HURUF-HURUF SAKSI ATAU
VOKAL
• DILETAKKAN PADA SUKU KATA PERTAMA SAHAJA
TAHAP 4 • HURUF-HURUF SAKSI DIGUNAKAN DALAM SUKU
KATA PERTAMA DAN KEDUA
• AKSARA JAWI MERUPAKAN HURUF ARAB DENGAN BEBERAPA HURUF
TAMBAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENULIS DALAM BAHASA MELAYU.
• R.J WILKINSON MENGAITKAN PERKATAAN JAWI DENGAN ISTILAH
MELAYU,SEOLAH-OLAH BERBAHASA MELAYU SAMA DENGAN BERAKSARA
JAWI.RINGKASNYA,TULISAN JAWI BERMAKSUD TULISAN BAGI BAHASA MELAYU.
• TULISAN JAWI BERASAL DARIPADA ARAB YANG TIBA DI KEPULAUAN MELAYU
DAN MELALUI BEBERAPA PENYESUAIAN DAN TAMBAHAN TERTENTU.
• SEBELUM KEDATANGAN PENGARUH ISLAM,BELUM ADA SUATU SISTEM
TULISAN YANG PRAKTIS.
• SELEPAS KEDATANGAN ISLAM,TULISAN JAWI MENJADI SKRIP UTAMA YANG
DIGUNAKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU.
• AKSARA JAWI MENJADI WAHANA USAHA MENTERJEMAHKAN KITAB-KITAB
DARIPADA BAHASA LAIN KE BAHASA MELAYU.
• HINGGA ABAD KE 20,TULISAN JAWI IALAH TULISAN RASMI DI BEBERAPA BUAH
DAERAH DI KEPULAUAN MELAYU.
• PADA WAKTU ITU,TULISAN JAWI DIGUNAKAN DALAM SURAT-MENYURAT DAN
MENGIKUT KAEDAH TULISAN KATA ARAB,IAITU TIDAK MENGGUNAKAN HURUF
SAKSI.
• HURUF SAKSI ADALAH HURUF YANG DIGUNAKAN UNTUK MELAMBANGKAN
VOKAL. HURUF SAKSI DIPERLUKAN AGAR KATA-KATA DALAM BAHASA ARAB
MELAYU ITU TIDAK SUKAR UNTUK DIBACA.
HURUF YANG DIGUNAKAN SEBAGAI VOKAL :
– HURUF ( ‫ا‬) UNTUK (A)
– HURUF ( ‫ي‬) UNTUK (I)
– HURUF ( ‫و‬) UNTUK (U)
• BERDASARKAN PENDAPAT KEBANYAKKAN PENGKAJI,NASKHAH ARAB MULAI
DIADAPTASI SEBAGAI SUMBER UNTUK EJAAN BAHASA MELAYU SESUDAH ABAD
KE-7 HIJRAH.
• AKSARA JAWI DIPERCAYAI BERMULA DI TANAH MELAYU PADA TAHUN 1303 MASIHI
BERSAMAAN 702 HIJRAH,BERDASARKAN PENJUMPAAN BATU BERSURAT DI KUALA
BERANG,TERENGGANU.
• SISTEM TULISAN JAWI MEMPUNYAI BEBERAPA KELEMAHAN;
• SEBUTAN HURUF TIDAK MENEPATI MAKHRAJ BOLEH MENYEBABKAN
MAKNA MENYIMPANG.
CONTOH; QALBUN = PERASAAN
KALBUN = ANJING
• BAGI MEREKA YANG TIDAK FASIH MENULIS JAWI,MEREKA
MEMPUNYAI MASALAH DARI SEGI PENGGUNAAN HURUF SAKSI
SEBAGAI CONTOH DALAM MENGEJA PERKATAAN SEPERTI NABI DAN
SAYA.
• KESAN PALING BESAR DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
IALAH SELEPAS KEDATANGAN ISLAM,IAITU PENGGUNAAN DAN
PENYESUAIAN AKSARA ARAB SEHINGGA MENJADI TULISAN JAWI
UNTUK MENGEJA BAHASA MELAYU.
BAHAN BUKTI
PENGGUNAAN
BAHASA MELAYU
KLASIK
1. Batu-batu Bersurat
a) Batu bersurat yang ditemukan di Pagar
Ruyung, Minangkabau (1356 Masihi).
• Ditulis dengan huruf India,
mengandungi sedikit prosa Melayu
kuno dan beberapa baris sajak
Sanskrit.
• Terdapat perkataan tyada, awalan
mar- dan ni-, dan perkataan
marbuat dan miparwaat.
• Digunakan sebagai bahasa rasmi
dalam urusan pentadbiran dan
pemerintahan zaman Sriwijaya.
b) Batu bersurat yang ditemukan di Sungai
Teresat, Kuala Berang, Terengganu
(1303/1397 Masihi)
• Ditemukan oleh Saiyed Hussein
Ghulam al-Bukhari bersama-
sama Tungku Abdul Kadir bin
Engku Besar Paduka Raja di
Kampung Buluh, Kuala Berang
pada 1902.
• Berhuruf Jawi, bukti utama
tulisan Arab digunakan dalam
Bahasa melayu.
Batu bersurat di Pagar Ruyung
Batu bersurat di Sungai Teresat, Terengganu
2.Batu-batu Nisan
• Bukti sejarah yang konkrit, dikatakan Marco Polo melawat ke Sumatera
Utara pada tahun 1292.
• Islam mula bertapak dan meluas ke Melaka dan daerah-daerah lain.
• Batu Nisan Sultan Pasai-Sumadra, Malik al-Salleh bertarikh 1297 Masihi,
ditulis dalam Bahasa Arab menggunakan kaligrafi Nishki dari India.
• Batu Nisan di Minye Tujoh, Aceh (1380 Masihi), terdapat perkataan seperti
hijrat nabi, haji, iman, rahmid Allah, Ilahi Ya Rabbi, swarga tuhan – tertulis
dengan huruf India tetapi bahasanya ada beberapa perkataan Arab.
• Terdapat juga warta dan doa dalam bentuk sajak Sanskrit yang putis dan
halus.
• Kosa kata dipengaruhi bahasa Arab walaupun tulisannya berhuruf lama
tetapi kosa kata lama Sanskrit tidak dibuang.
• Implikasi besar dalam perkembangan Bahasa melayu ialah selepas
kedatangan islam, iaitu penyesuaian aksara Jawi untuk mengeja
bahasa Melayu.
• Antara batu nisan lain tinggalan sejarah berhubung prasasti ini
antaranya ialah:
i. Batu Nisan Campa 1039 Masihi (Arab)
ii. Batu Nisan Brunei 1048 Masihi (Arab)
iii. Batu Nisan Leran Jawa 1082 Masihi (Arab)
iv. Batu Nisan Ahmad Majnun Negeri Sembilan 1465 Masihi (Arab
Jawi)
Batu Nisan Malik al-Salleh Batu Nisan di Minye Tujoh, Aceh
Batu Nisan Campa Batu Nisan Brunei
Batu Nisan Leran Jawa
Batu Nisan Ahmad Majnun Negeri
Sembilan
3.Hukum Kanun
• Penulisan undang-undang Melayu dalam masyarakat tradisional tidak
boleh disamakan dengan maksud undang-undang (law) yang terpakai pada
hari ini. Hukum kanun sesuai dianggap sebagai penulisan yang
memperincikan kebiasaan atau tatasusila hidup yang dipatuhi anggota
masyarakat.
• Qanun mengikut kamus al-Marbawi (Syeikh Idris ab rauf al Marbawai)
berdasarkan kata dasarnya , qanna, yakni qanun yang bererti undang-
undang atau peraturan yang diikuti.
• Kebangkitan kerajaan Melaka berlaku serentak dengan penyebaran Islam di
Kepulauan Melayu dalam abad ke-15. Hukuman dan undang-undang yang
digagaskan berkait rapat dengan pelaksanaan hukum kanun. Terbukti
“kanun” merupakan undang-undang syariah.
• Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah muncul pahlawan
Tun Perak menguasai daerah di Siam, Pahang, dan Pasai. Pada zaman
Sultan Mansor Shah (1458-1477), empayar diluaskannya hingga ke
Kedah, Pulau Carimon, Terengganu, Johor, Kampar, Bengkalis, dan
Pulau Bintang. Munculnya Hang Tuah yang menjadi mitos Melayu.
