Dokumen ini membahas tentang keutamaan dan kelebihan memberikan salam dalam Islam. Memberikan salam merupakan sunah Nabi dan dianggap sebagai amalan terbaik. Memberi salam dapat membawa berkat bagi diri sendiri dan keluarga. Rasulullah menganjurkan umat Islam untuk selalu memberikan salam kepada sesama, baik yang dikenal maupun tidak.
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam bahagian 3
1. LMCP 1522 PEMBANGUNAN
MAPAN DALAM ISLAM
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
NAMA : MUHAMMAD FAIZ BIN ALAUDDIN
NO MATRIK : A164250
2. MEMBERI SALAM
MEMBERI SALAM MERUPAKAN SATU PERMULAAN INTERAKSI
ANTARA DUA INDIVIDU.
MEMBERIKAN UCAPAN ASSALAMMUALAIKUM BERMAKSUD
SELAMAT SEJAHTERA BUAT KAMU, BERMAKSUD KITA
MENDOAKAN SAUDARA KITA SELAMAT SEJAHTERA SETIAP
KALI KITA MENGUCAPKANNYA.
TERDAPAT PELBAGAI MANFAAT DAN KELEBIHAN
MENGAMALKAN UCAPAN SALAM KEPADA ORANG LAIN :
3. KELEBIHAN MEMBERI SALAM
Paling mulia di sisi Allah
Nabi bersabda: “Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu
memberikan salam dalam kalangan mereka.” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Sunah Nabi SAW
Pada satu hari, Sayidina Anas melewati kumpulan kanak-kanak. Lantas beliau memberikan salam kepada
mereka. Kemudian beliau berkata: “Dahulu, Rasulullah SAW juga melakukan seperti ini.” (Hadis riwayat al-
Bukhari dan Muslim).
Berkat pada diri dan keluarga
Nabi pernah mendidik Sayidina Anas bin Malik, “Wahai anakku, jika kamu hendak masuk ke tempat
keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya akan berkat atas kamu dan seluruh keluarga rumahmu.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Amalan terbaik
Rasulullah SAW pernah ditanya, “mana satu amalan Islam yang terbaik?” Lalu jawab Baginda: “Kamu
menjamu orang makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenali mahupun tidak.” (Hadis
riwayat al-Bukhari).