LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam
Pensyarah:
Prof. Dato' Ir. Riza Atiq Abdullah Bin O.K. Rahmat
Disediakan oleh :
Nur Suhada Binti Sudin | A180350
Rumusan: Kesejahteraan sosial merangkumi 3 aspek utama iaitu sudut ekonomi, alam sekitar dan sosial untuk mencapai pembangunan mapan.
1. Amalan Terbaik dalam
Kesejahteraan Sosial
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
NUR SUHADA BINTI SUDIN
A180350
DISEDIAKAN OLEH :
PROF DATO' IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH
BIN O. K. RAHMAT
2. DEFINISI
KESEJAHTERAAN
SOSIAL
Kesejahteraan sosial merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua individu, keluarga dan
komuniti. Ianya merupakan elemen utama dalam menentukan tahap pembangunan sesebuah
komuniti.
Konsep kesejahteraan sosial menjelaskan strategi merubah sesebuah komuniti berdasarkan
pendekatan yang berkaitan dengan aspek pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup
dan penyediaan peluang mobiliti sosial dalam komuniti.
Pemahaman terhadap ketiga-tiga elemen kesejahteraan sosial dari aspek ekonomi, alam sekitar
dan sosial ini akan membantu pembuat dasar dan pelaksana program dalam melancarkan usaha
meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.
3. Abraham Maslow, Ekonomi merupakan ilmu yang berguna
untuk menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan
manusia mengikut prinsip dan teori yang berkesan dan
cekap.
Adam Smith, ekonomi adalah sains matematik yang
mengkaji tingkah laku manusia dalam usaha untuk
memperuntukkan sumber yang terhad untuk mencapai
tujuan tertentu.
Jelaslah bahawa derma, hadiah dan infak juga termasuk
dalam kegiatan ekonomi dalam kehidupan sosial.
EKONOMI
4. AMALAN INFAQ & BERSEDEQAH
Gambar di atas melibatkan NGO Yayasan Kebajikan Anak Yatim (kiri) dan Persatuan Wanita UMP dengan
kerjasama Pusat Islam dan Pembangunan Insan (kanan)
Infaq dan sedekah kepada golongan anak yatim dan fakir miskin serta anak-anak tahfiz
oleh sukarelawan dan NGO yang berkaitan
5. ALAM
SEKITAR
Alam sekitar dirujuk sebagai alam semula jadi yang
boleh dimanfaatkan oleh manusia untuk tujuan
kediaman dan sebagainya.
Akta Kualiti Alam Kaunseling (1974), alam sekitar
didefinisikan sebagai "unsur-unsur fizikal yang berada
di sekeliling manusia seperti tanah, air, udara, iklim,
tumbuhan, haiwan serta unsur-unsur biologi dan
sosial yang saling bergantung antara satu sama lain.
Justeru, alam sekitar dapat idismpulkan sebagai
lingkungan kediaman manusia serta unsur-unsur yang
wujud dalam persekitarannya yang memainkan
peranan penting dalam menjamin kelangsungan hidup
manusia serta memenuhi keperluan mereka.
6. Pembangunan lestari seperti
hubungan dengan pencipta
mestilah dititikberatkan oleh seluruh
masyarakat bagi membentuk
kesejahteraan sosial yang baik.
Gambar di sebelah merupakan lokasi Masjid Wilayah yang terletak di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi pusat tumpuan keagamaan dan ilmu.
7. KEINDAHAN ALAM SEKITAR
Gambar di atas merupakan lokasi di sekitar Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Masyarakat dan pihak berkuasa harus mengekalkan sikap tanggungjawab dalam
memelihara keindahan dan menjaga kebersihan alam sekitar
8. Merujuk kepada konsep 'society' bertujuan untuk menerangkan
kewujudan manusia atau komuniti manusia yang tinggal bersama.
Kewujudan masyarakat juga melibatkan manusia yang berinteraksi
dan seterusnya membentuk budaya tertentu masyarakat yang boleh
dicirikan dan berbeza antara satu sama lain.
Masyarakat turut berkaitan dengan sosial yang melibatkan aspek
perhubungan iaitu perhubungan sesama manusia.
Secara amnya, konsep masyarakat ini melibatkan matlamat dan
kepentingan yang sama dalam sesebuah masyarakat.
SOSIAL
9. AKTIVITI SOSIAL
Aktiviti khidmat masyarakat seperti rewang kenduri dan gotong royong membersihkan kawasan merupakan
amalan terbaik dalam mengekalkan semangat perpaduan dan kesejahteraan sosial.
10. KESIMPULAN
Aspek-aspek kesejahteraan sosial perlu difokuskan
dan diutamakan bagi mencapai keharmonian dalam
sesebuah negara ke arah kemajuan pembangunan
ekonomi, sosial dan juga alam sekitar.
Sekian, terima kasih.