Pelaksanaan hukum kanun membatasi mana-mana sultan,
sehinggalah Melaka mencapai puncak pengaruh dan kemakmurannya
pada zaman Sultan Mahmud (1488-1511).
• Hashim Awang,dalam sastera perundangan, terdapat beberapa buah
karya yng penting. Ataranya termasuklah Undang-Undang Melaka,
Undang-Undang Laut Melaka, Undang-Undang Pahang, dan Undang-
Undang Sembilan Puluh Sembilan. Karya ini juga sering dikenal
sebagai Hukum Kanun Melaka.
• Hukum Kanun Pahang atau Undang-undang Pahang ditulis pada masa
pemerintahan Sultan Abdul al-Ghaful Muhaiyuddin Shah (1592-1614
M).
• Naskhah Undang-undang dapat dibahagikan kedapa tiga bahagian,
iaitu undang-undang yang bersangkut paut dengan adat lembaga
negeri Pahang, undang-undang jenayah, dan undang-undang bukan
jenayah.
• Naskhah undang-undang Pahang pengaruh daripada Undang-undang
Melaka. Pahang pernah menjadi jajahan takluk negeri Melaka.
Pengaruh islam lebih banyak terdapat dalam Undang-undang Pahang
kerana semasa digubal, agama Islam sudah bertapak kukuh di Tanah
Melayu.
• Pengaruh islam amat ketara dalam Undang-undang Pahang,
ungkapan-ungkapan yang memuji Allah dan Rasul-Nya pada
permulaan naskhah undang-undang tersebut.
Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Melaka & Undang-
Undang Laut Melaka
Hukum Kanun Pahang
4.Surat-Surat Awal
• Misi portugis menegakkan Kristian dan mengagungkan bahasa
mereka, kedatangan mereka dengan senjata (meriam) meruntuhkan
kekuatan mereka sendiri. Kedatangan Belanda dan Inggeris
berorientasikan penjajahan politik dan kebudayaan.
• Walaupun kolonial barat memerintah, bahsa Melayu tetap menjadi
perantaraan dan bahasa pemerintah. Belanda memerintah Indonesia,
tidak memaksa-maksa raja-raja tempatan menggunakan bahasa
Belanda. Orang Eropah sendiri mengakuinya. Penyelidik zaman
permulaan Eropah; Ph. S.V. Ronkel menulis bahawa bahasa melayu
mantap di tengah-tengah Bahasa daerah Kepulauan Melayu yang
banyak.
• Pengesahan pendita Belanda Ds Francois Valentijn mencatatkan ketika
berada di Melaka, bahasa melayu merupakan lingua franca terpenting,
digunakan secara meluas, dan dipelajari dari Parsi hingga Filipina, dan
dianggap tidak terpelajar jika seseorang tidak memahaminya.
• Antara surat awal yang menitipkan unsur sejarah berkaitan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bukti ialah:
i. Pigafetta (seorang ketua kelasi) menyusun draf awal berupa daftar kata
Itali-Melayu (1521 Masihi), sewaktu berlabuh di Tidore, Maluku, dan Ternate;
[Pigafetta penting dari aspek Bahasa kerana catatan itu merealisasikan
Bahasa melayu yang berasal dari bahagian Kepulauan Melayu barat
(Sumatera) pada zaman itu, lelah bersabar ke timur Kpeluauan Melayu]
ii. surat perjanjian jual beli antara syahbandar Tun Jawa dengan kapten kapal
Belanda (1600 Masihi);
iii. Raja Aceh menggunakan bahasa Melayu dalam surat perjanjian dan
kebenaran berniaga kepada Sir James Lancaster (1601 Masihi);
iv. surat daripada Sultan Alauddin Shah kepada Harry Middleton (1602
Masihi);
v. surat daripada Sultan Alauddin Shah kepada King James I (1612 Masihi);
vi. Raja Maluku (abad ke-16) menulis surat kepada raja Portugis
menggunakan bahasa Melayu, dan
vii. Saint Francis Xavier (abad ke-16) yang menentang Islam di Kepulauan
Maluku telah menulis draf-draf tentang kepercayaan Kristian dalam bahasa
Melayu semata-mata untuk menarik pengaruh Katholik Kristian.
• Jan Huyghen van Lanschoten (pelajar Belanda yang pernah tinggal di
Indoneisa), menyatakan bahasa Melayu harum namanya dan Bahasa
sehormat-hormatnya antara bahasa-bahasa negeri timur dan orang
Kepulauan Melayu yang tidak tahu berbahasa Perancis di Belanda pada
zaman itu.
5.Naskhah Sastera Klasik
• Zaman bahasa Melayu klasik kaya dengan bukti dalam bentuk sastera
klasik. Karya-karya yang dihasilkan dengan pelbagai jenis tema, sama
ada dalam bentuk prosa atau puisi memperlihatkan pengaruh agama
Islam, budaya Hindu, dan Jawa.
• Hikayat Hang Tuah lahir sesudah masyarakat Melayu memeluk agama
Islam dan tergolong dalam jenis sastera epik bersifat tempatan.
• Bahasa istana yang tinggi nilaiya berkembang di istana sehinggalah
muncul karya sastera Melayu seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah
dan Hikayat Amir Hamzah. Pengarang Sejarah Melayu pertama (tokoh
sastera istana Melaka) menyiapkan sejarahnya pada tahun 1535
selepas jatuhnya Melaka ke tangan Portugis.
• Muncul karya-karya bercorak sastera sejarah, perundangan, dan epik
tempatan seperti Sejarah Melayu [sejarah sastera, ditulis oleh Tun Sri
Lanang pada tahun 1612M, memaparkan sejarah negeri Melaka pada abad
ke-15], Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat
Acheh, Salasilah Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Naskhah ini menceritakan
jurai keturunan raja-raja Melaka dan kesultanan Melayu.
• Banyak naskhah sastera klasik hasil karya Raja Ali Haji. Antaranya
termasuklah Salasilah Melayu Bugis, Tuhfat al-Nafis, dan Gurindam Dua
Belas.
• Karya jenis Keagamaan terhasil dalam bentuk risalah dan cerita-cerita,
khususnya yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat,
dan pahlawan Islam. Antaranya termasuklah Hikayat Nur Muhammad,
Hikayat Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Bercukur, dan Hikayat Nabi Wafat. Para
sahabat pula antaranya ialah Hikayat Abu Bakar, Hikayat Amirul Mukminin
Umar, Hikayat Raja Handak, dan Hikayat Taman al-Dari.
GURINDAM DUA BELAS
HIKAYAT NUR
MUHAMMAD
HIKAYAT MUKJIZAT
NABI
HIKAYAT NABI
BERCUKUR
HIKAYAT ACHEH
HIKAYAT RAJA HANDAK
FUNGSIBAHASAMELAYUKLASIK
Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, bahasa Melayu klasik memainkan peranan penting dari
segi politik , ekonomi dan sosial, iaitu sebagai bahasa lingua franca, bahasa pentadbiran,
bahasa ilmu (agama), bahasa undang-undang, dan bahasa persuratan.
1. Lingua Franca
Pengaruh Hindu di Kepulauan Melayu bermula
sejak zaman prasejarah melalui pelayaran dan
perdagangan dan menjadi platform kepada
kelahiran bahasa Melayu klasik.
Bahasa Melayu klasik tetap menjadi “bahasa
pelabuhan” pada zaman pemerintahan Melayu
Melaka. Disebabkan ciri medium ini yang mudah
dan sederhana, sejarah meletakkannya sebaga
bahasa yang lebih berpengaruh.
Bahasa Melayu alami evolusi pertama dengan
menerima pengaruh bahsa Sanskrit. Implikasinya,
banyak leksikon kosa katanya diasimilasikan untuk
menyedapkan bunyi atau disesuaikan dengan
latar tempatan
meliputi bahagian tubuh manusia, barang
perdagangan, alat perkakas, nama-nama
binatang, tumbuhan, senjata, pernyataan
perasaan, pengetahuan, waktu, agama, dan
pergaulan.
Sebelum kedatangan kolonial
barat, kerajaan Melayu tradisional
menggunakan bahasa Melayu
klasik. Pada era pascapenjajahan
juga, bahasa Melayu menjadi
wahana pentadbiran
Bahasa Melayu menerima kosa
kata luar terutamanya setelah
menerima pengaruh Islam.
Melalui pentadbiran yang
mementingkan sarwajagat
bahasa Melayu, beberapa contoh
kosa kata Arab yang telah diguna
pakai dalam konteks pentadbiran
seperti mufti, tertib, wakaf,
imam, hormat, hukum,
hakim,mahkamah, mansuh,
wilayah,hisab,dan lain-lain
Fungsi bahasa Melayu klasik
sebagai bahasa pentadbiran
boleh dilihat daripada susur
galur kesultanan Melayu
Melaka yang mendaulatkan
penggunaan bahasa peribumi
dalam hubungannya dengan
komuniti luar.
2. Bahasa Pentadbiran
Bahasa
ilmu(agama)
Pada zaman Bahasa Melayu kuno, tamadun
India di Kepulauan Melayu sampai
kemuncaknya sehinggalah dikatakan agama
Hindu di Kepulauan Melayu pada masa itu
ialah agama kaum bangsawan. Bahasa
sanskrit telah menjadi bahasa agama, bahasa
atasan dan bahasa kebudayaan (Pernyataan
seni sastera.)
Sistem pendidikan
pondok telah
berkembang di alam
Melayu seperti di Acheh
dan Pattani, kemudian
diikuti di Terengganu
iaitu merupakan
pengajian pondok
terawal diasaskan oleh
Syeikh Abd. Malik bin
Abdullah(1700) di Pulau
Manis Sistem pendidikan
pondok ini juga turut
berkembang di Kuala
Berang dan Besut
Selain itu, kegiatan ini juga
berlaku di rumah-rumah
tuk guru, surau, balai dan
masjid.
Fungsi bahasa Melayu klasik
menjadi kesinambungannya.
Hal ini demikian kerana,
bahasa Melayu klasik dalam
konteks dan peranannya
sebagai bahasa ilmu dan
menyebarkan agama. Pada
peringkat awalnya, tradisi
pendidikan berlaku di sekitar
pusat politik dan budaya, iaitu
di istana sama ada di Pasai,
Melaka dan Acheh. Di
Terengganu, pusatnya terletak
di Istana Raja Mandalika.
4. Bahasa Undang-Undang
Dengan kemasukan Islam, bukan sahaja ajaran
agama Islam diutamakan tetapi juga
perundangan dalam kebudayaan dan resam
masyarakat. Penerimaan ajaran Islam dan
kebudayaannya disejajarkan dengan kebudayaan
Melayu sehingga Islam sukar diterima dan norma
kehidupannya diterjemahkan melalui peraturan
dan undang-undang tertentu yang perlu dipatuhi.
Hubungan dagangan yang mengakrabkan
pemakaian tulisan Jawi menjadi pemangkin
dalam perlaksanaan undang-undang seperti yang
terdapat dalam buku Hukum Kanun.
5. Bahasa Persuratan
(a) Fungsi bahasa Melayu klasik sebagai bahasa persuratan diorientasikan oleh cendekiawan
Islam. Kebanyakan khazanah persuratan dihasilkan oleh ulama di Acheh, Pattani dan
Terengganu.
(b) Antara ulama Islam yang telah menghasilkan karya berhubung panduan pemerintahan
ataupun terjemahan termasuklah:
(i) Taj al-Salatin (1603 Masihi) oleh Bukhari al-Jauhari
– digunakan secara meluas di alam Melayu.
(ii) Bustain al-Salatin (1644 Masihi) oleh Nuruddin Al-Rawimi
– memberikan panduan pemerintahan di Acheh
(iii) Kitab Sulalat al-Salatin (1612 Masihi) oleh Tun Sri Lanang
– rujukan ketatanegaraan di Melaka
(iv) Safinat al-Hukkan oleh Syeikh Jalaluddin al-Tursani
– panduan pemerintahan raja di Acheh
(c) Di Terengganu, selepas 400 tahun pengisytiharan batu bersurat, barulah muncul tokoh-tokoh
persuratan seperti Syeikh Abd. Malik bin Abdullah.
(d) Skrip Jawi terawal ditulis pada kertas ialah dua pucuk Surat Sultan Ternate yang ditujukan
kepada Raja Portugal pada tahun 1521 Masihi dan 1522 Masihi.
(e) Teks Jawi tertua dalam sesebuah buku yang lengkap ialah Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh
1590 Masihi (998 Hijrah) dan mengandungi 43 halaman dengan lima baris Arab dan lima baris
terjemahan dalam bahasa Melayu setiap muka surat
(f) Terdapat juga sebuah hasil berbentuk manuskrip , iaitu Hikayat Rayan Andina, yang dikarang
pada tahun 1600 Masihi
(g) Pda awal abad ke-20, lahir pula tokoh penulis seperti Tengku Ampuan Marian binti Al-
Marhum Sultan Abmad Pahang, Tengku Dalam Kalsom binti Tengku Wook Khazaki dalam bentuk
catatan sejarah, syair, dan ingatan.
(h) Kesimpulannya, bermula dengan Batu Bersurat Terengganu, penggunaan skrip Jawi telah
berkembang menjadi medium utama persuratan bahasa Melayu di alam Melayu
Sejarah perkembangan bahasa Melayu (serta sasteranya ) terbahagi :
Latar Belakang Pertumbuhan Bahasa
Melayu
Mengikut Zaman
Politik
Mengikut
Kebudayaan
Mengikut Huruf dan
Tulisan
SRIVIJAYA Pengaruh Hindu Melayu Kuno
MAJAPAHIT Pengaruh Islam Tulisan India
MELAKA Pengaruh Barat Tulisan Arab
PORTUGIS Tulisan Latin
TERIMA KASIH

More Related Content

What's hot

BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
Fairuz Alwi
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Noor Salina
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
Ham Dan
 
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Curtin University Sarawak
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
Zakira Hafizah
 

What's hot (20)

BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNOBAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNO
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
 
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin HajiMejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYUUNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
Ragam bahasa
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
 
Bahasa Melayu Penggal1: Raja ali haji
Bahasa Melayu Penggal1: Raja ali hajiBahasa Melayu Penggal1: Raja ali haji
Bahasa Melayu Penggal1: Raja ali haji
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayu
 
Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3
 
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
 
BM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikBM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasik
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
 

Similar to BM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIK

Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan MelayuSejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Haniza Abdul Rahim
 
Pewarisan budaya pada masa aksara
Pewarisan budaya pada masa aksaraPewarisan budaya pada masa aksara
Pewarisan budaya pada masa aksara
kawidian_putri
 
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdfNaskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
KamranAsatIrsyady1
 
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
PISMPBM100622NurSyah
 

Similar to BM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIK (20)

UAS_BAHASA_ARAB.pdf
UAS_BAHASA_ARAB.pdfUAS_BAHASA_ARAB.pdf
UAS_BAHASA_ARAB.pdf
 
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan MelayuSejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
 
Perkembangan dan Akulturasi Kebudayaan Islam di Nusantara
Perkembangan dan Akulturasi Kebudayaan Islam di NusantaraPerkembangan dan Akulturasi Kebudayaan Islam di Nusantara
Perkembangan dan Akulturasi Kebudayaan Islam di Nusantara
 
kesusastraan lama
kesusastraan lamakesusastraan lama
kesusastraan lama
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab2
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab2SEJARAH BAHASA MELAYU Bab2
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab2
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
 
Pewarisan budaya pada masa aksara
Pewarisan budaya pada masa aksaraPewarisan budaya pada masa aksara
Pewarisan budaya pada masa aksara
 
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdfNaskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
 
sejarah tulisan jawi
sejarah tulisan jawi sejarah tulisan jawi
sejarah tulisan jawi
 
Materi tradisi islam
Materi tradisi islamMateri tradisi islam
Materi tradisi islam
 
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
 
Makalah sosiologi "KEBUDAYAAN NUSA TENGGARA"
Makalah sosiologi "KEBUDAYAAN NUSA TENGGARA"Makalah sosiologi "KEBUDAYAAN NUSA TENGGARA"
Makalah sosiologi "KEBUDAYAAN NUSA TENGGARA"
 
Munsyi(komsas)
Munsyi(komsas)Munsyi(komsas)
Munsyi(komsas)
 
Sejarah,fungsi,kedudukan BI (1).pptx
Sejarah,fungsi,kedudukan BI (1).pptxSejarah,fungsi,kedudukan BI (1).pptx
Sejarah,fungsi,kedudukan BI (1).pptx
 
Sejarah Tradisi Islam Nusantara (materi kelas 9)
Sejarah Tradisi Islam Nusantara (materi kelas 9)Sejarah Tradisi Islam Nusantara (materi kelas 9)
Sejarah Tradisi Islam Nusantara (materi kelas 9)
 
Tradisi islam-nusantara
Tradisi islam-nusantaraTradisi islam-nusantara
Tradisi islam-nusantara
 
Materi kelas-9
Materi kelas-9Materi kelas-9
Materi kelas-9
 
Tradisi islam nusantara
Tradisi islam nusantaraTradisi islam nusantara
Tradisi islam nusantara
 
Materi kelas 9
Materi kelas 9Materi kelas 9
Materi kelas 9
 
Materi kelas 9
Materi kelas 9Materi kelas 9
Materi kelas 9
 

Recently uploaded

AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
cupulin
 

Recently uploaded (20)

Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
 
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa  PemrogramanMateri Bab 6 Algoritma dan bahasa  Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanPembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
 

BM SEM 1 STPM: BAHASA MELAYU KLASIK

  • 3. KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK PENGARUH AGAMA HINDU PENGARUH AGAMA ISLAM ABAD KE 12 & 13 DI SELURUH KEPULAUAN MELAYU BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK HAL INI BERLAKU AKIBAT KEDATANGAN PENGARUH AGAMA ISLAM YANG DIKAITKAN DENGAN PELBAGAI TEORI DIBAWA DARI INDIA ATAU TANAH ARAB DIBAWA DARI CINA OLEH PEDAGANG BUKTI KONKRIT: 1292 M MARCO POLO MELAWAT KE SUMATERA UTARA. ISLAM MULA BERTAPAK KE MELAKA DLL
  • 4. Alkisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji,dan taat ibadatnya kepada Allah taala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun. Sekali perisitiwa datanglah seorang lelaki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, “Baiklah”. Kembalilah tuan dahulu.
  • 6. BATU BERSURAT PAGAR RUYUNG BATU NISAN MINYE TUJUH PENGARUH KEBUDAYAAN INDIA SISTEM TULISAN DAN EJAAN
  • 7.  CIRI BAHASA MELAYU KLASIK DITANDAI OLEH ADANYA AKSARA / SISTEM TULISAN JAWI  TULISAN JAWI IALAH TULISAN YANG BERASAL DARIPADA BAHASA ARAB DAN DISESUAIKAN DENGAN BUNYI BAHASA MELAYU  BUKTI TERAWAL : BATU BERSURAT DI SUNGAI TERESAT, KUALA BERANG
  • 8. KOSA KATA PENGARUH BAHASA ARAB YANG KETARA, BERKAITAN HUKUM ISLAM • ALLAH TAALA • DAULAT • WALLAHUALAM • FARDHU PENGGUNAAN BAHASA ISTANA • GERING (SAKIT) • BERADU (TIDUR) • BERSIRAM (MANDI) • MANGKAT (MENINGGAL DUNIA) • SANTAP (MAKAN) KOSA KATA KLASIK • CERITERA (CERITA) • MASYGHUL (SEDIH) • AMARAH (MARAH) • BERAHI (CINTA) PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT (PERDU PERKATAAN) • ALKISAH • ARAKIAN • HATTA • MAKA • SEBERMULA PENGGUNAAN KATA PENEGAS PUN DAN -LAH • MAKA BENDAHARA PUN HAIRANLAH • SYAHBANDAR PUN TURUNLAH • … LANGIT DAN BUMI PUN BELUM JADI
  • 9. TATABAHASA 1. MEMPUNYAI LARAS BAHASA YANG TERBATAS EJAANNYA BANYAK MENGGUNAKAN LARAS BAHASA ISTANA “… TUANKU BATIN ALAM KEMBALI KE ISTANA YANG PENUH CAHAYA LAKSANA RATNA MUTU MANIKAM HENDAK MELIHAT PUTERI BAGINDA.BAGINDA BERSAMA KEBANYAKAN RAKYAT BARU KEMBALI DARIPADA PEPERANGAN.” 2. AYAT BAHASA MELAYU KLASIK AMNYA PANJANG-PANJANG DAN SUKAR DIFAHAMI “SEGALA HUTAN BELANTARA MENJADI PADANG, BUMI BERGETAR SEPERTI GEMPA, GUNUNG BERGERAK RUNTUH, TANAH YANG TINGGI MENJADI RATA, BATU PUN HABIS BERPELANTINGAN, SUNGAI PUN HABIS KERING, DAN JIKA HALILINTAR BERBUNYI DI LANGIT SEKALIPUN TIADA KEDENGARAN DARIPADA KESANGATAN BUNYI TEMPIK SORAK HULUBALANG.” 3. ADA PENANDA PANGKAL AYAT SECARA MELUAS “SYAHADAN SEKALI PERISTIWA PERMAISURI BERANGKATLAH SUDAH, MAKA BAGINDA BERTITAH KEPADA DAYANG AKAN PERIHAL PUTERA YANG BONGSU GERING. ADAPUN BAGINDA RAJA…” 4. STRUKTUR AYAT PASIF “SETELAH BESARLAH TERLALU BAIK PARASNYA ANAK RAJA YANG KETIGA ITU. ANAK YANG TUA DINAMAI OLEH RAJA AFTABUL ARDH NIA PAHLAWAN DAN YANG TENGAH DINAMAI NILA UTAMA LALU DIBERIKAN SEEKOR LEMBU PUTIH OLEH RAJA AFTABHUL ARDH…”
  • 10. 5. BANYAK GUNA AYAT MAJMUK “ADAPUN NEGERI PALEMBANG ITU PALEMBANG YANG ADA SEKARANG INILAH DAHULUKALA NEGERI ITU TERLALU BESAR DAN AKAN RAJA PALEMBANG YANG BERNAMA DEMAG LEBAR DAUN ITU, ADA BERANAK SEORANG PEREMPUAN TERLALU BAIK PARASNYA, TIADA BERBANDING PARASNYA, PADA ZAMAN ITU WAN SENDARI NAMANYA.” 6. PARTIKEL –LAH DALAM AYAT …JANGANLAH DIALPA,LEPASLAH IA KE ROKAM…BERJUMPALAH…KARAMLAH… 7. GUNA AYAT SONGSANG “MAKA DENGAN BERKAT NUJUM TUA ITU, PENYAKIT TUANKU PUN SEMBUHLAH.” 8. TERDAPAT UNSUR BM KLASIK YANG GUGURKAN SUBJEK SEBERMULA ADAPUN RAJA KECIK LEPASLAH IA KE RIAU MAKA WAKTU HENDAK LALU MAKA BERJUMPALAH IA DENGAN PERAHU BUGIS PENDEWAKAN TIGA BUAH 9. KEKALKAN PENGARUH BAHASA SANSKRIT MAKA DIPERSEMBAHKAN OLEH SIDA-SIDA, PETI DAN KENDI PADA BENDAHARA AA EMAS MANIKAM MAKA DISURUH RAHSIA OLEH BENDAHARA 10. MEMPUNYAI STRUKTUR AYAT BAHASA ARAB, DI SAMPING MENJADI MEDIA PENGHASILAN KARYA SASTERA DAN PENYEBARAN ILMU
  • 12. KONSEP SEJENIS SISTEM TULISAN YANG DITULIS DARI KANAN KE KIRI ISTILAH JAWI DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK MALAYSIA,SINGAPURA, BRUNEI DAN WILAYAH SELATAN DI INDONESIA, DIPANGGIL TULISAN ARAB- MELAYU SKRIP JAWI BERASAL SKRIP ARAB SEBANYAK 29 HURUF TULISAN ARAB DIADAPTASI KE BAHASA MELAYU SESUDAH ABAD KE-13 JAWI DIKENALI SEBAGAI NAMA TULISAN SELEPAS BARAT MEMPERKENALKAN TULISAN RUMI
  • 13. JAWI DIKAITKAN DENGAN PERKATAAN ORANG JAWA YANG DISEBUT OLEH MARCO POLO SEBAGAI NAMA LAMA BAGI SUMATERA. PERKATAAN JAWI BERASAL DARI KATA NAMA BAHASA JAWA YANG DIAMBIL DARIPADA KATA ADJEKTIF TERBITAN BAHASA ARAB,BERMAKSUD ‘TULISAN’ ETIMOLOGI ISTILAH JAWI KEMUNGKINAN PERKATAAN ITU AL-JAWAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENAMAKAN PULAU SUMATERA PADA PERTENGAHAN ABAD KE- 14 MASIHI,MALAHAN PERKATAAN ITU MERUPAKAN GELARAN ORANG ARAB KEPADA SELURUH BANGSA PENDUDUK DAERAH KEPULAUAN MELAYU.
  • 14. PENGGUNAAN TULISAN JAWI JAWI DIKATAKAN MULA DIGUNAKAN PADA ABAD KE-14 MASIHI,DITANDAI OLEH INSKRIPSI BATU BERURAT SUNGAI TERESAT,KUALA BERANG PADA ZAMAN MELAKA,PENGEMBANG AGAMA ISLAM MENGAJARKAN TULISAN JAWI KEPADA GOLONGAN BANGSAWAN DAN MEMBACAKAN MEREKA HIKAYAT TENTANG KEPAHLAWANAN TOKOH ISLAM YANG BERTULISAN JAWI.
  • 15. TAHAP PERKEMBANGAN TAHAP HURAIAN TAHAP 1 • TULISAN JAWI MENGIKUT EJAAN ARAB • MENGGUNAKAN TANDA BARIS/DIAKRITIK • TIADA LAMBANG TANDA E PEPET TAHAP 2 • TULISAN JAWI TANPA BARIS • TULISAN ARAB GONDOL • MENGGUNAKAN PERKATAAN HOMOGRAF (EJAAN SAMA SEBUTAN BERBEZA) TAHAP 3 • SISTEM EJAAN JAWI DENGAN PENGARUH MELAYU • MENGGUNAKAN HURUF-HURUF SAKSI ATAU VOKAL • DILETAKKAN PADA SUKU KATA PERTAMA SAHAJA TAHAP 4 • HURUF-HURUF SAKSI DIGUNAKAN DALAM SUKU KATA PERTAMA DAN KEDUA
  • 16. • AKSARA JAWI MERUPAKAN HURUF ARAB DENGAN BEBERAPA HURUF TAMBAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENULIS DALAM BAHASA MELAYU. • R.J WILKINSON MENGAITKAN PERKATAAN JAWI DENGAN ISTILAH MELAYU,SEOLAH-OLAH BERBAHASA MELAYU SAMA DENGAN BERAKSARA JAWI.RINGKASNYA,TULISAN JAWI BERMAKSUD TULISAN BAGI BAHASA MELAYU. • TULISAN JAWI BERASAL DARIPADA ARAB YANG TIBA DI KEPULAUAN MELAYU DAN MELALUI BEBERAPA PENYESUAIAN DAN TAMBAHAN TERTENTU. • SEBELUM KEDATANGAN PENGARUH ISLAM,BELUM ADA SUATU SISTEM TULISAN YANG PRAKTIS. • SELEPAS KEDATANGAN ISLAM,TULISAN JAWI MENJADI SKRIP UTAMA YANG DIGUNAKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU. • AKSARA JAWI MENJADI WAHANA USAHA MENTERJEMAHKAN KITAB-KITAB DARIPADA BAHASA LAIN KE BAHASA MELAYU.
  • 17. • HINGGA ABAD KE 20,TULISAN JAWI IALAH TULISAN RASMI DI BEBERAPA BUAH DAERAH DI KEPULAUAN MELAYU. • PADA WAKTU ITU,TULISAN JAWI DIGUNAKAN DALAM SURAT-MENYURAT DAN MENGIKUT KAEDAH TULISAN KATA ARAB,IAITU TIDAK MENGGUNAKAN HURUF SAKSI. • HURUF SAKSI ADALAH HURUF YANG DIGUNAKAN UNTUK MELAMBANGKAN VOKAL. HURUF SAKSI DIPERLUKAN AGAR KATA-KATA DALAM BAHASA ARAB MELAYU ITU TIDAK SUKAR UNTUK DIBACA. HURUF YANG DIGUNAKAN SEBAGAI VOKAL : – HURUF ( ‫ا‬) UNTUK (A) – HURUF ( ‫ي‬) UNTUK (I) – HURUF ( ‫و‬) UNTUK (U) • BERDASARKAN PENDAPAT KEBANYAKKAN PENGKAJI,NASKHAH ARAB MULAI DIADAPTASI SEBAGAI SUMBER UNTUK EJAAN BAHASA MELAYU SESUDAH ABAD KE-7 HIJRAH. • AKSARA JAWI DIPERCAYAI BERMULA DI TANAH MELAYU PADA TAHUN 1303 MASIHI BERSAMAAN 702 HIJRAH,BERDASARKAN PENJUMPAAN BATU BERSURAT DI KUALA BERANG,TERENGGANU.
  • 18. • SISTEM TULISAN JAWI MEMPUNYAI BEBERAPA KELEMAHAN; • SEBUTAN HURUF TIDAK MENEPATI MAKHRAJ BOLEH MENYEBABKAN MAKNA MENYIMPANG. CONTOH; QALBUN = PERASAAN KALBUN = ANJING • BAGI MEREKA YANG TIDAK FASIH MENULIS JAWI,MEREKA MEMPUNYAI MASALAH DARI SEGI PENGGUNAAN HURUF SAKSI SEBAGAI CONTOH DALAM MENGEJA PERKATAAN SEPERTI NABI DAN SAYA. • KESAN PALING BESAR DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU IALAH SELEPAS KEDATANGAN ISLAM,IAITU PENGGUNAAN DAN PENYESUAIAN AKSARA ARAB SEHINGGA MENJADI TULISAN JAWI UNTUK MENGEJA BAHASA MELAYU.
  • 20. 1. Batu-batu Bersurat a) Batu bersurat yang ditemukan di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356 Masihi). • Ditulis dengan huruf India, mengandungi sedikit prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. • Terdapat perkataan tyada, awalan mar- dan ni-, dan perkataan marbuat dan miparwaat. • Digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan zaman Sriwijaya. b) Batu bersurat yang ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu (1303/1397 Masihi) • Ditemukan oleh Saiyed Hussein Ghulam al-Bukhari bersama- sama Tungku Abdul Kadir bin Engku Besar Paduka Raja di Kampung Buluh, Kuala Berang pada 1902. • Berhuruf Jawi, bukti utama tulisan Arab digunakan dalam Bahasa melayu.
  • 21. Batu bersurat di Pagar Ruyung
  • 22. Batu bersurat di Sungai Teresat, Terengganu
  • 23. 2.Batu-batu Nisan • Bukti sejarah yang konkrit, dikatakan Marco Polo melawat ke Sumatera Utara pada tahun 1292. • Islam mula bertapak dan meluas ke Melaka dan daerah-daerah lain. • Batu Nisan Sultan Pasai-Sumadra, Malik al-Salleh bertarikh 1297 Masihi, ditulis dalam Bahasa Arab menggunakan kaligrafi Nishki dari India. • Batu Nisan di Minye Tujoh, Aceh (1380 Masihi), terdapat perkataan seperti hijrat nabi, haji, iman, rahmid Allah, Ilahi Ya Rabbi, swarga tuhan – tertulis dengan huruf India tetapi bahasanya ada beberapa perkataan Arab. • Terdapat juga warta dan doa dalam bentuk sajak Sanskrit yang putis dan halus. • Kosa kata dipengaruhi bahasa Arab walaupun tulisannya berhuruf lama tetapi kosa kata lama Sanskrit tidak dibuang.
  • 24. • Implikasi besar dalam perkembangan Bahasa melayu ialah selepas kedatangan islam, iaitu penyesuaian aksara Jawi untuk mengeja bahasa Melayu. • Antara batu nisan lain tinggalan sejarah berhubung prasasti ini antaranya ialah: i. Batu Nisan Campa 1039 Masihi (Arab) ii. Batu Nisan Brunei 1048 Masihi (Arab) iii. Batu Nisan Leran Jawa 1082 Masihi (Arab) iv. Batu Nisan Ahmad Majnun Negeri Sembilan 1465 Masihi (Arab Jawi)
  • 25. Batu Nisan Malik al-Salleh Batu Nisan di Minye Tujoh, Aceh
  • 26. Batu Nisan Campa Batu Nisan Brunei
  • 27. Batu Nisan Leran Jawa Batu Nisan Ahmad Majnun Negeri Sembilan
  • 28. 3.Hukum Kanun • Penulisan undang-undang Melayu dalam masyarakat tradisional tidak boleh disamakan dengan maksud undang-undang (law) yang terpakai pada hari ini. Hukum kanun sesuai dianggap sebagai penulisan yang memperincikan kebiasaan atau tatasusila hidup yang dipatuhi anggota masyarakat. • Qanun mengikut kamus al-Marbawi (Syeikh Idris ab rauf al Marbawai) berdasarkan kata dasarnya , qanna, yakni qanun yang bererti undang- undang atau peraturan yang diikuti. • Kebangkitan kerajaan Melaka berlaku serentak dengan penyebaran Islam di Kepulauan Melayu dalam abad ke-15. Hukuman dan undang-undang yang digagaskan berkait rapat dengan pelaksanaan hukum kanun. Terbukti “kanun” merupakan undang-undang syariah.
  • 29. • Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah muncul pahlawan Tun Perak menguasai daerah di Siam, Pahang, dan Pasai. Pada zaman Sultan Mansor Shah (1458-1477), empayar diluaskannya hingga ke Kedah, Pulau Carimon, Terengganu, Johor, Kampar, Bengkalis, dan Pulau Bintang. Munculnya Hang Tuah yang menjadi mitos Melayu. Pelaksanaan hukum kanun membatasi mana-mana sultan, sehinggalah Melaka mencapai puncak pengaruh dan kemakmurannya pada zaman Sultan Mahmud (1488-1511). • Hashim Awang,dalam sastera perundangan, terdapat beberapa buah karya yng penting. Ataranya termasuklah Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Undang-Undang Pahang, dan Undang- Undang Sembilan Puluh Sembilan. Karya ini juga sering dikenal sebagai Hukum Kanun Melaka.
  • 30. • Hukum Kanun Pahang atau Undang-undang Pahang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Abdul al-Ghaful Muhaiyuddin Shah (1592-1614 M). • Naskhah Undang-undang dapat dibahagikan kedapa tiga bahagian, iaitu undang-undang yang bersangkut paut dengan adat lembaga negeri Pahang, undang-undang jenayah, dan undang-undang bukan jenayah. • Naskhah undang-undang Pahang pengaruh daripada Undang-undang Melaka. Pahang pernah menjadi jajahan takluk negeri Melaka. Pengaruh islam lebih banyak terdapat dalam Undang-undang Pahang kerana semasa digubal, agama Islam sudah bertapak kukuh di Tanah Melayu. • Pengaruh islam amat ketara dalam Undang-undang Pahang, ungkapan-ungkapan yang memuji Allah dan Rasul-Nya pada permulaan naskhah undang-undang tersebut.
  • 31. Hukum Kanun Melaka Undang-Undang Melaka & Undang- Undang Laut Melaka
  • 33. 4.Surat-Surat Awal • Misi portugis menegakkan Kristian dan mengagungkan bahasa mereka, kedatangan mereka dengan senjata (meriam) meruntuhkan kekuatan mereka sendiri. Kedatangan Belanda dan Inggeris berorientasikan penjajahan politik dan kebudayaan. • Walaupun kolonial barat memerintah, bahsa Melayu tetap menjadi perantaraan dan bahasa pemerintah. Belanda memerintah Indonesia, tidak memaksa-maksa raja-raja tempatan menggunakan bahasa Belanda. Orang Eropah sendiri mengakuinya. Penyelidik zaman permulaan Eropah; Ph. S.V. Ronkel menulis bahawa bahasa melayu mantap di tengah-tengah Bahasa daerah Kepulauan Melayu yang banyak.
  • 34. • Pengesahan pendita Belanda Ds Francois Valentijn mencatatkan ketika berada di Melaka, bahasa melayu merupakan lingua franca terpenting, digunakan secara meluas, dan dipelajari dari Parsi hingga Filipina, dan dianggap tidak terpelajar jika seseorang tidak memahaminya. • Antara surat awal yang menitipkan unsur sejarah berkaitan penggunaan bahasa Melayu sebagai bukti ialah: i. Pigafetta (seorang ketua kelasi) menyusun draf awal berupa daftar kata Itali-Melayu (1521 Masihi), sewaktu berlabuh di Tidore, Maluku, dan Ternate; [Pigafetta penting dari aspek Bahasa kerana catatan itu merealisasikan Bahasa melayu yang berasal dari bahagian Kepulauan Melayu barat (Sumatera) pada zaman itu, lelah bersabar ke timur Kpeluauan Melayu] ii. surat perjanjian jual beli antara syahbandar Tun Jawa dengan kapten kapal Belanda (1600 Masihi); iii. Raja Aceh menggunakan bahasa Melayu dalam surat perjanjian dan kebenaran berniaga kepada Sir James Lancaster (1601 Masihi);
  • 35. iv. surat daripada Sultan Alauddin Shah kepada Harry Middleton (1602 Masihi); v. surat daripada Sultan Alauddin Shah kepada King James I (1612 Masihi); vi. Raja Maluku (abad ke-16) menulis surat kepada raja Portugis menggunakan bahasa Melayu, dan vii. Saint Francis Xavier (abad ke-16) yang menentang Islam di Kepulauan Maluku telah menulis draf-draf tentang kepercayaan Kristian dalam bahasa Melayu semata-mata untuk menarik pengaruh Katholik Kristian. • Jan Huyghen van Lanschoten (pelajar Belanda yang pernah tinggal di Indoneisa), menyatakan bahasa Melayu harum namanya dan Bahasa sehormat-hormatnya antara bahasa-bahasa negeri timur dan orang Kepulauan Melayu yang tidak tahu berbahasa Perancis di Belanda pada zaman itu.
  • 36. 5.Naskhah Sastera Klasik • Zaman bahasa Melayu klasik kaya dengan bukti dalam bentuk sastera klasik. Karya-karya yang dihasilkan dengan pelbagai jenis tema, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi memperlihatkan pengaruh agama Islam, budaya Hindu, dan Jawa. • Hikayat Hang Tuah lahir sesudah masyarakat Melayu memeluk agama Islam dan tergolong dalam jenis sastera epik bersifat tempatan. • Bahasa istana yang tinggi nilaiya berkembang di istana sehinggalah muncul karya sastera Melayu seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Pengarang Sejarah Melayu pertama (tokoh sastera istana Melaka) menyiapkan sejarahnya pada tahun 1535 selepas jatuhnya Melaka ke tangan Portugis.
  • 37. • Muncul karya-karya bercorak sastera sejarah, perundangan, dan epik tempatan seperti Sejarah Melayu [sejarah sastera, ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612M, memaparkan sejarah negeri Melaka pada abad ke-15], Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Salasilah Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Naskhah ini menceritakan jurai keturunan raja-raja Melaka dan kesultanan Melayu. • Banyak naskhah sastera klasik hasil karya Raja Ali Haji. Antaranya termasuklah Salasilah Melayu Bugis, Tuhfat al-Nafis, dan Gurindam Dua Belas. • Karya jenis Keagamaan terhasil dalam bentuk risalah dan cerita-cerita, khususnya yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, dan pahlawan Islam. Antaranya termasuklah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Bercukur, dan Hikayat Nabi Wafat. Para sahabat pula antaranya ialah Hikayat Abu Bakar, Hikayat Amirul Mukminin Umar, Hikayat Raja Handak, dan Hikayat Taman al-Dari.
  • 39. HIKAYAT NUR MUHAMMAD HIKAYAT MUKJIZAT NABI HIKAYAT NABI BERCUKUR HIKAYAT ACHEH HIKAYAT RAJA HANDAK
  • 40. FUNGSIBAHASAMELAYUKLASIK Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, bahasa Melayu klasik memainkan peranan penting dari segi politik , ekonomi dan sosial, iaitu sebagai bahasa lingua franca, bahasa pentadbiran, bahasa ilmu (agama), bahasa undang-undang, dan bahasa persuratan. 1. Lingua Franca Pengaruh Hindu di Kepulauan Melayu bermula sejak zaman prasejarah melalui pelayaran dan perdagangan dan menjadi platform kepada kelahiran bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik tetap menjadi “bahasa pelabuhan” pada zaman pemerintahan Melayu Melaka. Disebabkan ciri medium ini yang mudah dan sederhana, sejarah meletakkannya sebaga bahasa yang lebih berpengaruh. Bahasa Melayu alami evolusi pertama dengan menerima pengaruh bahsa Sanskrit. Implikasinya, banyak leksikon kosa katanya diasimilasikan untuk menyedapkan bunyi atau disesuaikan dengan latar tempatan meliputi bahagian tubuh manusia, barang perdagangan, alat perkakas, nama-nama binatang, tumbuhan, senjata, pernyataan perasaan, pengetahuan, waktu, agama, dan pergaulan.
  • 41. Sebelum kedatangan kolonial barat, kerajaan Melayu tradisional menggunakan bahasa Melayu klasik. Pada era pascapenjajahan juga, bahasa Melayu menjadi wahana pentadbiran Bahasa Melayu menerima kosa kata luar terutamanya setelah menerima pengaruh Islam. Melalui pentadbiran yang mementingkan sarwajagat bahasa Melayu, beberapa contoh kosa kata Arab yang telah diguna pakai dalam konteks pentadbiran seperti mufti, tertib, wakaf, imam, hormat, hukum, hakim,mahkamah, mansuh, wilayah,hisab,dan lain-lain Fungsi bahasa Melayu klasik sebagai bahasa pentadbiran boleh dilihat daripada susur galur kesultanan Melayu Melaka yang mendaulatkan penggunaan bahasa peribumi dalam hubungannya dengan komuniti luar. 2. Bahasa Pentadbiran
  • 42. Bahasa ilmu(agama) Pada zaman Bahasa Melayu kuno, tamadun India di Kepulauan Melayu sampai kemuncaknya sehinggalah dikatakan agama Hindu di Kepulauan Melayu pada masa itu ialah agama kaum bangsawan. Bahasa sanskrit telah menjadi bahasa agama, bahasa atasan dan bahasa kebudayaan (Pernyataan seni sastera.) Sistem pendidikan pondok telah berkembang di alam Melayu seperti di Acheh dan Pattani, kemudian diikuti di Terengganu iaitu merupakan pengajian pondok terawal diasaskan oleh Syeikh Abd. Malik bin Abdullah(1700) di Pulau Manis Sistem pendidikan pondok ini juga turut berkembang di Kuala Berang dan Besut Selain itu, kegiatan ini juga berlaku di rumah-rumah tuk guru, surau, balai dan masjid. Fungsi bahasa Melayu klasik menjadi kesinambungannya. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu klasik dalam konteks dan peranannya sebagai bahasa ilmu dan menyebarkan agama. Pada peringkat awalnya, tradisi pendidikan berlaku di sekitar pusat politik dan budaya, iaitu di istana sama ada di Pasai, Melaka dan Acheh. Di Terengganu, pusatnya terletak di Istana Raja Mandalika.
  • 43. 4. Bahasa Undang-Undang Dengan kemasukan Islam, bukan sahaja ajaran agama Islam diutamakan tetapi juga perundangan dalam kebudayaan dan resam masyarakat. Penerimaan ajaran Islam dan kebudayaannya disejajarkan dengan kebudayaan Melayu sehingga Islam sukar diterima dan norma kehidupannya diterjemahkan melalui peraturan dan undang-undang tertentu yang perlu dipatuhi. Hubungan dagangan yang mengakrabkan pemakaian tulisan Jawi menjadi pemangkin dalam perlaksanaan undang-undang seperti yang terdapat dalam buku Hukum Kanun.
  • 44. 5. Bahasa Persuratan (a) Fungsi bahasa Melayu klasik sebagai bahasa persuratan diorientasikan oleh cendekiawan Islam. Kebanyakan khazanah persuratan dihasilkan oleh ulama di Acheh, Pattani dan Terengganu. (b) Antara ulama Islam yang telah menghasilkan karya berhubung panduan pemerintahan ataupun terjemahan termasuklah: (i) Taj al-Salatin (1603 Masihi) oleh Bukhari al-Jauhari – digunakan secara meluas di alam Melayu. (ii) Bustain al-Salatin (1644 Masihi) oleh Nuruddin Al-Rawimi – memberikan panduan pemerintahan di Acheh (iii) Kitab Sulalat al-Salatin (1612 Masihi) oleh Tun Sri Lanang – rujukan ketatanegaraan di Melaka (iv) Safinat al-Hukkan oleh Syeikh Jalaluddin al-Tursani – panduan pemerintahan raja di Acheh
  • 45. (c) Di Terengganu, selepas 400 tahun pengisytiharan batu bersurat, barulah muncul tokoh-tokoh persuratan seperti Syeikh Abd. Malik bin Abdullah. (d) Skrip Jawi terawal ditulis pada kertas ialah dua pucuk Surat Sultan Ternate yang ditujukan kepada Raja Portugal pada tahun 1521 Masihi dan 1522 Masihi. (e) Teks Jawi tertua dalam sesebuah buku yang lengkap ialah Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh 1590 Masihi (998 Hijrah) dan mengandungi 43 halaman dengan lima baris Arab dan lima baris terjemahan dalam bahasa Melayu setiap muka surat (f) Terdapat juga sebuah hasil berbentuk manuskrip , iaitu Hikayat Rayan Andina, yang dikarang pada tahun 1600 Masihi (g) Pda awal abad ke-20, lahir pula tokoh penulis seperti Tengku Ampuan Marian binti Al- Marhum Sultan Abmad Pahang, Tengku Dalam Kalsom binti Tengku Wook Khazaki dalam bentuk catatan sejarah, syair, dan ingatan. (h) Kesimpulannya, bermula dengan Batu Bersurat Terengganu, penggunaan skrip Jawi telah berkembang menjadi medium utama persuratan bahasa Melayu di alam Melayu
  • 46. Sejarah perkembangan bahasa Melayu (serta sasteranya ) terbahagi : Latar Belakang Pertumbuhan Bahasa Melayu Mengikut Zaman Politik Mengikut Kebudayaan Mengikut Huruf dan Tulisan SRIVIJAYA Pengaruh Hindu Melayu Kuno MAJAPAHIT Pengaruh Islam Tulisan India MELAKA Pengaruh Barat Tulisan Arab PORTUGIS Tulisan Latin